KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL 76
DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1
LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
0
Cetakan 2011
© Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia 2011
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
0
KANDUNGAN BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1
PENDAHULUAN
1
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2
3
MATLAMAT MATA PELAJARAN
3
4
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
3
5
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
4
6
TAFSIRAN
5
7
KERANGKA STANDARD PRESTASI
6
8
PERNYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
7
9
STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL
8
0
PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran teras Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Pentaksiran Pusat dijalankan berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan yang mempunyai standard, panduan dan peraturan, instrumen dan kaedah menganalisis yang akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
2
MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OBJEKTIF MATA PELAJARAN OM1
Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit.
OM2
Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk.
OM3
Menjalankan kerja-buat-sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.
OM4
Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.
OM5
Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk keceriaan kawasan tertentu.
OM6
Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul.
OM7
Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.
OM8
Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.
OM9
Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.
OM10
Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara bersistem dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek.
OM11
Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.
(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 hingga 3 (semakan) Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003)
3
OBJEKTIF PENTAKSIRAN Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan; OP1
Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri
OP2
Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian
OP3
Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian
OP4
Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk
OP5
Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek
OP6
Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri
OP7
Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem
(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal, Lembaga Peperiksaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005)
4
TAFSIRAN o
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o
Descriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o
Evidence (murid) ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu descriptor.
o
Evidence (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan.
o
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.
o
Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
5
KERANGKA STANDARD PRESTASI
6
Tahu
Faham
5
Tahu
Faham
4
Tahu
Faham
3
Tahu
2
Tahu
1
Tahu
Faham
Boleh buat dengan beradab Mithali
Boleh buat dengan beradab Terpuji
Boleh buat dengan beradab
Boleh buat
Faham
6
PERNYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL BAND
PERNYATAAN STANDARD
6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif
5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif
4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik
3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan
2 (Tahu dan Faham)
Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan
1 (Tahu)
Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan
7
STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 1
8
BAND 1
9
STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL BAND 1 Tahu
STANDARD Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.
DESCRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENCE BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh:
Murid boleh:
B1D1 Mengetahui tentang pengurusan organisasi bengkel.
B1D1E1 Menyatakan tiga jawatan dalam struktur organisasi bengkel.
B1D2 Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi serta proses penghasilan projek.
B1D2E1 Menyatakan lima faktor utama reka bentuk. B1D2E2 Menyatakan tujuh alatan tangan termasuk mesin. B1D2E3 Menyatakan pernyataan masalah yang hendak diselesaikan.
B1D3 Mengetahui tentang asas elektrik.
B1D3E1 Menyatakan tiga sumber elektrik dan tiga jenis wayar.
B1D4 Mengetahui tentang kerja paip.
B1D4E1 Menyatakan dua sistem bekalan air di rumah dan tiga jenis paip.
10
B1D5 Mengetahui tentang mesin jahit.
B1D5E1 Menyatakan tiga jenis mesin jahit.
B1D6 Mengetahui tentang kaedah pembiakan tanaman hiasan.
B1D6E1 Menyatakan dua jenis keratan batang.
B1D7 Mengetahui tentang elektrik.
B1D7E1 Menyatakan rumus rintangan dalam litar selari. B1D7E2 Menyatakan nama empat bahagian utama meter pelbagai. B1D7E3 Menyatakan tiga komponen pada unit kawalan utama bekalan elektrik domestik.
B1D8 Mengetahui tentang pergerakan mekanikal.
B1D8E1 Menyatakan satu jenis pergerakan mekanikal. B1D8E2 Menyatakan tiga jenis gear.
B1D9 Mengetahui tentang perniagaan.
B1D9E1 Menyatakan empat alat pembayaran masa kini.
Menyatakan - secara lisan atau bertulis
11
BAND 2
12
STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL BAND 2 Tahu dan Faham
STANDARD Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.
DESCRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENCE BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh:
Murid boleh:
B2D1 Mengetahui dan memahami tentang keselamatan di bengkel.
B2D1E1 Menerangkan amalan 4M.
B2D2 Mengetahui dan memahami tentang proses penghasilan projek.
B2D2E1 Menerangkan proses kemasan menggunakan syelek.
B2D3 Mengetahui dan memahami tentang asas elektrik.
B2D3E1 Menerangkan fungsi tiga alatan tangan termasuk pena ujian.
B2D4 Mengetahui dan memahami tentang kerja paip.
B2D4E1 Menerangkan fungsi tiga paip yang disambung ke tangki simpanan air. B2D4E2 Menerangkan fungsi enam jenis penyambung paip.
B2D5 Mengetahui dan memahami tentang mesin jahit.
B2D5E1 Menerangkan fungsi enam bahagian mesin jahit.
13
B2D6 Mengetahui dan memahami tentang medium semaian tanaman hiasan.
B2D6E1 Menerangkan nisbah campuran medium semaian.
B2D7 Mengetahui dan memahami tentang elektrik.
B2D7E1 Menerangkan dua perbezaan antara litar siri dan litar selari. B2D7E2 Menerangkan fungsi tiga komponen pada unit kawalan utama bekalan elektrik domestik.
B2D8 Mengetahui dan memahami tentang pergerakan mekanikal.
B2D8E1 Menerangkan fungsi dua jenis gear.
B2D9 Mengetahui dan memahami tentang perniagaan.
B2D9E1 Menerangkan perniagaan runcit, borong dan antarabangsa.
Menerangkan - secara lisan atau bertulis
14
BAND 3
15
STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
STANDARD Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.
DESCRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENCE BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh:
Murid boleh:
B3D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek.
B3D1E1 Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah.
B3D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik.
B3D2E1 Membuat pendawaian plag 3 pin 13A.
B3D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja penyenggaraan perpaipan.
B3D3E1 Membuat penyenggaraan perangkap P.
B3D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang mesin jahit.
B3D4E1 Menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung.
B3D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang penyemaian tanaman hiasan.
B3D5E1 Menyemai keratan batang dalam medium semaian.
16
B3D6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik.
B3D6E1 Membuat pemasangan litar siri.
B3D6E2 Mengukur voltan dalam litar siri. B3D6E3 Mengira jumlah rintangan dalam litar selari. B3D6E4 Mengira jumlah rintangan dalam litar siri.
B3D6E5 Membaca skala meter ohm pada meter pelbagai.
B3D6E6 Mengira kuasa elektrik.
17
BAND 4
18
STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL STANDARD Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran
BAND 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
* Peraturan * Prosedur * Urutan * Betul
: : : :
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.
DESCRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENCE BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh:
Murid boleh:
B4D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek secara sistematik.
B4D1E1 Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah mengikut *peraturan.
B4D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik.
B4D2E1 Membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut *prosedur.
B4D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja penyenggaraan perpaipan secara sistematik.
B4D3E1 Membuat penyenggaraan perangkap P mengikut *urutan.
B4D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik secara sistematik.
B4D4E1 Membuat pemasangan litar siri dengan *betul.
Lakaran mesti menggunakan pensel, tidak boleh menggunakan pembaris, lakaran mesti dalam bentuk oblik atau isometrik. Mengikut langkah kerja yang betul. Susunan yang teratur. Mengikut langkah kerja dan berfungsi.
19
BAND 5
20
STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL BAND 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
STANDARD Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.
DESCRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENCE BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh:
Murid boleh:
B5D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek secara berinisiatif.
B5D1E1 Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah dengan *daya usaha.
B5D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektrik secara berinisiatif.
B5D2E1 Membuat pemasangan litar siri dengan *daya usaha.
*daya usaha : Lakaran kemas dan bersih. : Litar kemas.
21
BAND 6
22
STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL BAND 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
STANDARD Penerangan generik tentang tahap pertumbuhan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.
DESCRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENCE BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh:
Murid boleh:
B6D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek secara kreatif dan inovatif.
B6D1E1 Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk pernyataan masalah dan melahirkan idea baharu dengan nilai tambah.
23
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web : http://www.moe.gov.my/lp e-mel :
[email protected]
24