PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA 1.0
PERATURAN AM 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, kejohanan ini akan dijalankan mengikut peraturan undang-undang KOAM dan PeraturanPeraturan Am, KARNIVAL SUKAN STAFF UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2017. 1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya maka peraturan/undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi. 1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:1.3.1 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskankepada undang-undang/peraturan KOAM. 1.3.2 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal (Juri Rayuan) adalah muktamad.
2.0
TEMPAT PERTANDINGAN 2.1 STADIUM KSAS, UPSI
3.0
PENDAFTARAN DAN PEMBENTUKAN PASUKAN 3.1 Penglibatan atlit Setiap kontinjen sukan diwajibkan menghantar wakil dalam acara-acara yang dipertandingkan. Kategori akan dibahagikan mengikut jantina dan peringat umur (senior dan veteran). 31.1 3.1.2. 3.1.3 3.1.4
4.0
Lelaki Senior Lelaki Veteran Wanita Senior Wanita Veteran
-
merangkumi umur 19 tahun hingga 39 tahun. merangkumi umur 40 tahun dan ke atas. merangkumi umur 19 tahun hingga 35 tahun. merangkumi umur 36 tahun dan ke atas
TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN 4.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan ditetapkan oleh pihak penganjur. Semasa perjumpaan ini pengesahan penyertaan hendaklah dibuat. Sebarang perubahan dan pertukaran boleh dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. 4.2 Pertukaran acara hanya dibenarkan bagi peserta yang berdaftar sahaja.
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
5.0
MENARIK DIRI 5.1 Setiap peserta hendaklah berada di tempat yang disediakan tiga puluh minit sebelum masa dijadualkan bagi acara balapan manakala empat puluh lima minit bagi acara padang. 5.2 Seorang peserta yang menarik diri bagi sesuatu acara, maka acara seterusnya adalah terbatal.
6.0
BANTAHAN/TATATERTIB Rujuk Peraturan Am Perkara 15.0
7.0
ACARA YANG AKAN DIPERTANDINGKAN Bil
Acara Sukan
Lelaki Senior Veteran
Perempuan Senior Veteran
BALAPAN 1. 2. 3 3. 4. 5.
100 Meter 200 Meter 400 Meter 4 x 100 Meter 4 x 400 Meter 1,500 Meter
* * * * * *
* * * * * *
* * * * * *
x x x x x x
* * * *
* * * *
* * * *
x * * *
PADANG 1. 2. 3. 4.
8.0
Lompat Jauh Lontar Peluru Lempar Cakera Merejam Lembing
SISTEM PERTANDINGAN 8.1 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja boleh mengambil bahagian. Pertukaran peserta pada saat-saat akhir adalah tidak dibenarkan. 8.2 Kontinjen-kontinjen Sukan yang ingin ”import” atlet daripada kontinjen sukan yang lain adalah dibenarkan dengan syarat mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pengurus Kontinjen Sukan berkenaan terlebih dahulu dan dengan syarat kontinjen yang diwakili telah penuh diisi. 8.3 Kontinjen Sukan dikehendaki menghantar borang pendaftaran kontinjen selewat-lewatnya seminggu sebelum hari pertandingan. 8.4 Pertandingan bagi acara-acara balapan 100m , 200m dan 400m akan diadakan di peringkat saringan dan seterus peringkat akhir. 8.5 Pertandingan bagi acara –acara balapan 1,500m akan diadakan terus peringkat akhir
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
9.0
PENGGANTIAN 9.1 Bagi acara berganti-ganti, penggantian pelari boleh dibuat dengan peserta yang telah didaftarkan sahaja. Dengan itu semua nama peserta yang mengambil bahagian hendaklah diserahkan kepada pegawai bertugas bersama dengan borang penyertaan. 9.2 Seorang peserta yang berdaftar diterima sebagai pengganti dibenarkan mengambil bahagian dalam acara-acara yang telah didaftarkan oleh peserta yang menarik diri dan hendaklah dibuat semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan sebelum kejohanan. 9.3 Peserta yang menarik diri daripada sesuatu acara adalah dianggap menarik diri dari semua acara dan tidak dibenarkan menyertai sebarang acara dalam pertandingan ini. 9.3 Bagi acara perseorangan dan berpasukan, peserta yang telah didaftarkan sahaja layak mengambil bahagian. Peserta gantian tidak dibenarkan.
10.0
PEMBATALAN 10.1 Semua peserta yang telah melayakkan diri dari pusingan awal ke pusingan berikutnya, tidak dibenarkan menarik diri daripada menyertai acara tersebut. 10.2 Sekiranya berlaku, maka peserta berkenaan akan dibatalkan daripada pertandingan berikutnya, kecuali dengan kebenaran daripada pengadil atau Doktor.
11.0
NOMBOR PESERTA/ABJAD Setiap peserta dikehendaki mempamirkan nombor penyertaan dihadapan badan Nombor akan diedarkan kepada setiap pasukan.
12.0
JAWATANKUASA BANTAHAN/TATATERTIB 12.1 Perlantikan Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib dan prosedur aturcara mesyuarat adalah mengikut yang digunakan oleh KOAM. 12.2 Jawatankuasa Bantahan/Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan. 12.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.
13.0
HADIAH Tempat pertama , tempat kedua, tempat ketiga untuk semua acara kecuali bagi acara balapan 1, 500 Meter ( hadiah sehingga tempat ke-5).
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
14.0
PENGIRAAN MATA UNTUK JUARA KESELURUHAN Mengikut warna pingat. (Emas, Perak dan Gangsa)
15.0
MASA MELAPORKAN DIRI 15.1 Acara Balapan : Peserta hendaklah melaporkan diri kepada Ketua Penyelia Peserta 30 minit sebelum permulaan acara-acara mereka. 15.2 Acara Padang : Peserta hendaklah melapor diri kepada Urusetia Pertandingan 30 minit sebelum permulaan acara yang dipertandingkan. 15.3 Semua atlit akan diberitahu jika terdapat pertukaran masa dalam jadual acara.
17.0
KAWASAN PESERTA Hanya peserta-peserta dan pegawai-pegawai pasukan dibenarkan berada dalam kawasan peserta.
18.0
KAWASAN PERTANDINGAN Hanya pegawai-pegawai yang bertugas dan peserta-peserta yang sedang bertanding dalam acara masing-masing berada di dalam kawasan pertandingan.
19.0
KESELAMATAN Pihak Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan atau kerosakan harta-benda di Mini Stadium Kampus Azlan Shah,sebelum,semasa atau selepas pertandingan. Walau bagaimanapun, pihak jawatankuasa pengelola akan megambil langkah-langkah keselamatan yang diperlukan bagi memastikan keadaan terkawal sepanjang kejohanan berlangsung.
20.0
KECEDERAAN Jawatankuasa Pengelola akan mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Bantuan anggota perubatan Klinik Dalaman UPSI bersama sebuah Ambulan akan bersiap-siaga (standby) sepanjang kejohanan berlangsung.
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017
21.0
PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN 21.1 Pengurus Kontingen: bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peserta kontingen dimana syarat-syarat pertandingan dipatuhi. Sepertimanan yang ditetapkan. 21.2 Perbelanjaan Kontingen: Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab ke atas segala perbelanjaan yang dilakukan oleh manamana kontingen sukan.
22.0
PERKARA TIDAK DINYATAKAN Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tersedia dalam peraturan-peraturan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan keputusannya adalah muktamad
Karnival Sukan Staf Universiti Pendidikan Sultan Idris 2017