PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA Inspirasi cerita-cerita dari kanak-kanak Orang Asal di Sabah & Sarawak
Projek Kerjasama
PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA Inspirasi cerita-cerita dari kanak-kanak di Sabah dan Sarawak
PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA
Inspirasi cerita-cerita dari kanak-kanak di Sabah dan Sarawak
© 2015 Hak cipta terpelihara. Komuniti-komuniti Orang Asal Kg Ampungoi, Pitas; Kg Kiau Nuluh, Kota Belud; Kg Bantul, Pensiangan; Ba’Kelalan, Lawas; Kg Punan Bah, Belaga; Kg Jagoi Bogag, Bau; UNICEF Malaysia & Jaringan Orang Asal SeMalaysia. Adalah tidak dibenarkan untuk mencetak, menyimpan atau mengambil mana-mana bahagian buku ini, atau menyebarkannya secara eletronik, mekanikal, fotokopi dan juga dengan apa cara sekali pun tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit. Penerbit dan penulis adalah tidak bertanggungjawab keatas kesilapan didalam kandungan buku ini walaupun segala usaha telah diambil untuk mengelakkannya ketika ia dihasilkan. Pihak penerbit dan penulis juga adalah tidak bertanggungjawab sekirannya kandungan buku ini digunakan tanpa kebenaran seperti yang dimaksudkan diatas. Fotografi Ilustrasi kartun Penulis Pereka Pencetak Penyeralas projek/Penyunting
Leonard Alaza, Ik Wadell, Gebril Atong Sue and Bob Hartley, Venite Lee, David Suning @ Langkawit Leonard Alaza Wizart Sdn Bhd One Print Station @ Graphic Zone Sdn Bhd Leonard Alaza & Irene Peter
Peliharalah Hutan Ia bukan diberikan kepada kamu oleh ibubapa kamu tetapi dipinjamkan kepada kamu oleh anakanak kamu. Kita tidak mewarisi Bumi ini daripada Nenek Moyang kita tetapi kita hanya meminjamnya daripada Anak-Anak kita. Petikan daripada seorang Ketua Masyarakat Orang Asal Amerika
Pendahaluan Setiap cerita ada pesanannya. Secara tradisi, pengetahuan, amalan dan cerita-cerita Orang Asal diturunkan dari satu generasi ke generasi secara lisan, kebiasaannya seorang tua bercerita dan dikelilingi oleh kanak-kanak mendengar dengan penuh perhatian. Dengan peredaran masa dan dengan perubahan, tradisi dan cerita secara beransur-ansur terhakis atau hilang sama sekali. Pelbagai Cerita, Satu Suara, adalah percubaan pertama seumpamanya yang bertujuan untuk merakam kebijaksanaan orang-orang tua , cerita tradisional serta cara hidup Orang Asal, dalam gambar dan illustrasi – supaya sentiasa hidup di dalam jiwa dan imaginasi kanak-kanak. Setiap cerita ada sejarahnya yang tersendiri. Pada 2013, UNICEF disokong Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) dalam projek bertajuk: Penghasilan Kandungan: Mendokumentasi Cerita Orang Asal, Amalan dan Pengetahuan Berkaitan Kanak-Kanak dan Pembangunan Kanak-kanak di Sabah dan Sarawak. Projek ini merupakan idea berdasarkan tema Hari Orang Asal Sedunia, pada tahun sebelumnya iaitu ‘media Orang Asal’. Dalam ucapan memperingati hari itu pada tahun 2012, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon, berkata: “Cerita-cerita mereka mengisahkan perjuangan yang berterusan untuk mengatasi ketidakadilan dan diskriminasi yang berlaku beratus tahun lamanya terhadap satu kaum yang berdiri teguh untuk mempertahankan sumbersumber mereka dan hak-hak yang menjamin pengekalan budaya, bahasa, kepercayaan dan tradisi mereka. Cerita-cerita mereka ini adalah sumber yang berharga untuk kita semua kerana ia menawarkan perspektif alternatif kepada model pembangunan yang sering tidak mengambil kira pengalaman Orang Asal. Ia mempromosi budaya saling hormat-menghormati dan persefahaman antara budaya yang merupakan pra-syarat sesuatu masyarakat yang tiada unsur kemiskinan dan prejudis.”
Ini merupakan titik permulaan projek enam bulan untuk mendokumentasikan cerita penatua Orang Asal yang berkisar dengan sejarah dan perkembangan kanak-kanak dari Ampungoi di Pitas, Kiau Nuluh di Kota Belud, Bantul di Pensiangan di Sabah dan Ba’Kelalan di Lawas, Punan Bah di Belaga dan Jagoi Gunong di Bau, Kuching di Sarawak. Yang menyerlah dalam projek ini ialah penglibatan anak-anak muda Orang Asal yang telah dilatih untuk mendokumentasikan cerita melalui perbualan secara langsung dan temubual dengan orang yang lebih tua. Harapan kami ialah melalui penglibatan ini, generasi muda telah diberikan ilham untuk menyampaikan tradisi, cerita kehidupan dan apa yang mereka telah belajar tentang identiti mereka kepada generasi akan datang. Kami percaya cerita-cerita ini akan memperkenalkan dan memberi inspirasi kepada semua pembaca akan tradisi dan warisan Orang Asal dan kanak-kanak di Malaysia. Ini adalah satu penghujung yang gembira dalam cerita ini.
Ms Wivina Belmonte Wakil UNICEF ke Malaysia
Thomas Jalong Presiden JOAS
Dokumenter Leirin Merikan Kg Ampungoi, Pitas, Sabah Elvina Lanting Kg Kiau Nuluh, Kota Belud, Sabah Hendry Kassim Kg Bantul, Pensiangan, Sabah Edwin Meru Ba’kelalan, Lawas, Sarawak Gebril Atong Punan Bah, Belaga, Sarawak Ik Wadel Ik Pahon Bau, Kuching, Sarawak
Penghargaan Kami menghargai setinggi-tinggi sokongan yang diberikan oleh UNICEF Malaysia kepada projek ini khasnya kepada Ms Wivina Belmonte dan Dr Victor Karunan selaku wakil dan timbalan wakil UNICEF Malaysia; dan juga kepada Dr Nur Anuar Muthalib. Sokongan agensi ini telah membolehkan satu ilham menjadi projek sebegini yang mana kami harapkan akan menjana pelbagai inisiatif yang mampu memberi manfaat kepada kanak-kanak Orang Asal di wilayah ini. Kami menyanjung jasa enam komuniti Orang Asal di Sabah dan Sarawak kerana telah menerima kami ke dalam kehidupan mereka dan berkongsi dengan kami impian dan aspirasi mereka. Kami mengucapkan tahniah kepada semua dokumenter yang telah meluahkan masa bersama dengan komuniti untuk mendengar cerita-cerita mereka. Kami berterima kasih kepada presiden JOAS, kakitangan urusetia dan para ahli kerana komitmen perjuangan mereka untuk memperkasakan komuniti-komuniti Orang Asal di Malaysia merupakan pembakar semangat kami untuk melaksanakan projek ini. Kami juga berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dari pelbagai segi. Tanpa mereka, kami mungkin tidak dapat mengatasi batas kemampuan kami untuk menjayakan projek ini. Akhir sekali, kami menghargai perkongsian pengalaman dengan ramai kanak-kanak Orang Asal menerusi projek ini. Kami telah banyak belajar daripada pandangan dunia mereka yang kami, sebagai orang dewasa, telah kehilangan. Pandangan dunia mereka membuka ruang untuk melihat realiti dari sudut yang berbeza; sangat berbeza sehinggakan sang haiwan boleh bercakap dan si pokok pula memiliki roh. Tetapi bukankah ini realiti?
Leonard Alaza & Irene Peter Penyelaras projek
Mengenai projek dan buku Pada tahun 2013, UNICEF telah menyokong dan bekerjasama dengan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) untuk melaksanakan projek bertajuk: Penghasilan Kandungan: Mendokumentasi Cerita-Cerita Tradisi, Amalan-Amalan dan Pengetahuan Orang Asal berkenaan dengan Kanak-Kanak dan Pembangunan Kanak-Kanak di Sabah dan Sarawak.’ Ilham projek ini tercetus pada tahun sebelumnya dan secara kebetulan ia merupakan tahun dimana tema sambutan Perayaan Hari Orang Asal Sedunia adalah berkaitan dengan media Orang Asal. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-Moon ketika itu telah dipetik sebagai berkata: “Cerita-cerita mereka mengisahkan perjuangan yang berterusan keatas ketidakadilan dan diskriminasi yang telah berlaku beratus tahun lamanya, dan juga diskriminasi terhadap satu kaum yang terpaksa mempertahankan sumber-sumber mereka termasuk hak-hak yang menjamin pengekalan budaya-budaya mereka, bahasa-bahasa mereka dan juga adat, kepercayaan dan tradisi. Cerita-cerita mereka ini adalah amat bernilai sekali kerana mereka memberikan satu perspektif alternatif tentang model-model pembangunan yang sering tidak mengambil kira pengalaman Orang Asal. Mereka juga mempromosi budaya saling hormat menghormati dan persefahaman antara budaya yang merupakan pra-syarat bagi sesebuah masyarakat yang tiada unsur kemiskinan dan prejudis.” Setelah ilham menjadi lebih jelas, hubungan kerja antara UNICEF dan JOAS dimulakan dengan projek selama enam bulan untuk mendokumentasi cerita-cerita, amalan-amalan dan pengetahuan komuniti Orang Asal yang berkaitan dengan kanak-kanak mereka dari komuniti terpilih. Dalam projek ini, enam komuniti di Sabah dan Sarawak telah dipilih. Komuniti-komuniti ini adalah Kampung Ampungoi di Pitas, Kg Kiau Nuluh di Kota Belud, Kg Bantul di Pensiangan, Ba’kelalan di Lawas, Punan Bah di Belaga dan Jagoi Gunong di Bau, Kuching. Pemilihan mengambil kira faktor geografi dan bahasa. Antara bahagian yang menarik dalam projek ini ialah penglibatan aktif ahli-ahli belia Orang Asal dari komuniti-komuniti terlibat. Cerita-cerita, amalan-amalan dan pengetahuan Orang Asal diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya secara lisan. Bila difikirkan tentang sejarah lisan mereka, gambaran di fikiran ialah seorang tua sedang duduk bercerita di dalam sebuah rumah yang diperbuat daripada bambu.
Dia dikelilingi oleh sekumpulan penduduk termasuk belia dan kanak-kanak yang asyik mendengar cerita-ceritanya. Tetapi amalan ini telah pupus apabila zaman telah berubah. Minat untuk mendengar cerita-cerita dulu-dulu daripada golongan yang lebih tua dan berpengalaman telah hilang. Oleh yang demikian, penglibatan belia Orang Asal di dalam projek ini dilihat sebagai satu usaha kecil untuk menghubungkan semula golongan tua dan muda di dalam komuniti masing-masing melalui aktiviti bercerita. Usaha ini dilakukan dengan kesedaran bahawa golongan tua yang mungkin masih lagi mengingati cerita-cerita atau amalan-amalan dulu-dulu akan pergi selamanya suatu hari nanti. Ini akan menjadi satu kehilangan yang amat besar kepada komuniti kerana ceritacerita atau amalan-amalan lama merupakan inti utama kepada cara mereka mengenali diri sebagai satu kaum yang unik. Pengalaman para belia dalam proses mendokumentasi adalah diharap akan memberikan hembusan inspirasi kepada generasi muda Orang Asal yang seterusnya akan mula bertanya soalan-soalan berkaitan dengan identiti dan tujuan dalam hidup mereka. Hasil projek pelopor ini merupakan buku-buku yang mengandungi cerita-cerita dan amalan-amalan lama yang telah didokumentasi oleh para belia terlibat dengan bantuan komuniti mereka masing-masing. Satu lagi ialah sebuah buku bergambar. Hasil mereka mungkin bukan yang terbaik atas sebab batasan-batasan yang tidak dapat dielakkan khasnya kehilangan cerita-cerita dan amalan-amalan itu termasuk juga si penceritanya. Terdapat juga faktor-faktor lain seperti masa dan kemampuan. Tetapi apa yang dapat didokumentasi dalam tempoh projek harus dilihat sebagai titik permulaan kepada satu proses yang mencabar tetapi menarik. Sepertimana kebanyakkan ceritacerita, terkandung satu mesej yang ingin disampaikan kepada si penerima. Mesej ini disampaikan secara menarik untuk tujuan merangsang inspirasi si pembaca. Inilah yang ingin dicapai oleh buku bergambar ini. Walaupun ia berupa satu karya fiksyen tetapi mengandungi unsur realiti yang disampaikan melalui gambar-gambar. Adalah harapan semua pihak yang terlibat dalam menghasilkannya untuk menerangkan bahawa walaupun sejarah lisan Orang Asal sudah beratus ribu tahun lamanya, ia masih amat relevan dalam dunia moden masa kini.
Kandungan Ba’kelalan Pahit dan Manis Perkahwinan Nenek Saya
Belaga Akuarium Saya Yang Besar Dan Kecil Pura Ajaib
33 17
Bau Saya Nampak Tengkorak Pada Hari Bung Jagoi Miku Angik dan Cucunya
85
71
Sarawak
63
Pitas Tentang Madu dan Kehidupan
Sabah
Kiau
Pensiangan
25 Anjing Pemburu Saya 45
Keistimewaan dan Kepentingan Perahu
53
Hai kawan-kawan, Adakah kamu suka mendengar cerita? Ya, saya pun suka. Saya telah mendengar banyak cerita-cerita yang diceritakan oleh ramai orang yang saya temui dalam pengembaraan saya. Sekarang saya ceritakan pula kepada kamu semua. Si pencerita yang saya paling minati ialah bapa saya. Dia adalah seorang penulis and pengembara. Dia suka membaca. Katanya membaca adalah sama seperti pergi mengembara kerana cerita-cerita membawanya ke tempat-tempat yang menarik dan berjumpa dengan orang-orang yang sangat istimewa. Saya telah pergi mengembara bersama bapa saya di beberapa tempat di Sabah dan Sarawak. Kami pergi ke tempat-tempat yang kawan-kawan saya belum pernah sampai. Tempat-tempat itu ialah di Bantul, Pensiangan, Kg Kiau Nuluh, Kota Belud, Kg Ampungoi, Pitas, Bung Jagoi, Bau, Punan Bah, Belaga dan Ba’kelalan di Lawas. Setiap tempat amat menarik sekali dan penuh dengan keseronokan. Di Bantul, saya telah pergi mengikuti penduduk memburu di hutan; di Kg Kiau Nuluh saya berpeluang melihat secara dekat sebuah gunung di mana mengikut kepercayaan tradisi merupakan tempat roh orang yang meninggal akan pergi. Di Kg Ampungoi saya di bawa oleh kawan-kawan pergi mengambil madu lebah dari pokok yang tinggi; di Bau saya tinggal di sebuah kampung tradisi berusia 100 tahun dan melihat upacara membersihkan tengkorak; di Punan Bah pula saya berdayung di sungai untuk memasang pukat dan di Ba’kelalan saya menolong keluarga kawan baru saya menuai sawah padi dan melawat kebun epal. Ya, epal boleh tumbuh di sini! Semasa pengembaraan, kami telah menaiki kereta berjam-jam lamanya untuk sampai ke destinasi; kami menaiki kapal terbang kecil dan perahu panjang menerusi sungai-sungai yang deras. Kami juga mendaki gunung-ganang dan bukit-bukau, dan berjalan kaki di dalam hutan. Yang paling seronok sekali ialah apabila kami sampai
di sebuah kampung, kami tidur di bawah berjuta-juta bintang di langit. Ia adalah pengalaman yang indah sekali. Di sepanjang perjalanan, kami telah berjumpa dengan ramai orang yang istimewa. Kami telah bertemu dengan pakar adat yang boleh bertutur dengan semangat orang yang telah meninggal dan juga orang-orang yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang hutan, sungai, gunung-ganang dan hidupan liar. Saya amat suka mendengar cerita-cerita mereka. Saya juga telah mendapat ramai kawan baru. Mereka bercerita mengenai kehidupan harian mereka dan apa yang mereka suka buat setiap hari. Bapa saya gembira kerana saya mempunyai ramai kawan baru. Katanya seorang kanak-kanak walaupun di mana mereka berada di dunia ini suka mendengar cerita. Ini adalah kerana cerita menjadikan dunia mereka menjadi lebih luas.Itulah sebabnya mengapa bapa saya menjadi seorang penulis dan pengembara. Sejak zaman kanak-kanak lagi, dia selalu mendengar cerita-cerita yang diceritakan oleh datuk saya. Sebagai penulis, bapa saya sentiasa menulis ceritacerita yang diceritakan kepadanya. Dia berbuat demikian agar dia tidak akan lupa. Saya ingin mejadi seorang penulis sama seperti bapa saya. Dan saya juga telah mencatitkan banyak cerita-cerita yang telah saya dengar semasa pengembaraan saya. Sekarang saya ingin ceritakan kepada kamu semua.
Sentiasa berseronok dan mencari inspirasi.
Permainan Kanak-kanak Aktiviti yang melibatkan perkembangan kanak-kanak
– Laya n M a in Laya n g
g M a in Ba dm in to n
Mai n LOM PAT Getah Di ke bu n
Kanak-kanak berhak untuk bermain.
Artikel 31 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak
Pura Ajaib
Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak
Kampung Punan Bah, Belaga
K
adangkala ibubapa saya membawa saya ke ladang apabila tiada saudara mara yang dewasa yang menjaga kami adik beradik di rumah. Bila kami bertolak ke ladang ibu saya akan memasukkan saya ke dalam bakul rotan yang dipikul olehnya kerana saya anak bongsu. Dia selalu berkata saya masih terlalu kecil untuk berjalan jauh. Untuk ke ladang, kami perlu menaiki bot dari kampung kami dan kemudian berjalan kaki didalam hutan. Saya sering tertidur didalam bakul rotan ibu saya kerana saya rasa seperti berada didalam pelukannya. Ibubapa saya bekerja sebagai petani tradisi. Begitu juga dengan semua penduduk dikampung saya. Mereka menanam padi sebagai makanan utama kami. Kadangkala bapa saya pergi memburu haiwan liar didalam hutan. Daging memberikan kami sumber protein untuk badan yang kuat. Kehidupan sebagai petani dan pemburu memerlukan kekuatan fizikal. 17
Pada hari ini, ibubapa saya tidak bercucuk tanam. Mereka memperbaiki pondok atau sulap diladang yang sudah usang. Mereka membina sulap sebagai tempat berteduh dari matahari yang panas dan hujan. Ia juga digunakan sebagai tempat untuk menyimpan hasil tanaman dan perkakas lain. Kadangkala apabila terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan diladang, mereka akan bermalam didalam sulap. Kami adik beradik tinggal dirumah dan dijaga oleh makcik, pakcik ataupun jiran kami. Ketika ibubapa kami membaiki pondok, kami adik beradik mencari ilham untuk bermain bersama supaya kami tidak bosan sepanjang hari. Abang saya mencadangkan kami membina pondok kami sendiri. Abang
18
saya sudah cukup besar dan dibenarkan menggunakan parang dengan selamat. Dia menggunakan parang tersebut untuk memotong bambu untuk membina pondok kami. Kami yang lain pula pergi mencari daundaun untuk membina atap. Apabila pondok kami siap dibina, kami semua masuk didalam. Kami sangat seronok dan berasa bangga dengan sulap kami. Kakak saya menamakannya sebagai pondok ajaib. Katanya pondok itu boleh membawa kami ke suatu tempat yang ajaib dimana terdapat banyak jenis buah-buahan untuk dimakan dan haiwan-haiwan ajaib yang boleh bercakap dengan manusia. Tetapi sebelum kami pergi ke tempat ajaib itu, dia mengatakan yang kami perlu membawa makanan kerana perjalanan kami amat jauh. BATU-BATU INI DIPERC AYAI BOLEH membiak SENDIRI Abang saya pun menyalakan api untuk kami memasak makanan. Kami masak rumput, ranting kayu, daun-daun dan batu kecil. Seronok juga bermain masak-masak. Setelah kami menyiapkan makanan untuk dibawa, kami masuk ke dalam sulap dan dalam sekelip mata... kami ghaib. Setelah jauh perjalanan, kami pun sampai di tempat ajaib itu. Memang betul kata kakak saya. Tempat ini sangat indah dan terdapat banyak jenis buah-buahan 19
yang boleh dimakan. Petik satu, ia akan tumbuh semula dalam sekelip mata. Tetapi disebalik keindahan tempat ajaib itu, penduduk di situ memberitahu kami terdapat seorang raja yang kejam. Mereka mengatakan behawa raja itu menjadikan mereka hamba dan memaksa mereka bekerja untuknya. Raja itu juga mempunyai sekumpulan pengikut yang jahat. Mereka sering memusnahkan ladang milik penduduk, hutan dan merampas tanah penduduk. Tetapi raja itu juga mempunyai musuh. Dia adalah seorang pahlawan perkasa yang tinggal di kampung yang lain. Menurut penduduk kampung, pahlawan itu merancang untuk menyerang raja kejam dan pengikut-pengikutnya yang jahat belaka dalam beberapa hari lagi. Tetapi mereka takut kerana pahlawan itu datang menyerang dengan tenteranya, raja kejam itu akan memaksa penduduk kampung untuk berlawan untuknya. Mereka memohon pertolongan kami untuk melarikan diri dari kampung sebelum serangan berlaku dalam beberapa hari. Kami memberitahu mereka bahawa kami bersedia untuk menolong mereka membina sebuah sulap ajaib sama seperti yang kami miliki. Tetapi mereka perlukan sebuah sulap yang jauh lebih besar untuk memuatkan semua penduduk termasuk kanak-kanak kecil. Kata penduduk, ini tidak menjadi masalah sebab didalam hutan terdapat banyak haiwan yang boleh bercakap dengan manusia. Mereka tetap akan datang untuk menolong. Kami membina sulap secara senyap dari siang hari hingga malam. Haiwan-haiwan yang boleh bercakap itu juga bekerja keras untuk menolong kami menyiapkannya. Tidak kira yang besar ataupun kecil, 20
mereka memberikan yang terbaik. Mereka juga tidak sukakan raja kejam dan pengikut-pengikutnya kerana sebelum ini mereka telah beberapa kali memusnahkan hutan tempat mereka tinggal. Hutan adalah rumah haiwan-haiwan itu. Kerana saya masih kecil, kakak tidak membenarkan saya menolong membina sulap itu. Tetapi dia memberikan saya sehelai daun. Katanya daun itu sangat istimewa. Dia mengajar saya meniup daun itu untuk menghasilkan bunyi. Kemudian dia memberi saya tugas sebagai tukang jaga. Sekiranya saya melihat orang yang tidak dikenali datang saya hanya perlu meniup daun itu untuk memberi amaran kepada mereka yang lain.
21
Setelah sulap itu siap dibina, penduduk amat berterima kasih kepada kami dan juga haiwanhaiwan yang boleh bercakap dengan manusia. Mereka semua masuk ke dalamnya dan dalam sekelip mata, mereka hilang bersama dengan sulap mereka yang baru siap dibina. Seperti yang telah dijangka, beberapa hari kemudian pahlawan perkasa itu dan tenteranya menyerang raja kejam itu dan pengikut-pengikutnya. Dia pergi ke kampung untuk mengarah penduduk melawan bagi pihaknya. Tetapi semua ini sudah terlambat apabila dia menyedari tidak ada seorang pun yang tinggal di kampung itu. Raja dan sekutunya diserang bertubitubi sehingga dia menyerah kalah dan ditawan untuk dijadikan hamba kepada pahlawan perkasa itu. Bagi kami adik-beradik, sulap ajaib kami selamat membawa kami pulang ke ladang. Setibanya disana, ibubapa kami sedang berkemas untuk pulang ke kampung. Ibu saya meletakkan saya sekali lagi ke dalam bakul rotan yang dipikul olehnya. Ketika kami berjalan menuju ke hutan untuk pergi ke bot kami di sungai, saya melihat pondok ajaib yang kami telah bina sekali lagi. Dalam hati, saya berharap ibubapa saya akan membawa kami adik beradik lagi pada keesokan hari. Bila kami tiba di kampung, ibu saya sibuk bersedia untuk memasak makanan untuk makan malam. Dia menyuruh kakak saya untuk 22
mengambil beberapa batang kayu api diluar. Sebelum itu, kakak meletakkan sehelai daun ditangan saya. Katanya itu ialah daun yang sama yang dia berikan kepada saya semasa kami berada di tempat ajaib itu. Dia menyuruh saya untuk menyimpannya.
Kebanyakkan kanakkanak Orang Asal khususnya yang tinggal di pendalaman menimba pengetahuan dan kepakaran daripada ibubapa, komuniti dan alam persekitaran mereka. Seperti dalam cerita ini, kanak-kanak belajar membina sebuah sulap dengan meniru ibubapa mereka.
Parang merupakan alat yang sangat penting bagi komuniti yang sangat bergantung kepada sumber hutan untuk kehidupan harian. Mereka akan sentiasa membawa parang apabila keluar dari rumah untuk ke ladang, hutan ataupun ke sungai. Kanak-kanak yang sudah besar diajar menggunakannya dengan cara yang selamat.
Apabila ada orang yang meninggal dunia, kanakkanak tidak dibenarkan untuk berada di kampung. Ibu atau bapa mereka akan membawa mereka ke ladang dan tinggal semalaman di dalam sulap. Mereka akan di bawa pulang selepas upacara pengkebumian.
23
Keistimewaan dan Kepentingan Perahu Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak
Bantul, Pensiangan, Sabah
P
ada suatu pagi setelah saya bangun dari tidur, saya melihat bapa saya sedang mengukir sebuah perahu kecil. Saya berasa sangat seronok kerana perahu kecil itu adalah untuk saya. Memang sudah lama saya mahukannya. Perahu adalah nama panggilan bot panjang yang biasa digunakan oleh penduduk di kampung saya dan juga di kampungkampung yang lain. Abang saya sudah ada perahu mainan seperti yang diukir oleh bapa saya tetapi dia tidak membenarkan saya bermain dengannya. Kami sentiasa bergaduh apabila dia enggan membenarkan saya menyentuh perahu mainannya, apatah lagi bermain dengannya. Bapa saya memberitahu saya bahawa perahu kecil yang sedang diukir olehnya itu adalah sebagai hadiah harijadi saya pada hari itu. Kanak-kanak di kampung saya tidak memiliki banyak alat permainan. Disebabkan itu, kami terpaksa mencari ilham untuk membuat alat 25
permainan sendiri. Kadangkala kami membuat pondok di hutan sambil menunggu penduduk kampung yang keluar memburu. Kami juga bermain sorok-sorok dan membina istana pasir di tepi sungai. Tetapi bermain perahu mainan adalah yang paling seronok sekali. Saya suka melihatnya bergerak diatas air. Ia seakan-akan perahu sebenar yang selalu digunakan oleh penduduk kampung sebagai pengangkutan utama. Tahukah anda bahawa perahu adalah sangat penting bagi komuniti saya? Saya berasal dari Kampung Bantul di dearah Pensiangan, Sabah. Ramai orang tidak tahu dimanakah kampung saya terletak kerana ia sangat
26
jauh dan terpencil. Untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki kereta dan perjalanannya mengambil masa berjam-jam. Selepas itu, anda perlu menaiki perahu panjang selama lebih kurang SEORANG KANA K-KANAK BERM AIN DENGAN satu jam untuk sampai ke SEEKOR AYAM D I SUNGAI kampung saya. Jika air sungai terlalu cetek, masa perjalanan akan menjadi lebih panjang sebab penumpang terpaksa turun untuk menarik perahu ke air yang dalam. Air sungai yang cetek juga boleh membuat perjalanan menjadi merbahaya kerana air menjadi lebih deras dan terdapat banyak batu-batu besar. Hanya pemandu perahu yang berpengalaman sahaja yang boleh mengemudi dengan selamat dan mengelak dari berlaku pelanggaran dengan batu-batu tersebut. Bapa saya merupakan antara pemandu perahu yang terbaik di kampung saya. Penduduk sering meminta dia untuk menghantar mereka ke tempat-tempat yang mereka ingin pergi. Mereka memuji kebolehan bapa saya. Mereka juga pernah mengatakan bahawa bapa saya sangat mahir sehingga dia juga boleh memandu perahu dalam suasana gelap gelita. Saya masih ingat tidak lama dahulu saya DI BANTUL G N JA N A P H A RUM
27
mengikutinya pulang. Pada malam itu, saya tidak boleh melihat apaapa kerana terlalu gelap. Tetapi bapa dengan tenang membawa kami pulang dengan selamat. Saya mahu menjadi seperti bapa saya apabila saya besar kelak. HUNYA RA PE N A G N DE K A N A SEORANG KANAK-K Saya ingin membina perahu saya sendiri dan melawat tempat-tempat yang saya belum pernah pergi. Bapa saya pernah berjanji kepada saya untuk mengajar saya memahami keadaan sungai dan bagaimana ia mengalir. Katanya, untuk menjadi seorang pemandu yang hebat saya perlu ada sepasang mata yang istimewa. Dia berkata lagi bahawa semua pemandu perahu yang berpengalaman di kampung kami ada sepasang mata istimewa seperti yang dia maksudkan. Perahu mainan kecil yang bapa saya sedang ukir itu adalah daripada sebatang kayu keras. Saya duduk disebelahnya sambil melihatnya mengukir. Dia berkata nenek moyang kami pada zaman dahulu sudah mahir membuat perahu. Pengetahuan ini kemudian mereka turunkan dari generasi ke generasi hingga ke hari ini. Kami menggunakan perahu sebagai pengangkutan termasuk untuk pergi menangkap ikan dan memburu. Tetapi kata bapa saya, pada zaman dia masih lagi kanakkanak sebaya saya, perahu tidak menggunakan enjin. Sebaliknya, penduduk terpaksa menggunakan dayung. Saya dapat bayangkan 28
betapa kuat dan perkasanya penduduk ketika itu kerana mendayung perahu yang panjang melawan arus dan deras air bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tidak lama dahulu, sebuah syarikat pembalakan telah masuk ke kawasan berdekatan dengan kampung kami dan membina jalan balak hingga ke simpang besar yang menuju ke pekan terdekat. Ini memudahkan penduduk kampung. Tetapi masalahnya ialah penduduk kampung tidak memiliki kenderaan. Oleh sebab itu, mereka masih lagi bergantung kepada perahu sebagai pengangkutan utama. Bagi kami kanak-kanak, memiliki perahu mainan yang diukir oleh bapa kami adalah suatu kebanggaan. Biasanya, perahu-perahu mainan KANAK-KANAK SEDA NG BERMAIN DI PERA HU Y A NG MASIH BELUM SI yang di miliki oleh kanak-kanak AP DI BINA di kampung saya diukir hampir serupa dengan perahu yang sebenar. Ia berukuran lebih kurang enam inci dan di tarik di atas air dengan tali. Ia di tarik bukan sahaja diatas air tetapi di mana sahaja. Sambil menarik perahu, mereka akan membuat bunyi suara seakan-akan bunyi enjin perahu. Perahu mainan abang saya berwarna merah dan hijau, sama seperti perahu pakcik kami. Tetapi abang saya tidak pernah membenarkan saya bermain dengan perahunya. Dia selalu berkata “boleh tengok saja tapi jangan sentuh.” Kadangkala bila dia 29
dicipta oleh g n ya a ek er m u h an pera
KANAK-KANAK deng
bapa mereka
nyenyak tidur, saya akan mengambil perahunya. Tetapi saya tidak berani membawanya ke sungai kerana takut dia bangun dan menyedari perahunya sudah tiada. Saya takut dia akan marah. Bagi saya, saat yang paling seronok sekali ialah apabila melihat perahu-perahu kecil milik kawan-kawan dan abang saya bergerak di atas air di anak sungai. Ia seakan-akan perahu yang sebenar. Saya boleh duduk berjam lamanya 30
hanya melihat perahu-perahu mereka. Apabila bapa saya siap mengukir perahu mainan untuk saya, dia bertanya nak-kanak apakah warna pilihan saya. a k L U IK M E M SA SEDANG IN SEORANG DEWA ENTARA KANAK-KANAK LA Saya memilih warna merah M YANG KECIL SE MEREKA DI ANAK SUNGAI. HU dan putih, sama seperti BERMAIN PERA perahunya. Selepas perahu itu diwarnakan, dia menjemurnya di luar dan menyuruh saya untuk menunggu beberapa jam. Perahu itu adalah hadiah harijadi yang terbaik sekali bagi saya. Saya tidak sabar membawanya ke sungai dan bermain bersama kawankawan dan abang saya. Saya membayangkan diri saya sebagai seorang pemandu perahu yang hebat kerana saya mempunyai sepasang mata yang boleh melihat dalam keadaan gelap gelita.
Perahu yang direka oleh suku kaum Murut yang tinggal di sepanjang Sungai Pensiangan adalah sangat panjang untuk memudahkannya bergerak di atas permukaan air.
Sungai sangat penting bagi komuniti di sini. Bagi mereka, sungai adalah seperti jalanraya yang menghubungkan satu tempat dengan yang lain. Sungai juga merupakan punca makanan harian mereka. Jika sungai dan hutan dimusnahkan, ikan-ikan akan mati.
31
32
Akuarium Saya Yang Besar dan Kecil Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak
Punan Bah, Belaga, Sarawak
S
aya tinggal di hilir sungair yang terpanjang di Malaysia. Sungai itu ialah Sungai Rajang. Nama kampung saya ialah Punan Bah. Ia terletak sangat jauh di pendalaman. Untuk sampai ke sini, anda perlu menaiki kereta pacuan empat roda selama enam jam dari bandar Bintulu. Jika anda mengambil perjalanan dalam masa yang sama dengan menaiki kapal terbang, anda akan hampir sampai ke negara Australia! Perjalanan ke kampung saya sangat jauh kerana jalan yang diikuti ialah jalan balak. Jalan ini penuh dengan lubang. Bila cuaca panas, jalan akan berdebu. Jika hari hujan pula, jalan sangat berlumpur, licin dan merbahaya. Anda boleh menaiki feri dari pekan Kapit. Perjalanan memakan selama tiga jam. Sekali lagi, jika anda menaiki kapal terbang dengan jangka masa yang sama, anda akan sampai ke negara China. Kampung saya sangat jauh. Disinilah saya dilahirkan dan membesar. 33
Saya pergi ke sebuah sekolah di kampung saya. Ia hanya sekolah yang kecil tetapi saya mempunyai ramai kawan. Di sekolah, saya menimba banyak pengetahuan. Pada suatu hari, guru kelas saya telah mengajar saya dan EBERANGI Y kawan-kawan tentang jenisN E M K A N A K G N K A A J A N R A NK GAI jenis ikan: ikan di laut dan juga SEKUMPULA NTUNG DENGAN SUN A G G N N A A K JAMBAT DI BELA di sungai. Saya tidak tahu banyak KELIHATAN tentang ikan di laut. Tetapi terdapat beberapa jenis ikan di sungai yang saya tahu kerana bapa saya sering membawa saya untuk pergi memeriksa pukat dan bubuh yang telah dipasang olehnya. Saya suka mengikutinya dan saat yang paling seronok ialah melihat banyak ikan-ikan yang ditangkap. Saya selalu melihat bapa saya gembira apabila dapat menangkap banyak ikan. Tetapi kadangkala, dia pulang dengan tangan kosong. Sebelum kelas berakhir, guru kami menyuruh kami untuk masing-masing membawa akuarium ke sekolah keesokan hari. Pada mulanya saya tidak tahu apa itu akuarium. Guru saya menerangkan bahawa akuarium adalah tempat ikan dipelihara sebagai haiwan peliharaan. Ia diperbuat daripada kaca agar sesiapa dapat melihat ikan-ikan didalam berenang. Di sebelah petang hari itu, saya dan kawan saya berhajat untuk pergi memancing ikan untuk akuarium kami masing-masing. Setelah mendapat 34
kebenaran dari ibubapa kami, kami pun mengambil pancing dan pergi mencari umpan. Saya juga membawa botol yang diberikan oleh ibu saya. Itulah akuarium saya. Sungai kami dipanggil Sungai Bah. Ia adalah anak sungai kepada Sungai Rajang. Tidak lama dahulu, sungai Bah mempunyai banyak ikan kerana penduduk di kampung kami sentiasa menjaganya. Bapa saya pernah menceritakan kepada saya tentang pengalamannya pergi menangkap ikan semasa kecil. Katanya pada musim kemarau, dia boleh memenuhi hampir setengah karung guni dengan ikan dengan menghulur jala sekali sahaja. Dia sudah tentu boleh memenuhi karung itu jika dia menjala kali kedua tetapi menurutnya, penduduk di ampung kami tidak akan mengambil lebih dari apa yang kami perlukan. Kami harus ingat bahawa ada orang lain juga yang perlukan ikan untuk dimakan. Bila bapa saya dapat hasil ikan yang banyak dan lebih dari cukup untuk dimakan oleh kami sekeluarga, ikan-ikan yang lain akan diasapkan agar ia tahan lebih lama. Inilah cara kami kerana kami tidak mempunyai peti sejuk. Sungai Bah tidak seperti dahulu lagi. SEORANG PEN Ia sudah tercemar. Orang-orang tua DUDUK PULAN G DARI MEMAN CING di kampung kami pernah mengatakan bahawa ini terjadi akibat hutan kami yang telah 35
Suasana semasa awal pagi di Punan Bah. Seorang penduduk kelihatan sedang memeriksa pukat.
dimusnahkan oleh orang luar dan banyak kawasan telah dibuka untuk ladang-ladang besar. Sejak saya dilahirkan, saya tidak pernah mandi di sungai itu. Kami mengumpul NCARI air hujan untuk diminum, E M G N A D MPUNG SE I BAH A mencuci dan mandi. K K U D U D N A E G P N U G S N I A D R I DUA O AWAL PAG A Kadangkala saya berasa D A P N A IK hairan bagaimana ikan-ikan masih boleh hidup dalam keadaan sungai kami yang sudah tercemar.
38
Setelah lama duduk memancing di tepi sungai, pancing saya mengena. Saya tarik sekuat hati. Saya telah menangkap seekor ikan yang besar. Saya menyimpannya di dalam botol. Tetapi ia terlalu besar untuk berenang di dalam botol itu. Kawan saya yang melihat tangkapan saya berkata yang dia berharap akan dapat ikan sebesar yang saya dapat. Kami tunggu sekian lama tetapi umpannya masih tidak mengena. Saya berkata mungkin buaya telah menelan semua ikan-ikan di sungai itu dan tinggalkan hanya seekor yang saya telah pancing MENUNJUKKAN K A N A K K tadi. Terdapat banyak ceritaA N A K SEORANG D SEKOLAH. E K SA A M SE A Y AKUARIUMN
cerita tentang buaya gergasi yang tinggal di Sungai Rajang. Tetapi saya tidak takut dengan buaya. Mereka tidak akan mengganggu manusia sekiranya tidak diganggu. Apa yang saya paling takut sekali ialah roh-roh yang dikatakan akan mencolek kanak-kanak yang masih belum pulang ke rumah pada waktu lewat senja. Hari semakin gelap. Kawan saya masih lagi belum berjaya mendapat apa-apa. Saya mencadangkan agar kami berkongsi ikan saya. Saya tidak sabar untuk menunjukkan kepada guru kelas saya. Pada keesokan hari, semua murid di kelas saya telah membawa akuarium mereka masing-masing. Saya dan kawan saya menunjukkan ikan dan akuarium yang kami kongsi bersama. Guru kelas kami memberi pujian kepada semua sambil memberikan markah untuk: ikan yang paling besar, ikan tercantik dan akuarium paling kreatif. Seorang murid pula membawa seekor katak yang di simpan di dalam kotak. Dia juga mendapat markah sebab katak hidup dalam dua alam: air dan darat. 39
Kami semua amat berbangga dengan markah dan pujian dari guru kami. Tetapi guru kami mengingatkan kami agar sentiasa berasa bangga dengan sungai kami. Katanya, sungai adalah seperti aquarium kami yang besar. Seperti akuarium, kami perlu sentiasa menjaganya supaya ia sentiasa bersih dan kehidupan didalamnya sentiasa sihat. Dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya dan kawan saya kembali ke tempat kami memancing kelmarin dan melepaskan ikan yang saya pancing itu ke sungai. Saya harap sungai kami ini akan mempunyai banyak ikan agar bapa saya akan sentiasa berasa gembira dengan tangkapan hariannya.
Suku Punan tidak sama dengan Penan.
Antara ciri-ciri unik di Punan Bah ialah apa yang dipanggil sebagai ‘Kerieng”. Ini merupakan sebuah batang kayu yang besar yang diukir khas sebagai tempat bersemadi individu yang mempunyai status yang tinggi di dalam komuniti. Malangnya, ulun atau orang suruhan simati harus mati bersama dengan tuannya. Amalan ini sudah lama tidak diamalkan lagi. Akhir sekali sebuah batu besar akan diletakkan di atas ‘Kerieng’. Ramai yang amat kagum dengan komuniti Punan di sini kerana boleh mengukir ‘Kerieng’ dari kayu keras dengan ukiran yang cantik sekali tanpa alat-alat moden. Mereka juga hairan bagaimana penduduk ketika itu dapat meletakkan batu yang sangat berat di atas “Kerieng”. 41
Permainan Kanak-kanak Aktiviti yang melibatkan perkembangan kanak-kanak
Mengangk at Tanah
M a n g ga k o k o P t ja n M ema
00
M e n ja h it
Men yusu n Kayu
Pendidikan harus membina personaliti kanak-kanak sepenuhnya. Ia harus menggalakkan mereka menghormati ibubapa dan budaya mereka dan juga budayabudaya lain.
Artikel 29 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak 00
Anjing Pemburu Saya Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak
Bantul, Pensiangan, Sabah
B
ila anda berada dalam perjalanan ke kampung saya, anda akan melihat sebuah papan tanda yang tertulis dengan perkataan ‘ANJING KU MAHAL’. Sudah pastinya, sesiapa yang mencederakan seekor anjing di tempat saya, dia harus membayar saman. Anjing adalah haiwan yang sangat berharga bagi kaum saya kerana merekalah yang membantu kami memburu di hutan. Mereka membantu kami mencari sumber makanan harian. Kaum saya telah menggunakan anjing untuk memburu sejak dari zaman nenek moyang lagi. Saya ada seekor anak anjing yang bernama Berason. Ada cerita disebalik nama anak anjing saya itu. Bila dia dilahirkan, bapa saya tahu bahawa dia akan menjadi anjing pemburu yang sangat baik. Tahukah anda bahawa kaum saya dapat mengenali anjing yang akan membesar sebagai anjing pemburu yang baik dengan hanya melihat sususan 45
putingnya? Pengetahuan ini telah diperturunkan dari zaman nenek moyang kami lagi. Apabila anak anjing saya sudah mula boleh memakan makanan, bapa saya memberinya nasi bercampur BEBERAPA ekor an jing sedang mena iki perahu dengan cili. Tujuan dia buat demikian ialah agar dia pandai memburu bila besar nanti. Sejak dari itu, saya menamakanya Berason. Tetapi saya kasihan apabila melihatnya kepedasan. Walaubagaimanapun, setelah minum air, dia baik semula. Kerana masih kecil, Berason masih lagi menyusu. Ibubapa Berason juga adalah anjing pemburu yang hebat. Kami mempunyai sepuluh ekor anjing pemburu dan bapa Berason adalah ketua mereka. Bila memburu di hutan, dia akan berada di hadapan untuk mengesan haiwan liar. Apabila dia terhidu haiwan liar, dia akan menyalak untuk memanggil yang anjing-anjing lain dan seterusnya mengejar haiwan liar itu. Pada suatu hari, bapa saya mengajak saya dan dua abang saya untuk pergi memburu bersamanya. Dia memberitahu kami bahawa kami akan berjalan jauh ke dalam hutan dan terpaksa bermalam. Ini adalah kerana haiwan liar tidak lagi mudah untuk diburu seperti dahulu. Bapa saya berpendapat ini mungkin disebabkan oleh hutan kami yang sudah diganggu oleh orang dari luar. Bunyi jentera dan mesin pemotong kayu membuatkan haiwan liar menjadi takut dan lari jauh ke dalam hutan. Ini 46
adalah sebab mengapa kami perlu berjalan sangat jauh untuk memburu. Itu pun, kalau ada haiwan untuk diburu. Disebabkan kami akan terpaksa bermalam, saya ditugaskan untuk membawa Berason bersama didalam bakul rotan yang saya pikul. Berason masih kecil dan perlu menyusu dengan ibunya. Kami menaiki perahu dengan kesemua anjing-anjing kami ke tempat pemburuan. Saya perhatikan yang Berason tidak berasa selesa dengan bunyi bising enjin sangkut perahu yang kami naiki. Tetapi dia perlu membiasakan diri sama seperti dengan anjing-anjing dewasa kami yang lain ketika mereka masih kecil. Ketika menaiki perahu, saya terkenang kembali kata-kata datuk saya. Katanya hutan sentiasa memberi kami makanan. Kami hanya perlu pergi mencarinya. Pada zaman dia masih muda, memang makanan tidak susah untuk di cari kerana hutan belum diganggu. Keadaan sudah berubah sekarang. Saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi kepada hutan kami ini apabila saya dewasa kelak. Mungkin saya akan terpaksa pergi lebih jauh ke dalam hutan untuk memburu. Itu pun, sekiranya masih lagi ada ngan kanakhaiwan liar untuk di buru. sekumpulan penduduk de pergi memburu k tu un t bo ki ai en m k kana mereka dengan anjing-anjing
47
Perjalanan kami memakan masa yang panjang untuk tiba ke tempat pemburuan. Dari situ, kami masih lagi perlu berjalan kaki ke dalam hutan. Saya mengangkat bakul rotan dengan Berason didalamnya. Dia tidak dapat melihat apa yang sedang berlaku kerana saiznya terlalu kecil untuk mengeluarkan kepala di mulut bakul untuk melihat di luar. Tetapi dia masih boleh melihat menerusi lubang-lubang kecil di bakul itu. Sejak turun dari perahu, bapanya menghidu kawasan untuk mengesan haiwan liar. Saya pasti Berason sedang memerhatikan apa yang dilakukan oleh bapanya. Setelah beberapa jam berjalan di dalam hutan, bapa saya mengarah kami berhenti untuk berehat. Kedua abang saya mengambil makanan untuk diberikan kepada anjinganjing kami. Mereka kelihatan sangat lapar. Saya menunggu ibu sa menutup muka ak rp te ak n ka ak n ka daripada habuk Berasan menghabiskan makanannya. untuk menghindari an menerusi sebuah ra de n ke ki ai Sementara itu, kami pun membuka en m ka keti yu balak di bantul ka m ke daun yang membungkus nasi dan ikan yang kami bawa dari rumah. Makan nasi beralaskan daun membuatkan kami sangat berselera. Apabila ibu Berason selesai makan, saya keluarkannya dari bakul rotan dan meletakkannya dekat dengan ibunya. Sebagai anak anjing yang membesar, ia memerlukan susu ibunya. Minumlah sepuas hati, Berason, kerana perjalanan kita masih jauh. 48
Kami meneruskan perjalanan kami hingga ke petang. Apabila keadaan hampir gelap, kami mula memotong dahan-dahan kayu untuk dijadikan sebagai katil kami di hutan. Walaupun sebuah perahu kurang selesa, bapa kami yang me sungai pensia rentasi ngan pernah memberitahu bahawa bila berada di hutan kami perlu menyesuaikan diri. Dia juga sentiasa mengingatkan kami supaya sentiasa senyap kerana haiwan liar sudah mengetahui kehadiran kami sebelum kami tahu di mana mereka bersembunyi. Itulah sebabnya kami memerlukan anjing untuk mengesan mereka. Deria hidu mereka sangat kuat. Pada awal pagi keesokan hari, saya terbangun oleh bunyi salakan bapa Berason sebagai ketua kumpulan anjing-anjing kami. Dia telah mengesan seekor haiwan. Tidak lama kemudian, anjing-anjing kami yang lain berlari kearahnya sambil menyalak. Suku kaum kami sudah lama belajar untuk mengenali jenis salakan anjing. Salah satu bunyi salakan menandakan anjing-anjing sedang mengejar haiwan liar. Bila kami mendengar bunyi salakan ini, bapa kami mengarah supaya kami turun untuk pergi ke sungai di bawah bukit. Bila kami tiba disana, kami mendengar bunyi salakan anjing-anjing kami semakin hampir. Kami pun menunggu. Bapa saya sedang memegang tombak. Dalam bila-bila masa haiwan itu akan muncul dan masuk ke dalam air sungai. 49
50
Haiwan itu adalah seekor babi hutan. Bila saja ia berada di air, ia tidak lagi dapat melarikan diri. Anjing-anjing kami terus mengepungnya. Bapa saya kemudian menikamnya dengan tombak. Babi hutan itu bersaiz besar dan dagingnya cukup untuk dimakan oleh keluarga kami untuk beberapa lama. Anjing-anjing kami pun akan mendapat bahagian mereka. Ketika semua ini berlaku, saya memikul bakul rotan dengan Berason berada didalamnya. Dia telah melihat apa yang telah dilakukan oleh anjing-anjing kami yang lain dan saya pasti dia telah mempelajari cara-cara untuk memburu haiwan liar. Suatu hari kelak, dia pula yang akan memburu seperti mereka yang lain. Dan saya yakin, dia akan menjadi seekor anjing pemburu yang terhebat.
anak SEorang kanak-k asil tikan h sedang memerha buruan.
51
Hutan amat penting bagi komunitikomuniti yang masih bergantung kepada sumber hutan untuk kehidupan harian. Tanpa hutan kehidupan mereka amat susah. Di Kg Ampungoi, sumber hutan seperti madu memberikan mereka satu harapan untuk meraih pendapatan.
52
Tentang Madu dan Kehidupan Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak
Kg Ampungoi, Pitas, Sabah
Saya sangat suka mencari pengalaman baru. Anda bagaimana? Pengalaman saya yang paling menarik sekali ialah ketika pergi mengutip madu lebah bersama ahli-ahli komuniti saya yang lain. Saya pernah mengalami pengalaman ini beberapa kali sebelum ini. Setiap pengalaman saya adalah sangat manis sekali. Tetapi apa yang saya ingin ceritakan ialah pengalaman terbaru yang saya alami sebagai pengutip madu lebah. Ketika itu adalah musim madu lebah. Penduduk di kampung saya sudah lama menantikannya. Terdapat sebatang pokok yang tinggi tidak jauh dari tempat tinggal saya dan diatas pokok itu terdapat sarang lebah. Penduduk rasa sudah tiba masanya untuk mengutip madu yang terdapat didalam sarang itu. 53
Kami semua amat seronok. Kerja mengutip madu lebah adalah kerja yang sukar. Kadangkala ia berbahaya kerana lebah-lebah tidak mahu sarang mereka diganggu. Apabila diganggu mereka akan menyengat. Kamu pernah disengat? Sakit kan? Sekiranya kerja ini sukar dan berbahaya, mengapa perlu dilakukan? Saya pernah bertanya soalan ini dengan diri sendiri dahulu sehingga saya menyedari bahawa madu lebah merupakan punca pendapatan penduduk di kampung saya. Mereka menjual madu lebah untuk perbelanjaan rumah dan menghantar anak-anak ke sekolah. Tanpa hasil madu lebah, kehidupan mereka akan menjadi susah. Ibu saya sentiasa memberi saya sedikit wang untuk ke sekolah. Saya sentiasa pastikan untuk membelanjakan wang itu dengan baik kerana saya faham betapa sukarnya kerja mengutip madu lebah. Bila tiba masanya untuk pergi ke hutan, bapa saya mengumpulkan beberapa penduduk kampung. Kerja ini harus dilakukan secara berpasukan dan semangat tolong menolong perlu ada. Saya ditugaskan sebagai pembawa minuman. Kata bapa saya, tugas itu adalah yang sangat penting. Saya berasa sangat bangga memikul tanggungjawab itu. Kami berjalan kaki dari kampung menerusi sebuah ladang getah 54
sebelum sampai di sebuah kawasan di hutan. Di situ, saya melihat sebatang pokok besar dan tinggi. Diatas dahan pokok itu terdapat sarang lebah yang sangat besar. Ia sebesar tayar lori yang sering berulang-alik di kampung saya. Sarang itu berada lebih kurang 100 kaki dari tanah. Saya dapat melihat beriburibu lebah yang sibuk menghasilkan madu. Kami memerlukan tangga yang panjang untuk - ka na k k a n a k k o d n o P mencapai sarang lebah itu. Beberapa orang b e r m a in penduduk pun mula pergi mencari bambu. Bambu tidak mudah didapati lagi seperti dahulu disebabkan keadaan hutan yang sudah berubah. Banyak kawasan hutan telah dibuka untuk perladangan. Penduduk kampung takut suatu hari nanti hutan ini tidak lagi mempunyai pokok-pokok yang tinggi dan besar untuk lebah membuat sarangnya. Jika ini berlaku, penduduk akan hilang punca pendapatan. Kehidupan mereka akan menjadi susah. Sementara mereka mencari bambu, beberapa orang tua dan kanak-kanak termasuk saya menunggu dekat dengan pokok tinggi itu. Untuk mengisi masa, orang-orang tua itu mula bercerita diantara mereka. Saya pula sibuk memberikan mereka air untuk diminum. Tetapi saya memasang telinga dan saya ingin menceritakan salah satu daripada cerita mereka: Pada suatu ketika dahulu jauh didalam hutan terdapat sekumpulan haiwan. Diantara mereka ialah seekor kura-kura. Kura-kura itu sedang 55
mencari makanan untuk dimakan. Apabila ia menemui sebiji buah tarap, ia pun memakannya. Tiba-tiba muncul seekor beruang. Beruang itu sangat sombong. “Hai kura-kura. Apa yang kamu sedang buat” tanya beruang itu. “Saya berasa lapar tadi dan keluar mencari makanan. Kemudian saya terjumpa buah tarap ini. Kita boleh memakannya bersama jika kamu mahu,” jawab kura-kura. “Tidak payah. Saya sudah kenyang makan madu tadi,” kata beruang dengan sombong. Sebaliknya, beruang itu pula mencabar kura-kura dalam satu pertandingan. “Pertandingan macam mana tu?” kura-kura bertanya. “Kita main bakar-bakar. Siapa yang tidak mati kebakaran dia lah pemenang,” kata beruang. Kura-kura amat takut dengan beruang itu kerana dia memang sudah terkenal sebagai pembuli. Tetapi dia tidak berani menolak cabaran beruang itu. Dia tahu sekiranya dia menolak, beruang itu akan mencederakannya. Dalam ketakutan, kura-kura menerima cabaran. Mereka kemudian menentukan tarikh dan tempat untuk bertanding.
56
Bila hari itu tiba, beruang berkata, “Siapa yang bakar dirinya dulu?” Kura-kura hanya berdiam. “Kamu dulu lah,” kata beruang lagi. Dia tahu apabila kura-kura mati terbakar, dia akan menang pertandingan itu. Kura-kura itu pula tahu dia terpaksa mengikuti arahan beruang itu. “Baiklah. Timbun saya dengan dahan kayu mati itu dan daun-daun kering. Kemudian bakarlah saya.” Beruang itu dengan gembiranya menimbun dahan kayu mati dan daun-daun kering diatas kura-kura sehingga menutupinya. Dia berfikir bahawa kura-kura itu sangat bodoh. Tetapi sebenarnya kura-kura itu jauh lebih bijaksana. Ketika beruang itu sedang sibuk menimbunnya, dia secara senyap-senyap menggali lubang dalam tanah dan masuk ke dalam. Beruang itu tidak menyedarinya kerana timbunan dahan dan daun menutup segala apa yang dibuat oleh kura-kura. Setelah siap menimbun, beruang dengan gembira sekali menyalakan api. Ketika api sedang membara, beruang membayangkan kura-kura itu mati terbakar dan menjadi abu. Dia memuji dirinya sendiri kerana kepandaiannya. 57
Apabila api sudah padam, kura-kura keluar dari lubang. Beruang sangat terkejut. Dia berasa hairan bagaimana kura-kura masih hidup. “Sekarang giliran kamu pula,” kata kura-kura. Disebabkan beruang itu terlalu sombong, dia terpaksa mengambil gilirannya untuk dibakar. Lagi pun, dia yang dahulu mencabar kurakura untuk bertanding. Dia terlalu sombong untuk mengaku kalah. Kura-kura menimbun dahan dan daun-daun kering diatas beruang dan menyalakan api. Beruang pun mati kebakaran. Tiada yang tinggal daripadanya kecuali sebatang tulang. Kura-kura mengambil tulang itu dan menggunakkannya sebagai alat muzik. Dalam bahasa Rungus alat ini dipanggil sebagai Turuding. “Kamu cabar saya tetapi akhirnya kamu pula yang terbakar.” Demikian bunyi lagu yang dimainkan oleh kura-kura. Keindahan alunan bunyi Turuding itu didengari oleh haiwan-haiwan lain di huta termasuk sekumpulan monyet. Ketua kumpulan monyet itu ingin memiliki alat itu dan mengarah pengikut-pengikutnya untuk pergi mencari. Mereka mengesan bunyi alat itu hingga ke tempat kura-kura berada. Bila kura-kura tidur, kumpulan monyet mencuri alat itu. 58
Apabila bangun dari tidur, kura-kura mendapati Turuding itu sudah tiada. Dia berasa sangat sedih dan pergi mencarinya di sekitar hutan. Tidak lama kemudian, dia terjumpa dengan ketua kumpulan monyet yang duduk diatas pokok sambil bermain dengan alat itu. Kerana kura-kura tidak boleh memanjat pokok, dia meminta pertolongan dengan seekor ketam. “Turuding saya telah dicuri. Tolonglah saya mengambilnya semula,” Ketam berasa kasihan dengan kurakura dan bersetuju untuk menolong. Ketam itu memanjat pokok dan dengan sekuat hati menyepit kaki ketua monyet itu. Dia menjerit kesakitan dan melepaskan alat itu. Kurakura yang menanti di bawah pokok pun
59
menyambutnya dan terus pergi dari situ. Ketam kemudian berjumpa dengan kura-kura dan sejak dari hari itu mereka menjadi kawan baik. Apabila cerita ini tamat, saya teringatkan nasihat ibubapa saya supaya sentiasa bersikap rendah diri dan jangan mengambil apa jua benda yang bukan milik saya. Tetapi saya terfikir pula tentang lebah-lebah itu. Tiba-tiba saya terasa bersalah mengutip madu daripada sarang mereka. Saya pun bertanya dengan salah satu daripada orang tua itu dan dia menerangkan
60
kepada saya. Katanya: “Madu dihasilkan oleh lebah daripada nektar bunga. Kita mengambil madu sebagai mata pencarian kita. Kita berterima kasih dengan cara menjaga hutan agar bunga-bunga akan hidup dan lebah akan terus menghasilkan madu.” Saya faham maksud orang tua itu. Tidak lama kemudian, kumpulan pencari bambu telah tiba. Mereka bekerjasama untuk mebuat tangga yang panjang untuk mencapai sarang lebah. Saya pula sibuk menyediakan mereka air untuk diminum. Selepas tangga itu siap, kami semua menanti hari menjadi gelap. Sambil menanti, mereka meneruskan sesi bercerita. Bila hari sudah menjadi gelap, salah seorang daripada kami mula memanjat pokok itu dengan tangga. Dia membawa obor untuk menghalau lebah-lebah yang pasti akan mengamuk. Yang lain pula di bawah sibuk membakar untuk menghasilkan asap. Lebah tidak sukakan asap. Apabila semua lebah telah pergi, kami pun mengambil sarang mereka untuk di bawa pulang. Setibanya kami di kampung, sekumpulan wanita sedang menunggu untuk membersihkan sarang lebah itu dan membahagibahagikannya secara sama rata untuk kami semua. Ibu saya juga berada bersama mereka. Selepas dia mendapat bahagian sarang lebah untuk keluarga kami, dia memandang seketika kearah saya. Dia memberikan satu senyuman manis kerana gembira dengan kutipan kami. Saya tidak sabar untuk pergi mengutip madu lebah di musim akan datang.
61
Pahit dan Manis Perkahwinan Nenek Saya Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak
Ba’kelalan, Lawas, Sarawak
P
ada suatu ketika dahulu, nenek saya pernah menceritakan tentang kasih sayang. Tetapi kasih sayang yang dia maksudkan ada sedikit kelainan. Ceritanya itu ada kaitan dengan perkahwinannya bertahuntahun dahulu. Ketika itu, nenek saya akan berkahwin dengan seorang pemuda yang tampan yang berasal dari kampung yang lain. Pemuda itu juga merupakan seorang petani yang sangat rajin. Tetapi pada hari perkahwinannya, nenek saya berasa sangat sedih kerana dia sebenarnya belum bersedia untuk berkahwin. Apa lagi dengan seorang pemuda yang dia belum pernah kenal. Perkahwinan nenek saya sebenarnya telah diatur oleh ibubapanya yang juga moyang saya. Nenek saya tidak mampu menolak kerana menghormati pilihan ibubapanya. Begitu juga dengan bakal suaminya. Pada zaman mereka, keputusan orang tua perlu dituruti dan dihormati. 63
Hari perkahwinan nenek saya dihadiri oleh ramai jemputan termasuk penduduk dari kampung-kampung lain. Ada yang datang dari kampung yang jauh. Mereka berjalan berhari-hari merentasi hutan dan bukit bukau untuk ke kampung nenek saya. Pesta perkahwinan sangat meriah dengan banyak makanan dan minuman yang dihidangkan termasuk persembahan nyanyian dan tarian tradisi. Semua orang berasa sangat gembira kecuali nenek saya. Dia tidak mempunyai pilihan. Begitu juga dengan pemuda yang bakal menjadi datuk saya. Tetapi nenek saya adalah seorang wanita yang tabah. Tiada seorang pun yang menyedari apa isi hatinya yang sebenar. Tetapi setelah pesta perkahwinan selesai dan tiba pula masanya untuk nenek saya meninggalkan kampung halaman untuk mengikuti suaminya ke kampungnya, dia akhirnya tidak dapat menahan perasaan dan terus menangis sekuat hati. Dia tidak mahu meninggalkan keluarga tersayang dan kampung halaman. Dia menangis dan terus menangis tetapi tiada apa yang dapat dia lakukan. Sudah menjadi amalan bagi seorang isteri untuk mengikuti suami dan tinggal dengan keluarganya selepas berkahwin. Nenek saya tahu dia akan merindui keluarga dan kampung halamannya. Dalam perjalanan jauh menerusi hutan dan bukit bukau ke kampung suaminya, nenek saya tidak berhenti menangis. Lima puluh tahun selepas perkahwinannya itu, nenek saya menangis lagi. Kali ini, dia tangisi pemergian suaminya pula yang telah meninggal dunia akibat sakit. Suaminya tersayang yang pada suatu ketika dahulu adalah seroang pemuda yang nenek saya terpaksa kahwin kini sudah tiada buat selama-lamanya. Hingga ke hari ini, nenek saya masih sangat merinduinya. 64
Saya hairan bagaimana nenek saya telah hidup bahagia dengan datuk saya walaupun perkahwinan mereka telah diatur dan bukan pilihan mereka masing-masing. Setelah saya bertanya, nenek saya hanya tersenyum sambil berkata: “Nenek rasakan semua ini adalah disebabkan oleh sebuah patung mainan yang nenek buat daripada sehelai kain lama dan juga sawah padi pusaka keluarga kita.” Saya tidak faham. Nenek pun cuba terangkan. Pada zaman nenek saya masih kecil, ibubapanya tidak pernah membelikannya alat permainan. Tetapi nenek saya sangat pintar. Dia mendapatkan sehelai kain yang lama dan melipat-lipatnya sehingga ia menjadi berupa bantal. Dia menggangap itu sebagai anak patung. Ketika bermain, nenek saya akan mengangkat anak patungnya itu seperti ibunya mengangkatnya semasa dia masih lagi seorang bayi. Sambil itu dia menyanyikan dodoi yang ibunya juga sering menyanyikan kepadanya. Secara olok-olok, nenek saya akan memberi makanan kepada anak patungnya apabila lapar dan mengubatinya ketika sakit. Nenek saya kemudian berkata: “Begitulah nenek belajar menjadi seorang ibu. Apabila nenek dan datuk kamu mula mendapat beberapa orang anak, tanggungjawab nenek adalah untuk menjaga mereka sepenuh masa. Nenek sangat sayang kepada mereka semua.” Semasa nenek saya mula membesar, dia terpaksa mengurangkan masa bermain kerana perlu menolong ibubapanya bekerja di sawah padi. Kerja di sawah adalah berat dan memenatkan. Tidak kira panas atau hujan, nenek saya perlu pergi ke sawah dari awal pagi hingga kerja yang perlu 65
dilakukan siap. Sawah perlu disediakan sebelum padi ditanam pada musim menanam. Setelah padi ditanam, nenek saya dan keluarganya akan mula bercucuk tanam di ladang pula untuk menambah pendapatan. Bila padi sudah masak, mereka akan mula mengetam. Kerja ini juga bukan mudah. Tetapi walaupun berat, ia terpaksa dilakukan kerana beras adalah makanan utama dan juga pendapatan mereka. Nenek saya kemudian berkata kepada saya: “Kerja keras telah mengajar nenek untuk bersabar. Apabila anak-anak semakin membesar, keperluan mereka juga meningkat. Nenek dan datuk kamu perlu bekerja dengan lebih tekun untuk mencari pendapatan lebih supaya mereka mendapat pendidikan. Tanggungjawab sebagai ibu dan bekerja di sawah atau ladang sama sahaja. Nenek perlu berbakti sepenuh masa.” Nenek bertanya saya lagi sekiranya saya memahami ceritanya. Saya hanya menganggukkan kepala. Balik kepada saat perkahwinan nenek saya. Walaupun ketika itu dia berada dalam kesedihan, kata-kata ibunya telah memberinya sedikit harapan. Pada malam sebelum hari perkahwinan, ibu nenek saya berkata bahawa dia juga telah mengalami apa yang nenek saya sedang alami ketika itu. Perkahwinan ibu nenek saya juga telah dirancang oleh ibubapanya. Dia memberi jaminan kepada nenek saya bahawa kesedihan yang dirasainya akan hilang suatu hari nanti. Ketika ini, nenek saya menambah bahawa ada lagi pengajaran tentang kehidupan yang telah dia pelajari selain dari pengalaman bermain dengan anak patung buatan sendiri daripada kain lama dan juga bekerja keras 66
di sawah padi dan ladang. Pengajaran itu datang daripada buah epal. Katanya ramai orang sukar mempercayai bahawa pokok epal dapat tumbuh di kawasan tropika. Pada hari perkahwinannya nenek saya sukar mempercayai bahawa perkahwinannya akan dapat kekal lama walaupun setelah ibunya memberi sedikit harapan. Tetapi sama seperti buah epal Ba’kelalan yang sudah terkenal itu, kasih sayang nenek dan datuk saya terus tumbuh dari tahun demi tahun. Dan nenek saya memberikan saya nasihat ini: “Apabila tiba giliran cucu pula suatu hari nanti, ingatlah pesanan nenek. Kasih sayang akan bertambah kuat hanya jika terdapat usaha untuk menguatkannya. Begitu juga apabila kita perlu menanam padi dan pokok epal. Kadangkala pula, kita perlu membuat yang terbaik dengan apa yang kita ada seperti kain lama yang nenek jadikan anak patung.
Komuniti Orang Asal di sini dikenali sebagai suku Lun Bawang.
Pokok epal tumbuh dan berbuah di Ba’kelalan. Walaupun kawasan ini termasuk dalam negara tropika, ia terletak di kawasan pergunungan dan dikelilingi oleh Perkahwinan hutan tebal. Ini menjadikan yang dirancang oleh orang Ba’kelalan sejuk dan sesuai tua merupakan amalan biasa bagi pokok epal untuk pada zaman dahulu. Antara tumbuh. sebab amalan ini ialah untuk mengekalkan dan mengeratkan lagi hubungan antara dua keluarga.
67
Permainan Kanak-kanak Aktiviti yang melibatkan perkembangan kanak-kanak
Ca ra –C ar a Ka na k– Ka na kRuMmelbiiha at (M on or ut ) M en yu la m
M a in ‘M a la k at ’
Mem buk a Kuli t Bua h Kela pa ’ M a in ‘K u r u t u t
Kanak-kanak berhak untuk mempercayai apa yang mereka mahu percaya. Dan mereka juga berhak untuk didengari.
Artikel 12 & 14 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak
70
Saya Nampak Tengkorak Pada Hari Bung Jagoi Inspirasi dari pengalaman kanak-kanak
Gunung Jagoi, Bau, Sarawak Pernahkah kamu lihat tengkorak manusia? Maksud saya secara dekat? Saya pernah. Ketika itu bersempena dengan Hari Bung Jagoi. Ramai penduduk dari beberapa kampung berdekatan dengan sebuah bukit yang di kenali sebagai Bung Jagoi berkumpul di puncaknya untuk merayakan hari peringatan asal usul mereka. Dalam bahasa Bidayuh Jagoi, Bung bererti puncak. Bukit ini setinggi lebih kurang 360 meter yang terletak di Kampung Jagoi Gunong atau Romin di daerah Bau di Kuching, Sarawak. Saya tinggal di kampung ini. Terdapat beberapa lagi kampungkampung berdekatan. Saya diberitahu semua penduduk disini berasal dari sebuah kampung tradisi suku Bidayuh Jagoi yang berumur lebih 71
100 tahun yang terletak puncak Bung Jagoi. Tetapi mereka sudah tidak tinggal disana lagi. Hanya seorang wanita sahaja yang tinggal disana. Saya akan menceritakan tentang wanita ini kemudian. Dan juga seorang lelaki tua yang penuh dengan misteri yang saya telah temui. Tengkorak-tengkorak yang saya lihat pada hari itu telah dikeluarkan dari sebuah ruang penyimpanan yang khas di sebuah rumah tradisi masyarakat Bidayuh Jagoi yang dikenali sebagai Baruk. Mereka diletakkan didalam sebuah kotak kayu. Disebelahnya terletak pelbagai jenis bahan-bahan yang digunakan untuk uparaca mencuci tengkorak. Ini adalah upacara yang sudah lama diamalkan. Dekat dengan bahan-bahan itu terdapat seekor ayam hidup. Ia akan disembelih untuk tujuan upacara itu. Seorang lelaki tua yang merupakan pengamal adat tiba di Baruk itu. Bapa saya membisik kepada saya bahawa lelaki tua mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam tentang adat suku Bung Jagoi. Sambil duduk di atas sehelai tikar, pengamal adat itu kemudian menuturkan perkataan yang saya tidak faham. Ia adalah bahasa yang lama yang ramai penduduk juga belum pernah dengari atau faham. Bapa saya menerangkan bahawa lelaki tua tersebut sedang cuba berhubung dengan makluk-makluk halus. Pada masa itu, pembantunya menyembelih ayam tersebut dan memberikanya kepada pengamal adat. Ayam itu adalah korban untuk upacara yang seterusnya dijalankan 73
dengan pembersihan tengkorak-tengkorak itu oleh pengamal adat dengan menggunakan sejenis daun. Ketika itu, dia masih lagi bercakapcakap dalam bahasa kuno sambil penduduk yang lain perlahan-lahan meninggalkan Baruk itu. Saya memerhatikan sekali lagi tengkoraktengkorak yang sedang dicuci itu dan ternampak apa yang saya lihat seakan-akan sebatang tanduk. Menurut lelaki yang menyembelih ayam itu tadi, tanduk itu adalah milik seorang puteri pada suatu zaman dahulu. Apabila dia meninggal dunia, penduduk menggunakan tanduk itu untuk meramal apa yang akan berlaku ke atas kampung mereka. Sekiranya tanduk itu menegak, ia menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku.
74
Ketika saya meninggalkan Baruk, saya masih berfikir tentang tengkoraktengkorak itu tadi. Adakah itu adalah tengkorak-tengkorak musuh yang cuba menyerang kampung pada suatu masa dahulu? Atau mungkin kepala tentera Jepun yang telah di pancung oleh penduduk? Saya telah mempelajari dalam kelas sejarah bahawa amalan memancung kepala amat berleluasa pada zaman dahulu kala. Ia diamalkan untuk tujuan tertentu tetapi kebanyakkan adalah ketika perbalahan yang berlaku diantara puak-puak tertentu.
75
Amalan memancung kepala yang berleluasa dan perbalahan diantara puak merupakan sebab nenek moyang saya berpindah untuk mewujudkan kampung di puncak Bung Jagoi 100 tahun dahulu. Selepas keadaan menjadi lebih tenang beberapa tahun kemudian, sekumpulan penduduk mula turun dari bukit itu dan memulakan penempatan di bawah. Kampung saya adalah antaranya. Seterusnya, dari masa ke semasa, penduduk lain juga turut serta sehingga tiada lagi yang tinggal di puncak. Tetapi apa yang menghairankan, seorang wanita masih lagi menetap di kampung tradisi nenek moyang kami. Semua penduduk mengenalinya sebab dia adalah seorang yang baik hati kerana menjaga kampung itu walaupun tiada lagi penduduk lain yang tinggal di situ. Bagi saya, wanita itu adalah seorang yang berani kerana rumahnya tidak jauh dari Baruk di mana tengkorak-tengkorak itu di simpan. Setiap malam dia hanya menggunakan lampu minyak tanah untuk menerangkan rumahnya kerana di kampung itu tidak mempunyai eletrik. Saya tidak tahu mengapa dia berani tinggal berseorangan. Ibu saya pernah berkata kita tidak perlu takutkan apa-apa jika kita mempunyai hati yang ikhlas dan murni. Pada Hari Bung Jagoi, saya melihat wanita itu sangat gembira sekali kerana ramai ahli keluarganya, saudara mara dan penduduk berada di situ. Dia 76
sibuk masak di dapur untuk menyediakan berjenis-jenis makanan tradisi Bidayuh Jagoi. Makanan kegemaran saya ialah ayam yang di masak di dalam bambu. Tetapi ini hanya merupakan setengah daripada keseronokan pada hari itu. Tahukah anda bagaimana saya berada di bukit itu? Pada awal pagi hari itu, saya telah menyertai acara perlumbaan mendaki bukit Bung Jagoi.
MAKAN BERSAMA ! Kebanyakan perserta lumba lari telah berada di kaki Bung Jagoi pada malam sebelumnya. Mereka terdiri daripada orang dewasa, belia dan kanak-kanak dari beberapa kampung. Pada malam itu ada persembahan pentas khas sempena dengan Hari Bung Jagoi. Mereka menyanyi dan menari hingga larut malam. Suasana amat seronok sekali. Tapi saya tidak mahu tidur terlalu lewat kerana esok saya perlukan tenaga. Saya tidur di rumah saudara dekat dengan pentas. Kerana mengantuk, bunyi kugiran yang kuat tidak mengganggu tidur saya. Saya dibuai dengan mimpi-mimpi indah. Pada keesokan harinya, saya berasa segar dan bersedia untuk menawan bukit setinggi 360 meter itu. Ia sangat curam tetapi laluan pendakian sentiasa redup dan tidak panas kerana pokok-pokok gergasi yang kebanyakkanya berumur lebih 100 tahun menutupi cahaya matahari. 77
Apabila wisel dibunyikan, semua peserta berlari selaju yang mungkin untuk berada di hadapan. Saya tidak jauh di belakang kumpulan yang paling hadapan sekali. Tetapi tidak lama. Dalam beberapa minit sahaja, saya mula merasa penat. Saya tidak malu mengatakan yang saya berbadan gemuk sedikit. Ahli keluarga saya sering NG MENDAKI mentertawakan saiz badan saya yang KANAK-KANAK SEDA BUNG JAGOI mereka kata seakan-akan buah nangka yang di bungkus. Saya tidak pernah ambil hati. Malah saya ketawa bersama mereka. Jika pada awal perlumbaan saya berlari, kini pula saya hanya mendaki perlahan-lahan. Saya mengatakan kepada diri sendiri, biar ketinggalan yang penting sampai di puncak. Di tengah pendakian, saya terlihat seorang lelaki tua. Dia juga mendaki perlahan-lahan dengan bantuan sebatang tongkat kayu. Saya tahu dia juga merupakan seorang peserta kerana di belakang kemejanya terlekat sehelai kain yang bertulis nombor peserta. Lelaki tua itu menyedari kehadiran saya di belakangnya dan terus bertanya siapakah nama saya. Dia juga ingin tahu siapakah nama ibubapa saya dan kampung asal saya. Orang dewasa sering bertanya soalan-soalan seperti ini apabila bertemu kanak-kanak yang mereka tidak kenal. Lelaki tua itu bertanya pelbagai soalan lagi sambil kami mendaki bersama. Bila kami tiba di sebuah pondok rehat, dia berkata kami perlu berhenti seketika. Saya 78
melihat di sebelah pondok itu ada air yang mengalir dari sebatang bambu panjang. Penduduk memanggilnya ayak. Air itu yang berpunca dari bukit sentiasa mengalir dan sesiapa sahaja yang singgah di situ boleh meminumnya. Air itu sangat bersih dan sejuk. Sambil lelaki tua itu minum air itu, dia tiba-tiba bertanya kepada saya jika saya tahu hutan itu penuh dengan rahsia. Saya kata saya tidak tahu. Dia kemudian membuka cerita ini kepada saya: “Saya pernah tinggal di kampung yang terletak di atas bukit ini. Pada usia saya sama seperti kamu, kehidupan penduduk ketika itu jauh berbeza sekali. Saya tinggal di sebuah rumah panjang bersama dengan ibubapa dan adik beradik KANAK-KANAK SEDANG saya. Jiran kami juga tinggal di MENYERTAI PERLUMBAAN ‘JAGOITHON ’ rumah panjang itu. Kami semua sangat rapat sekali dan sentiasa hidup tolong menolong diantara satu sama lain. Kami tidak mempunyai harta benda tetapi kami sangat bahagia. Bagi saya, saat yang paling bahagia ialah pada musim buah. Saya paling suka makan buah durian bersama dengan kawan-kawan. Lelaki tua itu berhenti bercakap seketika sambil menunjukkan kepada saya sebatang pokok durian yang tidak auh dari pondok rehat itu: “Kamu nampak pokok durian itu? Ia sudah ada sejak saya masih kanakkanak lagi. Malah sebelum saya lahir lagi.” 79
o n b im b i t. f e l e t n a ain deng m r e b g n a i day u h s e d B s i d a g a Pa r
Artikel 17 CRC ’Kanak-kanak berhak untuk mendapatkan maklumat menerusi media yang mereka boleh faham dan tidak memberi kesan tidak baik kepada mereka.’
80
“Apabila saya lebih dewasa, saya membantu ibubapa saya di ladang yang terletak di bawah bukit ini. Setiap pagi saya akan bangun untuk pergi ke ladang dan pulang di sebelah petang seboleh-bolehnya sebelum hari gelap. Begitulah kehidupan saya setiap hari; naik dan turun bukit ini. Dan inilah tempat saya berhenti berehat untuk minum air bila berasa dahaga. Air ini belum pernah berhenti mengalir hingga ke hari ini.” “Pada suatu petang, saya pulang lambat dari ladang. Hari sudah gelap. Ketika dalam pendakian pulang, saya merasakan sesuatu yang anih seperti ada orang yang sedang memerhatikan saya dan mengikuti saya. Bulu-bulu di belakang leher saya mula naik. Saya mula berfikir mungkin ada makluk-makluk halus bersama saya. Saya pun berlari sekuat hati.” Pada saat lelaki tua itu bercerita, saya pun mula berasa takut. Saya duduk menghampirinya. Ketika itu, hanya kami berdua sahaja. “Bila saya sampai di rumah, saya memberitahu ibu saya apa yang telah berlaku kepada saya. Dia hanya senyum sambil berkata bahawa saya tidak perlu takut kerana hutan akan mengeluarkan rahsia-rahsianya kepada sesiapa yang berhati murni dan ikhlas. Dia berkata lagi bahawa makluk-makluk halus yang tinggal di hutan bertanggungjawab untuk menjaganya dan memastikan ianya sentiasa memberi kebaikan kepada manusia yang bergantung kepadanya untuk hidup.” Lelaki tua itu sekali lagi mengambil ayak untuk di isi di dalam botol yang di simpan di dalam bakul rotan yang di pikulnya.
81
“Air ini tidak pernah berhenti mengalir kerana hutan ini di jaga. Ramai orang dari zaman dahulu hingga sekarang telah meminumnya. Dan pokok durian itu masih hidup dan menghasilkan buah untuk di makan kerana hutan ini mempunyai nyawanya sendiri. Makluk-makluk halus di hutan ini telah menjaga segala apa yang ada di sini dengan baik dan sempurna sekali. Oleh itu, manusia juga perlu menjaga dan menghormati hutan. Sesiapa yang tidak menghormatinya akan jatuh sakit. Inilah yang ibu saya telah memberitahu saya.” Tidak lama kemudian, sekumpulan peserta tiba di pondok itu dan menggesa agar kami teruskan pendakian. Lelaki tua itu dan saya pun meninggalkan pondok dan teruskan pendakian. Apabila kami sampai di kampung, acara pemberian hadiah kepada pemenang sedang berjalan. Saya dan lelaki tua itu adalah peserta yang paling akhir sekali tiba di garisan penamat. Tidak lama kemudian, wanita yang tinggal seorang diri di kampung itu datang untuk berjumpa dengan lelaki tua yang tiba bersama saya. Saya mendapat tahu bahawa ada seorang wanita muda sedang sakit 82
dengan tiba-tiba. Ada yang percaya bahawa dia telah di ganggu oleh makluk halus. Lelaki tua itu diminta untuk mengubatinya. Saya nampak bagaimana lelaki itu mengambil air and merenjis ke dahi wanita muda yang sakit itu. Dia menggunakan ayak yang diambilnya tadi. Dalam beberapa minit kemudian, wanita muda itu pulih kembali seperti biasa. Apabila lelaki tua itu mengambil bakul rotannya, dia melihat saya sambil berkata: “Sudah saya katakan ada makluk halus dalam hutan ini.” Ketika ini orang ramai yang hadir sedang pergi menuju ke Baruk. Pada masa itulah saya melihat tengkorak-tengkorak dan upacara pencucian yang saya telah ceritakan awal tadi.
Walaupun hanya 360 meter tinggi, pendakian ke puncak Bung Jagoi mengambil masa dalam 1 jam lamanya.
Kampung tradisi yang bernama Jagoi Gunong adalah kampung terawal wujud sejak tahun 1800. Majoriti penduduk yang tinggal di kawasan ini adalah dari suku kaum etnik Bidayuh, iaitu kaum etnik kedua terbesar di Sarawak selepas kaum Iban. Kampung Jagoi Gunong adalah asal usul Bidayuh Jagoi dan sekarang terdapat 11 buah kampong mengelilingi Gunung Jagoi ini dan 5 buah kampung lagi di Kalimantan, Indonesia.
83
Miku Angik dan Cucunya
Nota Lapangan dari Ik Wadel Ik Pahon
Hutan Gunung Jagoi, Bau, Kuching, Sarawak
H
ari ini ketika saya berada di Gunung Jagoi, saya terjumpa dengan Miku Angik dengan cucunya yang masih bersekolah Tahun 1. Mereka memakai pakaian lama dihiasi dengan manik-manik tradisional dan bersenjatakan parang, tombak dan sumpit. Senjata ini adalah kepunyaan Miku Angik sendiri. Pada pagi itu. Miku mengajak cucunya ke hutan untuk memperturunkan pengetahuan tradisi ini kepadanya supaya dia sentiasa akan ingat asal usulnya dan mempelajari nama senjata termasuk kegunaan dalam bahasa Bidayuh. Saya dapat perhatikan cucu Miku adalah seorang kanak-kanak yang pintar dan bersifat ingin tahu tentang budaya kaumnya. Saya diberitahu dia tidak akan menolak ajakan datuknya untuk mendaki Gunung Jagoi walaupun untuk sampai ke puncak mengambil masa satu jam. Di puncak terletak sebuah kampung tradisi kaum Bidayuh di kawasan ini. 85
Saya kagum dengan sifat cucu Miku. Saya berfikir alangkah baiknya sekiranya ramai lagi kanak-kanak komuniti kami ingin mengetahui adat dan budaya mereka. Gambar ini saya ambil ketika Miku sedang mengajar cucunya cara memegang sumpit dan menyumpit dengan cara yang betul. Jangan risau. Mereka bukannya menyumpit haiwan tetapi sekadar belajar. Kegiatan memburu tidak dibenarkan di kawasan hutan komuniti Gunung Jagoi. Tetapi pada zaman dahulu, beginilah cara komuniti di sini mencari kehidupan harian. Hutan sentiasa memberikan mereka makanan untuk dimakan, air untuk diminum dan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan ubat bila mereka jatuh sakit. Disebabkan ini, mereka menjaga hutan dan hutan pula menjaga mereka. 86
Selain itu, Miku juga mengajar cucunya memakai parang dengan cara yang betul dan selamat. Biasanya, kanak-kanak kecil tidak dibenarkan menggunakan benda-benda tajam seperti ini. Tujuan Miku adalah hanya untuk memberi tunjuk ajar betapa pentingnya parang bagi
Semasa kami berada di situ, datanglah seekor gonggok atau dalam bahasa Bidayuh, singang singung. Maka, Miku Angik pun mulalah bercerita mengenai ‘singang singung:
SINGANG SINGUNG Menurut cerita Miku Angik, singang singung adalah jelmaan semangat/roh nenek moyang yang baik yang datang unutuk memberi pemberkatan kepada seseorang jikalau dia membuat sesuatu perkara yang baik. Ia juga datang supaya kerja yang dibuat itu memberi hasil yang bernas, diberkati daripada segala keadaan yang tidak baik dan juga memberi petunjuk kepada seseorang itu. Kedatangan singang singung ini dipercayai oleh orang Bidayuh adalah sangat mulia dan memberi kebenaran dalam membuat sesuatu pekerjaan. 87
orang Bidayuh. Katanya parang adalah pensil kepada mereka seperti kanak-kanak yang menggunakannya untuk menulis di sekolah. Bagi orang Bidayuh yang masih bergantung kepada sumber hutan, tanpa parang, mereka tidak akan dapat hasil makanan, membuat sawah padi, berkebun, membuat kraftangan dan sebagainya. Jika parang berupa pensil, hutan pula adalah sekolah mereka. Miku juga mengajar cucunya beberapa jenis tumbuhan tempatan yang biasanya digunakan oleh orang Bidayuh sama ada untuk kegunaan ubatan, membuat rumah, makanan dan yang mempunyai kegunaan penting dalam kehidupan seharian. Saya amat menyanjungi Miku kerana telah memperturunkan sedikit sebanyak pengetahuan dan amalan tradisi suku Bidayuh kepada cucunya agar ianya tidak akan hilang.
88
disional
akul tra b l u ik m e m cunya MIKU dan cu suku bidayuh.
PELBAGAI BUDAYA, SATU SUARA
Inspirasi cerita-cerita dari kanak-kanak Orang Asal di Sabah & Sarawak
Buku yang pertama kali diterbitkan ini adalah menerusi satu projek yang disokong oleh UNICEF Malaysia. Projek in telah dilaksanakan di enam lokasi, tiga lokasi di Sabah and tiga lokasi di Sarawak. Lokasi- lokasi yang dipilih adalah Kampung Ampungoi di Pitas, Kampung Kiau Nuluh di Kota Belud, Kampung Bantul di Pensiangan, Ba’kelalan di Lawas, Punan Bah di Belaga dan Jagoi Gunong di Bau, Kuching. Pilihan ini dbuat berdasarkan lokasi and bahasa komuniti tersebut. Projek pelopor ini bertujuan untuk mendokumetasi cerita-cerita dan amalan-amalan serta pengetahuan tradisi Orang Asal yang berkaitan dengan kanak-kanak termasuklah perkembangan kanak-kanak di komuniti mereka tersendiri. Kebanyakan cerita, amalan dan pengetahuan tradisi Orang Asal sudah hilang ditelan arus kemodenan dan factor-faktor lain. Usaha mendokumentasi ini, dengan kerjasama golongan belia Orang Asal dan komuniti mereka masing-masing, merupakan satu titik permulaan untuk menggalakkan komuniti-komuniti untuk megekalkan Khazanah dan warisan pengetahuan mereka. Amat diharapkan juga buku-buku yang telah dihasilkan oleh mereka akan dapat dikongsi bersama dengan masyarakat umum sebagai bahan bacaan yang menarik.
Projek Kerjasama