2.1.3 Kad pelajar dipakai dengan mempamerkan bahagian gambar ke hadapan. 2.1.4 Tidak boleh menconteng, menukar butiran, gambar, ubah suai tanpa kebenaran pihak pengurusan PKM. 2.1.5 Tidak dibenarkan memakai kad pelajar orang lain atau menyalahgunakan kad pelajar orang lain untuk tujuan tertentu. 2.2
Rupadiri Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat dan sopan. Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang. 2.2.1 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k)
Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna. Pemakaian baju Melayu (baju Kebangsaan) dibenarkan tetapi hendaklah lengkap sepasang beserta samping dan songkok hitam. Seluar 'slack' panjang. Seluar ‘jeans’ dilarang Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstoking. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi. Rambut tidak diwarnakan. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan LELAKI
KEMEJA BERLENGAN PENDEK
KEMEJA BERLENGAN PANJANG
PEREMPUAN
BAJU MELAYU
BAJU KURUNG
BAJU KURUNG MODEN
PAKAIAN KASUAL
2.2.2 Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan a) Pakaian yang menjolok mata seperti yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan. b) Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung. c) Pelajar bukan Islam dilarang memakai 'skirt' yang lebih pendek dari paras lutut.
141
d) Baju ‘T’ berkolar dan baju ‘T’ tidak berkolar yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik TIDAK dibenarkan. e) Kain hendaklah labuh, longgar, tidak jarang. f) Seluar 'slack' panjang dan tidak ketat g) Seluar ‘jeans’ dilarang. h) Kasut hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstoking. i) Selipar, terompah, kasut bertumit tinggi dan seumpamanya TIDAK dibenarkan. j) Pelajar Islam digalakkan memakai tudung. k) Tidak digalakkan memakai barang kemas yang berlebihan l) Tidak digalakkan mencukur bulu kening dan mengenakan solekan yang berlebihan. 2.3
Menghadiri Kuliah/Bengkel Pelajar dikehendaki menghadiri semua kuliah/bengkel atau lain-lain pengajaran berhubung dengan kursus pengajiannya dan MESTILAH:
2.4
2.5
2.3.1
Kehadiran tidak kurang daripada 80%;
2.3.2
Berada dalam bilik kuliah/bengkel mengikut jadual yang ditetapkan;
2.3.3
Mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan untuk tidak hadir;
2.3.4
Memberi alasan bertulis yang munasabah untuk mendapat kelulusan ketidakhadirannya dari pihak politeknik sekiranya perkara (6.3.3) di atas tidak diperolehi terlebih dahulu.
Kebersihan Dan Kemudahan 2.4.1
Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan kampus Politeknik;
2.4.2
Segala kemudahan yang disediakan oleh politeknik hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawan, cermat, selamat tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan air dan bahan-bahan yang digunakan;
2.4.3
Pelajar hendaklah menjaga atau memelihara semua kemudahan yang terdapat di politeknik supaya kepentingan pelajar lain juga terpelihara;
2.4.4
Pelajar dipertanggungjawab untuk menentukan/memastikan semua lampu/kipas/alat hawa dingin/komputer/mesin di ‘offkan’ sebelum meninggalkan kelas/bengkel/makmal/dewan kuliah.
Harta Benda Perbuatan merosakkan harta benda politeknik seperti perabot, peralatan dalam bilik/makmal/bengkel, kenderaan rasmi politeknik atau menconteng dinding/notis rasmi/pekeliling rasmi atau merosakkan tanaman di dalam kampus adalah menjadi suatu kesalahan tatatertib.
142
2.6
Penglibatan Pelajar Dalam Persatuan / Badan / Pertubuhan / Kumpulan Dan Parti Politik 2.6.1
2.6.2 2.6.3 2.6.4
2.7
2.8
Pelajar adalah dibenarkan untuk menjadi ahli kepada mana-mana persatuan atau pertubuhan atau mana-mana parti politik dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah KECUALI mana-mana persatuan atau pertubuhan atau badan yang menyalahi undang-undang di dalam mahupun luar negeri. Pelajar TIDAK dibenarkan untuk terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus. Semua aktiviti pelajar yang hendak dijalankan di dalam dan di luar kampus hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah terlebih dahulu. Sebarang penerbitan atau pengedaran sebarang dokumen atau risalah sama ada di dalam atau di luar kampus hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah.
Bahan-Bahan Lucah, Dadah, Racun, Mabuk Dan Berjudi 2.7.1
Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucah, dadah, racun atau minuman keras.
2.7.2
Pelajar TIDAK dibenarkan melihat atau mendengar secara sengaja apaapa bahan lucah di dalam atau diluar kampus.
2.7.3
Pelajar TIDAK dibenarkan mengedar, membahagi-bahagi atau mempamerkan apa-apa bahan lucah untuk tujuan mendapat/tanpa bayaran atau apa-apa balasan lain.
2.7.4
Pelajar TIDAK dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas, alat, radas atau barang yang pada pendapat pihak berkuasa tatatertib adalah rekabentuk atau dimaksudkan untuk digunakan bagi memakan atau meminum atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya dengan jalan cucuk atau dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.
2.7.5
Pelajar TIDAK dibenarkan meminum minuman yang memabukkan atau didapati dalam keadaan mabuk di dalam atau luar kampus.
2.7.6
Pelajar TIDAK dibenarkan mengurus, menganjur, atau menjalankan, atau menyertai apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri di dalam atau di luar kampus.
Gangguan Ketenteraman 2.8.1
2.8.2
Pelajar TIDAK dibenarkan membuat bising, ketawa dengan kuat, bertempik, melaung-laung atau bercakap secara kurang sopan sama ada di bilik kuliah/dewan kuliah/bengkel makmal / perpustakaan / pejabat pentadbiran atau berhampiran dengannya. Pelajar TIDAK dibenar menimbulkan suasana kacau-bilau, huru-hara atau menghasut pelajar-pelajar menentang pihak berkuasa politeknik.
143
2.8.3
2.9
Pelajar boleh menyuarakan segala rasa tidak puas hati melalui saluran tertentu seperti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) atau peti cadangan.
Penceramah Luar Pelajar mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah sebelum menjemput pihak luar untuk memberi ceramah/perbincangan kepada pelajar di dalam atau di luar Politeknik. Kebenaran ini tertakluk kepada had dan syarat yang ditetapkan.
2.10
Kesalahan-Kesalahan Yang Boleh Mengakibatkan Penggantungan/ Pembuangan Pelajar Dari Politeknik 2.10.1 Mencemar nama baik politeknik, kakitangan atau pelajarnya samada di dalam atau di luar kampus politeknik dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik. 2.10.2 Mengganggu atau menghalang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di politeknik. 2.10.3 Merosak, mencatat (vandalisme) harta benda milik polteknik, kerajaan, atau orang perseorangan. 2.10.4 Mengganggu atau menghalang kakitangan atau pelajar politeknik daripada menjalankan tugasnya yang sah. 2.10.5 Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panji-panji poster, lambang dan lain-lain untuk tujuan menghasut pelajar lain melanggar tatatertib di dalam atau di luar kampus. 2.10.6 Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar kampus untuk menghasut atau memburuk-burukkan politeknik atau pihak lain. 2.10.7 Menjalankan perniagaan/perkhidmatan, kedai atau gerai di dalam kampus tanpa kebenaran bertulis daripada pihak politeknik. 2.10.8 Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pihak luar mengenai politeknik, kakitangan atau pelajarnya. 2.10.9 Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang pihak politeknik tanpa melalui saluran yang ditetapkan. 2.10.10 Terlibat dengan perjudian, pertaruhan atau loteri. 2.10.11 Meminum, mengedar,menyimpan, menyorok atau membuat minuman keras/bahan kimia yang memabukkan/menkhayalkan. 2.10.12 Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang diambil untuk memabukkan atau menkhayalkan.
144
2.10.13 Menonton, memilki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat dengan pertunjukkan bahan-bahan lucah. 2.10.14 Memberi atau menyebar maklumat palsu. 2.10.15 Mengengkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau kakitangan politeknik yang diberi kuasa. 2.10.16 Memalsukan tandatangan atau cop rasmi pihak berkuasa atau pihak lain yang terlibat dengan politeknik. 2.10.17 Melakukan ugutan atau ragging pada bila-bila masa samada di dalam atau di luar kampus. 2.10.18 Berkelakuan biadap dan angkuh terhadap mana-mana kakitangan atau pelajar politeknik atau pihak lain dengan kelakuan, lisan atau tulisan. 2.10.19 Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan samada di dalam atau di luar kampus. 2.10.20 Berkelakuan sumbang atau tidak sopan seperti bercumbu-cumbuan atau berkhalwat dan membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah samada di dalam atau di luar kampus. 2.10.21 Melibatkan diri dengan kegiatran pelacuran atau aktiviti seks yang dilarang. 2.10.22 Melakukan penyambungan elektrik atau talian telefon secara haram di mana-mana kawasan kampus. 2.10.23 Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut dan menculik. 2.10.24 Memiliki, menyorok, menyimpan, mengedar, menjual dan mempamerkan senjata berbahaya seperti senjata api, senjata tajam, buku lima, kerambit dan lain. 2.10.25 Dituduh oleh mahkamah terbait atau disyaki melkukan kesalahan jenayah sivil atau jenayah syariah. 2.10.26 Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan atau menjual. 2.10.27 Terlibat dengan pemboikotan/pemulauan aktiviti sah politeknik. 2.10.28 Terlibat dengan demonstrasi yang tidak dibenarkan samada di dalam atau di luar kampus. 2.10.29 Menimbul/menghasut isu perkauman, interggrai nasional untuk tujuan mewujudkan suasana tegang, perpecahan atau permusuhan.
145
2.10.30 Memungut atau mencuba memungut wang dengan cara persendirian, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar. 2.10.31 Menganggotai atau memberi sokongan kepada kumpulan, badan atau pertubuhan yang diharamkan oleh politeknik atau kerajaan. 2.11
Larangan Merokok Pelajar DILARANG merokok di mana-mana kawasan kampus politeknik.
3.0
PERATURAN DAN TATATERTIB PERPUSTAKAAN 3.1
Arahan Am Perpustakaan 3.1.1
Dilarang bercakap kuat serta membuat bising sehingga boleh mengganggu pengguna-pengguna lain.
3.1.2
Dilarang makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana pembelajaran di perpustakaan.
3.1.3
Dilarang menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan manamana buku, majalah atau apa-apa bahan cetak kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada bahan tersebut.
3.1.4
Dilarang menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan manamana harta kepunyaan pepustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada barang tersebut.
3.1.5
Dilarang menggunakan telefon mudah alih.
3.1.6
Pengguna-pengguna mestilah mematuhi peraturan-peraturan mengenai bilangan buku-buku yang boleh dipinjam dan bertanggungjawab ke atas pemulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
3.1.7
Peminjam bertanggungjawab ke atas bahan-bahan yang dipinjam. Bagi bahan-bahan yang dihilangkan, peminjam akan dikenakan bayaran harga semasa sebagai kos gantian bahan tersebut. Dalam kes-kes di mana gantian tidak mungkin, Jawatankuasa Perpustakaan akan menentukan harga gantian kes demi kes.
3.1.8
Penggantian kad baru akan dikenakan bayaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Politeknik.
3.1.9
Dilarang membawa masuk beg ke dalam perpustakaan.
3.1.10 Pengguna perpustakaan hendaklah menunjukkan semua barang termasuk beg tangan, folder dan sebagainya kepada petugas perpustakaan untuk diperiksa sebelum keluar dari perpustakaan. 3.1.11 Semua pertukaran alamat pengguna hendaklah dimaklumkan kepada pihak perpustakaan. 3.1.12 Penguna hendaklah berpakaian kemas yang sesuai mengikut Peraturan Am Politeknik.
146
3.2
Pinjaman Buku Perpustakaan Pengguna layak meminjam buku daripada koleksi pinjaman terhad. Cara meminjam adalah seperti berikut: 3.2.1
Koleksi Pinjaman Untuk meminjam buku-buku koleksi ini, pengguna hendaklah menulis nama dan bahagian (kakitangan), nombor pendaftaran (pelajar) pada kad buku yang terdapat di dalam buku yang hendak dipinjam. Serahkan buku, kad serta kad pinjaman perpustakaan kepada kakitangan di kaunter untuk diuruskan pinjaman tersebut.
3.2.2
Koleksi Pinjaman Terhad Untuk meminjam buku-buku dari koleksi ini, sama seperti pinjaman biasa cuma tempoh pinjaman lebih singkat.
3.2.3
Tempahan Pengguna boleh menempah buku-buku yang dipinjam oleh pengguna lain dengan mengisi borang tempahan. Pengguna akan diberitahu melalui papan kenyataan di perpustakaan.
3.2.4
Bilangan Buku Dan Tempoh Pinjaman Bagi kategori koleksi pinjaman sebanyak dua buah buku sahaja dalam tempoh 2 minggu manakala bagi kategori koleksi terhad adalah sebuah sahaja dan tempoh pinjaman adalah sehari.
3.3
Hal-hal lain 3.3.1
Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang barang persendirian yang diletak atau tertinggal di dalam/luar perpustakaan.
3.3.2
Petugas perpustakaan berhak mengarah sesiapa sahaja yang melanggar sebarang peraturan perpustakaan atau peraturan Politeknik untuk keluar dari perpustakaan.
3.3.3
Pihak perpustakaan berhak meminta pengguna memulangkan bahanbahan pinjaman walaupun belum tamat tempoh pinjamannya.
3.3.4
Penggunaan ruang perpustakaan untuk tujuan lain perlu mendapatkan kelulusan Politeknik.
3.3.5
Pertanyaan berkaitan dengan perpustakaan boleh dikemukakan kepada Pegawai Perpustakaan.
3.3.6
Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.
147
4.0
148
PERATURAN DAN TATATERTIB PEPERIKSAAN 4.1
Semua calon dinasihatkan berada di dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.
4.2
Calon-calon tidak dibenarkan masuk ke dewan/bilik peperiksaan sehingga diarahkan berbuat demikian.
4.3
Calon-calon hendaklah masuk dengan tertib mengikut pintu masuk yang telah ditetapkan.
4.4
Calon-calon yang sampai lewat lebih dari 30 minit tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan. Bagi calon yang hadir lewat kurang dari 30 minit, mereka dibenarkan menduduki peperiksaan tetapi waktu tamat bagi peperiksaan modul tersebut adalah sama dengan calon-calon lain.
4.5
Calon-calon adalah dilarang membawa masuk ke dewan/bilik peperiksaan apa jua barang atau dokumen yang tidak dibenarkan. Poket/sarung kalkulator juga tidak dibenarkan dibawa masuk.
4.6
Calon tidak dibenarkan membawa programmable calculator.
4.7
Setelah masuk ke dewan/bilik peperiksaan, semua calon dikehendaki duduk di tempat yang telah ditetapkan.
4.8
Semua calon dikehendaki membawa kad pengenalan dan kad pelajar. Kad pelajar hendaklah diletakkan di penjuru kanan meja masing-masing untuk diperiksa oleh Pengawas Peperiksaan. Calon-calon yang tidak membawa Kad Pelajar tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.
4.9
Seseorang pengawas boleh menahan seseorang calon daripada menduduki peperiksaan jika calon tidak membawa dokumen-dokumen pengenalan seperti kad pelajar, kad pengenalan dan lain-lain yang diperlukan.
4.10
Ketika menunggu kertas soalan diedarkan, atau jika telah diedarkan, calon-calon bolehlah mengisi apa jua maklumat yang dikehendaki di muka hadapan buku jawapan. Calon-calon adalah dilarang menulis nama, nombor pendaftaran atau apa jua tanda pengenalan peribadi pada kertas/buku jawapan tersebut. Caloncalon sama sekali tidak dibenarkan membuka mana-mana kertas soalan yang diedarkan sebelum dibenarkan berbuat demikian.
4.11
Calon-calon tidak dibenarkan bercakap atau berhubung dengan apa jua cara di antara satu sama lain pada masa peperiksaan sedang dijalankan.
4.12
Calon-calon hendaklah membaca dengan teliti dan mematuhi semua arahan yang dicetak pada soalan peperiksaan dan kulit buku kertas jawapan.
4.13
Calon-calon hendaklah memastikan bahawa mereka telah diberikan kertas soalan yang betul dan lengkap sebelum mula menjawab. Sekiranya ia mendapati telah diberikan kertas soalan yang salah, calon hendaklah dengan serta merta memberitahu Pengawas Peperiksaan yang bertugas.
4.14
Pada akhir peperiksaan calon-calon hendaklah memastikan buku/kertas jawapan mereka disusun dan diikat dengan sempurna mengikut arahan bersama-sama Slip Maklumat Calon sebelum menyerahkannya kepada Pengawas Peperiksaan.
4.15
Calon-calon tidak dibenarkan meninggalkan dewan/bilik peperiksaan dalam masa 30 minit selepas peperiksaan bermula dan 15 minit sebelum peperiksaan berakhir.
4.16
Calon-calon hendaklah duduk di tempat masing-masing selepas tamat peperiksaan dan hanya boleh keluar dewan/bilik peperiksaan selepas mendapat arahan dari Pengawas Peperiksaan.
4.17
Semasa keluar calon-calon tidak dibenarkan membawa keluar lebihan kertas jawapan.
4.18
Calon-calon yang melanggar peraturan peperiksaan boleh ditahan dari menduduki terus seluruh modul di dalam sesuatu peperiksaan yang diadakan.
Di dalam keadaan tertentu peraturan-peraturan di atas boleh diubahsuai mengikut budi bicara Pegawai Peperiksaan atau Pengarah. 5.0
PERATURAN DAN TATATERTIB LATIHAN INDUSTRI 5.1 Peraturan Politeknik Melaka masih berkuatkuasa kepada pelajar -pelajar yang sedang menjalani latihan industri. 5.2 Pelajar-pelajar juga terikat dengan segala arahan/ peraturan/ undang-undang jabatan/ syarikat semasa di tempat latihan.
6.0
7.0
PERATURAN DAN TATATERTIB BENGKEL / MAKMAL 6.1
Memakai baju bengkel Politeknik Melaka semasa menjalankan kerja-kerja di makmal/bengkel.
6.2
Menyimpan beg, fail dan barang-barang persendirian di tempat yang disediakan di dalam makmal/bengkel.
6.3
Tidak dibenarkan makan atau membawa makanan di dalam makmal/bengkel
6.4
Tidak dibenarkan menggunakan makmal/bengkel tanpa kebenaran pensyarah
6.5
Semua peralatan makmal /bengkel tidak boleh di bawa keluar
6.6
Semua peralatan makmal/bengkel yang digunakan dikehendaki simpan semua di tempat yang disediakan
6.7
Sebarang kerosakan terhadap peralatan makmal/bengkel yang dilakukan oleh pelajar perlu ditanggung oleh pelajar sendiri
6.8
Sebelum meninggalkan makmal atau bengkel pastikan semua suiz, lampu, penyaman udara telah dimatikan dan tingkap serta pintu dikunci.
PERATURAN DAN TATATERTIB MAKMAL KOMPUTER Pelajar-pelajar yang menggunakan Makmal Komputer adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan pada setiap masa. 7.1
Berpakaian kemas dan menutup aurat.
7.2
Seluar ‘jeans’ tidak dibenarkan.
7.3
Pakaian ketat dan menjolok mata tidak dibenarkan (perempuan).
7.4
Berambut pendek (lelaki).
149
7.5
T-shirt bergambar dan tulisan yang tidak sopan tidak dibenarkan.
7.6
Memakai tandanama dan meletakkan di tempat yang betul.
7.7
Disket dan fail sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke makmal komputer.
7.8
Selipar dan sandal tidak dibenarkan.
7.9
Makanan & minuman tidak dibenarkan.
7.10
Daftar nama sebelum menggunakan komputer.
7.11
Tuliskan nama dan no. Komputer yang digunakan.
7.12
Scan disket dahulu sebelum memulakan kerja.
7.13
Sila laporkan kerosakan kepada pegawai yang bertugas.
7.14
Jangan ubah setting/ konfigurasi komputer.
7.15
Pelajar mesti menjaga dengan baik semua perkakasan dalam makmal komputer.
7.16
Pelajar mesti tutupkan bekalan kuasa kepada komputer sebelum meninggalkan makmal.
7.17
Jangan membuat bising atau mengganggu pelajar yang lain.
7.18
Selepas tamat, sila lapor kepada pegawai yang bertugas.
7.19
Pelajar berikut boleh diambil tindakan dan ditahan daripada masuk dan menggunakan komputer ; 7.19.1 Melanggar peraturan makmal komputer. 7.19.2 Mengguna program (software) yang tidak dibenarkan. 7.19.3 Tidak hadir ke bilik komputer selepas membuat tempahan (2x)
8.0
PERATURAN DAN TATATERTIB DI RUMAH SEWA 8.1
150
PERATURAN AM 8.1.1
Pelajar hendaklah berkelakuan baik serta berhemah tinggi dan hendaklah sentiasa memelihara suasana harmoni di kawasan tempat tinggalnya. Membuat bising dengan apa cara sekalipun adalah dilarang.
8.1.2
Sebarang bunyian hendaklah dipasang atau dimainkan sekadar boleh didengar dan tidak menganggu jiran.
8.1.3
Pelajar hendaklah bertanggungjawab menjaga kebersihan tempat tinggalnya.
8.1.4
Berkelakuan sumbang, berkhalwat dan semua aktiviti yang membawa maksud yang sama, pada bila-bila masa dan tempat adalah dilarang.
8.1.5
Pelajar lelaki dan wanita yang belum berkahwin tidak dibenarkan tinggal dalam satu rumah.
8.1.6
Pelajar lelaki dan mana-mana orang lelaki dilarang memasuki atau dibawa masuk ke tempat tinggal pelajar wanita pada bila-bila masa.
8.1.7
Pelajar wanita dan mana-mana orang perempuan dilarang memasuki atau dibawa masuk ke tempat tinggal pelajar lelaki pada bila-bila masa.
8.1.8
Tiada seorang pelajar boleh memiliki/di bawah jagaannya/kawalannya apa-apa bahan lucah di tempat tinggalnya.
8.1.9
Tiada seorang pelajar boleh memiliki/di bawah jagaannya/kawalannya apa-apa jenis dadah, bahan beracun atau bahan yang memabukkan di tempat tinggalnya.
8.1.10 Berjudi dalam apa bentuk sekalipun adalah dilarang.
9.0
PANDUAN PENGGUNAAN KENDERAAAN DAN PERATURAN LALULINTAS 9.1
9.2
Kenderaan Rasmi Politeknik 9.1.1
Pelajar boleh menggunakan kenderaan politeknik bagi tujuan rasmi dengan memohon dan mendapatkan kelulusan daripada Pengarah;
9.1.2
Penggunaan kenderaan politeknik adalah dikehendaki menjaga kebersihan, kemudahan yang terdapat dalam kenderaan serta menjaga disiplin dan tingkahlaku.
Kenderaan Persendirian 9.2.1
Semua kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan oleh politeknik dan MPMBB dan disusun dengan teratur.
9.2.2
Hanya motosikal yang mempunyai pelekat politeknik sahaja dibenarkan meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan oleh politeknik.
9.2.3
Pihak politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan (termasuk topi keledar) yang rosak atau hilang.
9.2.4
Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik selamat untuk digunakan.
9.2.5
Pelajar yang menggunakan kenderaan bermotor perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut: a)
Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insurans yang sah.
b)
Mematuhi had laju yang ditetapkan.
c)
Menggunakan kenderaan bermotor yang tidak mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau diubahsuai.
d)
Memakai topi keledar semasa menunggang/membonceng motosikal.
e)
Memakai baju pantul cahaya semasa menunggang/ membonceng motosikal.
f)
Bertimbang rasa terhadap pejalan kaki.
151
g)
9.2.6 9.3
Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalanraya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan.
Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.
Hukuman Kesalahan Lalu Lintas Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalulintas boleh dikenakan hukuman secara pentadbiran.
10.0
11.0
HAL-HAL LAIN 10.1
Pelajar tidak boleh menghalang atau menahan mana-mana pegawai atau kakitangan PKM yang menjalankan tugas yang diberikan kepadanya oleh Pengarah PKM, untuk memasuki tempat tinggal pelajar.
10.2
Pelajar adalah dikehendaki menghadiri, mengikuti dan mengambil bahagian di dalam apa-apa perjumpaan, perhimpunan, ceramah, taklimat dan lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PKM dari masa ke semasa.
10.3
Pelajar dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej Politeknik ini samada di dalam atau di luar kampus Politeknik.
10.4
Pelajar dikehendaki menggunakan peti maklumbalas pelanggan yang disediakan untuk membuat sebarang cadangan ataupun aduan.
PELANGGARAN PERATURAN Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana perutukan peraturan ini boleh dikenakan tindakan berikut: 11.1.1 Tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh politeknik. 11.1.2 Kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan [(Kaedah 48, Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta174)]. “Hukuman Tatatertib “Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman–hukuman itu disatukan sekali: i.
Amaran;
ii.
Denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM 500.00);
iii. Penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan; iv. Penggantungan daripada mengikut kursus pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan; v.
152
Penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi;
“Hukuman Tatatertib “Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman–hukuman itu disatukan sekali: i.
Amaran;
ii.
Denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM 500.00);
iii. Penggantungan daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan; iv. Penggantungan daripada mengikut kursus pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan; v.
Penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi;
vi. Penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh yang ditentukan; vii.
Pembuangan daripada institusi, oleh pihak berkuasa tatatertib.
153
13. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
154
155
1) 2) 3) 4) 5)
156
Ahmad Syukri Bin Mohamed Yunus Mohd Firdaus Bin Mohd Noor Norraihan Binti mohd Aini Zahidi zamzuri Rafiudin Bin Rohani
ISI BORANG (DIRI SENDIRI ATAU MENCALONKAN ORANG LAIN ) HANTAR KE JABATAN HEPP
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN
KEM KEPIMPINAN JPP
SURUHANJAYA PILIHANRAYA PMK (PROSES SEMAKAN KELAYAKAN / POSTER CALON)
PILIHANRAYA (SEMUA PELAJAR TERMASUK SEMESTER 1 LAYAK MENGUNDI UNTUK MEMILIH WAKIL JABATAN MASING-MASING)
MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN
157
158
159
160