PERATURAN PERTANDINGAN SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 1. NAMA Kejohanan ini dinamakan Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 2. PERATURAN AM 2.1. Semua Persatuan Badminton Negeri yang bergabung dengan Persatuan Badminton Malaysia (‘BAM’) dan “Ahli BAM”,Persatuan Badminton Putrajaya boleh mengambil bahagian dalam kejohanan ini. 2.2.
Kejohanan ini akan dipertandingkan dalam 3 kategori umur bagi lelaki dan wanita seperti berikut : 2.2.1. 12 tahun dan ke bawah 2.2.2. 14 tahun dan ke bawah 2.2.3. 16 tahun dan ke bawah
2.3.
Di Peringkat Zon bagi Sirkit Pertama dan Sirkit Kedua, pertandingan dijalankan secara Kalah Mati (Knock-Out).
2.4.
Di Peringkat Akhir, pertandingan akan dijalankan secara Liga Berkumpulan diikuti dengan pertandingan kalah mati (Knock out) pada peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir untuk acara perseorangan dan Separuh Akhir dan Akhir untuk acara beregu.
2.5.
Semua Undang-undang Pertandingan adalah mengikuti Peraturan Am Pertandingan Persekutuan Badminton Dunia (‘BWF’) dan Peraturan Pertandingan Kejohanan ini yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan BAM.
3. PENGURUSAN 3.1. BAM akan mengenalpasti Ahli BAM yang akan menjadi tuan rumah untuk mengelola dan menguruskan sirkit-sirkit di peringkat zon dan peringkat akhir. 3.2.
Pengelolaan Kejohanan ini hendaklah berpandukan kepada Manual Penganjuran Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan yang akan dibekalkan oleh BAM.
4. PEGAWAI TEKNIKAL 4.1. BAM akan melantik Referi dan Timbalan Referi, sementara Ahli BAM yang mengelola akan melantik pegawai teknikal selebihnya, termasuk pengadil dan hakim garisan dalam jumlah yang mencukupi berpandukan Manual Penganjuran untuk bertugas dalam Kejohanan ini. 4.2.
Pada Peringkat Zone, Ahli BAM yang menyertai kejohanan, perlu membekalkan seorang hakim garisan (pemain) bagi setiap perlawanan yang melibatkan Ahli BAM berkenaan sehingga Pusingan 16 (Round 16). Hakim garisan untuk pusingan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir akan dibekalkan oleh tuan rumah.
[NJC 1-9]
5. KELAYAKAN PENYERTAAN PEMAIN 5.1.
Warganegara Malaysia
5.2.
Semua pemain yang akan mengambil bahagian hendaklah berumur 12 tahun atau ke bawah, 14 tahun atau ke bawah, 16 tahun atau ke bawah bagi ketegori umur yang berkaitan dan program BJSS(’BJSS’). (Umur dikira pada 1 Januari tahun Kejohanan dijalankan).
5.3.
Pemain-pemain dari Pusat Latihan Nasional (’PLN’) akan menyertai pertandingan di Peringkat Akhir, dan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Peringkat Zon.
5.4.
Penyertaan hendaklah dibuat melalui Ahli BAM.
5.5.
Pendaftaran penyertaan hendaklah dibuat secara talian (online) oleh Ahli BAM.
5.6.
Pendaftaran penyertaan selepas tarikh tutup tidak akan diterima.
5.7.
Senarai penyertaan hendaklah mengikut kekuatan (ranking) Ahli BAM.
6. PANDUAN GARIS MASA (TIMELINE) 6.1.
Tarikh tutup pendaftaran adalah empat (4) minggu sebelum mana-mana sirkit bermula.
6.2.
BAM akan memuat naik laporan senarai penyertaan di laman sesawang BAM tiga (3) minggu sebelum mana-mana sirkit atau peringkat akhir bermula untuk semakan.
6.3.
Undian akan dijalankan dua (2) minggu sebelum mana-mana sirkit atau peringkat akhir bermula.
6.4.
Ahli BAM boleh membuat penarikan diri penyertaan dua (2) hari sebelum tarikh undian dibuat tanpa dikenakan sebarang denda/tindakan.
7. DENDA, KAD KUNING DAN MERAH 7.1.
Pemain yang menerima kad hitam akan didenda RM200 dan tindakan tatatertib selanjutnya mungkin diambil oleh BAM.
7.2.
Pemain yang menerima kad merah akan didenda RM200 setiap satu kad.
7.3.
Pemain yang menerima 3 Kad Kuning (terkumpul) dalam tahun semasa akan didenda RM200.
7.4.
Ahli BAM adalah bertanggungjawab untuk mengutip dan membayar segala denda yang dikenakan kepada pemain-pemain yang didaftar oleh mereka.
[NJC 2-9]
8. PENETAPAN ZON UNTUK PENYERTAAN 8.1. Di peringkat zon, Ahli-ahli BAM akan dibahagikan dalm 3 zon yang mengandungi jumlah negeri yang sama banyak. 8.2.
3 zon tersebut dikenali sebagai Zon A, Zon B, dan Zon C, manakal BJSS dikenali sebagai Zon D. Pembahagian Negeri dalam setiap zon adalah berdasarkan ketetapan berikut: 8.2.1. Ahli BAM akan diberi ranking berdasarkan bilangan kelayakan penyertaan dalam Sirkit Remaja Kebangsaan Peringkat Akhir tahun lepas. 8.2.2. Ahli BAM ranking 1-3 dan ranking 4-6 akan diundi ke dalam 3 Zon A,B atau C. 8.2.3. Penetapan Ahli BAM yang lain kepada setiap zon adalah berdasarkan undian. 8.2.4. Negeri Sabah dan Negeri Sarawak tidak boleh berada dalam zon yang sama.
9. PENYERTAAN 9.1.
Pada Sirkit Pertama dan Sirkit Kedua, Ahli BAM dibenarkan menghantar jumlah penyertaan seperti ketetapan berikut: 9.1.1. Tidak lebih daripada 6 orang peserta bagi acara perseorangan lelaki dan wanita dan tidak lebih daripada 4 pasangan bagi acara beregu lelaki atau wanita bagi setiap acara. 9.1.2. Ahli BAM yang menjadi tuan rumah dibenarkan menghantar tidak lebih daripada 9 orang peserta bagi acara perseorangan lelaki dan wanita dan tidak lebih daripada 6 pasangan bagi acara beregu lelaki atau wanita bagi setiap acara. 9.1.3. Tidak lebih daripada 2 orang pemain simpanan untuk acara perseorangan lelaki dan wanita dibenarkan untuk didaftarkan oleh ahli BAM bagi mengambil tempat kuota yang belum lagi dipenuhi oleh Ahli BAM lain dalam acara masing-masing, tertakluk kepada had penyertaan maksima seperti jadual dibawah: Jadual Had penyertaan Acara perseorangan Acara Perseorangan Lelaki 12 tahun ke bawah Perseorangan Wanita 12 tahun ke bawah Perseorangan Lelaki 14 tahun ke bawah Perseorangan Wanita 14 tahun ke bawah Perseorangan Lelaki 16 tahun ke bawah Perseorangan Wanita 16 tahun ke bawah
[NJC 3-9]
Had Penyertaan 32 32 32 32 32 32
9.1.3.1. Pemilihan pemain simpanan untuk mengisi kuota / kekosongan yang ada adalah mengikut undian yang akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pertandingan BAM mengikut ranking senarai penyertaan Ahli BAM. 9.1.3.2. Keputusan undian ini adalah muktamat. 9.1.4. Senarai penyertaan hendaklah di hantar melalui talian mengikut kekuatan (ranking) Ahli BAM masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan. 9.1.5. Pemain hanya dibenarkan bertanding dalam satu kategori umur sahaja. 9.1.6. Pada Peringkat Akhir, bilangan penyertaan yang ditetapkan dari setiap Zon adalah berdasarkan ranking yang diperolehi di Zon masing-masing (sila lihat peraturan 12.2.2) 10. UNDIAN & RANKING 10.1.
Undian akan dijalankan mengikut peraturan pertandingan Am BWF dan akan diadakan dua (2) minggu sebelum kejohanan bermula.
10.2.
Ahli BAM boleh menghantar wakil untuk menyaksikan undian.
11. PENARIKAN DIRI & PENUKARAN 11.1.
Penarikan dan penukaran pemain hendaklah dibuat 2 hari sebelum daripada undian dibuat.
11.2.
Penukaran / gantian pemain selepas undian hanya dibenarkan berdasarkan syarat berikut: 11.2.1.
Pengurus Pasukan hendaklah memaklumkan penarikan penyertaan selewat-lewatnya semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. Hanya pemain yang menarik diri dengan surat sokongan perubatan sahaja yang akan diterima untuk penukaran/gantian pemain daripada negeri yang sama.
11.2.2.
Pemain atau pasangan gantian hendaklah terdiri daripada pemain simpanan yang telah didaftarkan sebelum tarikh tutup penyertaan.
12. PERINGKAT PERTANDINGAN 12.1. Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan ini akan dijalankan dalam 2 peringkat, iaitu: 12.1.1. 12.1.2.
Peringkat Awal yang melibatkan dua (2) Sirkit bagi setiap Zon. Peringkat Akhir.
[NJC 4-9]
12.2. Peringkat Zon dan Peringkat Akhir 12.2.1. 2 Sirkit di peringkat zon akan dijalankan untuk Zon A, Zon B dan Zon C. Peringkat akhir akan melibatkan pemain/pasangan yang layak dari Zon A, Zon B dan Zon C berdasarkan jumlah mata yang dipungut dari sirkit pertama dan sirkit kedua. Pemain/pasangan dari Zon D (BJSS) akan menyertai dalam peringkat akhir berdasarkan pemilihan dalam Zon D. 12.2.2.
Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Pertandingan BAM boleh membuat pindaan kepada kaedah pertandingan mengikut keadaan semasa.
12.2.3.
Pemain dari setiap zon dan PLN/BJSS akan layak untuk menyertai peringkat akhir mengikut bilangan penyertaan seperti ketetapan berikut di bawah. Perseorangan Lelaki & Wanita Zon D Jumlah (PLN/BJSS) 24
Kategori
Zon A
Zon B
Zon C
Bawah 12 tahun
8
8
8
Bawah 14 tahun
6
6
6
8
26
Bawah 16 tahun
6
6
6
8
26
Kategori
Zon A
Zon B
Zon C
Bawah 12 tahun
5
5
5
Bawah 14 tahun
4
4
4
4
16
Bawah 16 tahun
4
4
4
4
16
Beregu Lelaki & Wanita Zon D Jumlah (PLN/BJSS) 15
13. PEMBERIAN MATA PADA PERINGKAT PERTAMA DAN KEDUA Semua pemain bagi setiap acara daripada Sirkit Pertama dan Sirkit Kedua akan diberi mata ranking untuk menentukan ranking bagi membolehkan mereka melayakkan diri ke Kejohanan Peringkar Akhir. 13.1. Ranking adalah berdasarkan kepada mata yang dipungut selepas satu atau dua sirkit yang disertai bagi pemain-pemain dalam Zon A, Zon B atau Zon C. 13.2. Kiraan mata ranking pemain adalah mengikut kategori umur sahaja dan tidak boleh bercampur jika pemain berpindah kategori umur dalam tahun yang sama. 13.3. Ranking akan ditentukan mengikut Kriteria berikut: 13.3.1. Pemain/pasangan yang mempunyai jumlah mata tertinggi akan diletakkan sebagai ranking pertama, dan seterusnya.
[NJC 5-9]
13.3.2. Jika dua atau lebih pemain / pasangan mempunyai mata yang sama, pemain/ pasangan yang telah menyertai lebih banyak sirkit diberi ranking yang lebih tinggi di antara mereka. 13.3.3. Jika masih terdapat persamaan di antara mereka, maka ranking akan ditentukan mengikut perkiraan perbezaan jumlah perlawanan (matches), “game” atau mata menang berbanding dengan mata kalah. 14. FORMAT PERTANDINGAN DI PERINGKAT AKHIR 14.1. Pusingan Awal 14.1.1. Pemain/pasangan yang layak akan diundi untuk ditempatkan dalam kumpulan berdasarkan prosedur berikut: 14.1.1.1. Dalam acara perseorangan, pemain akan dibahagikan dalam 8 kumpulan (A hingga H) manakala acara beregu akan dibahagikan dalam 4 kumpulan (A hingga D) 14.1.1.2. Pemain/pasangan Ranking pertama dan kedua setiap Zon akan diasingkan dan tidak akan berada dalam kumpulan yang sama. Undian akan menggunakan Tournament Planner berdasarkan Ranking setiap Zon. 14.1.1.3. Pemain/Pasangan akan bertanding secara liga bagi menentukan kedudukan dalam Kumpulan. 14.2.
Pertandingan Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir. 14.2.1. Acara Perseorangan Johan Kumpulan akan layak ke pertandingan suku akhir secara kalah mati (Knock out) seperti berikut:
14.2.2. Acara Beregu Johan Kumpulan akan layak ke pertandingan Separuh Akhir secara kalah mati (Knock out) seperti berikut:
[NJC 6-9]
14.2.3. Johan akan dianugerahkan pingat emas, Naib Johan akan dianugerahkan pingat perak, pemain /pasangan yang kalah di peringkat separuh akhir akan dianugerahkan pingat gangsa (ketiga) secara bersama. 15. RANKING BAGI PERTANDINGAN YANG DIKELOLAKAN SECARA KUMPULAN 15.1. Sekiranya pada akhir perlawanan berkumpulan terdapat persamaan kiraan mata oleh lebih daripada seorang pemain/pasangan, maka ranking akan ditentukan mengikut peraturan BWF seperti berikut: 15.1.1. Ranking akan ditentukan oleh perbezaan bilangan matches yang dimenangi 15.1.2. Sekiranya dua orang memperolehi perbezaan bilangan matches yang sama, pemain/pasangan yang menang perlawanan antara mereka dalam perlawanan kumpulan akan diberi ranking lebih tinggi. 15.1.3. Sekiranya lebih daripada dua orang pemain/pasangan yang terlibat, ranking ditentukan dengan kiraan perbezaan (difference) dari jumlah game menang dan game kalah. Ranking tertinggi adalah pemain/pasangan yang mempunyai perbezaan yang terbesar . 15.1.4. Sekiranya tinggal dua pemain/pasangan yang masih sama, pemain/pasangan yang menang perlawanan antara mereka dalam perlawanan kumpulan akan diberi ranking lebih tinggi. 15.1.5. Sekiranya tiga atau lebih pemain/pasangan memenangi sama banyak perbezaan matches, perbezaan gem, maka ranking akan diputuskan daripada perbezaan antara jumlah mata yang perolehi dengan mata yang kalah. 15.1.6. Sekiranya tinggal dua pemain/pasangan yang masih sama, pemain/pasangan yang menang perlawanan antara mereka dalam perlawanan kumpulan akan diberi ranking lebih tinggi.
15.2.
Sekiranya tertinggal dua orang / pasangan yang masih seri, maka pemenang adalah pemain yang mengalahkan lawannya di peringkat awal
[NJC 7-9]
15.3.
Sekiranya tiga atau lebih pemain / pasangan yang masih seri, maka ranking ditentukan secara undian.
16. PAKAIAN PERTANDINGAN 16.1
Pemain/Pasangan harus mematuhi peraturan pakaian pertandingan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan BAM pada peringkat awal dan akhir seperti jadual berikut:KEJOHANAN
WARNA PAKAIAN PASANGAN DALAM ACARA BEREGU
NAMA PEMAIN DIBELAKANG BAJU
Peringkat Zon
Wajib peringkat separuh akhir dan Akhir
Wajib Di semua Pusingan
Peringkat akhir
Wajib Disemua Pusingan
Wajib Di semua Pusingan
16.1.1
Nama Pemain/pasangan dan Nama Negeri (Jika ada) hendaklah huruf BESAR dengan perkataan bentuk ROMAN, melintang di atas belakang baju dan boleh dilihat dengan jelas dan mengikut saiz yang telah ditetapkan.
16.1.2
Di Belakang Baju pemain/pasangan hanya dibenarkan meletakkan perkara berikut sahaja:16.1.2.1 Nama Pemain (Ketinggian Perkataan : 6cm – 10cm) 16.1.2.2 Nama Negeri (Ketinggian Perkataan : 5cm) 16.1.2.3 Logo Penaja ( Ketinggian : Tidak lebih 5cm)
17. PENGURUS PASUKAN/JURULATIH 17.1. Peringkat Zon Pada pertandingan di Peringkat Zon, semua pasukan mestilah diiringi oleh sekurang-kurangnya 2 orang pegawai, salah seorang hendaklah bertindak sebagai Pengurus Pasukan. 17.2.
Peringkat Akhir Pada pertandingan di Peringkat Akhir, BAM akan menanggung kos bilangan pegawai (termasuk jurulatih) yang mengiringi pasukan seperti berikut: 1 – 4 pemain yang layak 5 - 8 pemain yang layak Lebih daripada 8 orang pemain
- 1 orang pegawai - 2 orang pegawai - 3 orang pegawai
Setiap pasukan hendaklah melantik seorang Pengurus Pasukan di kalangan pegawai yang mengiringi pasukan.
[NJC 8-9]
18. HADIAH 18.1.
Peringkat Awal Hadiah-hadiah akan diberi kepada pemenang-pemenang tempat pertama hingga ketiga bersama pada kejohanan Peringkat Awal. Hadiah tersebut akan disediakan oleh Ahli BAM yang menganjurkan Sirkit yang berkenaan.
18.2.
Peringkat Akhir Hadiah-hadiah akan diberi kepada pemenang-pemenang tempat Pertama hingga Ketiga Bersama pada Kejohanan Peringkat Akhir, hadiah tersebut akan disediakan oleh BAM.
19. DENDA 19.1.
Setiap kesalahan yang berkaitan dengan pakaian yang dilakukan oleh pemain atau pengurus pasukan atau jurulatih akan dikenakan denda sebanyak RM200 bagi setiap kesalahan yang dilakukan.
19.2.
Ahli BAM yang tidak diwakili oleh Pengurus Pasukan atau wakil di mesyuarat Pengurus Pasukan akan dikenakan denda sebannyak RM300.
19.3.
Ahli BAM yang berkaitan adalah bertanggungjawab untuk membayar segala denda yang dikenakan jika berkenaan.
20. RAYUAN 20.1. Semua keputusan mengenai perkara kenyataan (point of fact) adalah tanggungjawab pengadil dan keputusanya adalah muktamad. 20.2.
Pemain-pemain hanya boleh membuat rayuan kepada referi tentang peraturan dan undang-undang permainan sahaja.
20.3.
Keputusan referi kejohanan adalah muktamad
[NJC 9-9]