DEMOKRASI DALAM PANDANGAN ISLAM Oleh: Muhammad Asrie bin Sobri Antara bentuk serangan pemikiran yang banyak digunakan oleh Nasrani dan Yahudi adalah pemikiran demokrasi. Bahkan melalui demokrasi mereka berjaya menumpaskan golongan yang bersemangat membela Islam seperti parti-parti politik yang menjenamakan mereka sebagai Islam.
Takrif Demokrasi adalah kalimah Yunani (Greek) yang terdiri dari 2 perkataan iaitu „Demos‟ dan „Kratos‟. Demos bermaksud „bangsa‟ atau „rakyat‟ manakala kratos bermaksud „kekuasaan‟. Takrif demokrasi secara mudahnya adalah kekuasaan rakyat. Demokrasi ialah sistem pemerintahan yang dijalankan menurut kehendak rakyat, jauh daripada pengaruh orang atau kelompok tertentu yang dikenal sebagai diktator dan autokrat. Makna demokrasi mengalami sedikit pengembangan sebagai: “Satu falsafah (teori) yang berkeras dengan tuntutan hak dan kapasiti rakyat melalui mereka secara lansung atau melalui wakil-wakil rakyat untuk mengawal perlembagaan mereka untuk tujuan yang dikehendaki mereka (rakyat)”[Columbia Encyclopedia, Yahoo.com].
Sejarah Demokrasi bermula di zaman Greek kuno. Ia dipraktikkan dalam sistem pemerintahan di Negara Kota di Athens dan Sparta pada ke 5 S.M. Sistem ini diamalkan dengan semua rakyatnya menjadi anggota dewan dan berbincang, melantik ketua dan menetapkan hukuman. Sistem ini hanya sesuai dalam negara yang kecil dan semua rakyatnya terdidik. Namun, apabila berkembangnya kerajaan Rom dan masuknya agama Kristian ke benua Eropah, sistem ini terhapus namun kekal sebagai sebuah pemikiran yang membawa kepada kejatuhan sistem monarki Rom pada tahun 500 M dan tertubuhnya Republik Rom. Pada masa ini muncul satu bentuk demokrasi yang baru yang bukan dijalankan secara langsung oleh rakyat tetapi melalui wakil-wakil mereka.
Demokrasi dalam Dunia Islam
Pada tahun 1789M, Revolusi Perancis berlaku. Serentak dengan itu, Perancis menjadi sebuah negara demokrasi. Sebelum itu, Amerika dan Britain telah melalui proses yang sama.
Kemudian, apabila kerajaan Mesir mengambil undang-undang Perancis sebagai Perlembagaannya, maka masuklah demokrasi ini ke dalam negara Islam dan berkembang selari dengan berkembangnya fahaman memisahkan agama dari negara (sekular). Kemudian, apabila al-Ikhwan al-Muslimin ingin merebut kekuasaan, mereka mula menggunakan pilihanraya sebagai jalan dan membawa kepada pengiktirafan terhadap sistem demokrasi. Lebih buruk apabila al-Ikhwan al-Muslimun bergabung dengan Jamal Abdul Nasir menggulingkan Raja Farouk pada tahun 1952M. Ini membawa kepada masuknya racun demokrasi dalam pemikiran Islamist.
Apa Itu Demokrasi? Demokrasi terbina atas dasar: 1-Kekuasaan Rakyat. Maknanya hak menentukan hukum adalah milik rakyat. Demokrasi menekankan kedaulatan rakyat. Maka inilah titik tolak syirik nya demokrasi. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T: َإِنِ الْحُنْمُ إِلَا لِّلَهِ أَمَرَ أَلَا تَعْبُدُوا إِلَا إِّيَاهُ ذَِللَ الدِّيهُ الْقَّيِمُ وَلَنِهَ أَمْثَرَ الّنَاسِ لَا ّيَعّْلَمُىن Maksudnya: “Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. dia Telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”[Yusuf:40]
Dan juga firman Allah: وَلَا ّيُشْ ِركُ فِي حُنْمِهِ أَحَدًا Maksudnya: “Dan tidak ada seorang pun yang boleh menyekutuinya dalam hukum”-[alKahf:26].
Dalam demokrasi, rakyat yang menentu dan meluluskan undang-undang. Rakyat dalam takrif demokrasi adalah penduduk sesebuah negara tanpa mengira batas agama. Maka secara signifikannya demokrasi membenarkan orang kafir membuat undang-undang dalam sebuah negara Islam. Maka demokrasi amat bertolak belakang dengan Islam.
2- Pendapat Kebanyakan.
Demokrasi memerlukan pendapat kebanyakan manusia dalam membuat undang-undang. Ini bertentangan dengan firman Allah: َوَإِنْ ُتطِعْ أَمْثَرَ مَهْ فِي الْأَرْضِ ّيُضِّلُىكَ عَهْ سَبِّيلِ الّلَهِ إِنْ ّيَّتَبِعُىنَ إِلَا الّظَهَ وَإِنْ هُمْ إِلَا ّيَخْرُصُىن Maksudnya: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”-[al-An'am:116]
Mereka yang menggunakan demokrasi untuk menegakkan hukum Islam adalah menyalahi Islam kerana hukum Islam tidak boleh mengikut kebanyakan manusia, bukan untuk didebatkan sama ada perlu dilaksanakan atau tidak kerana firman Allah: ْوَمَا مَانَ لِمُؤْمِهٍ وَلَا مُؤْمِّنَتٍ إِذَا قَضَى الّلَهُ وَرَسُىلُهُ أَمْرًا أَنْ ّيَنُىنَ لَهُمُ الْخِّيَ َرةُ مِهْ أَمْرِهِمْ وَمَهْ ّيَعْصِ الّلَهَ وَرَسُىلَهُ فَقَد ضَلَ ضَّلَالًا مُبِّيّنًا Maksudnya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan rasul-Nya Telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya Maka sungguhlah dia Telah sesat, sesat yang nyata.”[al-Ahzab:36].
Maka atas dua dasar utama demokrasi ini, sistem ini sangatlah batil. Demokrasi juga terbina dengan dasar persamaan, tolak ansur dan kebebasan.
Pertentangan Demokrasi dengan Islam
Prinsip Persamaan, Tolak Ansur, dan Kebebasan yang difahami oleh Demokrasi adalah berbeza dengan yang difahami oleh Islam. Islam menekankan keadilan bukan kesamaan kerana Allah s.w.t menjadikan setiap makhluk ada kelebihan dan kemampuan masingmasing. Keadilan sebagaimana yang diketahui bermaksud „Meletakkan sesuatu pada tempatnya‟; maka misalnya jika seorang muslim membunuh seorang kafir, dalam demokrasi tetap dihukum bunuh tetapi dalam Islam hendaklah dibayar diat sahaja kerana kedudukan lelaki muslim lebih tinggi di sisi Allah s.w.t daripada lelaki kafir yang akan ditempatkan
di neraka. Maka membunuh lelaki muslim yang beriman dan memakmurkan bumi ini dengan tauhid kepada Allah s.w.t sebagai hukuman dia membunuh seorang kafir merupakan suatu kezaliman kerana Allah s.w.t mengampunkan semua dosa kecuali syirik.
Prinsip tolak ansur pula Islam menerima beberapa perkara untuk bertolak ansur seperti seorang kafir dibenarkan untuk dia meminum arak dalam kawasan yang tidak dilihat kaum muslimin namun jika dia menzahirkan perlakuannya maka ini tidak boleh dimaafkan kerana negeri Islam adalah tempat untuk mentaati Allah s.w.t bukan menderhaka kepada-Nya. Demikian juga Islam tidak memaksa kafir zimmi untuk memeluk Islam bahkan dia boleh menganut agamanya tetapi dia tidak boleh menzahirkan syiar-syiar agamanya dalam negara Islam kerana negara Islam adalah negeri Tauhid bukan syirik.
Namun, dalam demokrasi semua perkara ini dibolehkan atas nama tolak ansur. Maka kita lihat dalam negara demokrasi seorang kafir bebas menyembah berhalanya secara terbuka tanpa sebarang halangan. Ini amat bertentangan dengan prisnip sebuah negara Islam. Islam agama yang percaya kepada kebebasan tetapi setiap kebebasan itu perlulah terikat dengan syarak dan hukum Allah s.w.t. Islam membenarkan seorang kafir zimmi untuk terus menganut ajarannya tetapi jika seorang muslim hendak murtad maka hal ini terlarang kerana kebebasan yang menggugat hak Allah adalah dilarang. Demikian juga seseorang bebas memamkai apa sahaja bentuk pakaian selagi dia mengikut syarat-syarat yang diletakkan Islam seperti menutup aurat dan tidak meniru cara kaum kafir. Namun, dalam demokrasi, sama ada hendak menutup aurat atau tidak itu adalah hak peribadi tiada siapa boleh mempertikaikannya. Hal ini amat bertentangan dengan ajaran Islam.
Perbezaan Demokrasi dengan Islam:
1) Hak Membuat Undang-undang: Demokrasi memberikan kepada manusia adapun Islam hendaklah undang-undang itu milik Allah dan selari dengan qaedah syara‟.
2) Hak memilih pemimpin: demokrasi memberi hak itu kepada rakyat sepenuhnya sedangkan Islam memberi hak memilih pemimpin kepada al-Quran dan as-Sunnah dan diterjemahkan melalui para ulama‟ dan pemuka-pemuka kaum serta cendakiawan umat yang membentuk majlis Syura.
3) Keanggotaan Majlis Syura: Demokrasi membuka ruang kepada semua rakyat adapun Islam, majlis syura itu dianggotai oleh ulama dan mukminin yang bertakwa dan amanah. Golongan kafir tidak diberi hak keanggotaan.
4) Hak melaksanakan Undang-undang: Menurut demokrasi, sesuatu undang-undang dibuat kerana kehendak rakyat. Tetapi menurut Islam undang-undang dibuat kerana menurut perintah Allah dan Rasul dan berdasarkan prinsip Dharuriyat al-Khams (agama,nyawa.aqal,keturunan,harta) iaitu hendaklah undang-undang itu menjamin lima perkara ini menurut prioriti. Maka jika seseorang melaksanakan hudud melalui sistem demokrasi maka tidak dinamakan hudud tetapi undang-undang manusia yang kebetulan sama dengan hudud. Maka tidak layak hukuman itu dinamakan hukuman Islam.
5) Kebebasan: Demokrasi mempunyai pemikiran Liberal dan memberi kebebasan. Selama tidak mengganggu kebanyakan orang maka tidak mengapa. Oleh itu, Geert wilders tidak bersalah pada demokrasi kerana „Kebanyakan‟ rakyat Belanda tidak terganggu dengan tindakannya. Tetapi dalam Islam kebebasan bermaksud melaksanakan sepenuhnya tuntutan agama. Jika tidak maka orang itu tidak bebas kerana terbelenggu dengan „dosa‟ dan „neraka‟.
6) Masdar: Demokrasi berasal daripada aqidah Greek Yunani Kuno yang menyembah berhala adapun Islam, undang-undangnya daripada Allah kepada manusia tanpa ada sekutu bagi Allah Taala. Wallahua‟lam.
Copyright © 2009 Abu Humaira Dermawar As-Salafy www.jihadsalafi.blogspot.com