ARAHAN:
Kertas ini mengandungi dua soalan. Pilih SATU soalan sahaja. Kamu diberi masa 50 minit untuk membaca soalan dan menulis sebuah karangan mengenai soalan pilihan kamu. Kamu tidak seharusnya menggunakan lebih daripada 10 minit untuk memilih soalan. Dengan menggunakan tidak kurang daripada 180 patah perkataan, tulis sebuah karangan berdasarkan soalan pilihan kamu itu.
SOALAN 1: Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk dan senario yang diberikan.
Suatu kesilapan yang telah menjejaskan orang lain. Kamu telah melakukan satu perkara yang salah sehingga menimbulkan masalah kepada orang lain. Kesilapan ini telah membuatkan kamu lebih matang dan berhati-hati ketika melalui kehidupan seharian.
SOALAN 2: Tulis sebuah cerita dengan menggunakan permulaan yang berikut: Setelah penat berjalan, aku pun tiba di perhentian bas. Mujurlah ada tempat duduk kosong. Tiba-tiba, mataku terpaut ke arah . . .
1
MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH) ARAHAN:
Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan (1)
putih hati
(2)
tanam budi
(3)
buka pintu
(4)
tumbuk rusuk
(5)
ayam tambatan
(6)
bagai lebah menghimpun madu
(7)
seperti air di dalam kolam
(8)
umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua
1
Tindakan Alfi memberikan wang saku kepada pegawai polis trafik tempoh hari telah menyebabkan dia didenda dengan lebih berat lagi. Dia ditahan kerana memandu dengan melebihi had kelajuan yang ditetapkan.
2
Walaupun sudah berjaya, Shahrul tetap menyumbangkan masa dan tenaganya melakukan kerja-kerja kebajikan di rumah kebajikan anak-anak yatim Anjung Budiman. Dia peka dengan keperluan mereka kerana dia seorang bekas penghuni.
3
Pihak mahkamah telah memberikan peluang kepada Alfred Lam untuk membuktikan yang dia tidak bersalah. Alfred telah dituduh menggelapkan wang syarikatnya sebanyak 50 puluh ribu dolar tahun lalu. Alfred pasti dia dapat dibebaskan.
4
Sebagai seorang guru yang berpengalaman, Cikgu Jah amat disegani. Sifatnya yang tenang dan tidak terjejas apabila berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah disiplin yang tinggi. Malahan, dia seringkali diuji kesabarannya oleh mereka yang berkelakuan buruk. Cikgu Jah tetap menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi.
5
Sejak Arif dihantar ke cawangan syarikatnya di bahagian utara Singapura, banyak pengalaman yang lalu digunakan untuk meningkatkan lagi mutu kerjanya. Di sana, Arif juga diterima dengan sangat baik. Malahan, dia diberikan kepercayaan untuk melatih pegawai-pegawai baharu. Dia tetap dihormati walaupun baru sahaja mula bertugas. SOALAN
JAWAPAN
1 2 3 4 5 Markah yang diperoleh
2
MENGEDIT TEKS (10 MARKAH) ARAHAN :
Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Pada zaman dahulu, tepak sirih merupakan alat yang mesti ada di dalam setiap rumah orang Melayu. Alat ini berkait rapat dengan adat istiadat dalam kehidupan masyarakat Melayu sehinggakan menjadi kemestian dalam apa acara sekali pun. Cembul-cembul digunakan untuk mengisi kapur, gambir, pinang, tembakau dan lain-lain lagi. Selalunya, cembul-cembul itu berbentuk bulat (6) kecuali ada juga yang berbentuk ulas limau. Lazimnya juga, alat khas ini (7) melengkapi dengan lima biji cembul kecil. Selain bahan-bahan makanan tersebut, terdapat alat-alat lain yang disediakan seperti kacip dan alat gobek. Semasa zaman Kesultanan Melayu Perak, sudah ada dua buah tepak sireh yang diperbuat (8) dengan emas iaitu Puan Bujur dan Puan Naga Taru. Tepak sireh yang khas tersebut dijadikan alat kebesaran diraja ketika itu dan masih lagi tersimpan sebagai (9) benda berharga istana Sultan Perak hingga ke hari ini. Walaupun sudah tidak menjadi suatu barang (10) perlui harian orang Melayu moden hari ini, tepak sireh masih lagi dijadikan barang perhiasan.
SOALAN 6
JAWAPAN
7 8 9 10
Markah yang diperoleh
3
KEFAHAMAN 1: MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH) ARAHAN :
(1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8)
Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu dalam tempat kosong yang disediakan.
Tandas yang bersih mencerminkan keperibadian penggunanya. Tandas kita pasti disukai oleh ramai pengunjung yang datang ke sekolah kita. Banyak kerja-kerja pembaikan akan berlaku di dalam tandas-tandas kita. Selain memiliki tandas yang bersih, tandas juga perlu dibersihkan oleh murid-murid sendiri. Aktiviti yang dijalankan ialah usaha ramai pihak yang mahu memenangi ATC 2016 sejak dahulu lagi. Pihak sekolah harus mengadakan kempen meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan tandas. Diharapkan murid-murid sekalian akan memberikan kerjasama untuk tidak mengganggu kerja-kerja pembaikan tersebut. Selain itu, aspek keindahan tandas dengan suntikan kreativiti menjadi faktor penting untuk memenangi anugerah tersebut. Salam sejahtera semua. Sekolah kita telah menerima Anugerah Tandas
Cemerlang (ATC) 2016. Anugerah ini diberikan kepada 3 buah sekolah rendah di Singapura yang telah menunjukkan usaha yang cemerlang dalam menjaga kebersihan tandas. (11) _________. Terdapat 2 perkara yang perlu dibuat oleh semua sekolah yang bertanding untuk memenangi anugerah ATC 2016. (12) _________. Pihak sekolah juga perlu menyiapkan kertas cadangan untuk mengubah suai tandas-tandas di sekolah. Ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Namun demikian, dengan usaha yang gigih, sekolah kita telah berjaya menerima anugerah tersebut. Sekolah kita akan diberikan wang hadiah sebanyak 15 ribu dolar untuk mengubah suai tandas-tandas kita. (13) _________. Projek ini dijangkakan siap pada tahun hadapan. (14) _________.
Dengan ini, marilah kita teruskan usaha kita menjaga
kebersihan dan kesempurnaan tandas kita. (15) _________. Sekali lagi, syabas semua.
SOALAN
JAWAPAN
11 12 13 14 15 Markah yang diperoleh
4
MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH) ARAHAN:
Baca petikan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang berikut.
Tujuh puluh peratus daripada permukaan bumi kita ini dilitupi air. Namun begitu, hanya kurang tiga peratus daripada air ini boleh diminum. Sejumlah besarnya pula ialah jenis air masin. Setiap kehidupan di muka bumi ini memerlukan air untuk hidup. Bagi manusia, jika tubuh kita kekurangan air, sel-sel badan akan kering dan mati. Begitulah pentingnya air di dalam kehidupan setiap yang bernyawa. Walaupun begitu, dewasa ini, sering kedengaran isu tentang pencemaran air. Sungai menjadi tempat pembuangan sampah-sarap termasuk sisa toksik sementara laut pula dicemari oleh tumpahan minyak dan bahan-bahan yang berbahaya. Tindakan-tindakan yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menjejas sumber air untuk manusia, bekalan makanan laut juga terjejas akibat musnahnya tempat tinggal hidupan laut. Selain itu, kita perlu peka dan bersikap proaktif terhadap penggunaan air seperti segera menutup paip setelah selesai menggunakannya, melaporkan kes-kes kebocoran paip agar dapat dibaiki dengan segera dan mengelakkan daripada membuang sampah ke dalam longkang.
ARAHAN: Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenal pasti idea utama dalam teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan. 16
Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah _________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ __________________________________________________________________ (2 markah)
17
Salah satu cara anda boleh membantu dalam hal ini ialah ___________________
_______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ (2 markah)
Markah yang diperoleh
5
KEFAHAMAN SUBJEKTIF (26 MARKAH) ARAHAN:
Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Penyesalan menyelubungi diri Naufal. Dia terfikir sejenak tentang apa yang boleh dikecapinya seandainya dia belajar dengan lebih gigih di bangku sekolah dahulu. Sekarang, kehidupan Naufal seolah-olah dihimpit kesusahan. Oleh kerana dia tidak berkebolehan dan tidak mempunyai sebarang kelulusan, payah untuk dirinya mendapatkan pekerjaan. Pada sebelah malam, Naufal mencuci kereta-kereta di sebuah stesen pam minyak sementara pada siang hari pula, Naufal membantu di sebuah gerai makanan. Dia tahu dia tidak dapat bekerja jauh dari rumahnya kerana ibunya seorang diri di rumah. Naufal akan bergegas pulang pada waktu rehat untuk menjenguk ibunya di rumah. Wang pendapatan yang dibawa pulang setiap hari hanya cukup-cukup. Tambahan pula, ibunya kini sudah semakin tua dan lemah. Dia memerlukan rawatan untuk penyakit kroniknya. Rawatan tersebut akan menelan belanja yang banyak. Naufal sudah pun berikthiar untuk meminjam wang daripada saudara-maranya. Walau bagaimanapun, wang yang dikumpulnya masih belum mencukupi. Dia masih lagi memohon untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu tanpa mahu berputus asa. Mujurlah, ibu mendapat subsidi bagi ubat-ubatnya pada setiap bulan. Sementara itu, dia masih mencari pekerjaan yang lebih stabil untuk membawa pulang wang yang lebih. Hal-hal ini membuatnya termenung saban hari. Dia memikirkan tentang nasib ibunya dan masa hadapan dirinya sendiri. Seribu penyesalan menghujani dirinya kerana dahulu di sekolah, dia memandang remeh terhadap pelajarannya. Dia sering membazir masa untuk berfoya-foya dengan kawan-kawannya. Naufal juga kerap berbohong kepada ibu dan bapanya. Oleh kerana terlalu sukar untuk dikawal oleh guru, dia tercicir dari sekolah. Ketika itu, Naufal menikmati kebebasan di dalam hidupnya. Pada mulanya, dia tidak merasakan apaapa kerugian kerana mempunyai ibu dan bapanya yang masih tekun menyara keluarganya. Sejak bapanya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, Naufal menjadi tulang belakang keluarganya. Naufal menjadi buntu mencari jalan keluar untuk masalah-masalah yang ditanggungnya itu. Dia sedar betapa tingginya nilai pendidikan demi masa hadapan yang cerah. Jauh di dalam lubuk hatinya, dia mahu menyambung pelajarannya. Air mata deras mengalir di pipinya yang cengkung dan berkulit kusam itu. Inilah garagara dia telah mensia-siakan kasih sayang dan harapan ibu bapanya selama ini. Walau bagaimanapun, Naufal bertekad mahu mengumpulkan jumlah wang yang cukup untuk rawatan ibu. Itu sahajalah cara yang ada untuk dirinya membalas jasa ibunya. Tanpa disangkasangka, tangan Naufal disentuh lesu oleh tangan ibunya yang sudah berkedut dimakan usia. Ibu sudah terjaga lalu sempat menatap wajah anaknya. Naufal seolah-olah bersemangat kembali.
6
ARAHAN:
18
Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, jawab semua soalan berikut. Kemudian, tulis jawapan kamu itu dalam tempat kosong yang disediakan.
Apakah dua pekerjaan yang dibuat oleh Naufal demi menyara kehidupan keluarganya? (2 markah)
Markah yang diperoleh
19
Nyatakan sebab-sebab Naufal berasa menyesal. (4 markah)
Markah yang diperoleh
20
Sekarang, kehidupan Naufal seolah-olah dihimpit kesusahan. Terangkan maksud pernyataan itu. (4 markah)
Markah yang diperoleh
7
21
Naufal menjadi matang sejak ayahnya meninggal dunia. Berikan dua bukti. (4 markah)
Markah yang diperoleh
22
Pada pendapat kamu, apakah langkah-langkah yang wajar diambil oleh Naufal demi masa hadapan dirinya dan ibunya? (4 markah)
Markah yang diperoleh
23
Kisah Naufal ini telah memberikan pengajaran yang bermanfaat. Berikan dua pengajaran yang telah kamu pelajari. (4 markah)
Markah yang diperoleh
8
24
Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut:
(i)
remeh
(ii)
membalas jasa
(2 markah)
(2 markah)
Markah yang diperoleh
SELESAI
9
TELOK KURAU PRIMARY SCHOOL PRELIMINARY EXAMINATION 2016 PRIMARY SIX HIGHER MALAY LANGUAGE (PAPER 2) JAWAPAN
S1 S2 S3 S4 S5
S11 S12 S13 S14 S15
S16
S17
S18
S19
Soalan 1 – 5 ( 10 markah ) Memadankan Peribahasa tumbuk rusuk(4) tanam budi (2) buka pintu (3) seperti air dalam kolam (7) umpama minyak setitik, di laut sekali pun timbul jua (8)
S6 S7 S8 S9 S10
Soalan 6 – 10 ( 10 markah ) Mengedit Teks tetapi dilengkapkan/dilengkapi daripada khazanah Keperluan.
Soalan 11 – 20 ( 10 markah ) MelengkapkanTeks 8 6 3 7 1
Soalan 16-17 ( 4 markah ) Mengenal pasti Idea Utama Satu jawapan sahaja diterima: - air sangat penting untuk kehidupan - hargailah air Satu jawapan sahaja diterima: - segera menutup paip setelah selesai menggunakannya - melaporkan kes-kes kebocoran paip agar dapat dibaiki dengan segera -mengelakkan daripada membuang sampah ke dalam sungai. Soalan 18 – 24 ( 26 markah) Kefahaman Subjektif Dua pekerjaan yang dibuat oleh Naufal ialah - pada sebelah malam, Naufal mencuci kereta-kereta di sebuah stesen pam minyak (1m) dan pada siang hari pula, Naufal membantu di sebuah gerai makanan (1m) Naufal berasa menyesal terhadap kelakuannya yang tidak belajar dengan bersungguh-sungguh di bangku sekolah dahulu sehinggakan kini dia tidak berkebolehan dan berkelulusan pun (2m) Naufal berasa menyesal yang telah membazir masa untuk berfoya-foya bersama kawan-kawan dan sanggup berbohong kepada ibu bapanya sedangkan mereka tetap bekerja keras untuk keluarganya. (2m)
10
S20
S21
S22
S23
Pernyataan itu bermaksud; Naufal dihimpit kesusahan kerana terpaksa menjadi satu -satunya anak yang menyara ibunya yang sudah tua dan lemah (2m) . Wang pendapatan yang dibawa pulang setiap hari hanya cukup -cukup dan dia terpaksa membuat 2 pekerjaan iaitu pada waktu siang dan malam untuk menyara keluarganya (2m) Juga boleh diterima: - dengan wang gaji yang dibawa pulang, tetap tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan rawatan ibunya yang akan menelan jumlah yang banyak. (2m) - dia tiada berpelajaran untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih stabil (2m) Dua bukti bagi menunjukkan Naufal sudah matang sejak ayahnya meninggal dunia ialah; - dia menjadi tulang belakang ibunya dengan menampung perbelanjaan untuk menyara ibunya itu. Dia sanggup membuat 2 pekerjaan untuk menambah wang pendapatan (2m) - dia telah berikhtiar melalui saudara-mara dan pihak-pihak tertentu yang boleh membantunya mengumpulkan wang untuk rawatan ibu (2m) - dia bermuhasabah diri tentang kesilapan yang lampau dan bertekad mahu membalas jasa ibunya (2m) - Naufal sedar akan kepentingan pelajaran/berkelulusan sehingga sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil (2m) Pilih 2 isi = 4 markah Langkah-langkah yang wajar dilakukan oleh Naufal sekarang ialah; - mencari jalan untuk meningkatkan diri kerana dia tidak berpelajaran - mendapatkan pekerjaan yang lebih stabil agar dapat wang pendapatan yang lebih untuk dirinya mengumpulkan wang - mendapatkan bantuan (saudara-mara) agar ibunya terjaga semasa dia keluar bekerja supaya dia boleh lebih fokus semasa bekerja. - menjaga kesihatan dirinya kerana dia seorang sahaja yang menjadi tulang belakang ibunya. Jika dia jatuh sakit, ibunya sudah tidak ada sesiapa lagi yang akan menjaganya. Sila terima dua sahaja = 4 markah Pengajaran-pengajaran yang diraih ialah; - Pelajaran itu kunci kejayaan. Tanpa pelajaran yang baik, susah untuk mencapai matlamat dan cita-cita. Dengan pelajaran yang baik, kita dapat merancang kehidupan yang lebih selesa. - Kita mesti bercakap benar dengan ibu bapa. Mereka yang akan menjaga dan membela nasib kita walau apa yang akan berlaku. - Kita perlu membalas jasa ibu bapa kerana mereka telah banyak berkorban untuk kejayaan kita.
(2m setiap satu pengajaran yang jelas) S24i tidak mustahak, tidak penting, tidak berharga(2m) S24ii menebus/memberi balik kebaikan/pengorbanan, menebus bakti(2m)
11