BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
PENGENALAN
Pembelajaran merupakan kaedah memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran melalui pengalaman, amalan yang dipelajari atau yang diajarkan. Pembelajaran secara tradisional seperti yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar adalah pembelajaran yang pasif. Mereka menghabiskan kebanyakan masa persekolahannya dalam suasana pembelajaran yang pasif dengan menghafal semua maklumat yang disampaikan oleh guru secara syarahan tanpa ada penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan mengingati fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran berpusatkan guru (Elizabeth et al., 2002).
Pembelajaran yang pasif ini perlu berubah kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran yang aktif untuk membolehkan pelajar memberi tumpuan dalam pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang aktif dapat merangsang pelajar dengan mengaktifkan pengetahuan yang sedia ada dan dihubungkaitkan dengan pengetahuan baru. Pengetahuan yang baru diperolehi ini pula terus boleh diguna pakai pada masa hadapan (Khoo, 2003).
Salah satu kaedah pembelajaran yang boleh menyediakan pelajar supaya berkebolehan dalam menyelesaikan masalah secara kritis, berpengetahuan, aktif dan sedia menghadapi cabaran dunia hari ini adalah kaedah pembelajaran berdasarkan masalah yang menggunakan masalah kehidupan sebenar sebagai titik permulaan terhadap pembelajaran (William, 2001; Dunlap, 2005). Terdapat banyak hasil kajian yang dijalankan di negara barat menunjukkan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah merupakan suatu kaedah alternatif dalam menyediakan pelajar yang boleh menyelesaikan masalah secara kritis, mengutamakan pembelajaran secara kendiri dan aktif dalam menghadapi cabaran dunia hari ini. Hasil kajian juga mendapati pembelajaran berdasarkan masalah dapat menambahkan pengetahuan, perubahan sikap dan amalan pelajar (William, 2001).
1.2
LATAR BELAKANG KAJIAN
Senario pembelajaran masa kini menunjukkan pelajar tidak dapat melihat dengan jelas akan kepentingan pengetahuan yang mereka pelajari di dalam bilik darjah yang boleh membawa kejayaan kepada mereka dalam kehidupan dunia sebenar nanti. Sesungguhnya, pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah bukannya hanya terhad kepada isi kandungan yang diajar dalam sehari atau silibus yang perlu dihabiskan dalam semester. Pembelajaran akan berlaku secara semulajadi kerana pengetahuan yang didapati itu datang bersama dengan lain-lain kemahiran seperti kemahiran generik.
Pembelajaran secara tradisional membuatkan pelajar merasa bosan dan tidak berminat untuk belajar kerana mereka pergi ke kelas dan balik ke rumah dengan membawa banyak maklumat dan fakta untuk dihafal dan diingati dan ini merupakan suatu aktiviti yang kurang menyediakan kehidupan dunia sebenar di luar bilik darjah. Pembelajaran secara tradisional ini
selalunya menyebabkan pembelajaran berlaku secara cetek atau tidak mendalam dan pelajar mendapati isi kandungan pembelajaran sangat abstrak, membosankan dan amat susah untuk mengaitkan masalah dengan dunia yang nyata (Christopher, 2006). Sikap negatif pelajar terhadap proses pembelajaran yang pasif ini dapat dilihat melalui jumlah kehadiran yang menurun dan pencapaian akademik yang lemah (Ahlfedt, 2004; Zhonglei, 2004).
Banyak kajian telah menunjukkan pentingnya peranan pembelajaran berdasarkan masalah dalam memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar dan kebolehan pelajar menghadapi kehidupan dunia sebenar di luar sana. Melalui pembelajaran berdasarkan masalah, pelajar belajar secara kendiri dan pelajar juga digalakkan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang diberi (Mardziah, 1988).
Menurut Barbara (2003), hasil kajian yang dijalankannya menunjukkan kesan daripada pembelajaran berdasarkan masalah ini, pelajar lebih bermotivasi untuk belajar, kehadiran pelajar ke kelas meningkat kerana mereka seronok untuk belajar, meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan, dapat meningkatkan pengekalan maklumat dalam jangka masa yang lama, mengembangkan maklumat yang didapati dan hal ini akan mendorong pada pembelajaran sepanjang hayat (Schimdt et al., 2006).
1.3
PENYATAAN MASALAH
Pendidikan dalam bidang kejururawatan kini mempunyai hala tuju baru dengan fokus untuk memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap berbanding pembelajaran berasaskan fakta. Pembelajaran dalam bidang kejururawatan adalah suatu proses pembelajaran yang aktif untuk mendapatkan pengetahuan, bukannya suatu proses mengingati fakta yang pasif.
Kini telah banyak bukti yang menyatakan bahawa permasalahan dalam dunia yang nyata dan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar lebih bernilai daripada pembelajaran tradisional yang lebih berpusatkan guru. Matlamat
pembelajaran berdasarkan masalah
menyediakan pelajar untuk pembelajaran sepanjang hayat dengan melibatkan mereka dengan aktiviti pembelajaran kerana pelajar bertanggungjawab untuk mendapatkan fakta dan konsep (Newman, 2003).
Kursus Diploma Kejururawatan dibangunkan untuk mengeluarkan para jururawat yang mahir dalam menjalankan perawatan dan dapat berfikir secara kritis, berkebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran perawatan dalam mempromosikan penjagaan kesihatan seperti yang diperlukan di hospital dan dalam komuniti serta pelajar berupaya menangani dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah. Para pelajar jururawat perlu dilengkapkan dengan pengetahuan, nilai-nilai dan sikap yang profesional selama tiga tahun dalam latihan untuk membolehkan mereka berfungsi sebagai jururawat yang penyayang yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan pesakit dan selamat menjalankan tugas seperti menjalankan prosedur memberi suntikan, melakukan dressing dan prosedur kejururawatan yang lain (KKM, 2005). Kecemerlangan dalam bidang kejururawatan merupakan kecemerlangan melalui latihan kejururawatan secara evidence-based nursing. Oleh yang demikian kurikulum kejururawatan perlu juga turut berubah kerana pembelajaran yang mengutamakan pembelajaran secara kendiri dan berfikiran secara kritis dapat menjadikan jururawat lebih cemerlang (Distler, 2007; LeMone, 2002).
Kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kini semakin popular dalam kalangan pengajar jururawat dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kejururawatan. Para
pengajar jururawat mendapati kaedah pembelajaran berdasarkan masalah ialah kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kejururawatan hari ini. (Virginia et al., 2006). Terdapat banyak hasil kajian yang dijalankan di negara barat menunjukkan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah merupakan suatu kaedah alternatif dalam menyediakan pelajar yang boleh menyelesaikan masalah secara kritis, mengutamakan pembelajaran secara kendiri dan aktif dalam menghadapi cabaran dunia hari ini. Hasil kajian juga mendapati pembelajaran berdasarkan masalah dapat meningkatkan pengetahuan, perubahan sikap dan amalan pelajar (William, 2001).
Walau bagaimanapun kaedah pembelajaran yang dilaksanakan di sebuah kolej kejururawatan yang terletak di negeri Kelantan masih menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah pembelajaran berdasarkan syarahan. Kaedah pembelajaran berdasarkan syarahan amat pasif, tiada penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan mengingati fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran berpusatkan guru. Guru tidak berusaha untuk menggalakkan pelajar berbincang sesama mereka, malah guru lebih tergesa-gesa memberikan maklumat demi maklumat melalui syarahan. Secara amnya hanya sedikit sahaja penekanan tentang menganalisis maklumat secara kritis, pembelajaran secara kendiri atau menyelesaikan masalah dilakukan oleh pelajar dalam pembelajarannya (Elizabeth et al., 2002).
Mengikut Dochy et al. (2003) pelajar yang
mengikuti pembelajaran secara tradisional tidak dapat mengekalkan ingatan fakta dalam masa yang lama, amat pasif kerana tiada interaksi dengan teman-teman dalam kumpulan untuk berbincang mengenai pelajaran dan pemikiran tidak kritis kerana semua fakta diberi oleh guru. Mengikut maklumat yang terdapat pada rekod akademik pelajar, didapati pencapaian akademik pelajar jururawat di kolej kejururawatan ini tidak memuaskan. Peratus kelulusan
dalam peperiksaan akhir setiap semester tidak mencapai piawai yang telah ditetapkan iaitu 85% dalam subjek medikal-surgikal IV (perawatan sistem genitourinari), medikal-surgikal V (perawatan pediatrik) dan medikal-surgikal VI (perawatan saraf pusat ) (HEA, 2007). Mengikut laporan ketua pemeriksa skrip jawapan Modified Essay Question sepanjang tahun 2007, kebanyakan pelajar jururawat tidak dapat menghuraikan fakta dalam jawapan yang diberikan dan tidak boleh mengaplikasikan pemikiran kritis (UP, 2007).
Pelajar-pelajar kurang inisiatif dan kurang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Para pelajar tidak peka dengan kemudahan internet yang disediakan di makmal teknologi maklumat dan kurang menggunakan sumber rujukan di perpustakaan. Sehubungan itu, satu perubahan strategi pembelajaran yang lebih sesuai dengan suasana pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan di Kolej Kejururawatan ini supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif dan berkesan iaitu
kaedah pembelajaran berdasarkan
masalah. Kaedah ini dijalankan supaya para pelajar kejururawatan dapat belajar secara aktif, berfikiran kritis dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.
Visi dan misi kolej kejururawatan ini adalah untuk menghasilkan jururawat yang berfikiran secara kritis dalam menjalankan tugas seharian, berkemahiran
menyelesaikan
masalah serta pembelajaran sepanjang hayat. Bertepatan dengan visi dan misi kolej kejururawatan ini, kaedah pembelajaran berdasarkan masalah amat sesuai dijadikan salah satu pendekatan dan latihan yang berkesan dalam pembelajaran untuk melahirkan jururawat yang mempunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi, mengamalkan cara berkomunikasi yang berkesan, berkemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan tepat.
Sebagai permulaan, pembelajaran berdasarkan masalah telah dijalankan pada sesi pembelajaran Januari 2008 untuk pelajar jururawat tahun 2 iaitu semester 4 bagi subjek medikal-surgikal IV (perawatan sistem genitourinari), semester 5 bagi subjek medikalsurgikal V (perawatan pediatrik) dan semester 6 bagi subjek medikal-surgikal VI (perawatan saraf pusat). Subjek-subjek lain masih lagi menggunakan pembelajaran secara tradisional.
Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti persepsi pengajar dan pelajar jururawat terhadap kebergunaan pembelajaran berdasarkan masalah setelah setahun pembelajaran berdasarkan masalah dilaksanakan di kolej ini.
1.4.
KERANGKA KONSEP KAJIAN
Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan daripada proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Pemahaman pelajar terhadap masalah yang dikemukakan merupakan aktiviti kognitif di mana pelajar perlu bersikap aktif untuk berfikir dan ini adalah hasil sumbangan daripada pengalaman atau pengetahuan sedia ada pelajar.
Phillips (2000) mengatakan dalam proses pembelajaran, pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran akan lebih berkesan kepada para pelajar. Menurut Graaff & Kolmos (2003), konsep pembelajaran berdasarkan masalah bersandarkan kepada pelbagai teori seperti Teori Kolb yang memperkenalkan teori pembelajaran berasaskan pengalaman dan Schon yang memperkenalkan teori pembelajaran berdasarkan refleksi manakala Jean Piaget, Vygotsky, Lave dan Wenger pula memperkenalkan teori konstruktivisme dan teori pembelajaran sosial.
Bertitik tolak daripada teori-teori ini, maka konsep pembelajaran berdasarkan masalah dibentuk. Salah satu teori yang yang menyokong pembelajaran berdasarkan masalah ialah teori konstruktivism. Persekitaran pembelajaran secara konstraktivis akan diambilkira dalam pembelajaran bidang kejururawatan kerana dalam persekitaran pembelajaran konstruktivis ianya menyokong pembelajaran secara aktif, menyokong pembinaan pengetahuan dan menyokong kaedah pembelajaran melalui pengetahuan (Jonassen, 1994).
Di dalam pembelajaran yang menggunakan teori konstruktif, terdapat prinsip tertentu yang perlu diikuti dan kebanyakan prinsip tersebut menepati dengan ciri-ciri utama pembelajaran berdasarkan masalah. Antaranya pengajaran mestilah berdasarkan kepada pengalaman pelajar serta menyediakan persekitaran yang melahirkan suasana ingin belajar. Selain itu pembelajaran haruslah mempunyai perspektif yang pelbagai serta menggunakan aktiviti autentik serta berpusatkan kepada pelajar dan menggalakkan strategi penemuan di dalamnya. Ini perlu dilakukan kerana dibimbangi pelajar akan sesat (terkeluar dari konteks yang ingin dikuasai) jika tiada panduan diberikan. Rajah 1.1 di bawah merupakan kerangka konsep kajian ini.
PRINSIP KONSTRUKTIVISM - Pembelajaran adalah bersifat aktif Pengetahuan sedia ada melalui: - Pengamatan/ pemerhatian - Pengalaman - Pancaindera
- Pembelajaran berterusan sepanjang hayat - Pembelajaran melibatkan bahasa - Pembelajaran adalah suatu aktiviti sosial - Pembelajaran adalah berbentuk perhubungan - Pembelajaran memerlukan ilmu pengetahuan - Pembelajaran memerlukan masa
Rajah 1.1:
Pengetahuan yang dibina: - Pengetahuan (cognitive) - berfikir secara kritis - Afektif (affective) - pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat - Kemahiran (psychomotor) - perawatan berasaskan bukti (evidencebased practice)
Kerangka Konsep Kajian (Prinsip Teori Konstrustivisme)
Pembelajaran dan pengajaran berdasarkan teori ini menyeimbangkan peranan guru dengan pelajar untuk saling bersandar antara satu sama lain. Peranan guru dilihat sebagai pembimbing dan fasilitator yang menerima pelajar sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalam konteks pembelajaran, teori konstruktivism menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merialisasikan teori ini.
Pendekatan teori konstruktivism adalah dengan memberikan hak dan peluang untuk pelajar-pelajar belajar cara belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing berdasarkan pengalaman dan persekitaran yang sedia ada (Colliver, 2000). Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu. Teori konstruktivism merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan dalam pembelajaran kerana ia memberikan peluang dan membuka ruang kepada pelajar dalam merialisasikan kehidupan seharian mereka.
Keadaan ini secara tidak langsung menjadi penyokong kepada minat pelajar dalam pembelajaran dan akan terhapusnya situasi keterasingan dalam kalangan pelajar. Kefahaman pelajar terhadap fakta akan lebih berkesan dan mantap dengan menggabung serta menjalinkan pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina (Colliver, 2000). Selain itu, guru perlu
mengelakkan diri daripada beranggapan bahawa minda pelajar sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta dan pengetahuan baru, sebaliknya guru perlu mengambil kira, menilai, mengukur keterlibatan dan kefahaman pelajar dalam mengembangkan maklumat yang disampaikan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru sebagai pembimbing dan fasilitator juga dapat membantu dalam mengawal disiplin para pelajar dengan baik. Dalam menghadapi situasi kewujudan pelajar yang enggan melibatkan diri dalam
aktiviti
pembelajaran,
golongan
pendidik
seharusnya
lebih
kreatif
dalam
mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan pelbagai persoalan atau masalah sebagai ransangan terbaik sebagai jaminan keterlibatan aktif pelajar dalam menemukan idea terbaru.
Teori konstruktivism ini juga menyatakan bahawa pelajar tidak menganggap guru hanya sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai tempat sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan peransang bagi mereka berfikir dan berkomunikasi. Ilmu baru yang terbentuk ialah ilmu berasaskan inisiatif diri individu itu sendiri dan perkongsian pandangan dalam kalangan mereka selain mengadaptasi setiap pengalaman yang dilalui dengan alam sekeliling sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Dengan wujudnya idea baru dan pengalaman pelajar ini secara tidak langsung akan membuatkan suasana pembelajaran menjadi lebih aktif dalam kalangan pelajar itu sendiri (Atherton, 2009).
Teori konstruktivism seiring dengan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah dan amat sesuai diaplikasi dalam latihan kejururawatan yang memerlukan pelajar belajar berfikir secara kritis dan menjalankan perawatan berasaskan bukti (evidence-based nursing) (LeMone, 2002). Setiap pelajar mempunyai pengetahuan yang sedia ada (pre-requisite knowledge) hasil daripada pengamatan atau pemerhatian, pengalaman dan pancaindera sejak dari kecil hingga mereka menjadi remaja. Dalam latihan kejururawatan, pengetahuan yang sedia ada amat
penting untuk proses pembelajaran. Mengikut teori konstruktivism, pembelajaran akan lebih berkesan dengan pembelajaran secara aktif, melakukan aktiviti, pembelajaran dalam kumpulan, sentiasa berhubung dengan kumpulan yang lain, sama-sama berusaha untuk mendapatkan pengetahuan baru dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti dalam kaedah pembelajaran berdasarkan masalah. Hasil daripada pembelajaran ini, pelajar akan mendapat pengetahuan yang dibina iaitu dari segi pengetahuan (cognitive), kemahiran (psychomotor) dan afektif (affective). Kesan pada pembelajaran yang aktif ini, pelajar dapat berfikir secara kritis, menjalankan perawatan dengan berasaskan bukti, pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat (Theodora, 2005).
1.5
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi tenaga pengajar dan pelajar jururawat terhadap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kerja kumpulan, sikap untuk belajar dan kemenjadian pelajar. Selain daripada itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dari segi kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah berdasarkan persepsi tenaga pengajar yang berbeza pengalaman dan taraf pendidikan serta juga berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza semester pengajian dan umur.
1.6
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah untuk; i.
Mengenalpasti tahap persetujuan pengajar jururawat terhadap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kepada pelajar.
ii.
Mengenalpasti tahap persetujuan pelajar jururawat terhadap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah mengikut aspek: a. Kerja kumpulan b. Sikap untuk belajar c. Kemenjadian pelajar
iii.
Mengenalpasti tahap persetujuan pelajar terhadap perlaksanaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah.
iv.
Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi tenaga pengajar terhadap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kepada pelajar jururawat berdasarkan pengalaman mengajar.
v.
Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi tenaga pengajar terhadap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kepada pelajar jururawat berdasarkan taraf pendidikan.
vi.
Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat terhadap kebergunaan pembelajaran berdasarkan masalah secara menyeluruh, berdasarkan semester pengajian.
vii.
Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat terhadap
kebergunaan
pembelajaran
berdasarkan
masalah
dalam
meningkatkan kerja kumpulan, meningkatkan sikap untuk belajar dan meningkatkan kemenjadian pelajar berdasarkan semester pengajian.
viii.
Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat terhadap kebergunaan pembelajaran berdasarkan masalah secara menyeluruh, berdasarkan peringkat umur.
ix.
Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat terhadap
kebergunaan
pembelajaran
berdasarkan
masalah
dalam
meningkatkan kerja kumpulan, meningkatkan sikap untuk belajar dan meningkatkan kemenjadian pelajar berdasarkan peringkat umur.
1.7
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut; i.
Apakah tahap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kepada pelajar berdasarkan persepsi tenaga pengajar?
ii.
Apakah tahap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kepada pelajar berdasarkan persepsi pelajar jururawat dalam aspek meningkat: a. Kerja kumpulan b. Sikap untuk belajar c. Kemenjadian pelajar
iii.
Apakah tahap perlaksanaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah berdasarkan persepsi pelajar jururawat?
iv.
Adakah terdapat perbezaan persepsi tenaga pengajar terhadap kebergunaan kaedah
pembelajaran
berdasarkan
berdasarkan pengalaman mengajar?
masalah
kepada
pelajar
jururawat
v.
Adakah terdapat perbezaan persepsi tenaga pengajar terhadap kebergunaan kaedah
pembelajaran
berdasarkan
masalah
kepada
pelajar
jururawat
berdasarkan taraf pendidikan. vi.
Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat terhadap kebergunaan pembelajaran berdasarkan masalah secara menyeluruh, berdasarkan semester pengajian?
vii.
Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat terhadap kebergunaan pembelajaran berdasarkan masalah
dalam meningkatkan kerja kumpulan,
meningkatkan sikap untuk belajar dan meningkatkan kemenjadian pelajar berdasarkan semester pengajian. viii.
Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat terhadap kebergunaan pembelajaran berdasarkan masalah secara menyeluruh, berdasarkan peringkat umur.
ix.
Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat terhadap kebergunaan pembelajaran berdasarkan masalah
dalam meningkatkan kerja kumpulan,
meningkatkan sikap untuk belajar dan meningkatkan kemenjadian pelajar berdasarkan peringkat umur.
1.8
HIPOTESIS KAJIAN
Persoalan kajian iv hingga ix dijawab melalui pengujian hipotesis berikut:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah berdasarkan persepsi tenaga pengajar yang berbeza tahap pengalaman.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah berdasarkan persepsi tenaga pengajar yang berbeza tahap pendidikan.
Ho3: Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan secara keseluruhan
kaedah pembelajaran berdasarkan masalah berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza semester pengajian.
Ho3a:
Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah
pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kerja kumpulan berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza semester pengajian.
Ho3b:
Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah
pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan sikap untuk belajar berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza semester pengajian.
Ho3c:
Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah
pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kemenjadian pelajar berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza semester pengajian.
Ho4:
Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan secara
keseluruhan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza peringkat umur.
Ho4a:
Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah
pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kerja kumpulan berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza peringkat umur.
Ho4b:
Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah
pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan sikap untuk belajar berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza peringkat umur.
Ho4c:
Tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah
pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kemenjadian pelajar berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza peringkat umur.
1.9
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi tenaga pengajar dan pelajar jururawat terhadap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kerja kumpulan, sikap untuk belajar dan kemenjadian pelajar. Selain daripada itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dari segi kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah berdasarkan persepsi tenaga pengajar yang berbeza pengalaman dan taraf pendidikan serta juga berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza semester pengajian dan umur.
Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini adalah sangat penting kepada pihak tenaga pengajar kolej kejururawatan ini dalam merancang dan mengambil tindakan
penambahbaikan agar pelaksanaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah dapat mencapai matlamat yang diharapkan.
Maklumat yang diperolehi juga penting kepada pihak pengurusan kolej kejururawatan ini dalam merancang tindakan strategik bagi mencapai visi dan misi iaitu untuk menghasilkan jururawat yang berfikiran secara kritis dalam menjalankan tugas seharian, berkemahiran menyelesaikan masalah serta pembelajaran sepanjang hayat.
Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga boleh dijadikan asas kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam merancang dan melaksanakan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kritis.
1.10
DEFINISI OPERASIONAL
Berikut merupakan definisi operasional yang digunapakai dalam kajian ini:
1.10.1 Kaedah Pembelajaran Berdasarkan Masalah Dalam pembelajaran berdasarkan masalah, pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil seramai 10 orang untuk setiap kumpulan yang mengandungi ketua kumpulan serta pencatat. Taklimat mengenai peraturan diterangkan oleh fasilitator serta masalah diberikan kepada pelajar. Pelajar perlu mengenal pasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenal pasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji yang dikenali sebagai trigger yang akan membuatkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberikan petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.
Pelajar mengeluarkan idea-idea serta mendapatkan bantuan dari fasilitor, mendapatkan jawapan dengan pergi ke perpustakaan, mencari maklumat dari media massa atau media eletronik serta daripada pakar yang berkemahiran dalam satu-satu subjek yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.
Pelajar perlu mengenal pasti perkara yang perlu dipelajari dan mencari isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenal pasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
Pelajar akan mencari dan merumuskan informasi yang relevan dan logik dengan masalah yang diberikan daripada berbagai-bagai sumber tersebut. Pelajar akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.
Pelajar akan memberikan tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing dengan bimbingan daripada fasilitator dan akhirnya membuat laporan untuk pembelajaran mereka.
1.10.2 Kebergunaan Kaedah Pembelajaran Berdasarkan Masalah
Kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah adalah merujuk kepada kepentingan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah di mana pelajar-pelajar dapat meningkatkan daya ingatan dalam pembelajaran, mudah memahami topik yang dipelajari, meningkatkan pembelajaran kendiri, meningkatkan penglibatan dalam kerja berpasukan, meningkatkan pemikiran kritis, meningkatkan dalam berkomunikasi, meningkatkan motivasi untuk belajar, meningkatkan keyakinan diri dan menjadikan pelajar lebih berdisiplin. Kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah dilihat dari tiga aspek iaitu kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kerja kumpulan, meningkatkan sikap untuk belajar dan meningkat kemenjadian pelajar.
1.10.2.1 Kerja Kumpulan Kerja Kumpulan merujuk kepada pelajar berada dalam kumpulan kecil lebih kurang 10 orang, bersama-sama membincangkan isu pembelajaran dalam menyelesaikan masalah yang diberikan dengan diselia oleh fasilitator. Setiap ahli kumpulan mempunyai tugasan yang tersendiri. Ada yang bertugas sebagai ketua kumpulan, pencatit, mencari bahan dari perpustakaan, internet atau mendapatkan bantuan pakar. Ahli kumpulan sentiasa bekerjasama dan saling membantu untuk mendapatkan maklumat dalam menyelesaikan masalah.
1.10.2.2 Sikap Untuk Belajar Pembelajaran berdasarkan masalah dapat meningkatkan pengekalan maklumat dalam masa yang lama, mengembangkan maklumat yang didapati, mendorong pembelajaran sepanjang hayat, pendedahan yang sebenar terhadap pengalaman klinikal, meningkatkan perhubungan pelajar dengan alam persekitaran dan meningkatkan motivasi pelajar secara keseluruhan (Schimdt et al., 2006). Pelajar yang mengikuti program pembelajaran berdasarkan masalah
menunjukkan kadar kehadiran ke kelas meningkat dan lebih tekun belajar kerana mereka seronok untuk belajar (Mitchel et al., 2002).
1.10.2.3 Kemenjadian Pelajar Faktor kemenjadian pelajar penting dalam menentukan keberkesanan sesebuah sekolah atau institusi. Pelajar perlu cemerlang dalam pelbagai bidang akademik, kurikulum dan sahsiah diri. Stoll & Fink (1996) merumuskan sekolah atau institusi yang berkesan adalah peningkatan berterusan para pelajar dari segi kecemerlangan akademik, penguasaan kemahiran asas, keberkesanan pembelajaran dan kawalan disiplin yang berkesan.
1.10.3
Pelajar Diploma Kejururawatan
Pelajar jururawat yang mengikuti kursus Diploma Kejururawatan dari Semester 1 hingga Semester 9 selama 3 tahun di kolej kejururawatan di negeri Kelantan. Dalam konteks kajian ini, pelajar Diploma Kejururawatan yang menjadi sampel kajian ini ialah pelajar semester 4, 5 dan 6.