E NADI BANDAR #highlight
TAHNIAH...YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bersama Pihak Pengurusan Kanan UDA merakam gambar kenangan bersama para pemenang UDA Pekan Bridge Run 2016.
PERDANA MENTERI MENYEMPURNAKAN
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH UDA PEKAN BRIDGE RUN 2016
UDA Holdings Berhad (UDA) buat julung-julung kalinya telah menganjurkan “UDA Pekan Bridge Run 2016” bertempat di Ancasa Royale Pekan, Pahang. Meskipun baru pertama kali diperkenalkan, “UDA Pekan Bridge Run 2016” telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta dari seluruh negara khususnya dari negeri Pahang sendiri. UDA Pekan Bridge Run 2016 merupakan antara inisiatif UDA ke arah melahirkan serta menerapkan amalan dan gaya hidup sihat selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang produktif menjelang wawasan 2020. Pada masa yang sama juga, program sebegini memberikan peluang kepada UDA untuk lebih mendekati komuniti di daerah Pekan serta mempromosi produk-produk hartanah UDA di seluruh Malaysia. UDA cukup bertuah pada kali ini dengan kesudian YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk sama-sama menyerikan lagi program larian tersebut.
Corp comm
1
#highlight Turut hadir bagi memeriahkan program ini adalah YBhg Dato’ Dr Mohd Shafei Bin Abdullah, Pengerusi Kumpulan UDA dan juga YBhg Datuk Ahmad Bin Abu Bakar, Pengarah Urusan Kumpulan UDA. Ahli-ahli Parlimen Negeri Pahang, Pihak Berkuasa Tempatan serta Pengurusan Kanan UDA juga sama hadir menjayakan program ini. SENAMAN RINGAN... Para peserta memanaskan badan sebelum larian bermula bagi mengelakkan kekejangan otot.
SEMANGAT...Peserta larian bersemangat menyertai program larian UDA Pekan Bridge Run 2016.
Corp comm
2
#projek@UDA
MAJLIS PERJANJIAN USAHASAMA
BBCC & MITSUI Pada 13 Oktober yang lalu, satu Majlis Pemeteraian Perjanjian Usaha Sama antara konsortium BBCC Development yang terdiri daripada UDA Holdings Berhad (UDA), Eco World Development Group Bhd (Eco World) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan Mitsui Fudosan Asia. Pemeteraian perjanjian itu adalah untuk penubuhan, pemilikan, pengurusan, dan pengoperasian sebuah syarikat usaha sama (JVCo) yang akan memiliki dan mengendalikan pusat beli-belah Mitsui Shopping Park Lalaport di BBCC. Projek ikonik ini akan menawarkan kira-kira 350 ruang beli-belah yang merangkumi jenama baru dan terkenal dari Jepun dan rantau Asia. Projek yang dikenali sebagai Mitsui Shopping Park Lalaport, pembinaan pusat beli-belah ini akan mula dibina pada Januari 2017 dan mengambil masa empat setengah tahun untuk disiapkan.
USAHASAMA..YBhg Dato’ Dr . Mohd Shafei Bin Abdullah, Pengerusi UDA Holdings Berhad bersama-sama YBhg Tan Sri Liew Kee Sin, Pengerusi Eco World Development Group Bhd (Eco World), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil kesempatan untuk bergambar setelah selesai Majlis Menandantangi Perjanjian Usahasama.
MAJLIS PENYERAHAN
kedai desa juasseh @ KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN UDA memainkan peranan dalam menterjemahkan hasrat kerajaan bagi mewujudkan persekitaran pembangunan yang kondusif bukan sahaja tertumpu di kawasan bandar, malahan juga UDA turut memberi fokus kepada pembangunan di luar bandar. Justeru, selaras dengan peranannya, UDA telah mengambil inisiatif untuk terus memperkasa penglibatannya dalam membantu komuniti, khususnya di pinggiran bandar dengan menerajui projek-projek pembangunan kedai desa semenjak tahun 2011. Sehingga kini, UDA telah berjaya membina sejumlah 82 lot kedai iaitu 158 unit kedai desa di seluruh negara dan baru-baru ini juga, UDA telah mengadakan Majlis Penyerahan Kedai Desa Juasseh, Kuala Pilah kepada Majlis Daerah Kuala Pilah pada 4 Oktober 2016, bertempat di perkarangan rumah kedai tersebut. YBhg Dato’ Dr Haji Mohd Shafei Abdullah, Pengerusi UDA telah menyerahkan kunci kedai desa tersebut kepada para penyewa dan disaksikan oleh YB Dato’ Haji Ismail Lasim, Adun Kawasan Senaling merangkap EXCO Kerajaan Negeri serta YB Dato’ Haji Mohammad Razi Haji Kail, ADUN Kawasan Juasseh. Turut hadir sama memeriahkan lagi majlis ini adalah Ketua-Ketua Jabatan, Pihak Pengurusan Kanan UDA serta penduduk setempat. Semoga pembangunan kedai desa ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak, terutamanya para penduduk di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, sekali gus dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk tempatan selari dengan hasrat kerajaan dalam mencapai negara maju menjelang tahun 2020. YBhg Dato’ Dr. Mohd Shafei Abdullah, Pengerusi UDA Holdings Berhad menyempurnakan Majlis Penyerahan Kedai Desa Juasseh, Negeri Sembilan
Corp comm
3
#projek@UDA
uda sertai
myrumah3 property showcase @ BALAI BERITA NSTP, BANGSAR Kumpulan New Straits Times (NSTP) telah mengadakan pameran hartanah ‘MYRUMAH 3 PROPERTY SHOWCASE’ bertempat di Balai Berita NSTP, Bangsar bermula dari 7 Oktober sehingga 9 Oktober 2016. UDA Holdings Berhad (UDA) telah menyertai pameran yang dianjurkan dengan mempromosikan produk hartanah UDA di Lembah Klang iaitu Anggun Residences dan Lake Vista. Selain UDA, UMLand, Sime Darby Property, Gamuda Land, dan PNB Development Bhd juga turut tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan produk – produk mereka.
Terdapat pelbagai pengisisan yang bermanfaat sepanjang berlangsungnya pameran itu, diantaranya ialah sesi ceramah daripada 20 pakar hartanah dan undang – undang, pemaju hartanah dan perkongsian maklumat ‘Into Financial Insights’. Melalui penyertaan ini juga sekali gus dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran orang ramai terhadap produk UDA, khususnya produk-produk terbaru; Anggun Residences dan Lake Vista. Para pengunjung juga mendapat gambaran yang lebih jelas dalam merancang kewangan dan pemahaman pelaburan hartanah. MESRA...wakil UDA sedang mempromosikan produk UDA kepada YBhg Datuk Halimah Mohamed Sadique, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
UDA LEGASI SDN BHD ANJUR
INISIATIF PEMASARAN & JUALAN BERSAMA PANEL BANK UDA UDA Legasi Sdn Bhd telah mengadakan satu inisiatif pemasaran dan jualan dengan menjemput panel bank UDA selama enam (6) minggu berturut – turut pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula 15 Oktober 2016 dan berakhir pada 20 November 2016. Panel bank yang terlibat adalah Maybank, Bank Affin, Bank Islam, Bank CIMB, Bank Rakyat dan juga Bank RHB. Panel bank dijemput untuk memberikan khidmat nasihat dari segi perbankan dan pinjaman. Secara tidak langsung, panel bank juga akan menjemput pembeli yang berpotensi untuk hadir dan mendapatkan khidmat mereka. Semoga usaha yang ditunjukkan oleh pihak UDA Legasi Sdn Bhd akan memperoleh keuntungan.
SAMBUTAN MENGGALAKKAN...para pengunjung tertarik dengan produk UDA, Legasi Kampong Bharu.
Corp comm
4
#projek@UDA
@ANGGUN F1 SPEED ZONE @ GALERI JUALAN ANGGUN
Pada 1 Oktober 2016, bersempena dengan perlumbaan Formula 1, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Korporat dan Jualan telah mengadakan satu majlis yang bertemakan Perlumbaan Formula 1 bertempat di Galeri Jualan Anggun. Majlis ini dimulakan dengan pertunjukan kereta lumba daripada Lotus dan seterusnya menayangkan siaran langsung perlumbaan kepada tetamu yang dijemput pada hari tersebut. Majlis tersebut diteruskan dengan satu sesi soal jawab bersama pelumba kereta Formula 1 Malaysia, Nik Iruwan. Majlis diserikan lagi dengan sesi komedi yang disampaikan oleh pelawak dalam bahasa Inggeris, Douglas Lim. Pada sesi akhir, para tetamu telah dibawa melawat ke bilik – bilik contoh Anggun Residences. HIBURAN...Douglas Lim telah menghiburkan para jemputan yang hadir pada majlis tersebut.
#news@UDA
mesyuarat agung( tahunan badan kebajikan kakitangan uda bkku
(
Pada 21 Oktober yang lepas, satu Mesyuarat Agong Tahunan Badan Kebajikan Kakitangan UDA (BKKU) ke 20 telah diadakan di Dewan Serbaguna Tingkat 9, Pertama Kompleks. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar, Pengarah Urusan Kumpulan UDA dan dihadiri oleh Pengurusan Kanan UDA. Agenda utama majlis ini adalah untuk membentangkan laporan aktiviti tahunan kepada semua ahli BKKU. Pada masa yang sama majlis ini memberi peluang kepada semua ahli BKKU untuk menyuarakan pendapat, pandangan dan juga cadangan untuk penambahbaikkan pengisian program – program yang bakal dilaksanakan oleh tampuk pimpinan yang baru agar mencapai objektif penubuhan BKKU. Semoga barisan pimpinan BKKU dapat melaksanakan tugas dengan penuh integriti dan komitmen agar segala perancangan dapat dilakukan dengan jayanya.
Antara kakitangan yang menyuarakan pandangan dan komen semasa Mesyuarat Agung Tahunan BKKU Ke -20.
Corp comm
5
#news@UDA
majlis penganugerahan PANGKAT
pegawai keselamatan Pada 21 Oktober 2016 telah berlangsungnya Majlis Pemakaian Pangkat kepada 3 orang Polis Bantuan UDA bertempat di ruang legar Tingkat 16, Bangunan UDA Holdings Berhad. YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar, Pengarah Urusan Kumpulan UDA telah meluangkan masa untuk sama-sama meraikan dan menyempurnakan acara pemakaian pangkat serta penyerahan sijil.
PEMAKAIAN PANGKAT...YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar memakaikan pangkat yang baru kepada pegawai-pegawai polis bantuan.
Majlis seumpama ini diadakan julung kali oleh UDA dan melibatkan Koperal Jowen Durus, Lans Koperal Addis Udinniah dan Lans Koperal Mohd Nazal Abdul Ghafur. TAHNIAH... 3 orang pegawai polis bantuan yang telah menerima penganugerahan kenaikkan pangkat.
Tahniah diucapkan dan semoga penganugerahan pangkat ini dapat menyuntik semangat mereka untuk terus memacu kecemerlangan UDA pada masa hadapan.
UDA mall SDN BHD mengadakan
kursus asas panduan keselamatan kebakaran
Selain itu, para peserta turut diberikan pendedahan cara-cara mengatasi perasaan panik apabila berhadapan dengan situasi kecemasan. Jurulatih dari Bomba dan Penyelamat daripada bahagian Titiwangsa telah dijemput hadir untuk memberikan taklimat keselamatan kepada kakitangan UMSB. Kursus seumpama ini amat penting bagi semua warga kerja UDA, dalam usaha untuk sentiasa mendapatkan informasi dan teknik-teknik terkini dalam menangani sebarang kecemasan dan kebakaran.
DEMONSTRASI..Jurulatih dari Bomba dan Penyelamat memberikan taklimat keselamatan kepada peserta
UDA Mall Sdn Bhd (UMSB) bersama-sama dengan Jabatan QASHE telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan kursus selama dua (2) hari mengenai asas panduan keselamatan kebakaran yang dihadiri seramai 50 orang kakitangan UMSB. Kursus yang diadakan bertempat di Tingkat 9, Bangunan UDA Holdings Berhad pada 25 dan 26 Oktober 2016 bertujuan untuk memberi pendedahan teknik-teknik berkesan dalam penggunaan peralatan memadam kebakaran.
LATIHAN PRAKTIKAL...kakitangan UDA Mall Sdn Bhd berpeluang untuk melakukan cara pemadaman api kebakaran yang betul.
Corp comm
6
#news@UDA
program BCM PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERNIAGAAN Pengurusan Kanan UDA yang hadir dalam program ini telah sedikit sebanyak diberikan pendedahan, latihan dan bengkel perbincangan yang menjurus kepada kesemua lapangan perniagaan yang meliputi Pembangunan Hartanah, Pengurusan Mall, Pengurusan Kemudahan, Hospitaliti dan juga bahagian-bahagian perkhidmatan dalam UDA. Secara keseluruhan, program BCM ini telah berjaya mencapai objektif-objektif yang telah disasarkan oleh Pengurusan Risiko Kumpulan dan Bahagian Modal Insan Kumpulan.
FOKUS...peserta kursus mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Dorai Sinna.
Program Pengurusan Kesinambungan Perniagaan atau dengan ringkasnya BCM telah dianjurkan oleh pihak Talent Development Unit, Bahagian Modal Insan Kumpulan UDA selama dua (2) hari bermula 27 September 2016 bertempat di Dewan Serbaguna UDA, Tingkat 9, Kompleks Pertama. Program tersebut dianjurkan untuk barisan Pengurusan Kanan UDA, telah dikendalikan oleh Encik Dorai Sinna, seorang pelatih yang bertauliah dan berpengalaman luas dalam bidang BCM dari MFQ Asia.
Pengurusan Kesinambungan Perniagaan adalah suatu disiplin atau proses bagi mengenal pasti impak yang berkemungkinan mengancam UDA, menyediakan kerangka daya pemulihan atau resilience dan membina keupayaan untuk bertindak balas dengan berkesan bagi menjaga kepentingan pemegang taruh utama, reputasi, jenama dan aktiviti-aktiviti mencipta nilai atau value creating.
uda anjur
bengkel analisis keperluan latihan Satu bengkel Analisis Keperluan Latihan Tahun 2017 (TNA) yang dihadiri oleh Ketua Bahagian UDA / Anak Syarikat Kumpulan dan juga wakil Sumber Manusia Anak Syarikat telah diadakan pada 21 September 2016 yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna Tingkat 9, Kompleks Pertama.
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk menilai isu – isu operasi dan pernigaan semasa dan akan datang, mengenal pasti faktor jurang prestasi yang paling penting yang perlu diberi tumpuan pada tahun berikutnya dan membuat pembaharuan keperluan pembelajaran dan hasil pembelajaran.
PERCAMBAHAN IDEA...para peserta membuat perbincangan berkumpulan.
Corp comm
7
#info@UDA
sekalung tahniah YBhg. Datuk Ahmad Tajuddin Bin Mohamed Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaacob yang ke -78 pada 14 Oktober 2016 yang lalu, Yang Dipertua telah berkenan untuk memberi darjah kebesaran kepada 923 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri. Seramai 122 orang menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk. Antara penerima yang terlibat ialah YBhg Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset, UDA Holdings Berhad (UDA). Ini merupakan pengiktirafan kepada pengalaman dan komitmen YBhg Datuk yang tidak berbelah bagi dalam melaksanakan tugas dengan jayanya selama ini. Kami mendoakan semoga YBhg Datuk sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T dengan kesihatan yang baik, taufiq dan hidayah agar dapat terus menyemarakkan lagi azam dan iltizam untuk menabur bakti kepada bangsa dan negara. Kami berharap dengan pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk ini, dapat mendorong YBhg Datuk untuk meneruskan usaha memacu pembangunan negara ke arah yang lebih produktif dan sekali gus memberi manfaat kepada UDA pada masa hadapan. Tahniah diucapkan kepada YBhg Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed.
SEKALUNG TAHNIAH...YBhg Datuk Ahmad Tajuddin Mohammed semasa Majlis Penerimaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M)
MAKLUMAN KAKITANGAN BAHARU Nama
:
Cik Dinah Ahmad
Jawatan :
Eksekutif 1
Bahagian :
Pemasaran & Komunikasi Korporat Kumpulan
Corp comm
8
#kuiztrivia@UDA
Di manakah Mini Gemaputra 2016 akan diadakan?
* Pemenang berdasarkan jawapan yang tepat dan terpantas. Keputusan akan dimaklumkan menerusi emel.
Hantarkan jawapan anda berserta nama penuh dan bahagian kepada
[email protected]
TAHNIAH
pemenang Kuiz trivia PUAN SOFIA MOHD ISA
Pemenang Kuiz Trivia E-Nadi Bandar Isu 10 Oktober 2016 Puan Sofia Mohd Isa Jabatan Percukaian Korporat, Bahagian Kewangan Kumpulan UDA
OUR VALUES
Corp comm
9