PRUcash premier
SIMPANAN
” Inilah yang kami mahu… memaksimumkan simpanan kami dan mendapat ganjaran pula! ”
Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.
Khazanah emas di hujung pelangi. Sepintas Lalu: PRUcash premier membolehkan anda menikmati: > Wang tunai sekali gus apabila matang > Pembayaran tunai tahunan yang TERJAMIN > Bonus yang tidak dijamin > Tempoh pembayaran premium yang lebih pendek > Perlindungan Kematian & Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) > Manfaat perlindungan tambahan
Simpanan maksimum, ganjaran maksimum Bukankah elok menambahkan simpanan anda menjadi sejumlah wang yang banyak? Wang yang boleh anda gunakan untuk melabur untuk mencapai impian dan aspirasi anda, menyumbang dengan lumayan kepada dana persaraan anda ataupun membantu memberi anak-anak anda permulaan kewangan yang teguh dalam hidup mereka? Bagaimana kalau anda juga dapat menikmati pembayaran tunai tetap sebagai ganjaran kerana rajin menyimpan? Memperkenalkan PRUcash premier – pelan yang memberi bayaran tunai sekali gus apabila matang dan pembayaran terjamin di antara tempoh tersebut. Dengan PRUcash premier, anda hanya perlu membayar premium untuk tempoh masa yang terhad bagi menikmati manfaat-manfaatnya. Inilah pelan yang dapat membantu memanfaatkan sepenuhnya simpanan anda, di samping memberi ganjaran kepada anda.
» Manfaat Pembayaran tunai tahunan yang TERJAMIN PRUcash premier memberikan pembayaran tahunan terjamin sebanyak 4% daripada Jumlah Diinsuranskan bermula dari akhir tahun polisi ke-10 dan seterusnya, kecuali tahun polisi yang terakhir. Bayaran ini yang dikenali sebagai Manfaat Hidup, yang boleh dikeluarkan ataupun dibiarkan terkumpul dengan pelan ini.
Bonus yang tidak dijamin Anda akan juga menerima pembayaran bonus tahunan1 tambahan yang tidak dijamin di samping pembayaran tahunan terjamin anda!
Bayaran Tunai Sekali Gus Apabila Matang Anda akan menerima 100% daripada jumlah diinsuranskan SERTA jumlah bonus (dan Manfaat Hidup terkumpul, jika ada) apabila pelan PRUcash premier anda matang.
Tempoh pembayaran premium yang lebih pendek Anda cuma perlu membayar premium selama 10 tahun sahaja untuk menikmati manfaat-manfaat PRUcash premier.
Perlindungan Kematian & Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)2 Sekiranya anda mengalami TPD sebelum berumur 60 tahun atau meningal dunia pada bila-bila masa dalam tempoh polisi, anda atau orang tersayang akan menerima 100% daripada jumlah diinsuranskan SERTA bonus (dan Manfaat Hidup terkumpul, jika ada).
Manfaat perlindungan tambahan3 Anda mempunyai pilihan untuk melampirkan manfaat tambahan bagi mempertingkatkan perlindungan asas anda.
Sila rujuk bahagian ‘Nota Penting’.
1, 2, 3
» Mengenai PRUcash premier 1. Bagaimana produk ini berfungsi? PRUcash premier dibahagi kepada 2 peringkat utama – Tempoh Pembayaran Premium dan Tempoh Pembayaran Manfaat. Tempoh Pembayaran Premium Sebelum anda bermula, pilih manfaat yang anda inginkan dan nilai jumlah diinsuranskan. Premium anda akan dikira berdasarkan pilihan perlindungan anda. Oleh sebab tempoh pembayaran premium bagi PRUcash premier ditetapkan selama 10 tahun, maka anda cuma perlu memilih tempoh polisi anda sama ada 15, 20 atau 30 tahun. Tempoh Pembayaran Manfaat Tempoh pembayaran manfaat anda bermula dari tahun polisi ke-11 dan seterusnya, iaitu selepas tempoh pembayaran premium anda berakhir. Apabila polisi anda matang pada akhir tempoh pembayaran manfaat, anda akan menerima bayaran sekali gus yang dikenali sebagai Manfaat Kematangan.
2. Apakah bonus tidak dijamin yang diberikan? Selain daripada menerima bayaran tunai tahunan yang terjamin, Prudential juga membenarkan anda berkongsi keuntungan Dana Hayat Sertaan dengan membayar Bonus Berbalik Mudah4 dan Bonus Terminal5. Bonus ini diisytiharkan setiap tahun dan dibayar apabila berlaku kematian, TPD, kematangan polisi atau serahan polisi. 4 ,5
Sila rujuk ‘Nota Penting’ untuk definisinya.
3. Apa yang akan dibayar? Apabila Berlaku Kematian atau Kematangan
Jumlah diinsuranskan; serta Sebarang Bonus Berbalik Mudah; serta Sebarang Bonus Terminal; serta Sebarang Manfaat Hidup terkumpul, akan dibayar.
Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD)
Sama seperti manfaat kematian.
Apabila polisi diserahkan
Nilai tunai terjamin; serta Sebarang nilai tunai Bonus Berbalik Mudah; serta Sebarang Bonus Terminal; serta Sebarang Manfaat Hidup terkumpul, akan dibayar.
4. Apakah manfaat tambahan yang ditawarkan? Untuk melindungi anda daripada sebarang kemungkinan, kami menawarkan anda manfaat tambahan dengan pelan PRUcash premier anda. Anda boleh mempertingkatkan pelan anda dengan manfaat tambahan yang merangkumi insurans kemalangan, pengecualian premium hingga kepada insurans bertempoh. PRUterm
Membayar Jumlah Diinsuranskan tambahan sekiranya berlaku kematian atau mengalami TPD sebelum berumur 60 tahun, yang mana lebih awal.
Kematian dan Kehilangan Upaya Akibat Kemalangan (ADD)
Melindungi kematian atau hilang penggunaan menyeluruh dan tidak boleh pulih fungsi-fungsi tubuh akibat kemalangan.
PRUterm diperlukan bagi melampirkan manfaat ADD ini.
Elaun belas ihsan tambahan sebanyak RM2,000 setiap hayat akan dibayar sekiranya berlaku kematian akibat sebab-sebab semula jadi atau kemalangan.
PRUwaiver
Membatalkan semua premium masa depan apabila Hayat Diinsurans disahkan menghidap penyakit kritikal.
PRUspouse waiver
Membatalkan semua premium masa depan sekiranya pasangan meninggal dunia, mengalami TPD sebelum berumur 60 tahun atau disahkan menghidap penyakit kritikal.
PRUparent waiver
Membatalkan semua premium masa depan sehingga anak mencapai umur 25 tahun sekiranya ibu bapa mengalami TPD sebelum berumur 60 tahun, atau meninggal dunia, atau apabila disahkan menghidap penyakit kritikal.
Nota: Bagi pelan juvenil, sekiranya kanak-kanak meninggal dunia, mengidap penyakit kritikal atau mengalami TPD sebelum berumur 5 tahun, pembahagian jumlah asas diinsuranskan yang akan dibayar ialah 20% pada umur 1 tahun, 40% pada umur 2 tahun, 60% pada umur 3 tahun, 80% pada umur 4 tahun dan 100% pada umur 5 tahun.
5. Siapakah yang harus mendapatkan pelan ini? Pelan ini amat sesuai untuk individu yang berumur di antara 1 – 65 tahun yang: • Mahu membayar premium bagi tempoh yang terhad sahaja. • Mahu menikmati pembayaran tahunan terjamin, di samping pelan yang memberikan perlindungan.
6. Berapakah jumlah premiumnya? Premium tahunan minimum yang perlu dibayar bagi pelan asas ialah RM2,400. Walau bagaimanapun, kadar premium sebenar yang perlu dibayar boleh berubah bergantung kepada usia penyertaan, jantina dan status merokok. Premium boleh dibayar secara tahunan, setiap setengah tahun, setiap suku tahun atau setiap bulan melalui Autodebit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.
7. Apakah jenis pinjaman yang ada? Terdapat pinjaman Polisi, pinjaman Premium Automatik dan pinjaman Yuran Pembedahan dan Kejururawatan (Tertakluk kepada terma dan syarat).
» PRUcash premier dalam 3 Langkah Mudah Langkah 1 Anda tentukan Jumlah Diinsuranskan dan tempoh polisi anda. Kami akan mengandaikan bahawa anda memilih Jumlah Diinsuranskan sebanyak RM100,000 dan tempoh polisi selama 30 tahun.
Langkah 2 Perancang kewangan Prudential anda yang mesra akan mengira jumlah premium yang perlu anda bayar setiap tahun berdasarkan umur, status merokok, tempoh polisi dan jumlah diinsuranskan anda. Dalam contoh ini, bagi lelaki bukan perokok yang berumur 35 tahun pada hari jadi berikutnya, premium tahunan ialah RM17,737. Anda perlu membayar premium untuk 10 tahun polisi, dan selepas itu pelaburan anda akan mula terkumpul.
Langkah 3 Jika diandaikan bahawa anda memilih Opsyen 1, anda akan menerima pembayaran tunai terjamin sebanyak RM4,000 setahun mulai akhir tahun polisi ke-10 dan seterusnya, kecuali tahun polisi yang terakhir. Apabila polisi anda matang pada akhir tahun ke-30, anda akan menerima manfaat kematangan yang termasuklah jumlah diinsuranskan dan bonus yang tidak dijamin#. Semua sekali, jumlah yang perlu dibayar sepanjang tempoh polisi keseluruhan termasuklah jumlah pembayaran tunai terjamin sebanyak RM80,000, jumlah diinsuranskan (RM100,000) dan sebarang potensi bonus yang tidak dijamin#.
Sila rujuk kepada ilustrasi jualan mengenai pemerolehan semua nilai terjamin/terunjur yang diterima dalam Opsyen 1, 2 dan
#
3. Nilai terunjur adalah bagi tujuan penjelasan sahaja dan ia adalah tidak dijamin. Nilai terunjur tertakluk kepada undangundang semasa, cukai, caj-caj dan pulangan pelaburan yang telah ditetapkan.
Huraian ringkas mengenai bagaimana PRUcash premier berfungsi
Bayar: Premium tahunan sebanyak RM17,737 setahun*
Awal tahun
1 2
3
4 5
6 7
8
Terima: Manfaat Hidup Terjamin sebanyak RM4,000 setahun
9 10 11
12 ..................... 30
Manfaat Kematangan diterima pada tahun ke-30 termasuklah jumlah diinsuranskan dan bonus yang tidak dijamin **
Kematangan
* Bagi lelaki bukan perokok, berumur 35 tahun, jumlah diinsuranskan RM100,000 bagi tempoh 30 tahun, dengan Opsyen Pembayaran Manfaat Hidup. ** Sila rujuk kepada ilustrasi jualan mengenai pemerolehan semua nilai terjamin/terunjur yang diterima dalam Opsyen 1, 2 dan 3. Nilai terunjur adalah bagi tujuan penjelasan sahaja dan ia adalah tidak dijamin. Nilai terunjur tertakluk kepada undang-undang semasa, cukai, caj-caj dan pulangan pelaburan yang telah ditetapkan.
Nota Penting 1
Anda boleh memilih untuk menerima pembayaran tahunan anda berdasarkan opsyen ini:
Opsyen 1: Pembayaran Manfaat Hidup Opsyen 2: Mengumpulkan Manfaat Hidup Opsyen 3: Membayar Manfaat Hidup bersama Bonus Berbalik Mudah yang telah diserahkan sebahagiannya (hanya untuk pelan terpilih) Bagi manfaat TPD yang jumlah diinsuranskannya lebih besar daripada RM1 juta, kaedah bayaran tuntutan adalah berdasarkan terma dan syarat kontrak polisi.
2
Pembelian manfaat tambahan adalah opsyenal dan memerlukan premium tambahan (jumlahnya yang bergantung kepada jenis manfaat yang dipilih).
3
Bonus Berbalik Mudah: • Bonus yang diisytiharkan setiap tahun dalam tempoh polisi. Jumlah bonus ini tidak dijamin dan akan bergantung kepada, antara faktor lainnya, prestasi pelaburan sebenar yang dicapai. • Akan disediakan mulai tahun kalendar selepas ulang tahun pertama. • Akan dibayar sepenuhnya apabila pelan matang, sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami TPD. • Nilai penuh Bonus Berbalik Mudah yang diisytiharkan tidak akan dibayar apabila polisi ini ditamatkan, diserahkan atau ditukar lebih awal.
4
Bonus Terminal: Akan dibayar apabila pelan ini matang sekiranya orang diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami TPD hayat yang diinsuranskan atau apabila polisi diserahkan.
5
Terma dan Syarat: 1. Anda dinasihatkan supaya memastikan bahawa pelan ini paling menepati keperluan anda dan premium yang perlu dibayar adalah mengikut kemampuan anda. 2. Sekiranya anda tidak membayar premium seperti yang dijadualkan, maka jumlah nilai tunai yang ada akan digunakan untuk membayar premium melalui pinjaman Premium Automatik. Jika nilai tunai tersebut tidak mencukupi untuk membayar premium tertunggak atau pinjaman lain dengan syarikat, maka polisi anda akan luput. 3. Jika anda membatalkan polisi anda pada tahun-tahun awal, anda mungkin tidak dapat memperolehi nilai penuh daripada jumlah yang telah anda bayar. 4. Jika polisi ini dikembalikan dalam tempoh percubaan selama 15 hari, premium penuh ditolak perbelanjaan perubatan akan dikembalikan. 5. Risalah ini adalah bagi tujuan penerangan sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk kepada dokumen polisi anda.
Prudential Assurance Malaysia Berhad (107655-U) Menara Prudential, 10 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
www.prudential.com.my
Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.
08/2016
Tel: 03-2116 0228 Faks: 03-2032 3939 Emel:
[email protected]