JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BAHAGIAN HAB HALAL
PEKELILING PENSIJILAN HALAL MALAYSIA BIL. 1 TAHUN 2012
PENGUATKUASAAN AKT A PERIHAL DAGANGAN PERINTAH PERIHAL DAGANGAN BERKAITAN HALAL
2011
DAN
PERINTAH
'"UJUAN
1.
Pekeliling ini bertujuan
memaklumkan
mengenai
pindaan
Akta
Perihal
Dagangan 1972 dan Perintah-Perintah berkaitan perbahasaan dan penandaan halal serta perlaksanaan penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2012 2.
Objektif utama pekeliling ini adalah untuk memaklumkan semua pihak yang
berkepentingan bahawa berkuat kuasa 1 Januari 2012, sijil dan logo halal yang dikeluarkan/dipohon sarna ada secara self declaration atau yang dikeluarkan oleh mana-mana syarikat swasta tidak lagi dibenarkan. Perbuatan tersebut adalah merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah APD 2011 yang baru ini.
1
LATARBELAKANG 3.
Sebelum ini, sijil dan logo halal bagi produk keluaran dalam negara boleh
dipohon sarna ada dari Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri atau syarikat syarikat swasta. Terdapat beberapa bentuk dan jenis logo halal yang dikeluarkan yang merujuk kepada identiti pihak yang mengeluarkan sijil dan logo halal tersebut. Oisebapkan tiada satu undang-undang khusus yang boleh memantau pengeluaran sijil dan logo halal yang pelbagai, maka timbul beberapa kekeliruan di kalangan pengguna khususnya yang berhubungan dengan kebolehpercayaan dan kredibiliti pihak-pihak yang mengeluarkan sijil dan logo halal yang bermatlamatkan keuntungan. 4.
Justeru, pihak Kerajaan telah berusaha mencari kaedah terbaik bagi memantau
dengan lebih berkesan pengeluaran sijil dan logo halal ba.gi mengelakkan ia dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu. Usaha ini telah dijalankan melalui rundingan antara Jakim, Kementerian Perdagangan Oalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPONKK) dengan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri-Negeri. Hasil daripada rundingan tersebut, Kerajaan telah bersetuju bahawa hanya satu logo halal
sahaj~
yang
diiktiraf untuk dipakai di seluruh Negara iaitu logo halal Malaysia. Pihak-pihak selain Jakim dan Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri-Negeri pula tidak boleh lagi mengeluarkan siji! dan logo halal bagi pasaran domestik. 5.
Selanjutnya, Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) telah diluluskan oleh
Parlimen pada 11 Julai 2011. Oi bawah Seksyen 28 dan 29 Akta ini, terdapat dua Perintah Perihal Oagangan yang berkaitan dengan penguatkuasaan halal iaitu:
6.
(i)
Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011
(U)
Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011
Bermula pada 1 Januari 2012 iaitu tarikh kuat kuasa bagi APO 2011, Perintah
Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, kedua-dua perintah Perintah Perihal Oagangan
2
(Perbahasaan Halal 1975) dan Perintah Perihal Dagangan (Penandaan Halal 1975) adalah dimansuhkan. Kesemua pihak yang berkepentingan hendaklah mematuhi kehendak kedua-dua Perintah yang baru ini.
KANDUNGAN APD 2011
7.
.. Seksyen 28 APD 2011
•
Seksyen 28 beftujuan untuk membuat peruntukan mengenai kuasa
Menteri untuk mentakrifkan apa-apa ungkapan dan bagi menghendaki maklumat diberikan, dan lain-lain. Menteri diberi kuasa untuk memberikan erti apa-apa ungkapan yang digunakan bagi makanan, barang-barang atau perkhidmatan sebagai mempunyai erti yang tertentu. Melalui perintah, Menteri boleh menetapkan erti berkenaan sarna ada kepada ungkapan apabila digunakan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan atau apabila digunakan dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perintah itu. •
Seksyen 28 turut memperuntukkan bahawa Menteri boleh menetapkan
kesalahan bagi mana-mana orang yang memperdayakan atau mengelirukan orang awam bahawa barangan yang ditawarkan menepati takrifan yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen ini. •
Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap mana-mana premis
yang menawarkan makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang tidak halal yang didapati membenarkan pekerjanya memakai kopiah, songkok atau tudung seperti yang lazim dipakai oleh orang Islam. Ini kerana amalan tersebut boleh mengelirukan atau memperdayakan orang Islam terhadap status halal barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis tersebut. •
la bertujuan, antara lain, untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana
orang yang memperdayakan orang ramai bahawa makanan yang ditawarkan adalah halal dengan menggunakan barangan mengenai Islam atau ayat-ayat suci AI-Ouran.
3
8.
Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 28 APD 2011 :
(a) Jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, denda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau (b) ..Iika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu juta ..
ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun, bagi kesalahan berikutnya denda tidak
mel~bihi
lima juta ringgit atau penjara tidak melebihi lima
tahun atau kedua-duanya.
9.
Seksyen 29 APD 2011 (a) Seksyen 29 menetapkan bahawa Menteri boleh dengan perintah, mengenakan kehendak bagi mendapatkan barang-barang itu diluluskan, dicapkan atau disertai dengan apa-apa maklumat dan mengawal selia atau melarang pembekalan barang-barang yang berkaitan dengan kehendak itu yang meliputi bentuk dan cara yang dalamnya maklumat atau arahan itu akan diberikan. (b) Berdasarkan seksyen ini, VB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) boleh menamakan mana-mana pihak berkuasa berwibawa untuk membuat perakuan dan pengecapan ke atas sesuatu barangan termasuk yang berkaitan dengan pensijilan halal. (c) Bagi penandaan logo dan pensjjilan halal,
VB Menteri menamakan
Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri sebagai agensi pensijilan halal di Malaysia yang diiktiraf sebagai pihak berkuasa berwibawa di bawah APD 2011. (d) Melalui seksyen ini, hanya Jakim dan MAIN sahaja yang boleh mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia, sekiranya terdapat pihak lain yang mengeluarkan sijil dan logo halal, perkara tersebut merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah APD 2011.
4
10.
Hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen 29 APD 2011
(a) Jika pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, bagi kesalahan kedua, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit (b) Jika bukan pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, bagi kesalahan kedua, denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya
TAKRIF HALAL
11.
Takrif halal diperuntukkan di bawah Perintah Perihal
Dag~ngan
(Takrif Halal)
2011 yang mentakrifkan sesuatu makanan atau barangan yang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barangan tersebut boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam. 12.
Perintah ini juga meliputi apa-apa perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu dijalankan mengikut Hukum Syarak.
13.
Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan,barang-barang atau perkhidmatan itu yang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain yang bertentangan dengan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 adalah melakukan suatu kesalahan.
5
PIHAK BERKUASA BERWIBAWA
14.
Pihak berkuasa berwibawa diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan
dan Penandaan Halal) 2011.
Bagi tujuan memperaku dan
.. mengeluarkan logo halal di Malaysia, pihak berkuasa berwibawa yang dinamakan oleh YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN). 15.
Berdasarkan
Perintah
memperakukan
ini
bahawa
juga,
mana-mana
mana-mana
perkhidmatan yang berhubung
orang
makanan,
dengan makanan
yang
bertindak
barang-barang at~u
atau
barang-barang itu
adalah halal selain dari pihak berkuasa berwibawa; atau membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu, adalah melakukan satu kesalahan.
PENANDAAN/PERAKUAN HALAL
16.
Perakuan perihal halal Semua makanan dan barang-barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam melainkan jikaD (a)
diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa; dan
(b)
ditandakan dengan logo Halal Malaysia
6
Perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang tidak boleh diperihalkan
sebagai
halal
atau
diperihalkan
dengan
cara
lain
untuk
menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam melainkan jika ia diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa.
17.
I;.
Perakuan peri hal halal bagi makanan dan barang-barang import 8agi produk import yang dipasarkan di Malaysia yang akan ditanda sebagai halal atau apa-apa penandaan lain yang menunjukkan sebagai halal hendaklah diperakukan oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim di negara berkenaan.
Pengimport atau pengeluar mana-mana makanan dan 'barang-barang yang diperakukan sebagai halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM hendaklah menandakan pada makanan dan barang-barang itu, nama badan pensijilan tersebut.
18.
Permohonan pensijilan halal
Mulai 1 Januari 2012 semua permohonan sijl halal untuk produk dalam negara hendaklah melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
Penggunaan Logo
19.
Semua makanan atau barangan yang telah mendapat pensijilan halal dari Jakim atau MAIN hendaklah menggunakan logo halal Malaysia seperti di bawah:
7
Logo Halal Malaysia
. Ciri-ciri logo: (a) (b) (c) (d)
Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan; Perkataan Arab - .. J~" di tengah bintang; Diikuti tulisan rumi "HALAL" Bulatan logo tertulis perkataan "l'QIalaysia" dalam tulisan Arab; Rumi dan .. l:IJ=lL." dalam perkataan (e) Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut. 20.
Pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan logo halal Malaysia, atau meniru bentuk logo halal tersebut dan menandakan makanan, barang-barang atau perkhidmatan mereka dengan logo halal Malaysia yang palsu adalah dianggap ,
melakukan kesalahan memperdayakan dan mengelirukan pengguna dan boleh diambil tindakan di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang lain yang berkuat kuasa. KESALAHAN DAN PENALTI 21.
Kesalahan yang diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011:
Kesalahan bagi memperdayakan atau mengelirukan (1)
Mana-mana
orang
yang
membekalkan
atau
menawarkan
untuk
membekalkan apa-apa makanan dengan membuat apa-apa representasi atau perbuatan yang boleh memperdayakan atau mengelirukan mana-mana orang
8
bahawa makanan itu adalah
halal~atauboleh
dimakan olehorang Islam adalah
melakukan suatu kesalahan. (2)
Bagi
maksud
subperenggan
(1),
"representasi
atau
perbuatan"
termasuklah penggunaan ayat-ayatsuci AI-Quran atau apa-apa perkara atau objek yang berhubung dengan agama Islam sama ada di premis di mana .. makanan itu dijual atau di bekas di mana rnakanan itu dibekalkan. (3)
Jika mana-mana 'orang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah
subperenggan
(1),
beban untuk membuktikan
bahawa makanan yang
dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan adalah halal mengikut kehendak perenggan 3 hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Perintah ini boleh, apabila disabitkan (a) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau
(b) jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi
satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
22.
Kesalahan yang diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Makanan) 2011 Mana-mana orang yango
9
(a) memperaku
bahawa
mana-mana
makanan,
barang-barang
atau
perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu adalah halal; atau (b) membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan,
barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu, bertentangan dengan Perintah ini. melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkanD (c)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi
dua ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; atau
(d)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi
satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
TEMPOH PERALIHAN
23.
Produk
Bagi produk yang berada di pasaran yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf, pihak industri diberi tempoh sehingga 31 Disember 2012 untuk menghentikan penggunaan logo tersebut. Pada mas a yang sama pihak industri perlu mendapatkan pensijilan halal daripada Jakim atau MAIN.
10
24.
Premis
8agi premis yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf, logo tersebut perlu dilupuskan serta merta. Pada masa yang sama pihak industri perlu mendapatkan pensijilan halal daripada Jakim atau MAIN.
TARIKH KUAT KUASA
25.
Pekeliling ini berkuat kuasa mulai daripada 1 Januari 2012
PERTANYAAN
26.
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pekeliling ini hendaklah dirujuk kepada: Pengarah
Bahagain Hab Halal
Aras Bawah, Blok 2200, Enterprise Building 3,
Persia ran Apec
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon
03-8315 0200
Faks
03-83187044
PEMAKAIAN
27.
Pekeliling ini terpakai kepada semua pihak yang akan menggunakan penandaan halal terhadap makanan, barang-barang atau perkhidmatan atau apa-apa penandaan lain yang menunjukkan bahawa makanan, barang-barang atau perkhidmatan itu adalah halal.
11
UBERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
(DATO' HJ OTHMAN-SIN MUSTAPHA)
Ketua' Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA PUTRAJAYA JANUARI2012
12