KERTAS CADANGAN SEMINAR KEBANGSAAN “TAHUN 1945-57 DALAM SEJARAH MALAYSIA: ISU DAN PERDEBATAN” ANJURAN BAHAGIAN SEJARAH PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Dengan kerjasama DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH UTARA ARKIB NEGARA PULAU PINANG Dan PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA PENGENALAN Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Arkib Negara Malaysia dan IKSEP Melaka, bercadang untuk menganjurkan Seminar Kebangsaan yang bertemakan “Tahun 1945-57 dalam Sejarah Malaysia: Isu dan Perdebatan” pada bulan Oktober 2010. Seminar yang dicadangkan akan berlangsung selama dua hari ini merupakan aktiviti kursus berterusan Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia yang beriltizam untuk menawarkan kursus-kursus singkat tetapi sarat dengan tujuan untuk memberi ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada seluruh masyarakat. Tema ini dipilih berdasarkan keperluan dan kehendak yang kini semakin terdesak dalam kalangan sarjana, pemikir, pelajar, peminat sejarah dan seluruh ahli amsyarakat amnya untuk memahami perkembangan yang berlaku dalam satu sudut penting sejarah Malaysia iaitu tahun 1945-57, khususnya dari zaman pengenalan Malayan Union (1946) hinggalah kemerdekaan Tanah Melayu (1957). Tempoh ini menyaksikan wujudnya bukan sahaja kemaraan kolonialisme dan terbinanya kemelut politik Melayu dan bukan Melayu, tetapi juga isu-isu lain seperti kemunculan parti politik, perjuangan kemerdekaan dan neo-kolonialisme. Pembentangan dalam seminar ini diharapkan akan mengupas isu-isu dan persoalan kontroversi yang menjadi perdebatan utama ahli sejarah memandangkan perkembangan antara 1945 dan 1957 itu masih menimbulkan percanggahan pendapat dan perbalahan. Dengan tujuan untuk mewujudkan suatu pandangan alternatif kepada pandangan sedia ada, yang kini dianggap ketinggalan zaman setelah dibukanya sumber-sumber baru mengenai sejarah Malaysia 1945-57, maka objektif seminar ini adalah untuk mencungkil pandangan atau persepktif baru dari kalangan sarjana, khususnya ahli sejarah. Seminar ini akan memberi peluang kepada seluruh sarjana untuk memberi idea-idea dan tafsiran baru dalam menguraikan isu-isu dan persoalan yang berkaitan dengan tempoh penting dalam perkembangan sejarah Malaysia itu. Kumpulan sasaran seminar ini adalah para sarjana, ahli politik, pensyarah, pegawai kerajaan, guru sekolah, penuntut universiti, pelajar sekolah dan orang perseorangan yang berminat dalam kajian sejarah negara. Objektif:
1. Memberi peluang kepada sarjana untuk mengemukakan ide-idea dan tafsiran baru dalam mengrungkaikan isu-isu dan persoalan yang berkaitan dengan tempoh penting (1946-1957) dalam perkembangan sejarah Malaysia. 2. Mengenengahkan dan mencari pandangan baru tentang sejarah Malaysia melalui pembinaan ilmu dan pemikiran yang terbuka dan kritis. 3. Merangsang kepada pemikiran dan penulisan baru tentang sejarah Malaysia terutama dari segi pengkajian dan pentafsiran yang lebih seimbang, objektif dan menyeluruh. Kandungan Seminar: Isu-isu yang akan disentuh dalam tema besar seminar ini ialah tentang apa sahaja perkembangan sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial dan agama yang berkisar kepada perkembangan yang berlaku antara tahun 1945-57 mencakupi soal institusi kolonial, pemerintahan, perlembagaan, hubungan diplomatik, peranan media, dasar-dasar kerajaan, perundangan, kolonialisme, penentangan antikolonialisme, nasionalisme, kesedaran dan perjuangan politik, pergerakan parti politik, masalah kaum, komunisme, Darurat, kerjasama kaum, kemerdekaan, ketokohan, bahasa, pendidikan, ekonomi dan agama. Pendek kata, tema tentang tahun 1945-57, meskipun hanya berkisar kepada tempoh 12 tahun, tetapi sebenarnya ia adalah suatu tema yang amat besar dan penting dalam pengkajian sejarah Malaysia. Pembentangan: Ucap utama (Cadangan) 1. Prof Dato Dr Ahmat Adam 2. PM Dr. Badriyah Haji Salleh Pembentangan Kertas Kerja: Kertas pembentangan akan dibuka kepada semua pengkaji, sarjana dan mereka yang berminat. Bayaran pembentangan akan dikenakan. Bagaimanapun ahli Bahagian Sejarah dijangkakan dapat terlibat sepenuhnya dalam seminar ini. Pemilihan tajuk mestilah berkaitan dengan tema yang diberikan. Tarikh hantar abstark dan kertas kerja: Abstrak: 30 Jun 2010 Kertas Kerja: 31 Ogos 2010 Kumpulan Sasaran: Para sarjana, ahli sejarah, pensyarah, pelajar sarjana (M.A. dan Ph.D), guru sekolah, penuntut universiti, pelajar maktab, organisasi kerajaan, badan berkanun, agensi pelancongan dan orang perseorangan yang berminat dalam kajian sejarah Malaysia. Jangkamasa Seminar: Berlangsung selama 2 hari, dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Tempat Persidangan:
Butir-Butir Seminar: Tarikh: 29-30 Oktober Tempat: Dewan Kuliah A, Bilik-Bilik Mesyuarat PPIK Jumlah peserta: Dianggarkan 200 orang Bahasa Pengantar: Bahasa kebangsaan Jawatankuasa Kerja: Jawatankuasa
Tugasan
Ketua/Ahli
Penasihat Pengerusi
Penasihat Utama seminar Memantau semua JK bagi memastikan urusan kolokium berjalan lancar Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat, surat menyurat kepada peserta, jemputan dll. Menyediakan aturcara program seminar dan mengurus program Merencana, memantau belanjawan, merekod nama peserta, berurusan dengan pihak Bendahari dan membuka akaun Menghebahkan seminar kepada peserta, membina tapak sesarang (website), hebahan kepada sekolah, badan kerajaan dsbnya Membuat tempahan dewan, bilik seminar, bunga, computer, menyediakan ‘backdrop’, brosur, dan kain rentang Memastikan urusan perasmian dan penutup berjalan lancar Bag/folder/tag nama/cenderamata Menerima kertas kerja dan menyerahkan kepada pencetak. Menyediakan prosiding Menentukan pembekal makanan dan memantau hal jamuan pada hari seminar
Dekan PPIK, Pengarah DBP Dr. Azmi Arifin
Setiausaha Setiausaha II
Bendahari
Publisiti
Kemudahan Fizikal
Protokol Tugas-Tugas Khas Kertas Kerja
Jamuan
Perasmian:
Naib Canselor USM
PM Dr. Mahani Musa Dr. Nik Haslinda Nik Hussain
Dr. M. Hasrul Zakariah
Dr. Azmi Arifin Prof Ooi Keat Gin
Dr. Nazarudin Zainun
Dr. K. Anbalakan, DBP dan ahli bahagian Cik Faridah, Puan Rohaya, En. Roslan dan Cik Nadia PM Abdul Rahman Hj Ismail, DBP
Dr. Nik Haslinda
Penutup:
Dekan PPIK
Yuran: Pelajar sekolah: RM30.00 Pelajar Universiti: RM30.00 Pelajar Ijazah Tinggi: RM50.00 Guru Sekolah, Pensyarah Maktab, badan luar dan orang perseorangan: RM100.00 Individu: RM100.00 Anggaran perbelanjaan: Pendapatan: 1. Yuran pembentangan Kertas Kerja 2. Yuran penyertaan 3. Penajaan – Sumbangan PPIK, Tabung VC, Apex, DBP, Geran, IKSEP, KPT, IKSEP Melaka, badan korporat dll 4. Duit seminar lepas Perbelanjaan: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Makan Hotel Percetakan - DBP Perjalanan Utiliti Habis buang Cenderahati
Penutup:
Kertas Cadangan disediakan oleh: Dr. Azmi Arifin Seminar Kebangsaan “Tahun 1945-57 dalam Sejarah Malaysia: Isu dan Perdebatan”
Cadangan aktiviti: Hari pertama (29 Oktober) 800 pg – Pendaftaran 830 pg – Perasmian -
Ucaptama I (Prof. Ahmat Adam)
1030 – Kudapan pagi 1100-1230 – Sesi pembentangan 1 (A-B) 1230-300 – Makan, solat Jumaat 300-430 ptg – Sesi pembentangan 2 (A-B) 430 – Minum petang 5.00 – Bersurai Hari Kedua (30 Oktober) 830 pg – Ucap Utama II ( D Prof. Madya Dr. Badriyah Hj Salleh) 1000 – Sesi Pembentangan 3 (A-B) 1000-1030 – Kudapan pagi 1030-1230 – Forum I -
PM Abdul Rahman Haji Ismail Prof Khoo Kay Kim Prof Ramlah Adam
1230-200 – Makan tengahari 200-400 – Forum II -
Prof Abu Talib Ahmad Prof Sharom Ahmat Pm Dr. Badriyah Haji Salleh