Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
1
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
HAKCIPTA TERPELIHARA [Anda TIDAK BOLEH] mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin secara bertulis daripada penerbit http://www.kacangsoya.com
[Anda TIDAK BOLEH] menjual e‐book ini untuk mendapat sebarang keuntungan. [Anda TIDAK BOLEH ] mengubahsuai mana‐mana kandungan dalam e‐ book inI. [Anda TIDAK BOLEH] mengedarkan e‐book ini secara percuma kepada sesiapa pun jua.
WALAU BAGAIMANAPUN
[Anda BOLEH] mencetak untuk kegunaan anda sendiri.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
2
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
PENAFIAN PENULIS
Segala maklumat yang terkandung dalam report ini adalah untuk tujuan pengetahuan dan maklumat semata-mata. Ia tidak bertujuan untuk sebarang diagnosis atau rawatan. Segala kandungan dalam ebook ini bukanlah nasihat rasmi atau menepati 100% daripada apa yang dinyatakan. Ia bergantung kepada usaha yang dilakukan, masa, keadaan dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi hasil daripada kaedah yang dicadangkan. Penulis sedaya upaya menyampaikan maklumat yang tepat, namun jika ada kesalahan atau maklumat yang sudah tidak relevan, ia adalah diluar jangkauan penulis. Report ini tidak bertujuan untuk menggantikan khidmat nasihat dan konsultansi oleh doktor. Oleh itu, sebarang gangguan kesihatan, kesan sampingan, komplikasi, kerugian baik dalam jangkamasa pendek atau jangkamasa panjang kesan daripada kaedah-kaedah yang dicadangkan dalam report ini adalah di luar tanggungjawab penulis.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
3
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN PENYATA HAKCIPTA……………………….…………………………..……………….…. 2
PENAFIAN PENULIS..……………………….…………………………..……………….…. 4
RAHSIA KACANG SOYA………………………………………………..……………....…..5 Pengenalan…………...........…………..…………………..……………………….…6 Pemakanan Berkhasiat………… ….…………………………………………...……7 Kos Yang Rendah Berbanding Khasiat..………………………………………..…10
KAEDAH PENYEDIAAN SUSU KACANG SOYA………………………….……………11 Cara-cara Penyediaan Secara Umum……………………………………….…….12 Penyedian Langkah Demi Langkah .…………….…………………….……….….15
PENUTUP …………………………….……….……………………………………………..23
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
4
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
RAHSIA KACANG SOYA
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
5
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
RAHSIA KACANG SOYA
PENGENALAN Nama botani: Glycine max Kacang soya terdiri dari keluarga kekacang, justeru ianya terkenal dengan sejenis makanan yang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Kacang soya adalah antara tanaman yang tertua ditanam di dunia. Ianya dipercayai berasal dari Asia Timur dan merupakan jenis kekacang yang paling banyak dimakan oleh orang ramai berbanding dari jenis kekacang yang lain. Penduduk di benua timur menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kini, berbagai produk daripada kacang soya boleh didapati dengan mudah di mana-mana. Kacang soya boleh digunakan dalam pelbagai cara dan sehingga kini kacang soya telah dihasilkan dalam bentuk susu kacang soya, tauhu, tauhu manis (taufu fah), kicap, fucuk, tauchu, tempe, malah ada yang menjadikan bahan sampingan kacang soya sebagai bahan mentah membuat kuih dan sebagainya. Manakala tauhu dan susu kacang soya merupakan makanan yang sangat popular di kalangan masyarakat Cina.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
6
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
PEMAKANAN BERKHASIAT Kacang soya merupakan makanan berfungsi yang kaya dengan protein berkualiti tinggi. Ianya menyumbang 30-40% sumber protein. Kacang soya kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, manganese, magnesium, iron, fosforus serta lesitin. Kacang soya juga kaya dengan vitamin seperti vitamin A, B, C dan D yang penting bagi pertumbuhan normal kanak-kanak.
1.
Kehadiran unsur-unsur nutrient yang bernilai tinggi di dalam kacang soya menyumbang kepada membantu perkembangan otak kanakkanak
2.
Sumber protien lengkap yang membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk keperluan tubuh.
3.
Sumber daripada kacang soya mengandungi serat dan isoflavon yang terbukti berfaedah untuk kesihatan tubuh.
4.
Protein soya mempertingkatkan kadar metabolisma badan
5.
Protein soya menunjukkan kejadian alahan yang rendah, menjadikan ianya sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah alahan terhadap makanan.
6.
Kacang soya merupakan sumber protein lengkap yang penting untuk pertumbuhan kanak-kanak
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
7
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
7.
Susu kacang soya baik untuk kesihatan jantung, yang mana mempunyai lemak tepu yang rendah serta tanpa kolesterol.
8.
Produk
yangdiperbuat
daripada
kacang
soya
boleh
membantu
pertumbuhan tulang dan gigi. 9.
Produk kacang soya mudah dicerna, mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak
10.
Membantu perkembangan sistem imun yang diperlukan oleh tubuh bagi melawan penyakit.
11.
Kandungan serat yang tinggi yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan.
12.
Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
13.
Lesitin soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan
dalam
sel-sel,
mengemusi
lemak
dalam
makanan,
mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati, awet muda dan mencegah pigmentasi kulit. 14.
Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam tubuh.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
8
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
15.
Susu kacang soya sangat sesuai sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
16.
Susu kacang soya mempunyai kadar lemak yang rendah, tanpa kolesterol dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan pesakit kencing manis. P/s : Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya boleh mempertingkatkan kualiti kehidupan. P/p/s : Susu kacang soya yang disediakan sendiri bebas daripada pengawet, pewarna dan perasa. Ini bermakna ianya lebih menjamin kesihatan berbanding dengan susu kacang soya yang banyak terdapat di pasaran.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
9
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
KOS YANG RENDAH BERBANDING KHASIAT Bagi setiap 100 gram, khasiat protein kacang soya boleh disamakan dengan dua kali ganda protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, 5-6 kali roti dan 12 kali susu. Kacang soya bukan sahaja mengandungi kandungan protein yang tinggi berbanding makanan lain tetapi juga mempunyai kualiti yang tinggi. Susu kacang soya adalah sangat murah jika dibandingkan dengan sumber protein yang lain dengan jumlah yang sama. Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat murah jika dibandingkan dengan daging, susu dan telur dengan kadar protein yang sama.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
10
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
KAEDAH PENYEDIAAN SUSU KACANG SOYA
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
11
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
KAEDAH PENYEDIAAN AIR SUSU KACANG SOYA BAHAN-BAHAN ►Bahan-bahan Untuk Penyediaan Susu Kacang Soya:500 gram kacang soya 5000 ml air 2 helai daun pandan ( siat dan simpul)
►Bahan-bahan Untuk Penyediaan Sirap (Air Gula) 1000 ml air 400 g gula 2 helai daun pandan (siat dan simpul)
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
12
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
CARA-CARA PENYEDIAAN ►Cara-cara Penyediaan Susu Kacang Soya 1.
Cuci dan rendam kacang soya 4-5 jam atau semalaman.
2.
Buangkan kulit kacang soya yang telah kembang dan cuci. Kemudian toskan kacang soya.
3.
Kisar kacang soya dengan menggunakan air yang telah disukat sedikit demi sedikit. Ulangi proses kisar sehigga kacang soya habis.
4.
Tapiskan susu kacang soya dengan menggunakan kain bersih. Pastikan susu ditapis dengan sempurna. Asingkan susu dan hampas kacang soya.
5.
Masukkan susu kacang soya dan daun pandan yang telah disimpul kedalam periuk yang bersesuaian supaya susu tidak melimpah keluar semasa mendidih.
6.
Susu kacang soya yang dididihkan hendaklah sentiasa di kacau agar tidak melekit pada dasar periuk (susu mudah hangit dan ini akan merosakkan keseluruhan susu dengan bau serta rasa yang tidak enak).
7.
Setelah mendidih, angkat dan kacau lagi buat seketika. Akhir sekali biarkan susu kacang soya sejuk.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
13
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
►Cara Penyediaan Air Gula (Sirap): 1.
Masukkan kesemua bahan sirap (gula, air dan daun pandan) ke dalam periuk untuk dijadikan air gula.
2.
Masak sehingga gula larut dan mendidih.
3.
Angkat dan sejukkan.( simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama)
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
14
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
PENYEDIAAN LANGKAH DEMI LANGKAH ►Cara-cara Penyediaan Susu Kacang Soya
1 Timbang kacang soya mengikut sukatan.
2 Buang bendasing dan cuci kacang soya sehingga bersih.
3 Rendam kacang soya selama 4 -5 jam atau semalaman.
4
Buangkan kulit kacang soya yang telah kembang dan cuci semula sehingga bersih. # kulit
kacang
soya
perlu
dibuang
bagi
mendapatkan susu kacang soya yang putih dan mengelakkan rasa susu yang pahit atau payau. Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
15
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
5 Setelah dicuci sehingga bersih, toskan kacang soya.
6 Sediakan bahan-bahan dan peralatan untuk memproses susu kacang soya.
7 Masukkan kacang soya dan air yang telah disukat sedikit demi sedikit ke dalam pengisar.
8 Kisar campuran tersebut sehingga halus.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
16
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
9 Tapiskan susu kacang soya dengan menggunakan kain bersih atau penapis kopi (yang bersih).
10 Asingkan susu dan hampasnya. Pastikan susu ditapis dengan sempurna. Ulangi proses 7 hingga 10 sehingga kacang soya habis.
11
Susu kacang soya tersebut hendaklah di tapis berulangulang kali (3 kali atau lebih) untuk mendapatkan hasil susu yang halus.
12 Hampas kacang soya yang telah di asingkan.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
17
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
13
Masukkan susu kacang soya dan daun pandan yang telah dismpul ke dalam periuk yang bersesuaian supaya susu tidak melimpah keluar semasa mendidih.
14
Susu kacang soya yang dididihkan hendaklah sentiasa di kacau agar susu tidak melekit pada dasar periuk (hangit). # Susu soya yang hangit akan merosakkan bau dan rasa susu kacang soya.
15 Setelah mendidih, tutup api dan kacau buat seketika. Biarkan sejuk.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
18
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
►Cara-cara Penyediaan Air Gula (Sirap) :
1 Masukkan air yang telah disukat ke dalam periuk yang sesuai. Kemudian, masukkan pula gula.
2 Campuran gula dan air dimasak bersama-sama dengan daun pandan yang telah disimpul. Masak sehingga gula larut dan mendidih.
3 Setelah mendidih, tutup api dan biarkan air gula (sirap) sejuk.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
19
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
►Cara-cara Penyediaan Air Susu Kacang Soya :
1 Masukkan susu kacang soya (setelah sejuk) ke dalam jag.
2 Campurkan susu kacang soya dengan air gula. Campuran mengikut cita rasa anda.
3 Tambahkan ais untuk rasa yang lebih enak dan menyegarkan.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
20
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
AIR SUSU KACANG SOYA SEDIA UNTUK DIMINUM
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
21
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
PENUTUP
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
22
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
PENUTUP
Makanan
yang
diperbuat
daripada
kacang
soya
mempunyai
nilai
pemakanan yang tinggi. Harganya yang murah dan boleh digunakan sebagai bahan asas untuk penyediaan berbagai jenis makanan menjadikan ianya popular di segenap lapisan masyarakat. Kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai dijadikan makanan harian. Minuman daripada kacang soya mempunyai nilai yang tinggi berkali ganda berbanding minuman berkarbonat yang banyak terdapat di pasaran. Namun masih ramai yang tidak menyedari hakikat ini, lantaran membeli minuman
dari
jenis
yang
berisiko
seperti
minuman
berkarbonat
yang
mengandungi asid dan gula yang tinggi. Gunakan resipi penyediaan susu kacang soya ini untuk menjadikan susu kacang soya sebagai minuman kesihan anda sekeluarga. Peluang menjana pendapatan tambahan juga terbuka luas bagi memenuhi permintaan yang sedia ada terhadap minuman susu kacang soya.
“Murah Dan Berkhasiat Tinggi”
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
23
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
BIODATA PENULIS
Nama
:
Hjh Nor Azlina Sidek
Tarikh Lahir
:
10.12.1969
Tempat Lahir :
Selangor, Malaysia.
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
24
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
Dapatkan ebook Rahsia Anak Pintar, membongkar kaedah menjana kepintaran anak sejak dalam kandungan sehingga ke peringkat remaja di www.rahsiaanakpintar.com
www.RahsiaAnakPintar.com www.blog.RahsiaAnakPintar.com www.Anakpintar2u.com
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
25
Rahsia Kacang Soya & Kaedah Penyediaan Susu Kacang Soya
Terokai potensi buat duit melalui kuih raya. Dapatkan ebook Rahsia Kuih Raya di www.rahsiakuihraya.com
www.RahsiaKuihRaya.com www.lubukresipi.blogspot.com
Hakcipta Terpelihara © 2010 www.KacangSoya.com
26