KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA 77
DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2
LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Cetakan 2013
© Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia 2013
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
0
KANDUNGAN BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1
PENDAHULUAN
1
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2
3
MATLAMAT MATA PELAJARAN
3
4
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
3
5
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
4
6
TAFSIRAN
5
7
KERANGKA STANDARD PRESTASI
6
8
PENYATAAN STANDARD
7
9
STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA
8
10
PEMETAAN EVIDENS
27
0
PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Ekonomi Rumah Tangga serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi dan keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Ekonomi Rumah Tangga sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
2
MATLAMAT MATA PELAJARAN Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OBJEKTIF MATA PELAJARAN OM1
Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit.
OM2
Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk.
OM3
Menterjemahkan idea-idea kreatif dan inovatif melalui lukisan teknik.
OM4
Menghasilkan arktikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.
OM5
Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian.
OM6
Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.
OM7
Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.
OM8
Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek.
OM9
Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.
(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.)
3
OBJEKTIF PENTAKSIRAN Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;
OP1
Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.
OP2
Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OP3
Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.
OP4
Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.
OP5
Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.
OP6
Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.
OP7
Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.
(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)
4
TAFSIRAN o
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o
Evidens (murid) ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu deskriptor.
o
Evidens (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan.
o
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.
o
Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
5
KERANGKA STANDARD PRESTASI
6
Tahu
Faham
5
Tahu
Faham
4
Tahu
Faham
3
Tahu
2
Tahu
1
Tahu
Faham
Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Boleh Buat dengan Beradab
Boleh Buat
Faham
6
PENYATAAN STANDARD BAND
PENYATAAN STANDARD
6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.
5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.
4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.
3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.
2 (Tahu dan Faham)
Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.
1 (Tahu)
Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.
7
STANDARD PRESTASI KHB EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 2
8
BAND 1
9
BAND
1 Tahu
STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.
DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh :
Murid boleh :
B1D1 Mengetahui tentang reka bentuk dan penghasilan projek.
B1D1E1 Menyatakan dua jenis bahan pembinaan projek. B1D1E2 Menyatakan dua cara mencantum bahagian projek.
B1D2 Mengetahui tentang asas elektronik.
B1D2E1 Menyatakan empat simbol komponen elektronik.
B1D3 Mengetahui tentang asas lukisan teknik.
B1D3E1 Menyatakan empat alatan lukisan teknik.
B1D4 Mengetahui tentang masakan.
B1D4E1 Menyatakan lima faktor penting dalam merancang menu. B1D4E2 Menyatakan maksud hidangan sepinggan lengkap.
10
B1D4E3 Menyatakan tiga contoh hidangan sepinggan lengkap. B1D5 Mengetahui tentang tanaman hiasan.
B1D5E1 Menyatakan dua tujuan pemasuan semula tanaman hiasan. B1D5E2 Menyatakan dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula
B1D6 Mengetahui tentang pemakanan dan pengurusan sajian.
B1D6E1 Menyatakan pengertian makanan bekal. B1D6E2 Menyatakan dua faktor penting memilih bekas untuk membungkus makanan. B1D6E3 Menyatakan tiga faktor utama merancang menu untuk makanan bekal.
B1D7 Mengetahui tentang jahitan.
B1D7E1 Menyatakan dua jenis belah.
11
B1D8 Mengetahui tentang asas keusahawanan.
Menyatakan
B1D8E1 Menyatakan lima agensi kerajaan yang membantu usahawan.
: Secara lisan atau bertulis.
12
BAND 2
13
BAND
2 Tahu dan Faham
STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.
DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh :
Murid boleh :
B2D1 Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan penghasilan projek.
B2D1E1 Menerangkan dua bahan pembinaan projek dari segi sifatnya.
B2D2 Mengetahui dan memahami tentang asas elektronik.
B2D2E1 Menerangkan tiga komponen elektronik dari segi fungsinya.
B2D3 Mengetahui dan memahami tentang asas lukisan teknik.
B2D3E1 Menerangkan empat alatan lukisan teknik dari segi fungsinya.
B2D4 Mengetahui dan memahami tentang masakan.
B2D4E1 Menerangkan lima adab dan sopan semasa makan.
B2D5 Mengetahui dan memahami tentang pemakanan dan pengurusan sajian.
B2D5E1 Menerangkan dua faktor utama merancang menu untuk makanan bekal.
14
Menerangkan
B2D6 Mengetahui dan memahami tentang jahitan.
B2D6E1 Menerangkan maksud belah.
B2D7 Mengetahui dan memahami tentang asas keusahawanan.
B2D7E1 Menerangkan dua agensi kerajaan dari segi bantuan yang diberikan kepada usahawan.
: Secara lisan atau bertulis.
15
BAND 3
16
BAND
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.
DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh :
Murid boleh :
B3D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek.
B3D1E1 Menyediakan jadual kerja.
B3D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik.
B3D2E1 Membaca nilai satu perintang tetap.
B3D1E2 Menghasilkan projek reka bentuk.
B3D2E2 Menterjemah semua komponen1 dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar.
B3D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik.
B3D3E1 Melukis unjuran ortografik.
B3D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pemakanan dan pengurusan sajian.
B3D4E1 Membungkus makanan bekal menggunakan kertas lilin atau daun pisang.
17
B3D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan.
B3D5E1 Menjahit lengan padanan rata2. B3D5E2 Menyusun atur pola blaus atas fabrik. B3D5E3 Menggunting fabrik.
semua komponen1 lengan padanan rata2
: Minimum empat jenis. [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)] : Pada contoh jahitan atau satu lengan pada blaus.
18
BAND 4
19
BAND
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.
DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh :
Murid boleh :
B4D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara sistematik.
B4D1E1 Menghasilkan projek reka bentuk mengikut prosedur1.
B4D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik.
B4D2E1 Membaca nilai satu perintang tetap mengikut prosedur2. B4D2E2 Menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar mengikut prosedur3.
B4D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara sistematik.
B4D3E1 Melukis unjuran ortografik mengikut prosedur4.
B4D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pemakanan dan pengurusan sajian secara sistematik.
B4D4E1 Membungkus makanan bekal menggunakan kertas lilin atau daun pisang mengikut prosedur5.
20
B4D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara sistematik.
B4D5E1 Menjahit lengan padanan rata mengikut prosedur6 . B4D5E2 Menyusun atur pola blaus atas fabrik mengikut prosedur7. B4D5E3 Menggunting fabrik mengikut prosedur8.
prosedur1 prosedur2 prosedur3 prosedur4 prosedur5 prosedur6 prosedur7 prosedur8
: Melakukan kerja mengukur, menanda dan memotong mengikut urutan. Seterusnya membina, mencantum dan membuat kemasan. : Bacaan yang tepat. : Komponen dilukis mengikut kedudukan dan kekutuban yang betul. : Kaedah dan teknik yang betul. : i. Daun pisang - bersih dan buang bahagian yang keras. ii. Kertas lilin - bersih dan makanan dibungkus di bahagian yang berlilin. : Menjahit mengikut urutan langkah yang betul. : Menyusun atur pola mengikut prinsip. : Menggunting mengikut prinsip.
21
BAND 5
22
BAND
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.
DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh :
Murid boleh :
B5D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara berinisiatif.
B5D1E1 Menghasilkan projek reka bentuk dengan daya usaha1.
B5D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara berinisiatif.
B5D2E1 Melukis unjuran ortografik dengan daya usaha2.
B5D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang pemakanan dan pengurusan sajian secara berinisiatif.
B5D3E1 Membungkus makanan bekal menggunakan kertas lilin atau daun pisang dengan daya usaha3.
B5D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara berinisiatif.
B5D4E1 Menjahit lengan padanan rata dengan daya usaha4. B5D4E2 Menyusun atur pola blaus atas fabrik dengan daya usaha5.
23
B5D4E3 Menggunting fabrik dengan daya usaha6.
daya usaha1 daya usaha2 daya usaha3 daya usaha4 daya usaha5 daya usaha6
: i. Cantuman kukuh. ii. kemasan sempurna. : i . Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm). ii. Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul. iii. Hasil lukisan betul dan bersih. : Cara pembungkusan rapi (makanan tidak terkeluar). : Lengan tidak berkedut. : Kedudukan pola rata. : Guntingan tepat dan tidak berjerumbai.
24
BAND 6
25
BAND
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.
DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh :
Murid boleh :
B6D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara kreatif dan inovatif.
B6D1E1 Menghasilkan projek reka bentuk dengan nilai tambah1.
.
nilai tambah1
: Penambahan sesuatu bahan yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.
26
PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK TERAS
BERDASARKAN BAND TERAS BAND
B1
B2
B3
B4
B5 B6
DESKRIPTOR
EVIDENS
BERDASARKAN TAJUK TERAS
BIL. EVIDENS
TAJUK
BAND
DESKRIPTOR
EVIDENS
BIL. EVIDENS
D1
E1, E2
2
B1
D1
E1, E2
2
D2
E1
1
B2
D1
E1
1
D3
E1
1
B3
D1
E1, E2
2
D4
E1, E2, E3
3
B4
D1
E1
1
D5
E1, E2
2
B5
D1
E1
1
D1
E1
1
B6
D1
E1
1
D2
E1
1
B1
D2
E1
1
D3
E1
1
B2
D2
E1
1
D4
E1
1
B3
D2
E1, E2
2
D1
E1, E2
2
B4
D2
E1, E2
2
D2
E1, E2
2
B1
D3
E1
1
D3
E1
1
B2
D3
E1
1
D1
E1
1
B3
D3
E1
1
D2
E1, E2
2
B4
D3
E1
1
D3
E1
1
B5
D2
E1
1
D1
E1
1
B1
D4
E1, E2, E3
3
D2
E1
1
B2
D4
E1
1
D1
E1
1
B1
D5
E1, E2
2
JUMLAH
25
REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK
ELEKTRONIK
LUKISAN TEKNIK
MASAKAN TANAMAN HIASAN
JUMLAH
25
27
ANALISIS EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK ELEKTIF (ERT)
BERDASARKAN BAND BAND
B1
B2
BERDASARKAN TAJUK
DESKRIPTOR
EVIDENS
BIL. EVIDENS
D6
E1,E2, E3
D7
TAJUK
DESKRIPTOR
3
B1
D6
E1,E2,E3
3
E1
1
B2
D5
E1
1
D8
E1
1
B3
D4
E1
1
D5
E1
1
B4
D4
E1
1
D6
E1
1
B5
D3
E1
1
D7
E1
1
B1
D7
E1
1
D4
E1
1
B2
D6
E1
1
D5
E1, E2, E3
3
B3
D5
E1, E2, E3
3
D4
E1
1
B4
D5
E1, E2, E3
3
D5
E1, E2, E3
3
B5
D4
E1, E2, E3
3
D3
E1
1
B1
D8
E1
1
D4
E1, E2, E3
3
B2
D7
E1
1
PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN
B3 JAHITAN
B4
B5
JUMLAH
20
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
JUMLAH
EVIDENS
BIL. EVIDENS
BAND
20
28
LembagaPeperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Webhttp://www.moe.gov.my/lp
29