Dasar ICT UMP Versi 1.0 (Jun 2011)
BAB 4:
DASAR PENGGUNAAN ALATAN PANDANG DENGAR DAN MULTIMEDIA 4.1
Pengenalan
Dasar ini menjelaskan tentang prosedur penggunaan, pengagihan dan penyewaan peralatan pandang dengar dan multimedia yang digunapakai oleh pengguna. 4.2
Tujuan
Dasar ini juga menyatakan tanggungjawab dan peranan pengguna dan pihak Universiti Malaysia Pahang (UMP) di dalam menggunapakai peralatan audio, visual dan multimedia (selepas ini disebut peralatan pandang dengar dan multimedia). 4.3
Takrifan i.
Peralatan Pandang Dengar - ditakrifkan sebagai satu koleksi peralatan yang digunakan dalam operasi pentadbiran, media, sains, pendidikan dan hiburan yang digunakan di UMP.
ii.
Peralatan Multimedia – ditakrifkan sebagai satu koleksi peralatan yang merangkumi video, bunyi, pandang dengar dan persembahan yang digunakan di UMP.
iii.
Takrifan Penyewa ialah entiti luar yang membuat penyewaan terhadap peralatan pandang dengar dan multimedia
4.4
Skop i.
Melibatkan semua peralatan pandang dengar dan multimedia yang dimiliki, diguna, disewa atau berada di dalam simpanan pengguna, bagi tujuan penggunaan hal-hal rasmi, tidak kira di mana peralatan itu berada.
ii.
Peralatan pandang (visual).
iii.
Peralatan dengar (audio).
iv.
Peralatan multimedia.
Bab 4 Dasar Penggunaan Peralatan Pandang Dengar Dan Multimedia
halaman 22
Dasar ICT UMP Versi 1.0 (Jun 2011)
4.5
Penggunaan Peralatan Pandang Dengar dan Multimedia 4.5.1
Hakmilik i.
Semua peralatan pandang dengar dan multimedia yang diperoleh untuk atau bagi pihak UMP atau semua peralatan pandang dengar dan multimedia yang dipasang oleh staf UMP untuk tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, program rasmi universiti atau pentadbiran adalah menjadi hakmilik UMP.
ii.
Bagi
peralatan
pandang
dengar
dan
mulitmedia
yang
dipasang, maklumat tentang pengeluar seperti nombor siri dan nombor model mestilah dikekalkan. iii.
Peralatan pandang dengar dan multimedia tersebut tidak dibenarkan dijual, disewa, dipaten, dipinjam, disebar atau diberi kepada sesiapa atau entiti lain tanpa kebenaran PTMK.
iv.
Semua perolehan peralatan pandang dengar dan multimedia mestilah didaftarkan sebagai aset universiti.
Pendaftaran
perolehan ini adalah bertujuan untuk sokongan dan bantuan teknikal. PTMK tidak akan bertanggungjawab terhadap manamana peralatan pandang dengar dan multimedia yang didaftarkan dibawah PTJ. 4.5.2
Tanggungjawab Pengguna i.
Adalah
menjadi
tanggungjawab
pengguna
memastikan
keselamatan peralatan pandang dengar dan multimedia yang diperuntukkan kepadanya. Pengguna tidak boleh membiarkan peralatan pandang dengar dan multimedia tersebut berada di kawasan yang terbuka dan boleh dicapai oleh orang lain. ii.
Pengguna tidak berhak mengganggu dengan apa cara sekalipun peralatan pandang dengar dan multimedia yang bukan berada di bawah kawalannya. Ini termasuk mengguna atau mengambil tanpa kebenaran, menceroboh dan mencuri peralatan pandang dengar dan multimedia atau aksesorinya.
Bab 4 Dasar Penggunaan Peralatan Pandang Dengar Dan Multimedia
halaman 23
Dasar ICT UMP Versi 1.0 (Jun 2011)
iii.
Sebarang penggunaan secara perkongsian (sharing) adalah menjadi
tanggungjawab
bersama
pengguna-pengguna
terbabit. iv.
Pengguna adalah dilarang memindahkan lokasi asal peralatan pandang dengar dan multimedia tanpa kebenaran PTMK.
v.
Sekiranya berlaku sebarang kehilangan, kerosakan atau permasalahan pengguna
teknikal
adalah
sepanjang
tempoh
bertanggungjawab
untuk
penggunaan, melaporkan
kerosakan atau permasalahan teknikal tersebut kepada pihak Unit Bantuan Pengguna, PTMK untuk tindakan susulan. vi.
Bagi peralatan pandang dengar dan multimedia yang disewa, penyewa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peralatan yang disewa. Pihak PTMK akan memberi sokongan dan bantuan teknikal berdasarkan terma dan syarat penyewaan seperti dilampirkan di dalam Tatacara Penyewaan Peralatan Pandang Dengar dan Multimedia.
4.6
Pengagihan peralatan pandang dengar dan multimedia
Pengagihan peralatan pandang dengar adalah berdasarkan polisi kelayakan bagi kemudahan dan peralatan ICT untuk staf dan jabatan. 4.6.1
Peralatan Pandang Dengar Mudah Alih Peralatan pandang dengar mudah alih adalah koleksi peralatan yang digunakan dalam operasi pentadbiran, media, sains, pendidikan dan hiburan. Jenis yang digunakan di UMP adalah lebih kecil, ringan dan menggunakan kuasa elektrik
dan bateri.
Setiap PTJ
adalah
dibolehkan untuk memohon keperluan peralatan pandang dengar mudah alih secara kekal di PTJ masing-masing dengan sokongan daripada Ketua Jabatan/Dekan Fakulti.
Bab 4 Dasar Penggunaan Peralatan Pandang Dengar Dan Multimedia
halaman 24
Dasar ICT UMP Versi 1.0 (Jun 2011)
4.6.2
Peralatan multimedia bagi kegunaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
i.
Peralatan multimedia akan disediakan oleh PTMK bagi tujuan rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja melalui Tatacara Pengurusan Rakaman Video Sesi P&P.
ii.
Bagi keperluan penggunaan peralatan multimedia di peringkat PTJ, adalah tertakluk kepada peruntukan jabatan/fakulti masing-masing.
iii.
Namun begitu, pihak PTJ adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada PTMK bagi sebarang pembelian peralatan multimedia.
4.6.3
Bagi Peralatan multimedia untuk kegunaan aktiviti yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
Setiap PTJ perlu membuat permohonan melalui Unit Multimedia, Bahagian Perhubungan Awam & Perkhidmatan Korporat (BPAPK).
4.6.4
Peralatan pandang dengar dan multimedia tambahan
Peralatan pandang dengar dan multimedia tambahan adalah seperti mobile AV, projektor, mikrofon tanpa wayar, mikrofon berwayar, kabel VGA dan LCD TV juga termasuk:
i.
Peralatan pandang dengar dan multimedia tambahan akan disediakan secara gunasama dengan dipusatkan di
Unit
Bantuan Pengguna, PTMK. ii.
Pengguna perlu mematuhi Tatacara Peminjaman Peralatan ICT dan Dasar Perisian Automasi Pejabat dan Perkakasan Pengguna yang telah digariskan.
Bab 4 Dasar Penggunaan Peralatan Pandang Dengar Dan Multimedia
halaman 25
Dasar ICT UMP Versi 1.0 (Jun 2011)
4.6.5
Peralatan pandang dengar dan multimedia khas
i.
Peralatan pandang dengar dan multimedia khas adalah seperti LCD projektor, skrin projektor, PA system, mikrofon, LCD TV video conference dan lain-lain lagi.
ii.
Sebarang
keperluan
peralatan
pandang
dengar
dan
multimedia khas yang tidak tertakluk kepada dasar yang telah dikuatkuasakan seperti tersenarai pada Perkara 4.6 mestilah mendapat sokongan daripada Ketua Jabatan di PTJ masingmasing. iii.
Penyediaan peralatan pandang dengar dan multimedia khas adalah
tidak
termasuk
kemudahan
penyediaan
siaran
televisyen.
4.7
Penggantian peralatan pandang dengar dan multimedia
i.
Secara dasarnya, peralatan pandang dengar dan multimedia yang masih boleh berfungsi dengan baik tidak akan digantikan sehingga ianya tidak ekonomik untuk dibaiki.
ii.
Walau bagaimanapun, penggantian peralatan pandang dengar dan multimedia adalah berdasarkan stok semasa atau adanya peruntukan.
iii.
Peralatan asal mestilah dikembalikan kepada PTMK untuk tujuan rekod dan pelupusan.
Bab 4 Dasar Penggunaan Peralatan Pandang Dengar Dan Multimedia
halaman 26