dapur pilihan
teres dua tingkat
Rona Segar
dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini
Hamparan di Ruang Dapur
44
Dapur berkonsepkan terbuka ini tampak begitu segar dengan sentuhan reka bentuk moden dan percikan rona kuning yang sangat menyerlah.
W
ajah segar dapur jelas dirasai sebaik memasuki kediaman yang berlokasi di pusat pentadbiran, Putrajaya ini. Dengan pesona dan garapan rona kuning pada permukaan kabinet, seolah memercik keceriaan dan kesegaran berterusan pada ruang dapur.
“Semuanya bermula dengan perbincangan antara kami berdua dan pihak Reno Concept. Saya menginginkan sebuah dapur yang berona pastel. Meskipun warna kuning bukanlah warna kegemaran saya, namun hasil perbincangan bersama, kami akhirnya memilih rona kuning sebagai warna yang bakal menghiasi ruang dapur ini,” ujar Haneyza. Dapur yang berkonsep terbuka, sedia menerima tetamu yang hadir ke kediaman ini. Konsep terbuka membenarkan ruang dapur dikongsi dengan ruang tamu dan ruang makan yang bersebelahan dengan dapur. Hal ini ditambah dengan faktor lokasi dapur yang berada bersebelahan pintu masuk. Tetamu boleh melihat ruang dapur sebaik memasuki kediaman Long Ahmad dan Haneyza.
dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini
Pemilik kediaman, Haneyza dan suaminya Long Ahmad berjaya menghadirkan satu ruang dapur yang lari daripada konsep tipikal pada ruang dapur. Hasilnya, sebuah dapur yang mendapat sentuhan rona kuning dapat dijelmakan. Meskipun rona sebegini kurang menjadi pilihan, namun ternyata keputusan yang dibuat pasangan suami isteri ini membuahkan hasil yang begitu menyerlah dan mengagumkan.
45
Konsep terbuka sering dikaitkan dengan elemen kekeluargaan. Dapur terbuka membolehkan pemilik melakukan kerja dapur seperti memasak atau membakar kek sambil memantau anak kecil yang menonton televisyen di kaunter bar.
dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini
Di samping itu, dapur yang dihubungkan secara harmoni dengan ruang lain dalam kediaman membolehkan pemilik berinteraksi dengan tetamu ketika menyiapkan makanan. Pendeknya, dapur terbuka mampu menjadi medium sosial yang baik di kalangan ahli keluarga mahupun tetamu yang hadir.
46
Menjadi pelengkap kepada dapur terbuka ini, pereka menghadirkan sebuah kaunter bar yang berfungsi begitu efisien dan versatil. Pemilik boleh menjadikan kaunter bar sebagai ruang menikmati sarapan, menyediakan dan menyajikan makanan. Fungsi kaunter bar ini pula tidak terhad, ia juga berperanan sebagai zon storan yang begitu baik. Laluan trafik yang memanjang memudahkan pemilik kediaman melakukan kerja dapur.
Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan
dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini
reka bentuk dapur yang dibawakan oleh Reno Concept. Pereka bukan sahaja banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai rekaan dapur, malah sentiasa terbuka dengan idea yang kami lontarkan.
47
INFO RINGKAS DAPUR Pentingkan storan dan minat
Pemilik : Long Ahmad Rosli Long Hassan & Haneyza Idris Jenis kediaman : Teres dua tingkat Lokasi : Putrajaya Lokasi: Projek/Pereka: RENO CONCEPT, Seksyen 13 Shah Alam (03 55131932) Konsep dapur : Moden kontemporari Material pintu kabinet dasar : High gloss Material pintu kabinet gantung : Reflective glass Material kaunter top : Batu quartz Komposisi unit dapur : Peletakan kabinet pada pelan lantai L dengan menempatkan dua dapur gas dan induksi dan zon penstoran.
dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini
Sebuah kaunter bar sebagai zon penyediaan dan menyajikan makanan dan dilengkapi tiga unit kerusi.
48
masak
Tatkala penulis tiba di kediaman Long Ahmad dan Haneyza, pemilik kediaman baru sahaja menyiapkan resipi kek kegemaran keluarga mereka. Haneyza sememangnya begitu meminati segala yang berkaitan masakan terutamanya membakar kek. Justeru tidak hairan, sebahagian zon penstoran dijadikan tempat penyimpanan perkakasan untuk memasak atau membakar kek. Ya, zon penstoran begitu dititikberatkan oleh pemilik kediaman. “Saya dan ahli keluarga gemar membakar kek. Justeru, kami menggunakan zon storan sebaik mungkin dengan meletakkan perkakasan dan bahan membuat kek. Sistem aksesori yang melengkapi zon storan juga membuatkan kerja bertambah mudah di dapur,”ujar Haneyza. Dapur moden ini tidak terkecuali dengan aktiviti memasak yang dilakukan pada setiap hari. Haneyza mempunyai minat yang mendalam terhadap aktiviti memasak dan ini mendorongnya untuk menghadirkan dua jenis dapur masak yang terdiri dari dapur gas dan dapur induksi. Menurut Haneyza, dia lebih selesa menggunakan dapur induksi ketika memasak. Namun demikian, dapur gas tetap ditampilkan kerana mendapat permintaan ibunya yang turut menetap di kediamannya. “Pengalaman memasak menggunakan dapur gas dan dapur induksi memang berbeza. Ada sesetengah masakan memang memerlukan api agar pengalaman memasak itu dapat dirasai lebih hebat dan puas. Lagipun ibu saya lebih gemar memasak di dapur gas mendorong saya menampilkan keduadua jenis dapur,” jelas Haneyza.
Ruang storan dimanfaatkan dengan dijadikan tempat menyimpan perkakasan membuat kek.
dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini
Kehadiran dapur gas dan induksi di ruangan yang sama membolehkan pemilik kediaman memiliki pengalaman memasak yang hebat.
49
Eric, pereka dari RENO CONCEPT
Material moden diaplikasikan
Memadankan ciri moden yang ingin dibawakan pada ruang dapur, pereka menggunakan pintu kabinet yang mendapat sentuhan kemasan high gloss. Kemasan ini membantu penggayaan yang lebih anggun pada ruang dapur selain memiliki banyak kelebihan daripada segi teknikal. Ia tidak mudah calar dan permukaan yang lembut dapat mengelakkan pembiakan bakteria.
dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini
Manakala, pada bahagian kabinet gantung, pereka membawakan kemasan reflective mirror pada pintu kabinetnya. Kehadiran kemasan kaca memberi ilusi ruang berganda pada dapur yang bersaiz 8 kaki x 16 kaki ini. Ia juga membantu daripada segi pencahayaan dengan memantulkan cahaya daripada lampu di dapur.
50
“Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan reka bentuk dapur yang dibawakan oleh Reno Concept. Pereka bukan sahaja banyak berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai rekaan dapur, malah sentiasa terbuka dengan idea yang kami lontarkan. Akhirnya kami dapat merealisasikan dapur idaman yang moden dan minimalis di kediaman kami,” ungkap Haneyza.
Konsep terbuka pada dapur membolehkan Haneyza memantau aktiviti anaknya ketika bekerja di dapur.