PANDUAN
pelancong
muslim
Australia
Edisi Bahasa Malaysia
Pengalaman hebat Australia anda bermula di sini. Alami kebebasan dan percutian yang sempurna. Mungkin anda pernah melawati taman tema bertaraf dunia di Gold Coast, menikmati pengalaman di ladang ternakan di Perth atau pernah melihat Sydney Opera House, tetapi masih banyak pengalaman yang boleh anda terokai dan rasai di Australia.
Pelancongan: Panduan Pelancong Muslim Australia
TEMUI. TEROKAI. BERGEMBIRA.
Buku Panduan Pelancong Muslim: Australia ini sangat ideal bagi pelancong dan pengembara Muslim yang merancang percutian ke sana. Buku panduan ini akan memberikan fakta-fakta menarik mengenai Australia, cadangan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di setiap wilayah, senarai masjid terpilih dan restoran-restoran halal, dilengkapi juga dengan senarai tempattempat membeli-belah dan penginapan untuk memudahkan anda membuat pilihan! Oleh itu lawati dan kembali ke Australia untuk suatu pengalaman hebat seumur hidup.
MAKANAN + PENGINAPAN + AKTIVITI + BELI-BELAH + MASJID
Tiada yang lebih hebat dari z oo bebas tidak berpagar.
Kami bangun awal untuk Suatu pengalaman hebat untuk memulakann hari. sengaja bertemu dengan tidak denga i tetap , meny aksikan mata hari terbit k bukit, hidup dengan Punca akan. sesuatu yang tidak mungkin dapat dilup kesan a sini, lebih daripada jumla h pat melom ru kanga ulan kump ulankump kangaru yang perna h saya lihat seumur hidup ini. aksikan haiwan liar di pulau Kami menghabiskan masa bersiar-siar menylaut dan sejumlah burung-burung anjing in, pengu ar gamb sambil mengambil nya, saya seperti tidak tahu ketika Ada ini. m sebelu ali yang tidak perna h diken duduk diam sambil hanya un ataup ar apakah untuk terus mengambil gamb bar ini hanyalah ar-gam Gamb atnya. temp Inilah ini. ahan keind mati menik tidak mungkin ya pastin yang indah laman penga suatu pada gambaran awal ini, anda hanya kami bumi di indah laman penga ai dilupakan. Untuk meras i. perlu datang dan terokainya sendir
6
7
Kandungan Pengenalan Australian Capital Territory New South Wales Northern Territory Queensland Tasmania Victoria Western Australia South Australia
Panduan Pelancong Muslim: Australia Terbitan pertama - Sept 2010 Dihasilkan khusus oleh KasehDia Halal Guides untuk Tourism Australia Penerbit: KasehDia Sdn Bhd 31-2, Jln 22A/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia www.kasehdia.com www.halalguides.com Editor: Jumaatun Azmi Pengarah Projek: Sunita Riar Pengurus Projek: Amri Sofi Penulis/Penyelidik: Huzaimah Hashim, Marwani Omar, Zaahira Muhammad, Andora Fredericks, Ruzanna Muhammad Pereka Bentuk Grafik: Majnun Nur Penghargaan: Francisca Shaik, Abdul Jami Shaik, 2
Radha Vengadasalam, Wan Nor Idawati, Dayana Nordin, Haliza Ishak, Mariana Omar, Dr Noor Hazarina Hashim Teks © KasehDia Sdn Bhd Gambar © Tourism Australia, Australian Capital Tourism, South Australian Tourism Commission, Tourism New South Wales, Tourism Northern Territory, Tourism Queensland, Tourism Tasmania, Tourism Victoria, Tourism Western Australia Gambar muka depan memaparkan Festival Vivid Sydney, New South Wales. Masjid Auburn Gallipoli, New South Wales, halaman 12. Gambar dipetik dari CC-BYSA, http://creativecommons. org/licenses/by-sa/3.0/ Cetakan oleh Art Printing Works Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Penulis, KasehDia dan Badan Pelancongan Australia telah mengambil perhatian sewajarnya dalam penyediaan buku ini tetapi tidak memberi sebarang jaminan ketepatan dan kelengkapan isi kandungan buku ini dan juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang timbul daripada penggunaannya. © 2010 KasehDia. Hakcipta Terpelihara. Tidak ada mana-mana bahagian dari penerbitan ini yang dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam sistem carian atau disebarkan tidak kira dalam mana-mana cara, elektronik mahupun mekanikal, termasuk cetakan pendua, rakaman atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.
04 06 11 19 25 33 40 48 55
Panduan ini mengklasifikasikan tempat-tempat makan menarik kepada tiga kategori - outlet halal yang disahkan oleh pihak berkuasa, outlet yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya seorang Muslim, atau outlet yang mendapat bekalan daging dari pembekal Muslim. Alkohol mungkin dijual di beberapa outlet yang disenaraikan. KasehDia tidak bertanggungjawab mahupun berperanan sebagai pihak berkuasa berkaitan dengan konsep halal. Simbol A Outlet halal disahkan oleh pihak berkuasa. M Outlet yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya seorang Muslim. B Outlet yang mendapat bekalan daging dari pembekal Muslim. 3
Belayar melalui Sydney Harbour
PENGENALAN Sambutan Hari Kebangsaan Australia, Canberra ACT
Australia menyimpan pelbagai khazanah alam yang indah, pencapaian terhebat manusia, kepelbagaian lanskap geografi yang menakjubkan, sumber alam luar biasa dan kehidupan flora dan fauna yang eksotik. Dengan pelbagai pakej unik dan menarik ini, maka tidak hairanlah mengapa Australia dapat menarik sekitar 5 juta pelancong setiap tahun. 21 juta penduduk Australia berasal dari pelbagai latar belakang, bertutur dengan lebih dari 300 bahasa dan terdiri dari 200 keturunan yang mengamati pelbagai budaya dan agama masingmasing. Sebagai sebuah negara yang menghormati kepelbagaian budaya, ia pastinya sesuai untuk memenuhi segala keperluan pelancong-pelancong Muslim.
NORTHERN TERRITORY QUEENSLAND WESTERN AUSTRALIA
SOUTH AUSTRALIA
Orang Muslim tiba di Australia seawal abad ke-16 dan 17, bersama-sama dengan kedatangan Bangsa Eropah dan telah berkembang pesat hingga mencecah 300,000 orang dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Komuniti terbesar Muslim tertumpu di New South Wales dan Victoria; sekitar 50 peratus dan 32 peratus daripada populasi Muslim di Australia, sekaligus mengembangkan masyarakat berbilang bangsa dan budaya di Australia.
NEW SOUTH WALES AUSTRALIAN CAPITAL TERRITORY VICTORIA
TASMANIA
Menariknya masjid pertama di Australia telah dibina pada 1861 di utara Australia Selatan, dan hari ini, terdapat lebih daripada 290 masjid dan musola di seluruh Australia. Pelancongpelancong Muslim pasti tidak akan menghadapi masalah untuk mencari kemudahan beribadah kerana masjid-masjid dan musola terdapat di bandar-bandar besar dan juga di tempat-tempat tarikan pelancong. Beberapa hotel juga menyediakan Al-Quran, sejadah dan panduan arah Ka’abah (Kiblat). Selain dari itu, sebagai negara pengeluar daging lembu dan kambing halal yang terbesar dunia, Australia juga menawarkan banyak pilihan tempat makan halal. Dari pengembaraan menerokai suasana pedalaman hingga ke bandar, gaya hidup pantai yang santai hingga ke makanan halal mahupun pengalaman kepelbagaian budaya, buku ini akan dapat memberi panduan (tips dan cadangan) yang berguna untuk pelancong Muslim. Sumber: Muslims in Australia: www.dfat.gov.au/facts/muslims_in_Australia.html Australian Bureau of Statistics 1981–2006 Census of Population and Housing
44
5
AUSTRALIAN CAPITAL TERRITORY
Perarakan Bunga Floriade - Sambutan Musim Bunga Australia, Canberra
MASJID
Masjid Canberra Dibuka pada tahun 1960, masjid ini mempunyai struktur sederhana yang diperbuat dari blok-blok simen, mempunyai kubah berwarna hijau pada bahagian atas dan di luar bangunan tersebut serta tulisan ayat-ayat Al-Quran menghiasi bahagian dalam masjid ini. Selain daripada menjadi tempat beribadat, ia juga menyediakan kelas pendidikan Islam untuk kanak-kanak di Sekolah Islam Canberra, beroperasi pada hari Ahad dari jam 10.00pg hingga 1.00ptg.
Canberra Australian Capital Territory
Australian Capital Territory (ACT) adalah rumah bagi ibu negara Australia, Canberra. Ia merupakan wilayah kecil berbanding dengan wilayah-wilayah lain, berkeluasan 2,400 kilometer persegi dengan sekitar 350,000 orang penduduk dan lebih 4,300 daripadanya adalah Muslim. Ini menyumbang kepada hampir 1.5 peratus daripada jumlah penduduk Muslim di seluruh Australia. Canberra yang merupakan bandar pedalaman terbesar dan terletak di tenggara Australia, 650 kilometer timur laut Melbourne dan 300 kilometer barat daya Sydney. Walter Burley merupakan salah satu bandar yang paling terancang di dunia. Oleh itu, anda pasti kagum dengan pelbagai daya tarikan di sini – pusat membeli-belah, tempat-tempat bersejarah, restoran-restoran indah, kafe, muzium dan galeri.
6
• 130 Empire Circuit Yarralumla, Canberra, ACT 2600
AUSTR ALI AN C APIT AL T ERRITORY (AC T )
Bangunan Parlimen, Canberra
PUSAT ISLAM DI BANDAR CANBERRA: Musola di Theo Notaras Multicultural Centre • Aras 2, Theo Notaras Multicultural Centre, 2/180 London Circuit, Canberra City, ACT 2601 Musola di Universiti Nasional Australia • 3H Block, Muslim Student’s Centre, Australian National University, Canberra City, ACT 2601 Untuk senarai penuh masjid-masjid, layari
Tahukah Anda?
Setelah berlaku perdebatan yang panjang untuk menentukan ibu negara Australia (antara Sydney ataupun Melbourne), keputusan akhirnya telah memilih kota lain selain dari kedua-dua pilihan ini. Canberra menggantikan Melbourne sebagai ibu negara Australia pada tahun 1908. 7
Turkish Pide House [A] • 16 Moore Street, Canberra, ACT 2601 • www.turkishpidehouse.com.au • Telefon: +61 (0) 2 6247 8800 Flavours of India [A] • 70 Bunda Street, Canberra, ACT 2601 • www.flavoursofindia.com.au • Telefon: +61 (0) 2 6257 3690 Turk’Oz Pide Restaurant [A] • Unit 6, 26 Challis Street, Dickson, ACT 2602 (lebih kurang 8 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Canberra) • www.turkoz.com.au • Telefon: +61 (0) 2 6262 8722
Ottoman Cuisine (Turkish) [A] • Di persimpangan Blackall Street dan Broughton Street, Barton, ACT 2600 (lebih kurang 9 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Canberra) • www.ottomancuisine.com.au • Telefon: +61 (0) 2 6273 6111 Turkish Halal Pride House [A] • Shop 1, 47 Novar Street, Yarralumla, ACT 2600 (lebih kurang 9 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Canberra) • Telefon: +61 (0) 2 6281 1991
AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK
Saksikan tiang bendera gergasi berketinggian 81 meter di Bangunan Parlimen Dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II pada 9 Mei 1988, Bangunan Parlimen ini terletak di Capital Hill yang berkeluasan 32 hektar dan merupakan tumpuan utama Bandar Canberra. Hampir keseluruhan bahan binaan bangunan ini produk tempatan Australia. Kombinasi seni bina yang luar biasa dan pemandangan indah sekaligus menjadikan bangunan ini salah satu daya tarikan yang popular. • www.aph.gov.au • Telefon: +61 (0) 2 6277 7111 • Bajet: Bayaran masuk dan khidmat pemandu pelancong percuma • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun (kecuali Hari Krismas), dari 9.00pg hingga 5.00ptg setiap hari Pelajari sejarah Australia di Muzium Nasional Australia Muzium Nasional Australia (NMA) kaya dengan pelbagai maklumat sejarah Australia, bangsa dan penduduknya. Acara utama adalah teater yang berputar dikenali sebagai Circa, yang membawa pengunjung dalam pengembaraan masa dari zaman awal penubuhan Australia hingga ke zaman kontemporarinya. Keindahan 8
MEMBELI-BELAH
seni bina muzium memberi tarikan dengan seni bina yang unik dan tersendiri. • www.nma.gov.au • Telefon : +61 (0) 2 6208 5000 • Bajet: Percuma • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun (kecuali Hari Krismas), dari 9.00pg hingga 5.00ptg setiap hari Terbang menaiki belon udara panas merentasi ibu kota Berapa kerap anda dapat pengalaman terbang menaiki belon udara panas? Atau dengan lebih tepat, terbang dengan belon udara panas di ruang udara ibu kota? Ini adalah aktiviti wajib dilakukan jika berkunjung ke Canberra, menikmati dan meninjau pemandangan indah Canberra dari langit. Pengunjung boleh ambil bahagian dalam proses pengembangan dan penguncupan belon panas ini. Pakaian kasual digalakkan. • www.canberraballoons.com.au • Telefon: +61 (0) 2 6285 1540 • Bajet: Dari AUD270 setiap seorang • Sesuai untuk: Semua usia (minimum 7 tahun ke atas) • Masa/musim yang sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun (jika cuaca baik)
Canberra Centre Temui pembekal-pembekal barangan kontemporari dan nikmati keindahan bandar Canberra yang terletak di pusat perniagaannya. Pusat ini menawarkan koleksi terbaik dari makanan hingga ke fesyen. • 148 Bunda Street, Canberra, ACT 2601 • www.canberracentre.com.au • Telefon: +61 (0) 2 6247 5611 • Waktu beroperasi: Isnin hingga Khamis 9.00pg hingga 5.30ptg, Jumaat 9.00pg hingga 9.00mlm, Sabtu 9.00pg hingga 5.00ptg, Ahad dan cuti umum 10.00pg hingga 4.00ptg Membeli-belah di outlet-outlet Dapatkan pelbagai barangan berjenama dangan harga yang berpatutan di pusat membeli-belah ini – Direct Factory Outlet (DFO) dan Brand Depot. Kedua-duanya mempunyai pelbagai pilihan dari peralatan rumah, peralatan sukan hingga ke fesyen.
Pusat membeli-belah Canberra
DFO • 337 Canberra Avenue, Fyshwick, ACT 2609 • www.dfo.com.au/canberra • Telefon: +61 (0) 2 6112 6222 Brand Depot • Majura Road, Canberra International Airport, ACT 2609 • www.branddepot.com.au • Telefon: +61 (0) 2 6214 6000
A u s t r a l i a n C a p i ta l T e r r i t o r y ( A C T )
A u s t r a l i a n C a p i ta l T e r r i t o r y ( A C T )
T E M PAT M A K A N
“Terbang menaiki belon udara panas di Canberra adalah pengalaman yang paling indah dan tidak dapat saya lupakan! Saya telah berjaya merakam banyak pemandangan indah dan dapat merasai ketenangan alam Canberra dari pengalaman pemandangan DARI LANGIT ini.” Nurul Ain, Singapura
PENGINAPAN
Mantra di Northbourne, Canberra • 84 Northbourne Avenue, Canberra, ACT 2612 • www.mantra.com.au • Telefon: +61 (0) 2 6243 2500 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD130
Rydges Lakeside Hotel • London Circuit, Canberra, ACT 2601 • www.rydges.com • Telefon: +61 (0) 2 6247 6244 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD130
Novotel Canberra • 65 Northbourne Avenue, Canberra, ACT 2600 • www.novotelcanberra.com.au • Telefon: +61 (0) 2 6245 5000 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD150
Crowne Plaza Canberra • 1 Binara Street, Canberra, ACT 2601 • www.crowneplaza.com • Telefon: +61 (0) 2 6247 8999 • Anggaran harga satu malam : Dari AUD250
Untuk maklumat lanjut tentang Australian Capital Teritory, layari www.visitcanberra.com.au 9
Pantai Bondi, Sydney
new south wales
Terbang dengan kapal terbang air melalui Sydney Harbour
New South Wales (NSW) adalah wilayah berkepadatan penduduk paling tinggi di Australia, merupakan rumah bagi ibu kota Sydney, pelabuhan yang popular, Sydney Opera House – yang merupakan salah satu Warisan Dunia, dan mempunyai masyarakat majmuk dan populasi kosmopolitan. Terdapat hampir 6.4 juta penduduk di NSW, dan 169,000 adalah umat Islam, yang menyumbang kepada 50 peratus penduduk Muslim di Australia. Tidak hairanlah mengapa ia mempunyai kepelbagaian dalam hidangan makanan dari masakan Thai, Vietnam dan Jepun hingga masakan Greek, Itali, Afrika dan India. Makanan halal mudah didapati kerana terdapat pelbagai tempat makan dan restoran makanan segera yang disahkan halal oleh pihak berkuasa. Pasti NSW akan memberikan pengalaman yang indah buat anda dengan kelebihan cuaca cerah sepanjang tahun, kedinginan salji pergunungan di selatannya dan iklim subtropika di utaranya. Selain daripada melawat Sydney untuk pengalaman unik dan melihat keseimbangan kehidupan bandar yang pesat dan santai pada masa yang sama, pastikan anda tidak lupa untuk
Balina Coffs Harbour Hunter Valley Blue Mountains
Port Stephens Sydney Wollongong
mengunjungi daerah-daerah sekitarnya seperti Blue Mountains dan Port Stephens yang diiktirafkan sebagai tapak Warisan Dunia untuk menikmati sepenuhnya keindahan yang ditawarkan di NSW.
Tahukah Anda? Sekitar 7.4 juta orang mengunjungi Sydney Opera House setiap tahun. Ini adalah bersamaan dengan satu perempat daripada jumlah penduduk di Australia dan dua kali lebih daripada jumlah pengunjung tahunan ke Rumah Putih Amerika. 11
Masjid Auburn Gallipoli
MASJID Masjid Auburn Gallipoli Masjid Auburn Gallipoli mencerminkan warisan hasil kerjasama masyarakat Australia dan masyarakat yang membangunkan masjid ini, iaitu masyarakat Muslim Turki Australia. Berkeluasan satu hektar atau 4,000 meter persegi, masjid ini adalah sebuah masjid yang harus dikunjungi. Omer Kirazoglu adalah arkitek masjid ini. Rekaannya mengikut gaya klasik seni bina zaman Uthmaniyyah dengan satu menara pusat dan kubah. Marmar di halaman hadapannya merupakan marmar selanik dari Tokat (Turki) dan marmar travertin pada dinding luar masjid pula berasal dari Denizli (Turki). Bingkai-bingkai besinya mempunyai rekabentuk klasik dan dihasilkan oleh jemaah masjid ini secara sukarela. • 15-19 Gelilou Parade (juga dikenali sebagai North Parade), Auburn, Sydney Suburbs, NSW 2144 • www.gallipolimosque.org.au
LAIN-LAIN MASJID/ MUSOLA/ PUSATPUSAT ISLAM DI NEW SOUTH WALES: Musola Sydney • Level 2, 19-21 Hunter Street, Sydney city, NSW 2000 Musola Sydney City • 32 York Street, Sydney City, NSW 2000 Masjid Surry Hills • 175-177 Commonwealth Street, Surry Hills, NSW 2010 (lebih kurang 7 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Sydney) Musola University of Technology Sydney • Broadway, Ultimo, NSW 2010 (lebih kurang 8 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Sydney) • www.utsms.org.au • Khutbah disampaikan dalam Bahasa Inggeris Redfern Mosque • 328 Cleveland Street, Surry Hills, NSW 2016 (lebih kurang 9 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Sydney) • Khutbah disampaikan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab untuk semua waktu solat Untuk senarai penuh masjid-masjid, layari www.afic.com.au
Tahukah Anda? Gunung Kosciuszko adalah gunung tertinggi di tanah besar Australia dan merupakan salah satu pergunungan tertua di dunia hari ini. Lebih kurang 5 jam dari Sydney, pergunungan ini menawarkan aktivitiaktiviti musim sejuk dan panas yang pasti menjadikan destinasi percutian sempurna sepanjang tahun. 12
Neptune Palace (Malaysia) [A] • Gateway Building, Level 1, Corners Pitt & Alfred Street, Circular Quay, Sydney, NSW 2000 • www.neptunepalace.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9241 3338
Viva Goa (India) [B] • 2 Scott Street, Pyrmont, NSW 2009 (lebih kurang 8 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Sydney) • www.vivagoa.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9566 1311
Ali Baba K’Babs (Lebanon) [M] • 815 George Street, Sydney, NSW 2000 • www.abrestaurant.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9211 1969 Jaipur Bikaner (India) [A] • 188 Elizabeth Street, Sydney, NSW 2000 • Telefon: +61 (0) 2 9280 1111
Fatima’s Lebanese Restaurant [M] • 294-296 Cleveland Street, Surry Hills, NSW 2010 (lebih kurang 10 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Sydney) • Telefon: +61 (0) 2 9698 4895
Café Kasturi (Malaysia, Singapura, Thai) [A] • 767-769 George Street, Haymarket, Sydney, NSW 2000 • www.valentineongeorge.com/cafekasturi • Telefon: +61 (0) 2 9288 9818 Indigo On Capitol (Asia) [A] • Metro Hotel Sydney Central, 431-439 Pitt Street, Sydney, NSW 2000 • Telefon: +61 (0) 2 9281 6999
n e w s o u t h w a l e s ( NSW )
n e w s o u t h w a l e s ( NSW )
T E M PAT M A K A N
African Feeling [A] • 501 King Street, Newton, NSW 2042 (lebih kurang 12 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Sydney) • www.africanfeeling.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9516 3130 Sahra Restaurant (Arab) [M] • Level 1, Shop A, 88a The Grand Parade, Brighton-Le-Sands, Sydney, NSW 2216 (lebih kurang 11 minit perjalanan dengan kereta dari lapangan terbang Sydney) • www.sahrarestaurant.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9567 2344
Zaaffran Indian Restaurant [M] • Level 2, Harbourside Centre, Darling Harbour, Sydney, NSW 2000 • www.zaaffran.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9211 8900 India Quay (India) [B] • 2 Phillip Street, Sydney, NSW 2000 • www.indiaquay.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9251 7722 Copper Tiffin (India) [B] • 427 Cleveland Street, Surry Hills, NSW 2016 (lebih kurang 8 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Sydney) • www.coppertiffin.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9699 9999 Almustafa Lebanese Restaurant [M] • 23 Glebe Point Road, Glebe, NSW 2037 (lebih kurang 8 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Sydney) • www.almustafa.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9660 9006
Zaaffran Indian Restaurant
Sarapan di Jambatan Sydney Harbour 13
Pandangan dari udara Sydney Opera House
AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK
Mendaki Sydney Harbour Bridge Nikmati dan rakam pemandangan Bandar Sydney yang menakjubkan dan kilauan pelabuhannya dari puncak ikon Australia, yang juga merupakan jambatan besi lengkung tertinggi di dunia. Terdapat pelbagai pakej pendakian ke puncak jambatan yang berketinggian 134 meter di atas Sydney Harbour. Bagi yang ingin cepat tiba di puncak jambatan, Express Climb tersedia; ia hanya mengambil masa 2 jam 15 minit. Anda akan dapat melihat keindahan dan pemandangan yang menakjubkan sepanjang perjalanan ini. Discovery Climb pula mengambil masa selama tiga jam setengah untuk naik melalui bahagian tengah jambatan ini sebelum tiba di puncak. Di akhir pendakian, anda akan menerima sijil pendakian dan gambar berkumpulan secara percuma. • www.bridgeclimb.com • Telefon: +61 (0) 2 8274 7777 • Bajet: Dari AUD188 (dewasa); AUD118 (kanak-kanak) • Sesuai untuk: Semua usia dari 10 tahun ke atas (pendaki berumur 10 hingga 15 tahun harus dengan penyertaan orang dewasa). • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun (kecuali Hari Krismas dan Good Friday); Pendakian boleh dilakukan pada waktu pagi dan petang. 14
Lawati kompleks seni persembahan paling aktif di dunia Direka oleh arkitek muda dari Denmark, Jørn Utzon, kilauan layar Sydney Opera House (SOH) menjadikan ia ikon Australia yang paling terkenal di seluruh dunia dan di dalamnya merupakan pusat seni paling aktif di dunia. Lawatan belakang tabir akan membuatkan anda merasa keintiman bangunan luar biasa ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Luminous – festival muzik, debat, cahaya dan seni persembahan tahunan di SOH yang juga merupakan sebahagian dari festival Vivid Sydney – festival muzik dan cahaya antarabangsa terbesar di hemisfera selatan. Lawatan ke SOH akan menjadi suatu lawatan ke bangunan paling hebat pada abad ke-20. Oleh itu jika tiba di NSW, lawatilah SOH. • www.sydneyoperahouse.com, www.vividsydney.com • Telefon: +61 (0) 2 9250 7250 • Bajet: AUD35 (dewasa); AUD24.50 (kanak-kanak); AUD90 (keluarga) • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun (kecuali Hari Krismas dan Good Friday), dari 9.00pg hingga 5.00ptg. Terdapat juga persembahan malam (tempahan awal digalakkan). Festival Vivid Sydney diadakan pada bulan Mei/Jun.
Blue Mountains, Landasan Keretapi Katoomba
Menaiki keretapi di landasan paling curam di dunia Dibina pada 1878, landasan Keretapi Katoomba juga dikenali sebagai Landasan Keretapi Scenic yang awalnya bertujuan menyediakan perkhidmatan untuk pelombong batu arang di Lembah Jamison. Landasan keretapi ini merupakan landasan tercuram di dunia dan telah mengangkut lebih daripada 850,000 penumpang setiap tahun. Perjalanan ini akan membawa anda melalui terowong pergunungan yang melewati hutan hujan tua dan akhirnya berhenti di Lembah Jamison. • www.scenicworld.com.au • Telefon: +61 (0) 2 4780 0200 • Bajet: Untuk perjalanan sehala AUD19 (dewasa); AUD10 (kanak-kanak) • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun, dari 9.00pg hingga 5.00ptg
Teluk Cockle, Sydney
Pelayaran menyaksikan ikan lumba-lumba, Port Stephens
n e w s o u t h w a l e s ( NSW )
n e w s o u t h w a l e s ( NSW )
Harbour Bridge
Meluncur dengan lebih daripada 100 ekor ikan lumba-lumba bottlenose Port Stephens ataupun ‘Ibu kota ikan lumbalumba Australia’ dan ‘syurga air laut biru Australia’. Ia adalah penempatan bagi sekitar 150 ekor ikan lumba-lumba bottlenose dan lebih besar daripada Sydney Harbour dan terletak sekitar 90 minit perjalanan utara-timur Sydney. Mamalia air lincah ini sering berenang dekat dengan kapal sambil menyusuri ombak-ombak kecil yang terbentuk di haluan kapal. Bukit pasir di belakang pantai Birubi di Teluk Anna merupakan hamparan pantai terbesar di NSW dan popular dengan kegiatan sukan bermotor-quad, luncur pasir, kembara pacuan empat roda dan menunggang unta. • www.moonshadow.com.au • Telefon: +61 (0) 2 4984 9388 • Bajet: Dolphin Watch - AUD26 (dewasa); AUD13.50 (kanak-kanak); AUD65.50 (keluarga). Kembara 4WD - AUD48 (dewasa); AUD28 (kanakkanak); AUD126 (keluarga) • Sesuai untuk: Semua umur • Masa/musim untuk lawatan: Sepanjang tahun (kecuali musim sejuk) dari 10.30pg hingga 1.30ptg
“Kami terus jatuh cinta dengan Sydney. Setelah memandu ke dalam bandarnya, kami sangat kagum dengan kesibukan bandar ini.” Maria Rono, Bali 15
Bangunan Queen Victoria, Sydney
Arked The Strand, Sydney
MEMBELI-BELAH Bangunan Queen Victoria (QVB) Bangunan ini lebih dikenali sebagai QVB, direka oleh George McRae yang siap pada 1898 untuk menggantikan pasar lama Sydney. Ciri utamanya ialah kubah pusat kaca besar yang disaluti gangsa. • 455 George Street, Sydney, NSW 2000 • www.qvb.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9265 6869 • Waktu beroperasi: Isnin hingga Rabu, Jumaat dan Sabtu 9.00pg hingga 6.00ptg, Khamis 9.00pg hingga 9.00mlm, Ahad 11.00pg hingga 5.00ptg The Strand Arcade Dinamakan sempena dengan jalan popular di London, Strand Arcade adalah pusat perbelanjaan yang terletak di tengah-tengah bandar Sydney Central Business District (CBD). Terkenal sebagai pusat fesyen Sydney, terdapat banyak pembekal-pembekal baju berjenama seperti Alannah Hill, The Corner Shop, Wayne Cooper dan banyak lagi jenama terkemuka yang lain. • George Street, Sydney, NSW 2000 • www.strandarcade.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9232 4199 • Waktu beroperasi: Isnin hingga Rabu, 16
n e w s o u t h w a l e s ( NSW )
n e w s o u t h w a l e s ( NSW )
The Rocks, Sydney
PENGINAPAN Jumaat dan Sabtu 9.00pg hingga 6.00ptg, Khamis 9.00pg hingga 9.00mlm, Ahad 11.00pg hingga 5.00ptg Pusat membeli-belah lain: The MLC Centre • Di persimpangan King Street dan Castlereagh Street, Martin Place, Sydney, NSW 2000 • www.mlccentre.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9224 8333 Paddy’s Markets • Pasar ini terletak di Haymarket dan Flemington, Sydney, NSW • www.paddysmarkets.com.au Paddington Markets • 395 Oxford Street, Paddington, NSW 2021 • www.paddingtonmarkets.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9331 2923 The Rocks Markets • Terletak di hujung utara George Street, The Rocks, Sydney, NSW 2000 • www.therocks.com • Telefon: +61 (0) 2 9240 8500
Oaks Goldsbrough Apartments Darling Harbour • 243 Pyrmont Street, Pyrmont, NSW 2009 • www.theoaksgroup.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9518 5166 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD134
Medina Grand Harbourside • 55 Shelley Street, King Street Wharf, Sydney, NSW 2000 • www.medina.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9249 7000 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD170
Oaks Maestri Towers • 298-308 Sussex Street, Sydney, NSW 2000 • www.theoaksgroup.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9267 9977 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD168
Valentine on George, Boutique Hotel • 767-769 George Street, Sydney, NSW 2000 • www.valentineongeorge.com • Telefon: +61 (0) 2 9288 9888/ 9898 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD170
Oaks Harmony • 107-121 Quay Street, Haymarket, NSW 2000 • www.theoaksgroup.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9211 9303 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD119
Meriton Serviced Apartments - Pitt Street • 329 Pitt Street, Sydney, NSW 2000 • www.meritonapartments.com.au • Telefon: +61 (0) 2 8263 7400 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD160 Quest Rosehill - Parramatta Hotel Apartments • 8 Hope Street, Rosehill, Sydney, NSW 2142 • www.questrosehill.com.au • Telefon: +61 (0) 2 9687 7711 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD180
Medina Executive Sydney Central • 2 Lee Street, Sydney, NSW 2000 • www.medina.com.au • Telefon: +61 (0) 2 8396 9800 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD220
Untuk maklumat lanjut tentang New South Wales, layari www.sydney.com 17
northern territory
Uluru/Ayers Rock Wilayah utara yang lebih dikenali sebagai Northern Territory (NT) ini mempunyai saiz lima kali ganda lebih besar daripada Malaysia. NT memiliki sekitar 200,000 penduduk termasuk 1,000 orang Muslim yang membentuk komuniti kecil di sini. Wilayah ini terkenal dengan kekayaan alam dan budaya orang asli kuno. Keindahan wilayah ini tersembunyi di enam destinasi utamanya, bermula dari iklim tropika di Darwin, ibu kotanya, Taman Nasional Kakadu dan Katherine – tapak Warisan Dunia, pemandangan indah dari Tennant Creek ke padang pasir merah, Alice Springs dan Uluru/ Ayers Rock yang terkenal di seluruh dunia. Selain daripada sejarah dan peristiwaperistiwa hebat yang telah berlaku, perkara yang lebih membanggakan adalah wilayah ini turut mempunyai pelbagai budaya, etnik dan bahasa yang wujud daripada penduduk-penduduknya yang berasal dari lebih daripada 100 buah negara. Oleh kerana kepelbagaian ini, penggemar makanan akan berpuas hati kerana terdapat pelbagai jenis masakan dan makanan di sini. Datanglah ke sini untuk menikmati pengalaman menarik dan unik seperti pengembaraan alam semulajadi, mempelajari budaya Orang Asli Australia dan menerokai tempat-tempat menarik lain di wilayah ini yang berada tidak jauh dari Darwin.
Darwin
Jabiru
Katherine Mataranka
Tennant Creek
Alice Springs
Uluru/Ayers Rock
Tahukah Anda? Arnhem Land adalah tempat tinggal bagi Orang Asli (Aborigin) Yolngu yang merupakan budaya tertua yang masih wujud di dunia. 19
Masjid Darwin Dibuka pada 1985, Masjid Darwin menjadi simbol kerjasama masyarakat majmuk di Darwin. Masjid ini dibina dengan gaya Indonesia namun sebagai penghargaan, hiasan dalamannya dihasilkan berdasarkan budaya Orang Asli Australia. Pengunjung masjid ini terdiri dari mereka yang datang dari pelbagai latar belakang, bangsa, budaya dan bahasa. Kepelbagaian ini terhasil kerana penduduknya datang dari sekurangkurangnya 24 negara, dari pelbagai lapisan dengan satu persamaan umum iaitu Islam. • 53-59 Vanderlin Drive, Casuarina, NT 0810
AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK Masjid Alice Springs Masjid pertama di Alice Springs ini telah dibina lebih dari 135 tahun dahulu oleh pemandu unta berbangsa Afghan. Ia kemudiannya berfungsi sebagai sebuah muzium. Lapan tahun dahulu, sebuah masjid baru dibina di sini sejajar dengan peningkatan populasi Islam di wilayah ini. Ia dibuka setiap hari dan menawarkan kelaskelas agama pada hujung minggu dan pada hari bekerja. Masjid ini menerima kunjungan Muslim daripada pelbagai etnik setiap hari, contohnya mereka yang berasal dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan beberapa negara Arab lain. • 101 Lyndavale Drive, Larapinta, NT 0870 Regatta Henley-on-Todd
Pusat membeli-belah Casuarina
Pine Creek
T E M PAT M A K A N D A N PA S A R Pasar Petang Pantai Mindil Terletak berhampiran pusat perniagaan Darwin dan ada warung-warung makanan yang menyediakan makanan dari pelbagai negara iaitu Malaysia, Jepun, Indonesia, Thailand, Timor Timur, India, Vietnam, Kemboja, dan Filipina. • www.mindil.com.au • Telefon: +61 (0) 8 8981 3454 • Waktu beroperasi: Mei hingga Oktober, Khamis 5.00ptg hingga 10.00mlm, Ahad 4.00ptg hingga 9.00mlm 20
Sari Rasa [M] • 24, Cavenagh Street, Darwin, NT 0800 • Telefon: +61 (0) 8 8941 9980 Nando’s [A] • Kedai T5 & T7, Darwin Central Complex, 21 Knuckey Street, Darwin, NT 0800 • Telefon: +61 (0) 8 8941 9388 Turkish Kebab Store [M] • Pusat membeli-belah Casuarina, Darwin, NT 0810
Sertai pengalaman Regatta sungai kering Regatta Henley-on-Todd ialah sebuah festival unik yang diadakan setiap Ogos di Alice Springs. Larian diadakan di bahagian sungai Todd yang kering pada musim ini. Ada perlumbaan sampan berlubang, perlumbaan tab mandi dan berakhir dengan pertempuran lori yang diubahsuai menjadi kapal perang yang bersenjatakan bom tepung dan meriam air. Festival sepanjang hari ini pasti penuh dengan keseronokan dan kegembiraan. • www.henleyontodd.com.au • Telefon: +61 (0) 8 8952 6796 • Bajet: Percuma • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Bulan Ogos Menyaksikan batu terbesar di dunia Para pelancong dan penduduk Orang Asli yang pernah melihatnya bersetuju bahawa Taman Negara Uluru-Kata Tjuta (bererti banyak kepala) yang diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia ini merupakan pusat spiritual Australia. Uluru (Ayers Rock) adalah ikon alam Australia yang berdiri megah setinggi 348 meter dengan sebahagian besar isipadunya berada di bawah permukaan tanah. Hubungan kerohanian yang kuat sering dirasakan oleh masyarakat Uluru terhadap taman ini dan perasaan itu akan tetap dirasai walaupun selepas anda pulang. • www.environment.gov.au/parks/uluru • Telefon: +61 (0) 8 8956 1128
Northern territory (NT)
Northern territory (NT)
MASJID
Arnhemland, Taman Negara Kakadu
• Bajet: Pas masuk ke Taman Nasional - AUD25 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak (Pas sah untuk 3 hari berturut-turut dan khidmat pemanduan adalah percuma) • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun. Pusat kebudayaan dibuka dari 7.00pg hingga 6.00ptg setiap hari Saksikan budaya dan hasil seni masyarakat tertua di dunia Taman Negara Kakadu adalah salah satu taman negara yang terbesar di dunia, berkeluasan lebih dari 19,000 kilometer persegi dan terletak sekitar 170 kilometer tenggara Darwin. Gabungan alam semulajadi dan budaya Orang Asli menjadikan Kakadu satu aset yang unik dan bernilai dalam senarai tapak Warisan Dunia. Ia juga menyimpan hasil seni batu Orang Asli terbesar di dunia. • www.kakadunationalpark.com • Telefon: +61 (0) 8 8938 1100 • Bajet: AUD25; Percuma untuk kanakkanak berusia 16 tahun ke bawah • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun. Pusat pelancongan Bowali dibuka dari 8.00pg hingga 5.00ptg setiap hari 21
Pusat membeli-belah Alice Springs
Ruangan potong Gemtree, Alice Springs
MEMBELI-BELAH Gedung membeli-belah Smith Street Ia adalah pusat membeli-belah barangan runcit utama yang bermula dari Knuckey Street sehingga ke Bennet Street di Darwin. Hotel Victoria ialah sebuah hotel yang menjadi tarikan pelancong sejak tahun 1894 dan masih berdiri kukuh walaupun sudah tiga kali dilanda badai! Terdapat 200 kedai yang menawarkan pelbagai barangan pasti mempunyai sesuatu untuk setiap orang yang berkunjung. • Smith Street Mall, 36 Smith Street, Darwin, NT 0800 • Waktu beroperasi: Isnin hingga Jumaat 9.00pg hingga 5.00ptg, Sabtu 9.00pg hingga 12.00tgh mlm, Ahad pelbagai - bergantung pada outlet
Northern territory (NT)
Northern territory (NT)
Didgeridoos - peralatan muzik angin Orang Asli
Pasar Parap Setiap pagi Sabtu, pasar ini hidup dengan pasar yang berkonsepkan Asia yang menjual pelbagai hasil kraftangan penduduk tempatan dan yang paling penting ia menjual pelbagai jenis makanan dari seluruh dunia. • 1/1 Parap Place, Darwin, NT 0820 • Waktu beroperasi: Sabtu 8.00pg hingga 2.00ptg Gedung membeli-belah Todd Street Terletak di tengah-tengah Alice Springs dan menawarkan pelbagai pilihan kraftangan, hasil seni Orang Asli, barang kemas, pakaian dan barang-barang hiasan. • www.toddmallmarkets.com.au
PENGINAPAN Parap Village Apartments • 39-45 Parap Road, Parap, NT 0820 • www.parapvillageapartments.com.au • Telefon: +61 (0) 8 8943 0500 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD185
Mantra Esplanade • 88 The Esplanade, Darwin, NT 0800 • www.mantra.com.au • Telefon: +61 (0) 8 8943 4333 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD135
Darwin Central Hotel • 21 Knuckey Street, Darwin, NT 0800 • www.darwincentral.com.au • Telefon: +61 (0) 8 8944 9000 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD85
Crowne Plaza Alice Springs • 82 Barrett Drive, Alice Springs, NT 0870 • www.crowneplaza.com • Telefon: +61 (0) 8 8950 8000 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD140
Untuk maklumat lanjut tentang Northern Territory, layari www.australiasoutback.com 22
23
Menyelam skuba di Fitzroy Reef Lagoon, Great Barrier Reef
queensland Story Bridge, Brisbane
CAPE YORK
G AT RE BA
CAIRNS
TOWNSVILLE
BOWEN MACKAY
EF RE
MOUNT ISA
R IE RR
Dahulu, Queensland juga dikenali sebagai Cooksland setelah ditemui oleh Kapten James Cook pada tahun 1770, dan kemudian telah diubah kepada Queensland sempena nama Ratu Victoria pada 1859. Orang Islam merupakan kumpulan yang terawal tiba di Queensland, antaranya adalah nelayan dan pengembara, termasuk juga ketibaan Panglima Cheng Ho, seorang mualaf Cina pada tahun 1405 yang tiba bersama 400 buah kapal besar. Setelah itu, Muslim Melayu turut tiba dan bekerja untuk bangsa Eropah dalam pelbagai industri. Kini terdapat lebih 20,300 Muslim yang menetap di Queensland, iaitu 6 peratus daripada populasi Muslim Australia. Bandar Queensland juga dikenali sebagai Sunshine State kerana cuaca tropikanya dan menerima pancaran matahari sepanjang tahun. Queensland adalah wilayah kedua terbesar di Australia. Selain taman tema bertaraf dunia dan terumbu karang Great Barrier Reef, Queensland juga kaya dengan hutan hujan tua serta banjaran gunung, gaya hidup pedalaman, kota-kota purba di antara bukit bukau, 7,400 kilometer pesisiran pantai yang keemasan dan ibu kota Brisbane yang indah. Kunjungilah dan anda akan faham mengapa orangorang di Queensland sangat bertenaga dan ceria.
ROCKHAMPTON GLADSTONE BUNDABERG HERVEY BAY & FRASER ISLAND SUNSHINE COAST BRISBANE GOLD COAST
Tahukah Anda? Great Barrier Reef berusia lima ratus ribu tahun dan merupakan satu-satunya hidupan yang boleh dilihat dari angkasa lepas. 25
q u e e n s l a n d ( QLD )
q u e e n s l a n d ( QLD )
Makan di pusat membeli-belah Queen Street
Menunggang unta di Sunshine Coast
Masjid Masjid Holland Park Masjid Holland Park merayakan ulang tahunnya yang ke-100 pada Ogos 2008. Dibina pada tahun 1908, ia merupakan masjid tertua di Queensland. Pada asalnya, Masjid Holland Park ini diperbuat daripada kayu, tetapi dalam jangka masa seratus tahun, struktur bangunan ini telah diperkukuhkan dengan menggunakan batu-bata. Pengunjung masjid ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang bangsa dan Bahasa Inggeris digunakan untuk Khutbah Jumaat. • 309 Nursery Road, Holland Park, QLD 4121 • www.hpmosque.org.au Masjid Gold Coast Pada awal 1930-an, keluarga Muslim pertama telah tiba dan menetap di Gold Coast. Sejajar dengan perkembangan jumlah penduduk Muslim, Persatuan Masyarakat Islam Gold Coast dibentuk pada tahun 1983 dan memerlukan pusat operasi. Oleh itu, pembinaan tapak Masjid Gold Coast telah dimulakan pada 15 Disember 1992 dan pembinaan selesai pada Jun 1996. • 2 Allied Drive, Arundel, QLD 4214 • www.goldcoastislam.com.au LAIN-LAIN MASJID/ MUSOLA/ PUSATPUSAT ISLAM DI QUEENSLAND: Selatan Queensland Kemudahan ruang solat disediakan di tempat-tempat tarikan pelancong seperti 26
Makanan Laut, Gold Coast
T E M P A T M A K A N DA N P ASA R berikut: Santuari Hidupan Liar Currumbin, Warner Bros Movie World, Sea World, Dream World, Paradise Country dan Pusat Membeli-belah Harbour Town.
Satay Club Noodle House (Malaysia dan Indonesia) [B] • 66 Charlotte Street, Brisbane, QLD 4000 • Telefon: +61 (0) 7 3229 8855
Brisbane Masjid West End • 12-14 Princhester Street, West End, QLD 4101 (lebih kurang 11 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Brisbane)
Golden Legends Malaysian Seafood Restaurant [A] • 3041 Surfers Paradise Boulevard, Surfers Paradise, QLD 4217 • Telefon: +61 (0) 7 5504 6398
Darul Uloom Islamic Academy • 6 Agnes Street, Woolloongabba (berdekatan Buranda), QLD 4102 (lebih kurang 11 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Brisbane)
Baelbeck Lebanese [A] • Shop 9 Junction Rd, Morningside, QLD 4170 • Telefon: +61 (0) 7 3399 5358
DAERAH SENTRAL HINGGA UTARA QUEENSLAND Mackay Region Masjid Mackay • 5 Tom Thumb Court, Dundula, Bakers Creek, QLD 4740 DAERAH CAIRNS Cairns Mosque • 31 Dunn Street (berdekatan Taman Parramatta), Cairns North, QLD 4870 Masjid Mareeba • Di persimpangan Walsh Street dan Lloyd Street, Mareeba, QLD 4880 Untuk senarai penuh masjid-masjid, layari www.afic.com.au.
Oberoi’s Taj (India) [A] • 6/88 Surf Parade, Broadbeach, QLD 4218 • www.oberoistaj.com.au • Telefon: +61 (0) 7 5538 3478 RESTORAN HALAL DI TEMPATTEMPAT TARIKAN PELANCONG: Billabong Restaurant – Dreamworld [A] • Dreamworld Parkway, Coomera, QLD 4209 • www.dreamworld.com.au/ Visitor-Information/Dining • Telefon: +61 (0) 7 5588 1111 Ispa Kebab Cafe – Harbour Town [M] • Shop B27 Harbour Town Shopping Centre, Brisbane Road, Biggera Waters, QLD 4216 • Telefon: +61 (0) 7 5563 8097
Kofte Burger – Harbour Town [A] • Shop C109 Harbour Town Shopping Centre, Brisbane Road, Biggera Waters, QLD 4216 • Telefon: +61 (0) 7 5563 8633 Rick’s Café – Warner Bros Movie World [M] • Pacific Highway, Oxenford, QLD 4210 • Telefon: +61 (0) 7 5573 3999 PASARAYA DAN PEMBEKAL: Atlay Continental Halal Market [M] • Vulture Street, West End, QLD 4101 • Telefon: +61 (0) 7 3844 1760 Australia & The World Supermarket [M] • 102 Gaynesford Street, Mt Gravatt, QLD 4122 • Telefon: +61 (0) 7 3343 6204 Halal Foods [M] • Shop 61 Elizabeth Street, Brisbane, QLD 4000 • Telefon: +61 (0) 7 3229 1215 Asim’s Halal Meats [M] • 37 Beale Street, Southport, QLD 4215 • Telefon: +61 (0) 7 5531 4016 Chirn Park Halal Quality Meats [M] • 34 Musgrave Avenue, Chirn Park, QLD 4215 • www.halalbutcherygoldcoast.com.au • Telefon: +61 (0) 7 5528 2307 27
q u e e n s l a n d ( QLD )
q u e e n s l a n d ( QLD ) Pandangan dari udara terumbu berbentuk hati, Whitsundays
Rainbow Beach, Sunshine Coast
AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK Menikmati malam di atas terumbu karang terbesar di dunia Great Barrier Reef merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia yang boleh diakses dari Cairns. Pengunjung boleh menyelam atau berskuba untuk menikmati keindahan hidupan marin; berlayar di antara pulau Whitsunday yang indah: ataupun menikmati penerbangan romantis dan menikmati pemandangan dari atas Heart Reef iaitu pembentukan semulajadi terumbu karang yang kelihatan berbentuk hati. Setelah penat dengan aktiviti di siang hari, anda juga boleh tidur di atas terumbu karang ini, dengan menginap di bot pontoon dan menyaksikan matahari terbit pada keesokkan harinya. • Pelbagai pilihan pakej pelancongan dan aktiviti boleh diperolehi dari operator berbeza; layari www.greatbarrierreef.org • Bajet: AUD460 setiap orang untuk ruangan berempat, dari AUD260 setiap orang untuk perjalanan dengan kapal terbang laut dan AUD440 untuk helikopter • Sesuai untuk: Semua usia, 6 tahun ke atas • Masa/musim sesuai untuk lawatan: April hingga Januari (Februari/ Mac, elakkan kerana musim hujan)
28
Saksikan tebing pasir berwarna dari pengembaraan pemanduan pacuan empat roda Dari Brisbane, menuju ke Rainbow Beach, sebuah bandar di pesisir pantai Queensland tenggara wilayah Cooloola, yang merupakan gerbang kepada daya tarikan alam semulajadi. Dengan menggunakan pacuan empat roda melalui 40 batu pantai yang sangat menakjubkan anda akan dapat menyaksikan tebingtebing pasir berwarna. Sepanjang bulan Julai hingga Oktober, anda mungkin juga dapat melihat ikan lumba-lumba, kura-kura dan ikan paus dari rumah api. • www.cooloolasafaris.com.au • Telefon: +61 (0) 7 5471 1695 • Bajet: AUD115 (dewasa); AUD90 (kanak-kanak) • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun Nikmati pengalaman pedalaman Australia Terletak di Gold Coast hanya 20 minit pemanduan kereta ke arah utara Surfers Paradise, Australia Outback Spectacular menjanjikan pengalaman pedalaman Australia yang penuh dengan aksi hebat dilengkapi dengan kuda. Saksikan persembahan haiwan, penari dan muzik yang pastinya memukau sambil menikmati makan malam gaya
Persembahan Australian Outback yang mengagumkan
Memberi makan ikan lumbalumba liar di Tangalooma
Australia iaitu stik dan teh bush billy. • www.outbackspectacular.com.au • Telefon: +61 (0) 7 5573 3999 • Bajet: AUD99.95 (dewasa); AUD69.95 kanak-kanak (diantara 4 hingga 13 tahun) • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun (kecuali Hari Krismas), 7.30ptg, Selasa hingga Ahad
menikmati pengalaman dan keghairahan berhadapan dengan ikan lumba-lumba yang jinak ini, anda akan ditemani ahli biologi marin untuk diberi bimbingan supaya tidak merbahaya kepada haiwan manja ini. • www.tangalooma.com • Telefon: +61 (0) 7 3410 6000 • Bajet: AUD210 satu malam, untuk pakej Dolphin Adventure, AUD165 (dewasa) dan AUD120 (kanak-kanak). Untuk pelayaran sambil memberi makan ikan lumba-lumba, AUD90 (dewasa) dan AUD50 kanakkanak (di antara 3 hingga 14 tahun) • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun, waktu memberi makan 6.00ptg (musim sejuk) dan 7.30ptg (musim panas)
Memberi makan ikan lumbalumba Bottlenose Setiap malam di Tangalooma Wild Dolphin Resort di Pulau Moreton, ikan lumbalumba Bottlenose akan mendekati pantai. Ini memberi kesempatan unik kepada pengunjung untuk memberi makan ikanikan ini dengan tangan. Sementara anda
Tahukah Anda? Terdapat 5 kawasan pemuliharaan yang terdaftar sebagai Warisan Dunia di Queensland. Ini termasuk Taman Laut Great Barrier Reef, Pulau Fraser, Wet Tropics of Queensland, Hutan Hujan Gondwana dan Australian Fossil Mammal Sites di Riversleigh.
Gunung pasir, Fraser Island
Tropika basah di Queensland 29
q u e e n s l a n d ( QLD )
q u e e n s l a n d ( QLD ) Pasar gaya hidup di South Banks
Pusat membeli-belah Pacific Fair
MEMBELI-BELAH Gedung membeli-belah Queen Street Terletak antara Jalan George dan Edward, pusat membeli-belah Queen Street berjajar sepanjang satu kilometer setengah melalui dua blok bandar. Dengan lima pusat membeli-belah utama, dua pasaraya, empat arked yang mempunyai pelbagai pusat perbelanjaan lain di sepanjang jalan-jalan sekitarnya, anda boleh menghabiskan masa berbelanja dengan sepuas-puasnya, di pusat membeli-belah Queen Street. • Level 12, 15 Adelaide Street, Brisbane, QLD 4000 • www.queenstreetmall.com • Telefon: + 61 (0) 7 3006 6200 • Waktu beroperasi: Isnin hingga Khamis 9.30pg hingga 6.00ptg, Jumaat 9.30pg hingga 9.00mlm, Sabtu 9.00pg hingga 5.00ptg, Ahad 10.00pg hingga 5.00ptg Pasar gaya hidup di South Bank Setiap petang Jumaat dan sepanjang hari Sabtu dan Ahad, suasana di daerah South Bank akan berubah menjadi sangat ceria dan hidup dengan adanya pasar gaya hidup ini. Ada pesta makanan, pelbagai jualan barangan hadiah atau koleksi dan juga hiburan malam di pusat bandar Brisbane. • Stanley Street Plaza, South Bank, QLD 4101 • www.southbankmarket.com.au • Telefon: +61 (0) 7 3844 2440 • Waktu beroperasi: Jumaat 5.00ptg hingga 10.00mlm, Sabtu 10.00pg hingga 5.00ptg, Ahad 9.00pg hingga 5.00ptg 30
Q1 Resort & Spa
PENGINAPAN Pasar Tani Untuk mendapatkan produk segar, makanan laut, coklat buatan tangan dan lain-lain, kunjungilah pasar tani yang menyenangkan di daerah Brisbane’s New Farm. • Brisbane Powerhouse, Lamington Street, New Farm, QLD 4005 • Waktu beroperasi: Sabtu kedua dan keempat setiap bulan, 6.00pg hingga 11.30pg Pusat Membeli-belah Pacific Fair Pusat Membeli-belah Pacific Fair yang terletak 5 minit dari Surfers Paradise merupakan salah satu pasaraya terbesar di Queensland. • Hooker Boulevard, Broadbeach, QLD 4218 • www.pacificfair.com.au • Telefon: +61 (0) 7 5581 5100 • Waktu beroperasi: Isnin hingga Rabu dan Jumaat hingga Sabtu 9.00pg hingga 5.30ptg, Khamis 9.00pg hingga 9.00mlm, Ahad 9.00pg hingga 5.00ptg Pasar Surfers Paradise Beachfront Setiap dua hari dalam seminggu, The Esplanade akan dipenuhi dengan lebih kurang 100 gerai yang menjual pelbagai barangan seperti seni dan kraftangan tempatan, barangan rumah, perhiasan dan cenderahati lain yang menarik. • Antara Hanlan Street dan Elkhorn Avenue • www.surfersparadise.com • Telefon +61 (0) 7 5584 3700 • Waktu beroperasi: Rabu hingga Jumaat 5.30ptg hingga 10.00mlm
Kumpulan Syarikat Mantra Mantra adalah himpunan hotel, resort dan apartmen yang terdapat di seluruh Australia. Di Queensland sahaja, terdapat 30 hotel, resortresort dan apartmen dari Kumpulan Syarikat Mantra untuk dipilih. Kemudahan sejadah, tanda arah Ka’abah (Kiblat) dan Al-Quran disediakan atas permintaan di beberapa lokasi. Layari www.mantra.com.au untuk senarai lengkap. LAIN-LAIN PILIHAN PENGINAPAN Brisbane Portal Hotel • 52 Astor Terrace, Spring Hill, Brisbane, QLD 4000 • www.portalhotel.com.au • Telefon: +61 (0) 7 3009 3400 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD100 Gold Coast Palazzo Versace, Gold Coast Palazzo Versace Gold Coast adalah lambang sebuah resort mewah lima bintang. Terletak di tengah-tengah bandar, sekitar 100 meter dari pantai luncur ombak, 3 kilometer sebelah utara Surfers Paradise dan sekitar 30 kilometer dari Gold Coast Hinterland. Untuk pengalaman yang indah dan tidak dapat dilupakan, sesungguhnya Palazzo Versace Gold Coast merupakan satu lokasi tepat untuk beristirehat, bersantai dan
juga bagi yang gemarkan cabaran dan pengembaraan dengan pacuan empat roda, mahupun berjalan-jalan di Taman Warisan Dunia Nasional. Kemudahan sejadah, tanda arah Ka’abah (Kiblat) dan Al-Quran disediakan atas permintaan. • Main Beach 94, Sea World Drive, QLD 4217 • www.palazzoversace.com • Telefon: +61 (0) 7 5509 8000 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD435 Q1 Resort & Spa, Surfers Paradise • Hamilton Avenue, Surfers Paradise, QLD 4217 • www.q1.com.au • Telefon: +61 (0) 7 5630 4513 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD265 Cairns The Hotel Cairns • Di persimpangan Abbott Street dan Florence Street, Cairns, QLD 4870 • www.thehotelcairns.com • Telefon: +61 (0) 7 4051 6188 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD165 Novotel Cairns Oasis Resort • 122 Lake Street, Cairns, QLD 4870 • www.novotelcairnsresort.com.au • Telefon: +61 (0) 7 4080 1888 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD114
Untuk maklumat lanjut tentang Queensland, layari www.queensland.com.sg 31
Gunung Cradle, Tasmania
TASMANIA Pinggiran Tasik Hobart
King Island
Finders Island
Stanley Devonport
Launceston
Cradle Mountain
Bicheno Swansea
Strahan
Wineglass Bay
Tasmania ataupun “Tassie” merupakan satu-satunya pulau di Australia dan terletak di tenggara tanah besar Australia. Seramai 500,000 penduduknya berasal dari Eropah Timur, Afrika Barat dan Tengah dan juga Asia. Ini termasuklah 1,000 Muslim yang membentuk satu komuniti kecil di sini. Muslim pertama yang menemui Tasmania pada tahun 1807 ialah seorang pelaut India. Beberapa tahun berikutnya, lebih ramai orang India Muslim tiba dan menetap di Hobart, New Norfolk dan Campbell. Selain Hobart, bandar-bandar utama lain di Tasmania ialah Launceston di utara Burnie dan Devonport di barat laut. Tassie terkenal dengan keindahan dan keaslian alam, kejernihan air dan udara yang bersih. Kelebihan semulajadi ini menghasilkan buahbuahan, sayur-sayuran dan makanan laut yang segar dan enak berbanding tempat lain. Pecinta-pecinta alam pasti akan terpesona dengan keindahan alam Tasmania. Keindahan dan ketenangan pantai di Semenanjung Freycinet, perkampungan pesisiran pantai Swansea dan Strahan dan lanskap berbukit bukau dan hutan belantara di pantai baratnya amat mengagumkan.
Hobart Tahune Airwalk Port Arthur
Tahukah Anda? “Apple Isle” adalah gelaran untuk Tasmania. Cuacanya sangat ideal bagi penuaian dan penghasilan pelbagai jenis epal dan buah-buahan lain. 33
ta s m a n i a ( TAS )
ta s m a n i a ( TAS ) Pusat membeli-belah Hobart
Taman laut Freycinet
MASJID Pusat Islam Hobart Masyarakat Bosnia di Australia ialah umat Islam yang aktif dalam pelbagai aktiviti keagamaan, sukan, kelab sosial dan banyak lagi. Pusat Islam Hobart melambangkan salah satu daripada sumbangan penting oleh masyarakat Muslim Bosnia di Australia. Pada awalnya ia terletak di Fitzroy Place dan kemudian berpindah ke Warwick Street. Ia telah dirasmikan semula pada 20 November 2005. • 166, Warwick Street, Hobart, TAS 7000
Tahukah Anda? Air dari Cape Grim mungkin merupakan salah satu sumber air paling bersih dan tulen di dunia. Untuk itu, ia telah gunakan oleh atlet Australia semasa Sukan Olimpik.
34
Ladang buah-buahan Sorell
T E M PAT M A K A N LAIN-LAIN MASJID/ MUSOLA/ PUSATPUSAT ISLAM DI TASMANIA: Musola Hobart • University of Tasmania, International Services, Hytten Hall, French Street, Sandy Bay, TAS 7005 Musola Launceston • University of Tasmania, International Services, Newnham Drive, Newnham, TAS 7248
Annapurna Indian Cuisine [B] Annapurna dalam bahasa Sanskrit bermaksud “penuh dengan makanan”. Di sini tetamu dapat menikmati makanan India tulen di antara yang terbaik di Tasmania. Makanan India merupakan gabungan masakan dan budaya dari Turki, Parsi, Afghanistan dan India. Jangan lupa untuk mencuba beberapa masakan istimewa restoran ini seperti tandoori yang disajikan di dalam pinggan panas, masala dosa yang berasal dari India utara dan lassi mangga segar. Annapurna beroperasi di dua lokasi yang berbeza di Tasmania: • Lokasi 1: 93, Salamanca Place, Hobart, TAS 7000 • www.annapurnaindiancuisine.com • Telefon: +61 (0) 3 6224 0400
• Lokasi 2: 305, Elizabeth Street, Utara Hobart, TAS 7000 • Telefon: +61 (0) 3 6236 9500 Anatolia Turkish Cuisine [M] • 321 Elizabeth Street, North Hobart, TAS 7000 • Telefon: +61 (0) 3 6231 1770 Nando’s [A] • Location 1: Shop 1 Rosny Park Entertainment Centre, 7-9 Bligh Street, Hobart, TAS 7018 • Location 2: 345 Elizabeth Street, North Hobart, TAS 7000 • Telefon: +61 (0) 3 6234 190 • www.nandos.com.au
“Benar bahawa makanan halal tidak terlalu mudah untuk didapati di Tasmania, tapi ia telah memberi saya kesempatan untuk mencuba beberapa hidangan makanan laut terbaik yang pernah saya makan: ketam gergasi, kerang, tiram, ikan, dan banyak lagi....!” Abdul Malik, Cairo
Hidangan makanan laut Tasmania 35
ta s m a n i a ( TAS )
ta s m a n i a ( TAS ) Tasmanian devils
Kerusi gantung di Cataract Gorge
AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK
Meninjau haiwan liar di habitat semujadinya Cradle Mountain ditemui pada awal abad ke-20 oleh Gustav Weindorfer - pengembara Austria yang juga merupakan aktivis pemuliharaan alam dan botani. Oleh kerana kepentingan global kini, Cradle Mountain turut disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia. Tasik dan alam semula jadinya yang indah dan megah pasti akan membuatkan anda terpaku. Sebahagian besar haiwan liar Australia aktif pada waktu malam, oleh itu agak sukar untuk melihat haiwan-haiwan ini di habitat semula jadinya. Di Cradle Mountain, ini telah dipermudahkan. Anda akan dapat melihat dan belajar tentang haiwan nokturnal seperti wombat, wallaby dan Tasmanian Devils. • www.cradlemountainlodge.com.au, www.mcdermotts.com.au • Bajet: Layari website untuk maklumat lanjut • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun Lawati pantai yang tersenarai dalam sepuluh pantai terhebat di dunia Teluk Wineglass yang mengagumkan – dinamakan bersempena dengan bentuknya - sering tersenarai antara 10 pantai terhebat di dunia. Pantai ini terkenal dengan kejernihan air lautnya, pasir putih 36
lembut dan berlatar belakangkan batubatu granit merah muda pergunungan. Keindahan ini dapat dinikmati dari pusat tinjauan Teluk Wineglass ataupun dengan menyertai pakej pengembaraan ke Taman Nasional Freycinet. • www.wineglassbay.com • Bajet: Layari website untuk maklumat lanjut • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: September hingga Jun Menaiki kerusi gantung terpanjang di dunia Terletak di Cataract Gorge dan hanya 15 minit berjalan kaki dari bandar Launceston, ukuran pengalaman ini bukan dengan berapa jauh perjalanan ini, tetapi tentang keindahan yang akan anda nikmati. Para pencinta alam pasti kagum dengan pemandangan Sungai South Esk dan 400 meter air terjun yang tegak membelah bukit batuan setinggi 46 meter. • www.launcestoncataractgorge.com.au • Telefon: +61 (0) 3 6331 5915 • Bajet: Satu perjalanan AUD10 (dewasa), AUD7 (kanak-kanak) • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun
Salamanca Market
MEMBELI-BELAH
Pusat Bandar Hobart Pusat Bandar Hobart adalah pusat membeli-belah yang hebat dengan kemudahan tempat letak kereta yang luas dan pelbagai pilihan barangan. • Waktu beroperasi: Isnin, Rabu dan Sabtu 9.30pg hingga 6.00ptg, Khamis dan Jumaat 9.30pg hingga 9.00mlm, Ahad 9.30pg hingga 4.00/5.00ptg Salamanca Market Pasar Salamanca adalah sebuah pasar terbuka dengan lebih daripada 300 gerai menjual pelbagai produk dan hasil kraftangan dari seluruh Tasmania. Setelah selesai membeli-belah, anda boleh singgah di mana-mana restoran, kafe, teater dan galeri di sekitar kawasan ini. • Salamanca Place, Hobart, TAS 7000 • www.salamanca.com.au • Telefon: +61 (0) 3 6238 2843 • Waktu beroperasi: Sabtu 8.30pg hingga 3.30ptg
Centro Cat and Fiddle Centro Cat and Fiddle adalah pusat membeli-belah di tengah-tengah pusat perniagaan Hobart yang menyambung empat jalan utama bandar ini. Ramai pelancong tertarik berkunjung ke sini kerana nilai sejarah dan lokasinya yang strategik – ia juga mempunyai akses terus ke Elizabeth Street Mall dan pusat membeli-belah lain seperti Harris Scarfe, Myers dan Target 51. • Murray Street, Hobart, TAS 7000 • www2.centro.com.au/CatAndFiddle • Telefon: +61 (0) 3 6231 2088 • Waktu beroperasi: Isnin hingga Jumaat 9.00pg hingga 6.00ptg, Sabtu 9.00pg hingga 5.00ptg, Ahad dan hari cuti umum 10.00pg hingga 4.00ptg
Tahukah Anda? Tasmania adalah rumah bagi Ladang Lavender Bridestowe, ladang lavender terbesar di dunia yang juga pengilang lavender komersil tunggal di Hemisfera Selatan. 37
ta s m a n i a ( TAS )
ta s m a n i a ( TAS )
Gunung Wellington, Tasmania
Islington Hotel, Hobart
PENGINAPAN Hotel & Apartmen Innkeepers Rangkaian hotel dan apartment Innkeepers menyediakan pelbagai pilihan yang pasti sesuai untuk setiap orang yang ingin mengunjungi Tasmania. Anda boleh memilih untuk tinggal di daerah hutan belantara, pusat warisan ataupun pusat bandar yang pesat. Layari www. innkeeper.com.au untuk maklumat lanjut. Islington Hotel • 321 Davey Street, Hobart, TAS 7000 • www.islingtonhotel.com • Telefon: +61 (0) 3 6220 2123 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD300 The Henry Jones Art Hotel • 25 Hunter Street, Hobart, TAS 7000 • www.thehenryjones.com • Telefon: +61 (0) 3 6210 7700 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD210
Quest Savoy (pernah dikenali sebagai Chancellor-Savoy Hobart) • 38, Elizabeth Street, Hobart, TAS 7000 • www.questsavoy.com.au • Telefon: +61 (0) 3 6220 2300 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD162 Hotel Grand Chancellor Hobart • 1 Davey Street, Hobart, TAS 7000 • www.ghihotels.com • Telefon: +61 (0) 3 6235 4535 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD195 Hotel Grand Chancellor Launceston • 29 Cameron Street Launceston TAS 7250 • www.ghihotels.com • Telefon: +61 (0) 3 6334 3434 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD110
Teluk Wineglass, Taman Negara Freycinet
“Ketika saya mengunjungi Tasmania buat pertama kalinya bersama keluarga, keindahan di sepanjang pantainya adalah kenangan yang paling indah dan mengagumkan. Saya juga kagum dengan keramahan penduduk tempatannya!.” Shah Manzoor, Penang
For more information on Tasmania, visit www.discovertasmania.com 38
39
v i c t o r i a ( VIC )
The Edge di Eureka Tower
victoria Garis langit sepanjang Sungai Yarra di South Bank, Melbourne
MASJID Victoria merupakan wilayah terkecil tetapi mempunyai populasi penduduk kedua terbesar di Australia. Penemuan emas pada tahun 1851 di Ballarat dan Bendigo adalah pemangkin pertumbuhan Victoria dan menjadikan ia pusat perlombongan emas terbesar di dunia. Hari ini, Victoria mempunyai sekitar 5 juta penduduk, dengan lebih 100,000 Muslim dari Bosnia, Turki, Arab dan Albania yang menyumbang kepada 32 peratus Muslim Australia. 70 peratus penduduknya tinggal di ibu kota Melbourne. Melbourne terkenal dengan hasil kesenian dan gaya hidup bandar yang
Halls Gap The Grampians
Echua
Ballarat Warrnambol Geelong
Bendigo
High Country
Yarra Valley Melbourne
Mornington Peninsula Phillip Island
40
bergaya dengan sentuhan Eropah. Dipenuhi dengan kafe jalanan, bangunanbangunan warisan yang telah diubah menjadi pusat membeli-belah ataupun acara-acara gaya hidup yang pelbagai daripada perlawanan sukan hingga ke seni persembahan. Bahkan, Melbourne adalah rumah bagi galeri seni terbesar (National Gallery of Victoria) dan stadium terbesar (Melbourne Cricket Ground) Australia. Pelancong Muslim pasti akan senang dengan pelbagai pilihan tempattempat makan yang disahkan halal oleh pihak berkuasa dan restoran-restoran Muslim yang terdapat di Melbourne.
Masjid Coburg (Masjid Fatih) Untuk memenuhi keperluan asas komuniti Muslim di Coburg, Masjid Fatih dibina pada tahun 1976. Kegiatan yang dianjurkan tidak mendiskriminasi mana-mana etnik, usia atau agama sesiapa sahaja yang ingin berkumpul adalah sangat dialu-alukan, Muslim mahupun yang bukan Muslim. • 31 Nicholson Street, Coburg, VIC 3243 Masjid Geelong Bagi mereka yang baru di Victoria, pasti agak sukar untuk mencari masjid ini kerana seni binanya menyerupai gereja. Malah, ia memang sebuah gereja pada 200250 tahun yang lalu! Namun bangunan ini masih dipelihara dengan baik. • 45-47 Bostock Avenue, Manifold Heights, VIC 3218
LAIN-LAIN MASJID/ MUSOLA/ PUSAT-PUSAT ISLAM DI VICTORIA: Masjid Bandar Melbourne (City Islamic Council of Victoria) • 66-68 Jeffcott Street, West Melbourne, VIC 3000 Musola Melbourne (Universiti Queensland) • Di persimpangan Exhibition Street dan Lonsdale Street, Melbourne, VIC 3000 Untuk senarai penuh masjid-masjid, layari www.afic.com.au
Tahukah Anda? Bangunan Royal Exhibition Melbourne adalah bangunan pertama di Australia yang diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia. Ia pernah digunakan untuk persidangan Parlimen Australia yang pertama pada 1901. 41
T E M PAT M A K A N
v i c t o r i a ( VIC )
v i c t o r i a ( VIC )
Mendulang emas di Bukit Sovereign
Abduls Halal Takeaway Food [M] • 22 Elizabeth Street, Melbourne, VIC 3000 • Telefon: +61 (0) 3 9354 3506 Little Malaysia [M] • 26 Liverpool Street, Melbourne, VIC 3000 • Telefon: +61 (0) 3 9662 1678
Burung Penguin di Philip Island Nature Park
Gaylord Indian Restaurant [A] • 4 Tattersalls Lane, Little Bourke Street, Melbourne, VIC 3000 • www.gaylordindianrestaurant.com.au • Telefon: +61 (0) 3 9663 3980 Gurkhas Café Nepalese Restaurant [A] • 500 Flinders Street, Melbourne, VIC 3000 • www.gurkhas.com.au • Telefon: +61 (0) 3 9629 7186 Nelayan Indonesian Restaurant [A,M] • 265 Swanston Street, Melbourne, VIC 3000 • Telefon: +61 (0) 3 9663 5886 Sawasdee Thai [A] • 1st Floor, 139 Little Bourke Street, Melbourne, VIC 3000 • www.sawasdee.com.au • Telefon: +61 (0) 3 9663 4052 Souvlaki Bar (Greek) [A] • 163 Russell Street, Melbourne, VIC 3000 • Telefon: +61 (0) 3 9663 1388 Abla’s Lebanese Restaurant [M] • 109 Elgin Street, Carlton, VIC 3053 (lebih kurang 8 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Melbourne) • www.ablas.com.au • Telefon: +61 (0) 3 9347 0006 The Kilim Oriental Turkish Restaurant [M] • 366 Victoria Street, Richmond, VIC 3121 (lebih kurang 11 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Melbourne) • www.thekilim.com.au • Telefon: +61 (0) 3 9428 5982 42
AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK
La Paella (Maghribi dan Sepanyol) [A,M] • 217 Sydney Road, Brunswick, VIC 3056 (lebih kurang 11 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Melbourne) • www.lapaella.com.au • Telefon: +61 (0) 3 9380 6955 Bismi Indian, Malaysian and Singaporean Restaurant [A,M] • 848 Sydney Road, Brunswick, VIC 3056 (lebih kurang 14 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Melbourne) • Telefon: +61 (0) 3 9386 8611 Café Cedar (Mediterranean) [A,M] • 422 Melbourne Road, Newport, VIC 3015 (lebih kurang 16 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Melbourne) • Telefon: +61 (0) 3 9391 0563 Mexicasa (Mexico) [A] • Shop 203 Upper Level, Food Court, Chadstone Shopping Centre, Chadstone, VIC 3148 (lebih kurang 20 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Melbourne) • Telefon: +61 (0) 3 9794 9649 Flamingos Halal Pizza & Pasta (Itali) [A] • 375 Street Georges Road, Thornbury, VIC 3071 (lebih kurang 21 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Melbourne) • Telefon: +61 (0) 3 9484 3750
Saksikan Penguin berbaris Phillip Island Nature Park terletak hanya 90 minit dari Melbourne, dan ia adalah taman pemuliharaan yang menawarkan pemandangan pantai yang mempesonakan dan himpunan pelbagai hidupan liar. Ia rumah bagi hidupan liar paling popular di Australia iaitu burung Penguin. Setiap hari ketika matahari terbenam haiwan-haiwan kecil dan comel ini akan kembali ke rumah mereka – suatu pemandangan yang hebat. • www.penguins.org.au • Telefon: +61 (0) 3 5951 2878 / 5951 2800 • Bajet: AUD20.60 (dewasa); AUD10.30 kanak-kanak (di antara 4 tahun hingga 15 tahun); AUD51.50 (keluarga) • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun. Waktu melihat penguin adalah berbeza-beza sepanjang tahun, umumnya dari 4.00ptg hingga 8.00mlm Berjalan/Memandu Di Pesisiran Pantai Great Ocean Road Berada 3 jam dari Melbourne, The Great Ocean Road bermula dari Torquay hingga ke Warrnambool, sepanjang 260 kilometer. Ia dibina oleh tentera-tentera Australia yang kembali dari Perang Dunia Pertama untuk memperingati teman-teman mereka yang telah gugur di medan perang. Terdapat pembentukan batu-batuan besar di sepanjang jalan ini yang menjadikan ia
tarikan pelancong. Ia juga dikenali sebagai “Twelve Apostles”. Anda boleh memandu menyusuri jalan ini sambil mengagumi pesisiran pantai Victoria ataupun anda boleh menyertai kumpulan pelancong berjalan kaki melalui pantai, hutan tebal dan tebing laut Australia yang tertinggi. • www.greatoceanwalk.com.au • Telefon: +61 (0) 3 5275 5797 • Sesuai untuk: Dewasa • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun Saksikan kilauan emas di Australia Kunjungi Ballarat, yang terletak 1.5 jam perjalanan dari Melbourne, dan lawati Bukit Sovereign, sebuah muzium terbuka yang merupakan replika sebuah bandar lombong emas Australia tahun 1850-an. Anda boleh mencuba tuah anda dengan mendulang emas atau menyertai pakej “Night at the Museum”. Anda boleh tinggal di ruang penginapan khusus dalam muzium ini dan dapat merasai pengalaman kehidupan romantis bangsawan di lombong-lombong emas zaman 1850-an. • www.sovereignhill.com.au • Telefon: +61 (0) 3 5337 1100 • Bajet: Dari AUD39.50 (dewasa); AUD18 kanak-kanak (diantara 5 tahun hingga 15 tahun) • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun (kecuali Hari Krismas) 10.00pg hingga 5.00ptg 43
MEMBELI-BELAH
Melbourne Central Melbourne Central telah mengalami evolusi yang menarik. Lawati hampir 300 kedai yang dibuka di gedung membeli-belah yang moden dan baru yang terletak betul-betul di pusat Melbourne Central Business District (CBD). Menawarkan pelbagai jenis pakaian berjenama, street wear, peralatan rumah, perhiasan dan tempat-tempat makan. • La Trobe Street, Melbourne, VIC 3000 • www.melbournecentral.com.au • Telefon: +61 (0) 3 9922 1100 • Waktu beroperasi: Isnin hingga Khamis & Sabtu: 10.00pg hingga 6.00ptg, Jumaat 10.00pg hingga 9.00mlm, Ahad 11.00pg hingga 6.00ptg
Anjing laut berbulu Australia di Seal Rocks
Dekati anjing laut berbulu Australia Satu lagi pengalaman yang hebat di Pulau Philip ialah menyaksikan pembiakan koloni anjing laut berbulu Australia. Anjing laut ini boleh membesar sehingga 2.2 meter dengan berat sebanyak 360 kilogram. Anda akan dibawa menghampiri mereka dengan sebuah kapal pesiar. Di situ anda boleh melihat mereka berehat dan bermain di alam persekitaran mereka. Kadangkala mereka akan menghampiri kapal seperti ingin memperkenalkan diri. • www.wildlifecoastcruises.com.au • Telefon: 1300 763 739 (talian bebas tol - tempatan) • Bajet: AUD67 (dewasa); AUD45 (kanak-kanak) • Sesuai untuk : Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun (Siang: kapal berlepas dua kali sehari, 5 April hingga 4 Oktober 2.00ptg pada hari Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad; kapal tidak beroperasi pada 6 hingga 21 Ogos dan 6 hingga 13 September) Menaiki rangkaian trem terbesar di dunia Trem adalah kaedah pengangkutan utama di Melbourne. Sejak diperkenalkan pada tahun 1865, trem telah menjadi sebahagian daripada imej Melbourne. Sekarang, dengan sekitar 249 kilometer rel berganda dan lebih dari 1,770 hentian trem, rangkaian trem di Melbourne ini adalah terbesar di dunia. Ia akan memberikan anda peluang menerokai pemandangan bandar dan pinggiran 44
bandar seperti di Richmond, St Kilda dan Yarra Selatan. Paling menarik, perkhidmatan trem di City Circle adalah percuma. • www.visitmelbourne.com • Bajet: City Circle Tram - Percuma, MET tiket - AUD6.50 (dewasa) untuk Zon A; tiada had untuk semua perjalanan dalam zon yang sama sepanjang hari Terokai Gunung Buller Di pelusuk dunia mana lagi akan anda berpeluang untuk bermain ski ataupun meluncur salji yang juga dikenali sebagai Wombat? Gunung Buller mampu menarik perhatian ramai peminat luncur salji kerana terdapat pelbagai tahap cabaran disetiap lereng gunung ini. Ia sesuai untuk mereka yang masih amatur hinggalah yang telah mahir dan mahukan pengalaman yang lebih mencabar. Bahkan bagi yang tidak berminat meluncur ski, alternatif yang disediakan disini adalah kemudahan snow tubing iaitu meluncur cerun salji dengan tiub getah gergasi dan tobogganing yang pasti menyeronokkan. Anda akan sedar bahawa anda masih berada di Australia ketika melihat banyak pokok-pokok Eucalyptus yang tumbuh di persekitaran gunung ini. • www.mtbuller.com.au • Telefon: +61 (0) 3 5777 6077 • Bajet: Layari laman web untuk maklumat lanjut • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim untuk lawatan: Sepanjang tahun
QV QV adalah pusat membeli-belah terbaru di Melbourne. Untuk peminat fesyen, QV adalah gabungan dinamik fesyen dan gaya hidup berjenama. Terdapat pelbagai pilihan tempat makan di sini termasuk sebuah kafe yang dimiliki oleh warga Malaysia. Di sini juga ada rangkaian pasaraya yang lengkap. • 3 Albert Coates Lane, Melbourne, VIC 3000 • www.qv.com.au • Telefon: +61 (0) 3 9658 0100 • Waktu beroperasi: Isnin hingga Rabu, Sabtu 10.00pg hingga 6.00ptg, Khamis 10.00pg hingga 7.00mlm, Jumaat 10.00pg hingga 9.00mlm, Ahad 10.00pg hingga 5.00ptg
Arked Block, Melbourne
Queen Victoria Market Semuanya ada di sini termasuk buahbuahan dan sayuran, produk-produk segar bahan makanan, pakaian, tanaman dan haiwan peliharaan. Berkeluasan 7 hektar dengan sekitar 1,000 peniaga, ia terkenal kerana suasananya yang cerah dan menyamankan. Penubuhannya pada tahun 1857 dan hampir keseluruhan bangunan itu telah diklasifikasikan sebagai National Trust. Heritage Tour akan memberikan anda pengalaman pengembaraan ke 125 tahun dahulu dan Foodies Tour pasti akan menggoda deria rasa anda. • 513 Elizabeth Street, Melbourne, VIC 3000 • www.qvm.com.au • Telefon: +61 (0) 3 9320 5822 • Hari Pasar beroperasi: Selasa dan Khamis 6.00pg hingga 2.00ptg, Jumaat 6.00pg hingga 6.00ptg, Sabtu 6.00pg hingga 3.00ptg, Ahad 9.00pg hingga 4.00ptg; Secara umumnya, ia tutup pada jam 4.00ptg
v i c t o r i a ( VIC )
v i c t o r i a ( VIC )
Flinders Street di Melbourne City Circle
PILIHAN TEMPAT MEMBELI-BELAH LAIN: St. Kilda Esplanade Art & Craft Market • The Esplanade, St. Kilda, VIC 3182 • www.stkildamarket.com • Waktu beroperasi: Ahad 10.00pg hingga 5.00ptg The Sunday Market Victorian Arts Centre • 100 St. Kilda Road, Melbourne, VIC 3004 • Waktu beroperasi: Ahad 10.00pg hingga 5.00ptg
Gunung Buller 45
v i c t o r i a ( VIC )
v i c t o r i a ( VIC )
12 Apostles, Taman Negara Port Campbell, Victoria
Lorne, Great Ocean Road
PENGINAPAN Hotel Mercure Hotel Welcome Melbourne • 265-281 Little Bourke Street, Melbourne, VIC 3000 • www.accorhotels.com • Telefon: +61 (0) 3 9639 0555 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD100
Citadine On Bourke • 131-135 Bourke Street, Melbourne, VIC 3000 • www.citadines.com/en/australia/ melbourne/bourke.html • Telefon: 1800 766 377 (talian bebas tol-tempatan)
Quality Batman’s Hill on Collins • 623 Collins Street, Melbourne, VIC 3000 • www.batmanshill.com.au • Telefon: +61 (0) 3 9614 6344 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD140
Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan di Victoria, layari: • Flag Choice Hotels Australia properties www.choicehotels.com.au • Best Western properties www.bestwestern.com.au • Somerset Properties www.somerset.com.au
Apartmen Oaks Apartments di Pusat Perniagaan Bandar Melbourne: • Oaks On Market, Oaks On Collins, Oaks On Lonsdale • www.theoaksgroup.com.au • Anggaran harga satu malam: Dari AUD99
Tahukah Anda? Melbourne merupakan tuan rumah pertama Sukan Olimpik 1956. Ia adalah Sukan Olimpik pertama yang pernah diadakan di hemisfera selatan dan juga kali pertama para atlet menyertai majlis penutupan sukan ini beramai-ramai sebagai simbol persahabatan dalam sukan. Untuk maklumat lanjut tentang Victoria, layari www.visitmelbourne.com/my 46
47
western australia Memandu di Esperance Beach
w e s t e r n a u s t r a l i a ( WA )
Garis langit Perth dari King’s Park dan Botanic Gardens
MASJID
Australia Barat atau lebih dikenali sebagai Western Australia (WA) ialah negeri terbesar di Australia yang meliputi hampir sepertiga dari tanah besar Australia dan mencakupi 12,500 kilometer pesisiran pantai. Terdapat hampir 2.1 juta penduduk di WA dan 24,200 daripadanya adalah Muslim, dimana 75 peratus daripada mereka tinggal di bandar Perth. Perth adalah bandar Australia yang paling mirip dengan Malaysia. Ia merupakan bandar pelbagai budaya yang mempunyai lebih dari 200 warganegara yang berbeza, 270 bahasa petuturan dan 100 kepercayaan agama. Oleh itu, makanan halal amat mudah untuk didapati. Dengan kelebihan cuacanya, masyarakat di Perth mengamalkan gaya hidup luar dan budaya pantai. Selain daripada Perth, terdapat banyak daerah yang menawarkan pelbagai pemandangan alam dan penemuan menarik dengan flora dan fauna di WA. Musim bunga adalah waktu paling tepat untuk melawat WA, anda boleh menikmati keindahan jutaan bunga liar yang hidup subur dan hanya terdapat di sini. 48
Masjid Katanning Pada tahun 1974, umat Islam dari Pulau Krismas dan Pulau Coco mula berhijrah ke Katanning. Maka lahirlah masyarakat Islam Kattaning dan sejak itu, jumlah umat Islam terus berkembang. Pada tahun 1980, Masjid Katanning telah dibina sesuai dengan keperluan masyarakat Islam setempat yang memerlukan tempat beribadat dan berkumpul. Setiap minggu ketiga pada bulan Februari, masyarakat Islam Katanning akan mengambil bahagian dalam festival masyarakat majmuk dan memperagakan pelbagai kostum berwarna-warni. • 2 Warren Road, Katanning, WA 6317 Kununurra El Questro Bungle Broome Bungle Fitzroy Range Crossing Port Headland Karratha
Monkey Mia Geraldton Kalgoorlie Fremantle
Perth
Esperance Margaret River Albany
LAIN-LAIN MASJID/ MUSOLA/ PUSATPUSAT ISLAM DI WESTERN AUSTRALIA: Musola Perth City • Room 32, Level 2, Trinity Arcade, Perth, WA 6000
Masjid Perth • 427-429 William Street, Perth, WA 6000 Musola Edith Cowan University (ECU) • 2 Bradford Street, Mount Lawley, WA 6050 (lebih kurang 10 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Perth) Musola University of Western Australia • Eastern-Side Winthrop Hall, University of Western Australia, 35 Stirling Highway, Crawley, WA 6009 (lebih kurang 11 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Perth) Masjid dan Majlis Agama Islam WA • 7 Malvern Road, Rivervale, WA 6103 (lebih kurang 12 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Perth) Untuk senarai penuh masjid-masjid, layari www.afic.com.au
Tahukah Anda? Kalgoorlie adalah pusat emas pertama ditemui di WA pada tahun 1892. Hari ini, lombong emas ini telah menghasilkan lebih dari US$18 billion emas. Lombong yang masih aktif ini juga dikenali sebagai ‘Super Pit Mine’ di mana ia mempunyai keluasan dan kedalaman sama dengan Uluru Rock! 49
T E M PAT M A K A N D A N PA S A R Love and Care Café (Malaysia) [B] • 38 Pier Street, Perth, WA 6000 • Telefon: +61 (0) 8 9225 6400 Oleh Oleh Halal Cafe (Indonesia) [A,M] • 536 Hay Street, Perth, WA 6000 • Telefon: +61 (0) 8 9325 1747 Indonesia Indah (Indonesia) [A] • 118-120 Barrack Street, Perth, WA 6000 • Telefon: +61 (0) 8 9221 3970 Mahsuri Satay Restaurant (Malaysia) [M] • 313 Albany Highway, Victoria Park, Perth, WA • www.members.westnet. com.au/mahsuri_satay/ • Telefon: +61 (0) 8 9362 5062 Café Karache (Malaysia) [M] • 124 Murray Street, Perth, WA 6000 • Telefon: +61 (0) 8 9325 7777 Levant Cuisine Restaurant (Lubnan) [M] • 139 Barrack Street, Perth, WA 6000 • Telefon: +61 (0) 8 9325 3496 Shimizu Japanese Cuisine [B] • 4a Murray Street Mall, Murray Street, Perth, WA 6000 • Telefon: +61 (0) 8 9221 0111 Nusantara Indonesian [A,M] • Shop 10A, Subiaco Pavillion, Subiaco, WA 50
6008 (lebih kurang 9 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Perth) Istanbul Kitchen (Turki) [M] • 394 Fitzgerald Street, North Perth, WA 6006 • Telefon: +61 (0) 8 9227 0121 Butchers and Bakery Turkish Oven [M] • 275 Albany Highway, Victoria Park, WA 6100 (lebih kurang 15 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Perth) • Telefon: +61 (0) 8 9470 2774 Dunya Continental Goods (Penjual Daging) [M] • Unit 6, 249 North Beach Drive, Osborne Park, Tuart Hill, WA 6017 (lebih kurang 12 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Perth) • Telefon: +61 (0) 8 9458 6699 Meat Giant (Penjual Daging) [M] • 43 Yirrigan Drive, Mirrabooka, WA 6061 (lebih kurang 28 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Perth) • Telefon: +61 (0) 8 9344 6811 Med Halal Meat (Penjual Daging) [M] • Shop 10A, Honeywell Boulevard, Mirrabooka, WA 6061 (lebih kurang 28 minit perjalanan dengan kereta dari Bandar Perth) • Telefon: +61 (0) 8 9249 7740
Bunga-bunga liar, Golden Outback
w e s t e r n a u s t r a l i a ( WA )
w e s t e r n a u s t r a l i a ( WA )
Santapan di dermaga kapal pancing, Fremantle
AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK Saksikan stalaktit terbesar di dunia Jewel Cave yang tersembunyi di dalam Hutan Karri terletak kira-kira 37 kilometer di selatan Margaret River. Beberapa dekad yang lalu, hanya masyarakat tempatan yang menyedari kewujudan gua ini. Tetapi pada tahun 1958, gua ini telah diterokai oleh dua orang pengembara iaitu Lex Bastian dan Lloyd Robinson. Gua ini mempunyai kedalaman 42 meter ke bawah dan berkeluasan 1.9 kilometer persegi, tetapi hanya 40 peratus dari gua ini telah dibangunkan untuk pelancongan. Keistimewaan gua ini terletak pada gantungan stalaktit gergasinya yang merupakan stalaktit yang terbesar di dunia, dan tergantung kira-kira 5.4 meter dari lelangit gua ini. • www.margaretriver.com/ pages/jewel-cave • Telefon: +61 (0) 8 9757 7411 • Bajet: AUD19.50 (dewasa), AUD10 (kanak-kanak) • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun Melawat pameran jongkong emas terbesar di dunia Perth Mint dibuka pada 20 Jun 1899 dan sejak pembukaannya, ia merupakan satusatunya pusat penempaan emas tertua di dunia yang masih beroperasi dari premis asalnya. Merupakan cawangan kepada London’s Royal Mint, Perth Mint pada awalnya ditubuhkan untuk memperbaiki
serta menghasilkan emas dan wang emas yang digunakan oleh koloni Inggeris sebagai mata wang. Koleksi jongkong emas terbesar di dunia boleh dilihat sendiri oleh pengunjung di Perth Mint. Di sini pengunjung juga boleh menempa dan mengukir sendiri pingat peribadi, melihat proses menempa emas batangan, mendapat nilai emas dari berat diri sendiri dan membeli cenderahati yang bernilai. • www.perthmint.com.au • Telefon: +61 (0) 8 9421 7223 • Bajet: AUD15 (dewasa), AUD5 (kanak-kanak) • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun Saksikan koleksi bunga liar terbesar di dunia Banksias, grevilleas, kangaroo paws, milkmaids, honeypots, mountain bells... Saksikan lanskap atau ladang menghijau yang hidup subur berwarna-warni dan beraroma segar di Western Australia (WA) - terdapat lebih daripada 12,000 spesis bunga liar dan merupakan koleksi terbesar di dunia. Lebih 60 peratus daripadanya hanya boleh ditemui di WA dan anda boleh menikmati pelbagai pilihan yang berbeza serentak. Anda boleh sertai pakej percutian bunga liar (Wildflower Tours), mahupun menjelajah sendiri di King’s Park dan Taman Botanikal yang menyimpan 51
Berkelah di King’s Park
MEMBELI-BELAH Fremantle Markets • Fremantle Markets, South Terrace, Fremantle, WA 6160 • www.fremantlemarkets.com.au • Telefon: +61 (0) 8 9335 2515 • Waktu beroperasi: Jumaat 10.00pg hingga 8.00mlm, Sabtu dan Ahad 10.00pg hingga 6.00ptg, Isnin dan hari cuti umum 10.00pg hingga 6.00ptg Centro Galleria • Di persimpangan Collier Road dan Walter Road, Morley, Perth, WA 6062 • www.centro.com.au/galleria • Telefon: +61 (0) 8 9375 3228 • Waktu beroperasi: Isnin hingga Rabu dan Jumaat 9.00pg hingga 5.30ptg, Khamis 9.00pg hingga 9.00mlm, Sabtu 9.00pg hingga 5.00ptg
sekitar 2,000 spesies bunga-bunga liar. • www.wildflowerswa.com • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim untuk lawatan: Jun/Julai di Utara dan September di Selatan Meluncur di Ombak Granit (Wave Rock) Wave Rock merupakan sebuah tebing granit yang berbentuk seperti ombak yang terhasil dari keadaan cuaca, pelapukan dan hakisan air selama jutaan tahun, sekitar 60 juta tahun dahulu. Ia berketinggian 15 meter dan 110 meter panjang serta kelihatan seperti ombak tsunami besar yang telah dibekukan. Anda juga hampir boleh merasakan kekuatan ombak granit itu seakan-akan bakal menghempap anda. Terletak berhampiran dengan bandar kecil Hyden, perjalanan mengambil masa 4 jam dari Perth. Wave Rock menawarkan kedamaian dan ketenangan yang tidak dapat anda perolehi di bandar-bandar lain. • www.waverock.com.au • Telefon: +61 (0) 8 9880 5022 • Bajet: Dari AUD189
• Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun Berkelah di taman dalam bandar terbesar di dunia Meliputi 400 hektar tanah, King’s Park dan Taman Botanikal adalah taman terbesar di dunia yang terletak di dalam bandar. Terletak hanya 1.5 kilometer dari pusat perniagaan Perth, taman ini megah dengan pelbagai koleksi bungaan yang cantik, lokasi rekreasi yang luas dan pemandangan indah Sungai Swan dan Sungai Canning. Jangan lepaskan peluang menyertai festival taman ini sepanjang musim bunga iaitu dari bulan September hingga Oktober. • www.bgpa.wa.gov.au • Telefon: +61 (0) 8 9480 3600 • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun
Tahukah Anda? Shark Bay yang telah diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia di Western Australia adalah rumah bagi fosil hidup tertua dunia. Ia dikenali sebagai stromatolit yang wujud sejak 3.5 juta tahun dahulu. 52
Murray Street Mall • Murray Street Mall, Perth, WA 6000 • Waktu beroperasi: Isnin hingga Khamis dan Sabtu 9.00pg hingga 5.00ptg, Jumaat 9.00pg hingga 9.00mlm, Ahad 11.00pg hingga 5.00ptg (terhad pada beberapa kedai sahaja)
w e s t e r n a u s t r a l i a ( WA )
w e s t e r n a u s t r a l i a ( WA )
Wave Rock berdekatan Hyden
Pasar Fremantle
PENGINAPAN Quest West End • 451 Murray Street, Perth, WA 6000 • www.westend.property.questwa.com.au • Telefon: +61 (0) 8 9480 3888 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD265 City Waters Perth • 118 Terrace Road, Perth, WA 6000 • www.citywaters.com.au • Telefon: +61 (0) 8 9325 1566 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD110
Mont Clare Apartments • 190 Hay Street, Perth, WA 6004 • www.montclareapartments.com • Telefon: +61 (0) 8 9224 4300 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD170 Esplanade River Suites • 112 Melville Parade, Como, WA 6152 • www.esplanaderiversuites.com.au • Telefon: +61 (0) 8 9367 0300 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD150
Mounts Bay Water Apartments • 112 Mounts Bay Road, Perth, WA 6000 • www.mounts-bay.com.au • Telefon: +61 (0) 8 9213 5333 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD250
Esplanade Hotel Fremantle • Di persimpangan Marine Terrace dan Essex Street, Fremantle, WA 6160 • www.esplanadehotelfremantle.com.au • Telefon: +61 (0) 8 9432 4000 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD235
“Saya suka ketenangan dan berjalan-jalan di taman, oleh itu saya sangat menyukai King’s Park dan Taman Botanikal. Paling hebat, ia terletak dekat dengan pusat bandar.” Afia Danial, Kuala Lumpur
Untuk maklumat lanjut tentang Western Australia, layari www.westernaustralia.com 53
Bandar Adelaide
S O U T H a ust r a l i a Batuan menakjubkan di Pulau Kangaroo
South Australia merupakan daratan yang berkeluasan lebih dari 900,000 kilometer persegi yang menyediakan ruang yang cukup besar untuk menyimpan pelbagai warisan dan tarikan alam yang mengagumkan. Terdapat pelbagai destinasi percutian yang istimewa di wilayah ini, daripada unsur elegan, bangunan kolonial dan pesisiran pantai berpasir putih bersih, hingga ke ladang-ladang pertanian yang indah serta kawasan pedalaman yang hebat seperti Flinders Ranges. South Australia pasti boleh memberikan kesempatan yang tidak terbatas untuk mereka yang ingin beristirehat atau mengembara. Orang Eropah pertama yang menemui South Australia pada tahun 1627 ialah Kapten Francois Thijssen daripada sebuah kapal Belanda, Gulden Zepaert, yang sedang menjelajah perairan Australia. Islam dibawa ke Australia pada tahun 1865 oleh seorang ahli perniagaan yang berjaya iaitu Thomas Elder yang membawa pemandu unta Muslim. Sekarang terdapat lebih 10,000 Muslim menetap di South Australia, iaitu 3 peratus penduduk Muslim di Australia. Adelaide merupakan ibu negeri South Australia dan sebuah ibu negeri seni yang menganjurkan banyak festival, muzik sebagai gaya hidup aktif, kemudahan media dan teater, serta senibina yang menakjubkan. Dengan iklim Mediterranean yang sihat, Adelaide menerima sinaran matahari selama 2,500 jam setiap tahun. Oleh itu pelbagai aktiviti luar boleh dijalankan sepanjang tahun.
Coober Pedy
Flinders Ranges
Barossa Valley Adelaide Kangaroo Island
Tahukah Anda? Walaupun merupakan negeri paling kering di dunia, South Australia mempunyai garis pantai lebih dari 4,800 kilometer. 55
s o u t h a u s t r a l i a ( SA )
s o u t h a u s t r a l i a ( SA ) Womadelaide (Festival Musik Tahunan), Taman Botanic, Adelaide
MASJID
Masjid Sentral Adelaide Masjid Negeri Adelaide dibina pada tahun 1888 dan telah berdiri lebih daripada 120 tahun. Ia merupakan masjid tertua dan terbesar di Australia yang terletak di tengah-tengah bandar. Pembinaan masjid ini dipengaruhi oleh pengembala unta Afganistan yang dibawa ke sini oleh ahli perniagaan iaitu Thomas Elder, untuk menjaga unta-untanya. Pengunjung masjid ini pasti terkejut kerana suasana di dalamnya sangat tenang dan nyaman dengan hiasan dalamannya yang berasaskan kayu. • Central Adelaide Mosque, 20 Little Gilbert Street, Adelaide, SA 5000
Central Market, Adelaide
T E M PAT M A K A N D A N PA S A R
LAIN-LAIN MASJID/ MUSOLA/ PUSATPUSAT ISLAM DI SOUTH AUSTRALIA: Masjid Gilles Plains • 52 Wandana Avenue, Gilles Plains, SA 5086 Masjid Al Khalil, Woodville • Di persimpangan Audley Street dan Torrens Road, Woodville North, SA 5012 Masjid Park Holme • 658 Marion Road, Park Holme, SA 5043 Untuk senarai penuh masjid-masjid, layari www.afic.com.au
Moroccan Casbah Restaurant [M] • 40A Unley Road, Unley, SA 5061 • Telefon: +61(0) 8 8357 3199
The Ghan Kebab House (Turki) [M] • 366 Prospect Road, Kilburn, SA 5084 • Telefon: +61 (0) 8 8262 4042
Jerusalem Sheshkabab House [A] • 131B Hindley Street, Adelaide, SA 5000 • Telefon: +61(0) 8 8212 6185
Central Market Meat [M] • Shop 46, Victoria Square Arcade, SA 5000 • Telefon: +61 (0) 8 8211 7728
Pondok Bali (Indonesia) [A] • 310 Pulteney Street, Adelaide, SA 5000 • Telefon: +61 (0) 8 8232 0588 Quiet Waters Lebanese Restaurant & Coffee Lounge [A] • 75 Hindley Street, Adelaide, SA 5000 • Telefon: +61 (0) 8 8231 3637 Highway Pizza (Itali) [M] • 565 Anzac Highway, Glenelg North, SA 5045 • Telefon: +61 (0) 8 8295 7788
Tahukah Anda? Southern Hairy-nosed Wombat merupakan haiwan kebangsaan South Australia. Hidup dengan kebiasaannya menggali lubang dalam tanah, ia sering diburu tetapi sekarang ia dipelihara sepenuhnya oleh pihak berkuasa. 56
Indiana Zone (India) [A] • 7/196 Marion Road, West Richmond, SA 5033 • Telefon: +61 (0) 8 8443 8433 Sofra Kabab House [A] • West Terrace Plaza, Shop 3/60 West Terrace, Adelaide, SA 5000 • Telefon: +61 (0) 8 8212 1105
Al Raya Grocery Store [M] • 2/175 Henley Beach Rd, Mile End, SA 5031 • Telefon: +61 (0) 8 8234 0733 Kamlas Kitchen India [M] • City Cross, di antara Grenfell Street & Rundle Mall, Adelaide, SA 5000 Naan Tandoori (India) [M] • 12b Southern Cross Arcade, 52 King William Street, Adelaide, SA 5000 Roshan Currie And Noodle Bar (India) [M] • David Jones Centre Shop 16, 100 Rundle Mall, Adelaide, SA 5000 • Telefon: +61 (0) 8 8232 7741 Voshi Bay (India) [M] • Southern Cross Arcade, 52 King William Street, Adelaide, SA 5000 57
Berenang bersama ikan Tuna Bluefin
AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK
Berjalan dikalangan singa laut Pulau Kangaroo merupakan salah satu tempat yang wajib dikunjungi di South Australia kerana terdapat banyak hidupan liar dan keajaiban geografi yang unik. Pulau ini terletak 112 kilometer barat daya Adelaide dan meliputi 4,350 kilometer persegi tanah. Ia tujuh kali lebih besar daripada Singapura, jadi anda mungkin memerlukan lebih masa untuk menerokai pulau yang indah ini. Tarikan utama pulau ini ialah singa laut Australia. Jadi, sertailah lawatan pantai berpandu ke Seal Bay dan bersiar-siar bersama koloni singa laut Australia. • www.tourkangarooisland.com.au • Telefon: +61 (0) 8 8553 1185 • Bajet: Dari AUD8 (kanak-kanak) hingga AUD75 (dewasa); Layari website untuk maklumat lanjut • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun Naik Trem Berkuda BandarVictor Harbor di pantai Semenanjung Fleurieu terletak sekitar 80 kilometer di selatan bandar Adelaide dan mempunyai populasi terbesar di semenanjung itu.Victor Habor menawarkan cuaca yang sederhana, penduduk yang ramah dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Naiki trem berkuda dua tingkat melalui jambatan kayu 630 meter di Pulau Granite. Nikmatilah pemandangan indah dan anda mungkin bertemu ikan paus (bermusim) di sepanjang jalan dan penguin setelah anda tiba di pulau. • www.tourismvictorharbor.com.au or www.horsedrawntram.com.au • Telefon: +61 (0) 8 8551 0777 58
• Bajet: AUD7 pergi balik (dewasa) AUD5 pergi balik (kanak-kanak) • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun Berenang dengan Bluefin Tuna Seorang peneroka laut Britain bernama Matthew Flinders menemui Pelabuhan Lincoln pada Februari 1802 dan sejak itu, ia telah berkembang menjadi sebuah bandar terbesar di kawasan pantai barat. Sebuah pusat ikan tuna telah dibina, untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat dan berenang bersama kumpulan ikan-ikan tuna Bluefin! Pengunjung juga boleh menonton dari ruangan kaca bawah air ataupun memberi makan ikan-ikan ini. • www.adventurebaycharters.com.au • Telefon: +61 (0) 488 428 862 • Bajet: AUD45 (kanak-kanak) hingga AUD 225 (keluarga); Layari website untuk maklumat lanjut • Sesuai untuk: Semua usia • Masa/musim sesuai untuk lawatan: Sepanjang tahun
Trem berkuda, Victor Harbor
s o u t h a u s t r a l i a ( SA )
s o u t h a u s t r a l i a ( SA )
Menyaksikan singa laut, Pulau Kangaroo
Pusat membeli-belah Rundle, Adelaide
MEMBELI-BELAH
Pusat membeli-belah Rundle Pusat membeli-belah Rundle adalah sebuah tempat perbelanjaan utama di Adelaide, dengan menampilkan lebih daripada 600 peruncit. Berkonsepkan tempat membeli-belah terbuka, ia dikatakan pusat membeli-belah terbaik di Adelaide. • 134 Rundle Mall, Adelaide, SA 5000 • www.rundlemall.com • Telefon: +61 (0) 8 8203 7200 • Waktu beroperasi: Isnin hingga Khamis 9.00pg hingga 5.30ptg, Jumaat 9.00pg hingga 9.00mlm, Sabtu 9.00pg hingga 5.00ptg, Ahad 11.00pg hingga 5.00ptg Glenelg SA Glenelg adalah resort tepi laut yang sangat indah dan terletak di pesisiran pantai berpasir putih Holdfast Bay dan terletak 10 minit dari Adelaide. Pesisiran pantai luar bandar ini mempunyai banyak tarikan, dan terdapat lebih dari 200 kedai bagi yang ingin membeli-belah. Trem yang menghubungkan Glenelg dengan pusat kota Adelaide memudahkan sesiapa sahaja
yang ingin berkunjung ke daerah ini. • Moseley Square Glenelg Foreshore • www.glenelgsa.com.au • Waktu beroperasi: Setiap hari 9.00pg hingga 5.00ptg Plaza Tea Tree Plaza Westfield Tea Tree mempunyai 235 kedai yang menjadikannya pusat membelibelah kedua terbesar di Adelaide. Terletak di utara Adeleide iaitu di Modbury, 30 minit dari pusat perniagaan. Ia adalah pusat membelibelah yang mudah untuk dikunjungi kerana ia berhubung dengan kemudahan prasarana laluan bas O-Bahn yang merupakan yang terpantas dan terpanjang di dunia. • 976 North East Rd, Modbury, SA 5092 • http://westfield.com.au/teatreeplaza atau www.adelaidemetro.com.au • Telefon: +61 (0) 8 8264 4011 • Waktu beroperasi: Isnin hingga Rabu 9.00pg hingga 5.30ptg, Khamis 9.00pg hingga 9.00mlm, Jumaat 9.00pg hingga 5.30ptg, Sabtu 9.00pg hingga 5.00ptg, Ahad 11.00pg hingga 5.00ptg
“Pengalaman saya sewaktu mengunjungi Glenelg di South Australia adalah yang terbaik! Semuanya berada di hujung jari, dari menikmati keindahan pantai putih bersihnya hingga ke kehidupan malamnya yang hebat. Ini adalah satu lokasi di mana segalanya tersedia untuk saya.” Alia Hashim, Jakarta
Menunggang unta di saat matahari terbenam, Glenelg
59
s o u t h a u s t r a l i a ( SA )
Pengalaman terhebat pasti dengan pemandu pelancong tempatan
Garis langit Bandar Adelaide
Pemandangan dari Sungai Torrens, Adelaide
PENGINAPAN
Adelaide Sorrento Meridien • 201, Anzac Highway, Plympton, Adelaide, SA 5038 • www.adelaidesorrentomeridien.com.au • Telefon: +61 (0) 8 8297 7122 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD135 Franklin Central Apartments • 36 Franklin Street, Adelaide, SA 5000 • www.franklinapartments.com.au • Telefon: +61 (0) 8 8221 7050 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD170
Oaks Horizon • 104 North Terrace, Adelaide, SA 5000 • www.theoaksgroup.com.au/oaks-horizons • Telefon: +61 (0) 8 8210 8000 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD150 Oaks Embassy • 96 North Terrace, Adelaide, SA 5000 • www.theoaksgroup.com.au/oaks-embassy • Telefon: +61 (0) 8 8124 9900 • Anggaran harga satu malam: Dari AUD150
Tahukah Anda? Pada setiap pertengahan bulan Mei, ikan paus Southern Right akan berhijrah dari Antartika ke Teluk Encounter. Ikan-ikan paus ini akan berenang sekitar 100 meter mendekati pantai, oleh itu Victor Harbor menjadi tempat paling ideal untuk melihat ikan-ikan paus ini dari darat. Untuk maklumat lanjut tentang South Australia, layari www.southaustralia.com 60
Tiada yang lebih baik dari pengetahuan. ke Untuk membuat tempahan percutian agen Australia, anda hanya perlu hubungi sebagai pelancongan yang dilantik dan diiktiraf ini Aussie Specialist. Agen Aussie Specialist an deng kaya dan luas n lama enga yang berp er terbaik pengetahuan tempatan,adalah sumb cadangan untuk mendapatkan nasihat, tips dan mengenai Australia. Untuk membuat tempahan percutian ke Australia, layari www.australia.com/ ie aussiespecialist hari ini dan carilah Auss Specialist berhampiran anda.