KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU PERTANIAN 78
DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 1
L LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Cetakan 2013
© Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia 2013
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
KANDUNGAN BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1
PENDAHULUAN
1
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2
3
MATLAMAT MATA PELAJARAN
3
4
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
3
5
OBJEKTIF PENTAKSIRAN
4
6
TAFSIRAN
5
7
KERANGKA STANDARD PRESTASI
6
8
PENYATAAN STANDARD
7
9
STANDARD PRESTASI KHB PERTANIAN
8
10
PEMETAAN EVIDENS
25
PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Pertanian serta Perniagaan dan Keusahawanan yang merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Pertanian sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.
1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
2
MATLAMAT MATA PELAJARAN Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OBJEKTIF MATA PELAJARAN OM1
Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit.
OM2
Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk.
OM3
Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.
OM4
Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.
OM5
Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk keceriaan kawasan tertentu.
OM6
Membuat kompos dan menanam sayuran jenis buah.
OM7
Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul.
OM8
Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.
OM9
Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.
OM10
Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.
OM11
Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara bersistem dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek.
OM12
Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.
(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.)
3
OBJEKTIF PENTAKSIRAN Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;
OP1
Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.
OP2
Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OP3
Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.
OP4
Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.
OP5
Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.
OP6
Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.
OP7
Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.
(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Pertanian. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)
4
TAFSIRAN o
Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o
Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o
Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o
Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o
Evidens (murid) ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu deskriptor.
o
Evidens (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan.
o
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.
o
Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.
5
KERANGKA STANDARD PRESTASI
6
Tahu
Faham
5
Tahu
Faham
4
Tahu
Faham
3
Tahu
2
Tahu
1
Tahu
Faham
Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Boleh Buat dengan Beradab
Boleh Buat
Faham 6
PENYATAAN STANDARD BAND
PENYATAAN STANDARD
6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.
5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.
4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.
3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.
2 (Tahu dan Faham)
Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.
1 (Tahu)
Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.
7
STANDARD PRESTASI KHB PERTANIAN TINGKATAN 1
8
BAND 1 9
BAND 1 Tahu
STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.
DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh:
Murid boleh:
B1D1 Mengetahui tentang organisasi bengkel dan keselamatan.
B1D1E1 Menyatakan empat amalan 4M.
B1D2 Mengetahui tentang reka bentuk dan penghasilan projek.
B1D2E1 Menyatakan empat faktor utama reka bentuk. B1D2E2 Menyatakan tujuh alatan tangan termasuk mesin.
B1D3 Mengetahui tentang asas elektrik.
B1D3E1 Menyatakan tiga jenis wayar.
B1D4 Mengetahui tentang kerja paip.
B1D4E1 Menyatakan tiga jenis paip.
B1D5 Mengetahui tentang asas jahitan.
B1D5E1 Menyatakan enam bahagian mesin jahit.
B1D6 Mengetahui tentang tanaman hiasan.
B1D6E1 Menyatakan dua jenis keratan batang.
10
B1D7 Mengetahui tentang kompos.
B1D7E1 Menyatakan tiga bahan membuat kompos.
B1D8 Mengetahui tentang tanaman sayuran.
B1D8E1 Menyatakan empat jenis sayuran. B1D8E2 Menyatakan tiga ciri tapak penanaman sayuran. B1D8E3 Menyatakan dua kebaikan amalan giliran tanaman sayuran.
B1D9 Mengetahui tentang pengenalan kepada perniagaan.
Menyatakan
B1D9E1 Menyatakan empat alat pembayaran masa kini.
: Secara lisan atau bertulis.
11
BAND 2
12
BAND 2 Tahu dan Faham
STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.
DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh:
Murid boleh:
B2D1 Mengetahui dan memahami tentang organisasi bengkel dan keselamatan.
B2D1E1 Menerangkan dua amalan 4M.
B2D2 Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan penghasilan projek.
B2D2E1 Menerangkan lima alatan tangan termasuk mesin dari segi fungsinya.
B2D3 Mengetahui dan memahami tentang asas elektrik.
B2D3E1 Menerangkan tiga alatan tangan dari segi fungsinya.
B2D4 Mengetahui dan memahami tentang kerja paip.
B2D4E1 Menerangkan tiga paip yang disambung pada tangki simpanan air dari segi fungsinya. B2D4E2 Menerangkan enam jenis penyambung paip dari segi fungsinya.
13
Menerangkan
B2D5 Mengetahui dan memahami tentang asas jahitan.
B2D5E1 Menerangkan enam bahagian mesin jahit dari segi fungsinya .
B2D6 Mengetahui dan memahami tentang tanaman hiasan.
B2D6E1 Menerangkan nisbah campuran medium semaian.
B2D7 Mengetahui dan memahami tentang kompos.
B2D7E1 Menerangkan empat langkah membina kompos.
B2D8 Mengetahui dan memahami tentang tanaman sayuran.
B2D8E1 Menerangkan dua jenis sayuran dari segi fungsinya dalam diet.
B2D9 Mengetahui dan memahami tentang pengenalan kepada perniagaan.
B2D9E1 Menerangkan perniagaan runcit, borong dan antarabangsa.
: Secara lisan atau bertulis.
14
BAND 3
15
BAND 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan.
DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh:
Murid boleh:
B3D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek.
B3D1E1 Membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah.
B3D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik.
B3D2E1 Membuat pendawaian plag 3 pin 13A.
B3D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja paip.
B3D3E1 Membuat penyenggaraan perangkap.
B3D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang mesin jahit.
B3D4E1 Menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung.
B3D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan.
B3D5E1 Menyemai keratan batang dalam medium semaian.
16
B3D6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kompos.
B3D6E1 Menguji kejayaan kompos.
B3D7 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman sayuran.
B3D7E1 Menguji peratus percambahan biji benih sayuran. B3D7E2 Menyemai biji benih sayuran. B3D7E3 Membuat penjarangan atau mengubah anak benih sayuran. B3D7E4 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman sayuran. B3D7E5 Memungut hasil tanaman.
17
BAND 4
18
BAND 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.
DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh:
Murid boleh
B4D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk projek secara sistematik.
B4D1E1 Membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah mengikut prosedur¹.
B4D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik.
B4D2E1 Membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut prosedur².
B4D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja paip secara sistematik.
B4D3E1 Membuat penyenggaraan perangkap mengikut prosedur².
B4D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas jahitan secara sistematik.
B4D4E1 Menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung mengikut prosedur2.
B4D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara sistematik.
B4D5E1 Menyemai keratan batang dalam medium semaian mengikut prosedur2.
19
B4D6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kompos secara sistematik.
B4D6E1 Menguji kejayaan kompos mengikut prosedur³.
B4D7 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman sayuran secara sistematik.
B4D7E1 Menghitung peratusan percambahan biji benih sayuran mengikut prosedur4. B4D7E2 Menyemai biji benih sayuran mengikut prosedur2. B4D7E3 Membuat penjarangan atau mengubah anak benih sayuran mengikut prosedur5.
prosedur¹ prosedur² prosedur³ prosedur4 prosedur5
: : : : :
Lakaran mesti menggunakan pensel tanpa menggunakan pembaris. Lakaran mesti dalam bentuk oblik atau isometrik. Mengikut urutan langkah kerja yang betul. Menguji mengikut urutan dan dengan menggunakan alat yang betul. Menggunakan formula dan memberikan jawapan yang tepat. Menggunakan alatan dan langkah yang betul.
20
BAND 5
21
STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran
BAND 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
daya usaha¹
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.
DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh:
Murid boleh:
B5D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara berinisiatif.
B5D1E1 Membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah dengan daya usaha¹.
: Lakaran mesti; i. Kemas – boleh menggambarkan idea yang dihasratkan. ii. Bersih.
22
BAND 6
23
STANDARD Penerangan generik tentang tahap perkembangan pembelajaran
BAND 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
nilai tambah¹
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, pertanian serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.
DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat
EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”
Murid boleh:
Murid boleh:
B6D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara kreatif dan inovatif.
B6D1E1 Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah dengan nilai tambah¹.
: Perkembangan idea mesti ditunjukkan dalam lakaran. i. Lakaran 1 - idea asal ii. Lakaran seterusnya - ada perkembangan idea
24
PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK TERAS
BERDASARKAN BAND TERAS BAND
DESKRIPTOR
EVIDENS
BERDASARKAN TAJUK TERAS
BIL. EVIDENS
EVIDENS
BIL. EVIDENS
TAJUK
BAND
DESKRIPTOR
Organisasi bengkel dan keselamatan
B1
D1
E1
1
B2
D1
E1
1
D1
E1
1
D2
E1, E2
2
D3
E1
1
B1
D2
E1, E2
2
D4
E1
1
B2
D2
E1
1
D5
E1
1
B3
D1
E1
1
D6
E1
1
B4
D1
E1
1
D1
E1
1
B5
D1
E1
1
D2
E1
1
B6
D1
E1
1
D3
E1
1
B1
D3
E1
1
D4
E1, E2
2
B2
D3
E1
1
D5
E1
1
B3
D2
E1
1
D6
E1
1
B4
D2
E1
1
D1
E1
1
B1
D4
E1
1
D2
E1
1
B2
D4
E1, E2
2
D3
E1
1
B3
D3
E1
1
D4
E1
1
B4
D3
E1
1
D5
E1
1
B1
D5
E1
1
D1
E1
1
B2
D5
E1
1
D2
E1
1
B3
D4
E1
1
D3
E1
1
B4
D4
E1
1
D4
E1
1
B1
D6
E1
1
D5
E1
1
B2
D6
E1
1
B5
D1
E1
1
B3
D5
E1
1
B6
D1
E1
1
B4
D5
E1
1
B1
B2
B3
B4
JUMLAH
26
Reka bentuk dan penghasilan projek
Elektrik
Kerja paip
Mesin jahit
Tanaman hiasan
JUMLAH
26 25
PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK ELEKTIF (PERTANIAN)
BERDASARKAN TAJUK ELEKTIF
BERDASARKAN BAND ELEKTIF BAND
1
2
DESKRIPTOR
EVIDENS
BIL. EVIDENS
D7
E1
1
D8
E1, E2, E3
3
D9
E1
1
D7
E1
1
D8
E1
1
D9
E1
1
D6
E1
1
D7
E1, E2, E3, E4, E5
5
D6
E1
1
D7
E1, E2, E3
3
TAJUK
JUMLAH
DESKRIPTOR
B1
D7
E1
1
B2
D7
E1
1
B3
D6
E1
1
B4
D6
E1
1
B1
D8
E1, E2, E3
3
B2
D8
E1
1
B3
D7
E1, E2, E3, E4, E5
5
B4
D7
E1, E2, E3
3
B1
D9
E1
1
B2
D9
E1
1
Kompos
Sayuran
3
4
EVIDENS
BIL. EVIDENS
BAND
Asas Keusahawanan
JUMLAH
18
18
26
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web http://www.moe.gov.my/lp
27