Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
87 BAHAN MENTAH TEMPATAN DALAM PENGHASILAN BATA PURBA CANDI PENGKALAN BUJANG (TAPAK 21/22): SATU PEMBUKTIAN SECARA SAINTIFIK ZULISKANDAR RAMLI1, NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABDUL RAHMAN1, ADNAN JUSOH2 & YUNUS SAUMAN2 1 Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM, Bangi, Selangor, MALAYSIA 2 Jabatan Sejarah, Fakulti Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
ABSTRAK Candi Pengkalan Bujang (Tapak 21/22) merupakan salah satu tapak candi berunsur agama Buddha yang menggunakan bata sebagai bahan binaan utamanya di samping penggunaan pelapik tiang diperbuat daripada batu granit dan tiang yang dipercayai diperbuat daripada kayu dan atap nipah. Pentarikhan relatif yang dibuat ke atas tapak ini dicadangkan dibina antara abad ke 11 hingga 12 Masihi. Dua struktur utama iaitu sebuah struktur yang mempunyai kawasan vimana dan mandapa serta struktur stupa menunjukkan adanya evolusi dalam pembinaan candi menggunakan bata selepas abad ke 10 Masihi terutamanya dalam penggunaan bata dan cara susunan. Kertas kerja ini akan memfokuskan terhadap analisis komposisi bahan bata purba yang digunakan untuk menghasilkan candi ini yang mana tujuan utamanya ialah untuk melihat sama ada bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan bata tersebut menggunakan bahan mentah tempatan. Dua teknik analisis akan digunakan iaitu Teknik Pendarfluor Sinar-X (XRF) dan Teknik Aruhan Sinar-X (XRD) dalam menentukan kandungan unsur-unsur utama dan surih serta kandungan mineral dalam bata purba tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa mineral-mineral utama yang terdapat dalam bata purba Candi Pengkalan Bujang (Tapak 21/22) ialah kehadiran mineral-mineral utama seperti kuarza, muscovite dan microcline, sementara mineralmineral lain yang wujud dalam kuantiti yang sedikit ialah mineral seperti gibbsite, mullite dan kaolinite. Kandungan mineral kaolinite yang terdapat di dalam sampel PB21/22(xx), PB21/22(xxi) dan PB21/22(xxii) menunjukkan bahawa bata-bata ini telah dibakar pada suhu yang kurang daripada 550°C. Sampel PB21/22(iii), PB21/22(iv) dan PB21/22(viii) pula hanya mengandungi kandungan mineral kuarza dan ini menunjukkan bahawa sampel ini dibakar pada suhu yang tinggi antara 850°C hingga 1000°C. Berdasarkan kandungan mineral dan pemerhatian fizikal bata menunjukkan bahawa teknik pembakaran terbuka telah digunakan untuk menghasilkan bata ini. Kandungan unsur utama dan surih juga menunjukkan bahawa bata ini dihasilkan daripada sumber yang sama dan dicadangkan bahawa bahan mentah tempatan digunakan dalam penghasilan bata tersebut. Penglibatan masyarakat tempatan dalam menghasilkan bata tersebut tidak perlu disangkal dan
882 Zuliskandar Ramli et al.
membuktikan Transformasi Ilmu masyarakat tempatan yang sudah pun bermula sejak abad ke 4 lagi.
PENGENALAN Terdapat empat tapak monumen yang berada di sebelah utara Tapak 19 yang telah dikenalpasti oleh Quaritch Wales dalam tinjauannya pada tahun 1936 hingga 1937 (QuaritchWales, 1940). Tapak-tapak tersebut adalah Tapak 20, 21, 22 dan 23. Pada tahun 1974, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah menjalankan kerja ekskavasi serta membina semula candi-candi tapak ini, kecuali Tapak 23. Hasil penyelidikan arkeologi dan laporan oleh Quaritch-Wales (1940) mendapati bahawa Tapak 20 telah mengalami kerosakan yang begitu teruk akibat daripada aktiviti pertanian. Tapak 21 dan 22 (Kampung Pengkalan Bujang) telah diekskavasi secara serentak oleh pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti pada tahun 1974. Kerja-kerja ekskavasi telah mendedahkan pelan asal kedua-dua tapak berkenaan di mana Tapak 21 mengandungi sebuah struktur utama manakala Tapak 22 mengandungi dua buah struktur utama. Tapak 21 dan 22 sebenarnya wujud secara berpasangan. Bahan binaan struktur ini secara keseluruhannya menggunakan batu bata. Jumpaan-jumpaan penting di tapak ini ialah Arca Buddha diperbuat daripada terrakota, Arca Buddha daripada gangsa, bata yang mempunyai inskripsi, kala dan Arca Gajah daripada tanah liat. Berdasarkan jumpaan ini, candi ini mewakili ajaran Buddha dan berdasarkan pentarikhan relatif diduga candi ini dibina sekitar abad 9 hingga ke 10 Masihi (Nik Hassan Shuhaimi & Othman 1992). Ekskavasi yang dijalankan pada tahun 2007 oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia di tapak ini tidak menemukan struktur bangunan seperti yang diharapkan tetapi banyak bahan binaan seperti bata ditemui. Penelitian stratigrafi tanah di tapak ini telah mendedahkan satu lapisan tanah tambak iaitu tanah hasil ekskavasi Tapak 21 dan 22 yang telah dikumpulkan di kawasan ini suatu ketika dahulu. Akibat daripada penambakan tanah ini, wujud satu lapisan tanah yang mempunyai kandungan organik yang tinggi di bawah lapisan tanah tersebut. Di lapisan tanah tambak ini, terdapat jumpaanjumpaan seperti porselin, stoneware, manik dan pecahan tembikar tanah. Antara artifak yang ditemui pada lapisan kedua iaitu lapisan yang mewakili lapisan budaya zaman proto-sejarah ialah seperti pecahan seramik asing dari abad ke 6 hingga 14 Masihi contohnya seperti seramik Parsi dan seramik timur tengah, manik kaca monokrom, stoneware zaman Dinasti Sung, celadon, tembikar tanah dan kaca. Jumpaan yang menarik ialah jumpaan alat-alat batu di lapisan paling bawah iaitu pada lapisan 110-130cm dari permukaan tanah. Antara alat-alat batu yang dijumpai ialah alat batu beliung, batu pelandas dan batu pengetuk (hammerstone). Ini membuktikan bahawa masyarakat di Pengkalan Bujang telah berevolusi daripada masyarakat prasejarah ke masyarakat proto-sejarah. Masyarakat ini atau masyarakat tempatan ini yang telah berkembang maju sehingga Pengkalan Bujang menjadi pusat perkembangan ajaran agama Hindu-Buddha dan menjadi pelabuhan entrepot. Dalam konteks penyelidikan saintifik yang dijalankan di tapak ini, ia melibatkan analisis komposisi bahan bata yang digunakan untuk membina candi di Candi Pengkalan Bujang (Tapak 21/22). Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan sama ada bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan bata ini adalah bahan mentah tempatan atau pun tidak. Sudah diketahui umum bahawa bahan mentah bata ialah tanah liat yang banyak terdapat di Lembah Bujang. Ini adalah penting dalam membuktikan hipotesis bahawa masyarakat Melayu Lembah Bujang sudah pun mahir dalam teknologi penghasilan batu bata pada waktu itu. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Zuliskandar Ramli et al. 883
CANDI PENGKALAN BUJANG (TAPAK 21 & 22) Terdapat empat tapak berada di sebelah utara Tapak 19, dikenal-pasti oleh Quaritch-Wales dalam tinjauannya pada tahun-tahun 1936 hingga 1937. Tapak-tapak tersebut ialah Tapak 20, Tapak 21, Tapak 22 dan Tapak 23. Penyelidikan arkeologi di sini pada tahun 1974 mendedahkan bahawa runtuhan batu-bata pada anjung kuil sebelah bawah rosak teruk akibat pertanian, seperti yang dilaporkan oleh Quaritch-Wales pada Tapak 20. Tapak-tapak 21, 22 dan 23 tidak mengalami nasib yang sama kerana tapak-tapak ini bukan terletak dalam sawah padi tetapi dalam kawasan rumah kampung yang merupakan bekas permatang pasir. Quaritch-Wales menggambarkan tapak itu seperti berikut: Ada lagi tiga buah tinggalan berhala batu-bata dengan ukuran batu-bata kelas 2. Bagi tapak 21 merupakan sebuah bangunan empat persegi panjang dengan ukuran kira-kira 21’ x 10’ di bahagian sebelah bawah tembok batu-bata yang masih tinggal dan sedikit pelapik tiang yang menyokong atap genting. Tapak 22 dan 23 pula hanya tinggalan kesan pecahan batu-bata dengan genting seperti tapak terdahulu. Tiada sebarang jumpaan yang menarik minat di ketiga-tiga tapak kecuali serpihan tembikar Song yang biasa. (Quaritch-Wales 1940) (terjemahan bebas) Candi Tapak 21 dan Tapak 22 sebenarnya ialah candi yang berpasangan (Lihat Rajah 1). Kedua-dua tapak ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. Tapak 21 (Foto 1, Foto 2 & Foto 3) dibina semula dan dipindahkan ke Bukit Batu Pahat iaitu berdekatan dengan Muzium Arkeologi Lembah Bujang manakala Tapak 22 (Foto 4) dibina semula di tempat asalnya. Keseluruhan struktur bahagian badan dan kaki candi diperbuat daripada batu-bata. Jumpaan paku hasil ekskavasi pada tahun 1976 memperkuatkan andaian Quaritch-Wales yang bahagian atas candi iaitu tiang menggunakan kayu manakala atap candi pula menggunakan genting.
Foto 1. Pandangan sudut Candi Pengkalan Bujang Tapak 21
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
884 Zuliskandar Ramli et al.
Foto 2. Pandangan hadapan Candi Pengkalan Bujang Tapak 21
Foto 3. Pandangan belakang Tapak 21 Candi Pengkalan Bujang
Rajah 1. Pelan Tapak 21/22 Candi Pengkalan Bujang, Lembah Bujang Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Zuliskandar Ramli et al. 885
Foto 4. Pandangan sudut Candi Pengkalan Bujang Tapak 22
PELBAGAI BENTUK BATA DARI TAPAK Jenis A. Batu-bata dengan satu atau dua bucu dipotong untuk membentuk ukiran timbul (moulding) sudut yang sederhana. Potongan sudut tepi kira-kira 45 darjah. Jenis ini yang paling biasa dan barangkali digunakan sebagai ukiran timbul (moulding) sudut untuk badan candi. Tepian ukiran timbul (moulding) dua sudut digunakan di bahagian penjuru. Jenis B. Batu-bata dengan hiasan jenis bertangga, di mana tangga membentuk ukiran timbul (moulding) bersudut. Ia ada dua jenis pula. Jenis pertama ada satu permukaan berhias dengan satu pengacuan yang jenis bertangga dan bersudut. Jenis kedua ialah ukiran timbul (moulding) yang jenis bertangga dan bersudut dengan dua permukaan yang digunakan untuk dijadikan sudut. Jenis C. Ini merupakan jenis yang jarang dijumpai. Cuma dua jenis ini ditemui dari tapak ini. Ukiran timbul (moulding) itu mengandungi dua cuping kecil separuh bulat di pinggir sebuah cuping besar berbentuk separuh bulat. Dimensi batu-bata ialah 16 cm panjang, dan tinggi termasuk bonggol berukuran 6 cm dan 4 cm. Garisan pusat pada cuping besar ialah 6 cm dan 2 cuping kecil berukuran 1.5 cm tiap-tiap satu. Batu-bata ini kelihatan sebagai melambangkan gunung. Jenis D. Ini adalah jenis batu-bata cincin dan terdapat dua sudut tepi. Ukurannya ialah 5 cm tinggi, 3 cm tebal dan bahagian yang paling tebal, dan 2 cm tebal pada bahagian paling nipis. Hanya sebiji sahaja yang ditemui setakat ini. Jenis E. Lagi sejenis batu-bata cincin, bertepi lurus. Tebalnya ialah 3 cm. Garisan pusat pada lubang ialah 5 cm dan tingginya 4 cm. Hanya sebiji sahaja bata jenis ini ditemui setakat ini.
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
886 Zuliskandar Ramli et al.
(a) Jenis A dan B
(b) Jenis C
(c) Jenis D
(d) Jenis E
BAHAN DAN KAEDAH Penyelidikan ini melibatkan dua pendekatan iaitu pendekatan arkeologi dan pendekatan saintifik. Pendekatan arkeologi melibatkan kerja-kerja ekskavasi arkeologi secara horizontal dan vertikal untuk memperoleh data mengenai artifak dan juga pentarikhan relatif manakala pendekatan saintifik melibatkan analisis komposisi bahan artifak yang hendak dikaji iaitu batu. Sebanyak 23 pecahan bata purba telah diambil dari tapak ekskavasi Pengkalan Bujang (Tapak 21/22) dan dimasukkan ke dalam beg plastik dan direkodkan. Sampel ini dibawa ke makmal untuk rawatan sampel di mana setiap sampel dibersihkan menggunakan air dan kemudian dikeringkan pada suhu 120˚C selama dua hari. Sampel-sampel ini kemudiannya ditumbuk dan digiling sehingga menjadi serbuk yang sangat halus dan sekali lagi dikeringkan pada suhu 120˚C selama sehari. Sampel in kemudiannya di hantar untuk analisis di mana dua teknik yang digunakan adalah Teknik Pendarfluor Sinar-X dan Teknik Belauan Sinar X. Teknik Pendarfluor Sinar-X digunakan untuk menentukan kandungan unsur utama manakala Teknik Belauan Sinar-X digunakan untuk menentukan kandungan mineral di dalam sampel-sampel bata tersebut. Data yang diperoleh kemudiannya akan dibandingkan dengan data analisis tanah liat di sekitar Lembah Bujang yang telah pun dijalankan (Zuliskandar et al. 2002). KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Ekskavasi di tapak ini pada tahun 2007 tidak menemukan struktur bangunan seperti yang diharapkan tetapi banyak bahan binaan seperti bata ditemui. Penelitian stratigrafi tanah di tapak ini telah mendedahkan satu lapisan tanah tambak iaitu tanah hasil ekskavasi Tapak 21 dan 22 yang telah dikumpulkan di kawasan ini suatu ketika dahulu. Akibat daripada tambakan tanah ini, wujud satu lapisan tanah yang mempunyai kandungan organik tinggi di bawah lapisan tanah tersebut. Di lapisan tambakan tanah ini, terdapat jumpaan-jumpaan seperti porselin, stoneware, manik dan pecahan tembikar tanah. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Zuliskandar Ramli et al. 887
Antara artifak yang ditemui pada lapisan kedua iaitu lapisan yang mewakili lapisan budaya zaman protosejarah ialah seperti pecahan seramik asing dari abad ke 6 hingga 14 Masihi contohnya seperti seramik Parsi dan seramik timur tengah, manik kaca monokrom, stoneware zaman Dinasti Sung, celadon, tembikar tanah dan kaca. Jumpaan yang menarik ialah jumpaan alat-alat batu di lapisan paling bawah iaitu pada lapisan 110-130 cm dari permukaan tanah. Antara alat-alat batu yang dijumpai ialah alat batu semacam sumatralith (Foto 5), batu pelandas (Foto 6), hammerstone (Foto 8) dan alat batu penetak (Foto 11). Ini membuktikan bahawa masyarakat di Pengkalan Bujang telah berevolusi daripada masyarakat prasejarah ke masyarakat protosejarah. Masyarakat ini atau masyarakat tempatan ini yang telah berkembang maju sehingga Pengkalan Bujang menjadi pusat perkembangan ajaran agama Hindu-Buddha dan menjadi pelabuhan entrepot. Alat batu pengetuk dan alat batu pelandas ini digunakan untuk menumbuk hematit menjadi serbuk yang halus supaya ia boleh digunakan dalam upacara keagamaan yang diamalkan sejak masyarakat prasejarah lagi.
(a)
(b) Foto 5. Alat batu di kedua-dua belah permukaan (a) dan (b) yang dijumpai di Pengkalan Bujang
Foto 6. Alat batu pelandas
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
888 Zuliskandar Ramli et al.
Foto 7. Alat batu
Foto 8. Alat batu pengetuk
Foto 9. Manik kaca monokrom dan polikrom
Foto 10. Seramik Belanda
Foto 11. Alat batu penetak
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Zuliskandar Ramli et al. 889
Foto 12. Seramik Zaman Song (Abad 10 – 13 Masihi)
Analisis saintifik pula dijalankan dengan tujuan untuk membuktikan bahawa bata yang digunakan untuk membina candi Tapak 21/22 ini menggunakan tanah liat tempatan atau tidak. Dua teknik analisis digunakan untuk mencapai tujuan ini iaitu teknik yang menentukan kandungan mineral dan teknik yang menentukan kandungan unsur-unsur utama dan surih. Kandungan mineral dalam sampel-sampel bata yang terdapat di Candi Pengkalan Bujang (Tapak 21/22) menunjukkan kehadiran mineral-mineral utama seperti kuarza, muscovite dan microcline, sementara mineral-mineral lain yang wujud dalam kuantiti yang sedikit ialah mineral seperti gibbsite, mullite dan kaolinite (Rujuk Jadual 1). Kandungan mineral kaolinite yang terdapat di dalam sampel PB21/22(xx), PB21/22(xxi) dan PB21/22(xxii) menunjukkan bahawa bata-bata ini telah dibakar pada suhu yang kurang daripada 550°C. Sampel PB21/22(iii), PB21/22(iv) dan PB21/22(viii) pula hanya mengandungi kandungan mineral kuarza dan ini menunjukkan bahawa sampel ini dibakar pada suhu yang tinggi antara 850°C hingga 1000°C. Mineral mullite pula terjadi hasil daripada tekanan suhu yang tinggi yang dikenakan kepada mineral kaolinite. Jelas di sini teknik pembakaran secara terbuka telah dijalankan untuk menghasilkan bata di Tapak Pengkalan Bujang (Tapak 21/22) kerana suhu tidak sekata yang dikenakan kepada bata semasa proses pembakaran dilakukan. Ada bata yang tidak menerima suhu yang secukupnya semasa kerja-kerja pembakaran dilakukan. Ini berkemungkinan disebabkan oleh cara penyusunan bata dilakukan sebelum proses pembakaran dijalankan. Bata yang digunakan untuk membina candi ini lebih kecil dan mempunyai saiz yang standard berbanding candi sebelumnya terutamanya candi di Tapak 23 yang juga terletak berdekatan dengan candi ini. Dalam aspek pembuatan bata dan senibina candi pada masa ini, boleh dikatakan telah berlakunya perubahan atau pun evolusi. Senibina candi juga lebih kompleks berbanding sebelumnya dan ini boleh dilihat pada senibina Tapak 21 (Kampung Pengkalan Bujang). Kandungan unsur-unsur utama di dalam sampel bata Tapak 21/22 boleh dirujuk pada Jadual 2. Hasil analisis menunjukkan bahawa sampel bata ini mengandungi kandungan silika dan aluminium yang tinggi. Peratusan berat kering bagi silika adalah antara 61.82 hingga 79.07% manakala bagi aluminium adalah antara 15.22 hingga 30.82%. Kandungan unsur besi juga tinggi iaitu antara 1.10 hingga 6.19% namun begitu analisis kandungan mineral tidak menemukan mineral geotit dalam sebarang sampel. Kandungan peratusan berat kering bagi unsur kalium pula adalah antara 0.18% hingga 2.22% manakala unsur kalsium adalah antara 0.06 hingga 1.18%. Walaupun ada mineral calcite (CaCO3) dalam sampel PB21/22(xiv) tetapi kandungan unsur kalsium masih berada pada tahap yang rendah. Kandungan unsur titanium dan magnesium pula adalah 0.46 hingga 2.61% dan 0.15 hingga 1.12%. Graf peratusan berat kering silika dan aluminium sampel bata dan tanah liat (Rujuk Graf 1) dan graf peratusan berat kering titanium dan magnesium sampel bata dan tanah liat (Rujuk Graf 2) diplotkan untuk melihat taburan sampel bata bersama dengan sampel tanah Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
890 Zuliskandar Ramli et al.
liat yang datanya diperoleh daripada analisis terdahulu (Zuliskandar et al. 2002). Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan bahawa sampel-sampel bata Tapak 21/22 telah menggunakan bahan mentah tempatan. Ini membuktikan kesinambungan penghasilan bata untuk membina candi di Lembah Bujang yang bermula di Sungai Mas oleh masyarakat tempatan sejak abad ke 5 atau 6 Masihi lagi (Zuliskandar 2008). Kandungan unsur-unsur surih yang terkandung dalam sampel bata Tapak 21/22 boleh dirujuk di dalam Jadual 3, Jadual 4 dan Jadual 5. Kepekatan unsur-unsur surih yang melebihi 100 ppm dicatatkan pada unsur-unsur seperti barium, cerium, rubidium, vanadium dan zirkon. Kepekatan unsur barium yang dicatatkan adalah di antara 628 hingga 1146 ppm. Unsur cerium pula mencatatkan bacaan antara 457 hingga 632 ppm manakala unsur rubidium adalah antara 33 hingga 242 ppm. Unsur zirkon pula mencatatkan kepekatan antara 174 hingga 289 ppm. Unsur-unsur yang lain mencatatkan bacaan kurang daripada 100 ppm di mana unsur kuprum mencatatkan bacaan kepekatan antara 12 hingga 80 ppm manakala unsur plumbum antara 37 hingga 81 ppm. Graf kepekatan unsur kuprum dan plumbum bagi sampel bata Tapak 21/22 dan sampel tanah liat di Lembah Bujang (Zuliskandar et. al 2002) diplotkan untuk melihat taburan unsur-unsur tersebut sama ada sama ataupun tidak (rujuk Rajah 3). Bacaan menunjukkan bahawa kepekatan unsur-unsur ini adalah sama antara sampel bata Tapak 21/22 dan sampel tanah liat di Lembah Bujang. Keputusan ini adalah selari dengan keputusan yang dicatatkan pada unsur-unsur utama.
Rajah 1. Peratusan Berat Kering Silika dan Aluminium Sampel Bata dan Tanah Liat Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Zuliskandar Ramli et al. 891
Jadual 1. Kandungan Mineral Di Dalam Sampel Bata Tapak 21/22 LOKASI Candi Pengkalan Bujang (Tapak 21/22)
SAMPEL PB21/22(i) PB21/22(ii)
PB21/22(iii) PB21/22(iv) PB21/22(v) PB21/22(vi)
PB21/22(vii)
PB21/22(viii) PB21/22(ix) PB22/21(x)
PB21/22(xi) PB21/22 (xii) PB21/22 (xiii) PB21/22 (xiv)
PB21/22 (xv)
PB21/22 (xvi)
PB21/22 (xvii)
PB21/22 (xviii) PB21/22 (xix) PB21/22 (xx)
PB21/22 (xxi)
PB21/22 (xxii)
PB21/22 (xxiii)
KANDUNGAN MINERAL SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 1M SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 2M1 Al2O3.3H2O Gibbsite SiO2 Quartz SiO2 Quartz SiO2 Quartz H2KAl3Si3O12 Muscovite SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 2M1 KAlSi3O8 Microcline SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 2M1 KAlSi3O8 Microcline SiO2 Quartz SiO2 Quartz Al6Si2O13/3Al2O3.2SiO2 Mullite SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 2M1 KAlSi3O8 Microcline SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 1M SiO2 Quartz KAlSi3O8 Microcline SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 1M SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 1M CaCO3 Calcite SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 2M1 KAlSi3O8 Microcline SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 2M1 KAlSi3O8 Microcline SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 2M1 KAlSi3O8 Microcline SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 2M1 SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 1M SiO2 Quartz Al2Si2O5(OH)4 Kaolinite KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 2M1 KAlSi3O8 Microcline SiO2 Quartz KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 2M1 Al2Si2O5(OH)4 Kaolinite SiO2 Quartz Al2Si2O5(OH)4 Kaolinite KAl2Si3AlO10(OH)2 Muscovite 2M1 KAlSi3O8 Microcline SiO2 Quartz K2O.3Al2O3.6SiO2.2H2O Muscovite
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
892 Zuliskandar Ramli et al.
Jadual 2. Kandungan Unsur Utama Di Dalam Sampel Bata Tapak 21/22 Sampel PB21/22(i) PB21/22(ii) PB21/22(iii) PB21/22(iv) PB21/22(v) PB21/22(vi) PB21/22(vii) PB21/22(viii) PB21/22(ix) PB22/21(x) PB21/22(xi) PB21/22 (xii) PB21/22 (xiii) PB21/22 (xiv) PB21/22 (xv) PB21/22 (xvi) PB21/22 (xvii) PB21/22 (xviii) PB21/22 (xix) PB21/22 (xx) PB21/22 (xxi) PB21/22 (xxii) PB21/22 (xxiii)
Si
Ti
Al
Fe
61.82 69.13 75.77 73.95 71.38 71.67 70.91 79.07 75.57 77.02 70.45 71.79 71.18 68.73 70.65 75.47 72.02 64.19 70.14 75.93 75.83 75.19 70.55
1.47 1.03 2.61 0.61 0.62 0.72 0.63 0.57 0.56 0.46 0.76 0.74 0.76 0.77 0.81 0.48 0.62 1.33 0.82 0.51 0.53 0.53 0.81
30.82 23.09 18.21 21.27 21.51 19.89 22.34 16.10 15.57 15.22 22.39 21.12 21.05 23.49 21.41 18.25 19.10 26.19 20.66 15.21 16.26 16.83 21.56
1.10 3.47 4.23 1.63 3.58 5.61 3.66 2.92 3.61 2.91 4.17 3.96 4.39 4.34 4.82 2.75 5.10 4.98 6.19 3.34 3.02 3.23 4.60
Berat Kering (%) Mn Mg 0.03 0.04 0.01 0.01 0.02 0.01 0.02 0.01 0.03 0.02 0.01 0.01 0.01 0.02 0.01 0.04 0.01 0.01 0.01 0.02 0.02 0.03 0.01
0.55 0.50 0.15 0.30 0.66 0.33 0.37 0.16 1.12 0.56 0.49 0.39 0.50 0.59 0.54 0.37 0.65 0.26 0.34 1.01 0.61 0.77 0.60
Ca
Na
K
P2O3
1.18 0.82 0.06 0.06 0.12 0.07 0.14 0.08 0.22 0.12 0.01 0.08 0.07 0.13 0.08 0.12 0.09 0.08 0.11 0.18 0.19 0.20 0.07
0.18 0.50 0.05 0.06 0.13 0.08 0.13 0.06 0.16 0.16 0.11 0.09 0.09 0.12 0.09 0.16 0.08 0.28 0.08 0.13 0.22 0.20 0.09
0.18 0.79 0.32 2.22 1.73 1.25 1.72 0.32 1.64 1.82 1.57 1.35 1.19 1.79 1.41 1.64 1.07 2.58 1.39 1.41 2.20 1.85 1.42
0.02 0.01 0.01 0.01 0.02 0.01 0.02 0.01 0.01 0.01 0.01 0.01 0.01 0.02 0.01 0.01 0.01 0.01 0.01 0.02 0.01 0.01 0.01
Rajah 2. Peratusan berat kering titanium dan magnesium sampel bata dan tanah liat
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Zuliskandar Ramli et al. 893
Jadual 3. Kandungan unsur-unsur surih di dalam sampel bata Tapak 21/22 Sampel Unsur (ppm)
As Ba Ce Co Cr Cu Ga Hf La Nb Ni Pb Rb Sr U Th V Y Zn Zr
PB21/22 i 17 628 548 28 115 15 24 7 28 28 20 38 101 14 9 29 122 14 49 219
PB21/22 ii
19 746 548 13 67 25 25 7 29 31 25 47 65 133 9 13 134 2 100 248
PB21/22 iii 44 657 539 14 121 12 20 7 29 30 22 81 34 2 9 17 134 0 31 231
PB21/22 iv
PB21/22 v
15 679 606 9 80 17 27 8 29 32 30 52 33 2 9 21 91 0 53 287
14 707 588 12 86 25 25 7 29 32 28 44 191 17 9 21 99 27 68 218
PB21/22 vi 15 767 573 12 70 12 15 7 29 29 26 44 176 32 9 18 84 17 59 181
PB21/22 vii 17 806 563 10 64 15 16 7 30 30 27 50 178 31 9 17 81 16 71 174
PB21/22 viii 36 727 599 10 99 13 19 7 30 32 23 76 47 2 9 17 121 0 29 223
Jadual 4. Kandungan unsur-unsur surih di dalam sampel bata Tapak 21/22 Unsur (ppm)
As Ba Ce Co Cr Cu Ga Hf La Nb Ni Pb Rb Sr U Th V Y Zn Zr
Sampel PB21/22 ix 13 712 505 14 90 13 22 7 29 28 30 37 166 48 9 27 94 31 83 206
PB21/22 x
17 779 571 12 81 16 18 7 29 29 32 47 165 38 9 22 89 23 84 221
PB21/22 xi 16 736 632 11 97 14 25 7 29 33 28 46 81 10 9 26 119 6 63 289
PB21/22 xii 12 714 570 11 82 13 19 7 29 32 27 37 127 38 9 21 87 17 93 188
PB21/22 xiii 15 683 554 12 108 18 27 7 29 28 26 42 115 15 9 32 115 15 69 221
PB21/22 xiv 15 770 620 12 104 18 27 7 30 33 27 46 136 12 9 29 114 18 63 215
PB21/22 xv 17 789 613 13 112 17 28 7 30 33 26 46 134 14 9 32 122 17 62 222
PB21/22 xvi 15 773 546 9 62 17 15 7 29 31 28 45 183 34 9 18 79 20 25 182
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
894 Zuliskandar Ramli et al.
Jadual 5. Kandungan unsur-unsur surih di dalam sampel bata Tapak 21/22 Unsur (ppm) As Ba Ce Co Cr Cu Ga Hf La Nb Ni Pb Rb Sr U Th V Y Zn Zr
PB21/22 xvii 18 695 500 16 117 33 25 7 29 28 23 41 119 11 9 30 120 13 71 236
PB21/22 xviii 16 1146 457 13 131 38 32 7 29 31 38 41 242 96 9 31 160 91 61 230
PB21/22 xix 14 749 572 13 107 17 29 8 29 32 30 46 138 15 9 33 117 22 68 229
Sampel PB21/22 PB21/22 xx xxi 26 20 743 708 600 584 10 12 122 135 26 18 37 35 8 7 29 29 32 32 34 35 63 50 135 96 18 21 11 9 43 44 135 133 25 27 99 84 266 283
PB21/22 xxii 21 784 544 12 100 80 29 7 30 30 28 52 181 14 9 27 112 30 76 252
PB21/22 xxiii 17 747 579 13 113 22 28 7 29 31 27 46 149 14 9 34 123 22 75 231
Rajah 3. Kepekatan unsur kuprum dan plumbum di dalam sampel bata (Tapak 21/22) dan tanah liat
KESIMPULAN Hasil daripada penyelidikan arkeologi dan juga saintifik yang dijalankan ke atas Candi Pengkalan Bujang (Tapak 21/22) telah menemukan beberapa bukti yang kukuh bahawa terdapat penglibatan masyarakat tempatan dalam proses pembangunan dan kemakmuran Lembah Bujang sebagai salah sebuah penempatan yang mempunyai pelabuhan entrepot dan masyarakat yang menerima pengaruh Hindu-Buddha. Alat-alat batu yang dijumpai pada lapisan budaya proto-sejarah menunjukkan pengaruh dan peranan yang dimainkan oleh masyarakat tempatan pada ketika itu. Alat-alat batu itu digunakan untuk menumbuk hematit yang selalu digunakan dalam upacara keagamaan. Analisis saintifik pula telah membuktikan Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Zuliskandar Ramli et al. 895
bahawa bata yang digunakan untuk membina candi di Tapak 21/22 telah menggunakan bahan mentah tempatan. Ini menunjukkan masyarakat tempatan sudah pun mengusai ilmu dan teknologi dalam pembuatan bata dan senibina candi-candi di Lembah Bujang. Teknologi ini sudah pun dikuasai sejak abad ke 5 atau ke 6 Masihi lagi dan ia bermula di kawasan Sungai Mas yang merupakan pusat segala perkembangan ilmu sains dan teknologi di Malaysia dengan produk-produk seperti tembikar tanah, bata, alatan besi dan manik kaca monokrom atau lebih dikenali dengan manik Indo-Pasifik. RUJUKAN Quaritch Wales, H.G. 1940. Archaeological research on ancient Indian colonization in Malaya. Journal of the Malayan Branch, Royal Asiatic Society 18(1): 1-85. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman & Othman Mohd Yatim. 1992. Warisan Lembah Bujang. Kuala Lumpur: Ikatan Ahli-ahli Arkeologi Malaysia. Zuliskandar Ramli. 2008. Sumbangan sains dalam penyelidikan arkeologi (khusus dalam kajian komposisi bahan). Tesis Sarjana Persuratan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zuliskandar Ramli, Asmah Yahaya, Mohd Zobir Hussein & Kamaruddin Zakaria. 2002. Kajian komposisi dan morfologi lempung di Lembah Bujang. Kerjasama antara Jabatan Kimia, Universiti Putra Malaysia dan Bahagian Arkeologi, Jabatan Muzium dan Antikuiti. Laporan Tidak Diterbitkan.
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu