Muslimin dan Muslimat, Qariah Taman Sri Nibong.
16 Syaaban 1435H, 14 Jun 2014
Assalamualaikum wbt. Makluman Program dan Rayuan Sumbangan di bulan Ramadhan 1435H Bersyukur ke hadrat Allah SWT. kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bertemu sekali lagi dengan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini. Sehubungan dengan itu, pihak Surau akan menganjurkan beberapa program sebelum dan sepanjang Ramadhan seperti berikut: 1. Program Penghayatan Ramadhan Tarikh & Masa: Ahad, 15 Jun 2014. Selepas Maghrib. 2. Gotong-Royong Tarikh & Masa: Ahad, 22 Jun 2014. 9.00 pagi 3. Majlis Berbuka Puasa pada setiap hari. Kurma, kuih – muih dan minuman disediakan. 4. Solat Tarawih sebanyak 8 rakaat pada setiap malam. Tazkirah pendek antara 4 rakaat tarawih akan disampaikan pada setiap hari Sabtu malam Ahad. 5. Tadarus Al-Quran bagi muslimin dan muslimat pada setiap malam. 6. Kuliah Subuh bersiri pada setiap pagi Ahad. Pengisian kuliah ini adalah Modul Penghayatan Al-Quran. 7. Moreh mengikut kawasan akan dianjurkan pada setiap hari Sabtu malam Ahad. 8. Turutan Moreh kawasan adalah seperti berikut: Tingkat/Melor/Mawar Lintang/PPJ Persiaran/Lavinia Leboh / Melati 9. Moreh Individu pada hari – hari selain hari Moreh Kawasan
Bagi sesiapa yang berminat untuk menganjurkan moreh secara individu atau berkelompok, sila hubungi Tn. Hj. Shamsul Kamal Bin Ismail di talian 0124748289. Jadual Moreh tersebut akan diletakkan di papan kenyataan surau. 10. Waktu mula solat Subuh dan Maghrib sepanjang bulan Ramadhan ini adalah seperti berikut: Subuh: 10 minit selepas masuk waktu Maghrib: 15 minit selepas masuk waktu 2. Pihak surau mengalu-alukan kehadiran tuan / puan untuk bersama-sama mengimarahkan surau dan beramal ibadah di bulan yang mulia ini. 3. Pihak surau juga ingin memohon sumbangan ikhlas tuan / puan bagi tujuan menjayakan program-program di atas, serta untuk dana pengurusan surau dan juga sumbangan kepada fakir-miskin. 4. Bersama surat ini dikepilkan borang sumbangan. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada wakil kawasan seperti yang tertera di bawah atau mana – mana AJK Surau: Kawasan
Wakil Kawasan
Alamat
Tel. Bimbit
Lintang
Hj. Ahmad Nasir Bin Ismail
8 LgBK 5
013-4336143
Persiaran
Hj. Shamsul Kamal Bin Ismail
25 PBK 4
012-4748289
Leboh / Melati
En. Azuan Bin Rusly
F-4-4 Melati Apt
019-4783307
PPJ / Lavinia
Hj. Md. Ariffin Bin Che Embee
G-1 PPJ 2
012-4546779
Tingkat
Hj. Ahmad Che Din
90 TBK 2
019-4369116
Mawar / Melor
Hj. Abd Halim Bin Musa
5-G-2 Mawar Apt
012-5131203
5. Sumbangan juga boleh dibuat secara atas talian (online) ke Akaun Surau Taman Sri Nibong. Nombor akaun adalah seperti tertera di bawah. Bagi tujuan pengeluaran resit, sila maklumkan sumbangan yang dibuat kepada wakil kawasan secara atas talian di https://musollatamansrinibong.wordpress.com/muat-turun/ atau sms (nama penuh, alamat, jenis sumbangan dan jumlah) atau dengan menggunakan borang sumbangan yang dilampirkan. Nombor Akaun Surau Taman Sri Nibong: 0702-0002339-71-3 Nama Bank: Bank Muamalat Malaysia Berhad
6. Semoga sumbangan dan ke-prihatinan tuan / puan ke arah mengimarahkan surau sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak 1435H ini diberkati Allah SWT. 7. Bersama – sama dengan surat ini juga dikepilkan borang soal – selidik ahli Qariah Surau Taman Sri Nibong bagi mengenalpasti taburan penduduk muslim di taman ini dan sekitarnya. Tujuan pengumpulan maklumat ini adalah supaya pihak surau dapat merancang aktiviti, membuat hebahan dan menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti surau serta majlis yang dianjurkan oleh penduduk taman seperti kenduri – kendara dan lain – lain termasuk hebahan maklumat sekiranya berlaku kematian atau musibah di kalangan penduduk taman dan sekitarnya. Ia juga bertujuan untuk menguruskan hal ehwal berkaitan dengan maslahah dan kepentingan penduduk muslim taman ini. Setelah diisi, borang ini boleh dikembalikan kepada wakil kawasan atau mana mana ahli jawatankuasa pengurusan surau. Ianya juga boleh diisi secara atas talian (online) di https://musollatamansrinibong.wordpress.com/muat-turun/
Sekian, Terima Kasih. Yang Benar, Dato' Prof. Ir. Dr. Mahyuddin Bin Ramli Pengerusi, Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong.
Borang Sumbangan Pada Bulan Ramadhan 1435H Kepada:
Tarikh:
Bendahari, Jawatankuasa Pengurusan Surau Taman Sri Nibong Saya di alamat
ingin menyumbang sebanyak RM
bagi tujuan berikut:
Jenis Sumbangan
Jumlah
Program-Program di bulan Ramadhan Dana Pengurusan Surau Lain – lain (Sila Nyatakan):
(seperti kepada fakir-miskin, zakat pendapatan, dll)
Jumlah Besar Sumbangan di buat secara: Tunai Cheque
Online (No Akaun: 0702-0002339-71-3)
Sekian, Terima Kasih. Yang benar,
Nota: Sumbangan menggunakan cheque boleh dibuat di atas nama “Pengurusan Musolla Taman Sri Nibong”.
BORANG SOAL SELIDIK AHLI QARIAH SURAU TAMAN SRI NIBONG Nama: Nombor Telefon/HP: Alamat Email (Jika ada): Nombor Rumah: Nama Jalan: (sila tandakan dan isikan nombor jalan contohnya Jalan Bukit Kecil _1_ ) Jalan Bukit Kecil ____
Persiaran Bukit Kecil ____
Lebuh Bukit Kecil ____
Lintang Bukit Kecil ____
Tingkat Bukit Kecil ____
Lavinia Apartments
Mawar Apartments
Melati Apartments
PPJ
Melor
Kampung Bukit Kecil
Lain-lain, sila nyatakan __________________________
Senarai Ahli Keluarga: No. Nama 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
Hubungan
Saya bersetuju untuk menyertai kumpulan whatsapp/telegram Qariah Taman Sri Nibong sekiranya ia diadakan. Sila lawati https://musollatamansrinibong.wordpress.com/muat-turun/ untuk mengisi borang ini secara atas talian (online).