ML 355S
MP 355S
ML 320S
MP 320S
820 9505 33 - ed1210
ARAHAN PENGGUNAAN
Dometic S.à r.l. op der Hei 17 L - 9809 Hosingen, Luxembourg
BAHASA MALAYSIA
KANDUNGAN Muka Surat
Maklumat Penting Maklumat Am _______________________________________________________4 Keselamatan ________________________________________________________4 Pengangkutan _______________________________________________________4 Perlindungan Alam Sekitar ____________________________________________4
Pemasangan Penempatan ________________________________________________________5 Pembersihan / Penyahjangkitan ________________________________________5 Sambungan Elektrik __________________________________________________5
Penggunaan Elektronik Panel papan pemuka__________________________________________________6 Paparan ____________________________________________________________6 Hidupkan ___________________________________________________________6 Paparan Suhu _______________________________________________________6 Fungsi Butang _______________________________________________________6 Pengesetan Bahasa___________________________________________________7 Menu “SETTINGS” ____________________________________________________7 Menu “EXTRA” _______________________________________________________8 Status dan mesej amaran_____________________________________________10 Mesej penggera dan mesej ralat _______________________________________10
Kegunaan dan Kendalian Nasihat penting untuk storan__________________________________________11 Situasi penggera ____________________________________________________12 Sejarah Penggera ___________________________________________________12 Bateri cas semula ___________________________________________________12 Fungsi Penggera Luaran ______________________________________________13 Penyesuaian Dalaman _______________________________________________13 Termostat Keselamatan ______________________________________________13 Perekod Suhu ______________________________________________________13 Interfasa RS485 _____________________________________________________14 Pembersihan _______________________________________________________14 Kipas______________________________________________________________14 Lampu ____________________________________________________________14 Pemanas___________________________________________________________14 Ruang Mesin _______________________________________________________14
3
Maklumat Penting Maklumat Am • Peti Sejuk siri ML- dan MP- direka bentuk untuk storan dan penyejukan persediaan yang tertakluk kepada rantaian sejuk dan sensitif suhu. Unitunit ini tidak bertujuan untuk digunakan bagi menyejukkan barang makanan. • Sebelum menggunakan unit ini, sila baca semua arahan pengendalian dengan teliti, termasuk maklumat tentang keselamatan ketika penggendalian, penggunaan dan penyelenggaraannya
• Sila simpan buku arahan ini berhampiran dengan mesin supaya semua pengguna boleh membaca dan mengetahui fungsi dan langkah-langkah keselamatan. • Sila pastikan terdapat ruang yang mencukupi disekeliling unit ini untuk peredaran udara. Sila rujuk maklumat pemasangan berkaitan perkara ini.
!
Keselamatan • Unit ini mestilah dikendalikan oleh orang dewasa sahaja. Jangan biarkan kanak-kanak bermain dengan mesin ini atau menyentuh bahagian kawalannya. • Kesemua kerja pemasangan dan penyesuaian mestilah dikendalikan oleh kakitangan yang bertauliah. Kerja-kerja pengendalian yang dilakukan oleh kakitangan yang kurang prngetahuan teknikal mungkin akan menjejaskan prestasi unit ini, kecederaan fizikal atau kerosakan pada mesin ini. • Semua kerja pemulihan dan pembaikan mestilah dilakukan oleh Jurutera Khidmat Pelanggan yang bertauliah. Hanya alat ganti yang asli sahaja yang boleh digunakan dalam kerja pembaikan.
• Sila pastikan bahawa kabel penyambung tidak dihimpit atau dilentur ketika unit ini dipasang atau dipindahkan. • Sebelum kerja-kerja pembersihan atau penyelenggaraan dilakukan, sila pastikan suis ditutup dan plag elektrik utama dikeluarkan. • Sistem penyejukan unit ini mengandungi bahan penyejuk (refrigerant). Oleh yang demikian, unit ini serta barang yang disimpan didalamnya akan mengalami kerosakan sekiranya terdapat kebocoran. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, sila hindarkan sistem penyejuk ini dari terkena benda tajam atau tirus.
Pengangkutan • Sila periksa dengan teliti bahawa unit ini dihantar tanpa sebarang kerosakan. Jika terdapat kerosakan akibat dari kerja-kerja mengangkut, sila hubungi perkhidmatan penghantaran atau wakil jualan dengan serta-merta dan serahkan surat penghantaran atau bukti penghantaran.
Jangan gunakan unit yang mengalami kerosakan akibat proses penghataran. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, sila hubungi pihak Electrolux. • Unit ini mestilah diangkut secara tegak. (lerengan maksima 45°).
Perlindungan Alam Sekitar • Lindungilah alam sekitar. Amalkan cara pembuangan yang betul dan teratur. Sila kembalikan segala bahan dan alat pembungkusan untuk tujuan kitar-semula. • Sebelum proses pembuangan dilakukan, sila pastikan bahawa pintu ditanggalkan dahulu supaya tiada kanak-kanak yang terperangkap didalamnya ketika bermain.
4
• Sebelum pembuangan unit lama dilakukan, sila keluarkan alat akumulator plumbum buangkannya secara berasingan. • Ketika proses pembuangan dijalankan sila pastikan bahawa unit tidak akan menjadi terlalu panas kerana gas mampu bakar (combustible gas) boleh menyebabkan buih penebat berbuih.
Penempatan
min 70 mm
ALARM HISTORY
POWER FAIL
O
I
min 70 mm ALARM HISTORY
POWER FAIL
O ENTER
min 30 cm
Pemasangan !
I ENTER
ALARM TEST
ALARM TEST
ALARM HISTORY
POWER FAIL
O
I ENTER ALARM TEST
min 7070 mm min mm
• Untuk mengelakkan sebarang masalah operasi, sila pastikan terdapat peredaran udara yang baik disekeliling unit ini. Unit ini perlu setiasa dikelilingi oleh ruang kosong dalam jarak 70mm. Serta 30cm dari siling. • Jangan letakkan di bawah kipas siling atau bersebelahan dengan alat penghawa dingin.
POWER FAIL
O
POWER FAIL
ALARM HISTORY
I
O
ALARM HISTORY
I
ENTER
ENTER ALARM TEST
ALARM TEST
POWER FAIL
O
min 7070 mm min mm
POWER FAIL
ALARM HISTORY
O
I
ALARM HISTORY
I ENTER
ENTER ALARM TEST
ALARM TEST
min 30 cm min 30 cm
• Unit ini perlu diletakkan di tempat yang kering dan mempunyai peredaran udara yang baik. Elakkan dari terkena pancaran matahari dan jangan letakkannya berhampiran dengan sumber haba. • Pastikan ia diletakkan di tempat yang kukuh dan tegak dan tidak terkena dengan barangan lain di sebelahnnya.
POWER FAIL
O
• Terdapat dua alat pembahagi disertakan pada sesetengah unit. Alat ini perlu dipasang seperti didalam rajah, sebelum ia di letakkan pada dinding..
Pembersihan / Penyahjangkitan • Pastikan anda membersihkan dan menyahjangkit dalam dan luar unit sebelum digunakan. Sila gunakan hanya cairan penbersih yang lembut. Jangan gunakan agen pembersih yang mengkakis, bahan pencuci yang kesat, pencuci periuk yang diperbuat dari besi, span yang kesat atau sebarang bahan pelarut kimia.Ketika proses pembersihan pastikan tiada cecair yang memasuki alat pengedar udara.
• Untuk penyahjangkitan kami mengesorkan penggunaan bahan yang biasa digunakan oleh pengguna, yang disyorkan oleh German Association for Hygiene and Microbiology (DGHM) atau organisasi kebangsaan yang lain. Untuk proses penyahjangkitan pada tempat yang kecil, penggunakan agen alcohol yang kuat adalah disyorkan.
Sambungan Elektrik • Sebelum penyambungan unit ini pada sumber elektrik perlu dipastikan bahawa data pada plet nama yang berada di bahagian dalaman unit adalah bersesuaian dengan kadar tempatan. Unit ini mestilah disambungkan hanya pada soket yang telah dibumikan. • Sebelum penyambungan unit dan pemasangan suis buat pertama kali, biarkan ia dalam masa 30 minit. • Unit ini mesti disambungkan kepada soket terbumi, dipasang dengan pengalir bumi pelindung dan pemutus litar arus rosak yang memadai.
• Untuk mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku pada unit ini disebabkan oleh peralatan elektrik yang lain, sila sambungkan unit ini secara berasingan. Jangan sambungkan unit ini pada soket pelbagai. • Pastikan plag daripada unit ini mudah diakses supaya boleh dikeluarkan dengan mudah tanpa mengalihkan peralatan elektrik atau perasbot yang lain.
5
I
Penggunaan Elektronik Panel papan pemuka
Butang ATAS, BAWAH KIRI, KANAN, 220V
10:32
LED merah (Penggera)
220V 10:32
Paparan
Butang KEMBALI
220V 10:32
Suis kunci
Butang MENU
Butang MASUK Butang lampu
LED hijau (Kuasa)
Paparan
Butang suis bisu
220V 10:32
220V 10:32
DOOR OPEN BATTERY FAIL
Suhu
Penunjuk Status, Amaran
220V 10:32
Voltan input Masa arus
220V 10:32
DOOR OPEN BATTERY FAIL
DOOR OPEN BATTERY FAIL
Hidupkan
• Untuk menghidupkan, putar suis kunci kepada kedudukan mendatar LED-KUASA warna hijau menyala.
Paparan Suhu • Semasa pengendalian biasa paparan menunjukkan suhu dalaman peti sejuk. • Unit suhu bergantung pada pengesetan “UNIT SUHU” dalam menu SETTINGS. (°C - Celsius atau °F -Fahrenheit).
Pemanas pintu atau :
DOOR OPEN Bateri BATTERY FAIL
DOOR OPEN BATTERY FAIL
• Sejurus selepas dihidupkan, suhu dalaman peti sejuk ditunjukkan pada paparan. • Pemampat dan semua komponen lain perkakas akan dihidupkan hanya selepas swauji dalaman selama satu minit.
• Paparan ditunjukkan dalam langkah 0.1° atau 1° - bergantung pada pengesetan “RESOLUSI“ dalam menu SETTINGS.
Fungsi Butang • Oleh mengaktifkan butang MENU medan menu dapat diakses. Pemilihan menu yang dikehendaki dibuat melalui butang BAWAH atau ATAS. Pemilihan mestilah disahkan dengan butang MASUK. • Dengan menekan butang KEMBALI anda kembali ke titik menu pemilihan terdahulu. • Dengan bantuan butang navigasi BAWAH , ATAS , KIRI dan KANAN anda boleh menavigasi menu dan menukar pengesetannya.
6
• Jika anda berada dalam mod paparan biasa, lampu dalaman sama ada dihidupkan atau dipadamkan. Dalam medan menu “butang lampu” fungsi dipadamkan. • Dengan butang MASUK pemilihan semasa disahkan. Ini digunakan untuk pemilihan menu dan juga untuk nilai parameter. Perubahan parameter hanya berkesan apabila disahkan dengan butang MASUK. • Bagi penggera, penggera akustik boleh dimatikan untuk masa yang ditentukan dengan butang bisu. Dalam medan menu fungsi “butang lampu” dipadamkan.
22 10:
Pengesetan Bahasa • Pengesetan kilang bagi bahasa untuk alat elektronik ini ialah INGGERIS. Untuk menukar kepada bahasa Jerman lakukan seperti berikut:
Tekan butang MENU pilih menu EXTRA LANGUAGE MALAYSIA
Menu “SETTINGS” • Parameter yang ada dalam menu “SETTINGS” sebahagiannya mengganggu fungsi perkakas. Oleh itu akses kepada menu SETTINGS boleh dilindungi dengan kata laluan. Adalah disarankan supaya perlindungan ini digunakan untuk mengehadkan akses kepada parameter.
Tekan butang MENU pilih Menu “SETTINGS” KATA LALUAN PENGGUNA: 0XXX
TITIK SET SET : X.X °C
TARIKH/MASA SET TARIKH/MASA HH:MM dd MMM yy ▼ PILIH 12j/24j PAPARAN 12J PAPARAN 24J PENGGERA SET PENGGERA RENDAH P.GERA REN. : X.X °C
SET PENGGERA TINGGI P.GERA TIN. : X.X °C PENGGERA PINTU JAUH P.GERA PINTU JAUH DIDAYAKAN : 0 1
PEMANAS PINTU PEMANAS PINTU MATI HIDUP
• Bergantung pada model sesetengah fungsi ini tidak boleh didapati. Ini digantikan oleh “- - -“ dalam paparan.
kata laluan ini ditetapkan pada nilai “0000” supaya dengan menekan butang anda terus tiba di menu SETTINGS.
Titik set suhu ialah suhu set peti sejuk. Titik set boleh diubah di antara nilai-nilai had yang ditetapkan dalam peningkatan 0.5 K.
Mengeset waktu dan tarikh semasa. Menukar paparan antara 12 jam dengan 24 jam
Suhu dalaman terendah yang boleh diterima. Jika suhu jatuh di bawah nilai ini penggera suhu dicetuskan. Suhu dalaman tertinggi yang boleh diterima. Jika suhu melebihi nilai ini penggera suhu dicetuskan.
bagi pembukaan pintu 0 = penggera jauh dimatikan / 1 = penggera jauh dihidupkan. pemanas pintu untuk perkakas dengan pintu cermin. (lihat Bab “Pemanas”).
7
UJIAN PENGGERA AKTIF UJIAN PENGGERA UJIAN PENGGERA
ALAMAT KOMUNIKASI ALAMAT KOM : 0 255
PERKHIDMATAN SET SEM. MASA KHIDMAT SET SEMULA PEMBILANG YA TIDAK
SEMBUNYI AMARAN KHID.
KATA LALUAN PENGGUNA
PENGAKTIFAN JAUH KAW. JAUH DIMATIKAN KAW. JAUH DIHIDUPKAN
TUKAR K.L. PENGGUNA: 0XXX XXXX
KALIBRASI
K.LALUAN KALIBRASI : 0XXX
Fungsi ini adalah untuk tujuan simulasi situasi penggera suhu. Mengaktifkan butang MASUK akan melancarkan kitaran ujian penggera berikut: 1. Peningkatan berfasa suhu dalaman sehingga had penggera atas dicapai. Mencetuskan penggera suhu. 2. Penurunan berfasa suhu dalaman sehingga had penggera bawah dicapai. Mencetuskan penggera suhu. Fungsi yang serupa seperti yang diterangkan di atas untuk unit penyejuk beku dalam perkakas gabungan.
Fungsi penggera jauh boleh dihidupkan dam dimatikan untuk ujian penggera.
Dengan bantuan antara muka RS485 terbina dalam beberapa perkakas boleh dirangkaikan antara satu sama lain. Untuk keadaan ini setiap perkakas individu mesti mendapat satu alamat komunikasi yang berasingan. (pengesetan 0 – 255)
Selepas tamat tempoh suatu masa operasi mesej “SERVICE” muncul di paparan untuk mendapatkan perhatian bahawa telah tiba masa untuk membuat penyenggaraan tetap. Pembilang untuk masa servis ini boleh dikembalikan dengan fungsi ini. Fungsi ini adalah untuk membatalkan mesej “PERKHIDMATAN”. Menukar kata laluan untuk mengakses MENU “SETTINGS”.
Masukkan kata laluan baru dua kali dan sahkan. Fungsi ini adalah untuk menentukur penderia. Oleh sebab setiap pengesetan dalam penentukuran menjejaskan fungsi perkakas, fungsi ini dilindungi oleh kata laluan di kilang dan hanya boleh digunakan oleh kakitangan servis terlatih sahaja! Masukkan kata laluan untuk menu
Menu “EXTRA” • Menu “EXTRA” hanya mengandungi parameter yang tidak mempunyai pengaruh terhadap fungsi perkakas dan oleh sebab itu juga boleh diakses untuk apa-apa kegunaan tanpa kata laluan.
8
Tekan butang MENU Pilih menu “EXTRA”
SEJARAH TUNJUK SEJARAH
(lihat bab “Sejarah penggera” untuk butir-butir lanjut) Paparan untuk situasi penggera. Dengan bantuan butang dan anda boleh menatal ke bawah senarai
HAPUS SEJARAH HAPUS SEJARAH : TIDAK YA PEMBAZ KELANTANGAN KELANTANGAN PEMBAZ MASA BISU MASA BISU: 0 60
PAPARAN KECERAHAN PAPAR KECERAHAN - ■ + KONTRAS PAPAR KONTRAS - ■ + POS / NEG POSITIF NEGATIF
Apabila berlaku penggeraan, isyarat akustik boleh dimatikan untuk masa yang diberikan dengan mengaktifkan butang MASUK. Masa yang diberikan adalah ditentukan oleh parameter ini. Ia boleh diubah daripada 0 hingga 60 minit dengan peningkatan 1 minit. Mengeset parameter untuk paparan Mengeset kecerahan dengan butang dan . Mengeset kontras dengan butang dan .
Menukar paparan daripada positif (biru/putih) kepada paparan negatif (putih/biru).
TMT MASA CAHAYA BLKG. TAMAT MASA: 0 127
Tempoh penunjuk paparan apabila butang ditekan semasa kegagalan kuasa. (100 = kira-kira 10 Saat, 50 = kira-kira 5 Saat) (lihat bab “Situasi penggera”) Menunjukkan voltan input bagi perkakas yang sedang dipaparkan.
KUAR AMBIEN AMBIEN TIADA
Jika perkakas disambungkan kepada penderia suhu ambien, suhu yang diukur oleh penderia ini boleh ditunjukkan pada paparan.
KUAR ALAMAT
Mengeset kelantangan isyarat penggera akustik
PENUNJUK VOLTAN VOLTAN TALIAN TIADA
YA : memadam seluruh
Membolehkan paparan tambahan nilai suhu bagi salah satu penderia berikut (jika disambungkan): Tiada nilai dipaparkan. Nilai penderia kawalan dipaparkan.
TIADA KAWAL ATUR
RESOLUSI RES.: 0.1°
1°
Mengeset resolusi paparan suhu. Suhu boleh dipaparkan dengan atau tanpa tempat perpuluhan.
UNIT SUHU CELSIUS FAHRENHEIT BAHASA INGGERIS JERMAN PERANCIS BELANDA
ITALI SEPANYOL PORTUGIS DENMARK
Memaparkan nilai suhu dalam °Celsius atau dalam °Fahrenheit.
Menukar bahasa menu SWEDEN NORWAY FINLAND MALAYSIA RUSIA
9
DIAGNOSIS
PARAMETER
Memaparkan status semasa perkakas (untuk tujuan servis sahaja). Memaparkan pengesetan semasa bagi semua parameter (untuk tujuan servis sahaja)
Status dan mesej amaran • Alat elektronik menjana pelbagai status atau mesej amaran bergantung pada pengesetan atau keadaan perkakas. • Jika satu atau beberapa mesej hendak dipaparkan pada masa yang sama dalam satu baris, mesej-mesej ini muncul secara berselang-seli pada paparan.
PINTU BUKA
Mesej ini muncul sebaik sahaja pintu perkakas dibuka. Jika pintu tidak ditutup semula selepas masa praset, penggera dicetuskan. Penggera ini tidak dimasukkan dalam senarai sejarah. Mesej atau penggera hilang sebaik sahaja pintu ditutup.
SEJARAH
Mesej ini menunjukkan bahawa entri baru telah dibuat dalam senarai sejarah penggera. Mesej hilang sebaik sahaja sejarah dipaparkan satu kali dengan fungsi “TUNJUK SEJARAH”.
UJIAN PENGGERA
Muncul semasa ujian penggera. Mesej hilang sebaik sahaja nyahfros selesai.
AMB ..°C
Jika penderia suhu ambien disambungkan kepada perkakas dan paparan dalam menu ( - EXTRA - KUAR AMBIEN), mesej ini muncul pada paparan diikuti dengan suhu ambien yang sedang diukur.
DAF ..°C
Jika paparan penderia kawal atur diaktifkan dalam menu EXTRA diaktifkan ( - EXTRA - KUAR ALAMAT - KAWAL ATUR) mesej ini muncul pada paparan diikuti dengan suhu kawalan yang sedang diukur.
PERKHIDMATAN
Jika perkakas telah berjalan selama masa praset, mesej ini muncul pada paparan untuk menunjukkan bahawa tatacara pembersihan atau penyenggaraan diperlukan. Mesej ini boleh dibatalkan dengan fungsi "SEMBUNYI AMARAN KHID.” dalam menu SETTINGS.
SUHU AMBIEN TINGGI
Jika penderia suhu ambien disambungkan kepada perkakas dan jika nilai ini naik melebihi nilai yang diberikan, mesej ini muncul pada paparan. Walau bagaimanapun perkakas akan berfungsi seperti biasa. Nilai maksimum yang disimpan dalam alat elektronik bergantung kepada kelas suhu perkakas berkenaan dan tidak boleh diubah
SUHU AMBIEN RENDAH
namun beranalog dengan “SUHU AMBIEN TINGGI” dengan nilai minimum.
Mesej penggera dan mesej ralat • Mesej penggera yang berikut mungkin dijanakan oleh alat elektronik. Rujuk kepada bab “Situasi penggera” untuk maklumat lanjut.
10
PINTU BUKA
Lihat mesej status “PINTU BUKA”
PENGGERA SUHU TINGGI
Mesej penggera ini muncul sebaik sahaja suhu dalaman melebihi had penggera atas yang diberikan. Penggera suhu panas disimpan dalam Sejarah Penggera. Mesej penggera ini hilang sebaik sahaja suhu mencapai had penggera atas sekali lagi.
PENGGERA SUHU RENDAH
Mesej penggera ini muncul sebaik sahaja suhu dalaman jatuh di bawah had penggera atas yang diberikan. Penggera suhu sejuk disimpan dalam Sejarah Penggera. Mesej penggera ini hilang sebaik sahaja suhu mencapai had penggera bawah sekali lagi.
GAGAL KUASA
Mesej ini muncul jika bekalan kuasa diganggu semasa perkakas dihidupkan. Penggera kerosakan kuasa disimpan dalam sejarah penggera. Mesej penggera ini hilang sebaik sahaja bekalan kuasa dipulihkan.
• Jika salah satu mesej ralat yang berikut muncul pada paparan, suatu kerosakan atau pincang tugas telah berlaku dan komponen yang terjejas mestilah dibaiki atau diganti oleh kakitangan servis.
BAT.1 RENDAH/GAGAL
BAT.2 RENDAH/GAGAL
SENS. DAFT. GAGAL
Kegagalan penderia kawalan. Perkakas terus berjalan dalam mod “MOD PASTI SELAMAT”.
SENS. PAPARAN GAGAL
Kegagalan penderia paparan. Dalam hal ini fungsi paparan diambil alih oleh penderia kawalan.
SENS. AMBIEN GAGAL
Kegagalan penderia suhu ambien.
E1 / RALATCFG
Kesalahan konfigurasi: Kesalahan dalam pengesetan parameter. Perkakas tidak dapat dihidupkan.
E2
Kerosakan elektronik. Fungsi perkakas terhenti.
RALAT KOM
Tiada komunikasi antara antara muka dengan papan utama. Fungsi perkakas terhenti.
MOD PASTI SELAMAT
Kerosakan yang serius, namun perkakas terus berjalan dalam mod "MOD PASTI SELAMAT” iaitu pemampat dihidupkan dan dimatikan menurut rentak set.
Mesej ini muncul jika bateri utama dalaman rosak atau mati. Pada masa yang sama simbol bateri juga muncul pada paparan. Mesej ini muncul jika bateri tambahan opsyenal rosak atau mati. Pada masa yang sama simbol bateri juga muncul pada paparan.
Kegunaan dan Kendalian Nasihat penting untuk storan • Beg darah dan persediaan hendaklah disimpan dalam laci dan/atau rak yang disediakan sahaja. • Muatan mestilah tidak menghalang bukaan salur masuk udara di dalam unit.
• Pastikan beg darah dan/atau persediaan perubatan tidak senget ke bahagian belakang. • Pastikan muatan tidak menyentuh botol rujukan bagi penderia paparan. • Unit tidak direka bentuk untuk pendinginan cepat bagi beg darah yang panas. • Jangan terlebih muat unit.
11
Situasi penggera • Apabila berlaku situasi penggera, usaha mestilah dibuat untuk mengetahui sebab tercetusnya penggera dan menyelesaikannya secepat yang mungkin. Jika itu tidak berjaya langkah-langkah sewajarnya mesti diambil dengan serta-merta supaya barangan yang disimpan tidak mengalami apa-apa kerosakan. • Pada suhu penggera, penggera LED berwarna merah menyala dan isyarat akustik berbunyi. Di samping itu, mesej penggera yang sepadan muncul pada paparan. • Dalam hal penggera gagal kuasa LED berwarna hijau dan LED berwarna merah menyala dan isyarat akustik berbunyi.
Paparan dimatikan tetapi boleh dengan menekanbutang dihidupkan semula. Selepas masa yang diberikan (pengesetan: EXTRA PAPARAN - TMT MASA CAHAYA BLKG.) paparan dimatikan sekali lagi. Penggera akustik boleh ditindas untuk set masa dengan menekan butang MASUK. Semasa fasa gagal kuasa parameter tidak boleh diubah. • Jika suhu dalaman naik melebihi had atas semasa fasa gagal kuasa, penggera suhu dicetuskan dan dimasukkan ke dalam senarai Sejarah. Dalam hal penggera pintu LED berwarna merah menyala dan isyarat akustik berbunyi. Di samping itu, mesej penggera yang sepadan muncul pada paparan.
Sejarah Penggera • Senarai sejarah penggera mengandungi semua data yang berkaitan tentang suhu dan kejadian gagal kuasa. Senarai mengandungi sehingga 20 situasi penggera. • Mesej status “SEJARAH” menunjukkan bahawa entri baru telah dibuat dalam senarai.
• Senarai sejarah penggera boleh diakses melalui fungsi “TUNJUK SEJARAH” dalam menu EXTRA. Di dalam senarai anda menavigasi dengan menggunakan butang OBEN dan UNTEN. Entri pertama dan terakhir dalam senarai ditandakan “MULA SENARAI” dan “TAMAT SENARAI”.
• Maklumat yang berikut disimpan dalam Sejarah Penggera:
Penggera suhu : ALARM : START : END: AVG: MAX / MIN: Penggera gagal : ALARM : START : END: AVG:
jenis penggera (PENGGERA SUHU TINGGI atau PENGGERA SUHU RENDAH) Tarikh dan masa mula situasi penggera Tarikh dan masa tamat situasi penggera Suhu purata pada penderia paparan semasa situasi penggera. Nilai suhu maksimum atau minimum pada penderia paparan semasa situasi penggera (bergantung pada jenis penggera suhu) GAGAL KUASA Tarikh dan masa mula situasi penggera Tarikh dan masa tamat situasi penggera Suhu purata pada penderia paparan semasa situasi penggera.
• Untuk memadam sejarah penggera, pilih fungsi “HAPUS SEJARAH” daripada menu EXTRA.
Bateri cas semula • Fungsi pemantauan elektronik semasa gangguan bekalan kuasa selama sekurang-kurangnya 48 jam dikekalkan oleh bateri cas semula bersepadu. • Bateri ini dicas secara automatik apabila perkakas disambungkan. • Jika keupayaan bateri tidak lagi mencukupi untuk mengambil alih fungsi kawalan, mesej ralat “BAT.1 SCHWACH/FEHLER muncul pada paparan.
12
• Pada permulaan pertama mungkin mesej „BAT.1 LOW/FAIL” muncul. Mesej akan hilang sebaik sahaja bateri dicas. • Bateri hendaklah diganti setiap 2 tahun. Penggantian ini mestilah dijalankan oleh juruteknik servis yang diiktiraf sahaja. Sebelum menanggalkan bateri, perkakas mestilah dimatikan dan palam dicabut. • Baterinya ialah bateri storan asid plumbum yang mesti dilupuskan secara berasingan sekiranya berlaku kerosakan.
Fungsi Penggera Luaran • Di bahagian belakang unit anda akan menemui dua terminal dengan tiga titik sentuh elektrik yang berasingan. Titik sentuh ini boleh digunakan untuk menyambung penggera optik atau akustik tambahan. • Satu terminal sepadan dengan penggera suhu dan pintu. Terminal yang satu lagi sepadan dengan penggera kegagalan kuasa. • Dengan menekan kekunci MASUK apabila penggera tercetus hanya akan memadamkan penggera dalaman dan tidak akan menjejaskan penggera luaran. Penggera luaran akan hanya terpadam apabila punca ianya tercetus telah ditemui dan telah dibaik pulih. • Voltan setinggi 12V DC dan voltan maksima 250V AC boleh disambungkan kepada ‘contact’ ini. Beban maksima tidak boleh melebihi 8A. Input minima adalah 100mA / 5V.
Penggera suhu Penggera Pintu buka
Penggera gagal
Penggera
Penggera
Penyesuaian Dalaman • Bergantung kepada model, laci yang boleh diubah ketinggiannya atau rak-rak disertakan sebagai peralatan asas. • Barangan ini harus disusun supaya beratnya diagihkan secara rata diatas rak atau di dalam laci.
Termostat Keselamatan • Kesemua unit yang beroperasi dalam had + adalah dipasang dengan termostat keselamatan. Termostat ini akan memadamkan alat pemeluwap
• Untuk mengeluarkan laci (contohnya, untuk membersihkannya) tarik keluar laci tersebut sehingga ianya berhenti dan kemudian angkat laci tersebut untuk mengeluarkannya. • Perkakas direka bentuk dengan cara sedemikian supaya fungsinya optimum dengan kelengkapan asal. Jika kelengkapan dalaman daripada pembekal lain digunakan, ini mestilah secara jelas dipersetujui oleh pengeluar. sebaik sahaja suhu di dalam peti sejuk ini mencecah +2°C, untuk mengelakkan barangan yang disimpan di dalam peti sejuk mengalami kerosakan akibat pembekuan.
Perekod Suhu • Dengan menggunakan perakam suhu ini pada selang masa tertentu, perubahan suhu dapat dicatat. Jangka masa boleh dipilih mengikut keperluan, pada 24 jam atau 7 hari. Sebelum bermula, adalah disyorkan supaya memeriksa jangka masa yang dipilih seperti berikut : naikkan pemegangnya dengan mata pena, longgarkan nat alat kunci pada paksi perakam dan keluarkan carta perakam. Tarik paksi perakam dan keluarkan pemasangan tersebut daripada ‘housing’. Pada sebelah pemasangan ini terdapat suis yang boleh digunakan untuk memilih masa yang dikehendaki. • Carta untuk kedua-dua selang masa ini adalah berlainan. Pastikan carta yang betul dimasukkan. • Mekanisma perakam dibekali elektrik oleh bateri 1.5V yang dipasang pada sebelah bawah pemasangan perakam.
• Untuk menggantikan mata pena, cabutkan yang lama daripada pemegangnya dan masukkan yang baru sehingga ianya berhenti. Jangan menyentuh mata pena. • Apabila membuat penyambungan semula pastikan nat alat kunci diletakkan di tempat yang betul. 13
Interfasa RS485 • Unit ini mungkin dilengkapi dengan interfasa RS485 bergantung. Dengan interfasa ini anda boleh menyambungkannya kepada komputer peribadi anda. • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak pihak Dometic.
Pembersihan • Peti sejuk ini harus dibersihkan, dan jika perlu, dinyahjangkit sebelum digunakan dan juga dari masa ke semasa selepas itu. • Hanya gunakan cecair / agen pembersih yang lembut. Jangan sekali-kali menggunakan agen
pembersih yang mengkakis, bahan pencuci yang kesat, pencuci periuk yang diperbuat daripada besi, span yang kesat atau sebarang bahan pelarut kimia. Semasa membersihkan, pastikan tiada sebarang cecair memasuki alt pengedar udara.
Kipas • Untuk memastikan peti sejuk berfungsi pada tahap yang optima, adalah amat penting untuk memastikan alat dalaman pengedar udara berfungsi dengan baik.
Lampu • Pelbagai perkakas dipasang dengan lampu dalam dan luar. • Untuk menukar lampu pendarfluor penutup lampu mesti ditanggalkan. Penutup ini adalah jenis klip masuk untuk lampu dalam dan jenis skru untuk lampu luar.
• Alat pengedar udara ini akan terpadam apabila pintu terbuka dan untuk mengelakkan dari pengambilan udara panas dari luar. • Pengaliran udara ke alat pengedar udara tidak boleh dihalang. Oleh yang demikian lubanglubang pengudaraan tidak seharusnya disekat atau ditutup.
• Lampu pendarfluor mestilah diganti dengan tiub 220V yang serupa binaannya. Anda boleh mendapatkan 10:32 kadaran kuasa untuk ini pada plat kadaran. • Setelah menukar lampu penutup mestilah dipasang balik dengan betul.
Pemanas 220V 10:32
• Pelbagai model dipasang dengan pemanas. • Jika pintu berkabut, pemanas ini boleh dihidupkan atau dimatikan melalui fungsi “PEMANAS PINTU” dalam menu SETTINGS.
• Apabila pemanas pintu dihidupkan simbol pemanas muncul di paparan. DOOR OPEN BATTERY FAIL
Ruang Mesin PENTING: Sebelum menjalankan sebarang aktiviti penyelenggaraan atau pembersihan, sila pastikan suis unit ini sentiasa dimatikan dan sambungan plag utamanya dikeluarkan.
14
• Habuk dari alat pemeluwap atau alat pencairan (condenser/liquefier) mestilah kerap dibersihkan dengan menggunakan berus tangan atau pembersih hampagas. Selang masa untuk aktivitipembersihan ini telah ditetapkan oleh pengeluar dan akan ditunjukkan oleh mesej “PERKHIDMATAN”.
DOOR OPEN BATTERY FAIL