September 2010 untuk
Program Bahasa Malaysia Edubest Cerita Pilihan – “Anak-anak Kambing yang Cerdik ” Seekor ibu kambing mempunyai tiga anak kambing yang comel dan bijak. Pada suatu pagi, ibu kambing hendak keluar untuk mendapatkan susu untuk anakanaknya. “ Wahai anak-anakku, ibu akan balik dengan cepat setelah mendapat susu. Jangan buka pintu walau sesiapa pun yang mengetuk pintu kecuali ibu,’ pesan ibu kambing Setelah mendengar pesanan ibu, anak-anak kambing menganggukanggukkan kepala bersetuju. Tidak lama kemudian, seekor serigala mengetuk pintu. Dengan suara yang kasar dan garau, serigala itu berkata, “Wahai anak-anakku, bukalah pintu! Ibu dah dapat susu untuk kalian.” Anak-anak kambing tahu itu bukan suara ibu mereka kerana suara ibu mereka lunak dan lembut. Walaupun mereka agak gementar, mereka tetap menggunakan akal untuk menyelamatkan diri. “Ibu kami mempunyai suara yang lunak, tidak seperti suara engkau!” jawab anak-anak kambing itu. Dengan cepat, serigala mengubah suaranya dan bercakap dengan suara yang lembut untuk meminta anak-anak kambing membuka pintu. Namun, anakanak kambing masih mengesyaki suara itu. Mereka mendapat suatu akal lalu berkata, “Kalau engkau ibu kami, cuba tunjukkan kaki engkau melalui celah pintu ini,” kata anak-anak kambing. Serigala pun menghulurkan kakinya untuk ditunjukkan kepada anak-anak kambing. Setelah melihat kaki serigala yang berwarna hitam dan berkuku panjang serta tajam, anak-anak kambing tahu itu bukan ibu mereka lalu berkata, “ Ibu kami tidak ada kuku yang panjang pada kakinya! Kakinya juga tidak sehitam engkau! Pergi kau dari sini!” Setelah hilang akal, serigala pun pergi dari situ dengan kecewa. Kebetulan pada masa itu, ibu kambing balik. “Wahai anak-anaku yang kusayang, ibu dah balik.” Anak-anak kambing kenal akan suara ibu mereka lalu membuka pintu. Mereka berasa gembira melihat ibu mereka lalu mendakap ibu mereka. Mereka minum susu sepuas-puasnya sambil menceritakan peristiwa tadi kepada ibu mereka. “Kamu semua bijak sekali. Binatang tadi itu ialah serigala yang amat bahaya! Dia ialah musuh kita. Jadi, jangan buka pintu jika pengetuk pintu itu tidak kalian kenali” Anak-anak kambing mengangguk-anggukan kepada tanda faham. Pengajaran : Kita mestilah berhati-hati apabila berhadapan dengan orang yang tidak kita kenali.
Isi Kandungan Bahagian
m/s
Cerita Pilihan
1
Pengetahuan Am Klinik Bahasa
2
Kuiz Khazanah Bahasa Karya Pelajar Sekolah Rendah Koleksi Karya Karya Pelajar Sekolah Menengah
2 3 3 4-9 10
11-12
Pengetahuan Am -
Lapisan Ozon
Ozon ialah gas yang berwarna biru dan berbau bawang putih. Gas ozon ini wujud dalam udara, khasnya jauh di dalam angkasa. Ozon ialah gas yang dapat mengoksidakan (menyebabkan sesuatu berkarat) semua logam kecuali platinum dan emas. Ozon ialah pembasmi kuman yang banyak digunakan dalam pensterilan air minuman dan air di kolam renang. Selain itu, gas ozon juga digunakan untuk mengawet makanan, memutihkan kertas dan digunakan untuk menyediakan minyak wangi dan ubat. Lapisan ozon wujud di atmosfera (udara), iaitu 20 kilometer dari permukaan bumi. Lapisan ozon ini menapis pancaran ultra ungu yang berbahaya dari matahari. Jika lapisan ozon ini bocor, pancaran ultra ungu tidak dapat disekat dan hal ini akan membahayakan kesihatan manusia dan benda hidup seperti menyebakan penyakit barah kulit. Selain itu, suhu di bumi juga akan meningkat sehingga menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan dan plankton yang diperlukan oleh benda hidup. Pencemaran udara boleh mengakibatkan lapisan ozon ini bocor seperti apa yang terjadi sekarang.
Lapisan ozon
Lapisan ozon memelihara bumi daripada pancaran ultra ungu
Kebocoran lapisan ozon
Kebocoran lapisan ozon di Artik
Klinik Bahasa Perbezaan kata nafi “memberi” dan “memberikan”
Penggunaan Contoh ayat 1 Contoh ayat 2
memberi memberi + manusia Cikgu memberi saya sebatang pensel. Saya memberi ibu sejambak bunga.
memberikan memberikan + objek / kata nama (bukan manusia) Cikgu memberikan sebatang pensel kepada saya. Saya memberikan sejambak bunga kepada ibu.
Kuiz
Tarikh Tutup : 10 Oktober 2010
Tahap SR1A
SR1B
SR2A
SR2B
SR3A
Soalan Kata ganti nama diri : 1. Ramli dan abang pandai melukis .________ juga pandai menyanyi. 2. Susan dan ibu_______ pergi ke pasar dengan bas. 3. “Nama saya Ali. Siapakah nama ____ ?” tanya Ali kepada Abu. Bubuh imbuhan -an pada perkataan yang sesuai. Kemudian, tulis semula perkataan itu. 1. Zamri menulis catat hari di bilik. 2. Ibu menyediakan makan untuk kakak. 3. Kapal terbang mendarat di lapang terbang. Bubuh imbuhan peN- pada perkataan yang sesuai. Kemudian, tulis semula perkataan itu. 1. Ayah pernah bekerja sebagai jaja dan kawal. (2 jawaban) 2. Ibu saya seorang yang sayang dan ramah. (2 jawaban) 3. Sapu dan putar skru dijual di kedai itu. ( 2 jawaban) Tukar ayat aktif berikut kepada ayat pasif : 1. Ramli dan adik sedang membaca buku di bilik. 2. Kami akan membina pondok kayu itu dengan secepat mungkin. 3. Anda hendaklah menyiapkan kerja ini sekarang juga. Salin ayat semula dengan membubuh kata sendi di tempat yang sesuai. 1. Cikgu akan berbincang soalan hari Isnin. 2. Adik berkata dia sakit kepala apabila bangun tidur. 3. Latihan akan ditunda hari Selasa jika hujan turun.
Khazanah Bahasa
a. Simpulan Bahasa • • •
ikat perut ikut telunjuk iri hati
: mengurangkan makan kerana hendak berjimat : mengikut arahan orang : cemburu
b. Perumpamaan • seperti minyak dengan air : tidak mungkin disatukan • seperti orang buta kehilangan tongkat : hilang tempat bergantung • seperti rusa masuk kampung :tecengang-cengang di tempat baru
Karya Pelajar : Catatan Harian Oleh: Melvin Yeo, 7 tahun
Oleh: Loo Zhi Yeng 8 tahun
Selepas pulang dari sekolah, kami pergi ke agensi pekerjaan di Taman OUG. Ibu memilih pembantu rumah. Ibu telah memilih seorang pembantu rumah dari negara Kemboja yang berumur lapan belas tahun.
Hari ini, kawan saya yang bernama Aivy membawa sebuah telefon bimbit ke sekolah. Saya memberitahunya bahawa tingkah laku ini salah. Kita tidak patut membawa telefon bimbit ke sekolah.
Oleh: Che Zia Yee, 7 tahun
Oleh: Ng Hoong Jack, 8 tahun
Hari ini, kawan saya cuba menggunakan pensel yang tajam untuk menusuk kepala kawannya. Budak itu menangis dengan kuat. Saya mengadukan perbuatan kawan saya itu kepada cikgu.
Hari ini, ibu membawa saya ke kedai cermin mata untuk membelikan saya sepasang cermin mata. Saya tidak tahu cermin mata yang mana satu harus dibeli. Saya meminta ibu menolong saya memilih cermin mata. Selepas lima minit, kami pun telah memilih sepasang cermin mata. Kami pun pulang ke rumah dengan gembira.
Oleh: Yong Yentze, 7 tahun Hari ini, emak mengupah pembantu rumah sambilan. Mak Cik itu tinggal berdekatan dengan rumah saya. Dia berjalan kaki ke tempat kerja. Dia bekerja dua baru dalam seminggu iaitu pada hari Rabu dan Sabtu. Setiap hari, dia bekerja selama tiga jam. Oleh: Belinda Lim, 7 tahun Cuaca hari ini panas. Matahari bersinar dengan panas terik. Saya kuat berpeluh kerana panas dan terpaksa mandi tiga kali sehari untuk menyejukkan badan. Saya juga menolong emak menyiram bunga pada hari yang panas ini.
Oleh: Ng Shu Qi, 8 tahun Hari ini ialah hari terakhir untuk Cikgu Foo mengajar di sekolah kami. Pihak sekolah mengadakan jamuan ringan untuk beliau. Cikgu Foo menangis menyebabkan saya juga menangis. Murid-murid berasa sangat sedih. Suasana menjadi senyap-sunyi seketika. Saya berat hati melihat beliau meninggalkan kami.
Oleh: Micole Yong, 9 tahun
Oleh: Andrew Leow, 10 tahun
Bulan ini ialah bulan puasa. Kawan Sara berpuasa tetapi saya telah minum air di depannya. Dia memberitahu saya jangan minum air di depannya. Saya berasa kesal kerana saya tidak menjaga perasaan Sara. Saya meminta maaf atas kesalahan saya.
Apabila saya terlelap di dalam bas sekolah, saya terdengar suatu suara. Kami mencari dari mana suara itu datang. Selepas itu, saya tidur semula. Apabila kami tiba di perhentian bas, pemandu bas mencari penyapu. Saya berasa sangat takut apabila terdengar bunyi tikus. Apabila tikus berlari, bas telah menggelek tikus itu.
Oleh: Khoo Sulyn, 10 tahun Hari Isnin, saya masih tidak sihat. Ibu dan bapa membawa saya ke Hospital Assunta. Oleh sebab itu, saya tidak hadir ke sekolah. Doktor yang merawat saya bernama Doktor Lim Wye Keat. Ketiga-tiga anaknya juga bersekolah di sekolah yang sama dengan saya. Doktor Lim berkata telinga kanan saya telah mengalami jangkitan manakala telinga kiri saya sama. Kedua-dua belah telinga saya ada banyak kotoran telinga. Doktor Lim menitiskan ubat telinga dan mengeluarkan banyak kotoran telinga. Saya perlu balik ke sini hari Sabtu untuk rawatan lanjutan.
Oleh: Truvea Teo, 10 tahun Semasa saya dan adik sedang berbaring di atas katil untuk tidur, tiba-tiba perut saya terasa sangat lapar. Saya memberitahu adik tentang hal ini kerana ibu bapa kami sudah tidur. Selepas lima minit berbincang, kami pun mengambil keputusan untuk pergi ke tingkat bawah dan makan biskut yang dibeli oleh emak saya mengalas perut dengan makan biskut. Selepas makan , kami minum segelas air lalu pergi ke tidur di bilik tidur.
Oleh: Jeslyn Tan, 10 tahun Guru Seni menyuruh kami melukis gambar Hari Kemerdekaan. Saya telah melukis Menara Berkembar Petronas. Apabila saya pulang dari rumah, saya terus menunjukkan lukisan kepada kakak saya. Dia memberitahu bahawa Menara Berkembar Petronas yang saya lukis kelihatan seperti “jagung”. Dia ketawa terbahak-bahak manakala saya berasa sungguh malu.
Oleh: Yu Yi Xiu, 11 tahun Merdeka ! 1 Malaysia ! Tiga hari lagi ialah Hari Kebangsaan. Hari Kebangsaan ialah hari jadi negara kita. Bendera dikibarkan di setiap rumah. Hal ini menunjukkan rakat cinta akan negara. Kita mestilah bersatu padu untuk membina sebuah negara yang maju dan kuat.
Oleh: Teo Jin Yeet, 11 tahun
Oleh: Nathalie Gan, 11 tahun
Cikgu berkata bahawa kami akan menyertai pertandingan Matematik. Kami sekelas terkejut selepas mendengar berita ini. Pertandingan berlangsung selama satu jam. Saya bersedia uuntuk pertandingan ini. Selepas satu jam, saya telah menjawab seratus soalan. Cikgu mengatakan hanya saya seorang di kelas saya yang menyiapkan semua soalan.
Bulan Ogos ialan bulan Ramadan. Orang Melayu tidak dibenarkan makan atau minum dalam masa yang ditetapkan. Ibu mangajar saya agar menghormati orang lain dengan tidak minum atau makan di hadapan orang Melayu. Guru Bahasa Malaysia saya ialah berbangsa Melayu. Sebelum beliau memasuki kelas, saya memanggil murid-murid menyimpan bekas air dan makanan mereka. Mereka menyimpan bekas air dan makanan masing-masing. Tindakan ini ialah sikap yang bersopan-santun.
Oleh: Amanda Gan, 12 tahun Pada hari ini, sekolah saya telah mengadakan pertandingan nyanyian Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid dengan muzik. Selain itu, pertandingan juga diadakan untuk mencungkil bakat murid-murid untuk mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan . Banyak murid dari Tahun Satu hingga Enam telah menyertai pertandingan tersebut. Mereka telah menyanyikan lagu-lagu yang menarik hati para penonton. Oleh: Thean Yao Sheng, 12 tahun Aku temampak sebuah buku rujukan kakakku yang dibeli sebelum aku berumur lima tahun. Buku rujukan ini berjudul “Studi Komplit UPSR, Bahasa Melayu”. Tiba-tiba, aku terkejut. Kami pun “tercampak” buku rujukan itu lalu menjerit sambil berlari ke luar rumah. Rupa-rupanya di depan buku rujukan tertulis nama penulis itu ” Tan Bun Eng” , iaitu guru Bahasa Malaysiaku di Pusat Tuisyen Edubest !
Karya Pelajar : Karangan Oleh: Ooi Min Xuan, 9 tahun Karangan Biografi – Kehidupan Seorang Penjaja Encik Arvin ialah seorang penjaja nasi lemak. Dia sudah menjaja nasi lemak selama 10 Tahun. Dia tinggal di Taman Desa bersama isterinya. Setiap pagi, dia bangun pada pukul 5.00 pagi. Selepas dia membersihkan diri, dia menyediakan bahan masakan seperti sampal, nasi lemak, timun hiris, telur rebus, ayam rendang dan kacang. Pada pukul 7.00 pagi, dia bertolak ke gerainya dengan memandu kereta. Setiba di gerai, dia mengeluarkan barang-barang dari kereta. Dia menyusum makanan dan barang dengan kemas. Pada pukul 8.00 pagi, sudah ada pelanggan datang untuk membeli nasi lemak. Mereka terdiri daripada pelajar, pekerja pejabat dan suri rumah tangga. Ramai orang suka membeli nasi lemaknya kerana dia sangat peramah dan baik hati. Oleh itu, nasi lemak habis dijual dengan cepat. Pada pukul 5.00 petang, dia mengemaskan gerai. Dalam perjalanan pulang, dia singgah di pasar raya untuk memberi barang untuk kegunaan esok. Dia membeli nasi , ayam dan telur. Pada waktu petang, Arvin menemai anaknya bermain di padang dan menjemput anak dari Pusat Tuisyen Edubest. Pada waktu malam dia menemani anaknya membuat kerja sekolah dan bermain dengan anaknya. Kehidupan sebagai seorang penjaja memang susah. Namun dia berasa gembira kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Sikap rajin Encik Arvin patut dicontohi semua orang.
Oleh: Truvea Teo, 10 tahun Karangan Fakta - Faedah Membaca Membaca ialah hobi yang sihat. Terdapat banyak bahan bacaan dalaam pasaran seperti majalah, buku cerita dan surat khabar. Membaca mendatangkan banyak faedah. Antaranya, kita dapat menambahkan pengetahuan dengan membaca. Hal ini dikatakan demikian kerana bahan bacaan mengandungi ilmu seperti sains, sejarah, geografi dan teknologi. Dengan membaca, pengetahuan kita akan bertambah. Kita tidak akan menjadi katak di bawah tempurung. Contohnya, kita dapat mengetahui sebab dinasaur pupus dengan membaca ensiklopedia. Selain itu, membaca dapat memajukan tahap penguasaan bahasa kita. Bahan bacaan ditulis dengan bahasa yang gramatis. Dengan memaca, kita dapat mempelajari kasa kata, ayat dan simpulan bahasa. Lama-kelamaan, kita akan mahir dalam bahasa tersebut. Misalnya, kita dapat menulis karangan yang baik setelah membaca buku atau surat khabar. Kita juga dapat mengisi masa lapang dengan membaca. Kita boleh menggunakan masa lapang untuk membaca buku. Dengan ini, masa kita tidak akan disia-siakan. Kita juga tidak akan melakukan perkara yang tidak baik. Umpamanya, kita boleh membaca buku cerita pada waktu petang. Dengan membaa, kita dapat memupuk sahsiah yang baik. Hal ini adalah demikian kerana bahan bacaan mengandungi cerita-cerita yang bernilai murni. Dengan membaca buku, kita dapat mempelajari nilai murni. Kita akan menjadi orang yang bermoral. Sebagai contoh, kita akan menjadi jujur selepas membaca cerita tentang George Washington. Kesimpulannya, membaca amat berfaedah kepada kita. Oleh itu, kita perlu memupuk minat membaca sejak kecil lagi.
Oleh: Amanda Gan, 12 tahun Laporan Tahunan Persatuan Bahasa Cina Tahun 2010 Penaung : Puan Lim Shi Weim Guru Penasihat : Puan Samsai Binti Sherom Pengerusi : Lim Ee Sing Setiausaha : Amanda Gan Bendahari Hu Sha Wern Ahli Jawatankuasa : 1. Tan Xin Wei 2. Jacyln Ng Shi Wei 3. Rugby Sng Ai Ming 4. Jackson Ng Niao Sheng 5. Thean Rong Ping Persatuan Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Taman Desa telah ditubuhkan pada tahun 1981. Tujuan penubuhan persatuan adalah untuk memupuk minat murid-murid dalam penguasan Bahasa Cina dan mencungkil bakat murid-muird dalam bidang Bahasa Cina. Setakat ini, terdapat seramai 95 orang ahli yang menyertai Persatuan Bahasa Cina. Persatuan kami telah mendapat sambutan yang hangat daripada murid-murid . Ahli persatuan juga semakin bertambah. Dari bulan Januari hingga bulan Mei, beberapa aktiviti telah dijalankan. Aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan syarahan spontan dan kuiz bertulis. Keduadua aktiviti ini telah dimenangi oleh Lim Ping Lam dari kelas 5C. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai setiap aktiviti dalam peringkat negeri atau kebangsaan. Kami telah mengambil bahagian dalam pertandingan mendeklamasi sajak, bercerita, perbahasan dan pertandingan syarahan antara sekolah. Sepanjang bulan Julai hingga bulan September, Persatuan Bahasa Cina telah mengadakan aktiviti di luar. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti lawatan sambil belajar ke Zoo Negara, lawatan ke pameran buku serta Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan lawatan sambil belajar diadakan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid. Lawatan itu terbuka kepada murid Tahap Dua sahaja. Pada akhir tahun, jamuan perpisahan ahli Tahun Enam yang bakal naik ke sekolah menengah telah diadakan. Aktiviti yang diadakan adalah seperti majlis penyampaian sijil dan cenderamata. Kami berharap agar persatuan kami lebih aktif lagi pada tahun hadapan. Laporan disediakan oleh,
Amanda Gan___ (AMANDA GAN) Setiausaha, Persatuan Bahasa Cina, Sekolah Kebangsaan Taman Desa.
25 NOVEMBER 2010
Koleksi Karya Pelajar – Neng Jedd-Mann 12 tahun
Karangan Fakta – Keburukan Menonton Televisyen Tajuk:
Diolog
Cuaca hari ini sungguh baik. Oleh itu, saya mengajak kawan karib saya Victoria untuk berjoging bersama saya. Selepas berjoging, saya dan Victoria pun berehat di bangku. Kami berbual tentang perlunya seseorang menjaga kesihatan badan.
Jadd- Menn:
Badan saya terasa cergas selepas berjoging.
Victoria:
Begitu juga dengan saya. Senaman pagi memang dapat mencergaskan badan seseorang.
Jadd-Menn:
Tahukah kamu bahawa bersenam dapat memecahkan lemak dalam tubuh kita ?
Victoria:
Tentulah saya tahu. Kalau kita mempunyai badan yang sihat, mudahlah kita melakukan aktiviti harian.
Jadd- Menn:
Memang betul cakap kamu.
Victoria:
Selain daripada bersenam, kita juga perlu memakan makanan yang seimbang. Kita juga perlu mengelakkan makanan segera.
Jadd- Menn:
Namun makanan segera ialah kegemaran orang ramai zaman ini. Pihak kerajaan boleh meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kebaikan memakan berkhasiat.
Victoria:
Di samping itu, kita memerlukan rehat yang mencukupi.
Jadd- Menn:
Kita juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan kita tiap-tiap tahun dan menerima rawatan yang baik jika sakit.
Victoria:
Seperti yang kamu sebutkan tadi, pengambilan nutriens yang sesuai amat penting.
Jadd-Menn:
Jangan lupa, satu lagi faktor yang penting ialah kebersihan. Kita perlu memastikan tempat tinggal kita bersih kerana kebersihan sekitar turut mempengaruhi kesihatan.
Victoria:
Memang betul. Terima kasih kerana sudi berbual dengan saya.
Jadd- Menn:
Sama-sama. Harap kita dapat berbual lagi.
Tanpa disedari, jam menunjukkan sudah pukul 10.30 pagi. Saya dan Victoria pun terus berjoging.
Karya Pelajar Sekolah Menengah Catatan Mingguan Tan Ling Hui, 13 tahun Saya telah memakai pakaian uniform baru saya ke sekolah. Baju itu adalah untuk pengawas. Baju itu berwarna hitam, biru dan putih. Saya lebih suka memakai baju ini daripada pakaian seragam PBSM saya. Hal ini adalah kerana bahan yang digunakan utuk membuat baju pengawas tidak begitu memanaskan. Namun, bahan yang digunakan untuk pakaian seragam PBSM amat berat dan panas. Selain itu, jika saya memakai pakaian uniform pengawas, saya tidak perlu takut bahawa baju saya akan kotor kerana baju itu berwarna hitam manakala baju PBSM berwarna putih. Namun, kelemahan pakaian seragam pengawas itu adalah saya perlu memakai skirt. Kawan saya suka “mendukung” saya setiap Rabu tetapi mulai hari ini, dia tidak boleh mendukung saya lagi kerana saya memakai skirt pasa setiap Rabu. Di samping itu, saya juga tidak boleh melakukan aksi yang kasar dan bermain dengan kawan. Jadi, memakai skirt ada kebaikan dan kelemahan!
Ulasan Petikan Akhbar Gan Jay Shen , 13 tahun Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti bangsa Cina, Melayu dan India. Konsep 1 Malaysia bertujuan untuk memupuk perpaduan antara kaum. Suatu perbezaan negara kita dengan negara lain ialah negara kita mempunyai penduduk yang terdiri daripada berbagai kaum. Kita juga mempunyai pelbagai jenis makanan. Seterusnya kita juga mempunyai perayaan tradisi yang seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan Hari Kristmas. Di samping itu, setiap bangsa mempunyai cara hidup dan kebudayaan serta adat resam masing-masing. Perbezaan etnik menjadi suatu daya penarik negara kita untuk menarik ramai pelancong asing untuk melancong ke negara kita. Hal ini adalah penting dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara seterusnya menarik lebih ramai pelabur asing datang untuk berniaga di negara kita. Pendek kata, kaum yang berbilang bangsa adalah keunikan dan khazanah negara. Kita patut menghargai keunikan ini dengan dan mengeratkan perpaduan antara kaum.
Karangan Teo Jia Yeen, 13 tahun Karangan syarahan– Pengguna Berhemah Asas Kesejahteraan Negara Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, tuan-tuan dan puan-puan, serta hadirin yang dihormati. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “ Pengguna Berhemah Asas Kesejahteraan Negara.” Tuan-tuan dan puan-puan, Untuk menyejahterakan negara kita, pengguna memainkan peranan yang penting. Antara cara yang dapat dilakukan untuk mencapai tujuan ini ialah pengguna mengamalkan sikap yang jimatcermat. Untuk melaksanakan langkah itu, pengguna mestilah berhati-hati ketika berbelanja. Selain itu, pengguna haruslah mengamalkan tabiat menyenaraikan barang yang hendak dibeli sebelum membeli-belah. Di samping itu, pengguna haruslah membeli barang yang diperlukan sahaja. Dengan ini, kita tidak akan membazirkan wang dan kerajaan dapat mengawal inflasi. Selain itu, hak-hak pengguna mestilah diketahui oleh setiap pengguna. Kita haruslah mengetahui kualiti barang sebelum memilih barang. Jikalau barang yang dibeli berkualiti rendah, kita akan membaziran wang. Kita juga haruslah mengetahui tarikh luput sesuatu barang. Jikalau barang seperti makanan melepasi tarikh luputnya, kesihatan kita mungkin terjejas dan kita akan membazirkan wang sahaja. Selain itu, kita mestilah mendapatkan harga yang berpatutan ketika membeli barang untuk membanteras peniaga yang tidak beretika. Hadirin yang dihormati, Pengguna haruslah mengelakkan ditinya daripada menjadi mangsa penipuan yang semakin berleluasa sekarang. Pengguna haruslah membaca label bungkusan dengan teliti untuk mengenal pasti jenama bungkusan tersebut. Selain itu, elakkan diri daripada pembelian barang yang lama kerana barang lama itu mungkin telah rosak. Di samping itu, kita haruslah menukar barang yang telah rosak. Dengan ini, kita dapat menjimatkan wang daripada membeli barang yang baharu lagi. Melalui semua langkah ini, pertelingkahan antara peniaga dengan pengguna dapat dielakkan. Selain itu, kita boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa seperti Persatuan Pengguna atau Kementerian Peniaga dan Hal Ehwal Pengguna jikalau kita telah ditipu atau tidak berpuas hati dengan sikap peniaga demi kebajikan orang ramai. Kita juga boleh mengadu kepada pihak berkuasa jikalau harga yang ditetapkan oleh peniaga tidak berpatutan dan peniaga itu menurunkan harganya. Jikalau seseorang pengguna telah membeli barang yang telah melepasi tarikh luput, dia patut membuat aduan kepada pihak yang berkuasa. Kesimpulannya, pengguna memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesejahteraan negara. Negara yang sejahtera dapat diwujudkan dengan masyarakat perniagaan yang berhemah! Oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya mengakhiri syarahan saya dengan serangkap pantun. Kalau ada jarum yang patah, Jangan simpan di dalam peti; Kalau ada silap dan salah, Jangan simpan di dalam hati. Sekian, terima kasih.
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius 2-1 Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. 03-7983 7650 www.edubest.edu.my