FELCRA Properties Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat milik FELCRA Berhad yang bertanggungjawab dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan hartanah dan pemaju bagi tanah-tanah milik FELCRA Berhad. FELCRA Properties Sdn. Bhd. mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut : JAWATAN
NAMA JAWATAN
GRED
1 2 3 4 5 6
Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) Pengurus Kanan (Pengurusan Aset) Pengurus (Kredit) Eksekutif (Kontrak) Eksekutif (Kewangan) Penolong Eksekutif (Pentadbiran)
BAND 5 BAND 5 BAND 3 BAND 1 BAND 1 A&T 2
Jawatan 1
:
Pengurus Kanan (Perancangan Bisnes) - (1 Kekosongan )
Deskripsi Tugasan
:
Jadual Gaji
:
STATUS LANTIKAN KONTRAK KONTRAK KONTRAK KONTRAK KONTRAK KONTRAK
Membantu pihak pengurusan dalam membuat keputusan mengenai aspek kewangan dan memastikan keuntungan daripada projek akan dicapai mengikut perancangan. Bertanggungjawab dalam merancang, menyediakan, memantau dan mengkaji perancangan projek, pelan pembangunan, berdasarkan tempoh masa dan kos yang diberikan. Menjalankan kajian kemungkinan (Feasibility Study) atau analisis Keuntungan untuk memaksimumkan keuntungan syarikat. Menyediakan analisis keuntungan bulanan untuk mencapai sasaran tahunan Melibatkan diri dalam penubuhan projek, kajian/anggaran kos, reka bentuk konsep dan reka bentuk pembangunan. Menyelaras semua aktiviti yang melibatkan penyediaan Projek Bajet. Memantau prestasi keuntungan sebenar mengikut belanjawan tahunan yang diluluskan dan mengeluarkan laporan bulanan bersama-sama Bahagian Projek, Kewangan dan Pemasaran. Mengadakan dan menyediakan minit Mesyuarat Pelan Tindakan dan Mesyuarat Pengurusan Bulanan. Bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada Pengurus Projek untuk mengkaji semula kos projek untuk memenuhi keperluan pengurusan mengenai aspek kewangan. Kerja-kerja lain akan diberikan dari pihak atasan dari semasa ke semasa.
RM 5,350.00 ~ RM 10,400.00
Syarat Lantikan Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : a)
Warganegara Malaysia.
b)
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Bina, Perancang Bandar, Kejuruteraan atau setara yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
c)
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
d)
Pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang yang berkaitan.
Jawatan 2
:
Pengurus Kanan (Pengurusan Aset) - (1 Kekosongan )
Deskripsi Tugasan
:
Jadual Gaji
:
Merangka dan melaksanakan strategi pengurusan aset dan rancangan untuk portfolio hartanah, termasuk strategi pemasaran untuk mengoptimumkan pendapatan dan merealisasikan nilai tertinggi bagi aset syarikat. Bertanggungjawab untuk kedudukan keseluruhan aset serta peningkatan aliran tunai dan nilai asset. Menyediakan dan menguruskan kewangan tahunan dan laporan yang meliputi prestasi kewangan aset, status pajakan, dan kutipan sewa syarikat. Memastikan bahawa aset-aset syarikat dijaga dengan baik, berjaya dan mematuhi peraturan-peraturan semasa. Menguruskan penyerahan kunci kepada pembeli semasa VP. Menguruskan penyerahan aset kepada Pihak Berkuasa berkaitan. Membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan, pihak luar seperti pihak berkuasa kerajaan, broker, dan lain-lain. Tanggungjawab lain termasuk menguruskan risikan pasaran dan mengumpul maklumat pasaran untuk memastikan daya saing produk dan perkhidmatan Syarikat. Kerja-kerja lain akan diberikan dari pihak atasan dari semasa ke semasa.
RM 5,350.00 ~ RM 10,400.00
Syarat Lantikan Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : a)
Warganegara Malaysia.
b)
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Estet, Bangunan, Kejuruteraan atau setara yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
c)
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
d)
Pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang yang berkaitan.
Jawatan 3
:
Pengurus (Kredit) - (1 Kekosongan )
Deskripsi Tugasan
:
Jadual Gaji
:
Berhubung dengan Peguam Cara untuk proses pembelian pada Perjanjian Jual Beli dan dokumentasi pinjaman, tuntutan kemajuan dan kawalan kredit. Memastikan pembayaran dikumpul dan dikemaskini setiap masa mengikut masa yang telah ditentukan dan mengikut terma dan syarat dan membuat susulan secara berkala ke atas akaun tertunggak. Mengendali pertanyaan daripada pembeli dan mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku sebarang isu berkaitan kredit. Mengemaskini semua butiran yang berkaitan jual beli bersama pembeli bagi tujuan dan rujukan masa depan dan mengendalikan VP, sub-jualan, pembiayaan dan lainlain. Melaksanakan penilaian kredit tahunan. Melakukan penyelidikan dan mewujudkan pangkalan data untuk pelanggan Bekerjasama dengan peguam yang dilantik dalam mengendalikan hal-hal undang-undang / prosiding. Kerja-kerja lain akan diberikan dari pihak atasan dari semasa ke semasa.
RM 2,500.00 ~ RM 8,500.00
Syarat Lantikan Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : a)
Warganegara Malaysia.
b)
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
c)
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
d)
Pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang yang berkaitan.
Jawatan 4
:
Eksekutif (Kontrak) - (1 Kekosongan )
Deskripsi Tugasan
:
Jadual Gaji
:
Membantu melaksanakan segala urusan dan faktorfaktor yang melibatkan kontrak-kontrak syarikat berjalan dengan lancar dan sempurna di bawah seliaan Pengurus Kontrak. Membantu melakukan segala tugas-tugas bagi memastikan kontrak-kontrak yang akan dikeluarkan terjamin kepentingan syarikat dan pemegang saham syarikat. Membantu tadbir urus kontrak seperti pra kelayakan kontraktor- kontraktor, menguruskan penyediaan dokumen tender, penilaian tender, bayaran kontraktor-kontraktor dan lainlain. Lain-lain tugasan kontrak dan perolehan yang diarahkan oleh Pengurus Kontrak dari semasa ke semasa. Menyediakan kertas-kertas kelulusan bagi setiap kontrak dan kerja-kerja perolehan
RM 1,800.00 - RM6,124.00
Syarat Lantikan Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : a)
Warganegara Malaysia.
b)
Diploma dalam bidang Ukur Bahan atau setara yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
c)
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
d)
Lepasan Siswazah adalah digalakkan untuk memohon.
Jawatan 5
:
Eksekutif (Kewangan) - (1 Kekosongan )
Deskripsi Tugasan
:
Membantu dalam menyelia semua aktiviti kewangan syarikat termasuk penyediaan dan pembentangan penyata kewangan, laporan pengurusan, analisis kewangan, dan pengurusan aliran tunai serta tugas-tugas lain yang kan diberikan dari semasa ke samasa. Membantu dalam memastikan semua aktiviti-aktiviti kewangan syarikat mematuhi syarat, prosedur dan mengikut piawaian. Membantu dalam memantau, menyediakan dan membuat kajian data cukai bagi tujuan pematuhan cukai dan laporan cukai.
Jadual Gaji
:
Membantu dalam mengemukakan penyata cukai syarikat mengikut peraturan-peraturan cukai tempatan. Membantu dalam mengoptimumkan faedah cukai dan meningkatkan kecekapan cukai melalui perancangan cukai. Membantu dalam menguruskan hal percukaian keseluruhan syarikat (cukai pendapatan, GST, dan lainlain). Sentiasa bersedia menerima tugas-tugas lain yang berkaitan apabila diberikan.
RM 1,800.00 ~ RM6,124.00
Syarat Lantikan Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : a)
Warganegara Malaysia.
b)
Diploma dalam Perakaunan, Kewangan atau setara yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
c)
Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
d)
Pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang yang berkaitan.
Jawatan 6
:
Penolong Eksekutif (Pentadbiran) - (1 Kekosongan )
Deskripsi Tugasan
:
Jadual Gaji
:
Melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi). Menaip surat-surat berkaitan pentadbiran am dan lain-lain surat rasmi yang diarahkan. Mengedar surat-surat harian, memo, akta, perintah, arahan, pekeliling, sampul kecil dari bahagian, cawangan, syarikat untuk makluman para pegawai. Menyelenggara sistem pemfailan yang terkini dan tepat. Pengetahuan asas computer. Mengambil dan menghantar dokumen-dokumen ke tempat yang diarahkan. Kerja-kerja lain akan diberikan dari pihak atasan dari semasa ke semasa.
RM 1,320.00 ~ RM2,805.00
Syarat Lantikan Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut : a) Warganegara Malaysia; b) Umur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; d) Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; e) Pengalaman berkerja sekurang-kuranya 1 tahun dalam bidang berkaitan. f) Mempunyai lesen memandu D.
CARA MEMOHON a) Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang yang boleh diperolehi melalui laman sesawang www.felcra.com.my atau di pejabat FELCRA Properties Sdn. Bhd., Aras Bawah, Wisma FELCRA, Lot PT 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur. b) Setiap permohonan hendaklah menyertakan salinan Kad Pengenalan, Sijil-sijil kelayakan akademik serta lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan benar beserta sekeping gambar berukuran passport. c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Ogos 2016 jam 4.00 petang. d) Permohonan yang tidak memenuhi syarat akan ditolak. e) Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon-pemohon yang tidak dihubungi dalam masa 3 (tiga) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya. f)
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut dan nyatakan jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul surat berkenaan. FELCRA Properties Sdn. Bhd. Aras Bawah, Wisma FELCRA, Lot PT 4780, Jalan Rejang, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur.