jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 15, 2005
PERANAN SASTERA ISLAM DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK* PENDUDUK ALAM MELAYU Zahir bin Ahmad
Pengenalan Kesusasteraan Melayu secara umumnya dibahagikan kepada dua bahagian besar iaitu sastera moden dan tradisional atau klasik. Pembahagian ini sebenarnya berdasarkan garis pemisah yang dibuat oleh sarjana barat seperti R.J Wilkinson dan juga seorang sarjana tempatan iaitu Ismail Hussein, Walaupun pembahagian ini tidak begitu dipersetujui oleh beberapa sarjana tempatan seperti Syed Naquib AlAttas yang menyarankan supaya pembahagian itu dibuat berdasarkan penerimaan agama Islam oleh penduduk di alam Melayu, namun apabila memperkatakan tentang kesusasteraan Melayu kebanyakan sarjana masih beranggapan bahawa pemodenan dalam kesusasteraan Melayu berlaku selepas kedatangan Barat. *Tulisan ini adalah berdasarkan kertas kerja yang telah dibentangkan di Seminar Penulisan Skrip Drama clan Nadwah Kesusasteraan Islam Nusantara, Anjuran Program Kesusasteraan Melayu Semester 4 clan Jabatan Kesusasteraan Melayu, UPS! pada 26.1.2003.
254
Peranan Sastera Islam Dalam Pembentukan Akhlak Penduduk Alam Melayu
Hal ini berlaku kerana kesan perubahan yang dibawa o!eh Barat terlihat lebih menonjol daripada aspek bentuk dan juga struktur hasil.: hasil sastera Melayu. Ini dapat kita lihat pada novel, cerpen, dan juga sajak. Bagaimanapun jika diperhatikan bentuk awal novel, cerpen, dan sajak adalah mirip kepada bentuk hikayat, cerita pendek (lisan), dan juga puisi Melayu lama seperti pantun dan syair. Manakala dari segi isinya boleh dikatakan tiada perubahan besar yang berlaku. Novel, cerpen, dan sajak masih membincangkan tentang manusia dengan segala macam tingkah laku mereka. Ada di antara pengkaji kesusasteraan Melayu mencadangkan supaya hasil-hasil kesusasteraan Melayu tidak dibahagikan kepada bentuk moden dan tradisional tetapi memadai hanya dikenali melalui genre atau bentuknya. Istilah "moden" diberikan kepada karya yang mengandungi nilai moral dan terpuji, dan "tidak moden" itu digunakan bagi karya-karya yang di sebaliknya (Zahir Ahmad, 2000: 1213). Tulisan ini akan cuba membincangkan beberapa permasalahan yang timbul dalam pembinaan konsep sastera Islam di Malaysia. Hal ini timbul ekoran wujudnya pelbagai pendapat atau pandangan yang agak bertentangan di antara satu sama lain (Misalnya pertentangan pendapat di antara Shahnon dengan Kassim Ahmad), hingga akhirnya mewujudkan satu persoalan karya-karya yang bagaimanakah yang layak digolongkan sebagai sastera Islam.
Apakah Sastera Islam R.0. Winstedt dalam bukunya A History of Classical Malay Literature dalam bab 6 mencatatkan bahawa, terdapat 3 naskhah atau manuskrip sastera Islam iaitu Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Ketiga-tiga cerita ini digolongkan sebagai cerita-cerita kepahlawanan Islam. Dua daripada cerita ini pernah disebutkan dalam naskhah Sejarah Melayu dibaca oleh orang-orang muda Melaka di malam hari sebagai salah satu cara untuk mempertingkatkan semangat mereka menentang orang-orang Portugis. Sebenarnya teks-teks seperti ini dikarang oleh para pendakwah Islam semasa mereka menjalankan aktiviti dakwah di alam Melayu. Teks-teks cerita mengenai kepahlawanan Islam ini berupaya menandingi teks-teks daripada tradisi Hindu seperti Ramayana dan juga Mahabharata.
255
Jurnal Pengajian Melayu, jilid 15, 2005
Tentang sumber asal teks yang dirujuk oleh para pendakwah tersebut, Winstedt menyatakan bahawa ketiga-tiganya adalah berasal dari sumber Parsi. Ini kerana terdapat banyak persamaan di antara versi Parsi dengan versi berbahasa Melayu. Selain daripada hikayat kepahlawanan Islam, terdapat juga lebih daripada 10 buah cerita tentang Nabi Muhammad saw dalam benruk manuskrip dan ada juga yang telah dicetak batu. Antaranya ialah seperti Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi Mi'raj, Hikayat Mukjizat Nabi, Wasiat Nabi, Hikayat Raja Lahad, Hikayat Iblis, Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Raja Khandak, Hikayat Siti Fatimah, dan Hikayat Fartana Islam. Tumpuan penceritaan hikayat-hikayat ini adalah kepada watak Nabi Muhammad dan kisahkisah yang dialaminya semasa menyampaikan ajaran Islam. Misalnya Hikayat Raja Khandak mengisahkan peperangan yang dialami oleh Nabi Muhammad menentang puak Quraish Mekah beberapa tahun selepas baginda berhijrah ke Madinah. Selain daripada itu terdapat juga beberapa hikayat lain yang juga mengisahkan peperangan baginda Rasulullah. Antaranya ialah Hikayat Nabi Muhammad atau Hikayat Raja Khaibar, Hikayat Raja Rahib, dan Hikayat Raja Lahad. Hikayat-hikayat berbahasa Melayu ini ternyata telah dikarang oleh pengarang-pengarang tempatan tetapi berlatar belakangkan kota Madinah, Mekah, dan sekitarnya. Terdapat juga dalam karya-karya yang digolongkan sebagai sastera Islam ini yang menceritakan kisah para nabi yang lain. Misalnya Hikayat Nabi Yusuf, Qisas al-Anbia, Hikayat Zakaria, dan Hikayat Nabi Musa. Sama seperti hikayat-hikayat yang lain, cerita mengenai para nabi ini juga, telah disadur dari sumber Arab atau Parsi oleh pengarangpengarang tempatan. Tujuannya ialah supaya masyarakat Islam dapat mengetahui cerita-cerita yang lebih panjang lebar mengenai para nabi serta rasul lebih daripada apa yang terdapat di dalam kitab Al-Quran dan juga kitab tafsir. Kisah atau cerita mengenai para rasul ini dipercayai terkarang pada abad ke- l 7M. Sebelum itu, kisah para nabi serta rasul ini hanya berkembang atau diceritakan secara lisan dalam masyarakat Melayu (Ismail Hamid, 1990:87). Selain daripada itu, ada juga beberapa buah teks yang menceritakan tentang kisah orang-orang yang soleh. Teks-teks itu ialah seperti Hikayat jumjumah atau Tengkorak Kering, Hikayat Lukman al-Hakim, Hikayat
256
Peranan Sastera Islam Dalam Pembentukan Akhtak Penduduk Alam Melayu
Sultan Ibrahim bin Adham, clan Hikayat Abu Yazid al-Bistami. Isi kandungan teks-teks ini menceritakan tentang sesuatu watak yang mempunyai ilmu clan tingkat keimanan yang tinggi. Misalnya Hikayat Lukman al-Hakim menceritakan tentang wasiat Lukman kepada anak lelakinya. Lukman telah menyeru kepada anaknya supaya bertakwa kepada Allah. Hikayat jumjumah atau Tengkorak Kering pula mengisahkan seorang raja di Mesir clan Syria bernama Jumjumah. Raja ini mangkat setelah sakit. Diceritakan semasa mati, baginda telah mendapat pelbagai hukuman tetapi selepas beberapa lama dosanya diampunkan clan dilepaskan daripada menjadi penghuni neraka. Tengkorak baginda telah ditemui oleh Nabi Isa di sebuah padang pasir lalu Nabi Isa berdoa supaya tengkorak itu boleh berkata-kata dengannya. Doa Nabi Isa dikabulkan clan tengkorak irn telah menceritakan pengalaman yang dialaminya kepada Nabi Isa. Kemudiannya tengkorak itu meminta supaya Nabi Isa berdoa lagi kepada Allah supaya dia dihidupkan. Doa Nabi Isa dimakbulkan clan raja itu hidup semula clan pulang ke negeri asalnya clan menyeru kepada segala rakyatnya supaya bertakwa kepada Allah clan mematuhi perintah-Nya. Raja Jumjumah kemudiannya meninggalkan takhta kerajaan lalu menjadi orang soleh. Kesemua teks-teks yang disebutkan di atas tadi adalah berbahasa Melayu clan dikarang oleh pengarang Melayu. Cuma yang tidak kita ketahui ialah bilakah tarikh ianya ditulis atau digubah semula clan siapa pengarangnya. Tentang sumbernya hanyalah dari sumber Parsi clan juga Arab. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana telah ramai sarjana-sarjana yang telah mengkajinya baik dari barat mahupun tempatan. Antaranya seperti Werndly, R.O Winstedt, Van Ronkel, Brakel, clan Ismail Hamid. Kesemua sarjana-sarjana ini sepakat mengatakan hikayat-hikayat di atas dikarang oleh pengarang Melayu berdasarkan sumber Arab clan juga Parsi. Tujuannya tidak lain ialah untuk menambahkan lagi tahap keimanan clan keyakinan umat Islam terhadap agama yang menjadi anutan mereka. lni kerana kesemua teks-teks di atas mengisahkan kehidupan Nabi Muhammad, Nabi-Nabi yang lain, para sahabat, para pahlawan Islam, dan orang-orang yang soleh. Sejauh mana popular atau tidak naskhah-naskhah berkenaan dalam alam Melayu dapat diperhatikan dari jumlah versi naskhah-naskhah berkenaan. Misalnya Hikayat Raja jumjumah terdapat 6 versi di Muzium Pusat Jakarta, Hikayat Sultan Ibrahim bin Adham, 5 versi, clan Hikayat Muhammad Hanafiyah, 30 versi. Jumlah versi yang agak banyak sepertimana yang
257
furnal Pengajian Melayu, Ji/id 15, 2005
diperliharkan oleh Hikayat Muhammad Hanafiah berkemungkinan sekali kerana naskhah ini dipercayai mempunyai nilai-nilai magis yang tertentu seperti menambahkan keberanian orang-orang yang membacanya. Hal ini terlihat apabila naskhah ini diminta oleh pahlawan-pahlawan Melaka untuk dibaca pada malam hari supaya mereka beroleh faedah daripadanya (Brake!, 1988:11-12). Persoalannya di sini ialah apakah konsep sastera Islam itu dapat diberikan kepada teks-teks yang menceritakan kisah Nabi Muhammad, kisah para rasul, para sahabat nabi, dan lain-lain sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini? Di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun-tahun 70-an, 80an, dan 90-an, terdapat satu kursus yang bertajuk Kesusasteraan Islam. Apa yang diajarkan oleh pensyarah ialah teks-teks yang telah disebutkan di atas tadi. Masalahnya ialah apakah kesemua teks-teks di atas dapat diterima sebagai teks sastera Islam atau hanya layak digolongkan sebagai teks sastera bercorak Islam? Ini kerana teks-teks tadi telah mengalami proses kreativiti pengarang (tokok tambah dan sebagainya) yang mungkin sukar diterima oleh sesetengah golongan pembaca jika ianya hendak digolongkan sebagai teks sastera Islam. Pada pandangan penulis, kesusasteraan Islam itu sepatutnya tidak terbatas kepada teks-teks yang hanya berasal dari tradisi Arab dan juga Parsi semata-mata tetapi haruslah terbuka kepada genre-genre yang lain seperti sajak, cerpen, dan juga novel. Ini kerana teks-teks yang disebutkan di atas tadi juga adalah cerita rekaan yang berasaskan kepada fakta-fakta yang benar-benar berlaku. Cuma pengarang telah melakukan tokok tambah di sana sini bagi tujuan untuk memperindah lagi cerita berkenaan. Bagaimanapun sastera Islam perlukan satu konsep yang jelas supaya hanya teks yang benar-benar bercirikan Islam dapat digolongkan sebagai sastera Islam.
Konsep Sastera Islam Ismail Hamid dalam kertas kerja yang bertajuk "Ciri-Ciri Cereka Keislaman" telah memberikan beberapa ciri yang dapat digunakan untuk menentukan sesebuah karya itu boleh digolongkan sebagai sastera Islam atau bukan. Menurut beliau,
258
Peranan Sastera Islam Da!am Pembentukan Akh!ak Penduduk Alam Melayu
"Cerita-cerita yang terkandung di dalam al-Qur'an dan kisahkisah yang digubah kembali oleh pengarang-pengarang Islam dalam bentuk antologi ccrita-cerita nabi yang pelbagai versi itu saya kira dapat dijadikan model dalam menghasilkan ccrcka bercorak Islam. Tegasnya asas-asas ccrcka yang terdapat dalam kisah-kisah tersebut dapat dijadikan dasar titik tolak pcnulisan cereka Islam" (1995:218).
Selanjutnya Ismail Hamid mengatakan bahawa dalam al-Qur'an watak nabi-nabi adalah pelaku utama dan protagonis dalam cerita-cerita tersebut. Dalam sesebuah cereka Islam watak utama tidak semestinya seorang tokoh ugama seperti ustaz, lebai, kiai, dan sebagainya, tetapi watak protagonisnya itu harus memperlihatkan nilai-nilai Islam bagi memperkukuhkan keimanan kepada Allah atau menegakkan kebaikan dan keadilan seperti yang dianjurkan oleh Islam. Sebuah cereka Islam juga harus mempunyai amanat kebaikan seperti yang dianjurkan oleh Islam. Unsur konflik merupakan salah satu aspek struktur cereka Islam yang harus memperlihatkan pertentangan antara kekuatan kebaikan dengan kejahatan, antara moral dengan immoral, antara kezaliman dan keadilan. Cereka Islam juga harus menegaskan bahawa tindak tanduk yang bercorak immoral boleh mengakibatkan padah yang buruk kepada manusia dan merosakkan masyarakat. Sementara unsur ketidakadilan boleh membawa ketidakstabilan dalam masyarakat manusia. Seterusnya Ismail menegaskan bahawa dalam cereka Islam, konflik antara dua unsur yang bertentangan yang digambarkan dalam perkembangan plot cerita harus memperlihatkan unsur positif pada penekanan kebaikan dan unsur negatif pada penekanan kejahatan. Pendedahan watak-watak antagonis dan tindak tanduknya atau perlakuannya yang jahat dan immoral pula digambarkan secara tidak keterlaluan sehingga membangkitkan nafsu pembaca dan mendorong mereka melakukan perbuatan yang sama. Pengarang cereka Islam juga harus mempunyai daya kreativiti untuk menghasilkan karya yang digambarkan dengan memenuhi keperluan estetik. Dalam penghasilan karya tersebut, pengarang boleh menggunakan pelbagai struktur cereka tetapi kreativiti pengarang dalam Islam dibatasi oleh gambaran yang tidak bertentangan dengan prinsip-
259
Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 15, 2005
prinsip agama Islam. Sebagai sebuah cereka, sascera Islam semestinya memenuhi unsur estetik untuk menjadikannya sebuah karya yang baik dan bermucu serca memenuhi cita rasa pembaca. Walaupun karya sascera Islam lebih bercorak didakcik dalam fungsinya, namun jika scruktur cericanya digubah dengan menggunakan pelbagai teknik yang estetik, maka cereka itu tetap akan menjadi sebuah karya yang baik dan bermucu (Ismail Hamid, 1995:218-219). Sebagai satu kesimpulan, Ismail menegaskan bahawa ciri-ciri cereka Islam mescilah menekan cencang kepencingan fungsi dan amanat cereka tersebut. Cereka Islam yang menjadi cabang sastera Islam harus membawa amanac keimanan dan kecakwaan kepada Allah acau nilai-nilai keislaman yang murni. Walaupun pengarang sastera Islam mempunyai daya kreativiti yang penuh estetik tetapi imaginasinya harus dibacasi di dalam ruang yang cidak bertencangan dengan Islam. Imaginasi pengarang sastera Islam tidaklah beb.;i~, sehingga bercembung dengan gambaran yang merosakkan prinsip-prin~ip- pokok dalam Islam. Begitu juga dengan gambaran wacak dalam sastera tidaklah semestinya manusia yang ideal yang pen uh dengan sifac-sifac kesempurnaan. Gambaran manusia dalam al-Qur'an mempunyai sifac-sifac yang cidak sempurna. Dengan yang demikian gambaran manusia secara realiti memperlihatkan sifac-sifat kecidaksempurnaannya cersebuc, namun mereka recap sebagai manusia yang beriman kepada Allah, berusaha memperbaiki segala kelemahannya dan menegakkan kebenaran dan kebaikan seperti yang dianjurkan oleh Islam (Ismail Hamid, 1995:220).
Sumbangan Sastera Islam Dalam Pembentukan Akhlak Manusia Melayu Sebenarnya tidak ada satu kajian (setakac yang saya cahu) yang dilakukan oleh sarjana uncuk melihac acau mengukur sejauh mana sumbangan sascera Islam ke arah pembencukan akhlak manusia di alam Melayu ini. Bagaimanapun dengan berpegang kepada konsep sastera Islam seperti mana yang digariskan oleh Ismail Hamid, saya percaya eeks-eeks sascera Islam cidak lagi cerbacas kepada cerica para nabi dan lain-lainnya yang dikarang (diolah kembali) oleh pengarang tempatan berdasarkan sumber dari Arab dan juga Parsi, cetapi ianya celah cerbuka kepada cereka yang lain seperti puisi (syair, pantun, gurindam, sajak, dan sebagainya), 260
Peranan Sastera Islam Dalam Pembentukan Akhlak Penduduk Alam Melayu
hikayat, cerita lisan, novel, dan cerpen. Bagaimanapun sudah tentu penentu sastera Islam itu tidak boleh dibuat berdasarkan genre. Ianya haruslah dibuat berdasarkan isi kandungan karya berkenaan, tujuan penulisannya dan unsur-unsur didaktik yang terdapat di dalamnya. Saya bersetuju dengan pandangan Ismail Hamid (1995:214), yang mengatakan bahawa karya sastera berbentuk puisi lebih mudah dikategorikan sebagai sastera Islam berbanding dengan bentuk atau genre lain. Perkara ini mudah difahami kerana puisi hanyalah alat untuk menyampaikan sesuatu. Bentuk atau genre sudah tentu tidak boleh dijadikan asas penentuan sastera Islam atau tidak. Jika ada pengarang seperti Hamzah Fansuri mengambil bentuk syair sebagai alat untuk menyampai ajaran Islam sudah tentu ianya tidak mendatangkan masalah. Ini jelas terlihat dalam karyanya seperti Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Burung Pingai, dan Syair Fakir. Ini adalah tajuk-tajuk syair karangan Hamzah berbentuk puisi kerohanian. Syair-syair ini ditulis yang antara lainnya menekankan tentang kematian dan seksaan Tuhan di hari akhirat. Begitu juga dengan sajak-sajak yang ditulis oleh Suhaimi Haji Muhammad (penerima S.E.A Write Award 1995), yang rata-ratanya berunsur keagamaan misalnya seperti sajak "Peringatan Kepada Manusia". Antara bait-bait sajaknya adalah seperti berikut: Ingar apabila Dia bersumpah dengan Hari kiamat Apakah manusia mengira Dia tidak akan mengumpul tulang belulang? Dia berkuasa menyusun kembali jari-jemarimu Dengan sempurna Ingatlah pada hari itu Pabila bulan telah hilang cahayanya Matahari dan bulan telah dikumpul Pada hari itu Manusia akan berkata: kemana tempat lari? Tidak, tidak ada tempat berlindung Hanya kepada Tuhanmu tempat kembali Manusia akan diberitakan Apa yang telah dikerjakannya Dan manusia menjadi saksi Atas dirinya sendiri ... (Suhaimi Haji Muhammad, 1995:58) 261
Jurnal Pengajian Melayu, jilid 15, 2005
Ini adalah comoh karya sastera Islam sama peranannya seperti mana syair-syair karangan Hamzah Fansuri yang mengajak manusia supaya sentiasa bertakwa kepada Allah. Karya-karya yang seperti ini mampu membuatkan masyarakat pembaca merenung kembali apakah tindaktanauk atau perlakuan mereka selama ini berlandaskan ajaran Islam yang sebenarnya. Malah jika antologi sajak-sajak seperti ini dijadikan teks sekolah, ianya mampu memberi didikan akhlak kepada generasi muda secara tidak langsung. Sajak-sajak karangan Suhaimi dan syair-syair karangan Hamzah Fansuri tidak ada membincangkan perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu atau mengandungi imaginasi yang berlebihan. Bandingkan pula dengan Syair Suluh Pegawai (Dalam Abu Hassan Sham, 1993:341), karangan Raja Ali Haji. Amara petikannya ialah: Pukul sembilan Haji pun menuai Memasukkan cincin ke jari suai Rumah Si Laba bergoncang berbuai Lantai dan dinding berderik berderai Si Laba pun tengah makan tenggayun Dirasanya rumah sangat berayun Disangkanya gempa bala yang turun Dari atas rumah ianya terjun Di tengah halaman ia berdiri Sambil memandang kanan dan kiri Dilihatnya tiada sesuatu peri Hanyalah rumah bergoncang sendiri Si Laba berfikir seorang orang Hajai kafarat terlalu garang Akhirnya runtuh rumah ku gerang Baiklah aku beri temberang Diambilnya tali lalu memanjat Di pangkal alang mengikat Rumahnya sudah condong ke barat Puncanya di pangkal nyiur ditambat
262
Pera12an Sastera Islam Dalam Pembentukan Akhlak Penduduk Alam Melayu
Bagi penulis sudah tentu syair ini sukar untuk digolongkan sebagai sastera Islam kerana ianya mengandungi imaginasi yang agak keterlaluan yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pembaca. Dalam novel-novel awal Melayu ada juga penceritaan babak-babak kamar tidur yang agak keterlaluan seperti ini misalnya dalam novel Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan karya Ahmad Kotot. Penceritaan malam pertama watak Yazid dan Zamrud dalam novel tersebut agak melampau walaupun dibuat dalam bentuk puisi. Bahkan penulis juga sukar unrnk menerima Hikayat Faridah Hanum sebagai karya sastera Islam (seperti mana yang disebutkan oleh Ismail Hamid), kerana ada juga babak-babak di kamar tidur walaupun tidak secara begitu keterlaluan. Ada juga novel-novel yang ditulis dengan menggunakan watak orang alim tetapi penceritaannya penuh dengan daya imaginasi yang kurang baik sehingga ia boleh juga mendatangkan kesan yang tidak baik kepada pembaca. Begitu juga sebuah novel tahun 1970-an yang mengambil judul Kuala Lumpur Kita Punya karya Abdullah Hussein menceritakan tentang watak lelaki yang suka berpoya-poya sehingga menjerumuskan dia ke ruang perzinaan dengan isteri orang. Di akhir cerita watak itu tertangkap dan mendapat hukuman yang setimpal. Walaupun novel ini berakhir dengan unsur pengajaran atau pendidikan tetapi oleh kerana ia mengandungi babak-babak penceritaan yang negatif dan diceritakan dengan begitu terperinci maka ia sudah tentu tidak boleh memberikan unsur moral yang boleh membentuk akhlak yang baik. Bandingkan pula novel ini dengan novel Salina karangan A. Samad Said yang banyak menerima kecaman dari pengkritik tanah air. Di dalam novel ini diceritakan kehidupan seorang pelacur bernama Siti Salina di sebuah kampung di Singapura (Kampung Kambing). Pengarangnya tidak ada langsung menceritakan adegan di kamar tidur, malah watak Siti Salina digambarkan suka membantu orang walaupun masyarakat setempat memandang serong kepadanya. Di akhir cerita (dua halaman terakhir), Siti Salina terlihat bertekad tidak mahu meneruskan hubungan dengan Abdul Fakar dan dia berazam hendak memulakan hidup yang baru. Bagaimana kedudukan novel ini pula? Walaupun novel ini menceritakan kehidupan manusia yang tidak bermoral tetapi terlihat dia berusaha untuk membebaskan dirinya dari pekerjaannya yang hina itu. Bolehkan novel seperti ini diterima sebagai karya sastera Islam?
263
Jurnal Pengajian Melayu, jilid 15, 2005
Selain daripada itu ada juga hikayar-hikayat lama yang sudah ten tu tidak membawa unsur-unsur mendidik jika dibaca. Hal ini terlihat pada Hikayat Umar Umayyah misalnya yang memaparkan tabiat seorang watak yang suka mencuri, menipu dan sebagainya tetapi hidup bahagia di akhir cerita. Sudah tentu teks yang seperti ini tidak dapat digolongkan sebagai teks sastera Islam atau sastera berunsur Islam. Ini sudah tentu berbeza dengan cerita lisan yang terdapat dalam masyarakat Melayu misalnya cerita "Kelebihan Bismillah" yang menceritakan sepasang suami isteri yang sudah beberapa lama berkahwin. Si isteri digambarkan sebagai seorang yang bertakwa manakala si suaminya adalah di sebaliknya. Si isteri puas menasihati si suami supaya mengerjakan pekerjaan yang disuruh dan meninggalkan yang dilarangNya. Tetapi si suami tetap dengan perangainya, malah si suami benci dengan perlakuan si isteri yang tidak pernah lupa menyebut kalimah Bismillah apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Saru ketika si suami memberitahu dia hendak keluar berdagang. Sebenarnya si suami telah berpakat dengan rakannya unruk membunuh isterinya itu. Apabila keluar dari rumah, si suami telah mengirimkan satu karung berisikan binatang berbisa kepada isterinya melalui si sahabat tadi. Seperti mana biasa apabila menerima karung tersebut yang kononnya harta pemberian si suami, si isteri menyebut Bismillah .... Dengan kuasa Allah isi karung itu berrukar menjadi in tan permata bukan lagi binatang berbisa. Si isteri hidup dengan harta itu menantikan suaminya pulang dari berdagang. Beberapa lama si suami pulang dengan harapan isterinya relah mati disengat binatang berbisa yang dikirimkannya. Dia hairan melihatkan isterinya bukan sahaja masih hidup tetapi telah kaya-raya. Dia menyesal dan insaf apabila isterinya menceritakan bahawa selama ini dia hidup dengan harta kiriman suaminya. Apakah karya seperti ini tidak layak dikelompokkan sebagai sastera Islam?
Kesimpulan Sebenarnya hampir keseluruhan hasil-hasil kesusasteraan Melayu kita kaya dengan nilai-nilai mendidik sama ada secara langsung atau tidak langsung. Unruk mengarakan nilai-nilai mendidik ini hanya terbaras kepada hasil sastera iaitu cerita-cerita nabi dan sebagainya sahaja, sudah tentulah tidak tepat. Ini kerana cerita-cerita para nabi dan sebagainya mempunyai fungsi memperkukuhkan keimanan seseorang Islam
264
Peranan Sastera Islam Dalam Pembentukan Akhlak Penduduk Alam Melayu
terhadap para nabi dan juga rasul. Cerita-cerita lain seperti mana yang terdapat dalam genre syair, sajak, pantun, cerita rakyat, hikayat, novel, dan sebagainya mempunyai peranan yang tersendiri dalam membenruk akhlak manusia Melayu. Oleh kerana itu, dalam tesis kedoktoran penulis, penulis cuba memperkenalkan pendekatan Adab dalam mengkaji hasilhasil kesusasteraan Melayu. Ini kerana penulis berpendapat hampir keseluruhan karya-karya sastera Melayu mempunyai fungsi mendidik. Hanya yang berbeza ialah cara olahan pengarang untuk menyampai amanat atau mesej tertentu kepada pembaca. Oleh sebab iru, adalah amat wajar sekiranya teks-teks sastera Melayu dijadikan bahan bacaan wajib kepada para pelajar sekolah atas alasan-alasan tadi. Mendidik secara tidak langsung akan meninggalkan kesan yang jauh lebih baik daripada pendidikan secara langsung yang mungkin dibuat dan diterima secara terpaksa.
Rujukan Abu Hassan Sham (ed), 1993. Puisi-Puisi Raja Ali Haji. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jaafar Husin (ed), 1995. Nadwah Ketakwaan Melalui Kreativiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hamid, 1990. Asas Kesusasteraan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Suhaimi haji Muhammad, 2000. At-Tariq - Kumpulan Puisi Mistik dan Kerohanian. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Winstedt, R.0., 1961. A History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
265