Pertabungan Lotte Lehman Pertandingan Nyanyian ‘CyberSing’ 2006 Tujuan: Untuk mencungkil bakat penyanyi-penyanyi dan pemain piano masing-masing dari seluruh dunia, yang sehingga ini belum diakui kecemerlangan mereka. Persembahan peserta-peserta akan diterbitkan dalam laman web Pertabungan Lehman dan berpeluang menerima hadiah tunai dan anugerah yang lain. Peringkat Satu: Penyanyi di bawah umur 23; Hadiah Utama $1000 Peringkat Dua: Penyanyi berumur 23 ke atas;Hadiah Utama $5000 Peraturan Peringkat Satu Peserta ( Penyanyi dan Pemain Piano) mesti menyerahkan semua di senarai di bawah sebelum 31 JULAI 2006 ke: CyberSing 2006 Competition Division One Lotte Lehmann Foundation 545 8th Avenue Suite 401 New York, N.Y. 10018
1. Draf US dollar ( kiriman wang atau cek) sejumlah $25 kepada ‘Lotte Lehman Foundation’ atau dengan Paypal 2. Borang penyertaan yang siap diisi 3. Sehelai cereka padat yang telah dirakam dengan empat *(4) lagu dalam bahasa asal yang ditetapkan. ( rakaman pita, DAT, rakaman video dan mini-disc tidak akan diterima) 4. Satu salinan Surat Beranak, Pasport atau lesen memandu peserta dengan tarikh lahir peserta ( selepas 1hb Ogos 1982) Semua di atas tidak akan dipulangkan *(4) empat lagu yang harus dipersembahkan termasuk Lagu Jerman (Lied), Lagu Perancis (mélodie), sebuah lagu yang dipilih oleh peserta dalam bahasa yang dipilih dan lagu yang ditulis khas oleh Dan Welcher untuk Pertandingan ‘CyberSing’ 2006. Lagu baru ini boleh diperoleh dengan US$5 dari laman web Pertabungan Lehmann :www.cybersing.org Hadiah Hadiah pertama berjumlah $1000 untuk Persembahan Keseluruhan Terbaik. Hadiah yang lain termasuk wang tunai sejumlah $250, termasuk: Persembahan Lied Terbaik, Persembahan Lagu Amerika Terbaik, Persembahan Lagu Wajib Terbaik, Persembahan Kerjasama Pemain Piano Terbaik dan Kegemaran Pendengar. Peraturan Peringkat Kedua
Peserta ( Penyanyi dan Pemain Piano) mesti menyerahkan semua di senarai di bawah sebelum 31 JULAI 2006 ke:
CyberSing 2006 Competition Division Two Lotte Lehmann Foundation 545 8th Avenue Suite 401 New York, N.Y. 10018
1. Draf US dollar ( kiriman wang atau cek) sejumlah $25 kepada ‘Lotte Lehman Foundation’ atau dengan Paypal 2. Borang penyertaan yang siap diisi 3. Sehelai cereka padat yang telah dirakam dengan empat *(7) lagu dalam bahasa asal yang ditetapkan. ( rakaman pita, DAT, rakaman video dan mini-disc tidak akan diterima) *(7) empat lagu yang harus dipersembahkan termasuk (2) Lagu Jerman (Lieder), (2)Lagu Perancis (mélodie), (2) lagu yang dipilih oleh peserta dalam bahasa yang dipilih dan lagu yang ditulis khas oleh Dan Welcher untuk Pertandingan ‘CyberSing’ 2006. Lagu baru ini boleh diperoleh dengan US$5 dari laman web Pertabungan Lehmann :www.cybersing.org Hadiah Hadiah pertama berjumlah $5000 untuk Persembahan Keseluruhan Terbaik. Hadiah yang lain termasuk wang tunai sejumlah $500, termasuk: Persembahan Lied Terbaik, Persembahan Lagu Amerika Terbaik, Persembahan Lagu Wajib Terbaik, Persembahan Kerjasama Pemain Piano Terbaik dan Kegemaran Pendengar. Informasi Lain untuk Semua peserta Setelah menyerahkan borang penyertaan, peserta membenarkan Pertabungan Lotte Lehmann untuk menerbit dan menyiarkan rakaman peserta secara komersial dalam apa jua media dan menggunakan nama, suara dan butir-butir biografi untuk CyberSing tanpa sebarang bayaran. Semua bahan yang disertai tidak akan dipulangkan. Lotte Lehmann dan CyberSing tidak bertanggungjawab sekiranya bahan yang disertai terosak. Semua keputusan adalah muktamad. Para hakim akan memilih kurang daripada 20 orang peserta ke pusingan separuh akhir. Mereka boleh mengambil keputusan untuk menganugerahkan kesemua hadiah-hadiah, sebahagian daripada hadiah-hadiah atau tidak menganugerahkan sebarang hadiah langsung. Hanya peserta pusingan separuh akhir dan pemenang akan dimaklumkan. Selepas penyerahan borang penyertaan, peserta hanya dibenarkan untuk menghubungi Pertabungan Lotte Lehmann sekira mereka ingin mengubah alamat rumah atau alamat e-mel. Sebarang pelanggaran peraturanperaturan di atas boleh mengakibatkan pembatalan kelayakan peserta. Lagu Penyertaan Untuk Pertandingan CyberSing 2006, hanya lagu yang diklasifikasi sebagai ‘lagu seni’ atau lagu klasikal, i.e: lagu klasikal dalam bahasa asal untuk suara dan piano. Opera arias, oratorio, cantata, popular, folk, rock, jazz, rap, commercial and lagu Broadway tidak akan diterima. Transposasi akan diterima. Peserta Peringkat Satu harus menyertakan tidak lebih daripada 4 buah lagu dan Peserta Peringkat Dua harus menyertakan tidak lebih daripada 7 buah lagu.
Cakera Padat Penyertaan Setiap lagu harus dirakam dalam trek masing-masing. Nombor trek dan nama lagu harus ditulis dengan jelas di atas cakera padat dengan nama peserta-peserta. Aturan trek haruslah mimik aturan trek yang ditulis di atas cakera padat. Cakera Padat adalah satu-satunya cara di mana peserta akan mempersembahkan lagu masing-masing kepada para hakim; oleh itu, sila merakamkan lagu anda dengan teliti. Para hakim tidak akan dimaklumkan nama atau sebarang butir peserta sehingga pemenang telah dipilih. Pemilihan Tahap awal Para Hakim akan memilih 20 orang peserta separuh akhir.Rakaman peserta-peserta ini akan disiarkan secara antarabangsa dalam laman web Pertabungan Lotte Lehmann (www.lottelehmann.org) pada Oktober 2006. Pemilihan Tahap Akhir Sekumpulan Para Hakim yang lain akan memilih peserta peringkat akhir daripada 20 orang peserta peringkat separuh akhir. Pelawat laman Pertabungan Lotte Lehmann akan memilih Pemenang ‘Kegemaran Pendengar’. Persembahan pemenang-pemenang bersama dengan foto dan biografi masing-masing akan disiarkan dalam laman web Pertabungan Lotte Lehmann. Pengumuman Pemenang-pemenang Hadiah Pemenang-pemenang dan hadiah masing-masing akan diumumkan dalam laman web Pertabungan Lotte Lehmann, suratkhabar antarabangsa, kepada para muzik profesional di seluruh dunia melalui senarai e-mel Pertabungan pada Disember 2006. Persembahan pemenangpemenang bersama dengan foto dan biografi masing-masing akan disiarkan dalam laman web Pertabungan Lotte Lehmann selama dua puluh empat bulan. Resume dan Foto Pemenang akan dihubungi untuk biografi dan foto masing-masing. Teknik rakaman yang disyorkan Oleh sebab rakaman adalah satu-satunya cara di mana penyanyi dan pemain piano akan dinilai, sila merakamkan persembahan sekalian dengan teliti. Rakaman yang tidak jelas tidak akan diterima. Piano elektrik dan bunyi tambahan juga tidak akan diterima. Rakaman persembahan secara langsung dengan pemain piano boleh diterima sekira tiada bunyi asing dari para penonton. Rakaman studio profesional adalah pilihan terbaik, tetapi sekira peserta tidak dapat berbuat demikian, sila guna pengesyoran di bawah untuk merekodkan rakaman anda: Mikrofon: Gunakan mikrofon yang sebaik mungkin. Nyanyi lebih kurang 30-46 sentimeter dari mikrofon. Cuba capai keseimbangan di antara piano dan suara penyanyi. Tempat menyanyi yang paling baik adalah di dalam bilik yang terasing dari bunyi dari luar. Pilih masa yang senyap di kawasan anda, cuba sistem anda dan rekodkan persembahan anda. Sila ingat bahawa rakaman anda akan disiarkan di radio dan laman web Pertabungan Lotte Lehmann.
Informasi Lain CyberSing merupakan pertandingan persembahan seni lagu antarabangsa. Cybersing berbeza dari pertandingan suara yang lain kerana ia memberikan peluang kepada penyanyi dari seluruh dunia yang mempunyai Internet untuk mengambil bahagian. Kebanyakan pertandingan menumpukan perhatian kepada opera tetapi Cybersing memberikan tumpuan kepada lagu seni. Cybersing bertujuan untuk memberi penyanyi dan pemain piano antarabangsa tarikh penutup dan motivasi untuk menuntut, merakam dan mempersembahkan persembahan mereka . CyberSing juga bertujuan untuk menampilkan bakat penyanyi dan pemain piano ke seluruh dunia dan memberikan perhatian kepada lagu klasik dari pelbagai adat dan budaya. CyberSing juga dapat meluaskan pengalaman umum para peserta. Fail lagu para pemenang dapat diperolehi dari laman web Pertabungan Lotte Lehmann.Pendengar dari seluruh dunia dapat memilih lagu kegemaran mereka. Hadiah istimewa akan diberi kepada lagu kegemaran pendengar. Hadiah tunai dan anugerah diberi untuk mengalakkan para penyanyi dan pemain piano. Informasi mengenai Pertabungan Lotte Lehmann Misi Pertabungan Lotte Lehmann adalah untuk mengekalkan dan memperkembangkan legasi Lotte Lehmann, dan memberikan penghormatan kepada impiannya untuk menyebarkan lagu seni. Untuk merealisasikan objektif-objektif ini, Pertabungan menggunakan teknologi terbaru dan mencungkil bakat dan kreativiti pengemar muzik di seluruh dunia. Untuk informasi Pertabungan Lotte Lehmann yang seterusnya sila melawati laman web www.lottelehmann.org Soalan-Soalan S: Di manakah saya dapat membeli nota lagu wajib oleh Dan Welcher? J: Lagu nota hanya dapat diperolehi dari laman web Pertabungan Lehmann di : http://www.cybersing.org dengan harga US$ 5 S: Dalam seksyen ‘ Rakaman yang Disyorkan’ yang terdapat dalam Informasi Cybersing dan Penyertaan menyatakan bahawa rakaman studio adalah penyertaan terbaik, ia juga ternyata bahawa rakaman tidak harus disertakan dengan ‘bunyi tambahan’ asing. Kebanyakan bilik rakaman studio adalah sempit dan tidak mempunyai bunyi akustik di dewan konsert, gereja atau rumah opera yang diperlukan oleh penyanyi untuk membuat rakaman persembahan. Oleh itu, ‘bunyi akustik’ akan disertakan setelah persembahan siap dirakam. Sila jelaskan seksyen informasi ini. J: Para hakim tidak akan menerima bunyi yang jelas disertakan selepas rakaman. Jurutera muzik anda boleh menyertakan bunyi akustik secara tidak langsung ke dalam rakaman anda. Anda boleh membuat rakaman di gereja atau rumah opera sekira anda berpendapat bahawa bunyi akustik di tempat-tempat ini lebih baik. S: Adakah ini pertandingan antarabangsa? J: Ya. Penyanyi dari merata dunia telah cuba mendapatkan informasi mengenai pertandingan ini. Peraturan Pertandingan ini telah diterjemah ke Bahasa Jepun, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Rusia, Bahasa Korea, Bahasa Cina dan Bahasa Perancis. Kebanyakan penyanyi yang tidak berpeluang menyertai pertandingan nyanyian kini berpeluang untuk berbuat demikian.
S: Adakah penyanyi wajib berpengetahuan teknik rakaman? J: Sekiranya boleh, penyanyi dan pemain piano harus menumpukan perhatian dalam persembahan dan membiarkan perakam studio membuat rakaman untuk anda. Jika penyerta tidak berbuat demikian, sila mengikuti pengesyoran CyberSing semasa membuat rakaman anda. S: Bolehkah penyanyi yang tidak berpengalaman menyertai pertandingan ini? J: Ya. Semua penyanyi boleh menyertai pertandingan ini. Penyerta tidak perlu memberi informasi biografi mereka pada masa penyertaan. Pemenang akan diminta informasi biografi setelah pemenang diumumkan. S: Mengapa Pertandingan Peringkat Kedua tidak mempunyai had umur? J: Pertabungan Lotte Lehmann ingin mengalakkan semua penyanyi untuk membuat persembahan, termasuk penyanyi yang telah berumur. S: Bilakah pertandingan ini akan dilangsungkan? J: Pertandingan ini diadakan setiap dua tahun, dan pertandingan yang seterusnya akan diadakan pada 2008. S: Siapakah yang membiayai pertandingan ini? J: Kebanyakannya dari penderma peribadi tetapi Pertabungan Lotte Lehmann juga mendapat sokongan dari pertabungan juga. S: Adakah peserta akan menjadi terkenal selepas pertandingan ini? J: Selepas setiap pertandingan, penyanyi tidak akan menjadi terkenal tetapi beribu pelaman web, termasuk para muzik profesional, melamani web Pertabungan Lotte Lehmann setiap tahun untuk mendengar persembahan pemenang peringkat separuh akhir dan peringkat akhir.