Modul 1
Modul
Pembangunan Personaliti 1
1
PEMBANGUNAN PERSONALITI 1 PERINGKAT DIPLOMA ( LEPASAN SPM/PRA-DIPLOMA) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA ( LEPASAN STPM/ASASI/MATRIKULASI/DIPLOMA IPT LAIN) PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH
KEPIMPINAN KOMUNIKASI ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH KERJA BERPASUKAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
1
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
MODUL 1 : PEMBANGUNAN PERSONALITI 1 PENGENALAN Modul
ini
bertujuan
memupuk
dan
membentuk
individu
agar
memahami
tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa dan mengetahui peranan mereka sebagai pewaris bangsa. Selain berilmu pengetahuan dan berusaha mencapai keputusan akademik yang baik, modul ini turut mendedahkan betapa ketrampilan diri, budibahasa, kebolehan berkomunikasi dengan baik, berfikiran positif dan proaktif memainkan peranan dalam melahirkan graduan yang memiliki minda kelas pertama dan berpersonaliti unggul. Dalam masa yang sama mahasiswa perlu bermuhasabah diri dan bersatu dalam usaha mempertahankan masa depan agama, bangsa dan tanahair dari dijajah kembali di samping kestabilan dan kemakmuran yang dikecapi. MATLAMAT:
Untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa bumiputera di Universiti Teknologi MARA dalam menentukan hala tuju dan masa depan agama,bangsa dan tanahair.
OBJEKTIF
Memahami peranan dan tanggungjawab mahasiswa bumiputera di universiti.
Memahami fungsi dan tanggungjawab UiTM dalam menentukan dan masa depan bangsa.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
2
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
KAEDAH PELAKSANAAN
Ceramah
Latihan Dalam Kumpulan
KANDUNGAN MODUL PEMBANGUNAN PERSONALITI 1 UNIT 1
2
KAEDAH KETERANGAN PELAKSANAAN Ceramah TAJUK : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEWARIS BANGSA LDK 1
LDK 2
-
TEMPOH
Slide Ceramah LCD Projector Screen Dewan
2 jam
- Kertas Mahjong - Marker Pen - Pita Pelekat
2 jam
-
2 jam
TAJUK : PEWARIS BANGSA CEMERLANG -
3
BAHAN/PERALATAN
Kenali Diri (IceBreaking) Peranan Diri Sikap Diri Bersatu Hati Rumusan LDK 1
TAJUK : HAK PEWARIS BANGSA -
Hak Kami Bina Bangsa (Pembentangan Akta 153) Pertahan Bangsa Rumusan LDK 2
Surat Khabar Kertas Mahjong Marker Pen Pita Pelekat
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
3
Modul 1
4
LDK 3
Pembangunan Personaliti 1
TAJUK : SURVIVAL PEWARIS BANGSA -
Maju Ke Hadapan Strategi ke Puncak Arca 3M Ekspresi Bangsa Rumusan LDK 3
-
Surat Khabar Kertas Mahjong Marker Pen Pita Pelekat
2 jam
KUMPULAN SASARAN
Semua mahasiswa Semester 1 Peringkat Diploma ( Lepasan SPM da Pra Diploma )
Semua mahasiswa Semester 1 Peringkat Ijazah Sarjana Muda ( Lepasan STPM, Asasi, Matrikulasi )
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
4
Modul 1
1.
2.
CERAMAH : “Peranan Dan Tanggungjawab Pewaris Bangsa” TAJUK : “PEWARIS BANGSA CEMERLANG”
Kemahiran Kepimipinan
Etika Dan Moral Profesional
Kemahiran Keusahawanan
Pembelajaran Berterusan Dan Pengurusan Maklumat
-
3.
Kenali Diri (IceBreaking) - Peranan Diri - Sikap Diri - Bersatu Hati - Rumusan Aktiviti TAJUK : “HAK PEWARIS BANGSA”
Kemahiran Kerja Berpasukan
PERKARA
CERAMAH Pemikiran Kritis Dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah
BIL
:
Kemahiran Komunikasi
UNIT 1
Pembangunan Personaliti 1
4.
Bina Bangsa Hak Kami (Pembentangan Akta 153) Pertahan Bangsa Rumusan Aktiviti
TAJUK : “SURVIVAL PEWARIS BANGSA” -
Maju Ke Hadapan Strategi ke Puncak Arca 3M Eksperisi Bangsa
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
5
Modul 1
TAJUK CERAMAH
:
Pembangunan Personaliti 1
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEWARIS BANGSA
TEMPOH MASA
:
2 JAM
OBJEKTIF :
Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai mahasiswa bumiputera di Universiti Teknologi MARA dalam menentukan hala tuju serta masa depan agama, bangsa dan tanahair.
Memberi kesedaran kepada mahasiswa bahawa hala tuju serta masa depan agama, bangsa dan tanahair telah jelas terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dan mahasiswa perlu mendaulat dan memepertahankannya.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
6
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
NOTA CERAMAH UNIT 1 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB MAHASISWA Mahasiswa merupakan golongan penting yang akan menentukan pelapis kepimpinan negara. Malahan mereka jugalah yang akan memimpin semua organisasi-organisasi besar atau kecil didalam atau pun di luar Negara. Justeru itu mahasisawa mestilah mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang insan yang berilmu Antara beberapa pendefinisian penting mengenai mahasiswa adalah:
Seseorang yang telah mendaftar diri, mendaftar kursus dan membayar yuran pengajian. ( Peraturan Akademik UiTM, Pindaan 2008)
Mahasiswa adalah pelajar yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi (Dewan Bahasa dan Pustaka)
Mahasiswa adalah panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universitas atau perguruan tinggi. (wikipedia)
“Maha” bermaksud terbaik, terbesar, mengetuai sesesuatu kelompok atau kategori. Ia menunjukan perkataan mahasiswa ini merupakan satu golongan yang hebat dan penting. Menurut beberapa pandangan peranan merupakan aspek dinamik daripada sesuatu status atau kedudukan. Apabila seseorang melaksanakan hak-hak dan kewajipannya sesuai dengan status yang dimiliknya, maka ia telah menjalankan peranannya. Manakala tanggungjawab pula merujuk kepada kesanggupan menerima dan melaksanakan sesuatu. Di antara hadis yang menyentuh mengenai tanggungjawab adalah seperti berikut: “ Setiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab atas kepimpinan itu”. ( Hadis Sahih Bukhari-Muslim)
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
7
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
Oleh yang demikian mahasiswa yang hebat mestilah mengimbangi di antara peranan dan tangungjawab yang akan mereka mainkan. Pada umumnya ada beberapa peranan dan tanggungjawab penting yang perlu dimainkan oleh mahasiswa antaranya adalah: a.
Diri sendiri
b.
Ibu bapa dan keluarga
c.
Masyarakat
d.
Institusi: Universiti Teknologi MARA
e.
Agama, bangsa dan negara
Peranan merupakan sesuatu yang perlu kita mainkan atau lakukan sebagai seorang mahasiswa. Ia merupakan sumbangan dan pengalaman yang berikan kepada sesebuah komuniti dalam sebuah masyarakat. Tanggungjawab pula merupakan sesuatu yang mesti dilakukan oleh seseorang insan, seperti membantu orang yang dalam kesusahan dan kejahilan. PERANAN KEPADA DIRI SENDIRI Mahasiswa yang berjaya sentiasa memastikan diri sendiri dibangunkan dengan sistematik. Mereka menyedari untuk menjadi mahasiswa yang hebat mereka perlu meningkatkan kualiti diri sambil menyumbang kepada masyarakat. Di antara aspek penting yang perlu ditekankan oleh mahasiwa dalam usaha meningkatkan kualiti diri adalah aspek: MINDA Mahasiswa mesti memastikan keputusan akademik yang cemerlang. Mahasiswa perlu belajar secara konsisten untuk memastikan kecemerlangan akademik. Mahasiswa perlu banyak membaca untuk meningkatkan pemahaman dan kematangan (terutama tentang
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
8
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
fungsi otak dan pemikiran). Mahasiswa juga dicadangkan membaca 3 buah buku setiap bulan ( 1 buku minat, 1 buku dalam bidang, 1 buku motivasi) JASMANI Mahasiswa
perlu
bersenam
secara
konsisten
(sekurang-kurangnya
3
jam
seminggu).Menjaga pengambilan makanan dan diet mengurangkan pengambilan makan di waktu malam dan elakkan makanan tidak berkhasiat. Mahasiswa perlu mengawal berat badan mengikut berat yang sewajarnya agar dapat mengekalkan personaliti dan imej yang menarik ROHANI Sentiasa melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Sentiasa meningkatkan ilmu agama dengan sentiasa mengikuti program agama, ceramah, menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Seterusnya sentiasa memahami bahawa setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah satu tanggungjawab dan ibadah EMOSI Mahasiswa harus mampu memahami dan mengurus emosi dengan berkesan. Contoh: Marah, sedih, suka, gembira, kecewa, geram, risau, benci, dengki, iri hati, kecewa. Mahasiswa perlu mendidik emosi yang sentiasa tenang dan waras. Mampu menguruskan sebarang keadaan dengan mengawal emosi dengan berkesan. Mahasiswa perlu sentiasa jujur dan mengamalkan nilai-nilai diri terpuji. Mahasiswa perlu sentiasa ikhlas dan memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan. SOSIAL Kemahiran bersosial amat penting kepada mahasiswa. Kenali sebanyak mungkin pensyarah dan staf (akademik dan sokongan) di UiTM. Mahasiswa perlu membina jaringan masa hadapan dengan mencari kawan yang dating dari program dan fakulti
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
9
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
yang berbeza selain daripada kursus sendiri. Mahasiswa perlu memahami konsep “menghormati orang lain dan orang lain akan menghormati anda”(konsep memberi dan menerima). Mahasiswa perlu memahami budaya membina jaringan (networking) merupakan budaya yang baik dan dituntut dalam Islam. Dalam amalan harian mahasiswa digalakan sentiasa merendah diri seperti kata pepatah “Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya” KELUARGA Keluarga merupakan ibu, bapa, abang, kakak, adik serta saudara mara. Mereka merupakan orang penting dalam kehidupan kita sebagai manusia. Ibu dan bapa banyak berjasa kepada kita sehingga kita berjaya berada di menara gading. Oleh yang demikian kita mestilah membalas jasa mereka dengan beberapa kaedah: Menjaga nama baik keluarga. Mahasiswa perlu menjaga nama baik sendiri dan juga keluarga dengan menjaga akhlak dan tingkahlaku. Cara berpakaian yang bersesuai dengan dengan peraturan universiti, budaya masyarakat perlulah dihormati selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama. Menjaga batas pergaulan merupakan aspek penting dalam menjaga nama baik dan maruah diri. Percintaan mahasiswa mestilah berteraskan kepada kehendak agama. Bertanggungjawab terhadap adik beradik dan ahli keluarga yang lain. Apabila bergelar mahasiswa anda telah meletakkan diri anda di satu tahap yang lebih dewasa dan matang. Mahasiswa perlu menjadi penyelesai kepada masalah keluarga bukannya menjadi masalah kepada keluarga. Mahasiswa seharusnya memastikan adik-beradik yang lain juga menjejakkan kaki ke universiti untuk mewarisi keupayaan abang atau kakaknya. Usaha ini perlulah dilaksanakan dengan bijaksana walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah keluarga, kemiskinan atau perbezaan pemikiran. Ini adalah kerana kegagalan ahli keluarga berjaya bersama-sama akan sedikit sebanyak mempengaruhi ‘momentum’ mahasiswa (anda) pada masa hadapan.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
10
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
MASYARAKAT Masyarakat merupakan elemen penting dalam sesebuah tamadun. Masyarakat memberikan implikasi kepada mahasiswa dan mahasiswa juga mampu mencorakkan sesebuah masyarakat. Kerana kehidupan merupakan satu kitaran roda yang tidak pernah berhenti. Oleh yang demikian mahasiswa yang berilmu dan berkualiti mestilah memainkan peranan utama dalam membentuk pemikiran dan halatuju masyarakat. Mahasiswa mampu menyumbang kepada masyarakat dengan pelbagai kaedah diantaranya seperti Operasi Khidmat Masyarakat(OPKIM), Kursus untuk masyarakat luarbandar, membersihkan kampung, mengajar bahasa Inggeris dan Matematik, dan program derma darah. Penglibatan mahasiswa bersama masyarakat bukan sahaja akan meningkatkan kualiti masyarakat malahan meningkatkan kuliti mahasiswa itu sendiri. Ini kerana berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan mendapati pelajar-pelajar yang sentiasa bersama masyarakat adalah lebih matang, berkeyakinan diri, mempunyai tahap komunikasi yang baik dan mempunyai daya kepimpinan yang hebat. INSTITUSI Menghormati dan menyayangi institusi ilmu merupakan satu tuntutan selagi ianya tidak bertentangan dengan kehendak Allah. Konsep menyintai universiti ini mestilah berteraskan kepada ilmu. Memahami dan menghayati dengan jelas sejarah penubuhan UiTM, Visi, Misi dan peranannya merupakan satu aspek penting selaku pekerja atau penuntut di mana-mana organisasi atau universiti. Oleh kerana UiTM ditubuhkan di bawah salah satu keistemewaan kepada orang Melayu/ Bumiputera di bawah perlembagaan Negara maka memahami dan menghayati Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan ( Hak keistimewaan Melayu dan bumiputera) merupakan satu keperluan. Mahasiswa perlu menjaga imej universiti kerana apabila kita bergelar mahasiswa atau mahasiswi UiTM kita sebenarnya membawa imej universiti. Dengan perkataan yang
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
11
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
mudahnya “apabila baik kita , baiklah universiti”….”hebat kita hebatlah universiti” begitu juga sebaliknya. Menyintai universiti bukan sahaja pada hati dan perasaan tetapi perlu ditonjolkan dengan perbuatan, tingkahlaku, simbol dan penghayatan yang terbaik mampu
mempertahankan
nama
baik
universiti
apabila
dipertikai
atau
dipermainkan.Oleh yang demikian mahasiswa adalah diseru agar belajar bersungguhsungguh dan meningkatkan potensi dan keterampilan diri dengan menyertai pelbagai program yang dianjurkan di peringkat universiti agar dapat meningkatkan imej universiti. BANGSA DAN NEGARA Mengenali dan menghormati bangsa sendiri merupakan perkara penting kepada seseorang insan supaya mereka mengenali asal usul, darah daging sendiri. Dalam kontek bangsa di Malaysia, ia merujuk kepada pemahaman terhadap sosio budaya semua bangsa di Malaysia supaya dapat hidup dengan penuh harmoni di bawah satu bumbung. Menyedari dan memahami bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk. Setiap bangsa yang ada di negara ini membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia. Dari segi politik, semua penduduk Malaysia harus memahami Perlembagaan Negara. kerana ianya penting kepada semua bangsa yang ingin hidup bahagia, aman dan damai di negara bertuah ini. Untuk menjadi mahasiswa yang berketerampilan mahasiswa perlu menghayati dan memahami perkara-perkara dibawah: •
Mengamalkan dan menghayati Rukunegara •
Kepercayaan Kepada Tuhan
•
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
•
Kedaulatan Undang-Undang
•
Keluhuran Perlembagaan’
•
Kesopanan Dan Kesusilaan
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
12
Modul 1
•
Warganegara yang mempunyai kesedaran sivik
•
Mematuhi undang-undang negara
Pembangunan Personaliti 1
KESIMPULAN Mahasiswa mempunyai peranan yang cukup besar kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, institusi, bangsa, agama dan Negara. Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Jika mahasiswa yang dilahirkan oleh UiTM adalah mahasiswa yang berkualiti maka akan terjaminlah masa depan bangsa Melayu dan bumiputera di negara ini. Ini kerana UiTM adalah “ benteng terakhir pendidikan orang Melayu dan bumiputera”. Institusi ini perlu terus wujud dan didokongi oleh mahasiswa yang berkualiti dan berketerampilan.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
13
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
RUJUKAN Azlena Zainal & Munir Shuib (2004). Meningkat Potensi Minda. Selangor: PTS Publication and Distribution Sdn. Bhd. Covey, Stephan. R.(1996). 7 Tabiat Orang yang Amat Berkesan: Pelajaran Hebat dalam Perubahan Peribadi (Leo Ann Mean,trans.). Selangor: Prentice Hall Malaysia. Model Graduan : Universiti Teknologi MARA. Pusat Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar : Universiti Teknologi MARA. Mohd Fadzilah Hj Kamsah. (2004) 55 Petua Orang Berjaya. (Siri Pembangunan Diri). Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd. Peraturan Akademik Program Diploma dan Ijazah: Pindaan 2009.(2009). Shah Alam: Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
14
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
UNIT 2
:
LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 1)
NAMA LDK
:
PEWARIS BANGSA CEMERLANG
BILANGAN AKTIVITI :
05
TEMPOH MASA
:
2 JAM
OBJEKTIF LDK
:
Memahami peranan dan tanggungjawab mahasiswa bumiputera di universiti.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
15
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
LDK 1 AKTIVITI
:
01
NAMA AKTIVITI
:
KENALI DIRI (ICE BREAKING)
EDARAN/PERALATAN
:
TIADA
BILANGAN PESERTA
:
20 – 30 0RANG
TEMPOH MASA
:
30 MINIT
TUJUAN
Berkenalan, menjalinkan kemeseraan dan dalam masa membina jaringan di antara peserta
ARAHAN: 1.
Peserta diminta duduk dalam bulatan.
2.
Peserta pertama akan menyebut nama sebenar dan nama panggilan sendiri.
3.
Peserta kedua akan memperkenalkan peserta pertama dan menyebut nama sendiri.
4.
Peserta ketiga akan menyebut nama peserta pertama, kedua dan nama sendiri.
5.
Aktiviti diulang sehingga semua peserta telah menyebut nama semua ahli kumpulan.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
16
Modul 1
6.
Pembangunan Personaliti 1
Kemudian peserta diminta menceritakan kisah hidupnya suka dan duka. (Fasilitator akan meminta 2 atau 3 orang peserta yang bersetuju untuk menceritakan kisah hidupnya).
7.
Fasilitator akan melihat dan memastikan sama ada peserta bangga atau malu dengan kehidupannnya.
8.
Setelah
selesai,
fasilitator
akan
memberikan
kata-kata
yang
lebih
menggalakkan peserta berfikir tentang persepsinya terhadap kehidupannya. 9.
Fasilitator membuat rumusan terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan.
RUMUSAN Penting untuk mengenali antara satu sama lain di dalam sesebuah komuniti atau organisasi.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
17
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
LDK 1 AKTIVITI
:
02
NAMA AKTIVITI
:
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
EDARAN/PERALATAN
:
KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA PELEKAT
BILANGAN PESERTA
:
20 – 30 0RANG
TEMPOH MASA
:
30 MINIT
TUJUAN:
Mengetahui perbezaan antara sistem sekolah dan universiti
Memahami peranan dan tanggungjawab pelajar sebagai mahasiswa UiTM
ARAHAN: 1.
Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.
2.
Setiap kumpulan dibekalkankertas mahjong, marker pen dan pita pelekat.
3.
Setiap ahli kumpulan dikehendaki berbincang dan menulis perbezaan sistem pembelajaran dan pengajaran antara sekolah dan universiti.
4.
Ahli
kumpulan
juga
diminta
untuk
membincangkan
peranan
dan
tanggungjawab mereka sebagai mahasiswa UiTM.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
18
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
5.
Setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan.
6.
Fasilitator membuat rumusan terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan.
RUMUSAN:
Mahasiswa perlu mengetahui perbezaan sistem pembelajaran dan pengajaran antara sekolah dan universiti.
Mereka juga perlu memahami peranan dan tanggunjawab sebagai mahasiswa UiTM
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
19
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
LDK 1 AKTIVITI
:
03
NAMA AKTIVITI
:
SIKAP DIRI
EDARAN/PERALATAN
:
MANIK@GULI, SURATKHABAR@KERTAS MAHJONG DAN PITA PELEKAT
BILANGAN PESERTA
:
20 – 30 0RANG
TEMPOH MASA
:
30 MINIT
TUJUAN:
Membentuk sikap positif di kalangan peserta
Menggalakkan pelajar berfikiran positif dan menanam budaya kreatif dan berinovasi – “thinking out side the box”
ARAHAN: 1.
Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.
2.
Setiap kumpulan diberikan manik / guli, suratkhabar / kertas mahjong dan pita pelekat.
3.
Setiap kumpulan dikehendaki membina terowong dan penilaian akan dibuat dari sudut; 3.1 Panjang
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
20
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
3.2 Keteguhan, dan 3.3 Kelancaran 4.
Pemenang akan dipilih berdasarkan faktor-faktor tersebut di atas.
RUMUSAN
Ssikap positif, memiliki idea yang kreatif dan sentiasa berinovasi amat penting untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang
Sikap-sikap sebegitu, amat penting dalam usaha mempertahankan serta memperjuangkan visi dan misi UiTM demi agama bangsa dan tanahair.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
21
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
LDK 1 AKTIVITI
:
04
NAMA AKTIVITI
:
KERUSI MANUSIA
EDARAN/PERALATAN
:
TIADA
BILANGAN PESERTA
:
20 – 30 0RANG
TEMPOH MASA
:
20 MINIT
TUJUAN:
Membina semangat bersatu padu di kalangan ahli
Membina kerjasama sesama ahli kumpulan demi agama, bangsa dan tanahair
Membina semangat 1Malaysia di kalangan ahli dan rakyat Malaysia
ARAHAN: 1.
Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut jantina.
2.
Setiap kumpulan dikehendaki memikirkan kaedah bagaimana untuk membentuk ’kerusi manusia’.
3.
Kumpulan yang berjaya diminta berkongsi pengalaman akan kejayaan mereka dalam melaksanakan tugas tersebut.
4.
Kumpulan yang tidak berjaya juga diminta berkongsi punca kegagalan mereka dalam melaksanakan tugas tersebut.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
22
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
RUMUSAN:
Semangat bekerjasama dalam apa juga situasi amat penting dalam kehidupan
Semangat sebegitu juga amat penting dalam proses pembelajaran di universiti kerana melalui semangat itu jugalah maksud yang tersirat di dalam peribahasa “ Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Kata Kerana Muafakat”
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
23
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
LDK 1 AKTIVITI
:
05
NAMA AKTIVITI
:
RUMUSAN LDK 1
EDARAN/PERALATAN
:
TIADA
BILANGAN PESERTA
:
20 – 30 0RANG
TEMPOH MASA
:
10 MINIT
TUJUAN:
Refleksi kumpulan
ARAHAN: 1.
Peserta diminta untuk memberi ulasan terhadap semua aktiviti yang telah dilalui dalam LDK 1.
RUMUSAN Mahasiswa yang berjaya mempunyai ciri-ciri seperti berikut: o
Mempunyai jaringan sosial yang baik di universiti.
o
Mengetahui sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti.
o
Mempunyai sikap positif dan daya tahan.
o
Mempunyai semangat kerjasama yang baik.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
24
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
UNIT 3
:
LATIHAN DALAM KUMPULAN 2 (LDK 2)
NAMA LDK
:
HAK PEWARIS BANGSA
BILANGAN AKTIVITI :
03
TEMPOH MASA
:
2 JAM
OBJEKTIF LDK
:
Memahami fungsi dan tanggungjawab di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
25
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
LDK 2 AKTIVITI
:
01
NAMA AKTIVITI
:
HAK KAMI
EDARAN/PERALATAN
:
KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA PELEKAT
BILANGAN PESERTA
:
20 – 30 0RANG
TEMPOH MASA
:
60 MINIT
TUJUAN:
Memberi kefahaman tentang hak-hak melayu, bumiputera serta hak-hak kaum-kaum lain secara asas.
ARAHAN: 1.
Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.
2.
Setiap kumpulan dibekalkan kertas mahjong, marker pen dan pita pelekat.
3.
Fasilitator kemudian akan menyerahkan beberapa salinan kepada setiap kumpulan.l
4.
Setiap ahli kumpulan dibahagikan topik yang berbeza untuk dibincangkan.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
26
Modul 1
5.
Pembangunan Personaliti 1
Topik-topik tersebut antaranya; i.
Agama Islam,
ii.
Bahasa Melayu,
iii.
Kedaulatan Raja-Raja dan
iv.
Hak-hak Istimewa Orang Melayu.
6.
Setiap kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan.
7.
Fasilitator membuat rumusan terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan.
RUMUSAN: Mahasiswa UiTM dapat memahami dan mempertahankan hak-hak yang sedia ada sebagaimana yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
27
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
LDK 2 AKTIVITI
:
02
NAMA AKTIVITI
:
BINA DAN PERTAHAN BANGSA
EDARAN/PERALATAN
:
SURATKHABAR@KERTAS MAHJONG DAN PITA PELEKAT
BILANGAN PESERTA
:
20 – 30 0RANG
TEMPOH MASA
:
40 MINIT
TUJUAN:
Membentuk semangat berkerjasama dalam membina matlamat
ARAHAN: 1.
Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan (1 & 2).
2.
Salah satu kumpulan (1) diminta membina hamparan menggunakan suratkhabar @ kertas mahjong di lantai.
3.
Kumpulan (1) yang sama juga harus mengenal pasti ’barang bernilai’ kepunyaan kumpulan mereka untuk diletakkan di tengah-tengah hamparan.
4.
Kumpulan (1) tersebut mesti menjaga dan mempertahankan ’barang bernilai’ daripada dicuri/dirampas.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
28
Modul 1
5.
Pembangunan Personaliti 1
Kumpulan (2) dikehendaki untuk cuba mencuri/merampas ’barang bernilai’ kumpulan (1).
6.
Semua peserta dikehendaki memusnahkan (koyak) hamparan yang telah dibina.
7.
Peserta diminta berkongsi perasaan tentang aktiviti yang telah dilalui (aktiviti memusnahkan hamparan).
8.
Semua
peserta
kemudiannya
membina
kembali
hamparan
dengan
menggunakan cebisan hamparan yang telah dimusnahkan. 9.
Sekali lagi peserta diminta berkongsi perasaan tentang aktiviti yang telah dilalui (aktiviti membina kembali hamparan yang musnah).
RUMUSAN
Pencapaian UiTM hari ini dapat dinikmati melalui tempoh masa yang panjang (56 tahun) namun tidak mustahil UiTM akan lenyap dalam masa yang singkat jika mahasiswa tidak mempertahankannya.
Penting untuk mahasiswa menjaga dan memelihara nama baik universiti daripada anasir yang tidak baik.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
29
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
LDK 2 AKTIVITI
:
03
NAMA AKTIVITI
:
RUMUSAN LDK 2
EDARAN/PERALATAN
:
TIADA
BILANGAN PESERTA
:
20 – 30 0RANG
TEMPOH MASA
:
20 MINIT
TUJUAN:
Refleksi kumpulan
ARAHAN: 1.
Peserta diminta untuk memberi ulasan terhadap semua aktiviti yang telah dilalui dalam LDK 2.
RUMUSAN Mahasiswa UiTM harus memahami, mempertahankan dan meneruskan survival Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
30
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
UNIT 4
:
LATIHAN DALAM KUMPULAN 3 (LDK 3)
NAMA LDK
:
SURVIVAL PEWARIS BANGSA
BILANGAN AKTIVITI :
04
TEMPOH MASA
:
2 JAM
OBJEKTIF LDK
:
Memahami peranan dan tanggungjawab pewaris bangsa.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
31
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
LDK 3 AKTIVITI
:
01
NAMA AKTIVITI
:
LINTASAN MANUSIA
EDARAN/PERALATAN
:
SURATKHABAR @ KERTAS MAHJONG DAN PITA PELEKAT
BILANGAN PESERTA
:
20 – 30 0RANG
TEMPOH MASA
:
20 MINIT
TUJUAN:
Strategi amat penting dalam tindak tanduk dan tindakan dalam apa juga situasi.
Ilmu, kemahiran dan kejujuran juga penting selain pemikiran analatikal dan perancangan rapi dalam mengambil tindakan dan menyelesaikan masalah.
ARAHAN: 1.
Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil (setiap kumpulan mestilah genap bilangannya).
2.
Setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan cabaran ’lintasan manusia’.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
32
Modul 1
3.
Pembangunan Personaliti 1
Setiap kumpulan diberikan syarat-syarat cabaran iaitu: o
Setiap kumpulan kecil akan dibahagikan kepada dua bahagian kumpulan kiri dan kanan.
o
Setiap kumpulan kiri dan kanan harus dibezakan identiti (Fasilitator boleh menggunakan kertas suratkhabar@kertas mahjong
o
Kumpulan kiri atau kanan harus bertukar tempat
o Pertukaran tempat hanya boleh dilakukan dengan syarat mengikut turutan yang berbeza. 4.
Setiap kumpulan diminta berkongsi pengalaman yang berkaitan aktiviti ini.
RUMUSAN Untuk berjaya perlukan strategi dalam menghadapi halangan.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
33
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
LDK 3 AKTIVITI
:
02
NAMA AKTIVITI
:
STRATEGI KE PUNCAK
EDARAN/PERALATAN
:
KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA PELEKAT
BILANGAN PESERTA
:
20 – 30 0RANG
TEMPOH MASA
:
40 MINIT
TUJUAN:
Mahasiswa perlu berfikir secara matang kerana untuk berjaya setiap individu perlu bersaing.
ARAHAN: 1.
Fasilitator menampal kertas mahjong ‘Strategi Ke Puncak’.
2.
Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil dan setiap kumpulan diberikan satu simbol yang berbeza.
3.
Setiap kumpulan dikehendaki menyerahkan RM24 kepada fasilitator sebagai yuran penyertaan.
4.
Setiap kumpulan mesti melantik seorang ketua, seorang pencatat dan seorang bendahari.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
34
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
5.
Fasilitator akan menerangkan cara-cara dan syarat-syarat permainan ini.
6.
Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah wang yang dimiliki di akhir permainan ini.
RUMUSAN Dalam apa juga keadaan, setiap individu memerlukan strategi dalam persaingan untuk mencapai kejayaan.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
35
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
LDK 3 AKTIVITI
:
03
NAMA AKTIVITI
:
ARCA 3M
EDARAN/PERALATAN
:
KERTAS MAHJONG, MARKER PEN, PITA PELEKAT DAN BAHAN YANG SESUAI
BILANGAN PESERTA
:
20 – 30 0RANG
TEMPOH MASA
:
40 MINIT
TUJUAN:
Menghargai hubungan antara ilmu, alam dan sesama manusia.
ARAHAN: 1.
Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.
2.
Setiap kumpulan hanya dibekalkan Marker Pen, Kertas Mahjung dan pita pelekat.
3.
Setiap kumpulan dikehendaki membina arca dengan menggunakan bahanbahan yang sesuai dan berkonsepkan Mesra Ilmu, Mesra Alam dan Mesra Insan.
4.
Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil projek kumpulan dan apakah signifikan dari aktiviti tersebut.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
36
Modul 1
5.
Pembangunan Personaliti 1
Setiap ahli kumpulan dibenarkan untuk bertanyakan soalan atau memberi pandangan terhadap arca yang dibentangkan.
RUMUSAN Perlu menghargai dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan terhadap ilmu yang diperlu, hubungan sesama manusia dan alam.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
37
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
LDK 3 AKTIVITI
:
04
NAMA AKTIVITI
:
EKSPRESI BANGSA (RUMUSAN MODUL 1)
EDARAN/PERALATAN
:
KERTAS MAHJONG, MARKER PEN DAN PITA PELEKAT
BILANGAN PESERTA
:
20 – 30 0RANG
TEMPOH MASA
:
20 MINIT
TUJUAN:
Refleksi kumpulan
ARAHAN: 1.
Empat helai kertas mahjong ditampal di dinding untuk dijadikan sebagai mural.
2.
Setiap peserta dibekalkan marker pen.
3.
Setiap peserta diminta meluahkan pendapat mereka tentang pengisian program keseluruhan dalam bentuk visual (lukisan).
4.
Fasilitator memilih visual (lukisan) yang terpilih dan meminta pelajar yang terpilih berkongsi tentang mesej yang ingin disampaikan melalui visual (lukisan) yang mereka hasilkan.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
38
Modul 1
Pembangunan Personaliti 1
RUMUSAN Mahasiswa
UiTM
merupakan
aset
negara
dan
berperanan
memelihara,
mempertahankan dan meneruskan kelangsungan bangsa.
Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012
39