Sekolah Kebangsaan Guar Nangka
Pentadbiran 2013
MINIT MESYUARAT GURU KALI KEDUA SESI PERSEKOLAHAN 2013 Tarikh Masa Tempat Kehadiran
: 25 Mac 2013 ( Jumaat ) : 3.00 petang : Bilik Mesyuarat SKGN : 1. Pn. Noorizah Bt. Shuid (Guru Besar) 2. Pn. Dalila Bt. Awang (GPK Pentadbiran) 3. En. Osman B. Omar (GPK HEM) 4. En. Chatri a/l Sing (GPK KoKurikulum) 5. Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman 6. Athiyah binti Shuid 7. Azizah binti Hasan 8. Hartina binti Rosdi 9. Hasnah binti Wahab 10. Hasniyanti binti Mohd. Hanafiah 11. Hayati binti Yahaya 12. Jamalulhaslina binti Fuad 13. Mohammad Sofi bin Hassan 14. Muhammad Ridzuan bin Hj Ismail 15. Norliza binti Kadir 16. Nur Nasihah binti Abdullah 17. Ramlee bin Hussain 18. Rohisyam bin Abidin 19. Rosli bin Hassan 20. Salihah binti Abd Kadir 21. Sharizah binti Abdullah 22. Siti @ Lebar binti Rejab 23. Suraiza binti Abdullah 24. Suriany binti Idris 25. Wan Hayazi binti Wan Abdullah 26. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe 27. Yusrizal bin Yusoff 28. Sopiah binti Omar
Tidak Hadir
: 1. 2. 3. 4. 5.
Isa B. Mat Noreiza Bt. Seron Juniza Bt. Hashim Nur Adila Bt. Mohd Fadzli Fauziah binti Musa
- Maklum - Cuti Sakit - Maklum - Maklum - Cuti bersalin
1
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka
Pentadbiran 2013
1. Ucapan Pengerusi 1.1.
Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat kali kedua bagi sesi persekolahan 2013.
1.2.
Mesyuarat kali ini adalah sebagai satu penggera untuk guru bertindak bagi merancang aktiviti atau program yang akan dilakukan selepas cuti persekolahan.
1.3.
Menyampaikan ucapan salam dan tahniah dari Pn. Jamilah Bt. Talib (Nazir Persekutuan) diatas kejayaan sekolah sebagai penerima anugerah Bai’ah tahun 2012. Tindakan : Makluman
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu 2.1.
Setiausaha membentangkan minit mesyuarat lalu. Cadangan : Pn. Norliza Binti Kadir Sokongan : Pn. Sharizah Binti Abdullah
3. Perkara Berbangkit 3.1.
Kehadiran guru sehingga kini adalah baik dan memuaskan.
3.2.
Borang keluar dari kawasan sekolah adalah dari Jabatan Perkhidmatan Awam dan mematuhi pekeliling yang telah ditetapkan.
3.3.
Penerima RMT terkini adalah seramai 55 orang.
3.4.
AJK Makanan perlu main peranan lebih aktif untuk memantau makanan yang dijual di kantin sekolah.
3.5.
Pakaian juru jual dan pengusaha kantin mestilah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
3.6.
Waktu makan RMT akan diubah sekiranya kehadiran murid RMT pada awal pagi adalah tidak memuaskan.
3.7.
Program Susu Sekolah akan bermula pada awal April.
4. Pengurusan Pentadbiran 4.1.
Mengingatkan semua guru supaya mengambil serius terhadap kehadiran ke program atau aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Perlis. Bagi 2
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka
Pentadbiran 2013
memudahkan pihak pengurusan, guru hendaklah memaklumkan kepada pihak urusetia program lebih awal sekiranya tidak dapat menghadirkan diri ke program tersebut. 4.2.
Surat tunjuk sebab mestilah melalui Guru Besar.
4.3.
Memaklumkan secara rasminya bahawa Sekolah Kebangsaan Guar Nangka telah berjaya menerima anugerah Bai’ah 2012 (Lonjakan Saujana).
4.4.
Berharap agar semua persediaan serta dokumentasi yang telah dilakukan semasa proses penyediaan Bai’ah akan diteruskan dan sentiasa dikemaskini secara teratur.
4.5.
Memaklumkan bahawa Mesyuarat Badan Kebajikan Staf akan diadakan selepas cuti persekolahan. Tindakan : Makluman
4.6.
Buku Rekod atau fail Rancangan Pengajaran Harian perlu ditinggalkan di sekolah untuk disemak oleh pihak pentadbiran. Tindakan : Semua guru
4.7.
Buku kerja tambahan murid perlulah digunakan bersama-sama proses P&P.
4.8.
Memaklumkan bahawa mesyuarat pengurusan asrama kali-1 telah dijalankan. Sehubungan itu, jadual asrama akan dikeluarkan kepada semua guru untuk bergilirgilir pada waktu malam bagi mengawasi murid yang berada di asrama. Tindakan : GPK HEM
4.9.
Memaklumkan seramai 5 orang guru praktikum akan berada di sekolah selama seminggu selepas cuti persekolahan. Tindakan : Makluman
5. Pengurusan Kurikulum 5.1.
Markah Ujian 1 (Mac) 2013 hendaklah dimasukkan ke dalam SAPS.
5.2.
Analisa item perlu dilakukan untuk mengenalpasti kelemahan murid. Tindakan : Guru matapelajaran
5.3.
Guru kelas perlu daftar murid baru dalam sistem APDM.
5.4.
Slip keputusan hendaklah ditampalkan di dalam buku pelaporan. Tindakan : Guru Kelas 3
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka
5.5.
Pentadbiran 2013
Slip keputusan Ujian 1 perlu dicetak dan dibuat analisa. Tindakan : SUP
5.6.
Panitia matapelajaran perlu membuat mesyuarat postmortem setiap kali selepas ujian atau peperiksaan berlangsung. Tindakan : Ketua Panitia
5.7.
Pencerapan yang dilakukan sehingga bulan Mac akan dihantar sebelum 8 April.
5.8.
Rekodkan kehadiran guru di dalam buku Rekod Kehadiran Kursus setiap menghadiri kursus serta masukkan dalam eSPLG.
5.9.
Kelas tambahan Tahun 6 akan bermula pada 25 - 28 Mac 2013 (Isnin - Khamis). Kelas tambahan Tahun 5 hanya untuk kelas 5C.
5.10.
Makanan akan dijual di dalam kawasan sekolah sepanjang aktiviti kelas tambahan berlangsung.
5.11.
Program Pecut UPSR akan bermula pada bulan April 2013.
5.12.
Surat siaran eTukar telah dikeluarkan. Guru yang mengisi online perlu maklum kepada guru besar untuk pengesahan. Tindakan : Makluman
6. Pengurusan Hal Ehwal Murid 6.1.
Taklimat Pendidikan wajib.
6.2.
Pendaftaran murid ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2014 akan berakhir pada 30.4.2013.
6.3.
Perlantikan Jawatankuasa Perlaksanaan Anti Ponteng
6.4.
Laporan unit aktiviti HEM yang telah berlansung sehingga Mac 2013. Tindakan : Makluman
6.5.
Kehadiran murid, pendapatan isi rumah perlu dikemaskini di dalam APDM. Tindakan: Guru Kelas
6.6.
Program 5 minit PPDa akan diadakan pada hari Selasa hingga Jumaat selepas Program Penghayatan Nilai Murni. Tindakan : Guru bertugas mingguan
4
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka
Pentadbiran 2013
7. Pengurusan Kokurikulum 7.1.
Kemaskini maklumat eOperasi seperti dalam edaran.
7.2.
Memaklumkan surat siaran Kejohanan Balapan Dan Padang dari MSSP.
7.3.
Kejohanan Balapan Dan Padang SK Guar Nangka akan diadakan pada bulan Julai 2013.
7.4.
Memaklumkan peruntukan masa yang perlu dihadiri oleh murid Tahun 3 hingga Tahun 6 untuk menghadiri aktiviti KoKurikulum.( MMI KoKurikulum).
7.5.
Perkhemahan RIMUP akan bermula selepas cuti sekolah. Tuan rumah adalah SK Tengku Budriah.
8. Hal-Hal Lain 8.1.
Pn. Azizah memaklumkan kepada semua guru PBS supaya mendaftar murid kelas masing-masing dan memasukkan keputusan yang telah dicapai oleh murid.
8.2.
Pn. Sharizah mengingati guru matapelajaran teras agar menyerahkan satu salinan JSU kepada beliau dan Ketua Panitia.
Minit mensyuarat ini ditangguhkan pada jam 5.45 petang.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
…………………………………
………………………………… ….
(HARTINA BINTI ROSDI)
(NOORIZAH BINTI SHUID)
Setiausaha Pentadbiran,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka.
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka.
5