TERMA DAN SYARAT iQ OCBC Bank (Malaysia) Berhad / OCBC Al-Amin Bank Berhad (bermaksud “Bank”) akan memperuntukkan atau melanjutkan perkhidmatan perbankan yang dipertingkatkan dan/atau keistimewaan (“Perkhidmatan iQ”) kepada pelanggan yang layak (seperti didefinisikan di bawah) pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa. Perkhidmatan iQ boleh dinikmati dengan syarat bahawa Ahli memenuhi terma dan syarat ini dan apa-apa terma dan syarat lain yang mungkin ditambah atau diubah oleh Bank pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya.
1.
Definisi
1.1
Terma dan ungkapan berikut hendaklah mempunyai erti yang diperuntukkan kepadanya melainkan jika konteksnya menghendaki sebaliknya:
a)
"Pembayaran Auto iQ" bermaksud kebenaran bertulis oleh Ahli bagi pembayaran bil-bil (contohnya untuk utiliti, premium insurans / sumbangan takaful, pinjaman / pembiayaan dan sebagainya) yang akan didebitkan ke Akaun iQ pada sela masa yang dijadualkan yang diberi kuasa oleh Ahli dan diluluskan oleh Bank.
b)
"Perkhidmatan Elektronik" bermaksud perkhidmatan elektronik seperti yang ditakrif dalam Terma Bank bagi Perkhidmatan Elektronik dan termasuk segala perkhidmatan elektronik, telemetrik, digital, visual, video, atau perkhidmatan tambahan atau perkhidmatan baru yang disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.
c)
"Akaun iQ" bermaksud akaun semasa / akaun semasa-i yang dibuka di bawah Keahlian iQ ini.
d)
Pelanggan kini boleh memilih akaun simpanan sebagai akaun gaji di bawah Keahlian iQ
e)
"Kad ATM iQ" bermaksud kad elektronik yang dikeluarkan oleh Bank kepada Ahli bagi operasi Akaun iQ di mesin teler automatik ("ATM") Bank dan/atau lain-lain ATM sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa. Bagi Ahli-ahli bersama, Ahli Prinsipal yang dinamakan, sebagaimana yang ditakrifkan di sini, akan memegang Kad ATM Prinsipal iQ ("Kad ATM Prinsipal iQ") dan setiap Ahli bersama yang lain akan memegang Kad ATM tambahan iQ ("Kad ATM Tambahan iQ"). Bank mungkin dengan permintaan bertulis oleh Ahli Prinsipal membenarkan pengunaan Kad ATM Prinsipal iQ untuk mengakses akaun lain yang sedia ada dengan Bank. Pemegang Kad ATM Tambahan iQ tidak berhak untuk mengakses mana-mana akaun sedia ada Ahli Prinsipal. Kad ATM Prinsipal iQ dan Kad ATM Tambahan iQ secara kolektifnya dirujuk sebagai "Kad ATM iQ".
f)
Akaun dan Perkhidmatan Bank T&S Utama bermaksud Akaun dan Perkhidmatan Bank – Terma dan Syarat Utama
g)
iQ @work adalah jawapan kepada perbankan tempat kerja yang menawarkan perkhidmatan perbankan dengan kemudahan pembukaan akaun di tempat kerja pelanggan.
h)
"Skim Gaji Korporat iQ @work" bermaksud cadangan korporat yang telah diendorskan oleh syarikat-syarikat untuk membenarkan OCBC sebagai bank panelnya dalam pengkreditan gaji ke akaun kakitangan.
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
1 of 14
i)
"Perkhidmatan iQ" bermakna perkhidmatan perbankan dan/atau keistimewaan yang ditawarkan kepada Ahli, termasuk tetapi tidak terhad kepada Pembayaran Auto iQ dan sebarang perkhidmatan lain yang disediakan untuk Ahli dari semasa ke semasa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh Bank.
j)
"Ahli" bermaksud Pelanggan Bank yang memenuhi kriteria & kelayakan untuk menjadi Ahli iQ dan permohonan iQ mereka telah diluluskan oleh Bank. Untuk akaun bersama, salah satu daripada Ahli akan menjadi Ahli prinsipal ("Ahli Prinsipal").
k)
"Penyata bulanan" bermaksud mana-mana satu atau lebih penyata bulanan yang dikeluarkan oleh Bank kepada Ahli berhubung dengan Akaun iQ yang dibuka menurut terma dan syarat terkandung di sini.
l)
"Kumpulan OCBC” bermaksud Bank termasuk Syarikat-syarikat berkaitan, sebagaimana yang didefinisikan di bawah, atau syarikat induknya.
m)
"Syarikat-syarikat berkaitan" bermaksud syarikat yang berkaitan dengan Bank menurut seksyen 6 Akta Syarikat 1965.
2.
Pentafsiran
a)
Perkataan yang bermaksud tunggal hendaklah termasuk juga jamak dan sebaliknya. Perkataan yang bermaksud jantina maskulin hendaklah juga termasuk feminin dan jantina neuter dan sebaliknya.
b)
Tajuk di dalam Terma dan Syarat ini dimasukkan untuk kemudahan sahaja dan tidak boleh menjejaskan pembinaan Terma dan Syarat ini.
c)
Sebarang rujukan terhadap peruntukan mana-mana perundangan atau statut termasuk juga mana-mana perubahan berkanun atau enakmen semula.
d)
Mana-mana peruntukan, kebebasan, kuasa atau budi bicara yang mungkin dilaksanakan atau ditentukan oleh Bank dengan budi bicara mutlak Bank dan tidak terbatas pada bilabila masa dan dari semasa ke semasa dan Bank tidak mempunyai kewajipan untuk memberi apa-apa sebab untuk sedemikian.
e)
Di mana ada dua atau lebih orang yang terkandung dalam ekspresi "Ahli" atau "pemegang akaun": (i)
semua terma dan syarat yang dinyatakan atau yang dibuat oleh mana-mana Ahli atau pemegang akaun, hendaklah disifatkan sebagai dibuat oleh dan mengikat orang tersebut secara bersama atau berasingan; dan
(ii)
sebarang notis atau komunikasi yang diberikan oleh Bank kepada Ahli Prinsipal atau pemegang akaun Prinsipal adalah notis atau komunikasi yang mencukupi kepada semua Ahli; dan
(iii)
berkenaan dengan Akaun iQ/akaun simpanan, salah satu daripada pemegang bersama Akaun iQ/akaun simpanan boleh mengeluarkan arahan atau notis berkaitan dengan operasi Akaun iQ/akaun simpanan, termasuk penutupan Akaun iQ/akaun simpanan dan Bank berhak untuk bertindak ke atas dan bergantung kepada notis atau arahan tersebut tanpa sebarang pertanyaan; dan
(iv)
Bank tidak mempunyai kewajipan untuk mengeluarkan notis atau berkomunikasi
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
2 of 14
dengan atau bertindak atas arahan Ahli-ahli lain kecuali sebagaimana seperti yang diperuntukkan di sini. f)
Terma dan ungkapan yang digunakan di sini mempunyai maksud yang sama seperti yang digunakan dalam Akaun & Perkhidmatan Bank T&S Utama.
3.
Kelayakan Keahlian iQ
a)
Pelanggan mesti memenuhi kriteria berikut untuk layak mendaftar bagi Keahlian iQ: (i) (ii)
(iii)
Pelanggan mestilah berusia antara 18 hingga 65 tahun; dan Pelanggan mestilah seorang profesional atau bekerja sebagai eksekutif atau berjawatan pengurus atau ahli perniagaan sendiri atau pekerja korporat di bawah iQ @work; dan kriteria lain yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa. Bank berhak untuk mengubah kriteria kelayakan atas budi bicara mutlaknya.
b)
Bagi Ahli bersama, salah seorang daripada pelanggan mestilah memenuhi kriteria di atas. Keahlian bersama adalah terhad kepada tiga (3) pelanggan yang layak.
4.
Permohonan Keahlian iQ
a)
Pelanggan yang layak mesti melengkapkan Borang Permohonan Membuka Akaun iQ dan borang lain yang ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa.
b)
Bank berhak menolak permohonan Keahlian jika pelanggan tidak layak dan Bank berhak untuk tidak menyatakan sebab penolakkan permohonan tersebut.
c)
Jika dua (2) atau lebih pelanggan yang layak memohon untuk Keahlian bersama, mereka perlu memohon untuk Akaun bersama iQ/akaun simpanan di mana salah seorang daripada mereka merupakan pemegang akaun prinsipal dan yang lain merupakan pemegang akaun tambahan untuk Akaun bersama iQ/akaun simpanan. Pemegang akaun bersama tidak boleh melebihi tiga (3) orang.
d)
Jika permohonan keahlian pelanggan yang layak telah diterima oleh Bank, Bank akan memaklumkan kepada Ahli berkaitan pengesahan Keahlian dan pembukaan Akaun iQ/akaun simpanan. Kad ATM iQ dan buku cek akan dihantar secara berasingan kepada Ahli. Bagi Keahlian bersama, Akaun bersama iQ/akaun simpanan akan dibuka dan Kad ATM Prinsipal iQ akan dikeluarkan kepada pemegang akaun prinsipal dan Kad ATM Tambahan iQ dikeluarkan kepada Ahli-ahli lain.
e)
Bank akan mengeluarkan kata laluan atau TPIN(s) atau Kod Keselamatan lain kepada Ahli untuk mengakses Perkhidmatan Elektronik bagi urusan perbankan dan perkhidmatan disediakan sebagai Ahli iQ. Bagi Ahli bersama, setiap Ahli akan menerima kata laluan atau TPIN atau Kod Keselamatan yang lain secara berasingan.
f)
Bank berhak untuk mengenakan bayaran dan Ahli akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum sebarang bayaran dikenakan.
5.
Manfaat iQ
a)
Manfaat Keahlian iQ termasuk:
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
3 of 14
(i) (ii) (iii) (iv)
(v) (vi)
akaun semasa / akaun semasa-i dengan buku cek (jika berkenaan) (Akaun iQ) atau akaun simpanan; dan kad untuk transaksi ATM (Kad ATM iQ); dan Pembayaran Auto iQ yang merangkumi perkhidmatan pembayaran bil; dan pengalaman perbankan remote - akses kepada Perkhidmatan Elektronik untuk perbankan transaksi dan akses kepada kumpulan perkhidmatan mudah alih iQ (diguna pakai untuk pelanggan iQ@work sahaja); dan keistimewaan kewangan dan bukan kewangan yang dipakej oleh Bank dan Syarikat berkaitan untuk Ahli; dan keistimewaan yang ditawarkan oleh rakan niaga atau pedagang luar serta manfaat dan perkhidmatan lain yang mungkin ditawarkan oleh Bank kepada Ahli dari semasa ke semasa.
b)
Bank berhak untuk mengubah, menggantung, menarik balik atau menamatkan manamana atau kesemua perkhidmatan iQ tanpa memberikan sebarang sebab.
c)
Ahli adalah terikat dengan terma dan syarat lazim produk perbankan, perkhidmatan, pelaburan dan keistimewaan; di samping terma dan syarat yang terkandung di sini.
6.
Akaun iQ
a)
Semua Ahli dikehendaki membuka Akaun iQ dengan Bank. Bagi Ahli bersama, mereka dikehendaki membuka Akaun bersama iQ dengan Bank.
b)
Bagi pemegang akaun bersama, salah seorang daripada pemegang akaun akan menjadi pemegang akaun Prinsipal manakala yang lain merupakan pemegang akaun tambahan. Pemegang-pemegang akaun bersama bersetuju bahawa salah seorang daripada pemegang akaun diberi mandat untuk mengendalikan akaun. Jumlah maksima pemegang akaun bersama adalah terhad kepada tiga (3) orang.
c)
Apabila Akaun iQ dipegang oleh lebih daripada satu (1) orang, maka akaun tersebut disifatkan sebagai dimiliki secara benefisial oleh semua pemegang akaun itu secara bersama dengan hak kepenakatan.
d)
Akaun iQ dan Kad ATM iQ akan ditamatkan apabila Bank menerima notis kematian atau ketidakupayaan Ahli Prinsipal dan hak kepenakatan akan diguna pakai. Bank berhak membayar sebarang baki kredit ke dalam Akaun iQ kepada pemegang yang masih hidup dan sekiranya terdapat lebih daripada satu pemegang yang masih hidup seperti dinyatakan dalam akaun bersama dengan syarat bahawa Bank berhak menolak dan menyelesaikan sebarang hutang mana-mana Ahli bersama di bawah mana-mana akaun Bank dan/atau dengan mana-mana syarikat dalam Kumpulan OCBC sebelum membuat pembayaran. Selepas kematian atau ketidakupayaan mana-mana Ahli yang lain, Bank berhak untuk menamatkan Akaun iQ atau kad ATM iQ yang dipegang oleh ahli bersama yang lain.
e)
Akaun iQ merupakan akaun semasa / akaun semasa-i dengan buku cek (jika berkenaan)
f)
Ahli bersetuju untuk membayar sebarang yuran, komisen atau caj bagi perkhidmatan Akaun iQ atau mana-mana perkhidmatan yang dilanggan di bawah iQ. Yuran tersebut
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
4 of 14
akan ditentukan dan mungkin diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dan akan didebitkan kepada Akaun iQ pada masa yang ditetapkan dan tidak akan dikembalikan. g)
Perkhidmatan iQ yang akan ditawarkan atau diperkenalkan oleh Bank dari semasa ke semasa, adalah disediakan kepada Ahli bergantung pada kategori atau kelas yang dilanggan oleh Ahli, dengan mengambil kira bayaran yuran yang ditetapkan dan diubah oleh Bank dari semasa ke semasa.
h)
Terma dan Syarat lazim Akaun dan Perkhidmatan Bank yang sedia ada hendaklah diguna pakai pada Akaun iQ.
7.
Kad ATM iQ
a.
Setiap Ahli akan diberikan Kad ATM iQ yang merupakan kad dengan ciri ATM.
b)
Bagi Ahli bersama, Kad ATM Prinsipal iQ akan diberikan kepada Ahli Prinsipal dan Kad ATM Tambahan iQ akan diberikan kepada ahli-ahli bersama yang lain. Kedua-dua Kad ATM Prinsipal iQ dan kad ATM Tambahan iQ mempunyai ciri-ciri ATM.
c)
Bank boleh mengenakan bayaran untuk sebarang kad gantian dengan kadar yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa. Pemegang Kad harus memberitahu Bank dengan segera terhadap sebarang perubahan alamat atau kehilangan atau kecurian kad.
d)
(i)
Bagi Keahlian perseorangan: Ahli boleh menamatkan atau membatalkan Kad ATM iQ dengan memberi notis bertulis kepada cawangan-cawangan Bank pada bila-bila masa dengan penyerahan borang penamatan.
(ii)
Untuk Keahlian bersama: Penamatan:
(1)
Kad ATM Prinsipal iQ oleh Ahli Prinsipal serta merta menamatkan Kad ATM Tambahan iQ ; dan
(2)
Kad ATM Tambahan iQ oleh salah satu Ahli bersama tidak menamatkan Kad ATM Prinsipal iQ dan Kad ATM Tambahan iQ yang lain.
e)
Bank berhak, sebagaimana disifatkan jika perlu, menggantung atau menamatkan penggunaan Kad oleh mana-mana Pemegang kad tanpa memberikan sebarang sebab untuk berbuat sedemikian.
f)
Penggunaan Kad adalah dikawal oleh Akaun & Perkhidmatan Bank T&S Utama yang sedia ada dan undang-undang dan peraturan-peraturan lain yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa.
g)
Sekiranya Ahli membantah atau tidak menerima mana-mana terma atau syarat atau perubahan berikutnya, Ahli mestilah dengan serta-merta menghentikan penggunaan Kad, dan menamatkan Akaun iQ.
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
5 of 14
h)
Kad masih kekal hak milik Bank pada setiap masa dan harus dikembalikan kepada Bank atas permintaan Bank.
8.
Pembayaran Auto iQ
a)
Pembayaran Auto iQ adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank kepada Ahli (yang membayar yuran yang berkenaan) di mana Ahli boleh memilih untuk deposit atau meremit atau memindah sejumlah wang ke dalam Akaun iQ setiap bulan dan memberi kuasa kepada Bank untuk membayar bil-bil peribadi atau pembayaran utiliti, bayaran ansuran pinjaman / pembiayaan atau sebarang bayaran berkala lain atau bayaran berulang (selepas ini dirujuk sebagai "Bil/Bayaran Lain") dari Akaun iQ apabila dibayar untuk pembayaran yang dilaksanakan melalui sistem GIRO Antara Bank (selepas ini dirujuk sebagai "GIRO") yang diuruskan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear).
b)
Ahli perlu melengkapkan Arahan Pembayaran Bil/Bayaran Lain di Borang Permohonan untuk mendaftarkan Bil/Bayaran Lain dengan Bank untuk membolehkan Bank melaksanakan pembayaran. Di samping terma ini, penggunaan Pembayaran Auto iQ tertakluk kepada Akaun & Perkhidmatan Bank - T&S Utama serta peraturan-peraturan lain untuk GIRO Bil/Bayaran Lain dan juga syarat-syarat atau peraturan yang dikeluarkan oleh Bank dari semasa ke semasa. Jika Ahli membayar yuran berkenaan (tidak termasuk peruntukan Pembayaran Auto iQ atau perkhidmatan lain yang disediakan), Ahli boleh mengakses Perkhidmatan Elektronik dengan sendiri untuk membuat sebarang transaksi perbankan (termasuk arahan pemindahan kepada Bank tanpa had, pindahan dana, bayaran bil).
c)
Bank memerlukan sekurang-kurangnya lapan (8) minggu untuk memproses permohonan Bil/Bayaran Lain. Ahli hendaklah mengurus sendiri Bil/Bayaran Lain kepada organisasiorganisasi yang terlibat sementara menunggu kelulusan Bank terhadap permohonan Bil/Bayaran Lain. Jika pembayaran kepada organisasi pengebilan Bil/Bayaran Lain melibatkan jumlah yang tidak tetap atau berubah dari bulan ke bulan, Bank hanya akan meluluskan permohonan Bil/Bayaran Lain kepada organisasi pengebilan tersebut selepas Bank memperolehi pengesahan butir-butir dan jumlah bayaran urusniaga transaksi GIRO daripada organisasi pengebilan berkenaan.
d)
Ahli yang melanggan Pembayaran Auto iQ akan mempunyai akses untuk melihat Penyata E-Cashflow melalui internet, di mana Penyata E-Cashflow memberikan gambaran keseluruhan aliran masuk tunai dan aliran keluar tunai dalam Akaun iQ pada setiap bulan atau pada selang masa lain yang ditentukan oleh Bank.
e)
Caj perkhidmatan bulanan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa akan dikenakan untuk langganan Pembayaran Auto iQ. Amaun tersebut akan didebit daripada Akaun iQ Ahli.
f)
Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh sebarang kegagalan untuk menerima atau bertindak pada, atau membuat pembayaran pada bila-bila masa atau tepat pada masanya, atau sebarang kesilapan atau kelewatan atau keingkaran bertindak ke atas arahan yang diberi oleh Ahli untuk mengkredit atau mendebit sebarang amaun dengan atau menurut susunan GIRO
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
6 of 14
yang melibatkan Bil/Bayaran Lain atau kegagalan untuk menamatkan susunan GIRO yang sedia ada dengan mana-mana bank lain atau sebarang tuntutan yang dibuat terhadap Bank oleh mana-mana pihak. g)
Pada setiap masa dalam tempoh langganan Pembayaran Auto iQ, Ahli mesti memastikan terdapat jumlah amaun yang mencukupi dalam Akaun iQ dan had kad kredit yang mencukupi untuk pembayaran Bil/Bayaran Lain dan bahawa Akaun iQ beliau dan/atau had kad kredit yang mencukupi dan tidak ditamatkan atau digantung perkhidmatan.
h)
Tanpa menjejaskan seksyen 8(c), Bank tidak akan bertanggungjawab untuk membuat semua atau mana-mana pembayaran Bil/Bayaran Lain daripada Akaun iQ jika Akaun iQ tidak mempunyai dana yang mencukupi atau Akaun iQ telah ditamatkan atau digantung atas apa jua sebab. Oleh sebab ini, Ahli hendaklah bertanggungjawab untuk membuat bayaran untuk Bil/Bayaran Lain. Bank tidak diwajibkan untuk memberitahu Ahli tentang jumlah yang tidak mencukupi dalam Akaun iQ dan mengenai semua atau mana-mana bayaran yang tidak dibuat.
i)
Jika Akaun iQ tidak mempunyai dana yang mencukupi atau had kad kredit yang tidak mencukupi untuk Bank membuat pembayaran kepada semua atau mana-mana Bil/Bayaran Lain, Bank atas budi bicara mutlaknya boleh memilih untuk tidak membuat bayaran kepada semua atau mana-mana Bil/Bayaran Lain atau Bank atas budi bicara mutlaknya boleh menentukan susunan keutamaan bayaran Bil/Bayaran Lain. Dalam keadaan sedemikian, Ahli hendaklah bertanggungjawab untuk membuat bayaran bagi mana-mana Bil/Bayaran Lain yang belum dibayar.
j)
Arahan pembayaran untuk Bil/Bayaran Lain akan terus berkuatkuasa walaupun kematian atau kebankrapan Ahli atau penamatan perjanjian susunan antara Ahli dengan rakan niaga atau benefisiari bayaran Bil/Bayaran Lain ("Penamatan Bayaran") sehingga notis bertulis diterima oleh Bank tentang kematian atau kebankrapan Ahli atau Penamatan Bayaran.
k)
Ahli akan menanggung rugi Bank untuk semua kerugian, kos, ganti rugi, perbelanjaan, tuntutan dan permintaan yang dihadapi oleh Bank hasil daripada peruntukan Pembayaran Auto iQ. Tuntutan ini akan terus kekal walaupun penamatan Pembayaran Auto iQ oleh Bank atau Ahli.
l)
Bank tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas sebarang tindakan atau pengecualian oleh organisasi pengebilan atau benefisiari bayaran Bil/Bayaran Lain atau sebarang kecacatan atau kekurangan dalam perkhidmatan yang diberikan oleh pihak organisasi pengebilan atau benefisiari bayaran Bil/Bayaran Lain tersebut. Sebarang pertikaian atau aduan oleh Ahli ke atas organisasi pengebilan atau benefisiari bayaran Bil/Bayaran Lain hendaklah diselesaikan secara terus dengan organisasi pengebilan atau benefisiari bayaran Bil/Bayaran Lain tersebut dengan kos dan perbelanjaan yang ditanggung secara penuh oleh Ahli. Tiada tuntutan boleh dibuat terhadap Bank.
m)
Pembayaran Auto iQ boleh ditamatkan oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dan sekalipun tanpa liabiliti kepada Ahli dan tanpa memberikan sebarang alasan. Ahli boleh menamatkan langganan Pembayaran Auto iQ dengan memberi notis bertulis satu bulan
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
7 of 14
terlebih dahulu kepada Bank. Bagi mengelakkan keraguan, penamatan Pembayaran Auto iQ tidak akan menamatkan Akaun iQ.
9.
Perkhidmatan Elektronik dan Perkhidmatan iQ
a)
Ahli akan mempunyai akses kepada Perkhidmatan Elektronik untuk melaksanakan transaksi perbankan (termasuk tanpa had transmisi arahan kepada Bank, pindahan dana, pembayaran bil). Untuk perkhidmatan lain yang disediakan dibawah Keahlian (termasuk tanpa had Bayaran Auto iQ), Bank atas budi bicara mutlaknya boleh melanjutkan perkhidmatan tersebut kepada Ahli yang membayar yuran atau caj perkhidmatan yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa.
b)
Ahli iQ@work juga mempunyai akses kepada kumpulan perkhidmatan mudah alih iQ untuk perbankan dan perkhidmatan kewangan peribadi.
c)
Penggunaan Kad ATM iQ untuk Perkhidmatan Elektronik dikawal oleh Akaun & Perkhidmatan Bank - T&S Utama yang sedia ada serta undang-undang dan peraturanperaturan lain yang dikeluarkan oleh Bank dari semasa ke semasa.
10.
Keistimewaan
a)
Bank boleh memberikan keistimewaan selektif atau mengadakan program untuk Ahlinya secara eksklusif atau sebaliknya dari masa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya.
b)
Keistimewaan atau program tersebut akan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan oleh Bank.
11.
Penyata atau Rekod Akaun
a)
Penyata untuk Akaun iQ akan diberikan sebulan sekali atau mengikut masa tertentu yang ditetapkan oleh Bank.
b)
Penyata Akaun iQ akan disediakan kepada Ahli untuk meneliti secara eksklusif melalui internet pada hari kedua atau hari seterusnya setiap bulan seperti mana yang ditentukan oleh Bank.
c)
Rekod Bank bagi transaksi akaun Ahli dengan Bank adalah terakhir dan muktamad dan mengikat Pelanggan bagi semua tujuan, jika tiada kesilapan yang nyata.
d)
Ahli dikehendaki mengesahkan semua catatan dalam apa-apa penyata atau rekod yang dikeluarkan oleh Bank melalui internet dan memaklumkan kepada Bank secara bertulis (atau cara lain yang dibenarkan oleh Bank) mengenai sebarang kesilapan atau percanggahan dalam penyata atau rekod dalam tempoh 14 hari (atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Bank) dari tarikh penyata atau rekod itu. Sekiranya Bank tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh masa yang ditetapkan, catatan dalam penyata atau rekod itu akan disifatkan betul, mengikat, terakhir dan muktamad.
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
8 of 14
e)
Sebaik menerima notis daripada Ahli dalam tempoh yang ditetapkan, Bank hendaklah meneliti akaun yang berkaitan untuk membuat pelarasan dan pembetulan, sekiranya ada. Sebarang wang yang harus dibayar kepada atau daripada Ahli akan dikreditkan atau didebitkan dari akaun yang berkaitan. Walaupun selepas penerimaan penyata atau rekod oleh Ahli, Bank berhak untuk mengembalikan sebarang catatan yang terkandung dalamnya pada bila-bila masa jika ada kesilapan dalam catatan itu.
12.
Penamatan dan Pembaharuan
a)
Bank boleh, mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberi notis kepada Ahli atas sebarang sebab menggantung atau menamatkan Akaun iQ/akaun simpanan dan Kad ATM iQ tanpa memberikan sebarang sebab.
b)
Bank boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, menggantung atau menamatkan Keahlian iQ dan semua akaun dan kad dikeluarkan di bawahnya jika: (i) Ahli, atau dalam kes Ahli Bersama, mana-mana Ahli menutup semua akaun dengan Bank, termasuk Akaun iQ/akaun simpanan, dan membatalkan semua kemudahan dengan Bank; atau (ii) Ahli menamatkan Kad ATM iQ dalam cara yang dinyatakan di bawah seksyen 7 (e) di atas; atau (iii) mana-mana atau semua kemudahan kredit / pembiayaan Ahli, atau dalam kes Ahli Bersama, mana-mana Ahli Bersama dengan Bank menjadi pinjaman / pembiayaan tidak berbayar, atau (iv) Ahli Prinsipal meninggal dunia, diisytiharkan muflis atau bankrap; atau (v) Ahli, atau dalam kes Ahli Bersama, mana-mana ahli melanggar mana-mana terma dan syarat di sini atau Akaun & Perkhidmatan Bank – T&S Utama atau mana-mana terma dan syarat sedia ada produk perbankan, perkhidmatan, pelaburan dan keistimewa; atau (vi) Ahli, atau dalam kes Ahli Bersama, mana-mana Ahli Bersama melanggar manamana perjanjian lain sama ada atau tidak berkaitan dengan kemudahan kredit / pembiayaan dengan Bank atau mana-mana institusi kewangan lain; (vii) atas permintaan Ahli, atau dalam kes Ahli Bersama, mana-mana Ahli.
c)
Kesan Penamatan (i) (ii)
Bank dengan seberapa segera yang praktikal secara munasabah akan membatalkan Kad ATM iQ; dan Akaun iQ akan ditutup dan Pembayaran Auto iQ akan terhenti.
d)
Bank berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk menamatkan kesemua atau sebahagian daripada Manfaat Ahli pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab.
13.
Tanggung Rugi
a)
Ahli adalah bertanggungan bagi apa-apa tanggung rugi Bank terhadap apa-apa tuntutan, prosiding, kerugian, kerosakan dan kos (termasuk kos guaman peguamcara dengan klien sendiri) yang dikenakan dan/atau ditanggung oleh Bank yang timbul daripada penerimaan apa-apa arahan yang diberikan oleh Ahli kepada Bank atau akibat daripada pelanggaran mana-mana Terma dan Syarat ini oleh Ahli.
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
9 of 14
b)
Liabiliti Ahli hendaklah liabiliti berterusan dan akan kekal dalam kuasa dan sepenuhnya sehingga dilepaskan sepenuhnya.
13A.
Perwakilan dan Waranti Ahli Ahli mewakili dan memberi waranti kepada Bank bahawa Akaun iQ/akaun simpanan dan Perkhidmatan iQ tersebut hendaklah tidak digunakan sebagai saluran kepada pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan dan Ahli hendaklah dengan sertamerta memberitahu Bank sekiranya Ahli mengesyaki bahawa wang yang dikreditkan ke dalam Akaun iQ/akaun simpanan tersebut adalah hasil dari aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang. Ahli hendaklah pada setiap masa mematuhi semua undangundang dan peraturan (termasuk undang-undang dan peraturan pentadbiran pertukaran wangasing, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Activiti Haram 2001 dan undang-undang cukai) dalam bidang kuasa yang mengikat dan terpakai kepada Ahli.
13B. a)
Penzahiran Tertakluk kepada arahan yang dibuat secara nyata oleh Ahli (jika ada) untuk melarang penzahiran, Ahli memberi keizinan yang tidak boleh ditarik balik dan memberi kuasa kepada Bank dan pegawai-pegawainya untuk menzahirkan data peribadi Ahli, butiran akaun dan hubungan dengan Bank, terma-terma persetujuan kepada golongan orang-orang seperti berikut: i. pemeroses data atau pembekal-pembekal perkhidmatan Bank, di dalam dan di luar Malaysia, dilantik bagi menjalankan fungsi dan aktiviti-aktiviti Bank; ii. syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Bank menurut Seksyen 6 Akta Syarikat 1965 di dalam dan di luar Malaysia atau mana-mana syarikat yang bersekutu dengan Bank atau dengan syarikat induknya (Bank bersama-sama dengan syarikat yang bersekutu dan berkaitan yang disebut sebelum ini secara kolektif dirujuk sebagai "Kumpulan OCBC") dan penerima serah hak dan pengganti hak milik mereka; iii. badan-badan kawalan selia, agensi kerajaan, pihak berkuasa cukai, pihak polis, badanbadan penguat kuasa undang-undang dan mahkamah, kedua-dua di dalam dan di luar Malaysia termasuk menurut Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing Amerika Syarikat; iv. bank-bank atau institusi-institusi kewangan lain termasuk Cagamas Berhad, Credit Guarantee Corporation (Malaysia) Berhad, penginsurans gadai janji / pengendali takaful dan mana-mana syarikat insurans semula / pengendali takaful semula (dalam dan luar negara); v. Sistem Maklumat Cek Tak Laku, biro kredit, agensi maklumat rujukan kredit dan perbadanan yang ditubuhkan untuk maksud mengumpul dan menbekalkan maklumat kredit; vi. mana-mana orang yang telah atau akan memberi cagaran jaminan atau yang berhasrat untuk melunaskan liabiliti Ahli di bawah mana-mana Akaun atau Perkhidmatan; vii. agen pengutip hutang, peguam, penjaga dan syarikat-syarikat penerima namaan; viii. agen-agen yang diberi kuasa oleh Ahli, wasi, pentadbir dan wakil sah; ix. penerima serah hak, pembeli, bakal-bakal penerima serah hak atau pembeli dan pengganti hak milik Bank; dan x. mana-mana orang atau badan yang mana Bank dikehendaki oleh mana-mana undangundang atau dibenarkan oleh undang-undang untuk membuat penzahiran.
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
10 of 14
b)
Ahli secara muktamad memberi keizinan yang tidak boleh ditarik balik dan memberi kuasa kepada Bank bagi menjalankan pemeriksaan kredit dan pengesahan maklumat yang diberikan oleh Ahli kepada Bank dengan mana-mana pihak (meliputi tidak terhad kepada mana-mana biro kredit, organisasi atau perbadanan yang ditubuhkan bagi tujuan mengumpul dan menyediakan maklutmat kredit atau apa-apa maklumat lain). Ahli secara muktamad memberi keizinan kepada agensi pelaporan kredit berkenaan (sebagaimana yang didefinasikan di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit, 2010) ("APK") yang mana Bank menjalankan pemeriksaan kredit untuk menzahirkan maklumat/laporan kredit Ahli kepada Bank untuk tujuan permohonan membuka Akaun iQ dan Perkhidmatan iQ dan mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan termasuk produk dan perkhidmatan lain untuk pengurusan risiko dan semakan. Bank dengan ini diberi kuasa tanpa obligasi untuk menyampaikan keizinan Ahli dan tujuan penzahiran tersebut kepada agensi pelaporan kredit berkenaan. c)
(i)
(ii)
14.
Ahli mengakui telah membaca Polisi Privasi Bank yang dipaparkan di laman web Bank yang memaklumkan kepadanya bahawa (i) Bank boleh mengambil data peribadinya terus daripadanya atau dari sumber pihak ketiga; (ii) maksud yang baginya data peribadinya itu sedang dikumpulkan; (iii) haknya untuk mengakses dan membuat pembetulan ke atas data peribadinya; (iv) golongan pihak ketiga yang kepadanya Bank boleh menzahirkan data peribadinya itu; (v) pilihan dan cara yang dia ada untuk mengehadkan pemprosesan data peribadinya; (vi) samaada data peribadi yang diminta adalah wajib atau sukarela, dan sekiranya wajib, akibat-akibatnya jika tidak menberikan data peribadi itu; (vii) untuk mengemaskinikan data peribadinya sebalik sahaja berlaku perubahan; dan (viii) bagaimana untuk dia menghubungi Bank untuk membuat apa-apa pertanyaan atau memberi maklumbalas. Tertakluk kepada arahan jelas Pelanggan (sekiranya ada) untuk mengehadkan pendedahan, persetujuan terhadap pendedahan Bank berkenaan data peribadi Pelanggan (terhad kepada nama dan maklumat hubungan) kepada organisasiorganisai (dalam atau luar Malaysia) yang mana adalah pihak yang berkaitan atau bersekutu dengan Bank, untuk tujuan pemasaran terus produk dan perkhidmatan daripada organisasi-organisasi ini. Pelanggan boleh pada bila-bila masa menarik balik persetujuan untuk pemasaran terus produk atau perkhidmatan yang tersebut dengan memberikan arahan bertulis kepada Bank.
Force Majeure Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan Terma dan Syarat ini yang menghadkan atau penolakan liabiliti, Bank tidak bertanggjawab ke atas sebarang kelewatan atau kegagalan prestasi yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada sebabsebab di luar kawalan yang munasabah, termasuk, tanpa had, kegagalan internet, kegagalan kuasa, kegagalan komputer, telekomunikasi atau kelengkapan lain, mogok, pertikaian buruh, rusuhan, pemberontakan, gangguan awam, kekurangan buruh atau bahan, kebakaran, banjir, ribut, letupan, bencana alam, peperangan, tindakan kerajaan, perintah mahkamah domestik atau asing, ketiadaan prestasi daripada pihak ketiga.
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
11 of 14
15.
Tiada Penepian Kegagalan atau pengabaian oleh Bank untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan pada bila-bila masa tidak boleh ditafsirkan atau tidak boleh dianggap untuk menjadi satu penepian hak Bank atau dalam apa-apa cara menjejaskan kesahihan keseluruhan atau mana-mana bahagian Terma & Syarat iQ ini dan tidak menjejaskan hak Bank untuk mengambil tindakan seterusnya.
16.
Penyerahan Manfaat Ahli iQ tidak boleh diserah hak tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu dari pihak bank.
17.
Keberasingan Sekiranya mana-mana bahagian daripada Terma dan Syarat iQ ini ditentukan oleh mana-mana pihak berkuasa berwibawa sebagai tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh diteruskan sehingga mana-mana tahap, maka terma, syarat atau peruntukan tersebut akan diasingkan daripada Terma dan Syarat iQ ini yang mana Terma dan Syarat selebihnya akan terus menjadi sah dan berkuatkuasa sepenuhnya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
18.
Undang-undang dan Bidang Kuasa Terma dan Syarat ini adalah dikawal dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan terma dan syarat adalah tertakluk kepada bidang kuasa mahkamah Malaysia.
19.
Arahan dan Notis
a)
Arahan dan Notis dari Ahli
(i)
Semua notis yang diberikan oleh Ahli kepada Bank mestilah dihantar ke alamat berikut sama ada melalui pos, kurier, faks atau cara lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Bank dan notis tersebut akan dianggap telah diterima apabila Bank memperakui penerimaan notis tersebut: Bahagian Branch Distribution and Premier Banking Level 16, Menara OCBC 18 Jalan Tun Perak 50050 Kuala Lumpur Faks: (03) 2692 1646 E-mel:
[email protected]
(ii)
Bank berhak untuk bergantung pada dan bertindak atas arahan Ahli, sama ada disampaikan secara lisan atau bertulis sama ada diberikan melalui telefon, pos, faks atau cara elektronik lain. Tanpa prejudis kepada keumumam mana-mana peruntukan di dalam terma dan syarat di sini, kecuali arahan dan notis berkaitan dengan kad kredit, Bank berhak bertindak ke atas sebarang arahan dan notis daripada Ahli seperti yang dimandatkan oleh Akaun iQ/akaun simpanan, sama ada atau tidak berdasarkan pada tandatangan yang dikemukakan kepada Bank, dengan merujuk kepada nama dan tandatangan yang difailkan dengan Bank, sebagai tandatangan:
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
12 of 14
(1) (2)
Ahli; atau Mana-mana orang yang dibenarkan oleh Ahli untuk mengeluarkan apa-apa notis sekali pun atau arahan bagi pihak Ahli.
tanpa persoalan dari pihak Bank identiti orang yang memberi notis atau berupa memberi notis atau arahan tersebut atau mengenai kesahihan notis dan apa-apa arahan walaupun ia kemudiannya ditunjukkan bahawa yang sama tidak diberikan oleh atau bagi pihak Ahli. Hak Bank di bawah terma dan syarat ini tidak akan terjejas oleh sebarang penyalahgunaan atau penggunaan komunikasi sedemikian yang tidak dibenarkan. Risiko notis dan arahan tersebut yang diberikan oleh orang yang tidak dibenarkan, sebarang kesalahfahaman atau kesilapan, kerugian atau kelewatan akibat penggunaan telefon, pos, faks atau cara elektronik lain merupakan risiko sepenuhnya Ahli dan Ahli adalah bertanggungan bagi apa-apa tanggung rugi Bank untuk semua kerugian, kerosakan, tuntutan, permintaan, kos dan semua liabiliti lain yang mungkin dikenakan atau mengalami akibat menerima dan bertindakan ke atas arahan tersebut. (iii)
Tertakluk kepada seksyen 19(a)(i) di atas, Ahli hendaklah segera memaklumkan kepada Bank mana-mana perubahan yang mungkin secara langsung atau tidak langsung menjejaskan operasi Akaun iQ/akaun simpanan dan kad yang dikeluarkan di bawahnya termasuk tetapi tidak terhad kepada perubahan nama, alamat, status pemastautin, tandatangan yang dibenarkan/Pengguna yang dibenarkan atau butir-butir lain Ahli atau akaun dengan memberi notis bertulis kepada Bank, jikalau Ahli gagal berbuat demikian, Bank berhak untuk bergantung kepada butiran terakhir yang diketahui yang didaftar dengan Bank. Di mana Ahli mengarah Bank untuk menukar mana-mana butir atau mengubah mana-mana arahan dengan segera, (termasuk penutupan akaun atau penamatan perkhidmatan iQ atau mana-mana bahagiannya) Bank akan melaksanakan arahan tersebut sekurang-kurangnya tiga (3) Hari Perniagaan (atau sebarang tempoh masa yang lain seperti yang mungkin ditetapkan Bank) atau seberapa segera yang praktik selepas penerimaan notis tersebut, di mana notis bertulis tersebut hendaklah dihantar ke alamat yang dinyatakan di Seksyen 19(a)(i) di atas.
(iv)
Dalam mana-mana keadaan berikut:(1)
(2)
(3)
Jika terdapat sebarang arahan/perubahan arahan atau pembatalan arahan yang diterima oleh Bank, di mana pihak berkuasa Bank dengan niat yang baik meragui kebenarannya; atau Di mana terdapat perubahan dalam nama Ahli sama ada disebabkan oleh persaraan, perletakan jawatan, ketidakupayaan, kebankrapan atau sebaliknya; atau Di mana atas pendapat tunggal Bank terdapat percanggahan berhubung dengan mana-mana Akaun di bawah keahlian iQ
Bank boleh meletakkan sekatan ke atas akaun (akaun-akaun) di bawah keahlian iQ sehingga Bank menerima arahan bertulis daripada semua pemegang akaun dimana atas pendapat tunggal Bank yang mempunyai kuasa yang sah di sisi undang-undang untuk memberi arahan ke atas akaun (akaun-akaun) tersebut ataupun menutup akaun (akaunakaun) tersebut.
b)
Notis daripada Bank
(i)
Atas budi bicara mutlak Bank, Bank boleh memberi sebarang komunikasi atau notis kepada Ahli melalui apa-apa cara atau kaedah yang dianggap sesuai oleh Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada pos, pemberitahuan dalam media massa, dengan mengepos notis tersebut ke cawangan Bank, dengan memasukkan notis ke dalam penyata akaun berkala, melalui transmisi elektronik (termasuk melalui faks, telefon bimbit,
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
13 of 14
peranti lain atau internet) atau dengan mengepos di laman web Bank atau di ATM atau terminal lain di bawah kawalan Bank. (ii)
Notis atau komunikasi sedemikian daripada Bank:(1)
(2)
(3)
sekiranya dihantar melalui pos atau pengiriman atau kurier hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada Ahli sekiranya dialamatkan kepada Ahli di alamat yang didaftarkan dengan Bank dan perkhidmatan hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat:1.1 dalam tempoh (3) tiga hari selepas pengeposan sekiranya dihantar di Malaysia dan dalam tempoh (5) lima hari selepas pengeposan sekiranya dihantar keluar Malaysia; atau 1.2 diserahkan pada hari yang sama di alamat Ahli yang didaftarkan dengan Bank sekiranya melalui perkhidmatan pengiriman atau kurier; atau sekiranya dihantar melalui komunikasi elektronik (termasuk melalui faks, telefon bimbit, peranti lain atau internet), hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada Ahli dengan menghantar atau menghantar kepada nombor faks, telefon bimbit/nombor peranti, internet atau alamat lain yang didaftarkan dengan bank, dan perkhidmatan disifatkan telah dibuat serta-merta selepas penghantaran tersebut ; atau sekiranya diposkan di cawangan, di laman web Bank atau media massa, notis berkenaan hendaklah disifatkan telah dibuat pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu dan jika tiada tarikh dinyatakan pada tarikh pengeposan atau penyiaran.
20.
Am
a)
Bank boleh mengubah atau menambah, pada bila-bila masa mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan di sini dengan memberi notis terlebih dahulu kepada Ahli. Notis tersebut boleh diberikan dengan cara seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 19(b) seperti di atas. Akses berterusan ahli atau penggunaan Perkhidmatan iQ yang disediakan di sini selepas apa-apa perubahan akan dianggap sebagai penerimaan Ahli kepada perubahan tersebut.
b)
Akaun dan Perkhidmatan Bank – Terma dan Syarat Utama yang diguna pakai oleh Bank dan terma dan syarat produk perbankan masing-masing, perkhidmatan, pelaburan dan keistimewaan akan diguna pakai sebagai tambahan kepada terma dan syarat yang dinyatakan di sini.
c)
Sekiranya terdapat percanggahan antara terma dan syarat yang terkandung di sini dengan terma dan syarat lain (seperti Akaun dan Perkhidmatan Bank – Terma dan Syarat Utama), terma dan syarat di sini akan diguna pakai.
[BAKI HALAMAN INI SENGAJA DIBIARKAN KOSONG]
OCBC(M)/CFS/iQ TC_ v5_2015
14 of 14