DASAR ANTI RASUAH RGIS
I.
KENYATAAN DASAR
Ia adalah menjadi dasar RGIS Holdings, LLC (“RGIS” atau “Syarikat”) menjalankan operasi di seluruh dunia secara beretika dan mematuhi undang-undang A.S. dan undang-undang asing yang termaktub. Dokumen ini menerangkan dasar RGIS terhadap rasuah dan sogokan(“Dasar Anti Rasuah). Kepatuhan terhadap Polisi ini adalah diwajibkan. Dasar Anti Rasuah tertakluk kepada semua pegawai, pengarah, pekerja, ejen, dan wakil syarikat, dan semua orang yang diambil bekerja (secara langsung atau tidak langsung) untuk Syarikat, termasuklah pekerja dimana-mana gabungan, anak syarikat, atau mana-mana entiti yang dikawal oleh syarikat, pekerja agensi sementara, ejen bukan pekerja yang bertindak bagi pihak Syarikat, dan pekerja secara kontrak, di mana sahaja lokasinya (secara bersama “Pekerja Syarikat”). Walaupun tumpuan antarabangsa terhadap Dasar Anti Rasuah ini, ia juga tertakluk kepada pekerja yang tidak pernah keluar dari A.S. kerana urusan perniagaan Syarikat dan mereka yang ditempatkan di luar negara. Syarikat tidak akan membenarkan, melibatkan diri, atau bertolak ansur terhadap amalan perniagaan yang tidak mematuhi Dasar Anti Rasuah ini.
II.
TUJUAN
Dasar Anti Rasuah ini menetapkan tahap perlakuan dan amalan yang perlu dipatuhi dengan mengambil kira beberapa tatacara transaksi, terutamanya memberi barang yang bernilai, termasuklah wang; hadiah; hidangan; perjalanan, penginapan, keraian dan faedah yang hampir sama; sumbangan kebajikan dan politik. Transaksi tersebut mungkin tertakluk kepada, dan mestilah mematuhi Akta Amalan Rasuah Asing A.S. (“FCPA”), anti rasuah A.S. dan undangundang simpanan rekod yang tertakluk kepada Syarikat dan semua Pekerja Syarikat. FCPA dan undang-undang di negara lain yang telah menandatangani Konvensyen OECD Terhadap Rasuah Pegawai-Pegawai Asing di dalam Transaksi Perniagaan Antarabangsa menjadikan ia sebagai satu jenayah bagi memberi barang berharga kepada pegawai awam dalam memastikan kelebihan yang tidak wajar dapat dicapai. Dibawah undang-undang yang banyak ini, termasuklah FCPA, syarikat dan individu boleh didakwa dengan jenayah walaupun bayaran dibuat di dalam negara yang berlainan.
III.
KEBOLEHGUNAAN
Dasar Anti Rasuah meliputi semua transaksi yang dijalankan oleh Syarikat dan Pekerja Syarikat di mana-mana tempat di seluruh dunia.
A.
Harapan untuk Pengurus Syarikat
Sebagai pengurus Syarikat, anda mestilah:
Memastikan semua kakitangan yang diselia oleh anda memahami tanggungjawab mereka dibawah Dasar Anti Rasuah dan mana-mana peraturan yang tertakluk;
Mewujudkan persekitaran yang membenarkan dan menggalakkan kakitangan untuk bertanya masalah;
Jangan meminta—secara langsung atau sebaliknya—dimana Kakitangan Syarikat mencapai hasil perniagaan melibatkan semua kos, terutamanya terhadap tanggungjawab etika dibawah Dasar Anti Rasuah atau undang-undang yang berkaitan;
©2010 by oleh RGIS, LLC. Semua hak terpelihara. Anda tidak dibenarkan menyalin, mengeluarkan semula, mengubahsuai, menerbit, mengedar, menghantar, memindah atau mewujudkan kerja terbitan dari kandungan di dalam ini tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari RGIS, LLC. 1
Menganalisa sebarang fakta, corak, situasi, permintaan, atau isu-isu lain mengenai prospek transaksi atau yang sedia ada yang menunjukkan isu-isu pematuhan FCPA (“Bendera Merah”) yang berkemungkinan menimbulkan kebimbangan rasuah, dan menghentikan dan melaporkan pelanggaran Dasar Anti Rasuah dan undang-undang oleh Pekerja Syarikat yang diselia oleh anda; dan
Memberi respons, sebagaimana sesuai, untuk menyoal dan menyuarakan kebimbangan mengenai Dasar dan Prosedur Anti Rasuah dan, atau merujuk pekerja kepada sumber Syarikat yang lain, termasuklah Jabatan UndangUndang.
B.
Situasi Melibatkan Kebimbangan FCPA
Kebimbangan FCPA mungkin akan menimbulkan beberapa konteks yang berbeza, termasuklah, sebagai contohnya, aktiviti-aktiviti berikut:
Menyediakan perjalanan, penginapan, hidangan, keraian, atau faedah yang hampir sama kepada Pegawai Asing;
Memberi hadiah kepada Pegawai Asing;
Memberi sumbangan kepada Pegawai Asing, parti-parti politik, atau calon politik;
Menyediakan sumbangan kebajikan dan program tanggungjawab sosial;
Bekerja dengan penggubal undang-undang kerajaan bagi mendapatkan lesen, permit atau kebenaran yang lain;
Mendapatkan dan menjalankan kontrak kerajaan;
Mengambil khidmat Pegawai Asing; dan
Menggunakan mana-mana rakan usaha sama, gabungan, pengedar, ejen, perunding atau mana-mana pihak ketiga lain yang diambil bekerja bagi pihak Syarikat untuk membantu dalam aktiviti-aktiviti di atas.
Seperti mana senarai ini menunjukkan, isu-isu etika dan rasuah menjangkau beberapa bentuk aktiviti. Oleh yang demikian, kakitangan Syarikat mestilah mengetahui dan mematuhi tanggungjawab mereka dibawah FCPA dan undang-undang yang serupa, Dasar Anti Rasuah, dan mana-mana prosedur anti rasuah dalam semua aspek pekerjaan mereka.
IV.
AKTA AMALAN RASUAH ASING A.S. (“FCPA’) A.
Peruntukan Anti Sogokan
FCPA melarang menawarkan atau membuat bayaran atau menawarkan atau memberikan barangan yang bernilai, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kepada mana-mana Pegawai Asing bagi mendapatkan atau mengekalkan perniagaan, atau mana-mana peluang yang tidak sepatutnya, apabila tawaran, bayaran atau hadiah bertujuan untuk:
mempengaruhi tindakan yang diingini;
©2010 by oleh RGIS, LLC. Semua hak terpelihara. Anda tidak dibenarkan menyalin, mengeluarkan semula, mengubahsuai, menerbit, mengedar, menghantar, memindah atau mewujudkan kerja terbitan dari kandungan di dalam ini tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari RGIS, LLC. 2
mendorong tindakan yang bertentangan dengan tugasan undang-undang;
menyebabkan seseorang berhenti dari bertindak bertentangan dengan tugasan undang-undang;
mendapatkan peluang yang tidak sepatutnya; atau
mempengaruhi keputusan kerajaan atau perantaraan kerajaan.
Seperti mana ditunjukkan, FCPA bukan sahaja melarang pembayaran tunai. Malah, ia melarang memindah, membenarkan, atau menjanjikan ”barang yang bernilai”. Frasa ini, sebagaimana digunakan di dalam FCPA, adalah luas dan mungkin termasuk saham di dalam syarikat; dividen; kontrak hadapan atau opsyen; menjanjikan pekerjaan masa depan; terma pinjaman yang dijanjikan; insurans; aset ketara; seperti kenderaan atau peralatan; hartanah, termasuklah bangunan atau tanah; derma kebajikan; dan perjalanan, penginapan, hidangan, atau keraian. Lebih penting, dibawah undang-undang statut, tiada terdapat ambang kewangan. Pembayaran sebarang jumlah boleh dianggap sebagai sogokan bergantung pada keadaan. Untuk memudahkan rujukan, di dalam Dasar Anti Rasuah ini, terma “Bayaran” bermaksud “barang yang bernilai”. Terma Pegawai Asing juga sangat luas. Mengikut tafsiran Jabatan Kehakiman FCPA, seorang “pegawai asing” mungkin termasuk, antara lainnya, seorang pekerja agensi kerajaan atau badan penggubal undang-undang; pekerja syarikat milik atau dikawal kerajaan; malah pekerja organisasi antarabangsa awam, seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Bank Dunia. FCPA juga melarang Pembayaran rasuah kepada parti politik dan pegawai dan calon parti politik untuk jawatan politik. Dengan itu, Dasar Anti Rasuah menggunakan definisi ”Pegawai Asing” yang berikutnya sebagai: (i) mana-mana pegawai, ejen, atau pekerja bukan kerajaan A.S., jabatan, agensi, atau perantaraan termasuklah syarikat yang dimiliki atau dikawal sepenuhnya atau majoriti milik kerajaan negeri; (ii) mana-mana pegawai, ejen, atau pekerja mana-mana organisasi antarabangsa awam, seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Bank Dunia; (iii) sesiapa bertindak dalam tugas rasmi bagi atau sebagai mewakili mana-mana kerajaan atau jabatan, agensi, perantaraan atau organisasi antarabangsa awam, walaupun pekerja tersebut bukanlah diambil bekerja secara langsung oleh organisasi antarabangsa kerajaan atau awam; (iv) mana-mana parti politik bukan dari A.S.; (v) mana-mana pegawai parti politik bukan dari A.S. ; (vi) mana-mana calon untuk pejabat politik asing; (vii) mana-mana kanak-kanak, pasangan, atau saudara terdekat kepada mana-mana individu yang dinyatakan di atas; atau (viii) mana-mana orang yang anda kenali atau mempunyai alasan untuk mengetahui orang tersebut akan membuat, menawarkan, atau menjanjikan Bayaran bertentangan dengan undang-undang dan peraturan anti rasuah yeng berkaitan, termasuklah FCPA. ©2010 by oleh RGIS, LLC. Semua hak terpelihara. Anda tidak dibenarkan menyalin, mengeluarkan semula, mengubahsuai, menerbit, mengedar, menghantar, memindah atau mewujudkan kerja terbitan dari kandungan di dalam ini tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari RGIS, LLC. 3
Ia menjadi tanggungjawab anda untuk memahami sama ada mereka yang berinteraksi dengan anda adalah Pegawai Asing. Apabila ragu-ragu, hubungi Jabatan Undang-undang. Secara ringkasnya, Kakitangan Syarikat tidak boleh menawarkan apa-apa barangan kepada Pegawai Asing bagi mengharapkan sebarang balasan. Kakitangan Syarikat hendaklah mematuhi Dasar Anti Rasuah sebelum menawarkan atau menyediakan barangan bernilai kepada Pegawai Asing.
B.
Pihak Ketiga
Syarikat mungkin diberi Bayaran oleh pihak ketiga (cthnya, ejen, perunding, pengedar, atau subkontraktor) kepada Pegawai Asing. Kakitangan Syarikat mungkin tidak menyediakan Bayaran kepada Pegawai Asing secara tidak langsung melalui pihak ketiga. Kakitangan perlu menyelidiki latar belakang semua pihak ketiga sebelum mengambil khidmat mereka. Kakitangan Syarikat tidak boleh mengambil khidmat pihak ketiga sekiranya pihak ketiga cuba untuk membuat Pembayaran kepada Pegawai Asing. Semua pihak ketiga yang diambil berkhidmat oleh Syarikat hendaklah bersetuju mematuhi Dasar Anti Rasuah.
C.
Peruntukan Perakaunan
FCPA memerlukan syarikat awam yang didagangkan di pasaran saham A.S. mematuhi semua peraturan perakaunan Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (“SEC”). FCPA melarang pemalsuan buku dan rekod yang perlu dikekalkan oleh syarikat awam dan membuat sebarang kenyataan palsu atau mengelirukan atau pembuangan fakta bahan kepada akauntan atau juruaudit berkaitan dengan pemfailan yang diperlukan. Walaupun Syarikat bukanlah syarikat awam, ia adalah polisi syarikat yang memerlukan Syarikat menjalankan dan mengekalkan kawalan perakaunan dalaman menurut prinsip perakaunan yang sebenar. Semua Pembayaran hendaklah direkod secara teratur dan tepat di dalam buku dan rekod Syarikat. Semua masukan hendaklah termasuk keterangan munasabah supaya rekod perakaunan menggambarkan transaksi. Secara minimum, semua transaksi kewangan hendaklah dijalankan hanya dengan kelulusan pihak pengurusan Syarikat, direkodkan berdasarkan prinsip perakaunan yang diterima secara am, dan diaudit secara berkala bagi menemui dan memperbetulkan mana-mana perbezaan, kesalahan dan pembuangan fakta perakaunan.
D.
Syarikat tidak akan bertolak ansur terhadap masukan palsu, mengelirukan dan tidak tepat ke dalam buku dan rekod Syarikat. Kakitangan Syarikat yang memalsukan rekod perakaunan Syarikat akan dikenakan Penalti.
Individu yang melanggar peruntukan anti sogokan FCPA boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah. Pelanggaran boleh dihukum dengan mengenakan denda sehingga $250,000 A.S bagi setiap kesalahan, dipenjarakan sehingga lima tahun bagi setiap kesalahan, atau kedua-duanya sekali. Penalti sivil juga boleh dipertimbangkan. Pelanggaran individu juga mungkin mengakibatkan Syarikat dikenakan denda yang tinggi dan penalti lain.
V.
STRUKTUR PEMATUHAN DALAMAN
©2010 by oleh RGIS, LLC. Semua hak terpelihara. Anda tidak dibenarkan menyalin, mengeluarkan semula, mengubahsuai, menerbit, mengedar, menghantar, memindah atau mewujudkan kerja terbitan dari kandungan di dalam ini tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari RGIS, LLC. 4
A.
Pegawai Pematuhan
Seperti mana pekerja RGIS dipertanggungjawabkan dengan pengurusan harian dan pemerhatian atas Dasar Anti Rasuah ini, Penasihat Am seharusnya menjadi rujukan hubungan utama untuk Kakitangan Syarikat yang mempunyai kebimbangan pematuhan.
B.
Tanggungjawab Pekerja
Pekerja Syarikat adalah diminta berwaspada terhadap Bendera Merah dan melaporkan dengan segera sebarang pelanggaran Dasar Anti Rasuah. Syarikat menganggap semua laporan potensi salah laku secara serius. Ia akan disiasat dengan segera bagi mengetahui sama ada berlaku sebarang pelanggaran Dasar Anti Rasuah atau undang-undang, dan akan mengambil langkah pemulihan selanjutnya. Jika anda diminta untuk menyertai penyiasatan, berkerjasamalah dengan sepenuhnya dan jawab semua soalan dengan jujur. Laporan jujur seorang pekerja atau penyertaan dalam penyiasatan tidak boleh dijadikan sebagai satu asas untuk sebarang tindakan pekerjaan yang tidak baik. Tambahan lagi, Pekerja Syarikat adalah diharapkan untuk memenuhi kewajipan berikut:
Menghadiri sesi latihan berkaitan dengan Dasar Anti Rasuah dan penggunaan FCPA.
Mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan mana-mana pihak yang bertindak bagi pihak Syarikat memahami prinsip dan kepentingan Syarikat terhadap Dasar Anti Rasuah ini.
Mengekalkan rekod secara teratur, tepat dan lengkap tentang semua perbelanjaan dana Syarikat.
Memahami dan menghormati dasar syarikat lain dan agensi kerajaan dimana Syarikat menjalankan urus niaga.
©2010 by oleh RGIS, LLC. Semua hak terpelihara. Anda tidak dibenarkan menyalin, mengeluarkan semula, mengubahsuai, menerbit, mengedar, menghantar, memindah atau mewujudkan kerja terbitan dari kandungan di dalam ini tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari RGIS, LLC. 5