TERMA DAN SYARAT Kempen “Transact & Win with RHB Now” 1.
RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) dan RHB Islamic Bank Berhad (No. Syarikat 680329-V) akan dirujuk sebagai “RHB”.
TEMPOH KEMPEN 2. Kempen “Transact & Win with RHB Now” (“Kempen”) akan berlangsung pada 1 Ogos 2017 sehingga 31 Oktober 2017, termasuk kedua-dua tarikh yang dinyatakan (“Tempoh Kempen”). KELAYAKAN 3. Kempen ini terbuka kepada pemegang akaun simpanan dan/atau semasa dengan Perbankan Internet dan/atau Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now (termasuk RHB/RHB EASY) yang dibuka sebelum dan semasa Tempoh Kempen (“Peserta”). 4. Individu-individu/entiti-entiti yang berikut tidak layak menyertai Kempen ini:i. Pemilik tunggal yang mempunyai akaun semasa dengan nama perniagaan; atau ii. Pekerja tetap dan/atau pekerja kontrak Kumpulan Perbankan RHB (termasuk anak syarikat dan syarikat berkaitan di Malaysia dan luar negara), termasuk ahli keluarga terdekat (ibu bapa, pasangan, anak-anak dan adik-beradik); atau iii. Wakil dan/atau agen (termasuk agen pengiklanan, vendor yang dilantik untuk Kempen, dan agen pengurusan Kempen) yang terlibat secara langsung dengan Kempen ini. 5. Semasa Tempoh Kempen dan tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini, manamana Peserta yang melakukan mana-mana transaksi yang disenaraikan di dalam Klausa 6 (“Transaksi Sah”) melalui Perbankan Internet dan/atau Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now adalah secara automatik disifatkan sebagai yang mengambil bahagian dalam Kempen ini. MEKANIK KEMPEN 6. Transaksi Sah adalah seperti dalam jadual di bawah. Transaksi Sah untuk penyertaan
Bilangan penyertaan yang diperolehi Melalui Melalui Aplikasi Perbankan Perbankan Internet Mudah Alih
Jumlah minimum transaksi (RM)
(i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi 20 Perbankan Mudah Alih RHB Now* (ii) Bayaran Bil 10 20 30.00 (iii) Perkhidmatan Prabayar 10 20 30.00 (iv) Pemindahan Segera (IBFT) 10 30.00 (v) Tambahan Dana ke Unit Amanah Saham ASNB 10 50.00 (vi) RHB Pay Anyone™ melalui Aplikasi Perbankan 20 10.00 Mudah Alih RHB Now Nota: * Peserta Yang Layak yang melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now semasa Tempoh Kempen akan diberi 20 penyertaan sekaligus sekali sahaja. 7. Peserta Yang Layak tidak dibenarkan untuk membahagikan bil bagi tujuan Kempen ini. Sebagai contoh, jika Peserta Yang Layak membayar bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM90.00, mereka tidak dibenarkan untuk membahagikan bil kepada 3 transaksi; menjadikannya berjumlah RM30.00 setiap satu. Jika tidak, transaksi tersebut tidak akan diambil kira dan tidak layak untuk menang. HADIAH KEMPEN 8. Hadiah untuk setiap kategori (“Hadiah”) serta bilangan Peserta Yang Layak memenangi (“Pemenang”) adalah seperti yang dinyatakan di bawah.
Terma dan Syarat | Kempen “Transact & Win with RHB Now”
9. Hadiah Mingguan. a) Secara keseluruhan, terdapat enam puluh lima (65) Pemenang Hadiah Mingguan sepanjang minggu kempen yang akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM50.00 setiap seorang. b) Lima (5) Peserta Yang Layak dengan bilangan penyertaan tertinggi dalam setiap minggu akan diumumkan sebagai Pemenang. c) Setiap Pemenang hanya dibenarkan untuk memenagi sekali sahaja sepanjang minggu kempen. Pemenang yang berulang adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, Pemenang ini juga dibenarkan untuk memenangi mana-mana satu (1) Hadiah Bulanan atau Hadiah Utama. Minggu Kempen Minggu 1 1 Ogos – 7 Ogos 2017 Minggu 2 8 Ogos – 14 Ogos 2017 Minggu 3 15 Ogos – 21 Ogos 2017 Minggu 4 22 Ogos – 28 Ogos 2017
Minggu 5 29 Ogos – 4 September 2017 Minggu 6 5 September – 11 September 2017 Minggu 7 12 September – 18 September 2017 Minggu 8 19 September – 25 September 2017 Minggu 13 24 Oktober – 31 Oktober 2017
Minggu 9 26 September – 2 Oktober 2017 Minggu 10 3 Oktober – 9 Oktober 2017 Minggu 11 10 Oktober – 16 Oktober 2017 Minggu 12 17 Oktober – 23 Oktober 2017
10. Hadiah Bulanan. a) Sepanjang Tempoh Kempen, terdapat sembilan (9) Pemenang Hadiah Bulanan yang akan memenangi sebuah iPad 128GB Wi-Fi setiap seorang. b) Tiga (3) Peserta Yang Layak dengan bilangan penyertaan tertinggi dalam setiap bulan akan diumumkan sebagai Pemenang. c) Setiap Pemenang hanya dibenarkan untuk memenagi hadiah bulanan sekali sahaja sepanjang Tempoh Kempen. Pemenang yang berulang adalah tidak dibenarkan. Bulan Kempen
Tarikh Mula
Tarikh Akhir
Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3
1 Ogos 2017 1 September 2017 1 Oktober 2017
31 Ogos 2017 30 September 2017 31 Oktober 2017
11. Hadiah Utama. a) Secara keseluruhan, terdapat dua (2) Pemenang Hadiah Utama yang akan memenagi sebuah iPhone 7 Plus 256GB setiap seorang. b) Dua (2) Peserta Yang Layak dengan bilangan penyertaan tertinggi sepanjang Tempoh Kempen berlangsung akan diumumkan sebagai Pemenang. c) Setiap Pemenang hanya dibenarkan untuk memenagi sekali sahaja di dalam kategori ini. Pemenang yang berulang adalah tidak dibenarkan. 12. Rumusan Hadiah untuk Kempen ini adalah seperti yang berikut. Kategori
Hadiah
Jumlah Pemenang
Hadiah Mingguan
RM50.00 tunai / Pemenang
65
Hadiah Bulanan
iPad 128GB Wi-Fi / Pemenang
9
Hadiah Utama
iPhone 7 Plus 256GB / Pemenang
2
PROSES PEMILIHAN PEMENANG 13. Berikut adalah proses pemilihan untuk menentukan Pemenang:a) Pengekstrakan laporan Kempen akan dilakukan setelah Tempoh Kempen telah berakhir. b) Pemenang yang berpotensi bagi Hadiah Mingguan, bulanan dan utama akan dihubungi oleh RHB atau wakilnya yang dilantik untuk melakukan pengesahan. Pemenang yang berpotensi perlu menjawab satu soalan berkaitan Kempen dengan betul untuk dipilih sebagai Pemenang. Sekiranya Pemenang yang berpotensi gagal menjawab telefon atau menjawab soalan dengan betu, atau jika pengesahan gagal dilakukan, Pemenang yang berpotensi tersebut dianggap
Terma dan Syarat | Kempen “Transact & Win with RHB Now”
terlepas peluang untuk menang dan RHB atau wakilnya yang dilantik berhak memilih Pemenang yang berpotensi yang disenaraipendekkan yang berikutnya apabila perlu. PENUNTUTAN HADIAH 14. Pemenang akan menerima notifikasi mengenai kemenangan melalui mesej selamat yang akan dihantar ke Peti Masuk Mesej RHB Now. 15. Hadiah Mingguan: a) Hadiah Mingguan berupa wang tunai bernilai RM50.00 akan dikreditkan ke akaun semasa/simpanan RHB Pemenang yang berdaftar dengan Perbankan Internet RHB dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas Pengumuman Pemenang dilakukan. b) Akaun semasa/simpanan Pemenang perlu sentiasa dibuka, aktif dan sah dari tarikh Tempoh Kempen sehingga 31 Disember 2017 bagi tujuan penyempurnaan hadiah berupa wang tunai. Sekiranya akaun semasa/simpanan ditutup pada atau sebelum 31 Disember 2017 kerana sebab-sebab tertentu (termasuk pada bila-bila masa sepanjang Tempoh Kempen), Pemenang akan hilang kelayakan daripada menerima sebarang Hadiah. 16. Hadiah Bulanan dan Hadiah Utama: a) Pemenang akan dihubungi oleh wakil RHB untuk pengesahan. Hadiah akan dihantar melalui kurier kepada alamat yang diberikan Pemenang dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja selepas Pengumuman Pemenang dilakukan. b) Satu surat rasmi dengan semua butir relevan akan di emel dan/atau dihantar ke alamat setiap Pemenang seperti yang tertera pada rekod. c)
Apple tidak terlibat atau menaja Kempen ini.
17. Pemenang adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan RHB melalui saluran seperti berikut tidak lewat dari 31 Disember 2017 sekiranya tidak menerima Hadiah, dan sekiranya gagal berbuat demikian, Pemenang dianggap telah menerima Hadiah dari RHB. a) Pusat Khidmat Pelanggan: 03-9206 8118 b) Peti Masuk Mesej RHB Now 18. RHB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan, Hadiah yang hilang atau yang tidak dituntut selepas 31 Disember 2017. TERMA DAN SYARAT UMUM 1. Dengan menyertai Kempen ini, Peserta: a. Bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat Kempen ini. b.
Bersetuju untuk mengakses ke Laman Web Korporat RHB untuk membaca Terma dan Syarat ini dan mengemaskini diri dengan sebarang perubahan atau pindaan kepada Terma dan Syarat ini;
c.
Bersetuju bahawa Hadiah yang dipaparkan dalam semua bahan bercetak dan/atau Laman Web Korporat RHB adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Sebarang bentuk set, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama Hadiah dalam mana-mana bahan bergambar adalah untuk tujuan hiasan dan bukanlah sebahagian daripada Hadiah;
d.
Bersetuju bahawa RHB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kecacatan, koyak, kerosakan, tamat tempoh atau kecurian Hadiah. Sebarang permintaan untuk penggantian Hadiah atas sebab kerugian, kecacatan, koyak, kerosakan, tamat tempoh atau kecurian tidak akan dilayan oleh RHB;
e.
Bersetuju bahawa semua Hadiah tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga dan tidak boleh dirunding dan tidak boleh ditukar untuk kredit dan seumpamanya, secara sebahagian atau sepenuhnya;
f.
Bersetuju bahawa keputusan RHB mengenai semua perkara berkaitan dengan Kempen ini, termasuk semua Hadiah adalah muktamad, konklusif dan mengikat terhadap mereka dan tiada surat-menyurat lanjut dan/atau rayuan untuk mempertikaikan keputusan RHB akan dilayan.;
Terma dan Syarat | Kempen “Transact & Win with RHB Now”
g.
Bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua cukai, fi kerajaan atau apa-apa caj lain yang mungkin dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang berkenaan, jika ada, berhubung dengan penerimaan Hadiah;
h.
Bersetuju untuk tidak meneruskan sebarang penyertaan lanjut dalam Kempen ini dengan memaklumkan RHB jika ada pengubahsuaian masa depan kepada Terma dan Syarat ini yang tidak boleh diterima;
i.
Dengan memberikan maklumat peribadi anda, anda mengizinkan RHB memproses maklumat peribadi anda untuk mana-mana dan/atau semua tujuan-tujuan yang berikut (“Tujuan”), jika berkaitan: (a) mentadbir peraduan ini dan menghubungi anda berhubung dengan perkara yang sama; (b) penjualan silang, pemasaran dan promosi produk dan/atau perkhidmatan Kumpulan Perbankan RHB dan pakatan strategik; atau (c) bagi lain-lain tujuan dan tujuan perniagaan yang sah;
j.
Maklumat peribadi anda boleh didedahkan kepada syarikat-syarikat di dalam Kumpulan Perbankan RHB (termasuk syarikat induk, syarikat-syarikat subsidiari, dan mana-mana syarikat yang berkenaan, termasuk mana-mana syarikat yang terhasil daripada mana-mana penyusunan semula, penggabungan, jualan atau pengambilalihan), penyedia-penyedia perkhidmatan, dan pembekal-pembekal perkhidmatan dan mana-mana ejen masing-masing, pekerja dan/atau manamana orang mereka, sama ada terletak di dalam atau di luar Malaysia untuk Tujuan tersebut, jika berkenaan, tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturanperaturan, piawaian, garis panduan dan/atau obligasi) yang terpakai kepada RHB.
k.
Ia adalah perlu bagi RHB memproses maklumat peribadi anda untuk Tujuan tersebut, tanpanya anda tidak akan dapat mengambil bahagian di dalam peraduan ini. Anda boleh menjalankan pilihan anda berkenaan dengan menerima bahan-bahan pemasaran (termasuk penjualan silang, pemasaran dan promosi seperti yang dinyatakan di atas) pada bila-bila masa dengan melawat https://logon.rhb.com.my/ atau hubungi 03-92068118.
l.
Gambar-gambar/imej anda mungkin akan ditangkap dan mungkin akan digunakan untuk penerbitan RHB.
m. Anda boleh meminta pembetulan (jika maklumat peribadi anda adalah tidak tepat, ketinggalan zaman, tidak lengkap, dan lain-lain), akses kepada (fi yang ditetapkan mungkin dikenakan), atau menghapuskan (jika anda tidak lagi mempunyai apa-apa produk/perkhidmatan sedia ada dengan Kumpulan Perbankan RHB) ke atas maklumat peribadi anda atau menghadkan pemprosesan itu pada bila-bila masa selepas ini dengan mengemukakan permintaan itu melalui e-mel atau faks ke alamat berikut: E-mel:
[email protected] Nombor telefon: 03-92068118 Nombor faksimili: 03-92068088 RHB Now: https://logon.rhb.com.my/ 2. RHB berhak untuk: a. Membatalkan semua penyertaan daripada Peserta di dalam Kempen ini dan melarang individu tersebut daripada terus menyertai Kempen ini, jika individu tersebut disyaki tidak mengikuti peraturan atau mendapat manfaat daripada penyalahgunaan peraturan Kempen ini atau Terma dan Syarat yang dinyatakan disini; b.
Membatal, menamat atau menggantung Kempen ini. Apa jua pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini oleh RHB, tidak melayakkan Peserta untuk menuntut gantirugi atau pampasan daripada RHB untuk apa jua kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Peserta, hasil langsung dan tidak langsung daripada pembatalan, penamatan atau penggantungan ini;
c.
Menukar Hadiah mengikut budi bicaranya dengan Hadiah yang lain yang sama nilainya dengan memberi notis terlebih dahulu;
Terma dan Syarat | Kempen “Transact & Win with RHB Now”
d.
Menambah, menggugurkan, menggantung atau mengubah Terma dan Syarat yang terkandung di sini, sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya, mengikut budi bicara mutlaknya dengan menyiarkannya di Laman Web Korporat RHB dan/atau melalui apa jua komunikasi yang dianggap sesuai oleh RHB dengan memberi notis dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Peserta terlebih dahulu.
3. RHB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua kegagalan berkaitan dengan Kempen ini, yang disebabkan oleh bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, larangan bekerja, tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, badai, kegagalan teknikal atau sistem atau apa jua perkara yang diluar kawalan RHB. 4. Jika berlaku ketidakseragaman di antara Terma dan Syarat di sini dan risalah-risalah, bahan-bahan pasaran yang berkaitan dengan Kempen ini, Terman dan Syarat di sini akan diguna pakai. - Tamat -
Terma dan Syarat | Kempen “Transact & Win with RHB Now”