SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA 02500 MATA AYER, PERLIS Minit Mesyuarat Guru Kali Ketiga Tahun 2014
Tarikh Jam Mula Tempat Pengerusi
: 19 Ogos 2014 ( Selasa ) : 12.15 Tengahari : Bilik Mesyuarat SKGN : Pn. Dalila binti Awang Guru Besar
Kehadiran : 1. Pn. Dalila binti Awang (Guru Besar) 2. En. Nadzmi bin Mahyuddin (Penolong Kanan HEM) 3. En. Chatri a/l Sing (Penolong Kanan KoKurikulum) 4. Pn. Athiyah binti Shuid 5. Pn. Juniza binti Hashim 6. En. Ramlee bin Hussain 7. En. Rohisyam bin Abidin 8. En. Muhammad Ridzuan bin Hj Ismail 9. Pn. Salihah binti Abd Kadir 10. En. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe 11. Pn. Azizah binti Hasan 12. Pn. Fauziah binti Musa 13. Pn. Hasnah binti Wahab 14. Pn. Hasniyanti binti Mohd. Hanafiah 15. En. Mohammad Sofi bin Hassan 16. Pn. Norliza binti Kadir 17. Pn. Siti @ Lebar binti Rejab 18. Cik Suraiza binti Abdullah 19. Pn. Suriany binti Idris 20. Pn. Wan Hayazi binti Wan Abdullah 21. En. Yusrizal bin Yusoff 22. Pn. Hisnawati binti Che Ishak 23. Cik. Noormila Fairus binti Bahari 24. Pn. Azlina binti Ramli 25. En. Baharin bin Md Zain 26. Pn. Idah binti Mohd Isa 27. Pn. Nor Aidazura binti Shafiee 28. Pn. Roshaniza binti Othman
1
Tidak Hadir Bersebab : 1. Pn. Nur Adila binti Mohd Fadzil (Cuti bersalin) 2. Pn Maslina binti Kamaludin (Tidak sihat) 3. Pn. Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman (Kursus) 4. Pn. Jamalulhaslina binti Fuad (Kelas tambahan) 5. En. Isa bin Mat (Tidak hadir tanpa sebab) 6. Pn. Sharizah binti Abdullah (Kelas tambahan) 7. Pn. Ruzaini binti Ismail (Kursus) 8. Pn. Hartina binti Rosdi (Bapa mertua sakit)
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1.
Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru-guru dan staf ke mesyuarat kali ketiga.
1.2.
Mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan aktiviti atau pogram peringkat jabatan atau sekolah yang perlu diambil tindakan segera.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL 1 TAHUN 2014 2.1. Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh En Mohammad Sofi bin Hassan dan disokong oleh Pn Hasnah binti Wahab.
3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 3.3, Guru Besar memaklumkan tentang isu bayaran untuk menggunakan dana 1MDB telah selesai. Pembayaran penggunaan fotostat bagi tahun 2013 telah selesai dibuat menggunakan dana 1MDB. 3.2 3.1, Guru Besar memaklumkan bahawa mesin fotostat telah ditarik balik. Guruguru yang ingin fotostat bahan-bahan boleh memohon bantuan En Din. Penggunaan reso untuk bilangan yang banyak dan mesin fotostat untuk bilangan yang sedikit. 3.3 7.3, Guru Besar memaklumkan bahawa pencalonan SK Guar Nangka sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan telah dibentangkan di peringkat KPM. Oleh itu semua guru perlu bekerjasama dan memfokuskan kepada aktiviti kebitaraan dan perlu dilaksanakan sepanjang tahun. 3.4 7.7, Guru Besar memaklumkan bahawa pembantu pengurusan murid asrama iaitu Pn Idah telah merangkap sebagai warden asrama. JPN memaklumkan Jawatan PPM masih tiada dan belum dapat diisi.
2
4.0 PROGRAM KEPONG UPSR 2014 4.1. Program ini akan dilaksanakan khusus untuk murid-murid tahun 6 dan guru-guru tahun 6 bermula pada 25 ogos 2014 – 5 september 2014. 4.2
Sasaran utama ialah 25 orang murid yang tidak tinggal di asrama. Kelas akan dilaksanakan bermula jam 7.40 pagi – 5.30 petang dan akan bersambung semula dengan kelas tambahan pada sebelah malam sehingga pukul 10.00 malam.
4.3
8 orang guru tahun 6 terlibat bagi 4 subjek. 31 orang guru-guru lain akan membantu jadual guru tahun 6 ini bagi matapelajaran elektif dan separuh teras kelas-kelas lain.
4.4
Pengendalian solat akan dikendalikan oleh panitia agama. Pengendalian makan murid dikendalikan oleh guru-guru lain.
4.5
Kawalan murid-murid asrama oleh penyelia dan kawalan murid yang tidak tinggal di asrama oleh guru-guru lain.
4.6
Makan dan minum semasa program akan ditanggung oleh sekolah menggunakan wang 1MDB. MAKLUMAN
5.0 PROGRAM KEMERDEKAAN 5.1. Program ini perlu dilaksanakan bermula 1 Ogos hingga 16 September 2014 di peringkat sekolah. 5.2
Program ini akan dilaksanakan di bawah panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Pn Azizah binti Hasan dilantik sebagai setiausaha program tersebut.
5.3
Pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah akan diadakan pada 23.8.2014.
5.4
Makluman tentang Program Sambutan kayuhan Merdeka oleh murid-murid dan guru-guru dari Sk Chuping pada 27.8.2014.
5.5
Guru Besar mencadangkan untuk menghasilkan replika merdeka. Penilaian bermula dari 25.8.2014. hingga 12.9.2014.
5.6
Untuk kecerian sekolah dan kelas, guru-guru boleh membuat nota minta untuk membeli barang-barang.
5.7
Guru besar mencadangkan aktiviti gotong royong sarana ibu bapa untuk keceriaan sekolah sempena kemerdekaan pada 23.8.2014.
Tindakan :SEMUA GURU, GURU KELAS
3
6.0 PROGRAM PECUT SK SENA 6.1 Program ini dikelolakan sepenuhnya oleh SK Sena dan akan dilaksanakan pada 22 Ogos 2014 hingga 24 Ogos 2014 khusus untuk murid-murid tahuan 6 sahaja. 6.2 Seramai 53 orang murid dari SK Sena akan terlibat dan 25 orang murid dari SK Guar Nangka. 6.3 SK Guar Nangka menyediakan tempat iaitu Asrama dan Dewan. Makanan akan ditanggung sepenuhnya oleh Sk Sena. 6.4 Jadual tugas akan dibuat untuk semua guru SKGN bagi setiap aktiviti dan kawalan murid sepanjang aktiviti dilaksanakan. MAKLUMAN 7.0 PROGRAM IPGM PULAU PINANG 7.1 Program ini akan dilaksanakan oleh guru-guru pelatih IPGM (TESL) seramai 63 orang. Program akan dijalankan pada 27.8.2014 bermula dari 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari khusus untuk murid tahun 4 dan 5 sahaja. 7.2 Program ini akan melibatkan semua guru Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Inggeris. 7.3 Sambutan akan dibuat untuk meraikan kedatangan guru-guru pelatih IPGM ini bermula dari pagar hingga ke foyer melibatkan murid prasekolah, tahun 1,2 dan 3.
MAKLUMAN 8.0 HAL-HAL LAIN Guru Besar 8.1 Memaklumkan bahawa JPN mencalonkan SK Guar Nangka untuk Pertandingan Imarah Surau yang akan dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam dan J-Qaf. Guru-guru lain juga akan dilibatkan dibawah jawatankuasa. 8.2 Duit peruntukan dibekalkan sebanyak RM 4200 bagi pertandingan tersebut. Selain daripada itu peruntukan lebihan program hari raya juga boleh digunakan bagi aktiviti keceriaan surau tersebut. 8.3 Memaklumkan tentang Pertandingan Projek Inovasi dibawah kelab dan persatuan. Pertandingan ini bermula dari Feb 2014 hingga Julai 2015. Peruntukkan yang diberi adalah sebanyak RM450. 8.4 Guru besar memaklumkan tentang saringan LINUS yang akan bermula pada 1.9.2014.
4
8.5 Makluman tentang program Protim yang akan berakhir pada 31 Ogos 2014 bagi murid tahun 4 dan 5. (Matematik dan Bahasa Melayu). 8.6 Memaklumkan tentang Aku Janji atau Dashboard Sekolah yang mensasarkan tentang hala tuju sekolah. Ia meliputi TOV 2013-2016 (Access, Quality dan Equity) yang perlu dipamerkan untuk sekolah dan komuniti luar. 8.7 Guru besar mengingatkan guru-guru bahawa 2 minggu selepas peperiksaan guru-guru perlu segera membuat markah pelaporan. 8.8 Makluman tentang aktiviti penataran PPIM yang perlu dilaksanakan di semua sekolah bermula Julai – Disember. Antara aktiviti ialah Video pendek (pdp menggunakan kolaboratif/koperatif), menulis rencana (2000 patah perkataan) dan melukis poster. 8.9 Makluman tentang Pasca Protim yang perlu dihantar rumusan ke JPN sebelum 30 Ogos 2014. 8.10 Makluman tentang persekolahan berganti untuk cuti sempena hari Deepavali yang akan dilaksanakan pada 23 Ogos 2014. MAKLUMAN
PK1 – En. Chatri A/L Sing 8.8 Makluman tentang Program Kepong yang melibatkan 8 orang guru iaitu Pn. Athiyah, Pn. Sharizah, Pn. Jamalulhaslina, Pn Noorliza, Pn Ruzaini, Pn Hartina, Pn Juniza dan Cik suraiza. 8.9 Cik Suraiza akan menggantikan En Ramlee dalam subjek matematik kerana En Ramlee akan menunaikan Haji. MAKLUMAN
PK HEM – En Nadzmi bin Mahyuddin 8.10 Makluman tentang pengisian borang Pelaksanaan Program Sekolah Selamat yang perlu dihantar ke JPN sebelum 22.8.2014. 8.11 Peringatan kepada guru-guru supaya membuat laporan setiap aktiviti yang telah dilaksanakan dan diserahkan kepada pentadbiran untuk dokumentasi. 8.12 Memaklumkan tentang aktiviti Qurban Perdana yang akan dilaksanakan bersamasama ibu bapa. Qurban 7 tompok ini dibuka kepada guru dan ibubapa. Setiap individu boleh sertai Qurban untuk tompok atau sumbangan masak. Sumbangan boleh dibuat bermula pada 19 Ogos 2014 hingga 20 September 2014 kepada En Rohisyam atau Pn Hasnah. 5
8.13 Pn Norliza memaklumkan kepada guru-guru yang berminat untuk mendengar taklimat Teknik Menjawab Soalan KBAT pada 20 Ogos 2014 jan 1.30 petang. 8.14 Pn Azizah memaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah memuat naik Modul Perekodan mulai 24 April 2014 untuk kegunaan guru-guru merekod perkembangan dan pencapaian murid dalam Pentakiran Sekolah. MAKLUMAN
Mesyuarat ditangguhkan: 03.20 Petang Disediakan oleh:
Minit ini dicatat oleh:
Penolong SetiausahaPentadbiran,
Pn. Wan Hayazi bt Wan Abdullah
Sekolah Kebangsaan Guar Nangka.
Penolong Setiausaha Pentadbiran.
6