BBM 3104 Kuliah 9 & 10 BAHASA MELAYU ABAD KE-18 SASTERA UNDANG-UNDANG
Pengenalan
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM
3 kategori undang-undang R.O.Winstedt
1. Kumpulan Adat Perpatih – keturunan Minangkabau di N.Sembilan. Dalam bentuk perbilangan 2.Kumpulan Adat Temenggungterbahagi kepada 3 bahagian: a. hukum mengenai perlembagaan, jenayah dan awam. Banyak memperlihatkan pengaruh Hindu dan syariah Islam
Undang-undang Melayu wujud sejak pemerintahan kerajaan Melayu Melaka. Lebih merupakan arahan-arahan atau titah raja kerana pengubalannya dibuat oleh raja. Dengan yang demikian, raja adalah pemutus bagi setiap hukuman Contoh: Hukum Kanun Melaka Undang-undang laut Melaka Undang-undang Pahang Undang-undang Kedah
b. undang-undang di pelabuhan bagi menjaga
kepentingan kapal-kapal dan saudagar. c. Undang-undang pelayaran atau undangundang laut
3 Undang-undang Islam- mirip kepada ajaran Shafie dan banyak menghuraikan hal-hal tentang perkahwinan dan cerai talak
1
Kandungan Teks undang-undang
Berkaitan dengan adat-istiadat diraja Undang-undang Islam kuasa raja dan pembesar undang-undang jenayah undang-undang awam adat istiadat raja dan pembesar
Aspek yang difokuskan
Sifat Umum Sastera Undang-undang Tidak sama dengan kod undang-undang pada hari ini. Hanya sebagai digest- R.J. Wilkinson Berguna dari sudut undang-undang, filologi (analisis saintifik tentang rakaman bertulis dan teks sastera) dan budaya Kajian melibatkan a. Corak persembahan b mitos asal usul c. kedudukan raja d Diskriminasi dalam menjatuhkan undang-undang e. Pengaruh undang-undang Islam dan Hindu
Penyebaran undang-undang Sejarah undang-undang Perbezaan undang-undang a. corak pemerintahan b sistem perkahwinan c penceraian d pembahagian harta e pelaksanaan hukuman
Corak persembahan
Menghampiri sifat sastera tradisional. bermula dengan bismillah dan selawat serta pujian kepada nabi dan Allah. Contoh undang-undang Inderagiri, Undang-undang Riau, Adat Temenggung dsb.
2
Mitos Asal-usul
Asal-usul keturunan dan pembukaan sesebuah negara Contoh HKM – tokoh Iskandar Zulkarnian HK Pahang dan Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan- Raja Nusyirwan Adil dari Parsi Sejarah Melayu dan Misa Melayu- Iskandar Zulkarnian Tuhfat al Nafis- Nabi Sulaiman dan Puteri Balqis. Hikayat Acheh- Iskandar Zulkarnian dgn Dewa Visynu Kaitan tokoh- menaikkan imej pengasas dalam kalangan rakyat dan raja.
Konsep Daulat dan Tulah
SM m.s 20 Maka titah Sang Sapurba,” Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu hamba kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun” Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah”
Kedudukan raja Raja sebagai tonggak hieraki dari segi keturunan dan kepercayaan Pakaian dan adat istiadat Kuasa melantik pembesar Peribadi raja Konsep setia dan derhaka Konsep daulat dan tulah berkaitan dengan „divine king‟ dan perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba “ SM ms 19. Maka sembah Demang Lebar Daun ” Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhilatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak”
Diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman
Keistimewaan kepada golongan atasan atau golongan bangsawan Seseorang yang melakukan kesalahan ke atas pembesar akan dijatuhi hukuman yang lebih berat jika dibandingkan dengan kesalahan dengan orang biasa.
3
Pengaruh undang-undang Islam dan Hindu
Isinya bercampur aduk Pengaruh Islam lebih menonjol Undang-undang HKM dianggap sebagai Undang-undang Melaka lengkap (proper) oleh Liaw Yock Fang (LYF) Ph.S.van Ronkel- HKM ada sedikit hukum Islam tetapi LYF –HKM ada 44 fasal dan banyak hukum Islam.
sambungan
HKM bersifat campur aduk sumber Hindu dan Islam. Contoh; “ adapun pada hukum kanun, disuruh berlawan berselam air atau minyak atau timah. Maka disuruh tulis ayat al-Quran pada tembikar kuali itu….(m.s 133).
sambungan
Undang-Undang Pahang (UUP) lebih banyak mengandungi undang-undang Islam jika dibandingkan dengan HKM R.O. Winstedt dan J.E Kempe membahagikan undang-undang Pahang kpd: Fasal 1-Fasal 23- memperlihatkan pewarnaan Hindu Fasal 24-Fasal 60- terjemahan secara langsung hukum Islam mazhab Syafie Fasal 68-92 – campur aduk undang-undang Islam dengan unsur-unsur tempatan
Undang-undang Islam
Pengaruh Islam lebih menonjol dalam teks Itqan alMuluk bin Ta‟dil al Suluk (Terengganu) dan Thamarat al-Muhimmah (Riau) Itqan al-Muluk bin Ta‟dil al Suluk- mengandungi 53 fasal menceritakan zaman pentadbiran Sultan Zainal Abidin III Thamarat al-Muhimmah karya Raja Ali Haji (Riau)mengandungi 3 bab dan 17 fasal membincangkan konsep raja dan kerajaan daripada pandangan Islam. Mengikut Raja Ali Haji, muncul raja atas 3 sebab, iaitu a) bai‟ah- daripada ulama, b) istikhlaf –sebab penggantian dan c) taghlab – sebab paksaan dan kekerasan.
4
Thamarat al-Muhimmah
Bab 2 membincangkan tugas-tugas kadi dan tertib di makhmah. Bab 3 membincangkan aspek pembersihan diri dari segi rohani dan jasmani.
Undang –undang perhambaan
sambungan
Hamba berhutang – isteri akan mewarisi sepertiga sahaja hutang jika sipiutang meninggal dunia. Di Perak, bayaran menebus diri ialah $25. atau 100 bidur Dua sistem – sistem mengiring (menyerah tenaga dan khidmat kpd tuannya) dan sistem berbelah –menyerah sebahagian khidmatnya kpd tuannya.
Undang-undang terletak di tangan golongan yang kuat Dlm HKM – ada kategori hamba: Hamba pinjam - jika mati hamba yang dipinjam tanpa izin tuannya - dikehendaki bayar sepenuhnya - jika mati hamba yang dipinjam dengan izin – dibayar sepertiga harga Hamba raja lebih tinggi dpd kalangan hamba sendiri. tidak boleh dipalu. Merdeheka akan dihukum masuk ulur dan abdinya dikerat lehernya. Bagi hamba perempuan- mas kahwin digandakan, orang merdeheka akan masuk ulur atau dibuang negeri.
Perhambaan di Perak
Abdi – Batak, Sakai dan Habsyah Hamba raja Hamba berhutang Hamba berhutang disebabkan perkahwinan dgn perempuan berhutang Anak isteri hamba berhutang Hamba atas tuduhan-tuduhan yang tidak mengikut undang-undang
5
Kelemahan Sastera Undang-undang
Kurang membincangkan pembahagian harta Bercampur aduk melalui fasal 6 HKM (rujuk m.s 143-144) Undang-undang lain yang bercampur aduk – Undang-undang Kedah
Gaya bahasa
Gaya bahasa sastera kitab, contoh penggunaan „fasal‟ „hukuman‟ dsb Ayat panjang dan berbelit-belit. Ada pengaruh Inggeris terutama HKM dan HKP yang ditulis pada abad ke-16 dan ke-17 Terdapat unsur bahasa Sanskrit dan Arab Lebih bersifat konotatif lantaran adanya penggunaan metafora, pantun dan perumpamaan. Contoh dalam undang-undang Adat Perpatih. Undang-undang Minangkabau terdapatnya gabungan bahasa prosa dan puisi
Gaya bahasa
“ Naskhah undang-undang Melayu lama itu misalnya dapat menunjukkan kepada kita gaya penulisan atau gaya bahasa pada suatu zaman dalam sejarah kesusasteraan Melayu” – Mohd Taib Osman
Contoh : penceraian dalam Adat Perpatih
Dalam Adat Perpatih, selain menggunakan hukum syarak dalam proses perceraian, terdapat proses tertentu sebagai tambahan yang dipanggil sebagai bersuarang. Suami akan mengadakan jamuan kecil dan menjemput keluarga daripada kedua-dua pihak dan di sinilah segala permasalahan akan dibincangkan: Kok kusut diselesaikan Kok keruh dijernihkan, dan bersama mencari yang jernih.
6
Sekiranya berlaku juga penceraian, soal pembahagian harta adalah seperti dalam teromba yang berikut: Ada pertemuan dinikahi Habis pertemuan diceraii Cari bahagi, Dapatan tinggal, Pembaca kembali Sekutu belah Suarang beragih
Undang-undang Melayu lama
Hukum Kanun Melaka(HKM)
Dipercayai dibuat oleh Iskandar Zulkarnian. Dapat dibahagikan kepada 3 bahagian- Prof Taib Osman a. undang-undang berkenaan dengan adat lembaga negeri b. berkenaan dengan perkara-perkara jenayah hukum awam
Undang-undang Melayu lama berbeza di antara setiap negeri. Dipercayai Hukum Kanun Melaka (HKM) atau Undang-undang Melaka yang tertua, lebih tua daripada Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang. Acuan bagi membuat undang-undang yang lain. Mengikut Sejarah Melayu- HKM disusun dalam pemerintahan Sultan Muzafar Shah (1446-1456TM) tetapi diatur dalam zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1489-1511TM)
Menerangkan adat-adat raja dan larangannya,tugas-tugas bendahara, temenggung, bendahari dan syahbandar. Fasal satu- larangan kepada rakyat memakai pakaian kuning, pakaian nipis, memakai keris berulu emas dsb. Diterangkan juga empat perkara yang menjadi syarat raja dan hamba iaitu pengampunan, murah hati, sabar dan berlaku adil. Fasal kedua- cara-cara berbahasa iaitu bahasa diraja dan bahasa rakyat
7
Fasal ketiga- larangan kepada rakyat menggunakan payung kuning. “ …segala orang-orang besar-besar dan orangorang yang mulia-mulia dan rakyat yang mati tiada boleh berpayung kuning dan berpundai dan menghambur dirham melainkan dengan kurniaan raja…” Fasal keempat – hukum negeri dan anak sungai serta dusun tertakluk pada negeri itu. Fasal kelima- mengenai perbuatan jenayah Fasal keenam- mengenai orang yang mengamuk Fasal ketujuh- hukum membunuh hamba abdi Fasal kelapan hukum menetak orang antara orang yang merdeka dengan hamba abdi. Fasal kesembilan- orang yang berhak membunuh, iaitu Bendahara sewaktu menangkap orang, syahbandar jika arahannya tidak dipatuhi dan nakhoda ketika berada di laut
Undang-undang Laut Melaka (ULM)
R.O Winstedt- ULM digubal untuk kegunaan kapal-kapal Bugis yang datang berniaga ke Melaka. Prof Taib Osman- ULM untuk keperluan perdagangan ULM dimulai dengan ayat-ayat suci alQuran.
Fasal ke-11- tentang mencuri Fasal ke-12 hukum menawan anak isteri orang Fasal ke-13 mengenai menjual titah Fasal ke-14 perihal tuduh menuduh dan sangkal menyangkal Fasal ke-16 mengenai fitnah memfitnah Fasal ke -18 hukum membunuh orang dan memasuki kampung orang. Fasal ke-21 tentang kerbau menanduk orang atau membinasakan tanaman. Fasal ke-22 mengenai orang yang menjadi hamba kerana tidak dapat melunaskan hutang. Kesimpulan: HKM meliputi seluruh segi hidup daripada adat raja, larangan, tanggungjawab pegawai hinggalah hukum jenayah dan awam kecuali pembahagian harta
Fasal satu- tentang tugas-tugas pegawai dalam perahu. Fasal kedua-hukum zina. Hukum berzina boleh dihukum bunuh atau didenda atau dujadikan hamba oleh nakhoda. Fasal ketiga – tentang harta yang dicari. Menjadi milik nakhoda dan diberi kepada pencari atas pertimbangan nakhoda. Fasal keempat, kelima dan keenam – tentang orang lari dari kapal, orang yang ditolong semasa kapal karam dan hukum memaki hamun.
8
Rumusan ULM
Meliputi segala perbuatan semasa pelayaran. Memasukkan unsur Islam seperti muslim hendaklah sentiasa mengerjakan suruhan Allah. Secara tidak langsung menggambarkan kebiasaan raja dan orang-orang besar dalam bidang perniagaan dan menjaga kepentingan diri sendiri
Perbezaan dengan HKM- mengenal jual rumah dan tanah. Berkait rapat dengan pergerakan masyarakat dan membicarakan hak-hak wanita berdasarkan ajaran Islam. Berbeza dengan HKM dalam Fasal keduahuma yang ditinggalkan selain taman-taman, memasuki kampung orang, pinjam meminjam barang perhiasan, derhaka kepada raja, jual beli, hukum zina, murtad, tidak sembahyang, sabil, bunuh membunuh orang dan binatang dan hal-hal orang-orang islam yang ditawan dalam perang, merampas harta dan tugas pegawai-pegawai mahkamah.
Undang-undang Pahang (UP)
Terbahagi kepada tiga bahagian: a. bersangkutan dengan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai. b. tentang jenayah Hal-hal awam Lebih kemas daripada HKM. Tidak banyak campur aduk dalam satu bab Lebih mirip hukum Islam- lebih menitikberatkan hukum Allah daripada perintah raja
Undang-undang Kedah (UK)
Mengandungi empat bab: a. Undang-undang Seri Paduka mengandungi 16 fasal. Tentang hukum pertanian, ternakan dan tugas-tugas ketua kampung yang mengawal keamanan kampung serta dedikasi dan bertanggungjawab, urusan jual beli dan seumpamanya. b. Undang-undang pelabuhan mengandungi 16 fasal – tentang urusan perdagangan, perniagaan di pelabuhan, ketua-ketua yang mengawal perahu dagang dsb. c. Hukum Kanun Dato‟ Kota Star menceritakan tugas dan larangan bagi raja-raja dan pembesar negeri. d. Bahagian terakhir- fasal-fasal tentang bunga emas, alat kebesaran kerajaan dan adat meminang.
9
Rumusan
Undang-undang Melayu lama- - satu hasil sastera yang dapat mencerminkan keadaan hidup dan corak pemikiran masyarakat Melayu lama. Menonjolkan gaya penulisan atau gaya bahasa pada zaman itu.Menggunakan kiasan serta ibarat. Contoh: “Jikalau tiada raja-raja itu nescaya tiada akan tentu ehwal segala rakyat, maka jadilah mereka itu seperti kambing tiada bergembala maka dimakanlah oleh yang kuat akan yang lemah”
Undang-undang Melayu tertua
Hukum Kanun Melaka Undang-undang laut Melaka Undang-undang Pahang Undang-undang Kedah
Rumusan
Tiga kategori kitab Undang-undang Melayu 1. Kumpulan Adat Perpatih 2. Kumpulan Adat Temenggung 3. Undang-undang yang berlandaskan Islam
Penutup
Undang-undang Melayu lama dikatakan satu hasil sastera yang dapat mencerminkan keadaan hidup dan corak pemikiran masyarakat Melayu. Menunjukkan gaya penulisan dan gaya bahasa pada zaman kesusasteraan Melayu lama Bahasa perlambangan dan ibarat digunakan untuk menyatakan undang-undang. Ini menyerlahkan lagi bahawa unsur keindahan dan kiasan bahasa merupakan salah satu ciri hasil sastera Melayu lama
10