Dr. Hamdzun Haron UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PERSIDANGAN ANTARABANGSA SAINS DAN TEKNOLOGI DI ALAM MELAYU SALAM 2
Penulisan ini merupakan satu kajian kualitatif melalui observasi secara deskriptif dilakukan ke atas aktiviti penghasilan tembikar warisan Melayu tradisional di Malaysia yang didapati kini berleluasa menggunakan pelbagai teknologi. Pemerhatian tersebut dilakukan di Perak, Kelantan dan Pahang
Pengenalan o
o
Tembikar merupakan hasil kraf tangan yang terawal dicipta oleh manusia yang mendiami di Malaysia sejak zaman prasejarah lagi. Tembikar merupakan satu objek ciptaan manusia yang menggabungkan empat unsur keperluan asas dalam kehidupan seharian kita.
TANAH
AIR
UDARA
API
Tanah liat
bahan asas untuk membentuk tembikar
Air
dilembutkan dengan mencampurkan atau merendamkannya
diperlukan jika tanah liat keras
membasahkan tangan memudahkan kita membentuk tanah liat pelbagai rupa yang dikehendaki. Udara
diperlukan semasa proses pengeringan Api
sumber- kayu, buluh, sabut kelapa, ranting, arang, gas, elektrik
bahan bakar semasa proses pembakaran
jasad tembikar menjadi keras.
Sejarah Kewujudan Tembikar Bilakah tembikar mula dicipta dalam sejarah seni manusia?
Jomon
Tembikar tertua adalah dari Jepun merupakan seni tembikar yang sempurna dan terawal telah dicipta di dunia. Bermaksud dekorasi bertali Dihasilkan pada tahun 10,750 SM iaitu pada zaman Paleolitik Karakter mudah dikenal pasti kerana pasu yang dihasilkan berbentuk tinggi, bertapak kecil dan terdapat dekorasi jalinan tali-tali halus pada permukaannya
Tembikar Zaman Neolitik Malaysia o
Mengikut sejarah terdapat 2 klasifikasi tembikar yang ditemui di Malaysia: 1)
Tembikar Zaman Neolitik - Terdapat 3 lokasi ianya ditemui:
Gua Musang & Gua Cha (Kelantan)
Jenderam Hilir (Selangor)
Bukit Tengku Lembu (Perlis)
2) Tembikar Melayu Tradisional – terdapat 5 lokasi ia ditemui:
PASU KECHUR (Perlis/1995 pupus)
MAMBONG (Kelantan)
TERENANG (Pahang)
PASU SUNGAI DUA (Pulau Pinang)
LABU (Perak) Labu Sayong, Labu Pulau Tiga
Perkembangan Tembikar Melayu Tradisional Membuat tembikar adalah salah satu hasil kraftangan yang tidak asing lagi dalam masyarakat Melayu walaupun penghasilannya hanya tertumpu kepada beberapa negeri sahaja. Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia seperti Perak, Pahang dan Kelantan telah berjaya menghasilkan tembikar yang mempunyai identiti tersendiri Kepelbagaian kegunaan tembikar yang dihasilkan oleh kaum wanita telah menjadikannya sebagai salah satu barangan keperluan utama.
Negeri Perak Perak merupakan negeri terawal manusia hidup di Semenanjung Malaysia Penemuan rangka manusia berusia lebih kurang 11,000 tahun iaitu hidup awal zaman Batu Lama (Paleolitik) Rangka ini diberi nama Perak Man 1938 - di Kota Tampan, Lenggong Manusia pada zaman itu telah menggunakan beberapa jenis alat yang dibuat dari batu seperti ‘pengetuk batu’ dan ‘kapak genggam’
Labu Tanah o
o o o o
o o o
o
Dihasilkan di kampung Sayong dan Pulau Tiga sahaja. Ideanya diadaptasi daripada bentuk buah labu air. Rekaannya berfungsi sebagai bekas air minuman. Dihasilkan oleh kaum wanita sahaja. Dikenali juga dengan panggilan ‘labu picit’. Pakar pembuatnya dipanggil ‘pandai labu’. Adaptasi dari buah labu air – juga dikenali sebagai labu ayor Labu tanah dari Sayong kelihatan licin, bersaiz besar dan berwarna kehitaman – dikenali sebagai Labu Sayong Labu tanah dari Pulau Tiga bersaiz kecil sedikit, permukaan kasar dan berwarna kekuningan –dikenali sebagai Labu Pulau Tiga.
Negeri Pahang
Tembikar di negeri ini telah wujud sejak akhir zaman Mesolitik Dihasilkan oleh satu masyarakat yang mengamalkan kebudayaan ‘Hoabinhian’ Penemuan di Gua Kecil, Bukit Chinatamani, Kota Tongkat Ragam hias seperti mengecap dan gurisan pada tembikar prasejarah
Terenang
Jerantut daerah yang menghasilkan terenang berbentuk geluk
Negeri Kelantan
Tembikar dihasilkan sejak zaman Neolitik lagi 3000 tahun yang lalu Penemuan di Gua Cha.
Mambong
Dikenali sebagai tembikar Mambong - Mukim Mambong Periuk tanah bertutup tanpa ragam hias
Teknologi pembuatan tembikar Melayu tradisional Satu sistem teknologi proses pengurusan: Untuk
membuat tembikar Melayu tradisional, satu sistem teknologi proses pengurusan yang menggunakan teknik dan kemahiran tangan digunakan oleh pandai tembikar. Di samping dengan pengetahuan dan kerja-kerja praktikal yang menggunakan bahan, peralatan atau mesin tertentu sama ada cara lama atau moden digunakan bagi menjamin pembentukan tembikar yang sempurna. Dalam erti kata lain: Teknologi dalam proses pembuatan tembikar Melayu tradisional adalah tahap suatu pengetahuan teknikal yang digunakan dan bergabung jalin dengan sumber tertentu untuk menghasilkan sesuatu produk.
Proses Penghasilan Tembikar 1
Proses penyediaan tanah
2 Proses membentuk tembikar
3 Dekorasi
4 Pembakaran
Proses penyediaan tanah
Chok digunakan untuk mengorek tanah liat dari tebing sungai.
Tanah liat ditakek-takek dengan parang supaya menjadi ketulan lebih kecil.
Tanah liat ditumbuk dengan lesung kaki
Tanah Liat dimasukkan ke dalam ayak untuk ditapis bagi mendapatkan debu tanah liat
Debu tanah liat dikepalkepal di dalam dulang pelapik
Memecahkan tanah menjadi ketulan yang lebih kecil
Proses penyediaan tanah
Menapis tanah
Proses melepa tanah liat
Tanah liat diuli sampai sederhana keras
Tanadisiram dengan air dan kemudian ditutup dengan guni
Pasir ditabur pada tanah
Menumbuk tanah menggunakan lesung tangan.
Hancurkan Tanah dengan Mesin plunger
Menapis tanah bagi memastikan kehalusan tanah yang diperolehi
Proses membentuk tembikar
Lingkaran tanah liat diletakkan di dalam pinggan ayan untuk proses picit-cubit.
Dinding tembikar dipadatkan dengan cara menepuknepuknya dengan kayu penepik.
Dinding labu dicembungkan untuk membuat bahagian badan tembikar
Bahagian kepala labu tanah terbentuk dan labu dilicin-licinkan dengan menggunakan sudip kayu.
Akhir sekali bahagian muncung siap dibentuk dan dilicin-licinkan dengan menggunakan jari
Meluru di bahagian badan Labu Sayong.
Proses membentuk di peringkat awal
Memicit sambil menaikkan tanah
Lingkaran tanah ditambah untuk menaikkan badan Terenang.
Menyamaratakan bahagian bawah Terenang.
Melicinkan permukaan Terenang dengan batu sungai
Lebihan tanah pada bahagian tengah dibuang
Proses menaikkan dinding periuk
Meratakan bahagian dalam Mambong menggunakan besi kokot
Proses melicinkan permukaan dengan menggunakan batu sungai .
Model labu tanah masih di atas mesin jolly jigger
Plaster of Paris dituang ke dalam kepungan.
Model dipisahkan daripada kepingan acuan.
Membuat ‘kunci’ pada kepingan acuan.
Slip dituang ke dalam acuan plaster of Paris.
Jasad labu tanah yang telah separuh kering dalam acuan
Jasad Labu Sayong dibiarkan separuh kering pada suhu bilik.
Melicinkan permukaan Labu Sayong dengan menggunakan mesin lempar alin
Meluru di bahagian badan Labu Sayong
Dekorasi
Menghasilkan corak menggunakan kayu cop
Hasil ukiran tanah liat bunga timbul.
Motif pucuk rebung dihasilkan dengan menggunakan teknik gurisan
Cara mengukir tebuk tembus.
Engobe disapu pada permukaan tembikar labu.
Melakar slip trailing.
Mengecop pada slip trailing.
Lakaran menggunakan pen marker.
Lakaran menggunakan pen dakwat emas
Spray gun digunakan dalam teknik semburan
Pembakaran Dedah
Labu Sayong disusun terbalik di atas parapara.
Menghidupkan unggun api menggunakan sabut kelapa
Proses menyalai bau tanah di atas para-para.
Labu Sayong diturunkan dari para-para untuk proses pembakaran.
Labu Sayong disusun di atas bahan bakar.
Labu Sayong ditutup dengan bahan bakar
Proses menyekam labu tanah guna sekam padi
Menyusun kayu sebelum proses pembakaran mambong
Labu Sayong bertukar menjadi hitam apabila dibawa keluar daripada sekam padi.
Proses pembakaran tembikar cara dedah.
Menyapu damar di bahagian tapak labu tanah supaya tidak telus air
Melumur getah jantung pisang di bahagian tapak mambong.
Pembakaran Tanur
Sebuah tanur yang masih menggunakan kayu sebagai bahan bakar.
Batu bata yang menutupi pintu tanur dirobohkan untuk mengeluarkan Labu Sayong
Pembakaran menggunakan tanur gas sedang dijalankan oleh pengusaha Labu Sayong. Tanur gas.
Labu Sayong berwarna coklat muda apabila telah cukup matang pembakaran.
Tamat