Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i RISALAH PENDEDAHAN PRODUK
Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X)
(Baca Risalah Pendedahan Produk ini sebelum anda memutuskan untuk menerima Pembiayaan Kenderaan-i. Pastikan juga anda membaca syarat dalam Surat Tawaran. Dapatkan penjelasan daripada Bank Islam jika anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau syarat am)
Pembiayaan Kenderaan-i Tarikh : _____________
1. Apakah kemudahan Pembiayaan Kenderaan-i Bank Islam?
Kemudahan Pembiayaan Kenderaan-i ialah pembiayaan bertempoh dan bercagar yang dikira berdasarkan kadar tetap. Pembiayaan Kenderaan-i membolehkan anda memiliki kenderaan idaman anda di bawah kontrak Murabahah Perjanjian Jualan Kenderaan Secara Penjualan Kepada Orang Yang Menempah (Murabahah To The Purchase Orderer (“MPO”)).
2. Apakah konsep Syariah dan kontrak yang diguna pakai?
Kontrak Syariah utama yang digunakan dalam produk ini ialah Murabahah Berdasarkan Perjanjian Jualan Kenderaan Secara Penjualan Kepada Orang Yang Menempah (Murabahah To The Purchase Orderer (“MPO”)) iaitu kontrak jualan dengan pendedahan harga kos aset dan margin keuntungan kepada pembeli (iaitu Pelanggan). Di bawah kontrak ini, terdapat pesanan dan akujanji untuk pembelian oleh Pelanggan sebelum pemerolehan aset oleh penjual (iaitu Bank).
Ilustrasi mekanisme produk ini adalah seperti yang berikut:
Bank menjual kenderaan kepada pelanggan dan pelanggan membayar ansuran bulanan 3
Bank melantik pelanggan sebagai ejen pembelian Bank
1
2
Pelanggan
Wakil Penjual
Pelanggan membeli kenderaan bagi pihak Bank 4
Pelanggan menyandarkan kenderaan kepada Bank
i. ii. iii. iv.
Bank akan melantik pelanggan sebagai ejen pembeliannya untuk membeli kenderaan daripada pengedar. Pelanggan membeli kenderaan daripada pengedar bagi pihak Bank. Bank menjual kenderaan tersebut kepada pelanggan berdasarkan kontrak Murabahah. Pelanggan akan membuat bayaran kepada Bank secara bayaran tertangguh. Pelanggan menyandarkan kenderaan sebagai sekuriti/cagaran. Halaman 1 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 4.1/2014
3. Apakah yang akan saya peroleh daripada produk ini?
Jumlah pembiayaan
Tempoh
Tempoh pembiayaan adalah sehingga 9 tahun.
Kadar Keuntungan
Kadar tetap untuk Pembiayaan Kenderaan-i:
amaun
Margin pembiayaan maksimum adalah sehingga 90% untuk permohonan biasa dan sehingga 100% untuk pakej khas, iaitu Pembiayaan Kenderaan Gradhitz-i. Amaun pembiayaan akhir yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian kredit oleh Bank.
A. Kadar Kumpulan 1: Kenderaan Nasional
Kenderaan Bukan Nasional
Skor Kredit (Gred)
Margin Pembiayaan
Kadar Pembiayaan
Kadar Pembiayaan
1 hingga 3
Sehingga 100%
2.78%
2.70%
RM50,000-00 dan ke atas
RM70,000-00 dan ke atas
Kenderaan Nasional
Kenderaan Bukan Nasional
Margin Pembiayaan
Kadar Pembiayaan
Kadar Pembiayaan
Sehingga 90%
2.88%
2.78%
Melebihi 90%
2.98%
2.88%
Kenderaan Nasional
Kenderaan Bukan Nasional
Margin Pembiayaan
Kadar Pembiayaan
Kadar Pembiayaan
Sehingga 90%
3.15%
3.15%
Melebihi 90%
3.25%
3.25%
Jumlah Pembiayaan Minimum
A. Kadar Kumpulan 2:
Skor Kredit (Gred) 4 hingga 6
B. Kadar Kumpulan 3:
Skor Kredit (Gred) 7 hingga 8 4. Apakah obligasi saya?
Amaun bulanan
bayaran
Bayaran bulanan dikira mengikut formula berikut: Kadar tetap: ((P x R x T) + P) / t, iaitu: P = Jumlah Pembiayaan yang Diluluskan R = Kadar Keuntungan Setahun T = Tempoh Kemudahan Dalam Tahunan t = Tempoh Kemudahan Dalam Bulanan Halaman 2 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 4.1/2014
Pelanggan bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran bulanan sehingga penyelesaian penuh pembiayaan. Jika tempoh pembiayaan dilanjutkan melebihi umur persaraan, pelanggan masih bertanggungjawab untuk menjelaskan bayaran bulanan. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh memilih pada bila-bila masa untuk menyelesaikan pembiayaan itu sepenuhnya.
5. Apakah fi dan caj yang perlu saya bayar?
Duti setem (mengikut Akta Setem 1949 (Disemak 1989)) i. Tanpa Penjamin RM20 (Surat Tawaran RM10.00 dan Perjanjian MPO RM10.00) ii. Dengan Penjamin RM30 (Surat Tawaran RM10.00 dan Perjanjian MPO RM20.00)
6. Bagaimana jika saya gagal melaksanakan obligasi saya?
PELANGGAN dengan ini bersetuju untuk membayar kepada Bank Islam caj lewat bayar dengan cara ta’widh (gantirugi) seperti berikut: a)
Sebelum tarikh matang Kemudahan Pembiayaan: Suatu jumlah yang bersamaan dengan satu peratus (1%) setahun dikira ke atas tunggakan ansuran sehingga tarikh penyelesaian penuh;
b) Selepas tarikh matang Kemudahan Pembiayaan: Suatu jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam dikira ke atas baki kemudahan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak ibra’ (jika ada); c)
Hutang Selepas Penghakiman: Suatu jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas jumlah asas penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh. DENGAN SYARAT kadar ta'widh (gantirugi) boleh diubah dari semasa ke semasa oleh Bank Negara Malaysia(BNM) dan akan dikenakan sebagaimana yang diluluskan oleh BNM.
Berikutan Kejadian Mungkir, Bank boleh menggabungkan, menyatukan atau mencantumkan semua atau mana-mana Akaun Pelanggan dengan Bank dan Bank boleh menolak selesai atau memindahkan apa-apa jumlah kredit yang ada dalam mana-mana akaun tersebut, dalam atau untuk melunaskan apa-apa liabiliti Pelanggan kepada Bank di bawah Perjanjian ini.
Tindakan undang-undang boleh diambil jika anda gagal bertindak terhadap notis peringatan
Tindakan undang-undang terhadap anda boleh memberi kesan terhadap penarafan kredit anda dan menyebabkan penilaian kredit masa depan anda menjadi lebih sukar atau lebih mahal.
Sekiranya berlaku kemungkiran dalam pembayaran selama lebih daripada 2 bulan, Bank sebagai Pemegang Surat Wakil Kuasa kepada pelanggan dan selaras dengan pengambilan kenderaan itu sebagai sekuriti/cagaran terhadap Pembiayaan Kenderaan-i, berhak mengambil alih pemilikan kenderaan itu dan menjualnya untuk mendapatkan prosid bagi menolak selesai baki terhutang yang belum dijelaskan. Jika terdapat kekurangan, Bank akan menuntut perbezaannya daripada anda dan jika terdapat lebihan daripada penjualan itu, Bank akan memberikan amaun lebihan itu kepada anda. Halaman 3 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 4.1/2014
7. Bagaimana jika saya menyelesaikan pembiayaan sepenuhnya sebelum tarikh matang?
Sekiranya berlaku Penyelesaian Awal Pembiayaan ini, Bank berakujanji untuk memberi Ibra' (Rebat) kepada Pelanggan pada jumlah yang bersamaan dengan Keuntungan Tertangguh ketika penyelesaian awal dilakukan. Formula Ibra '(rebat): Ibra'/rebat bagi Penyelesaian Awal Pembiayaan = Keuntungan Tertangguh Nota: i. Keuntungan Tertangguh = Jumlah Keuntungan Dikontrakkan - Keuntungan Terakru. ii. Jumlah Keuntungan Dikontrakkan= Harga Jualan - Harga Belian (atau Jumlah Pembiayaan). iii. Keuntungan Terakru dikira berdasarkan Kadar Keuntungan Efektif ke atas baki Harga Belian (atau Jumlah Pembiayaan) yang telah dibayar/digunakan.
Penyelesaian Awal: "Penyelesaian Awal" bermaksud Penyelesaian Pembiayaan yang dilakukan oleh Pelanggan sebelum tarikh matang atau tamat tempoh Pembiayaan tersebutm tertakluk tetapi tidak terhad kepada situasi-situasi berikut: i. ii. iii. iv.
Pelanggan membuat penyelesaian awal atau tebus hutang, termasuk penyelesaian pra-pembayaran; Penyelesaian kontrak Pembiayaan sedia ada ekoran dari penstrukturan pembiayaan; Penyelesaian oleh Pelanggan untuk kes-kes pembiayaan mungkir; dan/atau Penyelesaian oleh Pelanggan untuk kes-kes pembiayaan yang ditamatkan atau dibatalkan sebelum tarikh matang atau tamat tempoh pembiayaan.
"Jumlah Penyelesaian Awal" bermaksud Baki Harga Jualan ditolak ibra’ ketika Penyelesaian Awal ditolak jumlah pembiayaan yang belum dikeluarkan (digunakan) ditolak bayaran pendahuluan oleh Pelanggan ditambah lebihan sementara ditambah pendahuluan oleh Bank, ditambah ta’widh dan ditambah Caj Penyelesaian Awal. Nota: i. Baki Harga Jualan = Baki Harga Belian (atau Baki Jumlah Pembiayaan) + Keuntungan Tertunggak + Keuntungan Tertangguh ii. Pendahuluan oleh Bank termasuk jumlah sumbangan takaful / premium insuran, yuran guaman, cukai tanah dan sebagainya. iii. Caj Penyelesaian Awal adalah kos sebenar yang ditanggung oleh Bank yang telah diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah Bank. 8. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?
Keperluan untuk penjamin adalah berdasarkan setiap kes masing-masing . Kenderaan yang dibiayai akan disandarkan sebagai cagaran.
9. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan pada maklumat perhubungan saya?
Anda bertanggungjawab dan hendaklah memaklumkan kepada kami dengan segera tentang apa-apa perubahan pada maklumat perhubungan anda bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.
Halaman 4 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 4.1/2014
10. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan pembelaan?
Jika anda menghadapi kesukaran dalam menjelaskan bayaran bulanan, anda perlu menghubungi kami secepat mungkin untuk membincangkan pilihan bayaran. Anda boleh menghubungi kami di: i.
Jabatan Pusat Panggilan Bank Islam Malaysia Berhad Tingkat 17, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-26 900 900 Emel:
[email protected]
atau
ii.
Pusat Pembiayaan Automobil kami yang berhampiran atau
iii.
Layari laman web kami www.bankislam.com.my untuk maklumat lanjut
Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan dan pengurusan wang, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang secara percuma untuk individu. Anda boleh menghubungi AKPK di: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 1-800-22-2575 Emel:
[email protected]
Jika anda ingin membuat aduan tentang produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami, anda boleh menghubungi kami di: Jabatan Rangkaian & Pengagihan Maklum Balas Tingkat 18, Menara Bank Islam No 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2782 1281/1284/1285 Faks: 03 2782 1337 Emel:
[email protected]
Jika pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan oleh kami dengan memuaskan, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di: Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-5465 Faks: 03-2174 1515 Emel:
[email protected]
11. Apakah pakej Pembiayaan Kenderaan pengguna lain yang disediakan?
Tiada
NOTA PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA JIKA ANDA GAGAL MENJELASKAN BAYARAN BULANAN BAGI KEMUDAHAN PEMBIAYAAN KENDERAAN-i ANDA. Maklumat yang diberikan dalam risalah pendedahan ini sah pada Februari 19, 2014. Halaman 5 of 5 Risalah Pendedahan Produk – Pembiayaan Kenderaan-i (Jualan) Bank Islam Malaysia Berhad Versi 4.1/2014