PERJANJIAN AKAUN KWIK CIMB BANK Layak Menerima Perlindungan PIDM Sebagai balasan bagi CIMB BANK BERHAD [13491-P] membuka Akaun Kwik CIMB Bank dalam nama saya, saya dengan ini bersetuju terikat oleh terma dan syarat berikut di dalam ini.
Definisi 1.
Dalam Perjanjian ini kecuali konteks membenarkannya ungkapan berikut akan membawa maksud yang ditetapkan kecuali dinyatakan sebaliknya:a)
Ungkapan “Akaun” bermaksud Akaun Kwik CIMB Bank Pemegang Akaun, yang mana semua pembayaran bagi pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dan pengeluaran tunai yang dilakukan melalui penggunaan Akaun dan/atau Kad dan semua fi can caj yang berkenaan akan didebit terhadapnya;
b)
Ungkapan “Pemegang Akaun” bermaksud orang yang untuknya Akaun dibuka dan Kad dikeluarkan, jika dipohon oleh Pemegang Akaun dan hendaklah termasuk waris, wakil diri dan pengganti hakmiliknya dan penggunaan perkataan “anda” hendaklah bermaksud Pemegang Akaun;
c)
Ungkapan “Akaun Lain Pemegang Akaun” bermaksud akaun perbankan lain atau akaun lain Pemegang Akaun dengan Bank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad di samping Akaun dan termasuk akaun bersama Pemegang Akaun dengan pihak ketiga;
d)
Ungkapan “Nombor Akaun” bermaksud nombor akaun yang diperuntukkan pada Akaun dan nombor yang diperuntukkan pada Kad dan dicetak timbul pada Kad yang dipohon oleh Pemegang Akaun, jika ada;
e)
Ungkapan “notis terdahulu yang mencukupi” bermaksud tempoh notis selama tiga (3) hari bekerja, yang akan dianggap notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun;
f)
Ungkapan “Perjanjian ini” bermaksud perjanjian antara Pemegang Akaun dan Bank di mana Akaun dan Kad, jika dipohon oleh Pemegang Akaun, disediakan kepada Pemegang Akaun oleh Bank berdasarkan terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini serta terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam borang permohonan dalam talian standard Bank yang disediakan melalui CIMB Clicks dan diserahkan dalam talian oleh Pemegang Akaun kepada Bank apabila memohon pembukaan Akaun dan sebarang terma-terma dan syarat-syarat lain yang ditambah atau dipinda dari semasa ke semasa;
g)
Ungkapan “ATM” bermaksud mesin juruwang automatik;
h)
Ungkapan “Bank” bermaksud CIMB BANK BERHAD [13491-P] yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Aras 13, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan tempat perniagaan di Aras 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur atau di sebarang alamat lain atau lokasi lain yang mungkin diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dan termasuk pengganti hakmilik dan pemegang serah haknya;
i)
Ungkapan “mata wang pengebilan” bermaksud mata wang pengebilan dalam Ringgit Malaysia dan termasuk singkatannya “RM”;
j)
Ungkapan “Kad” bermaksud kad fizikal yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akaun Pemegang Akaun;
k)
Ungkapan “Fi Kad” bermaksud fi semasa yang berkuat kuasa yang perlu anda bayar apabila anda memohon pengeluaran kad fizikal di bawah Akaun;
l)
Ungkapan “CIMB Clicks” bermaksud laman web perbankan internet Bank di www.cimbclicks.com;
m) Ungkapan "ID Pengguna CIMB Clicks" bermaksud nama unik yang dipilih oleh anda apabila mendaftar buat kali pertama dengan CIMB Clicks, yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam (6) dan tidak lebih daripada tiga puluh dua (32) aksara abjad angka yang hendaklah dimasukkan oleh anda setiap kali anda log masuk ke dalam CIMB Clicks, untuk membolehkan sistem Perbankan Internet CIMB Bank CIMB Bank Kwik Akaun Terms & Conditions
1
mengaitkannya dengan CRN dan CIMB Clicks e-PIN anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan untuk memberikan anda akses kepada CIMB Clicks; n)
Ungkapan “Kumpulan CIMB’ bermaksud CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat berkaitannya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 6 Akta Syarikat 1965 yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia;
o)
"CRN" bermaksud nombor enam belas digit pada Kad Mesin Juruwang Automatik ("ATM") atau Kad Kredit yang ditetapkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhubung dengan Akaun anda, yang dipegang oleh anda atau yang dibuka oleh anda, dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan yang hendaklah dimasukkan bersama-sama dengan CIMB Clicks e-PIN anda untuk pendaftaran kali pertama anda dengan CIMB Clicks.
p)
Ungkapan “caj pengendalian” dan “caj tambahan” bermaksud caj pengendalian dan caj tambahan yang dirujuk di dalam ini;
q)
Ungkapan "Kata Laluan Perbankan Internet" bermaksud kata laluan peribadi 8 aksara abjad angka yang dipilih oleh anda untuk mengakses CIMB Clicks setiap kali anda log masuk ke dalam CIMB Clicks untuk membolehkan sistem Perbankan Internet CIMB Bank mengaitkannya dengan CRN dan ID Pengguna CIMB Clicks anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan untuk memberikan anda akses kepada CIMB Clicks;
r)
Ungkapan “MCI” bermaksud MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di dalam Negeri Delaware, yang mempunyai pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York, NY 10577-2509, United States of America yang mana Bank adalah salah satu institusi ahlinya;
s)
Ungkapan “peniaga” termasuk semua peniaga yang membekalkan barangan dan/atau perkhidmatan;
t)
Ungkapan “PIN” bermaksud nombor pengenalan peribadi Pemegang Akaun;
u)
Ungkapan “Fi Kad Ganti” bermaksud fi yang perlu dibayar oleh anda untuk menggantikan Kad selaras dengan peruntukan Klausa 13.3;
v)
Ungkapan "SMS" bermaksud Perkhidmatan Pesanan Ringkas;
w) Ungkapan “Penyata” bermaksud penyata berkala yang menunjukkan antara lainnya jumlah yang dicaj, didebit daripada atau dikreditkan kepada Akaun;
2.
x)
Ungkapan “Kod Pemberikuasaan Transaksi (Transaction Authorization Code)” (TAC) bermaksud ciri keselamatan yang telah dilaksanakan untuk menyediakan lapisan perlindungan kedua bagi transaksi perbankan dalam talian, di samping ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda. TAC adalah kod 6 digit yang unik yang perlu dimasukkan bagi transaksi dalam talian khusus; dan
y)
Ungkapan “hari bekerja” bermaksud hari perniagaan (yang bukan hari Sabtu atau Ahad) apabila bankbank yang berlesen untuk menjalankan perniagaan perbankan di bawah peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dibuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur. Pembukaan Akaun
2.1. Permohonan untuk membuka Akaun hendaklah dibuat dalam talian melalui CIMB Clicks atau saluran lain yang ditetapkan yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa. Penerimaan dan penerusan Akaun adalah semata-mata menurut budi bicara Bank. Bank merizab hak untuk menolak permohonan anda menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank atau jika rekod Bank menunjukkan bahawa anda telah disenaraihitamkan oleh Bank, Bank Negara Malaysia atau MCI atau jika manamana akaun anda dipantau oleh Bank disebabkan aktiviti luar biasa, tidak teratur, mencurigakan, memfraud dan/atau tidak dibenarkan atau disyaki disalahgunakan, atau telah disekat, dibatalkan atau ditamatkan oleh Bank dengan syarat sentiasa bahawa Bank tidak mempunyai obligasi untuk memberikan kepada anda sebab atau bukti atau alasan untuk menolak permohonan anda. Meskipun permohonan terbuka kepada semua pelanggan individu, Bank merizab hak untuk menolak sebarang Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
2
permohonan dan/atau untuk enggan membuka Akaun menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank tanpa memberikan sebarang sebab pun jua, dan keputusan Bank adalah muktamad dan konklusif. 2.2. Anda hendaklah mematuhi semua keperluan Bank untuk membuka Akaun. Semasa memohon Akaun, menggunakan dan/atau mengendalikan Akaun, anda membuat representasi dan menjamin bahawa (i) semua maklumat yang diberikan oleh anda kepada Bank adalah benar, tepat dan lengkap (ii) anda tidak mempunyai sebarang Akaun Kwik CIMB Bank yang lain dengan Bank (iii) anda berumur sekurang-kurangnya lapan belas (18) tahun dan (iv) anda mempunyai nombor mudah alih yang berdaftar dan alamat pos di Malaysia. Anda bersetuju bahawa berdasarkan pendedahan tersebut, anda bertanggungjawab atas salah nyata atau maklumat palsu, tidak benar atau tidak tepat yang didedahkan oleh anda bagi pembukaan Akaun dan penggunaan dan/atau operasi Akaun secara berterusan, dan anda bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami atau ditanggung oleh Bank berbangkit daripada sebarang kemungkiran atau keingkaran anda di dalam ini. 2.3. Anda mengakui bahawa Akaun akan dikawal oleh dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dibentangkan di dalam Perjanjian ini, Terma-terma Akses Bank yang mengawal penggunaan CIMB Clicks dan Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks (“terma-terma dan syarat-syarat”) seperti yang dipinda, diubah dan/atau disemak dari semasa ke semasa oleh Bank dengan memberikan notis yang mencukupi. Sekiranya wujud sebarang konflik atau percanggahan antara sebarang terma-terma dan syarat-syarat, terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini akan mengatasi yang lain dan dianggap mengikat terhadap anda. 2.4. Akaun boleh dibuka dengan atau tanpa permohonan oleh anda bagi pengeluaran Kad. Jika anda memohon Akaun dengan Kad, anda dikehendaki terlebih dahulu membayar Fi Kad agar permohonan ini dapat diproses. Bank tidak akan memproses sebarang permohonan bagi pembukaan Akaun dengan pengeluaran Kad jika Fi Kad tidak dibayar atau diterima oleh Bank. Pembayaran Fi Kad boleh dilakukan dalam talian di CIMB Clicks melalui (i) ‘Financial Process Exchange’ (FPX) atau (ii) kad kredit; atau di mana-mana saluran lain yang ditetapkan yang boleh dibenarkan oleh Bank dari semasa ke semasa. 2.5. Dengan membuka Akaun, anda dengan ini secara nyata mengakui dan bersetuju bahawa:i.
Bila dan apabila dikehendaki, anda hendaklah memberikan kepada Bank sebarang maklumat yang diperlukan oleh Bank bagi tujuan obligasi pelaporan kawal selia atau bagi apa jua tujuan yang dianggap munasabah atau perlu oleh Bank.
ii.
Anda dengan ini memberikan pemberikuasaan dan kebenaran nyata anda kepada Bank untuk mendedahkan maklumat relevan kepada mana-mana pihak ketiga semata-mata bagi tujuan menentukan kelayakan anda untuk turut serta dan/atau untuk mendapatkan sebarang manfaat yang akan diberikan kepada anda di dalam ini atau di bawah sebarang promosi atau kempen yang mungkin dianjurkan oleh Bank atau oleh Bank bersama-sama dengan pihak ketiga lain dari semasa ke semasa. Promosi atau kempen tersebut boleh dimaklumkan kepada anda melalui CIMB Clicks dan/atau saluran lain yang ditetapkan yang boleh dipilih oleh Bank dari semasa ke semasa. Meskipun sifat am perkara yang disebut sebelum ini, sekiranya anda tidak mahu menyertai promosi atau kempen tersebut dan tidak lagi membenarkan pendedahan yang disebut sebelum ini, anda boleh menghubungi Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada anda): Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No. Tel: 1300-880900.
iii.
Anda mengiktiraf dan memahami bahawa Akaun bukan akaun yang diberikan faedah dan tidak akan mendapat sebarang faedah pun jua.
iv.
Anda mengiktiraf dan memahami bahawa anda tidak boleh menambah atau mengkreditkan dana ke dalam Akaun melebihi Jumlah Maksimum yang dirujuk dalam Klausa 24.2.
v.
Anda telah dimaklumkan bahawa Akaun layak menerima perlindungan daripada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan telah memuat turun sesalinan brosur PIDM yang boleh didapati melalui CIMB Clicks.
3. Penyerahan Kad Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
3
Jika anda telah memohon pengeluaran Card, Kad yang akan dikeluarkan di bawah Akaun akan diserahkan ke alamat pos yang diberikan oleh anda dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas Akaun berjaya dibuka. Sila pastikan bahawa anda telah menyatakan alamat pos yang tepat dalam butir-butir permohonan anda untuk mengelakkan Kad anda dihantar ke alamat yang salah. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesilapan yang terkandung dalam permohonan anda termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang alamat pos yang salah yang dimasukkan oleh anda dalam permohonan anda yang menyebabkan Kad dihantar ke alamat pos yang salah. Bank selanjutnya tidak akan bertanggungjawab jika Bank telah menghantar Kad ke alamat pos yang dinyatakan dalam permohonan anda dan dalam rekod Bank tetapi atas apa jua sebab yang tidak diketahui atau bukan berpunca daripada Bank, anda tidak menerima Kad anda. 4. Pengaktifan Kad Apabila anda menerima Kad, anda hendaklah terlebih dahulu mengaktifkan Kad sebelum anda boleh menggunakannya di mana-mana terminal ‘Point Of Sale’ peniaga yang menerima MasterCard atau untuk sebarang pengeluaran wang. Anda akan menerima PIN yang dihantar ke alamat pos yang diberikan oleh anda semasa proses pembukaan akaun. Untuk mengaktifkan Kad, anda dikehendaki menelefon Pusat Panggilan CIMB Bank atau SMS kepada nombor yang diberikan dalam kiriman kad yang melampirkan Kad anda. 5. Akaun dan kemudahan yang tersedia 5.1. Akaun dibuka untuk digunakan berhubung dengan kemudahan yang disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa menurut budi bicara mutlaknya termasuk tetapi tidak terhad kepada kemudahan berikut dan kemudahan ini boleh ditukar, digantikan atau ditambah atau ditarik balik oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memaklumkan anda dengan sewajarnya:i.
pembayaran untuk sebarang pembelian barangan dan/atau perkhidmatan, yang mana pembayaran boleh didebit kepada Akaun; dan/atau
ii.
Pemindahan Dana termasuk OctoSend yang dirujuk di bawah iaitu pemindahan dana daripada Akaun kepada Akaun Lain Pemegang Akaun atau akaun pihak ketiga yang dipegang dengan Bank atau CIMB Islamic Bank Berhad atau mana-mana pemindahan dana lain daripada Akaun yang mungkin dibenarkan oleh CIMB Bank dari semasa ke semasa ; dan/atau
iii.
perkhidmatan pembayaran automatik (“Perkhidmatan Autopay”) di mana semua jumlah yang kena dan perlu dibayar terhadap bil rasmi berkala Pemegang Akaun daripada peniaga yang dinyatakan dalam borang permohonan untuk Perkhidmatan Autopay dibayar oleh Bank dan didebit daripada Akaun Pemegang Akaun seperti yang diarahkan oleh Pemegang Akaun dalam borang permohonan untuk Perkhidmatan Autopay; dan/atau
iv.
pengeluaran tunai daripada ATM Bank dan/atau ATM institusi kewangan lain yang memaparkan nama dan/atau logo MasterCard melalui penggunaan Kad; dan/atau
v.
Kiriman (Pemindahan Bertelegraf Asing, MoneyGram, Draf Permintaan Tempatan & Asing dan Cek Jurubank); dan/atau
vi.
Pembayaran Bil; dan/atau
vii.
Tambah Nilai Prabayar; dan/atau
viii.
kemudahan lain, tertakluk kepada persetujuan bertulis terdahulu daripada Bank. Kemudahan yang disebut sebelum ini adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Bank yang mengawal kemudahan dan/atau perkhidmatan tersebut.
5.2. OctoSend 5.2.1. Tertakluk kepada Klausa 5.2.2, anda boleh meminta pemindahan wang daripada Akaun kepada individu pihak ketiga lain dengan memasukkan semua maklumat relevan yang dikehendaki bersama-sama dengan nombor mudah alih atau alamat e-mel penerima pihak ketiga dalam ruang Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
4
atau bahagian yang relevan dalam CIMB Clicks. Selepas itu anda akan menerima kod tuntutan melalui SMS. Anda hendaklah memaklumkan kod tuntutan ini kepada bakal penerima pihak ketiga anda yang hendaklah menggunakan kod tuntutan dan nombor mudah alih atau alamat emel yang sama yang dimasukkan oleh anda untuk menerima dana atau wang. 5.2.2. Untuk menerima dana atau wang, bakal penerima pihak ketiga anda hendaklah sama ada mempunyai akaun sedia ada yang dipegang dengan Bank atau CIMB Islamic Bank Berhad atau dikehendaki membuka Akaun KWIK CIMB Bank yang baru. Kod tuntutan hanya sah selama 7 hari. Kegagalan penerima pihak ketiga untuk menuntut dana atau wang yang dirancang untuk dipindahkan oleh Pemegang Akaun kepada penerima pihak ketiga dalam tempoh kesahan kod tuntutan akan menyebabkan dana yang tidak dituntut dikembalikan kepada Akaun Pemegang Akaun.
5.3. Perkhidmatan Autopay 5.3.1. Setelah Bank meluluskan permohonan Pemegang Akaun untuk Perkhidmatan Autopay semua jumlah yang kena dan perlu dibayar kepada perniaga akan dengan serta-merta dibayar oleh Bank apabila Bank menerima bil peniaga atau permintaan lain untuk pembayaran. Arahan Pemegang Akaun sebelum itu, jika ada, kepada:i. bank dan/atau institusi kewangan lain untuk membayar peniaga; dan/atau ii. peniaga untuk mengenakan jumlah yang kena dan perlu dibayar kepada akaun Pemegang Akaun yang dipegang dengan bank dan/atau institusi kewangan lain, akan, setelah Bank meluluskan permohonan Pemegang Akaun bagi Perkhidmatan Autopay, dianggap dibatalkan dan Pemegang Akaun hendaklah dengan serta-merta memaklumkan peniaga dan/atau bank atau institusi kewangan lain tersebut tentang perubahan pada arahan pembayaran Pemegang Akaun. 5.3.2. Semasa menyediakan Perkhidmatan Autopay, Bank tidak bertanggungjawab untuk:i.
membuat pembayaran apa-apa caj kepada peniaga tepat pada masanya dan dalam hal ini, Pemegang Akaun tidak akan mempertanggungjawabkan Bank atas sebarang kesilapan, kecuaian, keengganan atau ketinggalan untuk membayar atau kelewatan untuk membayar semua atau mana-mana caj kepada peniaga;
ii.
membuat pembayaran apa-apa caj yang dibuat dengan niat baik kepada peniaga;
iii.
membayar semua atau apa-apa caj kepada peniaga jika tiada dana atau tiada dana yang mencukupi dalam Akaun Pemegang Akaun atau jika penggunaan Kad oleh Pemegang Akaun ditamatkan atau digantung atas sebarang sebab pun jua atau jika Kad tidak dibaharui atau digantikan, mengikut keadaan, atau jika Bank menurut budi bicara mutlaknya dengan konklusif menentukan bahawa keadaan menjustifikasi pembayaran tidak dibuat atas apa jua sebab; dan/atau
iv.
membayar sebarang caj kepada peniaga jika Pemegang Akaun pada bila-bila masa mengarahkan Bank untuk menghentikan sebarang pembayaran atau membatalkan atau menamatkan Perkhidmatan Autopay. Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa terus terutamanya bertanggungjawab untuk membayar semua caj yang terhutang dan kena dibayar kepada peniaga secara terus dan Bank tidak akan pada bila-bila masa mempunyai obligasi untuk memaklumkan Pemegang Akaun tentang pembayaran yang tidak dibuat oleh Bank bagi semua atau mana-mana caj yang disebut sebelum ini. Sekiranya Bank tidak membayar sebarang caj yang kena dan perlu dibayar kepada peniaga, Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan pembayaran belum dijelaskan tersebut dengan peniaga secara terus. Sekiranya nombor Akaun Pemegang Akaun berubah, Pemegang Akaun bertanggungjawab memaklumkan peniaga tentang perubahan pada nombor Akaun Pemegang Akaun. Walau bagaimanapun Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi) menurut budi bicara mutlaknya menerima sebarang permintaan untuk pembayaran yang dibil kepada
Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
5
nombor Akaun Pemegang Akaun sebelum itu dan membuat pembayaran terhadapnya, tertakluk kepada kredit yang tersedia dalam nombor Akaun sebelumnya. 5.3.3. Jika dana dalam Akaun Pemegang Akaun tidak mencukupi untuk membayar caj semua peniaga, Bank boleh:i.
memilih untuk tidak membayar sebarang caj kepada semua atau mana-mana peniaga dan dalam keadaan sedemikian Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan semua pembayaran belum dijelaskan secara terus dengan peniaga; atau
ii. menurut budi bicara mutlaknya dengan konklusif menentukan turutan keutamaan pembayaran caj mana-mana peniaga yang dianggap wajar oleh Bank dan dalam keadaan sedemikian Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan semua pembayaran belum dijelaskan secara terus dengan peniaga relevan yang mana caj mereka masih terhutang oleh Pemegang Akaun. 5.3.4. Pemegang Akaun hendaklah menanggung rugi Bank terhadap sebarang kerugian, kos, kerosakan, perbelanjaan atau tuntutan (termasuk perbelanjaan guaman atas dasar peguamcara dan anakguam dan tanggung rugi penuh) yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Bank akibat penyediaan Perkhidmatan Autopay kepada Pemegang Akaun. 5.3.5. Obligasi Bank untuk membuat pembayaran kepada peniaga seperti yang diarahkan oleh Pemegang Akaun akan dengan serta-merta terhenti apabila:i.
Perkhidmatan Autopay ditamatkan sama ada oleh Bank atau Pemegang Akaun dengan memberikan pihak satu lagi notis bertulis tidak kurang daripada satu (1) bulan dan dengan itu apabila luput tempoh satu (1) bulan dari tarikh notis penamatan, Perkhidmatan Autopay akan ditamatkan; atau
ii. penamatan Perjanjian ini dan/atau Akaun. Meskipun perkara di atas, Pemegang Akaun bertanggungjawab memaklumkan peniaga relevan secara bertulis bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan dan meminta peniaga tersebut menghentikan pengebilan kepada Bank. Sehingga peniaga tersebut memaklumkan Bank bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan, Bank berhak (tetapi tidak mempunyai obligasi) untuk membuat pembayaran kepada peniaga tersebut meskipun Perjanjian ini ditamatkan, Akaun ditamatkan atau dibatalkan dan/atau Pemegang Akaun telah memaklumkan Bank secara bertulis bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan dan Pemegang Akauna akan terus bertanggungjawab bagi pembayaran yang dibuat oleh Bank kepada peniaga. 5.3.6. Meskipun apa jua yang terkandung di dalam ini, Bank merizab hak untuk memberhentikan, menggantung atau menamatkan Perkhidmatan Autopay pada bila-bila masa dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun dan tidak membuat pembayaran caj kepada peniaga. Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa terutamanya bertanggungjawab untuk membayar semua caj yang terhutang dan kena dibayar kepada peniaga secara terus dan sekiranya Bank melaksanakan hak sedemikian, Bank tidak akan menanggung sebarang liabiliti kepada Pemegang Akaun yang hendaklah menyelesaikan semua pembayaran yang belum dijelaskan secara terus dengan peniaga. 6.
Perkhidmatan MasterCard® SecureCode™ untuk Transaksi Internet Sekiranya Pemegang Akaun ingin menggunakan Akaun untuk pembayaran berkaitan dengan Transaksi Internet, Pemegang Akaun hendaklah terlebih dahulu mendaftar diri untuk perkhidmatan MasterCard® SecureCode™ ("Perkhidmatan") di laman web kami www.cimbsecuree-pay.com.my (atau sebarang laman web lain yang boleh dimaklumkan oleh Bank kepada anda dari semasa ke semasa). Dengan mendaftar diri untuk Perkhidmatan, Pemegang Akaun akan dianggap bersetuju terikat oleh terma dan syarat yang mengawal Perkhidmatan yang dibentangkan dalam laman web tersebut (yang mana terma-terma dan syarat-syaratnya boleh diubah dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pemegang Akaun).
Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
6
7.
8.
Tandatangan atas Kad i.
Jika anda memohon pengeluaran Kad, setelah menerima Kad anda hendaklah DENGAN SERTAMERTA menurunkan tandatangan di atas Kad. Tandatangan anda di atas Kad atau di atas mana-mana deraf penjualan, rekod transaksi, baucer kredit, dan/atau rekod caj lain dan/atau penggunaan Kad dan/atau pengakuterimaan slip resit (Dokumen) merupakan bukti mengikat dan konklusif tentang (i) kemasukan anda ke dalam Perjanjian ini dengan Bank dan (ii) persetujuan anda untuk mematuhi semua terma dan syarat Perjanjian ini dan untuk terikat olehnya berhubung dengan penggunaan Kad dengan syarat sentiasa bahawa penggunaan Kad akan dianggap bukti yang cukup dan konklusif tentang transaksi yang dilaksanakan di bawah Akaun tidak kira sama ada anda telah menurunkan tandatangan anda di atas Kad atau di atas mana-mana Dokumen.
ii.
Kad tidak boleh dipindahkan dan hendaklah digunakan secara eksklusif oleh anda. Kad tidak boleh disandarkan atau digadai atau digunakan dalam apa cara jua oleh anda sebagai cagaran untuk sebarang tujuan pun jua.
iii.
Anda boleh pada bila-bila masa menamatkan penggunaan Kad melalui notis bertulis kepada Bank dan memulangkan kepada Bank, Kad yang telah dipotong separuh merentas strip magnet dan merentas cip (jika Kad mempunyai mikrocip yang terbenam di dalamnya). Anda adalah dan akan terus bertanggungjawab atas semua transaksi yang dilaksanakan menerusi penggunaan Kad sebelum Bank menerima notis penamatan bertulis tersebut bersama-sama dengan Kad yang telah dipotong dua.
Mendapatkan Nombor ‘Card Verification Value’ (CVV) Pemegang Akaun yang tidak memohon pengeluaran Kad atau sementara menunggu pengaktifan Kad boleh mendapatkan Nombor CVV dan tarikh luput Nombor CVV mereka bagi Akaun dalam talian melalui CIMB Clicks. Nombor CVV diperlukan untuk membuat apa-apa pembayaran bagi pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dalam talian. Pemegang Akaun perlu menyerahkan permohonannya untuk mendapatkan nombor tersebut di mana kod pemberikuasaan transaksi (TAC) enam (6) digit akan dihantar melalui SMS kepada nombor telefon mudah alih Pemegang Akaun dalam rekod Bank. Apabila Pemegang Akaun menghantar TAC dengan tepat melalui CIMB Clicks, nombor CVV Akaun dan tarikh luput akan dipaparkan dalam talian melalui CIMB Clicks.
9.
Pra-Pemberikuasaan Jika Kad digunakan untuk membuat bayaran bagi transaksi petrol, Bank berhak menahan dan/atau menggantung pembayaran jumlah sebanyak hingga Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM 200) daripada Akaun anda untuk tempoh selama dua (2) hari selepas tarikh transaksi petrol tersebut. Jika Kad digunakan untuk membayar penginapan di hotel, Bank juga berhak menahan jumlah yang bersamaan dengan jumlah yang dipegang oleh hotel relevan semasa daftar masuk kepada hotel relevan bagi tempoh maksimum selama lapan (8) hari.
10. Kepatuhan dengan undang-undang dan penggunaan bersyarat dan ketersediaan Akaun/ Kad 10.1 Penggunaan Akaun dan/atau Kad juga tertakluk kepada syarat dan peraturan semasa Bank dan semua terma, syarat dan peraturan lain yang mengawal Akaun Lain Pemegang Akaun termasuk sebarang peraturan kawalan pertukaran Bank Negara Malaysia. Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa berhubung dengan penggunaan Akaun dan/atau Kad dan tanpa prejudis terhadap sifat am peruntukan sebelum ini, Pemegang Akaun hendaklah memastikan Pemegang Akaun mematuhi semua peraturan kawalan pertukaran Bank Negara Malaysia dan bahawa Pemegang Akaun tidak menggunakan Kad untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti, tetapi tidak terhad kepada, pertaruhan haram “dalam talian” (seperti yang frasa ini biasanya dikenali). 10.2 Tanpa prejudis terhadap sifat am pekara yang disebut sebelum ini, penggunaan Akaun dan/atau Kad dan ketersediaannya bergantung kepada:i.
tiada sebarang pelanggaran undang-undang berhubung dengannya; dan
ii.
Pemegang Akaun membuat representasi dan berakujanji (dan terus membuat representasi dan berakujanji) kepada Bank bahawa persetujuan Bank untuk memberikan atau
Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
7
menyediakan atau terus menyediakan Akaun kepada Pemegang Akaun tidak akan melanggar atau memungkiri sebarang undang-undang atau keperluan kawal selia yang berkuat kuasa atau sebarang peruntukan atau sekatan lain yang mungkin dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa oleh Bank Negara Malaysia atau sebarang pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank termasuk Persatuan Bank-bank dalam Malaysia (“Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai”). 10.3. Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai yang dikenakan terhadap Akaun dan/atau Kad termasuk tetapi tidak terhad kepada:i.
semua peruntukan yang berkuat kuasa dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (“FSA”) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (“AMLA”);
ii.
semua garis panduan dan arahan Bank Negara Malaysia yang berkuat kuasa yang dikeluarkan terhadap FSA dan AMLA; dan
iii.
semua garis panduan, had peminjaman atau sekatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan lain dari semasa ke semasa termasuk yang berkait dengan atau terpakai kepada pemberian dan/atau penggunaan Akaun dan/atau Kad kepada dan/atau oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengan Bank.
10.4. Pemegang Akaun hendaklah dengan serta memaklumkan Bank secara bertulis jika:-
i.
Pemegang Akaun adalah atau menjadi melanggar sebarang Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai; atau
ii.
mana-mana terma dan syarat yang terkandung di dalam ini tidak lagi dipenuhi atau didapati telah dilanggar atau tidak dipenuhi oleh Pemegang Akaun. Semasa memberikan deklarasi berhubung dengan mana-mana perkara yang disebut sebelum ini atau sebarang terma dan syarat yang terkandung di dalam ini jika dikehendaki oleh dan menurut terma yang ditetapkan oleh Bank, Pemegang Akaun akan dianggap membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa kandungan di dalamnya akan terus benar dan tepat dari semua segi selagi Akaun dan/atau Kad masih disediakan atau sebarang jumlah yang kena dibayar di bawahnya masih perlu dibayar.
11. Arahan Telekomunikasi 11.1. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi) menurut budi bicara tunggalnya menerima arahan daripada Pemegang Akaun melalui telefon berkaitan dengan Akaun dan/atau Kad, termasuk tetapi tidak terhad kepada permintaan untuk melakukan perkara berikut:i. ii. iii. iv.
perubahan alamat pos; atau pelaporan kad hilang; atau penggantian kad yang hilang atau rosak; atau transaksi lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa.
11.2. Sebelum menerima arahan melalui telefon, identiti Pemegang Akaun akan terlebih dahulu ditentusahkan oleh wakil Bank melalui proses keselamatan yang diwujudkan oleh Bank yang mungkin termasuk butir-butir peribadi Pemegang Akaun. 11.3. Meskipun Klausa 11.1 dan 11.2 di atas, Bank boleh meminta pengesahan bertulis daripada Pemegang Akaun tentang arahan Pemegang Akaun sebelum melaksanakannya. 11.4. Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau kerosakan yang walau bagaimanapun jua diakibatkan atau dialami oleh Pemegang Akaun kerana mematuhi atau tidak mematuhi sebarang atau semua arahan yang dibentangkan dalam Klausa 11.1.
Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
8
11.5. Pemegang Akaun mengakui dan bersetuju bahawa:-
i. ii.
Bank boleh merakamkan semua perbualan telefon antara Pemegang Akaun dan wakil Bank; dan disebabkan sifat perbualan telefon, Bank tidak akan bertanggungjawab jika pihak ketiga yang tidak dibenarkan terdengar perbualan sedemikian.
11.6. Pemegang Akaun selanjutnya memberi kuasa kepada Bank untuk bertindak terhadap arahannya yang diberikan melalui faks atau kaedah telekomunikasi lain dan sebarang permintaan yang dibuat oleh Pemegang Akaun kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan bagi pembekalan barangan dan/atau perkhidmatan yang akan dicaj kepada Akaun atau Kad membentuk kuasa untuk Bank mendebit Akaun relevan dengan jumlah yang dicaj. Pemegang Akaun dengan ini secara tak boleh batal bersetuju menanggung rugi Bank atas semua tindakan, tuntutan, kerugian, liabiliti atau gantirugi yang dialami oleh Bank kerana bersetuju bertindak terhadap arahan Pemegang Akaun secara lisan, melalui faks atau melalui kaedah telekomunikasi. 11.7. Bank dengan tak boleh batal diberi kuasa (tetapi tidak mempunyai obligasi) untuk menghubungi dan/atau memaklumkan Pemegang Akaun melalui mel elektronik, atau melalui telefon atau melalui SMS di mana teks atau mesej atau maklumat elektronik lain tersebut dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon mudah alih Pemegang Akaun dalam rekod Bank atau sebarang alamat e-mel atau nombor lain yang dianggap sesuai oleh Bank. Maklumat yang dihantar melalui mel elektronik atau melalui SMS boleh terdiri daripada maklumat yang dianggap wajar oleh Bank dan mungkin merangkum (tetapi tidak terhad kepada) peringatan yang dihantar terhadap tarikh pembayaran kena dibayar, pengemaskinian tentang manfaat, program dan promosi dan maklumat kepentingan am lain dan/atau maklumat yang khusus kepada Pemegang Akaun. 11.8. Pemegang Akaun bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan dan simpanan selamat maklumat yang diterima olehnya. 11.9. Bank dengan ini menafikan semua liabiliti kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau kerosakan (langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit), kehilangan perniagaan atau keuntungan, atau kerugian atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami oleh Pemegang Akaun berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebarang:i. kerosakan atau kecacatan dalam penghantaran maklumat tidak kira sebabnya; ii. sebarang maklumat yang dihantar tidak tepat, tidak lengkap, terlewat atau tidak dihantar atau penghantaran maklumat yang salah kepada mana-mana pihak ketiga; iii. akses, penggunaan atau pentafsiran yang salah, tidak dibenarkan atau tidak wajar terhadap maklumat yang dihantar; dan iv. tuntutan bagi libel atau slander berbangkit daripada penghantaran sebarang maklumat. 12. Penamatan dan/atau Penggantungan Akaun/ Kad 12.1. Kad adalah dan akan, pada semua masa, menjadi harta Bank dan hendaklah diserahkan kepada Bank dengan serta-merta apabila diminta oleh Bank atau agennya yang diberi kuasa dengan wajar. Bank boleh menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan, menurut budi bicara mutlaknya, Kad dan/atau Akaun dan/atau sebarang perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya sebagaimana dianggapnya wajar menurut budi bicara mutlaknya dan tidak kira sama ada sebarang peristiwa keingkaran telah berlaku atau tidak dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun. Dengan ini selanjutnya dipersetujui bahawa Bank tidak mempunyai sebarang obligasi pun jua untuk mendedahkan sebab di sebalik penamatan atau penggantungan penggunaan Kad dan/atau Akaun. 12.2. Di samping hak Bank yang terkandung dalam Klausa 12.1 di atas dan Klausa 36, Bank boleh menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau sebarang perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya dengan serta-merta, tanpa memberikan sebarang sebab, meskipun Bank mungkin pernah menepikan haknya sebelum itu, apabila berlaku mana-mana satu atau lebih daripada Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
9
satu peristiwa berikut:i.
jika Pemegang Akaun melakukan atau mengancam untuk melakukan keingkaran atau kemungkiran sebarang perjanjian, waad, penetapan, terma atau syarat yang terkandung di dalam ini yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh Pemegang Akaun;
ii.
jika Bank dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah melalukan tindakan kebankrapan dan/atau notis kebankrapan dan/atau petisyen kebankrapan telah dikemukakan atau perintah dibuat bagi sebarang perintah penghukuman dan/atau penerimaan terhadap Pemegang Akaun;
iii.
jika Pemegang Akaun memberikan maklumat atau data yang palsu atau tidak tepat kepada Bank;
iv.
jika Pemegang Akaun menjadi kurang siuman atau meninggal dunia;
v.
jika Bank tidak mengetahui di mana Pemegang Akaun berada selama lebih daripada tiga (3) bulan;
vi.
jika Bank berpendapat bahawa transaksi yang mencurigakan atau luar biasa dijalankan terhadap Kad dan/atau Akaun dan penggantungan dan/atau penamatan dikehendaki secara munasabah untuk menghalang transaksi yang memfraud atau tidak dibenarkan;
vii.
jika Pemegang Akaun didapati melanggar sebarang undang-undang atau peraturan yang terpakai berhubung dengan penggunaan Kad dan/atau Akaun oleh Pemegang Akaun; atau
viii.
Jika Bank mengesyaki bahawa Akaun digunakan untuk sebarang tujuan pun jua yang menyalahi undang-undang; atau
ix.
jika Bank dimaklumkan dan diminta oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kerajaan Malaysia atau manamana pihak berkuasa berkanun atau kerajaan yang lain (“pihak berkuasa relevan”) untuk menahan diri daripada melaksanakan sebarang transaksi di bawah Akaun seperti yang disebut di atas tidak kira sama ada pihak berkuasa relevan tersebut mempunyai kuasa undang-undang atau kuasa sah untuk meminta Bank berbuat demikian.
12.3 Semasa menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya selaras dengan Perjanjian ini termasuk sebarang tindakan yang mungkin diambil oleh Bank seperti memulangkan sebarang suratcara yang dideposit untuk pungutan seperti yang diperuntukkan di dalam ini Pemegang Akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas fitnah dan atau atas kemungkiran kontrak dan atau atas sebarang kerugian kerosakan perbelanjaan kos atau caj pun jua yang mungkin dituntut terhadap Bank oleh Pemegang Akaun atau oleh mana-mana orang lain atas apa-apa sebab pun jua. 12.4
Pemegang Akaun selanjutnya bersetuju bahawa sekiranya Bank didakwa atau dijadikan pihak dalam sebarang guaman berbangkit daripada tindakan Bank yang menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya selaras dengan Perjanjian ini (“Tindakan”) atau sekiranya Bank sebelum atau selepas Tindakan memulakan sebarang guaman termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang prosiding interplider terhadap mana-mana pihak termasuk Pemegang Akaun untuk sebarang relief atau deklarasi yang sesuai yang akan dibuat oleh mana-mana mahkamah, semua penalti kerugian kerosakan tuntutan perbelanjaan caj dan kos (guaman atau sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anakguam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin diaward oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank hendaklah ditanggung rugi dengan sepenuhnya oleh Pemegang Akaun.
12.5
Semasa bertindak selaras dengan sebarang terma, syarat dan peruntukan di dalam ini Pemegang Akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian, kerosakan, perbelanjaan atau kos pun jua yang mungkin dituntut terhadap Bank atas alasan bahawa Bank tidak ditetapkan dengan makluman tentang peristiwa relevan yang disebut dalam Klausa 12.2(ii)
Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
10
dan Klausa 12.2(ix) disebabkan makluman tidak teratur, tidak sah, silap, salah, batal, tidak berkesan atau disebabkan sebarang alasan lain pun jua. 12.6 Tidak kira tarikh transaksi, Pemegang Akaun akan terus bertanggungjawab atas penggunaan Kad dan/atau Akaun meskipun Kad telah dipulangkan. 12.7 Sekiranya Akaun dan/atau Kad ditamatkan sama ada oleh Pemegang Akaun atau oleh Bank, Bank tidak akan memulangkan sebarang fi atau mana-mana bahagian daripadanya kepada Pemegang Akaun.
13. Tanggungjawab dan Liabiliti Pemegang Akaun 13.1. Kecuali seperti yang diperuntukkan selepas ini, anda hendaklah dan akan kekal bertanggungjawab atas kos yang ditanggung untuk semua barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh mana-mana peniaga yang dilaksanakan menerusi penggunaan Akaun dan/atau Kad sama ada penggunaan tersebut dibenarkan oleh anda atau tidak. Anda mempunyai kewajipan untuk dengan sedaya upaya melaksanakan sikap berjaga-jaga, ketekunan dan langkah mencegah untuk menghalang kehilangan, kecurian atau kegunaan Akaun dan/atau Kad dengan memfraud dan anda hendaklah menanggung rugi dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap sebarang liabiliti untuk kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (undang-undang atau sebaliknya) berbangkit daripada kemungkiran kewajipan sedemikian oleh anda. 13.2. Anda hendaklah dengan serta-merta melaporkan kepada Bank dan kepada polis sebarang kehilangan dan/atau kecurian Kad disusuli oleh pengesahan bertulis kepada Bank bersama-sama dengan sesalinan laporan polis dalam masa tujuh (7) hari kalendar dari tarikh kehilangan dan/atau kecurian. Anda hendaklah dan akan kekal bertanggungjawab kepada Bank bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan oleh peniaga yang dilakukan melalui penggunaan Kad oleh mana-mana orang sebelum Bank menerima makluman bertulis atau lisan oleh anda tentang kehilangan dan/atau kecurian Kad. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, Bank walau bagaimanapun akan membataskan liabiliti anda kepada RM250.00 untuk Kad bagi transaksi yang tidak dibenarkan akibat kehilangan atau kecurian Kad dengan syarat anda tidak:i. ii.
bertindak dengan memfraud; atau gagal memaklumkan Bank secepat yang mungkin dengan munasabah selepas mendapat tahu bahawa Kad hilang atau dicuri.
Jika Bank boleh membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa anda telah bertindak secara memfraud atau gagal memaklumkan Bank secepat yang mungkin dengan munasabah selepas mendapat tahu bahawa Kad hilang atau dicuri, liabiliti anda bagi transaksi yang tidak dibenarkan tersebut adalah tidak terhad. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan Bank berhubung dengan sebarang perkara berbangkit daripada klausa ini, anda boleh merujuk pertikaian kepada Biro Pengantaraan Kewangan untuk penyelesaian pertikaian tersebut. Apabila Kad yang hilang atau dicuri didapatkan balik, anda bersetuju untuk tidak menggunakan Kad yang telah didapatkan balik tersebut dan hendaklah dengan serta-merta memulangkannya, dipotong dua merentas jalur magnet dan merentas cip (jika Kad mempunyai mikrocip dibenamkan di dalamnya), kepada Bank. 13.3. Bank tidak mempunyai obligasi untuk mengeluarkan Kad ganti kepada anda selepas Kad hilang atau dicuri. Jika Bank membuat keputusan untuk mengeluarkan Kad ganti, Kad ganti tersebut adalah tertakluk kepada Bayaran Kad Ganti berikut:i.
RM10.00 untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali pertama;
ii.
RM50.00 untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali kedua.
Bank merizab hak untuk tidak menggantikan Kad untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali ketiga. 13.4. Jika Kad ganti dikeluarkan, semua jumlah kredit dalam Akaun akan dipindahkan kepada Akaun baru dengan nombor yang sama seperti Kad ganti.
Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
11
14. Penggantungan Akaun 14.1. Pemegang Akaun boleh meminta Bank menggantung operasi atau penggunaan Akaun pada bila-bila masa dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Clicks Bank dan selepas itu menamatkan penggantungan tersebut dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Clicks Bank. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kegagalan untuk menggantung Akaun dan Pemegang Akaun akan terus bertanggungjawab atas semua transaksi yang dilaksanakan melalui Akaun. 15. Pembaharuan Kad (terpakai kepada Akaun dengan Kad) 15.1. Apabila luput tempoh kesahan Kad, Bank boleh mengeluarkan Kad ganti yang baru kepada anda dengan syarat Bank boleh menurut budi bicara tunggalnya enggan mengeluarkan Kad ganti yang baru tanpa memberikan sebarang sebab pun jua. 16. Had Pembelian dan Transaksi 16.1. Had bagi pembelian dan transaksi terhadap Akaun dan/atau Kad adalah jumlah yang tersedia dalam Akaun atau sebarang had lain yang boleh dikenakan oleh Bank pada bila-bila masa menurut budi bicara tunggalnya dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun. 16.2. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun akan terus dan hendaklah bertanggungjawab atas semua liabilitinya termasuk tetapi tidak terhad kepada semua pembelian dan transaksi melebihi jumlah kredit dalam Akaun. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, Bank tidak mempunyai kewajipan dalam apa cara jua untuk memastikan bahawa jumlah kredit dalam Akaun tidak dilampaui oleh Pemegang Akaun. 16.3. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi) pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa menghubungi anda untuk mengesahkan transaksi yang dijalankan terhadap Kad sebagai langkah menghalang sebarang kemungkinan bahawa Akaun digunakan dalam cara yang tidak dibenarkan. Sekiranya Bank tidak dapat menghubungi anda, Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi untuk) menolak transaksi tanpa liabiliti kepada Bank. Sekiranya Bank membenarkan transaksi dilaksanakan, anda akan terus bertanggungjawab atas caj yang dikenakan dan/atau wang yang dikeluarkan. 17. Fi dan Caj 17.1. Pemegang Akaun bersetuju membayar fi dan caj berikut: i.
fi tahunan untuk Akaun jika dan apabila dikenakan oleh Bank setelah Bank memberikan notis terdahulu selama 21 hari kalendar kepada Pemegang Akaun;
ii.
sebarang cukai perkhidmatan atau impos lain yang mungkin dikenakan oleh mana-mana pihak berkuasa relevan dari semasa ke semasa;
iii.
caj pengendalian bagi pengeluaran Kad ganti (terpakai bagi Akaun dengan Kad);
iv.
caj bagi penyediaan salinan draf jualan dan sebarang dokumen sokongan lanjut lain atau perkhidmatan yang mungkin disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa kecuali ditetapkan sebaliknya oleh Bank;
v.
fi dan caj bagi sebarang atau semua transaksi Akaun yang dilaksanakan melalui penggunaan Akaun/Kad (termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi melalui ATM dan/atau pengeluaran tunai); dan
vi.
sebarang fi dan caj lain yang boleh dikenakan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya dari semasa ke semasa dengan memberikan notis selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pemegang Akaun sebelum tarikh berkuatkuasanya pelaksanaan.
Jumlah fi dan caj yang perlu dibayar adalah sebarang jumlah yang boleh ditentukan oleh Bank dan penentuan tersebut adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan atas apa-apa sebab pun jua. Fi sedemikian boleh didebit kepada Akaun. Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
12
Bagi butir-butir penuh fi dan caj yang terpakai berhubung dengan Kad dan/atau penggunaan Akaun, sila rujuk kepada jadual struktur fi di CIMB Clicks.
18. Rekod Transaksi dan mata wang pengebilan 18.1. Bank berhak memperlakukan:i. sebarang draf jualan, rekod transaksi yang disimpan atau direkodkan secara elektronik atau sebaliknya, baucer kredit dan/atau rekod caj lain yang mempunyai teraan atau cara lain untuk menghasilkan semula maklumat yang dicetak timbul yang terkandung terhadap Akaun dan/atau Kad; dan/atau ii. rekod Bank tentang sebarang transaksi lain yang dilaksanakan menerusi penggunaan Akaun dan/atau Kad termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dilaksanakan melalui pesanan pos atau melalui telefon atau melalui internet atau melalui sebarang media atau peranti mekanikal, elektrikal atau elektronik sebagai bukti transaksi yang dilaksanakan dengan wajar oleh Pemegang Akaun yang akan didebit kepada Akaun meskipun sebarang dokumen sedemikian mungkin tidak mengandungi tandatangan Pemegang Akaun atau tandatangan Pemegang Akaun tersebut (jika kelihatan) berbeza daripada tandatangan Pemegang Akaun. Pemegang Akaun bersetuju bahawa rekod Bank tentang sebarang transaksi yang dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan/atau Kad adalah konklusif dan mengikat terhadap Pemegang Akaun bagi semua tujuan. Meskipun perkara di atas, jika Bank menerima bukti berdokumen yang memuaskan dan tidak dapat disangkal bahawa sebarang transaksi yang dilaksanakan terhadap Akaun adalah disebabkan oleh fraud yang bukan disebabkan atau disumbang oleh tindakan dan/atau ketinggalan oleh Pemegang Akaun dan dengan syarat sentiasa bahawa Pemegang Akaun telah benar-benar mematuhi terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini, Bank boleh menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya memilih untuk tidak mendebit caj yang ditanggung berbangkit daripada transaksi memfraud daripada Akaun. 18.2. Semua hutang jika ditanggung dalam mata wang selain daripada mata wang pengebilan hendaklah:-
i.
sebelum didebit kepada Akaun, ditukar kepada mata wang pengebilan pada sebarang kadar pertukaran yang boleh ditentukan secara konklusif oleh MCI pada tarikh kemasukan ke dalam Akaun; dan
ii.
tertakluk kepada caj pentadbiran sebanyak 1% daripada jumlah yang ditransaksi atau sebarang kadar lain yang boleh ditentukan secara konklusif oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada anda dan caj tersebut boleh didebit kepada Akaun.
19. Transaksi ATM 19.1. Atas permintaan anda, Bank akan memberikan PIN untuk Kad yang dikeluarkan kepada anda untuk membolehkan anda melakukan pengeluaran tunai melalui ATM di mana-mana cawangan Bank atau di ATM mana-mana bank atau institusi lain yang mempunyai perkiraan dengan Bank bagi penggunaan ATM bank atau institusi tersebut, tertakluk kepada had pengeluaran harian yang terpakai bagi ATM tersebut. Anda tidak boleh mendedahkan PIN ini kepada mana-mana orang lain dalam apa jua keadaan. 19.2. Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara atas sebarang kerugian, kerosakan, kecederaan, kesulitan atau perasaan malu yang walau bagaimanapun jua disebabkan atau ditanggung atau dialami oleh anda termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan di mana transaksi tidak dapat dilaksanakan atau dilaksanakan dengan salah sama ada disebabkan oleh kecacatan, kerosakan, penghentian atau penutupan, gangguan atau kehilangan bekalan kuasa kepada ATM ("Kecacatan Teknikal") atau sebaliknya atau jika Kad tidak diterima untuk penggunaan atau jika Kad ditahan oleh ATM disebabkan Kecacatan Teknikal atau atas sebarang alasan atau sebab lain pun jua yang akan Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
13
ditentukan semata-mata oleh Bank. 19.3. Waktu operasi, jenis operasi, kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia kepada anda serta kekerapan dan cara penggunaan Kad untuk melaksanakan transaksi melalui ATM akan ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya. 20. Pengeluaran Tunai 20.1. Anda boleh mendapatkan pengeluaran tunai melalui cara berikut:i.
menggunakan Kad di mana-mana ATM selaras dengan Klausa 19.1; atau
ii.
bagi semua transaksi luar negara melalui ATM dan/atau mana-mana institusi ahli MCI dan dengan itu kadar pertukaran (jika terpakai) yang dikenakan untuk pengeluaran tunai tersebut adalah kadar pertukaran semasa yang ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggalnya dari semasa ke semasa. Anda hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan bahawa transaksi tersebut tidak melanggar undang-undang yang wujud dalam negara di mana transaksi dilaksanakan.
20.2. Pemegang Akaun boleh meminta Bank memindahkan dana daripada Akaunnya kepada mana-mana Akaun Lain Pemegang Akaun. Di samping perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank (tanpa perlu mendapatkan kebenaran terdahulu Pemegang Akaun) untuk mendebit dan memindahkan dana daripada Akaunnya kepada mana-mana Akaun Lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan Bank untuk melunaskan cek, menyelesaikan sebarang transaksi debit dan/atau secara amnya untuk memasukkan dana ke dalam akaun jika akaun tidak mempunyai dana yang cukup sama ada disebabkan penamatan kemudahan overdraf atau sebaliknya. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi untuk) memindahkan dana seperti yang disebut sebelum ini. Dana yang dipindahkan selaras dengan klausa ini akan diperlakukan sebagai pengeluaran tunai oleh Pemegang Akaun. 20.3. Pemegang Akaun bersetuju bertanggungjawab untuk semua pengeluaran tunai atau pemindahan yang dilaksanakan melalui Akaun. 21. Penyata Akaun 21.1. Penyata bulanan untuk Akaun akan disediakan kepada Pemegang Akaun dalam talian di CIMB Clicks atau sebarang kaedah lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa dan dengan ini dipersetujui bahawa semua penyata sedemikian akan dianggap telah diterima oleh Pemegang Akaun apabila disediakan dalam talian melalui CIMB Clicks. 21.2. Bank boleh memilih mana-mana hari dalam suatu bulan sebagai tarikh penyata bulanan dan apabila menerima atau dianggap menerima penyata, Pemegang Akaun dianggap telah menyemak semua masukan dalam penyata. 21.3. Pemegang Akaun dengan ini secara nyata berwaad dan berakujanji dengan Bank bahawa Pemegang Akaun akan memaklumkan Bank secara bertulis tentang sebarang kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan tidak kira jenisnya dalam penyata yang disediakan dalam talian dalam masa empat belas (14) hari kalendar dari tarikh Pemegang Akaun dianggap telah menerima penyata. Jika Pemegang Akaun tidak memaklumkan Bank secara bertulis atau gagal memaklumkan Bank tentang sebarang kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan apa-apa masukan dalam penyata maka Pemegang Akaun dianggap telah menerima masukan yang terkandung di dalamnya yang disediakan sehingga masukan terakhir dalam penyata sebagai tepat dan sebagai bukti muktamad dan konklusif tentang fakta yang terkandung di dalamnya dan mengikat terhadap Pemegang Akaun dan Pemegang Akaun selepas itu akan dihalang daripada membuat apa-apa tuntutan terhadap Bank dengan mendakwa bahawa penyatanya tersebut mengandungi sebarang kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan. 21.4. Sekiranya Pemegang Akaun meminta penyata akaun daripada Bank (dalam salinan cetak), Bank boleh mengenakan caj sebanyak RM5.00 terhadap Pemegang Akaun bagi setiap permintaan dan jumlah tersebut boleh didebit daripada Akaun Pemegang Akaun. Bank tidak mempunyai obligasi untuk memberikan kepada Pemegang Akaun sebarang penyata, atau salinan penyata tersebut atau slip
Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
14
jualan atau rekod transaksi lain berkaitan dengan transaksi yang berlaku lebih daripada dua belas (12) bulan dari tarikh permintaan Pemegang Akaun. 21.5. Semua pembayaran bagi pembelian barangan dan/atau perkhidmatan yang dilaksanakan menerusi penggunaan Kad atau menerusi penggunaan nombor CVV Akaun dan semua fi, caj pengendalian, caj tambahan dan sebarang fi dan caj lain yang terpakai akan didebit kepada Akaun dan akan dipaparkan dalam Penyata. 22. Perubahan pada caj 22.1. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan hak Bank yang terkandung dalam Klausa 30, Bank berhak menurut budi bicara tunggalnya pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah kadar atau cara pengiraan fi tahunan, caj pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang terpakai yang diperuntukkan di dalam ini dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pemegang Akaun. Pemegang Akaun dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak menerima pakai mana-mana satu atau lebih daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berhubung dengan perubahan pada fi tahunan, caj pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang terpakai termasuk tarikh berkuatkuasanya sebarang perubahan sedemikian:i.
dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan sedemikian dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
ii.
melalui penerbitan sekali sahaja dalam satu atau lebih daripada satu akhbar pilihan Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
iii.
dengan meletakkan sisipan dalam penyata akaun Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
iv.
dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan melalui pos kepada Pemegang Akaun melalui pos biasa atau berdaftar; dan/atau
v.
dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan melalui SMS atau mel elektronik kepada Pemegang Akaun atau dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan di CIMB Clicks.
22.2. Komunikasi yang dibuat oleh Bank di bawah ini akan dianggap telah diterima oleh atau disampaikan kepada Pemegang Akaun:i.
pada tarikh penampalan notis di premis Bank, jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan peruntukan Klausa 22.1(i) di atas; dan/atau
ii.
pada tarikh penerbitan pertama dalam mana-mana akhbar pilihan Bank jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan peruntukan Klausa 22.1(ii) di atas; dan/atau
iii.
tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan penyata akaun Bank kepada Pemegang Akaun jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan peruntukan Klausa 22.1(iii) di atas; dan/atau
iv.
tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan notis kepada Pemegang Akaun melalui pos biasa atau berdaftar jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan peruntukan Klausa 22.1(iv) di atas dan/atau
v.
pada tarikh notis tentang perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau mel elektronik kepada Pemegang Akaun atau tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut diletakkan di CIMB Clicks selaras dengan peruntukan Klausa 22.1(v) di atas.
Kegagalan Bank untuk memberikan sebarang notis kepada Pemegang Akaun tentang perubahan tidak akan melepaskan Pemegang Akaun daripada obligasinya untuk membayar fi tahunan, caj pengendalian Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
15
dan sebarang fi atau levi lain yang terpakai pada kadar yang diubah atau menurut kaedah pengiraan yang diubah. Keputusan Bank tentang kadar yang boleh dicaj atau kaedah pengiraannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan dalam apa jua keadaan. 23. Penutupan Akaun Bank akan menutup Akaun dengan serta-merta atau pada sebarang masa yang dianggap wajar oleh Bank selepas menerima permintaan penutupan daripada anda melalui CIMB Clicks atau melalui Pusat Panggilan Kad Bank atau jika Kad dan/atau Akaun ditarik balik, digantung dan/atau ditamatkan oleh Bank selaras dengan Klausa 12.2 atau 36 menurut budi bicara mutlak Bank tanpa perlu memberikan sebarang sebab, dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun. Berhubung dengan penutupan Akaun sedemikian, Bank akan membuat perkiraan agar baki dalam Akaun, jika ada, selepas menolak duti setem dan sebarang fi relevan dipulangkan kepada Pemegang Akaun. Pemulangan tersebut hendaklah dibuat dalam masa tiga puluh (30) hari kalendar secara pemindahan dana atau melalui Cek Jurubank atau Draf Bank yang akan dihantar melalui pos atau melalui sebarang cara lain atau sebarang kaedah pembayaran lain yang ditentukan oleh Bank. 24. Pembayaran dan Kredit ke dalam Akaun 24.1. Kecuali pembayaran yang dibuat melalui cek yang tidak dibenarkan, anda boleh “menambah wang” dan mengkreditkan wang ke dalam Akaun dalam cara berikut atau sebarang cara lain yang boleh ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa:-
i.
Memasukkan wang tunai menggunakan Mesin Deposit Tunai Bank;
ii.
Pemindahan dana daripada mana-mana Akaun Lain Pemegang Akaun melalui internet menggunakan “CIMB Clicks” jika anda telah diberikan akses kepada CIMB Clicks selaras dengan Akaun Lain Pemegang Akaun tersebut;
iii.
Pemindahan wang antara bank (GIRO) daripada akaun anda yang lain yang dipegang dengan bank lain; dan/atau
iv.
Pemindahan Dalam Talian MEPS FPX.
24.2. Semua pembayaran atau kredit yang dibuat kepada Akaun hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan kredit atau jumlah wang maksimum yang boleh dikreditkan dalam Akaun tidak boleh pada bila-bila masa melebihi Ringgit Malaysia Empat Ribu Sembilan Ratus dan Sembilan Puluh Sembilan (RM 4,999.00) sahaja atau sebarang jumlah lain yang boleh ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa (“Jumlah Maksimum”), dengan notis terdahulu yang mencukupi. Pemegang Akaun berakujanji untuk tidak menambah atau mengkreditkan dana melebihi Jumlah Maksimum ke dalam Akaun. Pembayaran oleh Pemegang Akaun kepada Bank tidak akan dianggap dibuat sehingga dana relevan diterima untuk nilai sedemikian oleh Bank. 24.3. Bank berhak pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya menentusahkan sumber dana pembayaran dan memastikan Bank berpuas hati tentang kepatuhan Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai pada masa itu. Tertakluk kepada Bank berpuas hati dengan penentusahan tersebut, tanpa prejudis terhadap sebarang hak Bank yang lain di bawah Perjanjian ini, Boleh boleh mengkreditkan dana tersebut ke dalam Akaun Pemegang Akaun. Sementara menunggu Bank menentusahkan sumber dana pembayaran:i. Bank merizab hak untuk menggantung penggunaan Akaun/Kad dan/atau menolak sebarang transaksi yang cuba dilaksanakan terhadap Akaun/Kad oleh Pemegang Akaun selepas pembayaran; dan ii. sebarang jumlah kredit dalam Akaun akibat pembayaran tersebut tidak akan dikembalikan kepada Pemegang Akaun. 24.4. Pemegang Akaun tidak akan menggunakan atau cuba menggunakan Akaun dan/atau Kad untuk melaksanakan sebarang transaksi kecuali terdapat dana yang mencukupi dalam Akaun untuk menjelaskan transaksi yang akan dijalankan. Pemegang Akaun hendaklah dalam semua keadaan Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
16
menanggung tanggungjawab penuh bagi semua transaksi yang diproses menerusi penggunaan Akaun dan/atau Kad, sama ada diproses dengan pengetahuan, keakuran atau kuasa Pemegang Akaun atau tidak. Bank berhak mendebit Akaun dengan jumlah sebarang transaksi yang dilaksanakan dengan Akaun dan/atau Kad dan Pemegang Akaun bertanggungjawab atas semua transaksi menggunakan Akaun dan/atau Kad. 25. Penepian 25.1. Penepian hak oleh Bank atau kelonggaran oleh Bank kepada Pemegang Akaun tidak akan beroperasi untuk menghalang Bank daripada menguatkuasakan sebarang haknya di bawah Perjanjian ini atau beroperasi sebagai kebenaran terhadap modifikasi Perjanjian ini dalam apa jua segi. 25.2. Hak Bank yang terkandung di dalam ini adalah kumulatif, boleh dilaksanakan seberapa kerap yang dianggapnya wajar dan adalah di samping haknya di bawah sebarang undang-undang yang terpakai. Hak Bank yang terkandung di dalam ini tidak boleh diketepikan atau diubah, kecuali melalui penepian atau perubahan nyata secara bertulis, dan khususnya, sebarang kegagalan untuk melaksanakan atau sebarang kelewatan untuk melaksanakan sebarang hak tidak akan beroperasi sebagai penepian atau perubahan hak tersebut atau sebarang hak lain, sebarang pelaksanaan hak tersebut dalam cara yang cacat atau secara sebahagian tidak akan menghalang sebarang pelaksanaan lain atau lanjut terhadap hak tersebut atau sebarang hak lain, dan tiada tindakan atau jalan tindakan atau rundingan olehnya atau bagi pihaknya akan dalam apa cara jua menghalangnya daripada melaksanakan sebarang hak sedemikian atau merupakan penggantungan atau sebarang perubahan terhadap sebarang hak sedemikian. 26. Hak Tolakan dan Hak Debit 26.1 Bank merizab hak untuk mengeluarkan makluman selama 7 hari kalendar kepada Pemegang Akaun untuk menggabungkan, menyatukan Akaun dan sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan Bank (‘Akaun-akaun’) dan atau menolak dan atau memindahkan sebarang baki kredit dalam Akaun-akaun untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang liabiliti Pemegang Akaun kepada Bank, sama ada liabiliti tersebut kepada Bank adalah sebenar, kontingen, utama, sampingan, berasingan, bersama, ditanggung dalam kapasiti sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau penanggung rugi dan atau penyedia cagaran, atau dalam mata wang lain ( ‘Keberhutangan’ ). Sementara menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut, Bank berhak menahan dan atau menggantung pembayaran sebarang wang daripada baki kredit dalam Akaun-akaun. Sekiranya Pemegang Akaun gagal menjelaskan Keberhutangan dengan sepenuhnya dengan Bank apabila luput makluman selama 7 hari kalendar tersebut, Bank berhak menolak keseluruhan baki kredit daripada Akaun-akaun atau sehingga jumlah Keberhutangan untuk menyelesaikan Keberhutangan dengan sebahagiannya atau sepenuhnya (mengikut keadaan). 26.2 Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Pemegang Akaun bersetuju bahawa hak Bank untuk menahan atau menggantung pembayaran dan atau tolakan adalah terpakai dan boleh dilaksanakan oleh Bank di mana atau berhubung dengan (a) Akaun dan atau mana-mana akaun bersama lain Pemegang Akaun jika baki kreditnya digunakan untuk menolak keberhutangan yang ditanggung kepada Bank oleh Pemegang Akaun dan atau oleh Pemegang Akaun dengan mana-mana orang lain dan sama ada keberhutangan tersebut yang ditanggung kepada Bank adalah sebenar, kontingen, utama, sampingan, berasingan, bersama, ditanggung dalam kapasiti sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau penanggung rugi dan atau penyedia cagaran; (b) Bank telah dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah melakukan tindakan kebankrapan dan atau satu notis kebankrapan dan atau petisyen untuk kebankrapan atau penggulungan telah difailkan terhadap Pemegang Akaun; (c) Bank telah dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah diisytiharkan sebagai sibankrap; (d) Bank telah dimaklumkan tentang kematian Pemegang Akaun. 26.3 Pemegang Akaun dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit Akaun tanpa notis terdahulu bagi tujuan membuat pembayaran, pembayaran balik dan atau pembayaran ganti kepada Bank dan atau membuat pembayaran dan atau pembayaran balik jumlah relevan kepada pihak ketiga di bawah atau berbangkit daripada yang berikut: (i)
fi, kos, perbelanjaan, caj yang perlu dibayar berhubung dengan Akaun selaras dengan Perjanjian ini dan atau walau bagaimanapun jua ditanggung dan atau dicaj oleh Bank berhubung dengan sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Bank kepada Pemegang Akaun;
Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
17
(ii)
cukai, duti setem dan sebarang levi atau caj lain yang dikenakan oleh kerajaan dan perlu dibayar oleh Pemegang Akaun berhubung dengan Akaun dan atau sebarang perkhidmatan atau kemudahan lain yang disediakan oleh Bank kepada atau untuk manfaat Pemegang Akaun;
(iii)
kerugian dan atau kerosakan yang walau bagaimanapun jua dialami atau ditanggung oleh Bank untuk melaksanakan sebarang permintaan dan arahan Pemegang Akaun dan atau untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan Akaun seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian ini;
(iv) jumlah berbangkit daripada sebarang tanggung rugi dan atau jaminan yang diberikan oleh Pemegang Akaun memihak kepada Bank berhubung dengan penyediaan sebarang perkhidmatan dan kemudahan oleh Bank kepada Pemegang Akaun selaras dengan Perjanjian ini; (v)
pembayaran yang dibuat, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam Akaun disebabkan kesilapan Bank dan atau disebabkan tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga bahawa jumlah relevan telah dibayar dengan salah oleh pihak ketiga ke dalam Akaun dan atau disebabkan oleh tuntutan oleh pihak ketiga bahawa dia telah ditipu, difraud atau diperdaya agar membuat pembayaran ke dalam Akaun dan atau disebabkan oleh sebarang kerosakan atau kepincangan pada operasi dan atau sistem Bank dan atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah Bank;
(vi) sebarang suratcara wang selepas itu tidak dilayan atas apa sebab jua dan di mana hasil suratcara wang ini telah dikreditkan oleh Bank ke dalam Akaun sebelum itu; (vii) pembayaran di bawah Akaun yang diminta dibayar oleh Bank Negara Malaysia dan atau pihak berkuasa Polis atau mana-mana pihak berkuasa lain selaras dengan sebarang undang-undang yang terpakai yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa; (viii) fi guaman, pembayaran, perbelanjaan dan kos (atas dasar peguamcara-anakguam dan tanggung rugi penuh) yang ditanggung oleh Bank berhubung dengan sebarang: (a)
langkah mendapatkan balik sebarang keberhutangan di bawah sebarang kemudahan atau pinjaman yang diberikan oleh Bank kepada Pemegang Akaun;
(b)
prosiding garnisi yang difailkan dan disampaikan kepada Bank dan di mana Bank dinamakan sebagai garnisi berhubung dengan Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan Bank;
(c)
prosiding interplider atau sebarang prosiding mahkamah lain yang difailkan oleh Bank terhadap Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan Bank;
(d)
prosiding injunksi atau sebarang prosiding mahkamah lain yang dimulakan terhadap Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan Bank, sama ada Bank dinamakan sebagai pihak atau tidak; dan
(e)
prosiding undang-undang yang difailkan terhadap Bank oleh Pemegang Akaun atau manamana pihak lain melibatkan Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan Bank dan di mana Bank berjaya membela prosiding undang-undang tersebut
; dan (ix) pembayaran terdahulu yang dibayar kepada Pemegang Akaun dan atau mana-mana pihak ketiga di bawah sebarang perkiraan yang dimasuki antara Bank dan Pemegang Akaun dan atau di bawah sebarang kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada Pemegang Akaun.
27. Pembatasan Liabiliti dan Tanggung Rugi 27.1 Bank tidak akan bertanggungjawab dan Pemegang Akaun hendaklah menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap semua kerugian, kos dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh Pemegang Akaun atau Bank berhubung dengan sebarang atau semua akaun pun jua atau pelaksanaan apa-apa arahan oleh Bank (meskipun arahan tersebut mungkin memfraud atau tidak dibenarkan) atau jika mana-mana akaun Pemegang Akaun atau manaTerma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
18
mana bahagian daripadanya dikurangkan atau dibekukan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau rasmi. 27.2 Pemegang Akaun selanjutnya bersetuju bahawa semua dana, wang, sekuriti dan barangan berharga dan harta lain pun jua kepunyaan Pemegang Akaun dan dideposit dengan Bank di bawah Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun ('harta') akan secara automatik menjadi cagaran kepada Bank dan Bank berhak (i) menolak dan atau mendebit sebarang wang yang dirangkum dalam harta bagi tujuan membuat pembayaran liabiliti yang ditanggung oleh Pemegang Akaun kepada Bank seperti yang diperuntukkan di bawah peruntukan Klausa 26 di dalam ini (ii) memegang atau menahan harta sehingga liabiliti Pemegang Akaun kepada Bank yang diperuntukkan di dalam ini telah dijelaskan dengan sepenuhnya dengan Bank. 27.3 Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank semua kos undang-undang (termasuk tetapi tidak terhad kepada kos guaman atas dasar peguamcara dan anakguam), caj dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh Bank untuk menguatkuasakan atau cuba menguatkuasakan Perjanjian ini atau untuk mendapatkan atau cuba mendapatkan pembayaran semua atau mana-mana bahagian wang yang terhutang oleh Pemegang Akaun. Pemegang Akaun selanjutnya berakujanji untuk tidak mempertanggungjawabkan Bank dan untuk menanggung rugi Bank terhadap sebarang liabiliti untuk kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (undang-undang atau sebaliknya) yang mungkin ditanggung oleh Bank disebabkan peruntukan di dalam ini atau untuk menguatkuasakan haknya di bawah ini. 28. Force Majeure Tanpa prejudis terhadap sebarang peruntukan Perjanjian ini, Pemegang Akaun bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan Bank sekiranya Bank tidak dapat melaksanakan mana-mana obligasinya di bawah Perjanjian ini secara keseluruhan atau sebahagian, yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada kegagalan sebarang peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, terputus bekalan elektrik, pertikaian perusahaan, sebarang tindakan di luar kawalan Bank atau disebabkan sebarang faktor yang bersifat force majeure. Sebarang ketidakupayaan untuk menjelaskan pembayaran yang kena dibayar oleh Pemegang Akaun kepada Bank disebabkan ketiadaan dana tidak akan dalam apa jua keadaan dianggap sebagai peristiwa force majeure. Sekiranya Bank tidak dapat memberikan penyata akaun kepada Pemegang Akaun selaras dengan peruntukan Perjanjian ini bagi sebarang tempoh masa, liabiliti Pemegang Akaun untuk caj dan transaksi lain walau bagaimanapun akan diteruskan. 29. Bank tidak bertanggungjawab atas tindakan peniaga dan pihak ketiga lain 29.1. Bank tidak akan bertanggungjawab atas keengganan mana-mana peniaga atau institusi ahli MCI untuk menerima Akaun dan/atau Kad atau atas sebarang kecacatan atau kekurangan pada barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan kepada Pemegang Akaun oleh mana-mana peniaga. Sebarang aduan oleh Pemegang Akaun hendaklah diselesaikan secara terus dengan peniaga atau institusi ahli MCI yang terbabit dan sebarang tuntutan terhadap peniaga atau institusi ahli MCI tidak boleh ditolak (‘setoff’) atau dituntut balas terhadap Bank. Selanjutnya Pemegang Akaun bersetuju bertanggungjawab terhadap jumlah yang ditanggung dan tidak akan menahan pembayaran kepada Bank disebabkan sebarang aduan sedemikian atau dalam apa jua keadaan. Barangan dan perkhidmatan yang diperolehi terhadap Akaun dan/atau Kad tidak boleh ditukar atau dipulangkan bagi pemulangan tunai tetapi baucer kredit akan dikeluarkan oleh peniaga bagi tujuan ini. Setelah menerima sebarang baucer kredit Bank akan mengkreditkannya ke dalam Akaun Pemegang Akaun. Kecuali baucer kredit yang dikeluarkan diterima oleh Bank, Pemegang Akaun dianggap bertanggungjawab dan akan terus bertanggungjawab bagi jumlah yang ditanggung. 29.2. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, Bank tidak akan atas sebarang sebab jua bertanggungjawab atas kerosakan yang dialami atau kerugian yang ditanggung oleh Pemegang Akaun dalam apa jua keadaan sama ada keadaan tersebut berkait dengan atau berbangkit daripada Perjanjian ini atau tidak, termasuk tetapi tidak terhad kepada jika mana-mana peniaga, orang atau badan tidak menerima Akaun dan/atau Kad atas sebarang sebab jua, kemudahan tidak dibaharui, disekat atau dibatalkan, mana-mana ATM menolak Kad, Nombor Akaun disenaraikan dalam mana-mana senarai pembatalan atau dalam sebarang keadaan di mana Bank mempunyai obligasi untuk bertindak dengan munasabah untuk melindungi haknya di bawah peruntukan Perjanjian ini. 30. Pindaan Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
19
30.1. Bank merizab hak untuk mengubah (sama ada melalui tambahan, pemotongan, modifikasi, pindaan atau sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pindaan”) sebarang terma dan syarat ini pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar dan Pindaan akan menjadi berkuat kuasa pada tarikh yang dipilih untuk digunakan oleh Bank. Menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank, makluman tentang Pindaan boleh dilaksanakan melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut:i.
dengan menghantarnya kepada Pemegang Akaun melalui kurier atau serahan tangan; dan/atau
ii.
dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan sedemikian dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
iii.
melalui penerbitan sekali sahaja dalam satu atau lebih daripada satu akhbar pilihan Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
iv.
dengan meletakkan sisipan dalam penyata akaun Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
v.
dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan melalui pos kepada Pemegang Akaun melalui pos biasa atau berdaftar; dan/atau
vi.
dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan melalui SMS atau mel elektronik kepada Pemegang Akaun atau dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan di CIMB Clicks.
30.2. Komunikasi kepada Pemegang Akaun melalui mana-mana satu kaedah komunikasi di atas akan dianggap telah diterima oleh atau disampaikan kepada Pemegang Akaun selaras dengan peruntukan Klausa 22.1 dan dalam keadaan di mana notis tentang Pindaan dihantar kepada Pemegang Akaun melalui kurier atau serahan tangan, pada hari penghantaran. 30.3. Perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh kuat kuasa yang ditetapkan oleh Bank dan akan terpakai terhadap semua jumlah kredit dalam Akaun. Penyimpanan atau penggunaan Akaun dan/atau Kad selepas tarikh berkuatkuasanya sebarang perubahan terma dan syarat akan dianggap penerimaan perubahan tersebut tanpa syarat oleh Pemegang Akaun. 30.4. Perjanjian ini (dengan semua perjanjian sampingan yang dari semasa ke semasa dipinda oleh Bank) mengandungi dan dirancang menjadi kenyataan lengkap tentang semua terma dan perkiraan antara pihak-pihak di sini berhubung dengan perkara yang diperuntukkan di dalam ini, dan menggantikan semua perjanjian dan persefahaman terdahulu antara pihak-pihak di sini berhubung dengan sebarang perkara tersebut. 31. Kebolehasingan Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuat kuasa dalam apa jua segi di bawah sebarang undang-undang, kesahan dan kebolehkuatkuasaan peruntukan selainnya tidak akan dalam apa cara jua terjejas atau dimudaratkan. 32. Pendedahan Maklumat 32.1. Pemegang Akaun dengan ini secara nyata memberi kuasa kepada Bank bila dan apabila dianggap wajar oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, tanpa merujuk kepada Pemegang Akaun, untuk mendedahkan kepada mana-mana agen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat profesionalnya, penyedia cagaran dan penjamin di dalam atau di luar Malaysia dan kepada syarikat di dalam kumpulan Bank serta syarikat dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk muktamad Bank (secara kolektif "Syarikat-syarikat Kumpulan”) sama ada Syarikat-syarikat Kumpulan tersebut bermastautin, terletak, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, sebarang maklumat berkaitan dengan Pemegang Akaun, urusan Pemegang Akaun dan/atau sebarang akaun yang dipegang oleh Pemegang Akaun dengan Bank untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang diberikan atau disediakan oleh Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada memberi kuasa Bank untuk melakukan perkara berikut:-
Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
20
(a)
memberikan, mengemukakan, memberitahu, menerbitkan atau sebaliknya mendedahkan, atau membuat rekod tentang butir-butir peribadi Pemegang Akaun yang diserahkan kepada Bank dan sebarang maklumat lain berkaitan dengan Akaun dan Akaun Lain Pemegang Akaun dan Nombor Akaun bagi kad baru dibaharui atau diganti dan sebarang maklumat lain berkaitan dengan penggunaan Akaun atau sebarang transaksi yang dilaksanakan atau akan dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan sebarang maklumat atau dokumen lain pun jua berkaitan dengan urusan atau akaun Pemegang Akaun (termasuk penyata akaun berkaitan dengannya) dan sebarang kemudahan kredit yang mungkin dipunyai oleh Pemegang Akaun dengan Bank kepada:i. mana-mana orang yang menjamin atau mungkin menjamin atau sebaliknya menyediakan cagaran atau mungkin menyediakan cagaran berkaitan dengan penggunaan Akaun; ii. mana-mana syarikat, organisasi, institusi, persatuan, biro kredit, agensi kredit, institusi kewangan atau entiti lain yang mungkin melakukan semakan kredit terhadap Pemegang Akaun, Unit Kredit Pusat Bank Negara Malaysia, Biro Maklumat Cek, Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) atau sebarang pihak berkuasa atau badan lain yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia, mana-mana badan atau pihak berkuasa lain (kerajaan atau sebaliknya) yang dianggap wajar oleh Bank di bawah sebarang undangundang, peraturan, garis panduan, keperluan kawal selia atau arahan yang terpakai (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau sebaliknya); iii. mana-mana orang yang dianggap perlu oleh Bank bagi tujuan mendapatkan balik apa-apa wang yang terhutang dan kena dibayar daripada Pemegang Akaun kepada Bank (termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pungutan hutang, pekerja dan agennya); iv.
mana-mana peniaga, mana-mana pegawai Bank dan mana-mana institusi ahli MCI dan/atau mana-mana orang atau entiti lain yang mempunyai kepentingan sah dalam Pemegang Akaun setakat mana berkait dengan penggunaan Akaun; oleh Pemegang Akaun; dan
v.
kepada mana-mana pihak ketiga yang membuat pertanyaan dengan tujuan memasuki transaksi yang dijangka dengan Bank; Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan yang terlibat dalam promosi, penjualan, penyampaian dan pengedaran produk dan perkhidmatan kewangan adalah bagi tujuan memudahkan operasi, perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain Bank dan atau Syarikatsyarikat Kumpulan. Meskipun sifat am perkara yang disebut sebelum ini, Bank bersetuju bahawa (1) pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan bagi tujuan penjualan silang tidak akan dilaksanakan jika pendedahan tersebut dibantah oleh Pemegang Akaun dengan menghubungi Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada Pemegang Akaun): Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Tel No.: 1300-880-900.; dan (2) Bank hanya akan mendedahkan maklumat Pemegang Akaun (tidak termasuk maklumat berkaitan dengan urusan atau akaun Pemegang Akaun) kepada pihak ketiga bagi tujuan perikatan strategik, pemasaran dan promosi, hanya jika Pemegang Akaun dengan nyata membenarkan pendedahan tersebut.
(b)
untuk membuat laporan (termasuk laporan Polis) dan/atau pekeliling dan/atau memasukkan iklan atau menerbitkan atau memaparkan notis (termasuk sebarang iklan dalam mana-mana media) yang mengandungi sebarang atau semua butir-butir peribadi Pemegang Akaun, butirbutir akaunnya berkaitan dengan Akaun; (termasuk tetapi tidak terhad kepada akaun dan status kewangan Pemegang Akaun) yang dianggap perlu oleh Bank bagi tujuan mendapatkan balik apa-apa wang yang terhutang dan kena dibayar daripada Pemegang Akaun kepada Bank;
(c)
untuk menyemak kedudukan kredit pemohon untuk Akaun; dan/atau butir-butir peribadi, urusan dan kedudukan kredit Pemegang Akaun dengan apa jua syarikat, individu, agensi, institusi kewangan atau badan lain dan mendapatkan daripadanya sebarang maklumat yang mungkin dikehendaki oleh Bank, sama ada melalui komunikasi lisan atau melalui dokumen.
Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
21
Bank dengan ini menafikan semua liabiliti kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau gantirugi (langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit) tidak kira sifatnya atau perasaan malu yang dialami oleh Pemegang Akaun berbangkit daripada atau disebabkan oleh pendedahan sebarang maklumat atau pentafsiran atau penggunaan maklumat yang didedahkan meskipun jika maklumat tidak tepat atau salah dan sama ada ini disebabkan oleh kecuaian Bank atau tidak. 32.2. Anda dengan ini bersetuju dan dengan nyata membenarkan dan mempelawa pekerja, kontraktor bebas, wakil dan/atau agen Bank untuk menghubungi anda dari semasa ke semasa melalui lawatan peribadi atau komunikasi lisan yang dilakukan melalui apa-apa cara komunikasi termasuk tetapi tidak terhad kepada panggilan telefon tentang sebarang promosi. 32.3. Tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini dan berdasarkan alamat pos, alamat e-mel, nombor telefon dan atau sebarang butir-butir hubungan lain Pemegang Akaun yang sedia ada disimpan atau direkodkan dengan Bank, Bank dengan ini dengan tak boleh batal dibenarkan ( tetapi tidak mempunyai obligasi ) untuk menghubungi dan / atau memaklumkan Pemegang Akaun melalui pos dan atau mel elektronik dan atau telefon dan atau perkhidmatan pesanan ringkas ( SMS ) dan atau perkhidmatan kurier dan atau sebarang kaedah komunikasi lain yang dipilih oleh Bank mengikut budi bicara tunggalnya. Maklumat atau makluman yang dihantar oleh Bank akan merangkum sebarang maklumat atau makluman yang dianggap sesuai atau perlu oleh Bank dan boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang maklumat tentang Akaun dan atau sebarang maklumat berkaitan dengan apaapa perkhidmatan, manfaat, promosi, program Bank dan atau mana-mana pihak lain yang diadakan secara bersama dengan Bank. 33. Dokumen Lanjut Pemegang Akaun berakujanji untuk menandatangani sebarang dokumen lanjut yang mungkin diminta oleh Bank dari semasa ke semasa dan Pemegang Akaun dengan ini secara nyata berwaad dan bersetuju bahawa menurut pilihan Bank sebarang dokumen lanjut tersebut boleh dianggap berkuat kuasa secara retrospektif. 34. Penyampaian 34.1. Pemegang Akaun dengan ini secara tak boleh batal membenarkan penyampaian sebarang notis di bawah Perjanjian ini atau sebarang proses mahkamah atau penyerahan cek jurubank atau Kad atau sebarang dokumen atau barangan lain melalui pos biasa atau melalui serahan tangan atau melalui perkhidmatan kurier ke alamat Pemegang Akaun yang terakhir diketahui dalam rekod Bank dan penyampaian dan/atau penyerahan tersebut akan dianggap berkesan dua (2) hari kalendar selepas pengeposan, jika dihantar melalui pos dan pada masa penyerahan, jika diserahkan melalui serahan tangan atau melalui kurier. Penyampaian proses mahkamah juga boleh dilaksanakan melalui sebarang cara lain yang dibenarkan oleh undang-undang. 34.2. Pemegang Akaun hendaklah memaklumkan Bank dengan segera tentang sebarang perubahan pada pekerjaan atau perniagaan atau alamat (pejabat atau kediaman) atau jika Pemegang Akaun merancang untuk berada di luar Malaysia selama lebih daripada tiga puluh (30) hari kalendar berturutturut. 35. Perakuan Bukti Konklusif Perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai Bank tentang transaksi yang dijalankan terhadap Akaun; dan/atau jumlah yang pada masa itu tersedia dalam Akaun adalah bukti konklusif terhadap Pemegang Akaun dalam sebarang prosiding undang-undang. 36. Pembatalan/Penggantungan disebabkan Keganasan 36.1. Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang hak dan remedi lain Bank atau sifat am sebarang peruntukan lain dalam Perjanjian, Bank berhak menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk dengan serta-merta mengisytiharkan bahawa:(a) Akaun; dan/atau penggunaannya akan digantung, dan dengan itu ia akan digantung; dan/atau (b) Akaun; dan/atau penggunaannya akan dibatalkan, dan dengan itu ia akan dibatalkan; jika sebarang peristiwa atau siri peristiwa sama ada berkaitan atau tidak, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang tindakan kekerasan, keganasan, permusuhan atau peperangan, darurat, revolusi, pemberontakan, rampasan atau bencana lain (sama ada berlaku di dalam atau di luar Malaysia atau mana-mana tempat lain di mana Bank mungkin menjalankan perniagaan) atau perubahan keadaan lain Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
22
telah berlaku yang menurut pendapat Bank (yang mana pendapat tersebut adalah muktamad dan mengikat terhadap Pemegang Akaun):(i)
akan atau mungkin menjadikannya tidak wajar atau tidak praktik bagi Bank untuk menyediakan Akaun dan/atau Kad atau terus menyediakannya atau membenarkan Akaun dan/atau Kad digunakan atau terus digunakan; atau untuk mematuhi manamana obligasinya di bawah terma dan syarat ini; atau
(ii)
akan atau mungkin menjejaskan keupayaan atau kesanggupan Pemegang Akaun untuk mematuhi sebarang obligasi yang perlu dipatuhi oleh Pemegang Akaun di bawah terma dan syarat ini atau menjadikan Pemegang Akaun mungkin tidak berupaya atau sanggup berbuat demikian.
37. Pengganti Perjanjian ini mengikat terhadap waris, wakil diri dan pengganti hakmilik Pemegang Akaun dan terhadap pengganti hakmilik dan penerima serah hak Bank. 38. Penyusunan Semula Bank Obligasi dan liabiliti Pemegang Akaun akan terus sah dan mengikat bagi semua tujuan pun jua meskipun sebarang perubahan melalui penggabungan, penyusunan semula atau sebaliknya yang dilakukan terhadap Bank atau mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan Bank pada masa itu dan akan tersedia kepada syarikat yang menjalankan perniagaan tersebut pada masa itu. 39. Masa Menjadi Asas Masa di mana jua disebut akan menjadi asas Perjanjian. 40. Undang-undang Terpakai dan Bidang Kuasa Perjanjian ini akan dianggap satu kontrak yang dibuat di bawah undang-undang Malaysia dan hendaklah bagi semua tujuan dikawal oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan pihak-pihak di sini bersetuju berserah kepada bidang kuasa bukan eksklusif Mahkamah Malaysia di Kuala Lumpur atau mahkamah sebarang bidang kuasa kompeten lain yang mana Bank boleh menurut budi bicara tunggalnya memilih untuk berserah kepada bidang kuasa tersebut dan seterusnya bersetuju bahawa penyampaian sebarang proses undang-undang boleh dilaksanakan dalam cara yang dibentangkan di dalam ini. Pemegang Akaun menepikan sebarang bantahan atas alasan tempat atau forum non-conveniens. 41. Keselamatan Kata Laluan Anda bertanggungjawab melaksanakan keselamatan dan kawalan yang mencukupi terhadap semua ID Pengguna CIMB Clicks, Kata Laluan Perbankan Internet, TAC, PIN atau sebarang kod lain yang akan anda gunakan untuk mengakses Akaun dan/atau Kad. 42. Pengecualian Liabiliti Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian (termasuk sebarang kerugian faedah, perbelanjaan yang ditanggung, kehilangan kontrak atau keuntungan atau kerugian berbangkit lain, sama ada langsung atau tidak langsung) yang walau bagaimanapun jua ditanggung (sama ada melalui ketinggalan atau keingkaran lain) berhubung dengan penggunaan Akaun oleh Pemegang Akaun termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan atau kerugian yang ditanggung terhadap sebarang penyata, representasi atau implikasi berkaitan dengan atau berbangkit daripada tindakan tidak membaharui atau membatalkan Akaun dan/atau Kad atau sebarang pembatalan, penggantungan atau sekatan terhadap penggunaan Akaun dan/atau Kad oleh Pemegang Akaun kecuali disebabkan kecuaian melampau oleh Bank. 43. Klausa Privasi 43.1 Pemegang Akaun dengan ini mengesahkan bahawa Pemegang Akaun telah membaca, memahami dan bersetuju terikat oleh Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com) dan klausa-klausa di dalam ini, yang berkait dengan pemprosesan maklumat peribadi Pemegang Akaun. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Pemegang Akaun bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut akan dianggap digabungkan melalui rujukan ke dalam Perjanjian ini. 43.2 Sekiranya Pemegang Akaun memberikan maklumat peribadi dan kewangan berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat berhubung dengan waris dekat dan tanggungan Pemegang Akaun, bagi tujuan membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan Pemegang Akaun dengan Bank atau sebaliknya Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
23
melanggan produk dan perkhidmatan Bank, Pemegang Akaun (a) mengesahkan bahawa Pemegang Akaun telah mendapatkan kebenaran mereka atau sebaliknya berhak memberikan maklumat ini kepada Bank dan untuk Bank menggunakannya selaras dengan Perjanjian ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju mengemaskinikan Bank secara bertulis sekiranya terdapat apa-apa perubahan material pada maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) menyetujui hak Bank untuk menamatkan Akaun ini sekiranya kebenaran tersebut ditarik balik oleh mana-mana pihak ketiga tersebut. 43.3 Jika Pemegang Akaun mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang jenis transaksi rentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butir-butir yang relevan bagi transaksi rentas sempadan tersebut (termasuk maklumat berkaitan dengan mereka yang terlibat dalam transaksi tersebut) mungkin diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana maklumat tersebut boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berkaitan dengan kewajipan sah mereka (misalnya pencegahan jenayah). Dengan mengarahkan Bank dan/atau agen kami agar memasuki sebarang transaksi rentas sempadan bagi pihak Pemegang Akaun, Pemegang Akaun menyetujui pendedahan di atas bagi pihak Pemegang Akaun dan pihak lain yang terlibat dalam transaksi rentas sempadan tersebut. 43.4
Bank mungkin menggunakan agensi pelaporan/rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan, misalnya apabila Bank perlu (a) menyemak butir-butir tentang permohonan bagi kemudahan kredit dan berkaitan kredit atau kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit dan berkaitan kredit, termasuk menjalankan semakan terhadap portfolio Pemegang Akaun; dan/atau untuk mendapatkan balik hutang. Pemegang Akaun akan dikaitkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang kini atau pernah digunakan oleh Pemegang Akaun, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Bank juga mungkin berkongsi maklumat tentang Pemegang Akaun dan bagaimana Pemegang Akaun mengurus akaun/kemudahan Pemegang Akaun dengan agensi pelaporan/rujukan kredit yang berkenaan.
43.5 Meskipun selepas Pemegang Akaun memberikan apa-apa maklumat kepada Bank, Pemegang Akaun mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum itu. Dalam keadaan sedemikian, Bank mempunyai hak untuk tidak menyediakan atau berhenti menyediakan apa-apa produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang dikaitkan dengan maklumat tersebut. 43.6
Bagi tujuan Klausa 43 ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat berkaitannya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 6 Akta Syarikat 1965 dan syarikat yang dikawal bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan penggunaan perkataan “Bank” hendaklah dibaca sebagai rujukan kepada Kumpulan CIMB.
43.7
Klausa ini adalah tanpa prejudis terhadap sebarang klausa lain dalam Perjanjian ini yang membuat peruntukan bagi pendedahan maklumat.
44.
Tiada Penyerahan Hak
Pemegang Akaun tidak boleh tanpa kebenaran bertulis Bank menyerah hak atau mewujudkan sebarang kepentingan cagaran terhadap hak, hakmilik, manfaat dan kepentingan Akaun termasuk tetapi tidak terhad kepada semua wang yang dipegang di dalamnya memihak kepada mana-mana orang kecuali dan melainkan bahawa ini boleh diserah hak dan atau diwujudkan memihak kepada Bank.
45. 45.1
Penerbitan Perjanjian ini di CIMB Clicks Sesalinan Perjanjian ini diterbitkan di CIMB Clicks (atau mana-mana laman web lain yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memaklumkan Pemegang Akaun). Sekiranya Bank mengubah atau meminda sebarang terma Perjanjian ini, versi yang dipinda dan dikemaskinikan akan diletakkan di laman web Bank yang disebut sebelum ini.
46. Jika terdapat sebarang ketidakselarasan, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Pemegang Akaun dan dicatat dan diakui oleh Bank dalam rekodnya bahawa versi Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
24
terma-terma dan syarat-syarat dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Akaun, maka versi termaterma dan syarat-syarat di dalam ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain. 47. Sekiranya terdapat sebarang aduan tentang Perjanjian ini, Pemegang Akaun boleh menghubungi ‘Customer Resolution Department’ (“CRU”) Bank di alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor faks berikut (atau di sebarang alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor faks lain yang boleh diubah oleh Bank dengan memaklumkan Pemegang Akaun:Customer Resolution Department Aras 19, Menara Bumiputera Commerce, No 11, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur Tel: 1300880900 Faks: 603- 26913248 Alamat e-mel:
[email protected]
Terma-terma & Syarat-syarat Akaun Kwik CIMB Bank
25