KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang
berilmu
pengetahuan,
berketrampilan,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
2
PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
3
TAFSIRAN o
Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi ( qualifier ) menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan standard hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard kualiti yang dapat ditaksir dan dicapai.
o
Evidens :
o
Murid
-
Instrumen
-
Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
4
KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND
STANDARD
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
2
TAHU DAN FAHAM
1
TAHU
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
5
TAFSIRAN BAND BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi.
2
TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukarkan bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta menjelaskan apa-apa yang telah dipelajari.
1
TAHU
Murid mengetahui perkara asas, atau dapat melakukan kemahiran asas ataupun memberikan respons kepada perkara yang asas.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
6
MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.
OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat: i.
melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
ii.
mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;
iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan; iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera; v.
melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan
vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
7
BAND
PERNYATAAN STANDARD
6
Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
5
Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
4
Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
3
Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
2
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
1
Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
8
BAND
1 Tahu
PERNYATAAN STANDARD
B1 Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
DESKRIPTOR
B1 DL1 Berinteraksi dengan menggunakan perkataan yang mudah.
EVIDENS
B1 DL1 E1 Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
B1 DB1 Membaca ayat daripada sesuatu sumber.
B1 DB1 E1 Membaca ayat secara mekanis daripada sesuatu sumber dengan bimbingan.
B1 DT1 Menulis ayat mudah.
B1 DT1 E1 Menulis ayat mudah dengan bimbingan. (FN +FN, FN + FK, FN + FA, FN + FS)
9
BAND
2 Tahu dan Faham
PERNYATAAN STANDARD
B2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
DESKRIPTOR
EVIDENS
B2 DL1 Mendengar dan memahami sesuatu perkara.
B2 DL1 E1 Menceritakan perkara yang didengar .
B2 DB1 Membaca dan memahami maksud perkataan mengikut konteks.
B2 DB1 E1 Memberikan maksud terdapat dalam petikan.
B2 DT1 Menulis jawapan pemahaman.
B2 DT1 E1 Menulis jawapan soalan pemahaman dengan ayat yang gramatis.
perkataan
yang
10
BAND
3 Tahu, faham dan boleh buat
PERNYATAAN STANDARD
B3 Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
DESKRIPTOR
B3 DL1 Bersoal jawab tentang sesuatu perkara.
EVIDENS
B3 DL1 E1 Mengemukakan soalan yang sesuai untuk mendapatkan maklumat. B3 DL1 E2 Memberikan maklum balas tentang sesuatu perkara.
B3 DB1 Membaca petikan dan mengenal pasti isi-isi penting.
B3 DB1 E1 Menyaring maklumat daripada bahan yang dibaca. B3 DB1 E2 Menyusun isi penting.
B3 DT1 Menulis ayat dalam perenggan.
B3 DT1 E1 Menggunakan kata dan frasa dalam perenggan.
B3 DT1 E2 Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam perenggan.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
11
BAND
PERNYATAAN STANDARD
4
B4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
Tahu, faham, boleh buat dengan beradab
DESKRIPTOR
EVIDENS
B4 DL1 Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi.
B4 DL1 E1 Mengemukakan hujah untuk menerima atau menolak pendapat dengan sopan dalam perbincangan.
B4 DB1 Membaca dan menjelaskan maklumat daripada pelbagai bahan.
B4 DB1 E1 Menjelaskan maksud yang tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan.
B4 DT1 Menulis dan menghuraikan maklumat tentang sesuatu tajuk.
B4 DT1 E1 Menulis kerangka penulisan berdasarkan sesuatu tajuk. B4 DT1 E2 Menulis idea utama dan idea sokongan dalam perenggan dengan betul.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
12
BAND
5 Tahu, faham, boleh buat dengan beradab terpuji
PERNYATAAN STANDARD
B5 Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
DESKRIPTOR
EVIDENS
B5 DL1 Menyatakan pendirian tentang sesuatu perkara .
B5 DL1 E1 Mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
B5 DB1 Membaca dan mengolah maklumat.
B5 DB 1 E1 Membaca secara ekstensif untuk mendapatkan maklumat. B5 DB 1 E2 Menghuraikan maklumat daripada bahan yang dibaca secara logik untuk membuat inferens.
B5 DT1 Mengolah maklumat secara bertulis.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
B5 DT1 E1 Menghasilkan penulisan yang lengkap dengan laras bahasa yang sesuai dan ayat yang gramatis.
13
BAND
6 Tahu, faham, boleh buat dengan beradab mithali.
PERNYATAAN STANDARD
B6 Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
DESKRIPTOR
B6 DL1 Mempertimbangkan perkara-perkara yang dikemukakan dalam perbincangan secara rasional.
EVIDENS
B6 DL1 E1 Menyampaikan hujah secara kritis dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai dengan beradab untuk mempengaruhi pihak lain. B6 DL1 E2 Membuat pertimbangan tentang pendapat yang dikemukakan dalam perbincangan.
B6 DB1 Membaca dan menilai secara keseluruhan sesuatu maklumat daripada pelbagai bahan.
B6 DB1 E1 Membuat ramalan dengan memberikan alasan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan. B6 DB1 E2 Menilai dan memberikan pendapat daripada bahan yang dibaca.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
14
B6 DT1 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang dapat dijadikan contoh.
B6 DT1 E1 Menghasilkan puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah. B6 DT1 E2 Menghasilkan prosa yang boleh dijadikan contoh.
B6 DT2 Menyunting dan memurnikan sesebuah karya yang telah dihasilkan.
B6 DT2 E1 Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan bahasa dalam sesebuah penulisan.
DSP Bahasa Melayu Tingkatan 1 15 Mac 2012
15