Kerajaan Negeri Johor Yayasan Warisan Johor
1. PENDAHULUAN Anugerah Lensa Johor : Pertandingan Video Pendek Johor adalah satu program kesinambungan pertandingan fotografi dengan pelbagai tema yang telah ditetapkan. Namun untuk pertandingan tahun 2016 ini diteruskan dengan pertandingan video pendek yang menekankan elemen-elemen dan keunikan Negeri Johor sebagai subjek utama video tersebut. Pertandingan ini di anjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat muda dalam melahirkan kreativiti dan inovasi terhadap seni tampak di negeri Johor dalam menghasilkan video pendek sama ada dalam bentuk iklan, tv komersial, sketsa, animasi 2D atau 3D, dokumentasi, drama atau pesanan khidmat awam berdasarkan tema serta elemen-elemen yang perlu diterapkan dalam penghasilan video tersebut.
2. KATEGORI PERTANDINGAN 2.1 Kategori
Anugerah
Video
Kreatif
Johor
:
Muafakat
@
Johor
Berkemajuan
Kategori Terbuka Tema Muafakat menjadi pilihan pertandingan dan membawa erti ‘seia sekata atau setuju’ . Muafakat itu berkat sepakat selamat yang boleh juga disimpulkan sebagai persetujuan dalam sesuatu kerja itu akan sentiasa memberi keuntungan atau kebahagian kepada mereka yang seia dan sekata mengenainya setelah kerjasama, bertolak ansur , tolong menolong , sebulat suara dan rundingan terlibat dalam mencapai kesepakatan. Muafakat ini apabila kamu kompak atau bersinergi melakukan sesuatu kerja, hatta hasilnya sangat bermakna dalam erti kata lain, Muafakat itu Berkat. Nilai-nilai yang ada dalam muafakat adalah seperti tolong menolong, kerjasama, tolak ansur, kesepakatan, bersatu padu,bergotong royong dan hormat-menghormati.
Johor Berkemajuan adalah satu gagasan yang mementingkan pemahaman masyarakat terhadap kemuafakatan dan kemajuan yang perlu di capai bersama dalam menjamin negeri ini menjadi sebuah negeri yang tersohor di mata dunia. Berikut antara elemen-elemen yang perlu diterapkan dalam penghasilan video Muafakat @ Johor Berkemajuan:
a) Semangat, pemikiran, nilai, sikap dan orientasi kita senantiasa menjurus kepada masa depan. Berfikir ke hadapan, bersemangat ke hadapan, bercita-cita ke hadapan b) Semua usaha kita di negeri ini mesti terfokus untuk mewujudkan kondisi dan persekitaran yang lebih baik dalam kehidupan material dan sisi rohani bangsa c) Budaya dan pemikiran progresif harus berakar umbi dan menjadi gaya hidup Johor. Singkirkan pemikiran kolot, pemahaman sempit, budaya malas, sikap bergantung pada orang lain. d) Apa jua yang kita rencanakan mesti melihat perspektif global. Pemikiran maju harus mengambil kira sorotan lensa global. Spektrum dunia kita tidak berhenti di sempadan Johor Darul Ta’zim. Kita hidup dalam lingkungan yang sangat bersifat antarabangsa.
Maklumat Penting a) (Super Pitch Sessions) Hantarkan synopsis dan storyline berkenaan cadangan video anda (tidak lebih 500 patah perkataan untuk cadangan video selama 3-5 minit) bagi melayakkan anda menjadi salah seorang penerima peruntukan berikut bagi merealisasikan idea kreatif tersebut.
b) Tarikh tutup menghantar borang penyertaan bersama sinopsis bagi Video Kreatif Johor ialah pada 1 Mei 2016. Sinopsi video yang anda cadangkan hendaklah di hantar menerusi email atau di alamatkan seperti butiran dibawah.
c) Hanya 20 sinopsis Video Kreatif Johor terbaik sahaja akan dipilih untuk membentangkan idea dan cadangan dihadapan juri. d) 8 idea dan cadangan terbaik akan menerima peruntukan seperti berikut bagi merealisasikan video tersebut. Peruntukan RM 5,000 x 8 Cadangan Video Terbaik
e) Video yang berjaya akan dipertandingan bagi merebut hadiah berikut: Pertama Kedua Ketiga
: RM 5,000 & Sijil Penghargaan : RM 3,000 & Sijil Penghargaan : RM 2,000 & Sijil Penghargaan
2.2 Kategori Anugerah Video Spontan Johor : Bangsa Johor
Bangsa Johor adalah gambaran dan imej khusus tentang kemuafakatan, keunikan, imej atau motif yang menjadi lambang, simbol atau ikon yang merujuk kepada adat budaya berbilang kaum, semangat bergotong royong dan bantu membantu, selain mencerminkan kehidupan, perilaku, aktiviti masyarakat di negeri ini yang penuh dengan budaya, kepercayaan dan keistimewaanya yang tersendiri dalam persekitaranya yang semakin maju dan membangun serta berdaya saing dalam menjadikan Johor sebuah negeri yang tersohor di mata dunia. Berikut antara elemen-elemen yang perlu diterapkan dalam penghasilan video Bangsa Johor ; 1.
Berbilang Bangsa
2.
Kesenian dan Kebudayaan Johor
3.
Sejarah dan Warisan Johor
4.
Adat dan Budaya Johor
5.
Cara Hidup Bangsa Johor; makanan, pakaian, sukan dan lain-lain
Hantarkan karya video anda berkenaan Bangsa Johor berdasarkan pemahaman
anda
berkenaan
keunikan
dan
keistimewaan
disamping
menerapkan elemen-elemen yang telah diberikan. Kategori Terbuka (30 saat -1 minit) Pertama Kedua Ketiga 3 Saguhati
: RM 3,000 & Sijil Penghargaan : RM 2,000 & Sijil Penghargaan : RM 1,000 & Sijil Penghargaan : RM 500 & Sijil Penghargaan
2.3 Anugerah Iringan a) Anugerah Cipta/ Pengarah Terbaik
: RM 1,000 dan Sijil Penghargaan
b) Anugerah Konsep / Skrip Terbaik
: RM 1,000 dan Sijil Penghargaan
c) Anugerah Sinematografi Terbaik
: RM 1,000 dan Sijil Penghargaan
SYARAT –SYARAT UMUM PERTANDINGAN 1. Pertandingan ini terbuka kepada semua peminat-peminat video pendek sama ada warganegara Malaysia dan bukan Warganegara Malaysia kecuali sekreteriat pertandingan.
2. Karya berbentuk video pendek sama ada iklan, tv komersial, sketsa, animasi 2D atau 3D, dokumentasi, drama atau pesanan khidmat awam berdasarkan tema Bangsa Johor beserta 7 elemen-elemen yang perlu diterapkan.
3. Video pendek mestilah merakamkan berkenaan negeri Johor sahaja dan belum pernah di hantar untuk menyertai mana-mana pertandingan serta belum disiarkan dalam mana-mana penerbitan sama ada bercetak, elektronik atau digital. 4. Video
yang
dihasilkan
mestilah
tidak melebihi masa
yang
ditetapkan
berdasarkan kategori yang dipilih sahaja dan video yang dihasilkan mestilah dalam bentuk format MP4 dengan resolusi tinggi (High Definition) 5. Penyertaan boleh dikemukakan secara individu atau berkumpulan (tidak lebih 3 orang) dan penyertaan tidak dihadkan namun setiap penyertaan hendaklah dihantar dalam DVD yang berasingan.
6. Penyertaan dibenarkan dalam pelbagai bahasa dan perlu menyediakan terjemahan. 7. Konsep video adalah bebas sama ada dalam bentuk iklan, tv komersial, dokumentari, sketsa, drama atau animasi 2D/3D. Penerbitan yang mempunyai unsur seks, jenayah, menfitnah, menghina institusi perlembagaan negara akan ditolak penyertaannya.
8. Hakcipta produksi adalah milik peserta. Peserta mestilah membenarkan pihak penganjur menggunakan produksi tersebut untuk tujuan pameran program pendidikan pihak penganjur serta promosi dan siaran di TV atau media baharu sebelum, semasa dan selepas pertandingan tanpa keizinan terlebih dahulu daripada peserta. 9. Peserta mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi tujuan penyiaran.
10. Peserta digalakkan menggunakan skor muzik asal. Sekiranya mengguna pakai skor muzik yang sedia ada di pasaran/hak orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak-pihak yang berkenaan.
11. Kriteria penilaian adalah berdasarkan kepada pematuhan tema, kandungan, kreativiti dan teknik.
12. Pihak penganjur dan panel juri berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang
tidak
mengikut
syarat-syarat
dan
peraturan
pertandingan
tanpa
mengemukakan sebarang notis atau alasan serta kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli atau diciplak.
13. Pengadilan akan di laksanakan oleh beberapa orang juri professional yang di lantik untuk memilih pemenang setiap katagori. Keputusan panel juri adalah muktamat dan sebarang rayuan dan surat menyurat tidak akan di layan.
14. Hak cipta karya adalah di bawah tanggungjawab peserta. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku pencerobohan idea atau karya penyertaan. 15. Keselamatan
semasa
menyertai
pertandingan
ini
adalah
di
bawah
tanggungjawab peserta dan sebarang bentuk kemalangan dan kecuaian tidak boleh di tutuntut kepada pihak penganjur. 16. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi oleh mana-mana pihak yang berkenaan
17. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap penyertaan yang rosak, hilang atau tidak sampai ke Sekretariat Anugerah Lensa Johor melalui pos atau mana-mana syarikat penghantaran. 18. Pemenang pertandingan akan dihubungi melalui surat/telefon/ email dan
jemputan untuk menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah akan di maklumkan bersama. .
19. Borang penyertaanhendaklah disertakan dengan dua (2) salinan DVD video yang telah dilabel (lihat contoh borang penyertaan) serta
boleh didapati di
Yayasan Warisan Johor serta di muat turun dari laman web yang berikut www.ywj.gov.my atau www.jauhar.my
PENILAIAN JURI 1. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD;
2. Filem/video
yang
menyertai
pertandingan
ini
akan
melalui
proses
penyaringan awal dan hanya lima (5) filem/video terbaik sahaja bagi setiap kategori akan melalui proses penjurian.
3. Penilaian terhadap filem/video yang menyertai Pertandingan ini juga akan dilakukan oleh satu pasukan juri yang akan dilantik bagi setiap kategori pertandingan. Panel Hakim terdiri daripada pengerusi kategori, ahli akademik, pengamal industri, pengkritik filem dan tokoh-tokoh tertentu. Panel Hakim ini akan memberikan markah kepada setiap filem/video berdasarkan garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh penganjur.
4. Penilaian dilakukan terhadap kreativiti dan inovasi yang diperlihatkan oleh peserta serta hasil inspirasi daripada tema Bangsa Johor. Keaslian naratif filem/video dan kelainan tema turut diberikan perhatian, di samping kejelasan dan ketepatan karya sebagai filem/video dari segi definisi, struktur dan konsepnya.
5. Pemilihan panel hakim dan proses penilaian akan dilakukan sepenuhnya oleh pihak Yayasan Warisan atas nasihat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Malaysia
KRITERIA PEMARKAHAN 1. Tema Ketepatan tema pertandingan 2. Kreativiti dan kegunaan untuk pendidikan Kreativiti dalam persembahan dan isi kandungan Teknik penggayaan yang kreatif Menggunakan pelbagai teknologi untuk menghasilkan inovasi Nilai dan pengajaran 3. Kualiti dan keaslian Keaslian konsep/pelaksanaan Sinematografi Penggunaan teknikal Audio 4. Teknik persembahan Teknik persembahan yang menarik dan komprehensif
TARIKH PENTING 1. Tarikh akhir penghantaran Video Kreatif Johor dan Video Spontan Johor dalam bentuk DVD berlabel beserta gambar bukti pengambaran perlu diserahkan selewat- lewatnya pada 30 Mei 2016.
2. Setiap penyertaan hendaklah sampai atau di alamatkan seperti di bawah Sekreteriat Anugerah Lensa Johor II Yayasan Warisan Johor JKR 144 Jalan Petrie 80100 Johor Bahru
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urusetia Anugerah Lensa Johor di talian pejabat :072263266 / 0199959966 (elly) 0146145754 (lisa) faks : 072260728 email :
[email protected]
Maklumat Peserta Nama No Kad Pengenalan No Telefon Email Alamat
: : : : :
Kategori Penyertaan 1)
Video Kreatif Johor
2)
Video Spontan Johor
Bilangan Penyertaaan…………………. Bilangan Penyertaan ………………….
*PENTING : Salinan satu penyertaan dalam satu CD/DVD
AKUAN /PENGESAHAN PESERTA Adalah saya dengan ini mengaku bahawa idea dan hasil karya yang saya sertakan dalam pertandingan ini adalah karya asli dan merupakan hasil usaha saya sendiri dan tidak diambil daripada mana-mana pihak. Saya juga bertanggungjawab sepenuhnya jika terdapat sebarang tuntutan atau apa jua bentuk tindakan dari mana-mana pihak terhadap saya berkaitan karya ini. Saya juga bersetuju bahawa hasil karya yang dipertandingkan adalah hak milik Yayasan Warisan Johor dibawah Kerajaan Negeri Johor dan akan digunakan untuk sebarang aktiviti dan penerbitan Jabatan. Sebarang tuntutan keatas hasil karya yang dipertandingkan tidak akan dilayan.
Tandatangan : Tarikh
:
SINOPSIS / KETERANGAN KARYA …………………………………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… tidak lebih 100 patah perkataan
MAKLUMAT (CAPTION) YANG WAJIB DISERTAKAN
Nama
:
Kategori
:
Tajuk video
:
Durasi video
:
*Satu borang untuk satu penyertaan