JUN 2015
DRAF
DASAR LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Sabah Pusat Hubungan Industri (PHI)
1
KANDUNGAN
1.0
Pengenalan
2
2.0
Definisi Latihan Industri
2
3.0
Objektif Latihan Industri
3
4.0
Hasil Pembelajaran Latihan Industri
4
5.0
Skop Latihan Industri
4
6.0
Tempoh Latihan Industri
5
7.0
Syarat Mendaftar Latihan Industri
5
8.0
Penempatan Latihan Industri
6
9.0
Pihak Berkepentingan (Stakeholder) Dalam Perlaksanaan Latihan Industri
7
10.0
Penyeliaan Latihan Indiustri
8
11.0
Penilaian Latihan Industri
9
12.0
Cuti
10
13.0
Insurans
10
14.0
Pemberian Kredit
11
15.0
Dokumentasi Dan Rekod Pelajar
12
16.0
Tatatertib dan Perundangan
12
17.0
Hubungan dengan Industri
13
18.0
Penutup
13
2
1.0 PENGENALAN
Pendidikan tertiari merupakan peringkat terakhir sebelum seseorang memasuki alam pekerjaan. Perbezaan yang ketara di antara alam universiti dan alam pekerjaan adalah ruang pendedahan dalam mempraktikkan ilmu adalah terhad di universiti. Dalam suasana global yang kompetitif, graduan mesti mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Justeru, dalam usaha memperkasakan kualiti graduan, latihan industri diwajibkan bagi kebanyakan kursus. Latihan industri biasanya ditawarkan pada semester keenam atau kelapan. Oleh yang demikian satu dasar latihan industri Universiti perlu digubal sebagai peraturan dan garis panduan kepada pembentukan peraturan latihan industri pada peringkat fakulti di UMS. Matlamat akhirnya ialah agar objektif pelaksanaan latihan industri UMS dapat dicapai dengan lebih berkesan.
2.0 DEFINISI LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi bagi menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam sektor industri berkenaan dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda. Latihan yang dijalankan adalah berteraskan konsep pembelajaran melalui amalan mempraktikkan teori dan konsep akademik yang telah dipelajari dalam situasi kerja yang sebenarnya.
3
3.0 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Objektif latihan industri adalah seperti berikut: 3.1
Objektif Umum:
i)
menghasilkan kerjasama dan merapatkan antara pihak Fakulti/Universiti dan Industri;
ii)
mempertingkatkan peluang kebolehpasaran pelajar;
iii)
mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar;
iv)
mendedahkan pelajar kepada amalan spesifik dalam bidang pengkhususan masing-masing;
v)
mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran pengalaman pelajar dengan organisasi; dan
vi)
melahirkan graduan yang mempunyai kompetensi yang diperlukan oleh majikan.
3.2
Objektif Khusus:
jaringan
pekerjaan
dan
dan
Program latihan industri memberi peluang kepada pelajar untuk: i)
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar;
ii)
bekerja sambil belajar serta mendapat pengalaman praktikal yang sesuai dengan bidang pengkhususan masing-masing;
iii)
menilai kebolehan kerjaya, pengetahuan, dan keyakinan diri;
iv)
menghayati nilai dan etika bekerja;
v)
memahami tanggungjawab alam pekerjaan sebenar;
vi)
meningkatkan kebolehpasaran supaya lebih berdaya saing ;
vii)
memantapkan kemahiran insaniah yang sesuai dengan persekitaran pekerjaan;
viii)
meningkatkan kemahiran berkomunikasi;
ix)
menyemai, memupuk serta membangun ciri-ciri keusahawanan melalui pendedahan kepada situasi sebenar dan peluang kerjaya; dan
x)
menjalinkan jaringan profesional dengan pihak industri.
4
4.0 HASIL PEMBELAJARAN LATIHAN INDUSTRI
5.0 SKOP LATIHAN INDUSTRI
Para pelajar dapat: i)
mengaplikasikan teori dan pengetahuan akademik yang telah dipelajari di universiti, dalam persekitaran industri;
ii)
menghubungkaitkan pengalaman di industri dengan apa yang dipelajari di universiti setelah tamat latihan;
iii)
meningkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan pengalaman kerja supaya lebih beretika dan berdaya saing;
iv)
berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan pelbagai pihak; serta
v)
menerapkan nilai-nilai murni dan integriti dalam diri pelajar.
Semua pelajar yang layak untuk menjalani latihan industri perlu mendaftar mengikut keperluan program pengajian masingmasing. Kursus latihan industri juga melibatkan pelajar-pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda. Skop tugas harus memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari serta mendapat pendedahan amalan kerja dalam bidang pengkhususan masing-masing. Pelajar diselia oleh penyelia/ pengamal, professional dan berpengalaman yang dilantik oleh majikan supaya pelajar mendapat bimbingan yang membina bagi memantapkan kemahiran insaniah, teori dan praktikal mereka sepanjang tempoh latihan industri.
5
6.0 TEMPOH LATIHAN INDUSTRI
7.0 SYARAT MENDAFTAR LATIHAN INDUSTRI
Tempoh latihan industri berdasarkan kepada program pengajian pelajar. Tempoh terkumpul bagi latihan industri hendaklah tidak kurang dari 3 bulan atau tempoh yang ditetapkan oleh manamana badan profesional yang mempunyai kuasa menganugerah akreditasi atau mengikut tempoh yang ditentukan oleh pihak Fakulti ataupun berdasarkan kepada keperluan yang ditetapkan di bawah standard piawaian Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).
Latihan industri boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu i) wajib; dan ii) pilihan, dan ini adalah berbeza mengikut Fakulti masing-masing. Untuk kategori wajib, pelajar perlu menjalani dan menyempurnakan latihan industri untuk tujuan pengijazahan. Jumlah jam kredit untuk latihan industri juga berbeza mengikut Fakulti masing-masing. Pelajar dibenarkan mendaftar latihan industri setelah memenuhi syarat-syarat berikut: i)
memenuhi semua keperluan kursus program yang ditentukan oleh pihak Fakulti, atau mengambil semua kursus pra-syarat atau syarat-syarat tambahan pihak Fakulti; dan
ii)
mendaftar latihan industri pada semester yang ditetapkan oleh Fakulti. Pelajar tidak dibenarkan mengambil sebarang kursus ulangan semasa menjalani latihan industri kecuali dengan kelulusan Dekan atau pihak Universiti. Selain daripada syarat-syarat di atas pelajar boleh mendaftar latihan industri tertakluk kepada budi bicara Fakulti.
6
8.0 PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI
Pelajar mesti menjalani latihan industri di organisasi yang disahkan oleh Fakulti dalam bidang yang berkaitan dengan pengajian; i)
pelajar bertanggungjawab mencari tempat latihan industri daripada senarai yang disyorkan oleh Fakulti masing-masing berdasarkan kepada bidang pengkhususan dengan menggunakan sistem yang disediakan;
ii)
penempatan latihan industri boleh melibatkan sama ada sektor swasta atau sektor awam berdasarkan kesesuaian program;
iii)
pelajar tidak dibenarkan menukar tempat dan tarikh latihan industri yang ditetapkan kecuali dengan kelulusan daripada Dekan Fakulti;
iv)
permohonan penangguhan latihan industri hendaklah dibuat secara bertulis kepada pihak Universiti melalui Dekan Fakulti;
v)
Fakulti dengan kerjasama Pusat Hubungan Industri perlu memberikan skop tugasan kepada Penyelia Organisasi sebagai panduan pengambilan pelajar;
vi)
dengan kerjasama daripada Fakulti, PHI akan menyediakan pangkalan data organisasi-organisasi yang pernah menempatkan latihan industri di peringkat Universiti;
vii)
pelajar yang menukar tempat latihan industri tanpa kebenaran pihak Fakulti akan digagalkan dan diberi Gred E atau status GAGAL;
viii)
pelajar diberi pilihan untuk memilih sekurang-kurangnya tiga (3) organisasi yang berkaitan dengan bidang pengkhususan;
ix)
pelajar tidak digalakkan menjalani latihan industri di organisasi yang mempunyai pertalian keluarga terdekat; dan
x)
Fakulti perlu melaporkan Pelajar-pelajar yang telah diluluskan permohonan untuk menjalankan latihan industri kepada PHI bagi tujuan penyelarasan dan rekod.
7
9.0 PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM PERLAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI
Pihak berkepentingan adalah seperti berikut a)
Pusat Hubungan Industri (PHI)
b)
Fakulti
c)
Penyelaras Latihan Industri Fakulti
d)
Penyelia Akademik (PA)
e)
Penyelia Organisasi (PO)
f)
Pelajar
g)
Peranan Organisasi (Jabatan Sumber Manusia)
Carta Pihak Berkepentingan (Stakeholders)
Universiti
Organisasi
PHI
Pengurusan Organisasi
Fakulti
Penyelaras L.I
Penyelia akademik
Pelajar
Penyelia Organisasi
8
10.0 PENYELIAAN LATIHAN INDUSTRI
Penyeliaan terhadap pelajar mempunyai fungsi menilai, memantau dan memeriksa persekitaran tempat latihan. Terdapat tiga (3) jenis penyelia iaitu Penyelia akademik (PA), Penyelia Organisasi(PO) dan Penyelia Lawatan (PL) a)
Penyelia akademik adalah terdiri daripada pensyarah yang bertanggungjawab menilai permarkahan latihan industri pelajar berdasarkan Buku Catatan Harian Latihan Industri dan Laporan Akhir Latihan Industri.
b)
Penyelia orginasasi dilantik oleh organisasi untuk menyelia tugasan pelajar dan memastikan kehadiran yang baik sepanjang tempoh latihan industri. Penyelia organisasi juga dikhendaki membuat penilaian dan membuat permarkahan.
c)
Penyelia lawatan berfungsi melawat atau mengunjungi organisasi di mana pelajar ditempatkan sekurangkurangnya sekali atau menggunakan kemudahan telekomunikasi ICT dalam tempoh latihan industri pelajar.
9
11.0 PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI
Penilaian latihan industri adalah selaras dengan Bahagian 2 Panduan Pentaksiran dan Penilaian perkara 2.2.3 Gabungan Penilaian Formatif dan Sumatif dalam Garis Panduan Pentaksiran dan Penilaian Akademik Universiti Malaysia Sabah 2014. Pelajar wajib menyempurnakan tempoh latihan industri serta menyiapkan laporan dan keperluan-keperluan lain yang ditetapkan oleh Universiti sebagai syarat lulus kursus latihan industri. Penilaian latihan industri bertujuan untuk penggredan pelajar dan perkembangan kemahiran insaniah mereka. Kaedah penilaian umum berikut:
berasaskan perkara-perkara yang
Pada akhir pada sesuatu tempoh latihan industri , penilaian terhadap prestasi pelajar perlu dilakukan mengikut komponen penilaian oleh Fakulti masing-masing. Komponen penilaian seperti tujuan, kaedah, kriteria penilaian pelajar dan penggredan akan digariskan oleh pihak Fakulti.Penggredan boleh dibuat dalam dua cara: a) Berdasarkan markah yang diberi bagi setiap komponen, pelajar akan diberi gred A hingga E. Gred yang diberi akan dikira dalam Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) dan diambil kira untuk tujuan pengijazahan; atau b) Berdasarkan status lulus cemerlang (LC), Lulus (L) atau gagal (G) dan tidak dikira dalam PNGK. Penilaian bagi latihan industri adalah menurut kaedah yang ditetapkan oleh Fakulti tertakluk kepada keputusan Senat. Pelajar yang gagal dalam latihan industri diberi peluang untuk mendaftar kursus latihan industri semula dan mengulang tertakluk kepada kelulusan pihak Fakulti. Sebarang perubahan ke atas sistem penilaian di peringkat Fakulti perlu dimaklumkan kepada Pusat Hubungan Industri.
10
12.0 10.0 CUTI
11.0 INSURANS
13.0 RAWATAN DAN INSURANS 12.0 PEMBERIAN KREDIT
i)
Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti sewaktu dalam latihan industri kecuali dengan kelulusan organisasi yang berkaitan dengan syarat telah dimaklumkan kepada pihak Fakulti dan Pusat Hubungan Industri. Pelajar juga perlu menggantikan tempoh cuti tersebut
ii)
Pelajar yang tidak dapat menghadiri latihan industri bagi tempoh lebih daripada enam (6) hari kerana kecemasan atau cuti sakit tanpa mendapat pengesahan daripada pihak hospital kerajaan/Klinik Panel UMS adalah disifatkan sebagai tidak memenuhi syarat untuk bergraduat. Maka perlu mengganti tempoh tersebut.
iii)
Sekiranya pelajar didapati dengan sengaja tidak menghadiri latihan industri tanpa alasan kukuh pihak Fakulti berhak menggagalkan dan ia mengulang serta mendaftar kursus latihan industri pada semester berikutnya.
i)
Pihak Universiti menyediakan insuran perlindungan berkelompok kepada pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri: o
Tuntutan insurans pelajar hendaklah dimajukan kepada Bahgaian Kebajikan dan Biasiswa Pelajar,Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
ii)
Pelajar layak mendapatkan rawatan perubatan di klinik panel UMS atau hospital kerajaan.
iii)
Pelajar yang membuat Latihan Industri di luar Negara wajib memperolehi perlindungan insuran perubatan atas tanggungan sendiri. Perlindungan tersebut mesti merangkumi perubatan, personal accident dan
repatriation.
11
14.0 PEMBERIAN KREDIT
i)
Kursus latihan industri diwajibkan untuk tujuan pengijazahan dan seterusnya diwajibkan diberi jam kredit mengikut standard piawaian Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF).
ii)
Bilangan jam kredit yang diberi hendaklah tidak kurang daripada tiga (3) jam kredit dan tidak lebih daripada dua belas (12) jam kredit. Pengiraan jam kredit adalah bagi setiap dua minggu tempoh latihan industri adalah bersamaan dengan 1 jam kredit.
iii)
Pihak Fakulti perlu memberi justifikasi tentang penilaian latihan industri berdasarkan jam kredit yang diberikan.
iv)
Jika pelajar mengambil skim yang mana latihan industri bermula sebelum dan selepas semester wajib, maka kredit diberikan pada semester yang sepatutnya pelajar akan ambil.
12
15.0 DOKUMENTASI DAN REKOD PELAJAR
Adalah menjadi kewajiban pelajar untuk menghasilkan dokumen bertulis seperti buku log, laporan mingguan, laporan akhir atau mini tesis setelah tamat pengajian untuk tujuan penilaian. Format dokumen bertulis ditetapkan oleh pihak Fakulti masingmasing. Penetapan penggunaan bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris dalam penulisan atau pembentangan adalah bergantung kepada pihak Fakulti. Sebarang dokumen berkaitan seperti tuntutan insurans (sekiranya ada) perlu dimajukan kepada Pusat Hubungan Industri untuk tujuan rekod dan pelaporan.
16.0 TATATERTIB DAN PERUNDANGAN
Sepanjang menjalani tempoh latihan industri, tatatertib pelajarpelajar Universiti Malaysia Sabah adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2009) dan Peraturan akademik UMS. Sekiranya pelajar yang menyebabkan kerugian kepada industri dalam bentuk kerosakan, kebakaran, gangguan seksual dan pendedahan maklumat rahsia syarikat, pihak Universiti tidak akan bertanggung-jawab atas salah-laku tersebut. Perundingan bersama pihak Universiti dan industri harus dibuat sebelum sesuatu tindakan tatatertib diambil kepada pelajar.
13
17.0 HUBUNGAN DENGAN INDUSTRI
18.0 PENUTUP
Adalah menjadi dasar Universiti untuk memulihara hubungan yang baik dengan industri secara konsisten. Oleh itu, beberapa strategi yang harus dilaksanakan, iaitu; i)
surat Penghargaan Latihan Industri;
ii)
jemputan untuk menghadiri aktiviti-aktiviti univerisiti yang berkait dengan industri;
iii)
membuka peluang kerjasama perundingan, penyelidikan dan dialog;
iv)
melantik industri yang bersesuaian dengan keperluan Fakulti sebagai ahli Lembaga Pengajian (Board of Study); dan
v)
menjalinkan persefahaman melalui memorandum.
Latihan industri dapat meningkatkan kebolehpasaran serta daya saing pelajar di alam pekerjaan. Penglibatan pelajar dalam latihan industri akan menambah kemahiran bekerja serta berpeluang mendapatkan pekerjaan di organisasi berkenaan. Dasar ini akan menjadi dokumen rujukan bagi pelaksanaan latihan industri di peringkat Fakulti. Sebarang perkara yang tidak termaktub di dalam dasar ini maka perubahan atau penambahbaikan dasar akan dibawa ke peringkat Senat untuk diperakui.