1 KEM TASMIK SOLAT Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR SITIAWAN PERAK2 Anda dikehendaki memperdengarkan (Tasmi...
KEM TASMIK SOLAT Oleh Hj Ahmad Junaidi Bin Mohamad Said Guru Al-Quran SMK BATU SEPULUH LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK
Anda dikehendaki memperdengarkan (Tasmi’) bacaan-bacaan berikut : • Lafaz niat solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak • Takbiratul Ihram • Doa Iftitah • Surah al-Fatihah • Dua Surah (pilihan pelajar) • Bacaan Rukuk • Bacaan Iktidal
• Bacaan Iktidal • Bacaan Sujud • Bacaan duduk antara dua sujud • Bacaan Tahiyat • Salam • Bacaan Qunut
Bacaan-bacaan tersebut ialah : Niat solat Solat Subuh
Ertinya : • Sahaja aku solat fardhu Subuh 2 rakaat tunai kerana Allah Solat Zuhur
Ertinya : • Sahaja aku solat fardhu Zuhur 4 rakaat tunai kerana Allah
Solat Asar
Ertinya: • Sahaja aku solat fardhu Asar 4 rakaat tunai kerana Allah Solat Maghrib
Ertinya : • Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat tunai kerana Allah
Solat Isyak
Ertinya : • Sahaja aku solat fardhu Isyak 4 rakaat tunai kerana Allah
Takbiratul Ihram :
• Doa Iftitah :
• Surah al-Fatihah
• Dua Surah
• Bacaan Rukuk
• Bacaan Iktidal
• Bacaan Sujud
• Bacaan duduk antara Dua Sujud
Bacaan Tahiyat • Bacaan Tahiyat Awal :
• Bacaan Tahiyat Akhir :
• Bacaan Salam :
• Bacaan Doa Qunut :
Anda dikehendaki melakukan cara solat dengan betul dan sempurna Calon melakukan solat dengan betul dan sempurna seperti dinyatakan dibawah. Contoh solat Zuhur : 1. Berwuduk 2. Menutup aurat 3. Menghadap kiblat 4. Berdiri bagi yang berkuasa
Rakaat yang Pertama 5. Menyebut lafaz niat :
6. Takbiratul Ihram sambil mengangkat kedua-dua tangan dengan menyamakan ibu jari ke paras cuping telinga dan jari yang lain separas bahagian atas telinga dan kedua-dua tapak tangan dan menghadap kiblat, berserta dengan niat : ”Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah Taala” 7. Meletakkan kedua-dua tangan di antara pusat dan dada, tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri, jari telunjuk dan jari tengah diluruskan
8. Membaca doa Iftitah 9. Membaca Surah al-Fatihah 10. Membaca ayat-ayat atau surah 11. Takbir Intiqal dengan mengangkat kedua-dua tangan seperti no. 6 di atas dan Rukuk serta Tomakninah sambil membaca bacaan rukuk tiga kali Rukuk ialah perbuatan membongkokkan badan dengan menyamakan belakang dengan tengkuk. Kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas lutut dengan jari terbuka sambil memandang tempat Sujud
12. Iktidal serta Tomakninah dengan membaca bacaan Iktidal Itikdal ialah berdiri semula selepas Rukuk sambil mengangkat kedua-dua tangan dan kemudian meluruskannya ke bawah
13. Takbir Intiqal dan sujud serta Tomakninah dengan membaca bacaan sujud. Sujud ialah perbuataan menurunkan lutut dahulu, kemudian diikuti dua tapak tangan, jari dirapatkan supaya menghadap kiblat. Dahi pula diletakkan di tempat sujud, sementara jari kaki ditegakkan.
14. Takbir Intiqal dan Duduk antara Dua Sujud Iftiras serta Tomakninah dengan membaca Bacaan Duduk antara Dua Sujud 15. Takbir Intiqal dan Sujud serta Tamakninah seperti no. 13 di atas 16. Takbir Intiqal dan bangun daripada Sujud dan duduk sebentar sekadar Tomakninah, kemudian terus berdiri untuk rakaat kedua tanpa mengangkat tangan
Rakaat yang Kedua 17. Membaca Surah al-Fatihah 18. Membaca ayat-ayat atau surah daripada Al-Quran 19. Melakukan Rukuk, Ittidal, sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang Kedua seperti rakaat pertama 20. Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Awal secara Iftiras seperti No. 14 di atas, kecuali jari tangan kanan digenggam, manakala jari telunjuk diluruskan. Pada masa ini dibaca Bacaan Tahiyat Awal. Ketika menyebut perkataan : jari telunjuk hendaklah diangkat sedikit 21. Takbir Intiqal dan bangun berdiri untuk rakaat yang ketiga serta mengangkat tangan
Rakaat yang Ketiga 23. Membaca Surah Al-Fatihah 24.Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang Kedua
Rakaat yang keempat 24.Membaca Surah al-Fatihah 25. Melakukan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk antara Dua Sujud dan Sujud yang Kedua 26.Takbir Intiqal dan Duduk Tahiyat Akhir secara Tawaruk dan membaca Bacaan Tahiyat Akhir
Duduk Tawaruk ialah perbuatan meletakkan punggung ke lantai dan melentikkan jari kaki kanan serta menyilangkan kaki kiri ke bawah kaki kanan. Tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan dan jari telunjuk diluruskan. Manakala tangan kiri pula diletakkan di atas lutut kiri, jari diluruskan dan hujung jari menyamai lutut
27. Mengucapkan Salam sambil memalingkan muka ke kanan dan kemudian mengucap Salam Kedua sambil memalingkan muka ke kiri 28. Meletakkan tangan di kepala sambil berdoa .