DAPUR kondominium Penyelaras PUTRI ADILA MIRZA SAARI Teks MARLIANA SHAMSUDDIN Foto AHMAD SHAHIR OSMAN
dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini
Ilham Dapur Moden di ruang terhad
Bagai sudah ditentukan penjelmaan kabinet dapur berkonsepkan moden tampil begitu serasi di kediaman kondominium milik Asma Sabri. Biarpun keluasan dapur ini cukup terhad namun kemampuan pereka kabinet daripada Reno Concept berjaya mengilhamkan ruang dapur yang selesa dan menarik.
68
Lakaran 3D
Lakaran 3D
K
edudukan ruang dapur kondominium ini terletak di sebelah kanan pintu masuk menjadikan ruang pertama yang akan dilihat oleh tetamu. Ini menjadikan pemilik ingin memberikan persembahan yang terbaik untuk menata hias ruang tersebut. Bukan sahaja sebagai ruang memasak malah turut dijadikan sebagai sudut pamer yang menarik untuk kediaman pemilik. Pemilihan untuk bermain dengan rona hitam berjaya menampilkan ruang dapur pemilik tampil eksklusif. Biarpun sedar kelemahan warna hitam boleh mengakibatkan ruang kelihatan sempit, namun pemilik tetap inginkan penggayaan kabinet hitam dijelmakan di ruang dapur mereka.
Mengekalkan suasana ruang dapur yang kemas memerlukan disiplin untuk direalisasikan. Pastikan perletakan barang/perkakas yang telah digunakan disimpan di tempat asalnya.
Kabinet bentuk L membentuk pelan lantai binaan berbentuk U memberi bukan satu fungsi kepada pemilik malah bersifat multi fungsi.
dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini
Menyuntik kelainan pembentukan kabinet daripada material akrilik rona hitam ini, pemilik melengkapkan panel pintu kabinet berbingkai aluminium. Kemudian kabinet ini digabungkan bersama permukaan padu rona kuning air untuk kemasan table top. Percantuman dua warna ini memberi persembahan yang istimewa kepada penampilan ruang dapur secara keseluruhannya.
69
Pereka berjaya mengilhamkan ruang dapur sebagaimana dikehendaki oleh pemilik.
dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini
Bagi merealisasikan konsep dapur ini, pemilik banyak melakukan rujukan dengan menatap majalah luar negara dan tempatan. Selain itu pemilik juga sering berkunjung ke ruang pamer kabinet dapur untuk mendapatkan ilham terbaik sebelum membina kabinet dapur yang diidamkan.
70
Akhirnya, pertemuan bersama dengan Eric Chan dari Reno Concept mencipta rasa kepuasan dan yakin di hati pemilik berkenaan kemampuan pereka untuk merealisasikan dapur yang diidamkan. Berpandukan keratan gambar kabinet dapur yang dipilih daripada majalah, Reno Concept bukan sahaja berjaya menjelmakannya malah memberi sedikit kelainan agar selari dengan keluasan dan keadaan ruang dapur. Kaunter sarapan multi fungsi Perletakkan kaunter sarapan yang bercantum dengan kabinet bentuk L membentuk pelan lantai binaan berbentuk U, memberi bukan satu fungsi kepada pemilik malah bersifat multi fungsi. Selain dijadikan sebagai kaunter kerja dan kaunter sarapan, ruang tersebut turut digunakan sebagai ruang makan rasmi buat pemilik kediaman ini.
Pereka Kabinet Dapur kediaman ini, Eric Chan & Ling dari RENO Concept Sdn Bhd, Seksyen 13 Shah Alam
Berhadapan dengan keterbatasan ruang, menuntut pemilik membuat keputusan untuk menjadikan ruang dapur turut dijadikan sebagai ruang makan. Ini secara tidak langsung menjadikan ruang tamu kondominium ini lebih tampil luas dan amat selesa untuk menerima kunjungan tetamu tanpa perlu lagi membahagikan ruang tersebut kepada perletakkan meja makan dan sebagainya. Di sudut kaunter sarapan juga ditempatkan tiga buah kerusi bar dengan tempat duduk rona hitam menyokong tema warna dapur pemilik. Manakala di bahagian siling digayakan lampu gantung bercahaya kuning menyuntik mood istimewa di ruang makan secara keseluruhannya.
Keterbatasan ruang menuntut pemilik membuat keputusan untuk menjadikan ruang dapur sebagai ruang makan. Pemilik turut memperagakan bakul boleh laras di dalam laci kabinet.
dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini
Menggandakan fungsi kaunter sarapan, pemilik turut menjelmakan beberapa unit laci di bawah kaunter sebagai ruang penstoran yang cukup praktikal. Selain berfungsi ia turut menyuntik gaya elegan dengan penataan pintu laci berganding dengan pemegang berpotongan moden.
71
Paip air boleh laras menjadikan kerja mencuci lebih mudah.
Aplikasi sistem moden lebih efisien Mengintai penggunaan sistem di ruang dapur ini, ternyata pemilik selesa menggayakan aplikasi sistem yang moden. Menurut pemilik, menggunakan sistem yang moden bukan sahaja memudahkan malah mempunyai persembahan gaya yang istimewa.
Pemilik memilih dapur induksi untuk melengkapi dapurnya.
dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini
Pemilihan singki tunggal dan pemasangan paip air yang boleh laras menonjolkan penampilan yang hebat di ruang berhadapan dengan tingkap dapur pemilik. Menariknya bila berbicara mengenai penggayaan singki tunggal ini, ia cukup digemari oleh pemilik. Menurutnya, ruang mencuci yang besar memudahkan untuk digunakan semasa mencuci periuk atau kuali bersaiz besar. Begitu juga penggunaan paip air yang boleh laras menyumbang kepada faktor keselesaan untuk digunakan.
72
Melengkapi gaya dapur moden, pemilik turut memperagakan bakul boleh laras di dalam laci kabinet. Penggunaan sistem ini lebih menampilkan ruang kabinet tersusun rapi dan ia juga memudahkan pemilik untuk mencapai barang yang disimpan. Perletakkan ketuhar gelombang mikro dan dapur memasak berjenama Kitchen Queen menyerlah kesempurnaan ruang dapur pemilik. Selain itu dapur moden ini juga dilengkapi dengan ketuhar berjenama Bosh dan hud berjenama Fortile tampil menyuntik gaya dan kesempurnaan ruang dapur. Kabinet binaan dalam menempatkan peralatan memasak agar ruang dapur tampil kemas dan bergaya.
PRODUK Pilihan
Pemilik Set pinggan rona hitam dengan rekaan polka dot yang dibeli di IKEA ini cukup istimewa.
Periuk kukus ELBA yang dibeli sendiri oleh pemilik sering digunakan tiap kali menyediakan hidangan kukus untuk famili.
Oven dan ketuhar gelombang mikro jenama BOSH yang begitu kerap digunakan.
Perlu tahu: SIAPA TINGGAL DI SINI? Asma Sabri, 34 tahun
Periuk nasi PHILIPS bersaiz kecil ini amat digemari oleh pemilik.
Dapur induksi berjenama Kitchen Queen cukup digemari pemilik. Memasak dirasakan lebih cepat dan mudah.
JENIS KEDIAMAN? Kondominium KOS PEMASANGAN DAPUR TERMASUK (KABINET, PERMUKAAN PADU, HUD, OVEN, SINGKI DAN PAIP)? RM 26,000 KONSEP DAPUR? Moden
dapur impiana | Inovasi Dapur Terkini
PEKERJAAN? Perniagaan sendiri
73