Cara-cara permohonan Kad Debit i-KOPENAS/Bank Rakyat
1. Muat turun borang permohonan kad debit diatas. 2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan. 3. Masukkan no akaun simpanan Bank Rakyat yang telah dibuka terlebih dahulu. 4. Poskan borang permohonan kad debit yang lengkap kepada KOPENAS dialamat NO 27 Jalan 45/26 Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur. (Permohonan Kad Debit i-KOPENAS/Bank Rakyat hanya di ibu pejabat KOPENAS sahaja) 5. Lampirkan sekali bersama 1 salinan Kad Pengenalan pemohon. 6. Sila buka akaun dengan jumlah minimum sebanyak RM60.00. 7. Borang yang dihantar kepada KOPENAS mesti dilengkapi dengan tandatangan pemohon.
HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK BANK RAKYAT Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini bersamasama terma & syarat bagi produk ini sebelum anda KAD DEBIT-i CO-BRAND BANK membuat keputusan untuk mengambil atau RAKYAT-KOPENAS memohon Kad Debit-i Co-Brand Bank RakyatTarikh : Kopenas. 1 Apakah yang perlu saya ketahui mengenai produk ini? a) Produk ini merupakan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas, yang berlandaskan syariah, yang ditawarkan oleh Bank Rakyat kepada semua anggota Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS). b) Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini adalah satu instrumen pembayaran yang membolehkan pembelian barangan dan/atau perkhidmatan patuh syariah di semua premis saudagar yang menerima urusniaga MasterCard dan juga membolehkan anda mengeluarkan wang tunai menerusi Mesin Teler Automatik (ATM) dan di kaunter Bank yang menyertai MasterCard. c) Permohonan bagi mendapatkan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini boleh dibuat melalui Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS). 2 Apakah konsep Syariah yang digunakan? a) Konsep syariah yang digunakan adalah Konsep Wakalah Bil Ujrah. b) Wakalah bermaksud, pelanggan sebagai Muwakkil bersetuju untuk mewakilkan Bank Rakyat sebagai wakil di dalam menyediakan kemudahan pembayaran di premis saudagar dan kemudahan pengeluaran wang tunai di mesin ATM. 3 Apakah yang saya akan dapat melalui tawaran dari produk ini? a) Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini boleh digunakan untuk pembelian runcit, transaksi secara online (internet) dan pengeluaran tunai di dalam/luar negara. Kad Debit-i CoBrand Bank Rakyat-Kopenas ini diterima di semua premis saudagar yang terpilih yang menyertai MasterCard di seluruh dunia. Nota : Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas adalah kad yang berlandaskan Syariah. Oleh itu, kad ini tidak boleh digunakan di mana-mana kaunter pedagang yang di bawah kategori perniagaan tidak halal. b) Kelebihan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas adalah seperti berikut : Pembukaan akaun simpanan dengan Bank Rakyat sebanyak minima RM50 sahaja Tiada yuran perkhidmatan Tiada fi pemprosesan Pengecualian Yuran Tahunan untuk tahun Pertama Tiada fi untuk pengeluaran tunai di ATM Bank Rakyat Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas adalah berdasarkan tandatangan di mana untuk pembelian runcit di premis saudagar, anda tidak perlu memasukkan nombor PIN untuk tujuan pengesahan transaksi. Anda hanya perlu memasukkan nombor PIN untuk transaksi pengeluaran tunai yang dilakukan di ATM.
Had penggunaan harian kad yang tinggi (kombinasi pembelian runcit dan pengeluaran tunai) sehingga RM10,000 atau jumlah baki yang terdapat di dalam akaun simpanan, yang mana lebih rendah. Had harian pengeluaran tunai sebanyak RM3,000 atau pelanggan boleh memohon untuk had pengeluaran tunai maksima sehingga RM5,000. 4 Apakah tanggungjawab kewangan saya? a) Sebagai pemegang kad, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa akaun simpanan anda di Bank Rakyat mempunyai wang yang mencukupi sebelum melakukan sebarang transaksi menggunakan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini. b) Penggunaan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas di premis saudagar seperti transaksi petrol di stesen minyak (terminal layan diri), hospital dan hotel, mungkin akan dikenakan amaun pra-guna (pre-use amount), tertakluk kepada ketetapan pihak saudagar. Nota : Amaun pra-guna ini adalah berdasarkan amaun transaksi ataupun satu jumlah yang ditetapkan oleh pihak saudagar. Amaun pra-guna tersebut akan dikembalikan setelah pemprosesan settlement diterima daripada pihak saudagar dan hanya amaun sebenar transaksi akan didebitkan daripada akaun simpanan anda. Bagi transaksi petrol, jumlah pra-guna sebanyak RM200 akan dicajkan ke dalam akaun Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda. Jumlah pra-guna ini akan dikembalikan dan hanya jumlah isian petrol sebenar akan dicaj setelah penyelesaian dibuat oleh pihak saudagar. Untuk mengelakkan pegangan amaun pra-guna, anda boleh membuat bayaran dengan menggunakan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas di kaunter juruwang di stesen petrol yang terlibat. Bagi transaksi di hotel dan hospital, jumlah pra-guna (bergantung kepada tempoh menetap) akan dicaj semasa mendaftar masuk dan amaun sebenar akan diselaraskan setelah penyelesaian dibuat oleh pihak saudagar. c) Untuk tujuan keselamatan, bagi penggunaan di luar negara, anda perlu memaklumkan kepada Bank lebih awal dari tarikh perjalanan. 5 Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar? Bil
Jenis Perkhidmatan
Yuran dan Caj
1
Yuran Tahunan
a) PERCUMA untuk Tahun Pertama b) RM8.00 untuk tahun kedua dan seterusnya, sepanjang tempoh sah kad (yuran akan dikenakan pada setiap tarikh ulang tahun kad tersebut).
2
Yuran Perkhidmatan
Tiada
3
Pengeluaran Tunai di : - ATM Bank Rakyat - ATM Bank lain - Kaunter Bank lain melalui rangkaian MasterCard
Tiada RM12 RM12
4
Penggantian Kad
RM15
5
Pertukaran urusniaga luar negara (% daripada jumlah penggunaan)
Caj administrasi sebanyak 1.25% daripada amaun transaksi (untuk kedua-dua transaksi pembelian runcit dan pengeluaran tunai) adalah dibenarkan di dalam operasi kad debit. Nota : i) Pihak Bank mengambilkira kadar caj administrasi ini hanya bagi menampung turun naik kadar matawang semasa dan bagi mengelakkan sebarang kekurangan hasil pertukaran matawang asing pada hari pembilan. ii) Semasa pemprosesan settlement transaksi luar negara tersebut, jumlah caj administrasi ini akan dikembalikan dan amaun sebenar transaksi berdasarkan kadar pertukaran asing yang sebenar semasa pemprosesan settlement akan didebitkan daripada akaun simpanan pelanggan.
6
Salinan deraf jualan
a) RM5 untuk setiap permintaan ke atas salinan deraf jualan b) RM15 untuk setiap permintaan ke atas salinan asal deraf jualan
7
Salinan penyata transaksi Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas
RM5
8
Pemprosesan Permohonan
Tiada
Nota : Bank berhak untuk meminda yuran dan caj Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas yang dikenakan pada bila-bila masa setelah Bank memaklumkannya kepada pemegang kad dengan menggunakan saluran-saluran yang dianggap sesuai. 6 Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi syarat yang ditetapkan? a) Kegagalan melaksanakan tanggungjawab dan langkah-langkah munasabah untuk menjaga Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas akan mengakibatkan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas tersebut dicuri dan/atau digunakan tanpa kebenaran. b) Anda haruslah sentiasa berhati-hati untuk mencegah daripada kehilangan Kad Debit-i CoBrand Bank Rakyat-Kopenas. Sekiranya Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda hilang atau dicuri, anda perlu memberitahu Bank Rakyat dengan serta merta sebaik sahaja mengetahui Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda hilang atau dicuri, diikuti dengan pengesahan bertulis berserta satu salinan laporan polis. c) Anda boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas liabiliti yang berlaku sekiranya anda tidak melaporkan kepada pihak Bank dengan serta merta. 7 Apakah risiko utama Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas yang perlu saya tanggung? a) Pastikan anda tidak meminjamkan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda kepada sesiapa, termasuk ahli keluarga.
b) Pastikan anda tidak mendedahkan maklumat peribadi dan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda melalui perbualan telefon atau melalui mana-mana saluran, kecuali anda telah mengenalpasti identiti pihak tersebut. c) Simpan Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda di tempat yang selamat dan pastikan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) tidak disimpan bersama-sama Kad Debit-i CoBrand Bank Rakyat-Kopenas anda. d) Jangan dedahkan maklumat Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda kepada pihak ketiga terutama maklumat CVV (3 angka di belakang kad) dan tarikh luput kad. e) Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas anda tidak boleh digunakan untuk sebarang kegiatan atau tujuan yang bertentangan dengan prinsip Syariah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung (sengaja/tidak sengaja). f) Pemegang Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas yang ingin menggunakan kad di luar negara, anda perlu memaklumkan kepada pihak Bank sebelum memulakan perjalanan ke luar negara bagi mengelakkan sebarang sekatan ke atas penggunaan kad tersebut. 8 Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan maklumat saya? a) Anda hendaklah menghubungi pihak Bank di nombor 03-2693 6880 (24 jam) dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat dan nombor telefon atau maklumat-maklumat lain bagi memastikan: i) urusan surat-menyurat dapat disampaikan mengikut masa yang ditetapkan. ii) sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar bagi tujuan pengesahan transaksi penggunaan internet. iii) sistem SMS dihantar kepada anda ketika melakukan transaksi online atau internet yang memerlukan penggunaan One Time Password (OTP). Nota : One Time Password (OTP) adalah ciri keselamatan tambahan yang lebih selesa dan selamat untuk melindungi pemegang Kad Debit-i Bank Rakyat, ketika melaksanakan transaksi pembelian online atau internet dari laman sesawang saudagar yang dilengkapi dengan ciri-ciri kesalamatan 3D Secure. b) Segala urusan surat-menyurat yang dihantar kepada anda di alamat terakhir dan SMS yang dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan dengan Bank dianggap sebagai telah dihantar oleh Bank dan diterima oleh pemegang kad. 9 Dimanakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut tentang produk Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas ini? a) Untuk maklumat lanjut mengenai produk Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas, sila rujuk risalah produk ini atau layari laman sesawang kami iaitu www.bankrakyat.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat yang berhampiran dengan tempat anda atau berhubung terus dengan Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (KOPENAS). b) Sebarang cadangan dan pertanyaan anda boleh disalurkan kepada kami melalui saluran seperti berikut: Pusat Kad Bank Rakyat
Nombor Telefon E-mail Laman Sesawang
: 03-2693 6880 (24 jam) :
[email protected] : www.bankrakyat.com.my
Pusat Panggilan Bank Rakyat Nombor Telefon
: 1-300-88-1BANK (12265)
Pusat Panggilan boleh dihubungi dari hari Isnin hingga Jumaat dari 7.30 pagi hingga 9.30 malam dan pada hari Ahad dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. KOPENAS Berhad Nombor Telefon E-mail Laman Sesawang
: 03-4022 8917 03-4022 8971 :
[email protected] : www.kopenas.org
c) Sebarang aduan boleh dilaporkan kepada : Pusat Kad Bank Rakyat Pusat Panggilan Bank Rakyat Kopenas Bhd
: : : :
03-2693 6880 (24 jam) 03-2698 6000 (8.00 pagi hingga 5.00 petang) 1-300-88-1BANK (12265) 03-4022 8917 / 03-4022 8971
:
Unit Biro Aduan Awam, Jabatan Khidmat Pelanggan, Tingkat 11, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi, Peti Surat 11024 50732 Kuala Lumpur atau e-mail ke
[email protected]
:
Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur Tel : 1-300-88-5465 No. Faks : 03-2174 1515 e-mail :
[email protected]
atau, menghantar aduan ke
atau, hubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di
PERINGATAN PENTING ! PRODUK INI TELAH DILULUSKAN OLEH AHLI JAWATANKUASA SYARIAH PADA 18/03/2013 HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK TELAH DIBACA, DIFAHAMI DAN DIPERSETUJUI OLEH PELANGGAN DAN MESTILAH DITANDATANGANI OLEH PELANGGAN
Maklumat di risalah ini adalah sah pada __________. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad ( ) Version 1/Dated _________/BKRM