rumah mampu tengok realiti pasaran hartanah hari ini
Sedarkah anda bahawa kebanyakan orang mempunyai tanggapan yang salah terhadap maksud rumah mampu milik sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa hartanah di Malaysia ini tiada yang mampu milik, sebaliknya hanyalah mampu tengok sahaja. Sebelum membuat sebarang keputusan mengikut emosi, fahami dahulu maksud rumah mampu milik dan pelajarilah strategi mudah untuk merubah pandangan terhadap frasa ‘kegemaran’ rakyat marhaen ini. Kita sering mendengar frasa baharu dalam pasaran hartanah iaitu rumah mampu milik. Akan tetapi, realitinya kebanyakan rakyat Malaysia lebih gemar mengungkapkan frasa yang dikira lebih relevan iaitu rumah mampu tengok! Mengapakah perkara ini berlaku? Daripada pemerhatian saya, frasa baharu yang lebih sinis ini lahir ekoran daripada perasaan kecewa rakyat terhadap senario pasaran hartanah yang sedang berlaku sekarang ini. Sehubungan dengan itu, dalam artikel bulan ini, saya ingin mengupas topik ini dengan lebih mendalam supaya kita dapat mengorak langkah dan melihat peluang dalam permasalahan yang dihadapi sekarang.
62
DISEMBER 2015 PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
Komander Hartanah.indd 2
11/27/15 12:51 PM
K O M A ND ER HA R TA NA H
Rumah Tak Mampu Milik? Sebelum itu, terdapat beberapa soalan yang perlu dijawab antaranya; Apakah maksud rumah mampu milik? Benarkah rumah sekarang sudah melangkaui kemampuan rakyat marhaen masa kini? Berapakah harga rumah mampu milik itu? Mari kita cuba fahami makna rumah mampu milik. Sebenarnya, tidak ada satu harga yang tetap untuk menetapkan harga rumah mampu milik. Hal ini demikian kerana kemampuan untuk memiliki sesebuah rumah itu bergantung kepada pendapatan individu. Oleh itu, rumah mampu milik mempunyai makna yang berbeza bergantung kepada setiap individu. Kesimpulannya, apa yang mampu anda miliki mungkin tidak mampu dimiliki oleh orang yang lain. Jadi, berapakah harga rumah mampu milik? Menurut Demographia International, organisasi yang mengeluarkan satu kajian tentang status mampu milik hartanah di sesuatu lokasi, sesebuah rumah dianggap mampu milik apabila ia bernilai hanya tiga kali ganda daripada gaji tahunan individu. Sekiranya sesebuah rumah berharga lebih daripada tiga kali ganda gaji tahunan individu, maka rumah itu dianggap tidak mampu dimiliki. Teknik yang mereka gunakan mudah sahaja. Sebagai contoh, sekiranya gaji anda ialah RM 5,000, maka gaji tahunan anda ialah RM 60,000. Hal yang demikian bermaksud rumah yang mampu dimiliki bagi individu yang bergaji RM 5,000 ialah rumah yang berharga RM 180,000. Alamak! Apakah jenis rumah yang boleh dicari pada harga RM 180,000 ini? Inilah reaksi kebanyakan orang apabila mendengar penjelasan tentang definisi rumah mampu milik. KRI atau Institusi Penyelidikan Khazanah baru-baru ini telah mengeluarkan laporan dan mengenal pasti bahawa hartanah di Malaysia secara puratanya bernilai lebih daripada lima kali ganda gaji tahunan individu. Hal ini bermakna rumah di Malaysia sangat tidak mampu milik. Adakah perkara ini hanya berlaku di Malaysia? Bagaimanakah pula dengan negara-negara lain di dunia? Kalau dilihatkan, keadaan ini sebenarnya hampir serupa atau mungkin lebih parah lagi. Di Singapura dan Australia, indeks mampu milik mereka melebihi daripada lima kali ganda gaji tahunan. Malah, disesetengah lokasi khusus di sana, ia melebihi enam kali ganda. Manakala, juara pasaran hartanah yang paling tidak mampu milik ialah Hong Kong, yang mencecah 16–17 kali ganda gaji tahunan individu. Jadi, anda perlu faham bahawa perkara ini adalah suatu fenomena yang bukan sahaja melanda Malaysia, tetapi negaranegara lain di dunia, terutamanya di negara-negara sedang membangun dan sudah membangun di Asia.
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA DISEMBER 2015
Komander Hartanah.indd 3
63
11/27/15 12:51 PM
Salah Siapakah Rumah Jadi Tidak Mampu Dimiliki? Adakah salah kerajaan? Adakah salah pemaju? Adakah salah inflasi? Adakah salah harga barang binaan dan tanah yang semakin tinggi? Adakah salah pelabur hartanah yang lain? Itulah antara persoalan yang sering diutarakan. Kalau anda hendak mencari jawapan kepada persoalan ini, anda akhirnya akan membelanjakan terlalu banyak tenaga untuk suatu usaha yang mungkin tidak akan memberikan nilai tambah kepada diri anda. Memang anda perlu mencari punca dan sebabnya, tetapi saya ingin mencadangkan supaya anda menggunakan masa dan tenaga yang ada untuk mencari jalan meningkatkan pendapatan supaya dapat memiliki rumah pertama. Jangan terperangkap dengan sifat marah dan suka menuding jari. Orang yang tidak berjaya suka menyalahkan orang lain dan suka memberikan alasan. Orang yang gagal menganggap setiap kesusahan adalah disebabkan oleh orang lain dan mereka sukar untuk menerima hakikat bahawa ia berpunca daripada kesalahan diri sendiri. Sebenarnya, yang mereka takut adalah untuk bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Kesan Negatif Frasa Rumah Mampu Tengok Walaupun saya akui frasa rumah mampu tengok ini sudah mula menjadi kebiasaan dalam percakapan harian, tetapi saya ingin menjemput anda untuk menjauhi daripada menggunakannya. Kenapa? Hal ini demikian kerana orang yang berjaya akan berhati-hati dengan perkataan yang mereka gunakan. Mengapakah perkataan itu penting? Sudah tentulah penting. Perkataan yang diungkapkan tidak wujud daripada angin. Ia terhasil melalui permainan minda seseorang. Anda dapat mengenali seseorang dengan mendengar jenis perkataan yang dia selalu tuturkan. Kalau mindanya lemah, maka dia akan menggunakan perkataan yang lemah. Kalau mindanya hebat, maka dia akan menggunakan perkataan yang hebat. Apakah yang berlaku sekiranya anda menggunakan frasa rumah mampu tengok ini? Pastilah suatu perkara negatif akan berlaku. Minda anda akan jadi lemah dan terbantut untuk bertindak. Maka, hilanglah segala semangat juang apabila telinga mendengar mulut menuturkan perkataan seperti ini. Bukankah mulut anda sepatutnya digunakan untuk mendoakan yang baik-baik sahaja? 64
DISEMBER 2015 PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
Komander Hartanah.indd 4
11/27/15 12:51 PM
K O M A ND ER HA R TA NA H
Transformasi kepada Rumah Mampu Milik Konsep rumah mampu milik ini bukan sekadar pada nilai dan harga rumah itu semata-mata. Anda mesti faham bahawa konsep ini lebih besar impaknya terhadap kehidupan anda dan keluarga anda. Ia merujuk kepada kebolehan minda untuk berfikir tentang cara-cara memacu tindak-tanduk untuk berjuang memiliki hartanah. Sekiranya minda anda sudah mula berfikir dengan hebat, barulah anda akan bersemangat mengorak langkah ke hadapan sekali gus memikirkan jalan terbaik untuk memiliki sesebuah rumah. Ada orang memberitahu saya bahawa perkara yang saya kongsikan ini cuma sekadar teori atau konsep di awangan. Hakikatnya, ramai yang tidak sedar bahawa segala kejayaan berpunca daripada sikap dan pemikiran yang positif. Tentunya usaha itu mesti di sertai dengan doa dan tawakal kepada yang Maha Esa. Bersetujukah anda jika saya katakan bahawa jika anda tidak percaya pada apa yang terdapat di dalam minda, bagaimanakah anda akan memaksa bibir untuk berdoa perkara yang baik untuk diri anda dan keluarga anda? Sehubungan dengan itu, saya ingin mengajak anda untuk mula melihat isu perumahan ini sebagai suatu isu yang memang perlu ditangani, tetapi jangan sesekali mengaitkan ia dengan perasaan negatif. Anda harus memandang isu pemilikan rumah ini dengan perasaan positif supaya dapat mencetuskan semangat juang untuk memiliki sesebuah hartanah.
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA DISEMBER 2015
Komander Hartanah.indd 5
65
11/27/15 12:51 PM
Susun PMS Apakah pula yang dimaksudkan dengan PMS? Kalau anda mula hendak mengorak langkah untuk memiliki hartanah, anda mesti Percaya, meletakkan Matlamat dan kemudian susun Strategi. Saya sudah sentuh soal percaya di perenggan atas. Kini, saya ingin menyentuh tentang matlamat. Bagaimanakah anda hendak memiliki hartanah sekiranya tidak meletakkan sebarang matlamat? Bagaimanakah pula hendak meletakkan matlamat yang berkesan? Saya tidak maksudkan matlamat yang sama sepanjang tahun seperti omong-omong kosong, “Saya ingin miliki rumah pertama dalam masa tiga tahun.” Tahun hadapan anda akan berazam lagi, “Saya ingin miliki rumah pertama dalam masa tiga tahun.” Malah, tahun akan datang juga anda akan menyebut lagi perkara yang sama. Akhirnya, tidak bersudah matlamat ‘tiga tahun lagi’ itu. Oleh itu, bagi memperoleh matlamat yang berkesan, saya mahu anda meletakkan tarikh khusus untuk mencapai matlamat anda itu. Percaya atau tidak, jari anda akan menggeletar apabila sedang mencuba untuk menulis tarikh kepada matlamat-matlamat yang ingin dicapai. Cubalah kalau anda tidak percaya! Kalau anda benar-benar berani, tuliskan dan tampalkan di cermin yang anda akan lihat pada setiap pagi. Ingat, jangan cetak matlamat ini. Saya lebih suka sekiranya anda tulis dengan tulisan sendiri supaya mata anda akan melihat dan mengingati bahawa jari andalah yang menulis matlamat yang bertarikh itu. Bukan sahaja berkesan, tetapi matlamat ini akan mampu menghantui minda anda.
66
DISEMBER 2015 PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
Komander Hartanah.indd 6
11/27/15 12:51 PM
K O M A ND ER HA R TA NA H
Membeli rumah bukan perkara yang senang! Rumah bukanlah seperti sepasang kasut yang anda hendak beli. Membeli rumah memerlukan strategi. Suatu perkara yang saya mahu anda faham ialah membeli rumah itu bukanlah suatu perkara yang senang. Kalaulah senang, semua orang akan memiliki hartanah mereka sendiri. Ia lumrah dan realiti hidup di mana-mana negara di dunia ini. Tidak mungkin 100% rakyat di sesebuah negara memiliki hartanah mereka sendiri. Apabila anda boleh menerima hakikat bahawa memiliki hartanah itu suatu perkara yang tidak senang, barulah anda boleh mula mengorak langkah untuk menyusun strateginya. Di sinilah pentingnya ilmu. Saya sering menasihati belia dan pembeli rumah pertama, pelaburan yang paling penting sebelum apa-apa pelaburan ialah pelaburan ilmu! Saya juga sering kali menyebut bahawa kalau mahu digelar pejuang hartanah, maka perlulah berbekalkan senjata. Analoginya, kalau tidak cukup bekalan senjata, pejuang boleh tercedera di medan perang. Di medan pasaran hartanah pula, bukan sahaja anda boleh tercedera, malah anda mungkin boleh kehilangan nyawa.
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA DISEMBER 2015
Komander Hartanah.indd 7
67
11/27/15 12:51 PM
Pejuang bertindak! Apakah senjata yang paling hebat di dunia? Tentunya senjata ilmu! Akan tetapi, ada sesuatu yang pelik tentang ilmu iaitu ia tidak akan mampu merubah kehidupan anda dan keluarga anda sekiranya ia kekal sebagai suatu pengetahuan baharu dalam minda anda sahaja. Ilmu itu memang penting, tetapi mengaplikasikan ilmu itulah yang akan menjadikan anda individu yang hebat! Dalam perkataan yang lain, seorang pejuang itu benar-benar bertindak menggunakan senjata ilmu yang ada. Jadi, itulah kupasan saya tentang frasa baharu dalam pasaran hartanah, iaitu rumah mampu tengok. Saya akui, belia dan kebanyakan rakyat semakin lama semakin tidak mampu memiliki rumah mereka sendiri. Saya juga mengaku bahawa kos kehidupan seharian semakin tinggi, sekali gus memaksa ramai keluarga untuk tidak sempat memikirkan strategi bagi memiliki rumah pertama mereka. Namun begitu, percayalah tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian, dengan berkat usaha dan doa, Insya-Allah, akhirnya anda akan mampu memiliki hartanah anda yang pertama. Saya mendoakan supaya Allah terus melimpahkan anda dan keluarga anda rahmat dan rezeki yang hebat. SELAMAT BERJUANG!
68
DISEMBER 2015 PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
Komander Hartanah.indd 8
11/27/15 12:51 PM
K O M A ND ER HA R TA NA H
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA DISEMBER 2015
Komander Hartanah.indd 9
69
11/27/15 12:51 PM