Satu khidmat pendidikan yang dibawakan kepada anda oleh Kumpulan Kerja Angin Ahmar NHG
Sebuah Buku Pendidikan untuk
Memahami Angin Ahmar
Untuk maklumat lanjut, sila layari lelaman: www.nhg.com.sg
Menambahkan usia Sihat kepada penduduk Singapura Anggota-Anggota National Healthcare Group Hospital Alexandra • Hospital Universiti Nasional Hospital Tan Tock Seng • Institut Kesihatan Mental/Hospital Woodbridge Pusat Perubatan Antarabangsa Johns Hopkins – NUH Institut Kebangsaan Neuroscience • Pusat Kulit Nasional Poliklinik Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional • Institut Barah Institut Mata • Institut Jantung • Maktab NHG • Diagnostik NHG Farmasi NHG • Perkhidmatan Internet NetCare
Kumpulan Kerja Angin Ahmar NHG
6 Commonwealth Lane, Tingkat 6, GMTI Building, Singapura 149547 Tel: 6471 8900 Fax: 6471 2129
National Healthcare Group Adding years of healthy life
Sebuah Buku Pendidikan untuk Memahami Angin Ahmar
1
Pendahuluan
1
Pendahuluan
2
Apa itu angin ahmar?
3
Ujian-ujian apakah yang akan dilakukan?
Angin ahmar adalah penyebab utama kematian yang keempat di Singapura, dan penyebab kecacatan yang paling utama. Beribu rakyat Singapura dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana angin ahmar atau kerumitannya. Walaupun angin ahmar kebanyakannya menyerang orang-orang tua, orang muda juga boleh diserang angin ahmar. Apakah yang boleh anda lakukan jika anda atau ahli keluarga anda diserang angin ahmar? Mulakan dengan memahami apa itu angin ahmar, rawatan bagaimana yang boleh didapati dan pelajari apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah satu lagi serangan. Fungsi motor Fungsi deria
4
Rawatan-rawatan apa yang boleh didapati?
5
Penyusulan
6
Apakah peluang untuk penyembuhan?
Pinggul Kemahiran tangan Batang Kaki tubuh Batang tubuh Leher Lengan Lengan Tangan Jemari
Bolehkan angin ahmar menyerang kembali?
Bahasa
Muka Tangan Muka
Percakapan
Pendengaran
7
Bolehkan serangan angin ahmar dicegah?
Deria hidu
Penglihatan Perasaan
8
Adakan kumpulan sokongan serangan angin ahmar di Singapura?
Postur, Imbangan, Koordinasi
Ke mana boleh anda pergi untuk mendapatkan maklumat?
Fungsi-Fungsi Otak
2
Sebuah Buku Pendidikan untuk Memahami Angin Ahmar
Sebuah Buku Pendidikan untuk Memahami Angin Ahmar
Ujian-ujian apakah yang akan dilakukan?
Apa itu angin ahmar? Angin ahmar berlaku bila sebahagian daripada otak menjadi rosak kerana kekurangan bekalan darah. Bekalan darah ke otak dibawa oleh saluran darah yang dipanggil arteri. Arteri boleh tersumbat, menyebabkan angin ahmar “ischaemic” atau “infarct”, atau ia boleh pecah, menyebabkan “angin ahmar pendarahan” atau “pendarahan otak”. Infarct lebih lazim berlaku berbanding pendarahan. Tanda-tanda yang anda alami akan bergantung kepada bahagian mana otak yang rosak, dan berapa besar kawasan yang rosak itu. “Transient ischaemic attack” (TIA) atau “angin ahmar kecilan” berlaku di mana tanda-tanda serangan angin ahmar akan hilang sepenuhnya di dalam 24 jam.
arteri anterior serebrum
Setelah doktor bercakap dengan anda dan memeriksa anda, anda mungkin dinasihatkan untuk dimasukkan ke hospital. Beberapa ujian mungkin dilakukan. Ia merangkumi: Imbas otak – selalunya imbasan CT (computerised tomography) akan dilakukan. Kadangkala imbasan MRI (magnetic resonant imaging) perlu dilakukan. Imbasan-imbasan ini diperlukan untuk membantu doktor mengesahkan jenis angin ahmar dan di manakah kerosakan di otak. Imbasan CT Angin Ahmar Haemorrhagic
Ujian-ujian darah – ini adalah untuk mengesan penyakit-penyakit dasar seperti darah tinggi, kencing manis, ketinggian kadar kolesterol darah, kecenderungan untuk pendarahan, yang merupakan faktor risiko untuk angin ahmar. Dengan mengesan penyakit-penyakit ini, faktor-faktor risiko boleh dirawat dan dikawal.
arteri anterior perhubungan
arteri posterior perhubungan
arteri serebrum tengah
parteri posterior serebrum
3
arteri ophthalmic
arteri basilar
Imbasan CT Angin Ahmar Ischaemic
arteri karotid luaran arteri karotid dalaman
arteri anterior tulang belakang
arteri karotid kongsian
arteri vertebra arteri karotid kongsian
arteri vertebra
arteri subklavian arteri subklavian batang tubuh brachiocephalic
Gambaran Gema Magnetik (MRI)
Peredaran otak
X ray dada, elektrokardiogram (ECG) – ini akan memberikan maklumat tentang penyakit jantung, termasuk serangan jantung yang pernah dihadapi atau degup jantung yang tidak teratur yang juga merupakan faktor risiko untuk angin ahmar. Kajian-kajian ultrasound – ultrasound carotid, transcranial Doppler dan echocardiogram menggunakan gelombang ultrasound untuk memeriksa saluran-saluran darah leher, tengkorak dan jantung. Ujian-ujian ini dilakukan untuk mencari ketidaknormalan dalam saluransaluran ini yang mungkin menyumbang kepada serangan angin ahmar.
4
Sebuah Buku Pendidikan untuk Memahami Angin Ahmar
Angiogram – dalam ujian ini, sebuah tiub kecil dimasukkan ke dalam kelengkang melalui saluran darah sehingga ke otak. Sejenis pewarna yang disuntik memberi maklumat tentang di mana dan bagaimana teruk kesumbatan di saluran darah itu, atau di mana pendarahan berlaku.
Sebuah Buku Pendidikan untuk Memahami Angin Ahmar
perubatan “antiplatelet” dan “anticoagulant” boleh mengurangkan risiko dari angin ahmar untuk menyerang lagi. Peranan perubatan lain, “clot-busters” dan “brain protectants” masih dikaji. Selalu makan ubat menurut aturan
Pembedahan – Jika berlaku pengecilan teruk di dalam arteri leher mengakibatkan kepada serangan angin ahmar kecilan atau TIA, pembedahan untuk membuang pengecilan itu (carotid endarterectomy) boleh mengurangkan risiko satu lagi serangan angin ahmar. Rawatan-rawatan pembedahan lain seperti angioplasty atau stenting mungkin juga berguna ataupun tidak.
Rawatan-rawatan apa yang boleh didapati? Angiogram
Simpanan lemak
Pengawasan – Semasa di hospital, keadaan anda akan diawas dengan rapi – kira-kira 20% keadaan pesakit akan bertambah teruk dalam beberapa jam hingga hari-hari seterusnya setelah permulaan serangan angin ahmar. Kadar tekanan darah, gula darah dan kolesterol yang amat tinggi harus diturunkan dengan kawalan pemakanan dan juga perubatan. Mereka yang tidak boleh menelan makanan dan air dengan selamat mungkin harus diberikan makanan melalui tiub yang menerusi hidung. Pemulihan – Pemulihan adalah proses yang bertujuan untuk mendapatkan pesakit supaya berdikari dalam aktiviti sehariannya. Ini bermula secepat mungkin menerusi terapi fizikal, okupasional dan penuturan.
5
1. Bahagian tersumbat arteri karotid
2. Wabak dikeluarkan dari arteri
Perubatan – Dengan serangan angin ahmar ischaemic, penggunaan”blood thinners” seperti
Angin ahmar pendarahan berlaku disebabkan oleh, saluran darah yang pecah kerana dinding yang lemah yang mengakibatkan ia mengembang (aneurysm), atau “arteriovenous malformation (AVM)” yang merupakan ketidaknormalan dalam struktur saluran darah. Dalam kes-kes sebegini, aneurysm boleh dibuang melalui pembedahan, atau kadangkala disumbat dengan gelung-gelung yang dimasukkan secara khas. AVM boleh dirawat dengan pembedahan, penyuntikan sejenis gam yang istimewa atau kadangkala radiasi pisau-gamma. Cecair didalam otak mungkin akan bertambah kerana pendarahan, dan perlu dialirkan dengan bantuan sebuah tiub yang dimasukkan ke dalam otak.
Penyusulan
3. Arteri yang bersih dijahit tutup Ultrasound karotid
Endarterectomy Karotid
Setelah keluar dari hospital, anda mesti teruskan dengan pemulihan dan senaman, dan berjumpa dengan doktor secara tetap supaya sebarang perubahan pada keadaan anda boleh diawasi.
6
Sebuah Buku Pendidikan untuk Memahami Angin Ahmar
Apakah peluang untuk penyembuhan? Sembuh daripada serangan angin ahmar adalah proses yang semulajadi. Kajian menunjukkan bahawa sepertiga daripada pesakit angin ahmar akan sembuh sepenuhnya, sepertiga tidak akan sembuh sepenuhnya, dan sepertiga lagi tidak akan sembuh sama sekali. Kira-kira 10 hingga 20% meninggal setelah serangan angin ahmar. Walaupun tiada perubatan yang boleh mengubati angin ahmar, banyak yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kecacatan yang diakibatkan serangan angin ahmar, dan untuk mengurangkan kemungkinan diserang lagi.
Sebuah Buku Pendidikan untuk Memahami Angin Ahmar
Kelemahan pada sebelah bahagian muka, tangan, kaki
Kehilangan imbangan atau koordinasi
Kekebasan pada sebelah bahagian muka, tangan, kaki
Kehilangan upaya pemandangan Pemandangan yang berkembar
Penuturan yang tidak jelas atau kehilangan upaya untuk bertutur
Fisioterapis membantu seorang pesakit menjalani pemulihan
Kehilangan kesedaran ataupun koma
Tanda-tanda angin ahmar
dimulakan secepat mungkin. Jadi, jika anda mengalami tanda berikut, bergegaslah ke hospital yang berdekatan.
Mengawasi kadar tekanan darah
Terdapat kemungkinan 5 hingga 15% untuk angin ahmar menyerang kembali. Untuk mengurangkan kemungkinan angin ahmar menyerang kembali, ambil kesemua perubatan dengan betul, dan jumpa doktor anda secara tetap. Tiada jaminan bahawa angin ahmar tidak akan menyerang kembali, tetapi kemungkinan ini boleh dikurangkan dengan rawatan yang betul. Adalah penting untuk anda berjumpa dengan doktor atau pergi ke hospital dengan secepat mungkin, jika anda mengalami tanda-tanda serangan angin ahmar lagi. Rawatan perlu
Sakit kepala yang paling teruk yang pernah anda alami
Kepeningan dengan salah satu tanda yang tersebut di atas
Penyembuhan mengambil masa – kebanyakannya berlaku dalam 3 hingga 6 bulan pertama, tetapi mungkin berterusan sehingga 2 tahun atau lebih. Jadi, jangan putus harapan jika serangan angin ahmar itu seakan lebih teruk pada permulaannya. Teruskan dengan pemulihan di bawah pengawasan doktor anda.
Bolehkan angin ahmar menyerang kembali?
7
Jangan tunggu sehingga tanda-tanda ini beransur pergi. Beritahu kaum keluarga atau orang-orang di sekeliling anda supaya mereka tahu apa yang harus dilakukan jika anda mengalami tanda-tanda ini, terutamanya jika anda hilang kesedaran. Doktor akan dapat menasihati anda jika anda sedang diserang angin ahmar lagi atau sebarang penyakit lain.
Bolehkan serangan angin ahmar dicegah?
Berhenti merokok
Serangan angin ahmar boleh dicegah dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Jumpa doktor keluarga anda secara tetap untuk membolehkan pengesanan awal tekanan darah tinggi, kencing manis, tinggi kadar kolesterol darah dan penyakit-penyakit jantung. Jika perubatan diberikan, ambil ia secara tetap –
8
Sebuah Buku Pendidikan untuk Memahami Angin Ahmar
jangan berhenti kecuali dinasihatkan doktor untuk berbuat demikian. Berhenti merokok. Kurangkan kadar alkohol yang anda ambil. Jika anda pernah diserang angin ahmar, dan telah diberikan perubatan untuk mencegah satu lagi serangan, ambil ia secara tetap seperti yang dinasihati doktor anda.
Adakan kumpulan sokongan serangan angin ahmar di Singapura?
Pendekatan berpasukan pelbagai disiplin terhadap penjagaan pesakit
Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Singapura ditubuhkan pada 1996 untuk kemanfaatan pesakit angin ahmar dan penjaga. Ia telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan program. Ia memberikan sokongan dan membina sokongan masyarakat untuk pesakit angin ahmar dan keluarga mereka. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang angin ahmar di antara masyarakat umum. Anda boleh menghubungi persatuan ini di talian: 6358 4138. Lelaman web: www.snsa.org.sg
Untuk maklumat lanjut Harap hubungi:
Nama Doktor
Tel
Nama Jururawat
Tel
Nama Pengurus Kes/Penjagaan
Ke mana boleh anda pergi untuk mendapatkan maklumat? Dapatkan doktor keluarga anda jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai angin ahmar, dan apa yang boleh anda lakukan untuk mencegahnya atau untuk menangani angin ahmar. Pengurus kes anda atau jururawat angin ahmar anda juga boleh memberikan anda maklumat yang lebih terperinci. Layari lelaman web National Healthcare Group di www.nhg.com.sg Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang angin ahmar dan amalan-amalan kehidupan sihat dari lelaman web Badan Penggalak Kesihatan: www.healthylife.org.sg atau kunjungi Pusat Maklumat Kesihatan di tingkat 3 bangunan Badan Penggalak Kesihatan di Second Hospital Avenue (berhadapan MRT Outram).
Tel
NOTA Buku ini diterbitkan untuk tujuan pendidikan sahaja. Sebab keadaan kesihatan setiap orang begitu untik, anda tidak harus menjadikan maklumat yang terkandung dalam buku ini sebagai ganti kepada pemeriksaan kesihatan, diagnosis atau rawatan peribadi anda. Sekiranya anda prihatin terhadap kesihatan anda, harap hubungi doktor keluarga atau keluarga atau karyawan penjagaan kesihatan dengan segera. Sikap teliti dan berhati-hati telah diamalkan dalam menghasilkan buku ini tetapi NHG, agensi-agensi, editor dan semua pekerja tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas sebarang kesilapan ataupun penghapusan yang dilakukan akibat daripadanya.