ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
DAFTAR ISI KANDUNGAN
HALAMAN
Daftar Isi
1-4
Pengenalan
5
Objektif Pembelajaran
5
Hasil Pembelajaran
6
Bab 1: Konsep Ibadah Dalam Islam 1.1
Pengertian dan Dalil
1.2
Ciri-ciri Ibadah
1.3
Pembahagian Ibadah
7 - 13
1.3.1 Ibadah Khusus 1.3.2 Ibadah Umum 1.4
Hubungan Ibadah Dengan Ilmu Dan Amal 1.4.1 Hubungan Ibadah Dengan Ilmu 1.4.2 Hubungan Ibadah Dengan Amal
1.5
Matlamat Penciptaan Manusia
Bab 2: Solat 2.1
14 - 37 Konsep Solat 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 2.1.6
BKT
Hikmah Pensyariatan Solat Rukun Solat Syarat-syarat Wajib Solat Syarat-syarat Sah Solat Perkara-perkara Yang Membatalkan Solat Rakaat Solat Dan Waktunya
1
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
2.1.7 Waktu-waktu Yang Dilarang Solat 2.1.8 Solat Dalam Keuzuran (Orang Sakit)
2.2
Solat Berjemaah 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.2.5
2.3
Kelebihan Solat Berjemaah Syarat-syarat Imam Syarat Sah Mengikut Imam Susunan Saf Mengikut Imam Masbuq Dan Muafiq
Solat Jumaat 2.3.1 Syarat Wajib Solat Jumaat 2.3.2 Syarat –syarat Sah Solat Jumaat 2.3.3 Rukun Khutbah
2.4
Solat Qasar Dan Jama’ 2.4.1 Pembahagian Solat Jama’ 2.4.2 Syarat-syarat Qasar Dan Jama’ Dalam Solat 2.4.3 Contoh Lafaz Niat Solat Dan Jama’
Bab 3: Aurat Dan Batas Pergaulan
BKT
27 – 37
3.1
Aurat
3.2
Aurat Lelaki Dan Perempuan
3.3
Hukum Dan Balasan Bagi Wanita Yang Mendedahkan Aurat
3.4
Implikasi Mendedahkan Aurat
3.5
Batas Pergaulan Dalam Islam
3.6
Pergaulan-pergaulan Yang Diharuskan
2
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Bab 4: Hiburan Dalam Islam
38 - 49
4.1
Konsep Dan Dalil
4.2
Ciri-ciri Hiburan Dalam Islam
4.3
Perbezaan Antara Hiburan Islam Dan Bukan Islam
4.4
Nyanyian Dan Lakonan 4.4.1 Nyanyian (Seni Suara Dan Bunyi) 4.4.2 Lakonan
Bab 5: Konsep Peradaban Dan Tamadun 5.1
50 - 68
Pengertian Tamadun 5.1.1 Pandangan Sarjana Barat 5.1.2 Pandangan Sarjana Islam
5.2
Sumber Tamadun Islam 5.2.1 Sumber Wahyu
5.3
Sumber Sokongan 5.3.1 Sumber Sokongan Daripada Tamadun Silam 5.3.2 Sumber Sokongan Dari Akal
5.4
Faktor – faktor Kejayaan Tamadun Islam 5.4.1 Ekonomi 5.4.2 Politik 5.4.3 Sosial
5.5
Faktor-faktor Kemerosotan Tamadun Islam 5.5.1 Ekonomi 5.5.2 Politik 5.5.3 Sosial
5.6
Kelemahan Tamadun Barat 5.6.1 Keruntuhan Akhlak 5.6.2 Kemusnahan Keluarga
BKT
3
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
5.6.3 Kegelisahan Jiwa 5.6.4 Kecelaruan Akal 5.6.5 Jenayah Dan Ketakutan
Bab 6: Islam Dan Cabaran Semasa
6.1
69 - 90
Keruntuhan Akhlak 6.1.1 Bentuk-bentuk Keruntuhan Akhlak 6.1.2 Faktor-faktor Berlakunya Keruntuhan Akhlak 6.1.3 Cara Mengatasi Keruntuhan Akhlak
6.2
Sains,Teknologi dan ICT 6.2.1 Etika Islam 6.2.2 Penyalahgunaan Dan Penyelewengan
Bibliografi
BKT
91 - 93
4
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
PENGENALAN Kursus Pengajian Islam disediakan untuk melahirkan warganegara khususnya pelajar Islam yang faham tasawwur Islam sebagai satu cara hidup yang bersepadu dan seimbang serta mampu menyelesaikan sebarang masalah dan cabaran. Peringkat pengajian semester ini pelatih akan belajar mengenai tamadun Islam yang merangkumi konsep ibadah,solat,aurat dan batas pergaulan,hiburan dalam Islam,konsep peradaban dan tamadun serta Islam dan cabaran semasa.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN 1.
Mengetahui ibadah-ibadah yang terdapat dalam Islam.
2.
Memahami hukum berkenaan dengan aurat,hiburan yang selaras dengan Islam juga berkenaan dengan kegemilangan dan keruntuhan tamadun Islam.
3.
Mempunyai kesedaran dan keinsafan untuk sentiasa bersiap-sedia bagi menghadapi segala bentuk cabaran ke atas Islam dan umat Islam.
BKT
5
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
HASIL PEMBELAJARAN 1.
Menjelaskan konsep ibadah dalam Islam.
2.
Menjelaskan kewajipan solat.
3.
Menerangkan isu aurat dan batas pergaulan dalam Islam.
4.
Menghuraikan konsep hiburan dalam Islam..
5.
Menerangkan Tamadun Islam dari segi pengertian, sumber dan faktor-faktor kejayaan serta kemerosotan dan kelemahan Tamadun Barat..
6.
Menjelaskan cabaran semasa Islam yang meliputi isu keruntuhan akhlak serta sains, teknologi dan ICT.
BKT
6
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
BAB 1 : KONSEP IBADAH DALAM ISLAM
PENGENALAN Ibadah merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia kerana tujuan manusia dijadikan adalah semata-mata untuk beribadah kepada Allah SWT. Kejayaan hidup di dunia dan akhirat adalah bergantung kepada ibadah yang dilakukan. ibadah
Pengertian
hanya
Sebenarnya
ibadah
upacara
ibadah
sering
tertentu
menurut
disalahertikan.
sahaja Islam
seperti
adalah
Ada solat,
yang haji
merangkumi
menganggap dan
segala
lain-lain. aspek
kehidupan daripada perkara yang kecil hingga yang terbesar.
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran dan pengajaran pelajar dapat: 1.
Menyatakan maksud ibadah dari sudut bahasa dan istilah.
2.
Menjelaskan asas-asas ibadah dan ciri-ciri ibadat.
3.
Menerangkan pembahagian Ibadah.
4.
Menjelaskan peranan ibadah yang khusus.
5.
Menerangkan hubungan ibadat dengan amal.
6.
Menjelaskan matlamat dan tujuan ibadah.
BKT
7
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
1.1
PENGERTIAN DAN DALIL
Ibadah dari sudut bahasa bermaksud menyembah, mematuhi, tunduk atau taat pada sesuatu. Dari sudut istilah terdapat berbagai tafsiran mengikut kajian ilmu masing-masing iaitu: i. ii.
iii.
Ulama Aqidah mentakrifkan “Ibadah ialah mengesakan Allah SWT dan mengagungkannya sepenuh takzim serta menghinakan diri serta menundukkan jiwa kepadanya” Ulama Tasawuf mentakrifkan “Ibadah ialah perbuatan seseorang Mukallaf (orang Islam yang berakal dan baligh) yang berlawanan dengan nafsunya untuk mengagungkan Allah SWT.” Ulama Fiqh mentakrifkan “Ibadah ialah segala pekerjaan yang dilakukan dengan penuh ketaatan untuk mencapai keredhaan Allah SWT dan mengharapkan balasan pahala di akhirat.”
Firman Allah SWT.
Maksudnya : “Sesungguhnya umat kamu ini adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhan kamu semua. Oleh itu, hendaklah kamu semua sembahlah Aku!” Surah Al-Anbiya’ (21) :92 Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Wahai sekalian manusia ! Beribadahlah Kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang) yang bertakwa”. Surah Al-Baqarah (01) : 21
BKT
8
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
1.2
CIRI-CIRI IBADAH
Antara ciri-ciri ibadah ialah:
i.
Ibadah Hanya Untuk Allah SWT
Al-Quran menitikberatkan bahawa ibadah itu hendaklah dilakukan kerana Allah SWT semata-mata. Firman Allah SWT : “Dan Rabmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia Surah Al-Isra’(17) : 23 Oleh itu segala tindakan yang dilakukan oleh manusia mestilah diniatkan semata-mata kerana Allah SWT. Islam menegah setiap perbuatan atau tindakan yang boleh mendatangkan maksud penyembahan sesama manusia atau pun membuka jalan untuk mengelirukan pengertian ibadah yang semestinya dikhususkan hanya kepada Allah SWT.
ii.
Perhubungan Langsung Antara Hamba Dan Penciptanya
Dalam Islam perhubungan dapat dilakukan oleh seorang hamba dengan Allah SWT secara langsung, dan tidak berhajat adanya orang tengah sebagaimana yang terdapat pada setengah-setengah agama lain. Peranan para ulama dan fuqaha’ hanyalah untuk mengkaji dan menyelidiki hukum-hukum syarak serta mengajarkannya kepada orang ramai dan bukannya untuk mengampuni dosa atau mengabulkan doa seseorang kepada Allah SWT sebagaimana yang terdapat pada sesetengah agama lain.
iii.
Melambangkan Ketundukan (Khudu’) Ketaatan Yang Mutlak Kepada Allah SWT
Yang
Penuh
Dan
Ibadah dalam Islam melambangkan ketundukan seseorang sepenuhnya kepada Allah SWT serta ketaatannya yang mutlak terhadapNya. Oleh itu dalam bidang ibadah khusus ianya bersifat taufiqiyyah iaitu dilaksanakan menurut panduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan berhenti setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syarak dan sebagaimana yang telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW. Tidak boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasullullah SAW: “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.” Riwayat Bukhari
BKT
9
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Manakala bagi ibadah-ibadah umum, ketundukan dan kepatuhan ini dilaksanakan dengan mencontohi Rasulullah SAW dalam seluruh kehidupan.
dapat
Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT : “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah SWT dan (kedatangan) hari qiyamah dan dia banyak menyebut Allah SWT Surah Al-Ahzab (33):21 Kepatuhan mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW bererti seseorang itu telah menundukkan dirinya untuk mematuhi dan mentaati perintah Allah SWT ketika melakukan segala ibadah dalam kehidupan.
1.3
PEMBAHAGIAN IBADAH
Ibadah terbahagi kepada dua bahagian:
1.3.1 Ibadah Khusus Iaitu perkara-perkara yang ada hubungan terus antara manusia dengan Allah SWT dan disebut di dalam al-Quran dan as-Sunnah secara terperinci.Contohnya seperti mengerjakan solat, puasa dan sebagainya.
1.3.2 Ibadah Umum Iaitu mengerjakan segala titah perintah Allah SWT dan meninggalkan larangannya yang ada hubungan antara manusia sesama manusia.Ianya tidak disebut dalam al-Quran dan as-Sunnah secara langsung seperti menunaikan kewajipan sesama manusia seperti menghormati ibubapa, jiran, bermuamalah,solat-solat sunat dan sebagainya.
1.4
HUBUNGAN IBADAH DENGAN ILMU DAN AMAL
Sebagaimana yang telah diketahui, manusia adalah sebaik baik makhluk yang dijadikan Allah SWT di muka bumi. Selain mempunyai nafsu ia juga diberi akal dan fikiran yang dapat meningkatkan kedudukan manusia dengan makhluk yang lain. Manusia dapat berfikir dan mengadakan apa yang dikehendaki oleh akal dan perasaannya. Oleh kerana itu setiap ibadat yang dipertanggungjawabkan kepada manusia sentiasa berkait dengan percaturan ilmu dan perilaku hidup.
BKT
10
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
1.4.1 Hubungan Ibadah Dengan Ilmu i.
ii. iii. iv.
Setiap ibadat yang hendak dilaksanakan mesti berasaskan ilmu yang tetap dan benar di sisi syara’ seperti syarat-syarat sah dan wajib, rukun, hukum, halal dan haram. Setiap ilmu dan pengetahuan yang dipelajari menghasilkan manusia yang memahami tanggungjawab, peranan dan fungsi setiap ibadat Setiap ibadat yang berasaskan ilmu dapat menghindarkan manusia daripada sebarang penyelewengan ibadat. Ibadat yang mempunyai asas ilmu yang cukup mendorong manusia bersungguh-sungguh, seronok, tekun dan komitmen dalam melaksanakannya.
1.4.2 Hubungan Ibadah Dengan Amal i. ii. iii.
iv.
1.5
Setiap ilmu dan pengetahuan yang tidak bercanggah dengan syariat dan diamalkan akan menjadi ibadat. Hanya adat dan amalan yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT sahaja yang menjadi ibadat. Amalan dan perilaku manusia yang bercampur aduk dengan perkara-perkara yang haram, tidak dikira sebagai ibadat di sisi Allah SWT. Amalan yang dilaksanakan secara istiqamah walaupun sedikit akan menghasilkan hubungan ibadat yang tinggi nilainya.
MATLAMAT PENCIPTAAN MANUSIA
Setiap manusia perlu menyoal dirinya sendiri dengan pertanyaan - pertanyaan seperti berikut:
“Kenapa aku dijadikan” “Apakah tugas utama aku di alam ini?” “Kemana aku akan pergi” Mengikut pendapat Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya al Ibadah Fil Islam adalah merupakan suatu dosa yang tidak diampunkan sekiranya soalan soalan diatas tidak dapat dijawab .Matlamat dan tujuan kedatangan manusia ke alam ini adalah seperti berikut:
i.
Sebagai Khalifah Allah SWT
Allah SWT menghantar manusia untuk membangunkan serta menjadi pemimpin di dunia ini.
mentadbir,
mendidik
dan
Sepertimana firmannya :
BKT
11
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
“Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat.” Sesungguhnya aku ingin jadikan seorang khalifah dimuka bumi. Mereka bertanya “Adakah engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memujimu dan menyucikanmu.Tuhan berfirman “sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”. Surah Al-Baqarah (01) : 30
ii.
Beribadah Kepada Allah SWT
Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menyebut tentang tujuan Allah SWT menjadikan manusia dimuka bumi ini adalah semata-mata untuk beribadah kepadanya. Firman Allah SWT : “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaku” Surah Ad- Dzariyat (51) : 57
KESIMPULAN Kita seharusnya menyedari betapa pentingnya untuk kita mengetahui serta membezakan konsep ibadah yang ditentukan olah Islam dan bukan Islam. Ibadah merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada Allah SWT mengamal serta mengikuti kehidupan sebagaimana yang ditentukan olehNya sepanjang masa. Tidak cukup bagi kita dengan hanya mengerjakan ibadah khusus semata-mata dan meninggalkan ibadah yang lebih umum. Namun begitu tidak harus ibadah umum melalaikan kita dari ibadah khusus.
LATIHAN PENGUKUHAN 1.
Nyatakan maksud ibadah dari sudut bahasa dan istilah.
2.
Jelaskan ciri-ciri ibadah
3.
Berikan penerangan berkaitan pembahagian Ibadah yang telah anda pelajari beserta contohnya.
4.
Jelaskan berkaitan ibadat dan hubungannya dengan ilmu dan amal.
5.
Terangkan matlamat penciptaan manusia.
BKT
12
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
RUJUKAN: 1.
Al-Quran
2.
Wahbah al-Zuhaili, Fiqh & Peundangan Islam, Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussein, Jilid 1, DBP: Kuala Lumpur, 1997, hal. 68.
3.
Ibadah di dalam Islam; Dr. Yusuf Qardhawi.
4.
Al-Ubudiyyah, Ibnu Taimiyah.
BKT
13
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
BAB 2: SOLAT PENGENALAN Solat adalah satu ibadat yang paling penting dan menjadi satu kefardhuan ke atas
setiap
orang
Islam
yang
mukallaf,
wajib
mengerjakannya
walau
apa
keadaan sekalipun, selagi akal fikiran masih waras. Solat dikerjakan mengikut syarat-syarat
yang
tertentu
begitu
juga
dengan
solat
Jumaat
dan
solat
berjemaah. Selain daripada itu, Islam juga memberikan kemudahan kepada orang-orang yang dalam perjalanan, iaitu dengan mengerjakan solat
jama’ dan
qasar sebagai satu rukhsah atau keringanan dalam Islam.
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat :
1.
Memberikan pengertian solat, solat berjemaah, solat Jumaat dan solat jamak dan qasar.
2.
Menyatakan rukun-rukun solat yang dipelajari.
3.
Menjelaskan syarat wajib dan syarat sah bagi solat yang dipelajari.
4.
Menjelaskan hukum solat berjemaah.
5.
Menerangkan syarat sah solat Jumaat.
6.
Menjelaskan syarat-syarat solat jama’ dan solat qasar.
7.
Menyatakan pembahagian solat jama’.
BKT
14
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
2.1
KONSEP SOLAT
2.1.1 PENGERTIAN SOLAT DAN DALIL Solat pada bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Manakala menurut syarak ialah suatu ibadah yang tersusun dari beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir berserta niat dan disudahi dengan salam mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu. Dalil mewajibkan solat: Firman Allah s.w.t bermaksud: ‘Dan dirikanlah solat,dan keluarkan zakat,dan tunduklah/rukuklah bersama-sama dengan orang yang rukuk’ (Surah al-Baqarah (1): Ayat 43) Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Perintahlah anak-anakmu mengerjakan solat diwaktu usia mereka meningkat tujuh tahun,dan pukullah (kalau enggan melakukan solat) diwaktu mereka meningkat usia 10 tahun” (Riwayat Abu Dawud)
2.1.2 HIKMAH PENSYARIATAN SOLAT i. ii. iii.
iv. v.
Mendidik jiwa atau roh kerana jiwa yang suci dan baik itu dapat dipupuk dengan ibadah. Mendidik budi pekerti. Melatih agar menitikberatkan disiplin dan peraturan dengan mengajar manusia menjaga waktu dan seterusnya menghalang diri daripada cepat lupa. Memberi latihan pada badan dengan menguatkan anggota kerana dalam solat banyak pergerakkan mesti dilakukan. Solat juga mendidik agar sentiasa tolong menolong, terutama semasa mengerjakan solat berjemaah dan jumaat.
2.1.3 RUKUN SOLAT i. ii. iii. iv.
BKT
Berdiri tegak bagi yang berkuasa Niat Membaca Takbiratul ihram. Membaca surah al- Fatihah.
15
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii.
Rukuk serta tama’ninah. Iktidal serta tama’ninah. Sujud serta tuma’ninah( dua kali bagi satu rakaat). Duduk di antara dua sujud serta tuma’ninah Duduk kerana tahiyat akhir. Membaca tahiyat akhir. Membaca salawat atas nabi Muhammad s.a.w pada tahiyat akhir. Memberi salam yang pertama ke kanan. Tertib iaitu mengerjakan semua rukun mengikut susunan tersebut.
2.1.4 SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang. Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi.
Islam. Baligh. Berakal. Suci dari hadas besar dan kecil. Sampai seruan agama. Sejahtera pancaindera yang lima (tidak buta dan pekak).
2.1.5 SYARAT-SYARAT SAH SOLAT Syarat sah adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanyanya. Syarat- syaratnya adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v.
Suci dari hadas besar dan kecil. Suci pakaian,tempat sembahyang,badan daripada najis. Yakin masuk waktu sembahyang. Menutup aurat Mengadap kiblat.
2.1.6 PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT i. ii. iii.
BKT
Berkata-kata walau pun satu patah perkataan yang tidak ada kaitan dalam solat. Bergerak tiga kali berturut-turut seperti melangkah kehadapan, kebelakang, kekiri atau kekanan. Berlaku hadas besar atau hadas kecil.
16
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
iv. v. vi. vii. viii. ix. x.
Terkena najis yang tidak dimaafkan pada pakaian, badan atau tempat solat. Terbuka aurat dengan sengaja. Makan dan minum dengan sengaja seperti menelan makanan yang ada di dalam mulut. Menambah rukun perbuatan dengan sengaja seperti rukuk dua kali. Berpaling dada dari arah kiblat. Ketawa, menangis dan sebagainya. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.
2.1.7 RAKAAT SOLAT DAN WAKTUNYA JENIS SOLAT
BILANGAN
Solat Zohor
4
Solat ‘Asar
4
Solat Maghrib
3
Solat Isya’
4
Solat Subuh
2
WAKTU
RAKAAT
Mulai dari gelincir matahari ke sebelah barat hingga bayang sesuatu itu kelihatan lebih panjang daripadanya. Dari bayang sesuatu lebih panjang daripada objeknya sehingga terbenam matahari di sebelah barat Mulai dari terbenam seluruh bulatan matahari sehingga hilang mega-mega merah di langit sebelah barat Mulai dari hilang mega merah hingga terbit fajar saddiq Mulai terbit fajar saddiq hingga naik matahari
2.1.8 WAKTU- WAKTU YANG DILARANG SOLAT i. ii.
iii. iv. v.
Selepas solat subuh hingga terbit matahari. Selepas terbit matahari hingga tingginya dari kaki langit kira-kira 7 hasta mengikut pandangan mata ( satu galah atau satu mata lembing). Ketika matahari tegak ditengah langit kecuali hari Jumaat. Selepas solat waktu asar. Ketika matahari kemerah-merahan di waktu senja hingga terbenam matahari.
2.1.9 SOLAT DALAM KEUZURAN (ORANG SAKIT) Oleh kerana solat itu satu ibadat penting dan menjadi tiang agama maka tiap-tiap orang Islam yang mukallaf wajib mengerjakannya walau bagaimana keadaannya sekalipun, selagi akal ikiran masih waras. BKT
17
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Sebagai kemudahan kepada orang-orang sakit, mereka dibenarkan mengerjakan solat mengikut apa cara yang termampu. Sekiranya tidak berkuasa berdiri, boleh sembahyang sambil duduk, jika tidak mampu duduk boleh baring mengiring seterusnya dengan cara baring menelentang atau dengan isyarat sahaja.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: ”Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang Diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” a.
Solat Dalam Keadaan Duduk
Sebaik-baik cara solat sambil duduk ialah duduk iftirasy, (seperti duduk ketika tahiyyat awal). Apabila hendak rukuk hendaklah menundukkan kepala sehingga sama paras dengan lutut atau setentang dahi dengan tempat sujud. Apabila hendak iktidal
hendaklah diangkat kepala semula serta melepaskan kedua-dua tangannya. Kemudian sujud seperti biasa dan seterusnya.
b.
belah
Solat Baring
Mengiring Sebaik-baiknya ialah baring mengiring atas rusuk kanan dengan menghadapkan dada dan muka ke arah kiblat. Jika tidak berkuasa untuk rukuk dan sujud bolehlah di isyaratkan dengan kepala sahaja iaitu isyarat sujud lebih rendah daripada isyarat rukuk.
BKT
18
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Melentang Orang yang solat baring melentang dikehendaki mengunjurkan kedua-dua belah kakinya kearah kiblat dan meninggikan kepala sedikit supaya terangkat untuk mengadap kiblat. Seterusnya semua pergerakan solat dilakukan dengan isyarat sahaja sama ada kepala atau mata. Manakala bagi mereka yang tidak berdaya langsung hendaklah melakukan perlakuan solat dalam hatinya. c.
Solat Dalam Kenderaan
Solat fardhu lima waktu wajib ditunaikan juga walau dalam apa keadaan termasuk dalam pelayaran dengan kapal, keretapi, kapal terbang dan sebagainya. Cara-cara untuk mengerjakannya adalah berdiri bagi yang berkuasa sebagaiman solat biasa,
tetapi bagi yang tidak berkuasa kerana pening atau goncangan yang kuat maka bolehlah dilakukan mengikut sedaya upaya sama ada duduk, mengiring atau menelentang seperti solat orang yang dalam keuzuran. Cuma waktu permulaannya mestilah menghadap muka dan dadanya ke arah kiblat mengikut keyakinannya.
2.2
SOLAT BERJEMAAH
2.2.1 PENGERTIAN DAN HUKUM Mengikut bahasa ialah solat berkumpulan atau bersama-sama. Iaitu solat yang dilakukan oleh beberapa orang yang terdiri daripada seorang imam dengan seorang makmum atau lebih di dalam satu tempat dengan syarat-syarat tertentu. Terdapat pelbagai pandangan tentang solat Jemaah ini. Pendapat yang paling masyhur daripada mazhab Imam Shafie ialah fardhu kifayah.
2.2.2 KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH Di antara rahsia dan kelebihannya ialah: i. ii. iii. iv.
Melatih orang-orang yang beriman agar sentiasa mematuhi arahan pemimpin atau ketua. Melatih dan mendidik kaum muslimin supaya hidup dengan berdisiplin. Memberi peluang berkenal-kenalan dan mengukuhkan silaturrahim. Melatih umat Islam sentiasa bersama-sama dan berpadu di atas dasar kebaikan dan ketaatan kepada Allah s.w.t.
2.2.3 SYARAT-SYARAT IMAM
BKT
19
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Seseorang imam mesti memenuhi syarat-syarat seperti berikut i. ii. iii.
Imam adalah seorang qari (lancar dan mengikut tajwid). Imam bukan daripada kalangan wanita jika makmumnya lelaki. Imam yang hendak diikuti itu bukanlah sebagai pengikut kepada imam yang lain.
2.2.4 SYARAT SAH MENGIKUT IMAM i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.
Makmum berniat mengikut imam Mengikut segala perbuatan imam Mengetahui gerak geri imam Berhimpun imam dan makmum di dalam satu tempat Makmum jangan menyalahi imam terhadap perkara sunat Persamaan antara sembahyang imam dan makmum Makmum lelaki hanya boleh mengikut imam lelaki sahaja Tidak boleh mengikuti imam yang diketahui batal solatnya.
2.2.5 SUSUNAN SAF MENGIKUT IMAM i.
Susunan saf yang betul samada sembahyang dengan seorang makmum , dua orang ataupun lebih dan begitu juga jika berlainan jantina atau saf bagi golongan kanak-kanak.
ii.
Susunan saf : a) b) c) d)
Saf pertama lelaki dewasa. Saf kedua kanak-kanak lelaki. Saf ketiga wanita dewasa. Saf keempat kanak-kanak perempuan.
2.2.6 MUAFIQ DAN MASBUQ a.
Muafiq
Muafiq ialah makmum yang sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah bersama imam (ketika imam masih berdiri).
b.
BKT
Masbuq
20
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Masbuq ialah makmum yang tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah bersama imam (ketika imam masih berdiri). Dalam hal ini dapat diberikan penjelasan seperti berikut: Pertama: Seseorang yang tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya sedangkan imam telahpun rukuk, maka dia dikehendaki memutuskan bacaan alFatihah tersebut dan rukuk bersama-sama imam. Kedua: Seseorang yang datang berjemaah dan mendapati imam hendak rukuk atau sedang rukuk, maka beliau tidak perlu lagi membaca al-Fatihah, bahkan boleh terus rukuk selepas mengucapkan takbiratul ihram. Dalam hal ini beliau dianggap memperolehi rakaat secara sempurna dan beliau tidak dikehendaki untuk menambah rakaat solatnya selepas membaca al-Fatihah, kecuali apabila mendapati imam telah melakukan rakaat kedua atau ketiga, maka hendaklah beliau menambah rakaat yang luput itu, Ketiga: Seseorang yang pergi solat berjemaah dan mendapati imam sedang sujud atau sedang duduk di antara dua sujud atau lain-lainnya selain daripada rukuk, maka beliau hendaklah mengucapkan takbiratul ihram, kemudian bertakbir untuk terus melakukan apa yang sedang dilakukan oleh imam itu. Seseorang yang masbuq tidak perlu menunggu hingga imam berdiri atau mengejarnya dengan melakukan beberapa perbuatan seperti rukuk, iktidal, sujud dan kemudian duduk di antara dua sujud bersama imam.
2.3
SOLAT JUMAAT
2.3.1 PENGERTIAN, HUKUM DAN DALIL Solat Jumaat ialah solat yang dilakukan secara berjemaah sebanyak dua rakaat, pada waktu Zohor pada hari Jumaat selepas khatib membaca dua khutbah. Hukum melakukannya adalah fardhu ain berdasarkan dalil ayat al-Quran dari Surah al-Jumaah ayat 9 yang bermaksud:
Maksudnya: “ Wahai segala orang yang beriman,apabila telah diseru kamu untuk menunaikan solat pada hari Jumaat (Solat Jumaat) maka bersegeralah kamu mengingat Allah (dengan menunaikan perintahnya) dan tinggalkanlah berjual beli, itulah yang lebih baik bagi kamu sekirannya kamu mengetahui.”
BKT
21
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
2.3.2 SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT Berikut merupakan syarat-syarat wajib bagi solat Jumaat : i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
Islam Baligh Berakal Lelaki Merdeka. Tidak Uzur Orang yang menetap (bermastautin)
2.3.3 SYARAT-SYARAT SAH SOLAT JUMAAT Syarat-syarat sah bagi menunaikan Solat Jumaat adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v.
Ditunaikan ditempat yang khusus. Hendaklah ditunaikan pada waktu Zohor. Hendaklah ditunaikan secara berjemaah. Hendaklah cukup bilangan 40 orang yang bermukim. Didahului oleh dua khutbah.
2.3.4 RUKUN KHUTBAH Berikut merupakan rukun-rukun khutbah: i. ii. iii. iv. v.
2.4
Memuji Allah SWT. Berselawat keatas nabi. Berpesan supya bertakwa kepada Allah. Membaca ayat-ayat al-Quran. Mendoakan kaum muslimin dan muslimat.
SOLAT QASAR DAN JAMA’
2.4.1 PENGERTIAN, HUKUM DAN DALIL Solat Qasar Qasar dari segi bahasa bermaksud pendek. Dari segi istilah pula ia bermaksud memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Soalat yang beleh diqasarkan ialah Zohor, Asar dan Isyak.
BKT
22
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Solat Jama’ Jama’ dari segi bahasa bermaksud kumpul atau himpun. Dari segi istilah ia membawa maksud ialah menghimpun dua solat fardhu dan dilakukan dalam satu waktu solat. Solat yang boleh dijama’kan ialah solat Zohor dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan solat Isya’.
Hukum solat qasar dan jama’ ini adalah harus sahaja. Dalinya adalah seperti berikut:
Dalil diharuskan solat qasar: Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidak lah berdosa mengqasarkan sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh kamu yang amat nyata”
Surah al-Nisa’ (4): Ayat 101
Dalil diharuskan solat jama’: Maksudnya: “Apabila Rasulullah SAW bermusafir sebelum matahari condong ke barat, baginda menanggunhkan solat Zohor ke waktu Asar. Kemudian baginda turun (berhenti) dan menghimpunkan kedua-dua solat tersebut. Akan tetapi sekiranya matahari telah condong ke barat sebelum baginda berangkat, maka baginda menunaikan solat Zohor terlebih dahulu kemudian barulah baginda berangkat.”
2.4.2 PEMBAHAGIAN SOLAT JAMA’ Solat jama’ terbahagi kepada dua iaitu: i.
BKT
Jama’ dalam dalam waktu
Taqdim (mendahulukan): iaitu mengerjakan solat kedua waktu yang pertama seperti solat Zohor dan Asar ditunaikan waktu Zohor atau solat Maghrib dan Isya’ ditunaikan dalam Maghrib.
23
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
ii.
Jama’ Ta’akhir (melewatkan) : iaitu melewatkan solat pertama dalam waktu kedua seperti mengerjakan solat Zohor dan Asar di dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan Isya’ di dalam waktu Isya’.
2.4.3 SYARAT-SYARAT QASAR DAN JAMA’ a.
Syarat Qasar i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.
b.
Jama’ Taqdim i. ii. iii. iv.
c.
Perjalanan yang diharuskan syarak. Jarak perjalanan tidak kurang daripada 2 marhalah atau 90 km. Berniat serta mengetahui arah yang dituju. Mengetahui hukum harus qasar bagi musafir. Berniat qasar dalam takbiratul ihram dan tidak berubah. Tidak berimam (menjadi makmum) dengan imam yang solat yang sempurna (tamam). Solat yang diqasarkan itu adalah solat yang empat rakaat. Mengetahui bahawa dia masih bermusafir.
Berniat jama’ di dalam solat yang pertama. Dahulukan sembahyang yang empunya waktu. Berturut-turut antara dua solat. Berkekalan di dalam perjalanan.
Syarat Jama’ Takhir i. ii.
Berniat takhirkan solat yang pertama selagi ada waktunya. Berkekalan perjalanan sehingga selesai solat yang kedua.
2.4.4 CONTOH LAFAZ NIAT SOLAT QASAR DAN JAMA’ i.
Solat Qasar i.
Solat Zohor “Sahaja aku sembahyang fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala”.
BKT
24
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
ii.
Solat Asar “Sahaja aku sembahyang fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala”.
iii.
Solat Isya’ “Sahaja aku sembahyang fardhu Isya’ dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.”
ii.
Solat Jama’
iii.
i.
Jama’ Taqdim
ii.
Jama’ Ta’khir
Solat Jama’ Beserta Qasar i.
Qasar Beserta Jama’ Taqdim
ii.
Qasar Beserta Jama’ Ta’khir
KESIMPULAN Islam adalah satu agama syumul yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Kewajipan menunaikan solat adalah bukti kesempurnaan ajaran Islam dalam kehidupan manusia sebagai khalifah Allah s.w.t dimuka bumi ini. Ia adalah lambang kepada ketaatan dan kepatuhan seorang hamba kepada penciptanya. Solat yang sempurna juga melahirkan keperibadian yang terserlah dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t serta selamat hidup di dunia dan akhirat.
LATIHAN PENGUKUHAN 1. 2. 3. 4. 5. 6.
BKT
Berikan pengertian solat pada bahasa dan istilah. Jelaskan syarat-syarat wajib. Senaraikan syarat sah solat. Sebutkan hukum solat jemaah. Terangkan syarat sah solat jumaat. Jelaskan syarat-syarat yang membolehkan solat jama’ dan qasar.
25
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
7.
Nyatakan pembahagian solat jama.’
RUJUKAN 1. 2. 3. 4.
5. 6. 7.
BKT
al-Quran Al-Ustaz H.Idris Ahmad S.H, Fiqh Syafii, Pustaka Antara : Kuala Lumpur, 1994, hal.121. Drs. H . Mohamad Rifai. (1994) Ilmu Fiqh Islam Lengkap, Singapore : Pustaka Nasional Pte. Ltd.Cetakan Keempat. Hj Abd Aziz Omar. (1984), Asas Pendidikan Islam – Untuk Tingkatan 1 dan 2 Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan ( Ugama ) Kerajaan . Cetakan Ketiga Kota Baharu Kelantan; Dian Darulnaim Sdn Bhd. Ustaz Haji Nahrawi Marzoki . (1990), Tuntutan Solat, Klang : Darul Saadah. Ustaz Mazlan Yahya. (1997), Siri Pertama Kuliah Fardhu ‘Ain- Aqidah . Kuala Lumpur : Al- Hidayah Publishers. Ustaz Sulaiman Endut. (1995), Asas-asas Fardhu ‘Ain, Kuala Lumpur.
26
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
BAB 3 : AURAT DAN BATAS PERGAULAN PENGENALAN Islam
adalah
agama
yang
amat
mementingkan
kesempurnaan
dalam
ajarannya.Setiap perkara ada garis panduan yang disediakan sebagai rujukan dan pedoman kepada umatnya.Ini adalah demi menjaga kesejahteraan dalam kehidupan
manusia
dan
juga
kesinambungan
keturunan
manusia
yang
sempurna seperti mana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umat manusia seluruhnya.
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat;
1.
Memberikan maksud aurat.
2.
Membezakan had-had aurat bagi lelaki dan wanita
3.
Menyatakan implikasi pendedahan aurat
4.
Memberikan maksud pergaulan bebas
5.
Menjelaskan batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan
BKT
27
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
3.1 AURAT Daripada sudut bahasa, aurat bermaksud kekurangan. Manakala daripada sudut istilah syarak pula bermaksud sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Antara matlamat syariat Islam adalah untuk memelihara keturunan manusia dan kerana itulah zina diharamkan kerana ianya mengakibatkan kerosakan ketururunan.Bagi menjauhi jenayah penzinaan, maka kewajipan menjaga aurat merupakan perkara yang sangat diutamakan dan perlu disempurnakan oleh umat Islam bahkan umat manusia seluruhnya. Ini kerana pendedahan aurat adalah salah satu dari penyumbang kepada jenayah zina. Penzina dipandang hina oleh seluruh manusia yang waras dan mencintai kedamaian. Manakala zina itu pula membawa manusia kepada kemusnahan rumahtangga, pergaduhan, pembunuhan dan penyebaran penyakit. Firman Allah SWT : Maksudnya : “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu sangat keji dan sejahat-jahat jalan.” Surah al- Isra(17) : 32 Cara Allah SWT melarang manusia agar tidak melakukan zina dalam ayat di atas sungguh kemas dan menarik. Ayat tersebut bukan sahaja menunjukkan larangan kepada penzinaan, bahkan mendekatinya pun merupakan satu dosa. Manakala pendedahan aurat itu pula merupakan salah satu jalan yang amat dekat dalam mendorong manusia untuk melakukan zina. Firman Allah SWT : Maksudnya; `Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang sesuatu yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah SWT amat mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. BKT
28
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Surah an-Nuur (24) : 30 Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : `Wahai Asma`, orang perempuan apabila meningkat umur haid ( umur baligh ), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini : Baginda menunjukkan kepada muka dan kedua-dua tapak tangannya.
3.2
AURAT LELAKI DAN PEREMPUAN
a.
Aurat Lelaki
Ulama mazhab Syafi`e menjelaskan aurat orang lelaki ketika bersembahyang, tawaf dan ketika berada di hadapan orang lelaki bukan muslim dan orang perempuan yang mahram dengannya adalah antara pusat hingga lututnya.
b.
Aurat Perempuan
Mengikut pendapat mazhab Syafi`e, seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua telapak tangan sahaja bukan aurat. Menurut Jumhur Ulama, seluruh tubuh kecuali yang terdedah ketika melakukan pekerjaan rumah.
c.
Suara Orang Perempuan
Menurut pendapat Jumhur, suara perempuan tidak dikira sebagai aurat kerana para sahabat mendengar suara isteri-isteri Nabi SAW untuk mempelajari ilmu-ilmu agama. Tetapi perempuan muslimah diharamkan daripada memperdengarkan suara mereka dalam bent uk berlagu sekalipun bacaan al-Quran kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah. d.
Batas Aurat Kanak-kanak
Para ulama berbeza pendapat. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
BKT
i.
Aurat kanak-kanak lelaki sekalipun yang belum mumaiyiz, adalah sama seperti aurat orang dewasa iaitu apa yang terdapat di antara pusat dengan lutut. Aurat kanak-kanak perempuan sama seperti aurat orang perempuan dewasa sama ada ketika bersembahyang atau pun di luar sembahyang.
ii.
Kanak-kanak lelaki disuruh bersembahyang ketika berusia tujuh tahun. Auratnya adalah kedua-dua kemaluannya depan dan belakang,kedua papan punggung, ari-ari dan paha. Disunatkan mereka menutupi aurat mereka seperti aurat orang yang sudah baligh.
29
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Di luar sembahyang pula, kanak-kanak yang berusia lapan tahun ke bawah dikira belum beraurat lagi jadi harus dilihat seluruh tubuhnya. iii.
Kanak-kanak perempuan yang disuruh sembahyang ialah apa yang terdapat di antara pusat dan lutut. Mereka disunatkan menutup aurat seperti orang yang sudah baligh.
SKOP Sama jantina
Lain jantina
Orang bukan Islam
Ketika solat
AURAT LELAKI
AURAT PEREMPUAN
AURAT KANAK-KANAK
Antara pusat hingga Antara pusat Harus menutup ke lutut hingga ke lutut. kemaluan qubul dan dubur. Sunat menutup aurat seperti aurat dewasa. Antara pusat hingga Seluruh tubuh Harus menutup ke lutut badan kecuali muka kemaluan qubul dan dan kedua-dua dubur. talapak tangan. Sunat menutup aurat seperti aurat dewasa. Antara pusat Seluruh tubuh Harus menutup hingga ke lutut badan kecuali muka kemaluan qubul dan kedua-dua dan dubur. talapak tangan. Sunat menutup aurat seperti aurat dewasa Antara pusat hingga Seluruh tubuh kedua-dua kemaluan ke lutut. Walau badan kecuali muka depan dan bagaimana pun sahaja belakang, sahaja, sunat dilabuhkan tetapi disunatkan mengikut pakaian mereka menutupi Rasulullah aurat mereka seperti aurat orang dewasa.
Jadual Perbezaan Antara Aurat Lelaki Dan Perempuan
3.3
HUKUM DAN BALASAN BAGI MEREKA YANG MENDEDAHKAN AURAT
Ulama sepakat mengatakan bahawa pendedahan aurat dengan sengaja atau bertujuan bagi menunjuk-nunjuk hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Di antara balasan yang dikenakan ke atas mereka yang mendedahkan aurat ialah seperti berikut:
BKT
30
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
i.
ii.
iii.
3.4
Balasan bagi wanita yang mendedahkan rambutnya kepada umum, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya. Sehelai rambut perempuan yang dilihat lelaki bukan muhrimnya, perempuan itu akan dimasukkan ke dalam neraka selama 60 tahun akhirat. Sehari di akhirat adalah bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Balasan bagi wanita yang membuka dadanya dengan sengaja atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan digantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya. Balasan bagi mereka yang mendedahkan betis, peha dan lengan adalah keseluruhannya akan dipanggang di akhirat kelak.
IMPLIKASI MENDEDAHKAN AURAT
Setiap perkara yang disuruh ataupun yang dilarang oleh Allah SWT mempunyai kesan. Bagi pendedahan aurat, kesannya adalah seperti berikut:
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. 3.5
Berdosa dan di azab di akhirat. Maruah diri terjejas. Dipandang serong oleh masyarakat jika aurat didedah secara keterlaluan. Hilang rasa malu dan menipiskan iman. Mengundang jenayah seperti zina dan rogol. Meruntuhkan institusi kekeluargaan yang menjamin kehidupan sempurna bagi manusia. Menghilangkan perasaan tenteram. Meningkatkan gejala pembuangan bayi.
BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM
Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah berkahwin) di satu tempat yang berlaku interaksi dalam bentuk pandang memandang atau perbuatan di antara satu dengan yang lain yang terdiri daripada tiga orang atau lebih. (Ini berbeza daripada khalwat yang hanya terdiri daripada dua orang sahaja). Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi adalah haram. Namun demikian, dalam keadaan atau situasi tertentu hukum tersebut menjadi harus. Keadaan dan situasi yang dimaksudkan ialah darurah, hajat (keperluan), maslahat syar’ie dan kebiasaan adat setempat.
3.6
PERGAULAN-PERGAULAN YANG DIHARUSKAN
a.
Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Dalam Darurat
BKT
31
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Dalam syarah Shahih Muslim, al-Imam an-Nawawi menyatakan bahawa tiada perbezaan hukum berkhalwat di dalam dan luar solat, kecuali dalam keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam satu perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan seorang lelaki ajnabi(asing) bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi daripada bahaya. Penjelasan an-Nawawi meyakinkan bahawa pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat, atas tujuan memberikan perlindungan dan menyelamatkan perempuan terbabit daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.
b.
Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Kerana Keperluan
Pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi kerana hajat (keperluan) syar’ie adalah dibolehkan. Antara keperluan-keperluan syar’ie ialah :
BKT
i.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk menguruskan muamalah maliyah (urusan harta). Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan-tujuan seperti jualbeli dan aktiviti transaksi lain yang dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlaku interaksi di antara dua pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa muamalah maliyah (urusan harta) dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas syarak seperti pakaian menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa.
ii.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa berkerja Semasa melaksanakan kerja, pada kebiasaanya berlaku pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat-syarat kedua-dua pihak menjaga batasbatas syarak seperti memakai pakaian yang menutup aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa yang tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak berkhalwat .
iii.
Pergaulan lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang ditentukan oleh syarak bahawa perempuan dibolehkan menjadi saksi seperti perempuan harus menjadi saksi dalam kes-kes harta dan hak-haknya.
iv.
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam kenderaan awam - Pergaulan dalam kenderaan dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarak bahawa perempuan keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syar’ie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarah keluarga, pesakit dan sebagainya.
32
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Di samping syarat-syarat di atas, batas-batas syarak dalam pergaulan lelaki dan perempuan perlu dijaga. Pakaian mestilah menurut aurat, pandangan ditundukkan dan percakapan berlaku secara biasa dan normal.
c.
Pergaulan Mengikut Kebiasaan Adat Dalam Majlis-majlis
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam majlis-majlis seperti kenduri dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas syarak seperti pakaian menutup aurat,tidak tabarruj(menunjuk-nunjuk), menundukkan pandangan dan bercakap dengan suara biasa dan normal. Walau bagaimanapun, pengasingan tempat di antara lelaki dan perempuan semasa makan dan lainnya dalam majlis-majlis ini adalah lebih baik. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd alZari’ah” (menutup pintu-pintu fitnah).
d.
Pergaulan Di Antara Lelaki Dan Perempuan Semasa Belajar
Dalam persoalan pergaulan lelaki dan perempuan semasa belajar, sebenarnya tidak ada hadis yang secara langsung menyentuh persoalan ini, apakah dilarang atau dibolehkan. Bagaimanapun, ada sesetengah ulama berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul semasa belajar. Mereka berhujah dengan hadis Sa’id al-Khudri yang meriwayatkan: Maksudnya: “Perempuan berkata kepada Nabi SAW: Golongan lelaki mengatasi kami ke atas kamu(orang lelaki sentiasa bersamamu setiap hari mendengar hal-hal agama). Tentukan bagi kami satu hari bersamamu (untuk mendengar dan belajar) lalu baginda menentukan satu hari untuk bertemu (mengajar) golongan perempuan, maka baginda menasihati dan mengajar mereka “ . Bagi mereka hadis ini menunjukkan bahawa perempuan hendaklah diasingkan tempat belajar daripada lelaki. Sekiranya pergaulan di antara lelaki dan perempuan dibolehkan, pasti perempuan pada masa itu tidak meminta Nabi SAW menentukan hari khusus bagi mereka untuk mempelajari ilmu. Begitu juga kalau pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dibolehkan, pasti Nabi SAW tidak mengkhususkan hari bagi perempuan. Bagaimanapun setelah hadis ini diteliti, didapati ia tidak jelas menunjukkan lelaki tidak boleh bercampur dengan perempuan semasa belajar. Buktinya ungkapan “ghalabana ‘alaika al-rijal’’ (lelaki mengatasi kami ke atasmu). Maksudnya, secara tab‘ie kaum lelaki setiap hari bersama Rasulullah SAW atas tabiat dan fungsi mereka sebagai lelaki sedangkan perempuan tidak mampu berbuat demikian atas sifat dan fungsi mereka sebagai wanita. Oleh itu, perempuan meminta Rasulullah SAW menentukan hari khusus bagi mereka mempelajari agama.
BKT
33
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Jadi hadis ini bukan hujah bagi pengharaman pergaulan lelaki dan perempuan semasa belajar. Larangan tersebut mungkin lebih sesuai berdasarkan kepada kaedah “Sadd alZari’ah” (menutup pintu-pintu yang boleh mendatangkan fitnah) kerana lelaki dan perempuan, terutamanya di peringkat awal remaja dan remaja banyak dipengaruhi oleh rangsangan seks. Di antara pergaulan yang diharamkan oleh Islam ialah:
i. ii. iii.
Berkhalwat atau berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat-tempat yang boleh mendatangkan fitnah sama ada di tempat awam atau sebaliknya. Bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Berkelakuan tidak sopan antara lelaki dan perempuan.
KESIMPULAN Batasan aurat dalam pergaulan adalah demi menjamin kesejahteraan umat manusia dari terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermaruah dan boleh memusnahkan keturunan manusia.Apabila manusia mengabaikan perintah dan larangan Allah SWT,akan timbul pelbagai masalah seperti dalam masyarakat hari ini. Keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa akan mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan bagi seluruh kaum manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum-kaum yang terdahulu seperti Aad dan Tsamud yang telah dibinasakan oleh Allah SWT akibat dari kemungkaran yang mereka lakukan.
LATIHAN PENGUKUHAN 1.
Berikan pengertian aurat pada bahasa dan istilah.
2.
Jelaskan perbezaan mengerjakan solat.
3.
Nyatakan kesan atau implikasi pendedahan aurat.
4.
Berikan pengertian pergaulan bebas.
5.
Senaraikan pergaulan yang dibolehkan oleh Islam kerana keperluan.
6.
Senaraikan pergaulan yang tidak dibolehkan dalam Islam.
antara
aurat
lelaki
dan
perempuan
ketika
RUJUKAN 1. 2.
BKT
Al Quran al Karim. Wahbah al Zuhaili, Fiqh dan Perundangan Islam, Jilid 1, DBP, K.L., 2005.
34
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
BKT
Al `Asqalani, Fath al Bari bi Syarh al Bukhari, Jilid 4. An Nawawi, Sahih Muslim bi Syarhi an Nawawi, Jilid 9. Abd Al Karim Zaidan ( Dr ), al Mufassal fi Ahkam al Mar`ah, Jilid 3. Abd ar Razaq al San`ani, al Musannaf, Jilis 2. Ibn Qudamah, al Mughni, Jilid 2. Al Kasani, Bada`I al Sana`I Jilid 1. Ibn Hazm, al Muhalla, Jilid 9. Al Ramli, Nihayah al Muhtaj, Jilid 6.
35
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
BAB 4 : HIBURAN DALAM ISLAM
PENGENALAN Islam adalah agama hadhari yang menerima arus kemodenan selagi tidak bercanggah dengan ajaran dan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Hiburan adalah diterima kerana ia adalah satu nikmat kurniaan bagi manusia selagi
tidak
menghayalkan
pendengarnya
dari
mengingati
Allah
SWT
dan
beribadah kepadaNya.
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar seharusnya dapat: 1.
Menerangkan pengertian hiburan.
2.
Menyenaraikan ciri-ciri hiburan dalam Islam.
3.
Membezakan antara hiburan Islam dan hiburan bukan Islam.
4.
Menerangkan nyanyian yang dibenarkan dan yang dilarang dalam Islam.
5.
Menjelaskan manfaat dan mudharat seni lakonan.
BKT
36
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
4.1. KONSEP DAN DALIL Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: “Sesungguhnya Abu Bakar r.a masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar r.a berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah SAW bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat Ibnu Majah) Berdasarkan hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa. Secara umumnya terdapat beberapa perkataan yang berkaitan dengan seni hiburan ini iaitu nyanyian, muzik, suara dan tarian.
a.
Hiburan
Maksud hiburan mengikut Kamus Dewan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan, mententeramkan) hati.
b.
Nyanyian
Maksud nyanyian dalam Kamus Dewan ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara.
c.
Muzik
Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan.
d.
Tarian
Maksud tarian dalam Kamus Dewan ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Kesimpulannya perkataan hiburan, nyanyian, muzik kombinasi kompleks dalam seni yang menjadi menghiburkan hati dan jiwa manusia.
BKT
37
dan tarian mengandungi elemen penting dalam
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12-13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut: i.
ii. iii. iv.
v.
Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus. Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram. Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram. Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah dan Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
Dalam riwayat al-Bukhari dari Saidatina ‘Aisyah r.a. bahawa; “Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Maka dalam hadis ini menunjukkan Nabi SAW sangat prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum dalam majlis-majlis yang bertujuan untuk kegembiraan dan kesukaan seperti majlis perkahwinan. Bahkan mengenai majlis perkahwinan, Nabi SAW pernah bersabda: “Perbezaan antara yang haram dan yang halal adalah kompang dan suara dalam perkahwinan”. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan yang biasanya dilakukan secara senyap-senyap. Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan suara. Suara di sini ada yang mentafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian. Maka menjadi sunnah ketika majlis perkahwinan adanya hiburan seperti pukulan kompang dan suara nyanyian. Maka apa yang diamalkan dalam tradisi melayu ketika perkahwinan diadakan pukulan kompang dan nyanyian adalah tidak bercanggah dengan ajaran Nabi SAW.
BKT
38
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
4.2. CIRI-CIRI HIBURAN DALAM ISLAM Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’. Antara ciri-ciri hiburan dalam Islam ialah: i.
Hendaklah hiburan (muzik / lagu / skrip) yang tidak bertentangan dengan syariat Allah SWT contohnya memburuk-burukkan Rasulullah s.a.w, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.
ii.
Persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebihlebihan sehingga hak-hak Allah SWT dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya. Sabda Nabi SAW bermaksud : “Tidaklah ada di antara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar dan itu berlaku selamanya.”
iii.
Muzik/nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai seni kata lagu berunsur maksiat dan lalai yang boleh membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.
iv.
Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton/pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
v.
Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor di kalangan pendengar/penonton. Sekalipun lagu dan seni kata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan."
BKT
39
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Surah Al A'raf (07) : 26 vi.
Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama atau lakonan-lakonan liar dan seumpamanya. Rasulullah SAW bersabda : "Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh." (Riwayat Baihaqi)
vii.
Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak dari berlakunya fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." Surah al- Ahzab (33) : 32
4.3
PERBEZAAN ANTARA HIBURAN ISLAM DAN BUKAN ISLAM
SKOP
HIBURAN ISLAM
HIBURAN BUKAN ISLAM Untuk keseronokan semata-mata
Sumber
Untuk mencapai keredaan Allah Menjadi etika dan prinsip yang perlu dipelihara Mengharapkan pahala dan syurga Nilai-nilai wahyu
Penerimaan
Bersifat sejagat
Tujuan Pergaulan dan Aurat Balasan
BKT
40
dan
kepuasan
nafsu
Tidak mempedulikan batas-batasnya Mementingkan material dan kesenangan dunia semata-mata Nafsu semata-mata Bersifat relatif dan terhad kepada bangsa tertentu sahaja
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
4.4
NYANYIAN DAN LAKONAN
4.4.1 NYANYIAN (Seni Suara Dan Bunyi) Jenis nyanyian dan seni bunyi yang sah mengikut syarak ialah: a.
Pembacaan Al-Quran Berlagu
Tilawah al-Quran atau qiraah (membaca al-Quran) telah bermula seninya sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Batasan gaya pembacaan telah dikawal ketat agar tidak menyalahi tajwid, fasahah, makhraj dan sebagainya. Nabi SAW pernah mendengar Abu Musa al-Asy’ari r.a. membaca al-Quran, lalu baginda bersabda: “Aku dianugerahi serunai Nabi Daud” (Sebagai satu pengiktirafan dan kesukaan mendengar suara dan pembacaan Abu Musa). b.
Seni Bunyi Yang Telah Diterima Mengikut Budaya Islam
Contohnya bang atau azan. Bacaan talbiyah dan puji-pujian ketika haji, tahmid, tahlil, na’t dan mad’ merupakan bacaan puisi memuji Muhammad SAW atau tokoh-tokoh. Malah Syi’ir (puisi yang dengan tema mulia dan sihat tergolong ke dalam kumpulan diterima. c.
Jenis-jenis Muzik Keluarga Dan Keramaian
Contohnya seperti nyanyian menidurkan anak, untuk majlis kahwin, keramaian keluarga dan agama. d.
menunaikan Tuhan, Nabi dideklamasi) muzik yang
nyanyian
lagu
isteri,
muzik
Jenis-jenis Muzik Seperti Lagu Kafilah
Muzik pekerjaan untuk meningkatkan motivasi kerja, minat serta produktiviti dan lagu bekerja khusus untuk pekerjaan yang halal dan tidak syubhah. e.
Tabl Khanah
Muzik-muzik pancaragam tentera dan jenis-jenisnya untuk menuju semangat menuju medan peperangan dan juga upacara-upacara rasmi ketenteraan, ataupun dalam konteks Malaysia sewaktu kembali dari medan peperangan dan kawad diraja, pertandingan kawad dan lain-lain yang seumpamanya dengan menggunakan daff ataupun tamborin. Tetapi pancaragam tentera ataupun tembakan meriam mengiringi jenazah tentera Islam atau sultan adalah haram. Jenis nyanyian dan seni bunyi yang dilarang oleh syarak ialah:
i.
BKT
Gubahan instrumental dan vokal berirama bebas.
41
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
ii. iii. iv.
Lagu bertindih serius seperti bernada keras dan seni kata yang tidak tentu hala. Muzik-muzik bukan Islam seperti idea dan amalan agama mereka. Muzik hiburan yang memikat pancaindera, melalaikan, membangkitkan perasaan ingin melakukan perkara yang dilarang.
4.4.2 LAKONAN Seni lakon iaitu yang melibatkan drama, teater dan filem adalah salah satu amalan rekreasi. Seni lakon menggabungkan berbagai bentuk seni. Bermula dengan seni sastera dalam penyediaan skrip berpindah kepada seni gerak, seni suara, seni lukis, seni adunan cahaya dan sebagainya. Filem pula memerlukan seni fotografi dan teknik rakaman. Oleh kerana sifatnya yang menghimpunkan berbagai bentuk seni estetika maka kesannya juga mendalam kepada penggemarnya. Abd. Rahim Anbar dalam bukunya alMasrahiah Baina al-Nazariah wa al-Tatbiq menyatakan drama lebih hampir dengan kehidupan kerana drama menceritakan tentang kehidupan dari semua bentuk seni; yang dibaca, didengar dan dilihat. Drama mempunyai nilai estetika, bukan sahaja mempunyai nilai hiburan tetapi juga mempunyai nilai pendidikan. Kesemua cerita-cerita atau kisah-kisah ini dilakonkan semula dan mempunyai kesan yang mendalam kepada penonton. Begitu juga pengajaran-pengajaran dalam al-Quran yang berbentuk kisah atau cerita yang mempunyai matlamat untuk menerapkan pengajarannya dengan lebih berkesan. Rasyid Reda menyatakan bahawa kisah dalam al-Quran dapat menggerakkan pemikiran dan jiwa untuk mengambil iktibar daripadanya. Sesungguhnya seni lakon boleh mendatangkan faedah yang banyak kepada manusia kerana ia mempunyai pengaruh yang tinggi dan mendalam kepada masyarakat. Seni lakon boleh dimanfaatkan mengikut kehendak mereka yang menjayakannya. Pelbagai faedah boleh didapati sekiranya itu yang menjadi matlamat kepada mereka yang terlibat dengan sesuatu bentuk seni lakon yang dihasilkan. Antara peranan dan manfaat yang boleh didapati ialah: i. ii. iii. iv.
BKT
Pengkisahan sejarah dengan penghayatan yang tinggi kerana dipersembahkan seolah-olah sedang berlaku. Perantaraan untuk memberikan keterangan yang lebih jelas. Salah satu bentuk rekreasi bagi melapangkan pemikiran dan menghiburkan untuk mengembalikan kecergasan. Menganalisis masalah masyarakat dan mencari jalan penyelesaiannya.
42
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
v. vi. vii. viii. ix.
Membina kemampuan penonton untuk memberi kritikan dan pandangan. Menimbulkan kesedaran dalam diri penonton. Perantaraan pendidikan khususnya di sekolah-sekolah. Membantu perubahan sosial yang positif. Menjelaskan balasan baik bagi kebaikan dan balasan buruk bagi setiap keburukan.
Kita menyedari bahawa terdapat banyak perkara yang tidak dapat disampaikan dengan saluran lain tetapi berjaya disampaikan melalui seni lakon. Kesedaran masyarakat untuk meningkatkan ekonomi, pendidikan dan sebagainya dapat dilahirkan dalam drama. Namun begitu seni lakon juga sering menimbulkan kontroversi kerana wujud disebaliknya kesan negatif. Seni lakon bersifat dwifungsi iaitu boleh digunakan ke arah kebaikan dan sebaliknya lebih mudah untuk digunakan sebaliknya iaitu membawa kesan buruk. Selain daripada itu seni lakon selalunya mencari daya tarikan tersendiri dengan cara yang lebih mudah oleh itu mereka mempersembahkan sesuatu di luar batasan. Antara perkara mudarat yang dibawa oleh seni lakon ialah:
i.
ii.
iii. iv.
Mencemari tatasusila agama. Membangkit dan merangsang ke arah yang tidak baik. Contohnya menunjukkan cara-cara melakukan rompakan, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan sebagainya. Mencemari sejarah dengan melakonkan sesuatu yang tidak menepati sejarah. Selalunya lakonan seperti ini memang bertujuan untuk menutup apa sebenarnya yang berlaku dalam sejarah. Melekakan penonton hingga lupa tanggungjawab. Menimbulkan rasa sombong di kalangan golongan tertentu, seperti orang yang mempunyai kedudukan, kekayaan dan “glamour”, apabila lakonan sering menunjukkan keistimewaan golongan ini.
Yusuf al-Qardawi juga memberikan pandangan yang sama bahawa filem adalah alat untuk memberikan pendidikan di samping memberi hiburan. Beliau juga menjelaskan bahawa ianya adalah perkara yang halal dan baik bahkan kadang-kadang membawa kepada perkara yang dituntut tetapi perlu menjaga daripada perkara yang ditegah oleh syarak. Berdasarkan kepada pandanganpandangan ulama’ yang masyhur kita boleh membuat beberapa garis panduan mengenai seni lakon antaranya:
i.
ii.
BKT
Seni lakon pada asalnya adalah harus berdasarkan kepada kaedah setiap sesuatu yang tidak disebutkan oleh nas tentang haramnya adalah dianggap harus. Seni lakon merupakan saluran pendidikan yang berkesan dengan bertindak sebagai contoh dan teladan.
43
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
iii.
iv.
Drama yang melanggar batasan syariat seperti tidak membataskan pergaulan antara wanita dan lelaki, pendedahan aurat dan sebagainya adalah haram di sisi Islam. Drama mestilah tidak memberi kesan buruk kepada pelakon dan penontonnya. Ini bersesuaian dengan kaedah setiap yang membawa kepada haram adalah haram.
KESIMPULAN Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa di samping mematuhi adab -adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat orang-orang kafir. Sebarang percubaan mereka untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang berdasarkan penetapan dan susur galur al- Quran dan Sunnah Rasul SAW.
LATIHAN PENGUKUHAN 1.
Berikan pengertian hiburan.
2.
Senaraikan ciri-ciri hiburan dalam Islam.
3.
Berikan perbezaan antara hiburan Islam dan hiburan bukan Islam mengikut skop yang disediakan. SKOP
HIBURAN ISLAM
HIBURAN BUKAN ISLAM
Tujuan Aurat dan Pergaulan Balasan Sumber 4.
BKT
Terangkan lima nyanyian yang dibenarkan dalam Islam.
44
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
5.
Senaraikan jenis-jenis nyanyian yang dilarang dalam Islam.
6.
Jelaskan 5 perkara yang mendatangkan manfaat dalam seni lakonan
7.
Senaraikan 4 perkara yang mendatangkan kemudharatan dalam seni lakonan.
RUJUKAN 1. 2. 3. 4. 5. 6.
7. 8.
BKT
Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizaratul Auqaf Wa al- Syu’un al-Islamiah,Cetakan Pertama, 1995, Kuwait. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, Beirut 1994. Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991. Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam, Bahagian Penyelidikan, JAKIM. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981.
Garis Panduan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Garis Panduan Hiburan Dalam Islam, Dato Seri (Dr) Hj Harussani Bin Hj Zakaria, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan; 16 Jun 2008 / 12 Jamadil Akhir 1429H.
45
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
BAB 5: KONSEP PERADABAN DAN TAMADUN PENGENALAN Tamadun telah wujud sejak manusia mendiami muka bumi ini. Peradaban dan ketamadunan pula saling berkaitrapat untuk menentukan kejayaan atau kejatuhan sesebuah negara. Apabila kedatangan Islam menerusi wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammmad SAW mula berkembang maka bermulalah tamadun Islam yang gemilang dari zaman Rasullulah SAW hingga kejatuhan Islam zaman Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 .Tamadun Islam sebagai asasnya ialah akidah, syariah dan akhlak menjadi tunjang utama tamadun Islam yang gemilang.
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat: 1.
Memberi maksud tamadun.
2.
Mengklasifikasikan sumber tamadun.
3.
Menceritakan kisah-kisah kaum terdahulu dan tamadun-tamadun purba yang dipelajari.
4.
Menyenaraikan faktor-faktor kejayaan tamadun Islam.
5.
Menjelaskan faktor-faktor kemerosotan tamadun Islam.
6.
Menyenaraikan kelemahan tamadun barat.
7.
Menjelaskan kelemahan tamadun barat.
BKT
46
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
5.1
PENGERTIAN TAMADUN
Perkataan tamadun dari segi bahasa memberi makna yang sama dengan istilah civilization dalam bahasa Inggeris. Ia berasal dari istilah bahasa Perancis yang merujuk kepada proses perundangan yang mengubah perbicaraan jenayah kepada perbicaraan sivil. Pada akhir abad ke 18, ia mula berkembang kepada makna yang lebih luas daripada proses perundangan. Istilah ini mula digunakan di England pada tahun 1772, kemudiannya digunakan untuk menerangkan perkembangan sesebuah masyarakat yang mencapai suatu tahap dalam sesuatu aspek kehidupan mereka. Dalam bahasa Arab pelbagai istilah yang digunakan. Antaranya; i. ii. iii. iv.
Ad-deen yang bermaksud agama atau gambaran kehidupan beragama. Maddana yang merujuk kepada pembukaan bandar serta perlakuan sopan dan halus. Madani yang bermaksud pembangunan bandar dan kehalusan budi pekerti. Hadarah iaitu perbuatan duduk di bandar atau keadaan kehidupan yang berada pada tahap maju atau perilaku kehidupan yang tinggi.
Dalam bahasa tamadun.
Melayu
perkataan
peradaban
adalah
sama
dengan
istilah
Namun dari sudut mana sekali pun takrif tamadun ia tidak lari daripada meliputi aspek-aspek pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi, kemajuan kebendaan, kemajuan penempatan, kemajuan kebudayaan dan kemudahan yang sempurna. Pengertian ini juga boleh dilihat dari semua aspek pandangan iaitu pandangan barat dan pandangan Islam. Kedua-dua pandangan ini membawa pengertian yang berbeza.
5.1.1 PANDANGAN SARJANA BARAT Antara sarjana barat yang memberikan takrif tamadun: i.
ii. iii.
BKT
Collingwood mendefinisikan tamadun sebagai satu proses bagi mencapai suatu tahap kehidupan sivil atau proses untuk menjadi sivil (sopan). Hasil daripada proses ini akan melahirkan ciri-ciri masyarakat Bandar iaitu masyarakat yang mempunyai kehalusan budipekerti. Gordon Cholde memberi penekanan kepada pencapaian material sebagai lambang ketamadunan sesebuah masyarakat. Dr. Albert Schwetzer seorang ahli falsafah Jerman mendefinisikan tamadun sebagai keseluruhan kemajuan yang dibuat oleh manusia dalam setiap tindakan dan pemikiran selagi kemajuan ini membawa kepada penyempurnaan kerohanian individu.
47
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
5.1.2 PANDANGAN SARJANA ISLAM Antara pandangan sarjana Islam pula ialah: i.
Ibn Khaldun memperkenalkan dua terminologi al-umran dan alhadharah yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan, kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.
ii.
Jurji Zaidan memperkenalkan al-tamadun dalam abad ke 19 yang didefinisikan sebagai pencapaian umat Islam yang berpusat di kota dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berasaskan agama.
iii.
Saiyid Qutb pula mendefinisikan tamadun sebagai segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.
Kesimpulannya takrif-takrif yang diberikan oleh sarjana Islam adalah lebih tepat dan menyeluruh daripada sarjana barat. Ini adalah kerana sarjana barat kurang menekankan unsur keagamaan sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu tamadun. Manakala sarjana Islam meletakkan unsur ad-deen atau agama sebagai asas dan sumber utama yang membentuk tamadun, bukan manusia yang membentuknya.
5.2
SUMBER TAMADUN ISLAM
Terdapat dua sumber yang memberi kekuatan kepada pencapaian tamadun Islam. Pertama sumber wahyu dan kedua sumber sokongan.
5.2.1 SUMBER WAHYU Wahyu secara langsung iaitu al-Quran, kitab-kitab dan suhuf-suhuf para nabi (tamadun yang berteraskan akidah Tauhid pada zaman awal). Manakala wahyu secara tidak langsung ialah al-Sunnah. Wahyu ini bertindak sebagai sumber tamadun dalam dua dimensi. Pertama, al-Quran dan al-Sunnah sebagai penggerak budaya ilmu. Kedua, al-Quran dan al-Sunnah memberi sumber langsung ilmu.
BKT
48
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Pertama:
Al-Quran dan diterangkan secara berikut:
al-Sunnah
sebagai
penggerak
a) Melalui sumpahan tentang kepentingan ilmu. ayat-ayat berikut:
budaya
ilmu
boleh
Ia dapat dilihat dalam
Maksudnya: ‘’Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan” Al-`Alaq (96): 1
Maksudnya: “Nun.Demi qalam dan apa yang mereka tulis” Al-Qalam (68): 1
Maksudnya: “Demi bukit Thur. Dan kitab yang ditulis. Pada lembaran yang terbuka”. At-Thur (52): 1 - 3
b)
Pernyataan kelebihan ilmu dan ilmuan. Ia dapat dilihat dalam ayat berikut: Maksudnya: “Adakah sama orang-orang orang yang tidak mengetahui”.
yang
mengetahui
dengan
orang-
Az-Zumar (39): 9 Al-Sunnah juga membayangkan bahawa ilmuan adalah pewaris Nabi.
BKT
49
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
c)
Anjuran berusaha mencari ilmu. Al-Quran mewajibkan orang yang tidak mengetahui, mempelajari ilmu adalah seperti firman Allah dalam surah berikut:
Maksudnya: “Maka hendaklah kamu bertanya pakar,kiranya mereka tidak mengetahui.”
kepada
mereka
yang
An-Nahl (16): 43
Rasulullah SAW pula menambahkan lagi motivasi mencari ilmu dengan sabdanya yang bermaksud : “Sesiapa yang keluar untuk mencari ilmu maka ia berjuang fi sabilillah sehinggalah ia kembali.”
Kitab suci al-Quran menyarankan agar manusia:
Maksudnya: “Berdoalah dengan berkata, wahai Tuhanku, tambahlah ilmuku” Taha (20): 114 Begitu juga ransangan agar menggunakan akal merenung fikir.
“Apakah yang mencipta sama Mengapa kamu tidak mengerti?”
dengan
yang
tidak
mencipta?
An-Nahl (16): 17
Kedua: Al-Quran dan as -Sunnah sebagai sumber langsung ilmu. Peranan ini dapat dilihat dalam dua bahagian iaitu: i.
BKT
Ilmu asasi atau fardhu ain seperti hubungan dengan akidah, alam syariah dan akhlak.
50
ghaib,
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
ii.
Ilmu-ilmu pelengkap atau fardhu kifayah seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, matematik, astronomi, biologi, botani, politik pemerintahan dan lain-lain.
Ketiga: Al-Quran dan kisah kaum `Ad serta kerajaan Iram. Kaum `Ad adalah salah satu suku kaum Arab yang tertua. Mereka mempunyai pemerintahan yang besar merangkumi dari pantai barat Yaman dan Hadramaut hingga ke Iraq. Kehebatan mereka dirakamkan oleh al-Quran sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Maksudnya: “Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana tuhanmu berbuat terhadap kaum `Ad? Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun suatu kota seperti itu di negeri-negeri lain.” Al-Fajr (89): 6 - 8 Menurut Ibn Khaldun bahawa Shaddad bin Aad bin Ush Ibn Iram telah berusaha membina kota idaman seperti syurga yang digambarkan kepadanya dengan mengambil masa selama 300 tahun. Kota tersebut dibangunkan di Padang Pasir Aden, diperbuat daripada emas dan perak dan tiang-tiang daripada batu zamrud. Di bawah kota tersebut dibina sungai-sungai yang mengalir. Namun sebaik sahaja kota tersebut siap dibina, Allah SWT telah menurunkan bala secara tiba-tiba. Walau bagaimana pun kaum `Ad ingkar terhadap ajaran yang disampaikan oleh Nabi Hud AS dan mereka tetap syirik kepada Allah SWT, lalu Allah SWT telah memusnahkan mereka dengan angin yang sangat dingin selama 7 malam 8 hari secara berterusan.
Keempat: Al-Quran dan kisah kaum Thamud Kaum Thamud adalah kaum yang termaju pada zaman mereka. Al-Quran menggambarkan kehebatan tamadun mereka sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Maksudnya: “Dan kaum Thamud yang memotong batu-batu besar di lembah.” Al-Fajr (89): 9
BKT
51
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Walau bagaimana pun kaum Thamud ingkar ajaran Nabi Salleh a.s. dan Allah SWT, musnahkan mereka dengan gempa bumi yang amat dahsyat diserta dengan letupan gunung berapi yang memuntahkan lahar batu ke atas penduduk Thamud.
Kelima: Al-Quran dan kisah kaum Saba` Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi penduduk Saba` di negeri mereka ada suatu ayat (tanda kekuasaan Allah), iaitu dua bidang kebun, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (dikatakan kepada mereka) : Makanlah rezeki Tuhanmu dan berterima kasihlah kepadaNya. (Inilah) negeri yang baik dan Tuhan Yang Pengampun.” Saba’ (34): 15
Dalam ayat di atas terdapat kemajuan yang dicapai oleh kaum Saba`. Sebagaimana yang tercatat Saba` itu ialah suatu kaum, negerinya Yaman sekarang (Arab) di zaman Ratu Balqis dan Nabi Sulaiman as mencapai saat kegemilangannya. Negeri itu sangat subur tanahnya, kerana mereka mengadakan bendungan air yang dapat dialirkan ke kebun-kebun dan sawahsawah sepanjang tahun. Bendungan air ini dinamakan sad Maarib. Oleh sebab itu penduduk negeri itu menjadi kaya raya, mempunyai kebun-kebun kiri dan kanan.Tetapi mereka tidak berterima kasih kepada Allah SWT, lalu terjadilah perselisihan sesamanya,sehingga bendungan air itu tidak diperbaiki lagi, akhirnya roboh. Selain daripada itu Allah SWT telah mengalirkan air bah yang besar sehingga musnah kebun-kebun dan rumah. Kemudian tidak ada lagi kebun-kebun mereka, selain dari pohon-pohon kayu yang tidak berbuah atau ada buah tetapi pahit rasanya, sedangkan yang berbuah elok hanya sedikit sahaja. Tegasnya al-Quran menjelaskan semua perkara daripada sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara secara prinsip-prinsip umumnya.
BKT
52
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Tidak kami alpakan di dalam kitab al-Quran suatu apa pun (kecuali dicatatkan)”. Al-An’am (6): 38
5.3
SUMBER SOKONGAN
5.3.1 Sumber Sokongan Daripada Tamadun Silam Sumber sokongan bermaksud sumber luar dari Islam itu sendiri, iaitu sumber atau ilmu dari tamadun lain seperti Yunani, China, India dan lain-lain. i.
Sumbangan Tamadun China
Terdapat banyak sumbangan tamadun ketamadunan Islam yang unggul seperti : a) b) c) d) e) f) ii.
dalam
mengangkat
sebuah
Mengamalkan sistem pemerintahan monarki dan pemerintahan mutlak. Menggunakan gelaran maharaja (Dinasti Chin). Memperkenalkan peperiksaan awam China. Sumbangan dalam bidang seni bina (Tembok Besar China) Sumbangan dalam bidang falsafah (Legalisme). Memperkenalkan ajaran Confucianisme dan Taoisme.
Sumbangan Tamadun Mesir Purba (Tahun 700 s. m.) a)
b)
BKT
China
Pembinaan piramid di Mesir bermula daripada ilham Imhotep seorang saintis, arkitek dan ahli fizik. Binaan pertama ialah Piramid Sakkara yang tertua dan binaan batu yang pertama di dunia. Piramid ini dibina untuk Firaun Djoser iaitu Firaun ke 2 pada dinasti ketiga. Kemajuan penggunaan kertas oleh orang-orang Mesir, di mana kertas dicipta daripada pokok Papyrus.
53
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
c)
d) e)
f)
g)
iii.
Kemajuan tulisan Hieroglif diperkenalkan iaitu tulisan awal Mesir dan merupakan tulisan bergambar serta diukir pada batu dan kayu. Kemudian muncul pula tulisan Hieratik iaitu tulisan berangkai dan tulisan Demotik. Kemajuan pendidikan ilmu geometri, matematik dan sains untuk melahirkan golongan terlatih. Ilmu perubatan berkembang sehingga terhasilnya proses memumiakan mayat. Mereka percaya ilmu memumiakan mayat dengan kehidupan selepas mati dan mayat mestilah dijaga dengan baik. Ilmu sistem pengairan yang berjaya dicipta menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian. Firaun Senuusret III telah membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123km bagi menebusguna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10,000 hektar. Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan setahun.
Sumbangan Tamadun Babylon
Babylon terletak di bahagian selatan Bandar Baghdad Iraq meliputi kawasan sungai Tigris dan Sungai Eupharates yang hamper bercantum. Di sana wujudnya Taman Tergantung Babylon iaitu salah satu tujuh benda ajaib di dunia. Taman ini dibina pada zaman pemerintahan Nebuchadnezzar II untuk isterinya. Senibina taman ini dibina bertingkat-tingkat, berbentuk teres dan dipenuhi pokok buah-buahan, pokok bunga, air terjun dan binatang.
5.3.2 Sumber Sokongan Dari Akal Akal fikiran merupakan sumber pembinaan tamadun Islam selepas wahyu. Akal mempunyai fungsi yang besar iaitu kebolehan mengamati sesuatu yang bermakna, kefahaman, menerangkan dan menggambarkan sebab dan akibat sesuatu serta membuat keputusan atau pertimbangan, mereka cipta, berkreativiti dan berinovasi. Contohnya manusia genius di kalangan umat Islam seperti Ibnu Khaldun yang merupakan tonggak pembinaan dan pencapaian tamadun manusia dan ramai lagi. Mereka yang telah berkembang inteleknya ialah mereka mampu mencipta seribu satu alat teknologi canggih, mikro dan tinggi di sepanjang sejarah tamadun Islam. Itulah puncak tamadun atau kemajuan. Namun jika akal ini tidak dibimbing oleh wahyu ia boleh merosakkan dan memusnahkan tamadun manusia apabaila akal digunakan untuk mencipta alat teknologi yang boleh merosakkan keselamatan agama, akal, maruah, keturunan, tubuh badan dan harta benda. Bagaimanapun, wahyu adalah sumber sebenar ilmu dalam tamadun Islam, manakala sumber sokongan adalah proses untuk menyebar dan meluaskan ilmu sahaja.
BKT
54
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
5.4
FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN TAMADUN ISLAM
5.4.1 EKONOMI Al-Quran dan hadis banyak menyarankan tentang pentingnya ilmu pengetahuan serta menggalakkan agar berusaha gigih para pemimpin, menguasai ilmu juga membawa kesan positif dalam peningkatan ekonomi. Dengan itu nyatalah bahawa ekonomi dalam Islam adalah selari dengan agama itu sendiri, di mana ekonomi menitik beratkan soal kebendaan dalam kehidupan. Walau bagaimanapun segala kepakaran itu hendaklah digunakan untuk mencari keredhaan Allah SWT. Dengan ini jelas bahawa Islam membangun ekonomi berdasarkan beberapa prinsip:
Menjamin kepentingan umum Islam mengharuskan pemimpin mengambil milik Islam mengharuskan pemimpin mengambil tindakan inisiatif melahirkan perimbangan ekonomi Menyempitkan bidang hak berkekalan pada milik perseorangan Menyempitkan daerah kebebasan mengurus milik perseorangan
5.4.2 POLITIK Politik yang kukuh adalah faktor utama dalam menentukan kejayaan tamadun. Politik yang kukuh dan kepimpinan yang berwibawa serta bijaksana akan menjadikan tamadun sesuatu kaum itu berjaya sehingga dijadikan sebagai pegangan untuk masa hadapan. Kecemerlangan pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a walau pun ia agak singkat iaitu dua tahun enam bulan sahaja. Beliau banyak menerima cabaran dari umat Islam sendiri. Antara cabaran yang besar dihadapi ialah golongan yang ingkar mengeluarkan zakat. Perkara ini adalah merupakan masaalah prinsip ketamadunan dari segi akidah. Kejayaan beliau mengatasi perkara tersebut menjadikan politik semakin stabil. Begitu juga dengan kejayaan beliau dalam memerangi golongan orang-orang yang murtad di bawah kepimpinan Musailamah al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi palsu dan ia mati dibunuh di Yammah. Suasana politik agak berkocak semula apabila Khalifah Abu Bakar gering, akan tetapi kebijaksanaan khalifah dalam mengatasi masalah tentang penggantinya dengan mencadangkan Saidina Umar r.a. mengambil alih tampok pimpinan tersebut. Pada zaman Saidina Umar r.a pula banyak berlaku perubahan yang berkaitan dengan ketamadunan ummah, antaranya ialah:
BKT
Meneruskan perancangan Saidina Abu Bakar Menyusun pentadbiran Negara
55
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Teliti dalam semua urusan Urusan kehakiman Membentuk Diwan/Jabatan-jabatan Mengemaskini Diwan al Jund (Jabatan Ketenteraan) Diwan Kharaj (Jabatan Percukaian) Diwan al Barid (Jabatan Pos) Penubuhan Baitulmal
Faktor sosio politik dalam kecemerlangan tamadun Islam tidak terlepas dari tiga asas panduan pokok iaitu akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga asas tersebut adalah sebagai dasar terhadap sistem pemerintahan dalam Islam. Di mana wujudnya interaksi diantara pemimpin dengan rakyat secara bersepadu mengutamakan ajaran berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadis, ketua negara dilantik secara bai’ah dan dipersetujui oleh rakyat serta hak dan tanggungjawab sebagai warganegara Islam dititik beratkan. Dalam kecemerlangan tamadun Islam faktor kestabilan politik amat penting bagi ummah dalam sebuah negara. Ketua negara mempunyai kuasa tertinggi dalam membuat seuatu keputusan. Keputusan tersebut wajib berdasarkan kepada hukum syarak supaya berlaku keadilan yang saksama di kalangan rakyat. Sifat amanah dan sikap sederhana perlu ada pada pemimpin, tidak bangga dengan kepimpinan kerana tanggungjawab yang berat itu akan dipersoalkan di akhirat kelak. Sehubungan dengan itu rakyat mempunyai kebebasan dalam kehidupan. Kebebasan ini tidak bermakna kebebasan tanpa batasan. Antara kebebasan yang dibenarkan oleh Islam ialah:
Kebebasan beragama Kebebasan mengemukakan pendapat Kebebasan mencari nafkah Kebebasan tempat tinggal
5.4.3 SOSIAL Aspek sosial juga adalah penting dalam mempengaruhi perkembangan tamadun. Antara aspek yang banyak mempengaruhi kecemerlangan tamadun ialah aspek agama. Agama memainkan peranan penting dalam pembentukan tamadun. Di tanah Arab, agama masyarakat Arab jahiliyah adalah agama yang diwarisi oleh nenek moyang mereka iaitu agama menyembah berhala, namun keadaan telah berubah setelah kedatangan Islam ke tanah Arab. Beberapa perkara dan nilai penting telah dibina oleh Rasulullah SAW dalam usaha membina tamadun, antara nilai tersebut ialah akidah dan nilai-nilai Islam. Ketamadunan Islam semakin terserlah apabila munculnya beberapa kerajaan Islam yang kukuh setelah wafat Rasulullah SAW Sebagai contoh zaman khalifah al-Ma’mun di Baghdad, Khalifah al-Hakam di Sepanyol dan Sultan Sulaiman al-Qanuni di Istanbul.
BKT
56
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Kerajaan-kerajaan ini mempunyai ciri-ciri ketamadunan yang termasuklah sistem kepercayaan, pentadbiran, politik, ekonomi dan sosial.
tinggi
Manakala dalam tamadun Melayu pula, Melaka adalah adalah sebagai pusat ketamadunan Melayu-Islam di Asia, ia bermula pesat pada adab ke 15 terutama di rantau Alam Melayu. Perkembangan ini telah dibawa oleh pedagang Tanah Arab, India, Cina dan sebagainya. Banyak dari kalangan masyarakat pada masa itu telah memeluk Islam.Ini menjadikan Melaka semakin kukuh dan menyerlah. Islam telah berkembang dan banyak masjid didirikan untuk menyebarkan segala ilmu pengetahuan kepada masyarakat.
5.5
FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN TAMADUN ISLAM
Beberapa aspek yang berada di dalam diri masyarakat Islam itu sendiri menjadi penyebab kemunduran tamadun, antaranya ialah ketidakadilan dan unsurunsur negatif. Ibnu Khaldun mendefinisikan ketidakadilan sebagai penyalahgunaan kuasa, mengambil hak orang lain, kerja bukan sukarela tetapi dengan paksa. Inilah penyebab kepada kemunduran tamadun dan seterusnya akan membinasakan umat manusia.
5.5.1 EKONOMI Ekonomi boleh membantu dalam menjanakan sesuatu tamadun.Ekonomi juga boleh meruntuhkan ketamadunan manusia. Pengurusan ekonomi oleh kepimpinan yang boros, tidak bijak serta ketidakadilan dalam pengagihan ekonomi kepada rakyat, akhirnya rakyat akan memberontak untuk mencari sedikit habuan untuk hidup walau dalam apa cara sekalipun samada negara itu maju atau mundur. Ekonomi yang tidak stabil akan menjadikan ketamadunan juga akan hilang sedikit demi sedikit dan akhirnya akan membawa kepada kejatuhan. Untuk membina tamadun yang sudah runtuh adalah sukar tanpa ekonomi yang kukuh serta politik yang stabil.
5.5.2 POLITIK Faktor kemerosotan tamdun adalah bermula dari suasana tidak ada kestabilan politik. Pergolakan politik adalah disebabkan kepimpinan serta suasana rakyatnya. Perpecahan perpaduan akan menyebabkan wujud beberapa konflik dalaman. Di samping pergolakan yang berlaku, faktor penyebabnya juga adalah daripada pemimpin yang tidak berakhlak yang menyebabkan rakyatnya juga tidak berakhlak. Nilai-nilai tidak sihat ini akan menyebabkan keadaan politik menjadi tidak stabil kerana tiada pemimpin yang berwibawa, akibat daripada perpecahan dan kepimpinan yang buruk, maka akhirnya kerajaan tersebut akan merosot, lemah dan akhirnya mudah runtuh apabila diserang oleh musuh.
BKT
57
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
5.5.3 SOSIAL Faktor sosial adalah perkara utama dalam perubahan, samada kearah kejayaan atau kearah kemunduran tamadun. Ketamadunan Islam mula menampakkan kemerosotannya. Ini bermula daripada perselisihan, pemimpin yang tidak ikhlas dalam melaksanakan perubahan. Kemerosotan tamadun jelas dapat dilihat pada zaman hayatnya Firaun, Qarun dan sebagainya. Faktor sosial dan sikap (akidah) menjadikan ia manusia yang dimurkai oleh Allah. Kesemua mereka tidak mengakhiri hayatnya dengan taubat, akan tetapi akhirnya mati dalam kesesatan. Kesimpulannya kejayaan dan kemerosotan tamadun adalah di sebabkan kepimpinan pada zaman tesebut. Kepimpinan dan ekonomi yang tidak terurus serta tidak mempunyai kecekapan akan menjadi kejayaan tamadun yang dibina akhirnya akan beransur merosot seterusnya menjadikan ia akan hilang. Hanya ketamadunan tersebut ada pada nama sahaja pada masa akan datang.
5.6
KELEMAHAN TAMADUN BARAT
Tamadun barat telah melahirkan pengaruh-pengaruh negatif disamping kesan positifnya yang sekarang ini di alami oleh manusia. Di antara kesan negatifnya ialah keruntuhan akhlak, kemusnahan keluarga, kekacauan jiwa, kecelaruan akal serta jenayah dan ketakutan.
5.6.1 KERUNTUHAN AKHLAK Kesan yang paling menonjol hari ini ialah terungkainya ikatan akhlak yang dibawa oleh setiap agama samawi. Barat tidak mungkin membuahkan hasil akhlak kemanusiaan yang dapat memperkukuhkan sendi binaan masyarakat. Buah yang dihasilkan adalah sama dengan jenis pokoknya. Ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT: Maksudnya : “Negeri yang baik, keluar tumbuh-tumbuhannya dengan izin Tuhannya. Negeri yang buruk tiada keluar tumbuh-tumbuhannya, melainkan dengan bersusah payah. Demikianlah Kami terangkan ayat-ayat itu bagi kaum yang berterima kasih”. Al A’raf (7): 58
BKT
58
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Satu laporan dari pertubuhan perubatan Britain yang dianggotai oleh wakil gereja, penyelidik sosial, ahli psikologi dan para professor universiti menyebut bahawa rasa takut yang bakal menimpa umat manusia adalah salah satu alasan yang menyebabkan para remaja mengambil prinsip hidup untuk bersenang-senang merasai kenikmatan yang tidak menghormati agama dan ilmu, mengenepikan ikatan keluarga dan tanggungjawab sosial. Para remaja sibuk mengumpul segala macam keseronokan hidup sebelum terlambat. Hubungan seks sebelum kahwin adalah satu perkara biasa. Pihak pertubuhan menganggap tempat-tempat minum, kelab-kelab malam adalah antara faktor yang membawa kekacauan seks bebas di kalangan remaja. Apa yang lebih teruk lagi dalam perkara ini ada berlaku perkahwinan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita. Dalam satu Seminar Antarabangsa Tentang Penduduk Dan Pembangunan yang diadakan di Kaherah pada 3 September 1994 di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tersemat agenda telah menimbulkan kemarahan dunia Islam seluruhnya. Pope Vatikan juga mengecam seminar ini yang agendanya membenarkan pencerobohan hak untuk hidup dan memperakui seks bebas dan penguguran anak atas alasan ledakan penduduk. Roger Garaudy, seorang pemikir Islam Perancis menyatakan bahawa istilah ‘bom demografi’ atau ledakan penduduk hanyalah tipu helah semata-mata untuk mengukuhkan eksploitasi. Ancaman terhadap bumi sebenarnya bukanlah meningkatnya angka kelahiran bayi di dunia ketiga. Ancaman sebenar adalah eksploitasi negara-negara maju semenjak lima abad dan mereka cuba memaksa dunia melalui penjajahan dan berakhir dengan Tabung Kewangan Dunia (IMF). Dokumen pengisytiharan seminar tersebut akan menghancurkan semua bentuk institusi keluarga yang menjadikan masyarakat tidak lebih dari individu -individu yang tidak mempunyai sebarang ikatan akhlak
5.6.2 KEMUSNAHAN KELUARGA Masalah-masalah dalam tamadun tidak terhad kepada keruntuhan akhlak sahaja, bahkan ia meluas kepada perkara yang ada kaitan dengannya iaitu merosotkan perasaan manusia yang luhur. Sumbernya telah rosak atau hampir rosak, airnya yang bersih tercemar oleh kumankuman materialisme yang membunuh yang individualisme yang menghancurkan. Antara suami dan isteri tidak ada lagi perasaan kasih yang pernah dikenali oleh sebuah keluarga Islam yang disebut oleh Al Quran sebagai sakinah, mawaddah dan rahmat. Begitu juga perhubungan antara saudara kandung, anak dengan ibubapa mulai pudar apatah lagi hubungan dengan mereka yang di luar ikatan keluarga.
BKT
59
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Pertukaran timbal-balik manfaat, kesenangan dan kepentinganlah yang menjadi pengikat utama yang menghubungkan antara satu dengan yang lain. Hal ini didapati dalam kata-kata seorang ahli politik barat: “Kita tidak memiliki teman yang tetap, tidak pula musuh yang tetap, yang ada hanyalah kepentingan yang tetap”. Di Britain telah muncul fenomena bahawa ibubapa menjual anak-anak kecil agar mereka dapat membeli pelbagai barangan seperti rumah kecil, televisyen atau peti sejuk elektrik. Mereka telah menjual anak-anak kecil mereka pada tahun 1959 dan telah mencapai angka tiga ribu orang. Ibubapa yang menjual anak-anak kecil mereka ini adalah pasangan suami isteri yang sah. Dalam masyarakat barat muncul masalah anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang keluarga atau ibubapa disebabkan kedua-dua mereka sibuk bekerja. Di sana juga ada fenomena dinamakan ‘rumah roboh’ (broken house) yang berpunca dari kebebasan pergaulan antara lelaki dan wanita sehingga banyak berlaku kes perceraian. Anak-anak dalam rumah ini tidak mendapat didikan dan penjagaan secara fitrah dari kedua ibubapa mereka. Mereka mengalami masalah kejiwaan dan memberontak termasuk lari dari rumah dan sekolah. Usaha ahli psikologi dalam menangani penyakit sosial ini gagal sehingga ke hari ini. Perkembangan paling baru yang terjadi di Amerika sekarang mengenai tuntutan kaum lelaki ke atas wanita bila terjadi perceraian antara seorang suami miskin atau kelas pertengahan dengan isteri yang kaya atas dakwaan persamaan hak. Nisbah wanita yang berpendapatan besar meningkat jumlahnya secara mendadak. Mereka menghadapi masalah besar sekiranya kehidupan rumahtangga mereka berakhir atas apa sebab sekalipun sekiranya suami mereka mempunyai pendapatan yang lebih kecil. Pihak suami biasanya akan menuntut pihak isteri menyara hidup mereka. Masalah ini telah ditulis oleh wartawan Mesir, Maha Abdul Fatah yang dikirimnya dari Amerika kepada akhbar harian Akhbar Al Youm dalam edisinya pada 6 Ogos 1994. Di antara perkara pelik yang direka oleh tamadun barat adalah apa yang dikenali sebagai ibu sewaan atau ibu yang diwakilkan.Orang barat telah mempermainkan makna keibuan yang mulia. Mereka mahu menjadikan makna keibuan sekadar menghasilkan sel telur. Apabila sel telur itu bersenyawa dengan benih suani atau mana-mana lelaki, dia berhak menjadi ibu walaupun dia tidak pernah hamil atau melahirkan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menyewa rahim seorang wanita lain dengan upah atau bayaran dengan tujuan mendapat zuriat sedangkan siibu tidak pernah merasai kesulitan hamil, kepayahan mengandung, kesakitan melahirkan dan kesusahan menyusu. Bahkan lebih jauh dari itu mereka telah lari dari pemikiran untuk melahirkan. Ia telah menjadi fenomena umum yang tersebar di negara-negara barat secara keseluruhan. Apa yang lebih parah dan meluas di barat ialah sikap menentang pembentukan keluarga melalui perkahwinan. Kebebasan seksual yang terdapat di barat adalah ajakan kepada kebebasan dari ikatan tradisi. Dunia barat telah membebaskan diri dari ajaran Kristian yang melarang perceraian sama sekali.
BKT
60
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Ramai lelaki lebih menyukai hidup bersama wanita yang dicintai tanpa adanya sebarang ikatan. Mereka hidup bersama selama mereka masih suka dan berpisah bila kehidupan mereka sudah bergoncang tanpa adanya sebarang komitmen pada undang-undang dan akhlak. Di antara perkara yang diajukan dalam Seminar di Kaherah adanya ‘keluarga terdiri dari satu kelamin’ yang terdiri dari pasangan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita. Sudah tentu ia mendapat kecaman yang hebat dari negara-negara Islam. Dalam Islam, Allah telah mencipta manusia berpasangpasangan sebagaimana yang termaktub dalam Al Quran seperti surah An Naba :8, Yasin:36, Al Zariyat:49 dan Al Syu’ara: 165-166. Inilah tamadun barat pada hari ini yang cuba menjadikan amalan kaum Nabi Luth sah di sisi undang-undang dan mahu menjadikan ia suatu amalan yang dibenarkan di peringkat antarabangsa. Selain itu ada juga di barat keluarga yang dikenali sebagai keluarga tanpa bapa. Wanita-wanita yang inginkan keturunan dan mendapat anak yang cerdas dengan hanya menggunakan bantuan bank sperma. Seolah-olah mereka telah melupakan bentuk institusi keluarga yang tradisi. Inilah pemikiran yang akhirnya akan menjejaskan tujuan kehidupan berkeluarga yang sebenar dalam Islam.
5.6.3 KEGELISAHAN JIWA Tidak menghairankan setelah tersebarnya dalam masyarakat bekunya rasa kemanusiaan, terungkainya hubungan kekeluargaan dan runtuhnya akhlak, manusia selepas itu akan mengeluh gelisah dan pesimis memandang kehidupan serta sulit menghadapi kehidupan. Mereka akan membenci segala yang ada, khususnya masyarakat yang menganut fahaman materialisme, hilang jiwa keimanan kepada Allah, hari kiamat serta nilai-nilai tinggi. Seorang wartawan Mesir- Anis Mansur telah menulis tentang apa yang beliau saksikan sendiri di Hollywood, sebuah kota para bintang filem Amerika di bawah judul “orang-orang putus asa di sini,’ beliau menulis: “Manusia di Amerika menyembah sistem, bukan kerana manfaat yang didatangkan oleh sistem itu, tetapi sekadar mentaati peraturan, taat kepada kumpulan dan institusi sebab kehidupan individu dalam masyarakat tidak mempunyai erti tersendiri, yang ada hanyalah erti secara keseluruhan dengan orang lain. Rasa kekosongan adalah perasaan yang paling menonjol bagi remaja di Amerika. Mereka kosong, rasa kehilangan dan tidak peduli kepada apapun. Mereka sebenarnya ingin hidup damai bersama diri mereka sendiri dan orang lain. Tetapi saraf manusia di Amerika tanpa ragu lagi telah rosak” Natijah dari rasa kegelisahan dan kekosongan jiwa yang dialami oleh manusia di barat ialah munculnya kelompok-kelompok yang dikenali dengan nama Hippies dan Vagabond dan lain-lain hasil dari tamadun realistik barat. Golongan ini merupakan contoh pemberontakan terhadap tamadun barat yang bersifat materialistik yang mengalami kehausan jiwa, yang kekosongan BKT
61
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
pemikiran mereka tidak diisi, tidak memberi jawapan kepada kebingungan yang di alami dan tidak memberi penjelasan tentang tujuan hidup dan wujudnya mereka di bumi. Oleh itu mereka tenggelam dalam lumpur minuman keras dan dadah sehingga mereka tidak dapat mengenali diri dan alam persekitaran mereka lagi. Kemudian mulalah mereka mencari sesuatu yang lain yang tidak bersifat material lalu menggantungkan diri mereka apa yang disebut sebagai “menghadirkan ruh” nampaknya pengaruh dadah ini membuat mereka berasa bahawa rohnya benar-benar datang dan mereka dapat melihatnya dengan mata kepala mereka sendiri. Di antara fenomena kegelisahan yang paling menonjol dalam tamadun moden ialah meluasnya penyakit kegelisahan jiwa yang membuat manusia menjadi tawanan dirinya di tengah kedamaian masyarakat. Hidupnya berubah menjadi neraka sedangkan di tangannya ada kekayaan dan di kelilingnya ada peralatan untuk bersenang lenang. Di antara wanita yang mengalami nasib seperti ini ialah Garetta Garbo yang pernah menjadi bintang filem terulung di Amerika, namun setelah usianya lanjut dia tidak lagi menjadi barang dagangan yang laris di Hollywood sehingga sampai ke tahap dia kehilangan teman-temannya. Tidak seorangpun yang menziarahi rumahnya. Dia menjalani usia tuanya dalam keadaan keseorangan hingga ketika merayakan ulang tahunnya yang ke-75 pada 18 September 1980 dia sendirian tanpa didampingi oleh sesiapapun. Ketika ditanya oleh penulis biografinya apakah dia berasa menyesal tidak berkahwin? Beliau menjawab dengan penuh penyesalan: “saya yakin bahawa saya telah melakukan kesalahan yang besar dengan tidak berkahwin”. Kisah Marlyn Monroe yang dipandang artis paling terkenal di Amerika Syarikat kerana kecantikan dan daya tarikannya, walaupun dengan populariti serta kemewahan duniawinya, ternyata dia hidup dengan kesedihan dan kekosongan jiwa di tengah keramaian manusia. Meskipun gambarnya dengan senyuman yang ceria dan menghiasi halaman akhbar dan majalah, ternyata di sebalik itu dia menyembunyikan penderitaan batin yang amat mendalam dan berpanjangan. Akhirnya dia memutuskan untuk mengakhiri hidupnya dengan menelan ubat tidur dengan jumlah yang banyak melebihi dos yang dibenarkan walaupun usianya belum melebihi 36 tahun pada saat dia membunuh diri pada 5 Ogos 1962.
5.6.4 KECELARUAN AKAL Krisis tamadun barat tidak hanya pada pengaruh-pengaruh yang mengerikan seperti keruntuhan akhlak, keretakan keluarga, kecemasan bahkan terus bertambah berdasarkan apa yang kita baca daripada pertambahan berterusan jumlah yang menderita kerana gangguan mental dan saraf. Di seluruh Amerika Syarikat, jumlah orang yang mengalami cacat akal lapan kali lebih banyak dari jumlah pesakit-pesakit lain. Pada setiap tahun orang yang masuk ke klinik-klinik kesihatan bagi penyakit cacat akal sekitar 86,000 kes baru. Pada tahun 1992 jumlah orang gila yang menghuni rumah sakit jiwa milik kerajaan mencapai jumlah 340,000 orang gila dan yang mendaftar di klinik-
BKT
62
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
klinik swasta mencapai angka 81,850 orang. Jumlah yang keluar setelah sembuh sekitar 10,931 orang. Diperkirakan bahawa ada lagi ratusan ribu orang yang tidak masuk bancian rasmi yang mengalami gangguan jiwa.
5.6.5 JENAYAH DAN KETAKUTAN Berikut adalah petikan dari sebuah rencana terbitan Majalah Kuwait Al-Arabi yang berjudul ‘Amerika Hidup Dalam Ketakutan’: “Jenayah menyerbu Amerika”. Tindakan jenayah dalam berbagai bentuknya ada di setiap tempat di kota, di desa, di perlembahan yang tenang, di sejumlah besar negara Amerika Syarikat di utara dan selatannya, timur dan baratnya, jenayah dengan segala jenisnya….pembunuhan dan rompakan, penyerangan dan samun, peras ugut dan mengacukan senjata” Di sana terdapat jenayah pembunuhan yang terjadi pada setiap 24 minit, kecurian pecah rumah setiap 10 saat dan wanita diperkosa setiap 7 minit. Dalam satu kajian baru yang berjudul ‘Laporan Fiji’ tentang pengaruh jenayah terhadap keadan psikologi masyarakat Amerika yang dilakukan terhadap lebih dari 1000 orang di seluruh Amerika Syarikat para pengkaji membuat kesimpulan di antaranya ialah: (a) (b)
(c) (d) (e) (f)
(g) (h) (i) (j)
(k)
BKT
4 dari 10 penduduk merasa bahawa mereka menjadi sasaran penjenayah. rasa takut mencapai 52 dari warga bandar besar, 41 di bandar-bandar kecil dan 31 di wilayah pinggiran bandar serta desa. 52 mengaku memiliki senjata untuk tujuan membela diri. 9 dari 10 warga Amerika mengunci rumah mereka dengan selak kunci dan mengenalpasti setiap tetamu yang datang sebelum membuka pintu. 7 dari 10 mengunci pintu kereta mereka ketika memandu. 6 dari 10 menghubungi tetamu atau sanak saudara yang mengunjungi rumah mereka melalui telefon untuk memastikan mereka selamat pulang ke rumah. 50 lebih suka keluar dengan berpakaian biasa dan sederhana yang tidak menarik perhatian jenayah. 63 menyokong supaya pihak polis diberi kuasa lebih yang mempunyai kuasa bertindak terhadap orang yang dicurigai. Lebih 50 bersetuju membayar cukai tambahan dengan syarat wang itu digunakan untuk mendokong perlindungan polis terhadap mereka. Majoriti besar menuntut supaya dijatuhkan hukuman berat dan penjara dalam tempoh yang lama bagi mereka yang melakukan jenayah berat. 2 dari 3 orang menuntut agar dijalankan hukuman bunuh terhadap penjenayah kejam.
63
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Laporan itu di dalam penutupnya menyatakan: “Amerika sekarang hidup dalam cengkaman rasa takut yang baru dan terus bertambah dari hari ke hari. Rasa takut menjadi korban jenayah, rasa takut dari korban kekerasan terhadap fzikal dan rasa takut dari kehilangan harta kekayaan. Amerika sekarang hidup dalam rasa ketakutan antara sesama mereka”
KESIMPULAN Daripada fakta-fakta yang dipaparkan, jelas bahawa budaya dan tamadun barat berada dalam keadaan yang amat parah. Ditakuti cara hidup mereka menjadi ikutan oleh generasi muda dunia Islam yang akan merobohkan institusi umat Islam secara keseluruhan. Pohon yang kuat dan besar sekalipun tidak boleh hidup di atas tanah yang lembut dan tidak akan mampu bertahan lama. Oleh itu umat Islam amnya dan generasi muda khususnya hendaklah kembali kepada sistem serta institusi umat Islam yang sedia ada yang telah terbukti mampu membawa kebahagiaan kepada manusia sejagat.
LATIHAN PENGUKUHAN 1.
Berikan maksud tamadun dari segi bahasa dan istilah.
2.
Jelaskan sumber tamadun Islam secara ringkas.
3.
Senaraikan tiga sumbangan dari tamadun China dan Mesir.
4.
Apakah faktor kejayaan dan kemerosotan Tamadun Islam?
5.
Bincangkan kelemahan tamadun barat secara ringkas.
RUJUKAN 1.
Abu ‘Urwah (1988), Risalah Usrah (Jilid 1), Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
2.
Azhar Hj. Mad Aros et.al. (2001), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
3.
Esa Khalid (2001), Konsep Tamadun Islam Sains Dan Teknologi, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
4.
Mustafa Hj. Daud (2000), Tamadun Islam (Edisi Maktab Perguruan) Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
5.
Yusuf al-Qardhawi (Dr) (1999), Tamadun Islam Alternatif Masa Depan, (Terjemahan oleh Ustaz Hj. Juanda Haji Jaya), Selangor: Maktabah al-Qardhawi.
BKT
64
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
BAB 6: ISLAM DAN CABARAN SEMASA PENGENALAN Dewasa ini pelbagai bentuk keruntuhan akhlak yang berlaku di kalangan remaja. Setiap masalah keruntuhan akhlak yang berlaku berkembang mengikut perkembangan teknologi yang semakin pesat. Pelbagai budaya-budaya barat menular dengan cepat di kalangan masyarakat. Begitu juga kerancakan masyarakat pada hari ini dalam mengharungi dunia sains dan teknologi maklumat yang serba canggih sedikit sebanyak menyumbang ke arah keruntuhan akhlak dan moral apabila ia tidak diberi kawalan dan bimbingan yang sepatutnya.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelatih seharusnya dapat:
1.
Menyenaraikan punca-punca permasalahan kepada keruntuhan akhlak.
2.
Menjelaskan cara-cara mengatasi masalah keruntuhan akhlak.
3.
Menjelaskan beberapa bentuk keruntuhan akhlak yang berlaku.
4.
Memberikan maksud etika dan sains.
5.
Menerangkan sifat dan peribadi ahli sains.
6.
Menjelaskan pandangan Islam terhadap sains dan teknologi.
BKT
65
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
6.1
KERUNTUHAN AKHLAK
6.1.1 BENTUK-BENTUK KERUNTUHAN AKHLAK i.
ARAK
Maksud arak dari segi bahasa ialah diambil daripada perkataan al-khamru yg bererti menutupi. Dari segi istilah pula : Setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan buah-buahan atau bijirin. Dalam istilah lain, arak juga dikenali sebagai minuman beralkohol dan boleh menyebabkan mabuk. Oleh itu, ia tidaklah terhad dan terbatas kepada arak yang dihasilkan daripada anggur. Arak yang dihasilkan dari campuran bahan kimia atau sebagainya selagi ianya memabukkan tetap haram hukumnya.
a.
Dalil Pengharaman Arak
Persoalan berhubung pengharaman arak dibahaskan oleh ilmuwan Islam sejak dulu lagi. Ulama bersepakat bahawa arak adalah haram di sisi hukum syarak. Firman Allah SWT : . Maksudnya: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.” Surah al-Maidah (05) : 90 Ayat al-Qur’an dengan jelas telah mengharamkan arak. Nas hadis pula membincangkan lebih terperinci golongan yang terlibat dengan arak. Berdasarkan sabda Nabi s.a.w daripada riwayat Abu Daud, ada sepuluh golongan yang dilaknat Allah iaitu :
i. ii. iii. iv. v. vi. vii.
BKT
Peminum arak Orang yang menuangkan arak ke dalam gelas dan sebagainya untuk diminum (kerja sebagai pelayan, pelayan di kelab dan sebagainya yang menghidangkan arak). Penjual arak Pembeli arak Orang yang minta untuk membeli Orang yang memerah arak (membuat arak) Orang yang minta diperahkan (dibuat arak)
66
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
viii. ix. x. b.
Orang yang membawa arak Orang yang dibawa arak kepadanya (dengan izinnya) Orang yang makan hasil arak
Implikasi Daripada Pengambilan Arak
Pengambilan arak memberi kesan yang negetif kesihatan dan psikososial. Berikut merupakan pengambilannya;.
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.
ii. a.
dari sudut sosial, beberapa contoh
fizikal, kesan
Mendapat dosa besar Hilang akal dan kewarasan Terjerumus dengan maksiat dan jenayah. Contohnya mencuri untuk mendapatkan arak, pergaduhan kerana hilangnya akal yang waras atau jenayah-jenayah yang lebih dahsyat seperti rogol. Pembaziran wang kerana harga arak yang mahal pada kebiasaannya. Pemabuk akan dihina oleh masyarakat dan dibenci Keruntuhan sistem rumahtangga dan keharmoniannya. Penampilan diri yang buruk Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang
DADAH Pengertian Dadah
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Dadah juga di definisikan sebagai bahan ubat-ubatan seperti heroin, marijuana dan sebagainya boleh merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakan berlanjutan (merosakkan, membawa maut dan lain-lain).1
b.
Dalil Pengharaman
Larangan pengharaman dadah adalah jelas haram berdasarkan dalil yang diqiaskan kepada arak. Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman itu berdasarkan kepada keterangan nas (al-Quran dan al-Hadis) kerana ia masuk dalam pengertian umum benda memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama
BKT
67
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
iaitu ‘memabukkan’ masyarakat.
c.
atau
kerana
terdapat
keburukan
terhadap
individu
dan
Jenis-Jenis Dadah
Dadah boleh dibahagikan kepada dua pembahagian utama iaitu: i. ii.
d.
Bahaya Dadah i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.
iii.
Tradisional seperti ganja, kokain, heroin Sintetik seperti steroid, pil ecstacy, pil kuda, syabu (ice)
Khayalan atau halusianasi pada penglihatan dan pendengaran. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi. Bersifat agresif. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok). Kurang siuman dan mengalami gangguan mental. Keracunan pada sistem saraf tunjang. Pergantungan psikologikal keatas syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease yang sukar diubati.
JUDI
Judi diharamkan oleh Islam dan sebarang bentuk penglibatan dengan unsur judi dalam apa-apa aktiviti muamalah perlu dihentikan segera. Ini kerana harta yang diperolehi daripada sumber judi adalah haram tidak kira bagaimana bentuk perjudian tersebut. Antara sebab pengharaman judi adalah kerana terdapat unsur penindasan, penipuan,tilikan nasib, mencetus permusuhan dan boleh menjejaskan ekonomi individu, masyarakat dan negara. Sebagai definisinya, judi adalah permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun segala yang bernilai. Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Biasanya ia menghabiskan tempoh masa yang singkat untuk mendapatkan hasil keputusan sama ada menang atau kalah.
a.
Dalil Pengharaman Judi
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”.
BKT
68
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Surah al-Baqarah (02) : 219
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?” Surah al-Maidah (05) : 90-91
b.
Bentuk-Bentuk Perjudian
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis perjudian terkini di pasaran yang tidak disedari akan unsur perjudian yang wujud di dalamnya.Contohnya: Nombor Ekor Sabung Ayam Judi Bola Judi melalui kuiz, pertandingan atau permainan melalui pesanan ringkas (sms) i. ii. iii. iv.
Hakikatnya, perjudian adalah amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.
c.
Kesan Perjudian
Perjudian adalah satu amalan negatif yang mengakibatkan kemusnahan dalam kehidupan manusia.Ianya juga menimbulkan permusuhan dan pergaduhan sesama manusia.Oleh itu,segala yang berkaitan dengan perjudian haruslah dijauhi dan dibanteras dengan kerjasama dari semua pihak.
iv.
RASUAH
Rasuah dengan kerana apa-apa
BKT
merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang
69
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam alQuran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.
a.
Dalil Pengharaman
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.
Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. Surah al-Baqarah (02) :188
b.
Jenis-Jenis Rasuah
Rasuah itu terbahagi kepada tiga iaitu: 1.
Sogokan oleh seseorang kepada pemerintah/penguasa atau pihak yang bertanggungjawab untuk memperolehi pengguguran terhadap sesuatu yang semestinya ditunaikan, atau kerana mahu mendapatkan sesuatu sebelum tiba masanya atau kerana mahu melariskan pengedaran barangan yang telah rosak atau sebagainya.
Ini adalah dari jenis rasuah yang paling teruk dan besar dosa dan mudaratnya kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan janganlah kamu makan hartabenda kamu di antara kamu dengan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud BKT
70
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
supaya kamu makan sebahagian sedangkan kamu mengetahui."
dari
harta
orang
lain
dengan
dosa,
Surah al-Baqarah (02) : 188 Contoh: Pelancong atau pekerja asing harus mempunyai visa bagi kebenaran tinggal di sesebuah negara, tetapi dia menyogok kepada pihak yang berwajib untuk melepaskan kewajipan ini dari dirinya. 2.
Iaitu sogokan yang dapat menghilangkan hak dari pemiliknya sebagai tindakan balas dendam kerana cemburu, dengki dan sebagainya. Jenis ini ada kemiripan dengan jenis yang pertama, malahan ia boleh dimasukkan ke dalam jenis berkenaan. Di dunia ini, tiada sesuatu yang paling hina, keji dan jahat melainkan mereka yang belot dari kalangan pemerintah, penguasa dan pihak berwajib kerana tidak amanah kepada kepercayaan yang diberikan, melenyapkan hak seseorang dari pemiliknya. Contoh: Kerana persaingan yang hebat, maka A menyogok pihak yang bertanggungjawab agar mengenepikan projek yang sepatutnya diperolehi oleh syarikat B.
3.
Iaitu sogokan yang diberikan untuk memperolehi satu-satu jawatan atau pekerjaan seperti projek, kontrak dan sebagainya. Hukumnya adalah haram sebagaimana jenis pertama dan kedua.Samada pemberi rasuah, penerima dan perantaranya,dosa aalah sama tanpa ada pengecualian. Lebih-lebih diharamkan lagi ialah apabila seseorang itu menyogok untuk memperoleh satu jawatan yang dia tidak mempunyai kelayakan Contoh: A tidak mempunyai kelayakan untuk menjabat jawatan C, tetapi kerana ayahnya seorang yang berharta maka pihak yang berkenaan disogok jawatan berkenaan diberikan kepada A.
c.
Implikasi Rasuah i. ii.
iii.
iv.
BKT
Kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita. Pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah
71
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
v.
vi.
v.
telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah. Akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucarkacir. Dan juga menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.
SEKS BEBAS
Remaja merupakan golongan kepada pembangunan negara.
berharga
dan
memberi
impak
yang
besar
Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.” Surah al-Kahfi (18) :13
Walau bagaimana pun, di peringkat ini banyak cabaran dan isu-isu akhlak yang melibatkan golongan remaja .Salah satu isu ialah berlakunya gejala seks bebas yang akhirnya menimbulkan pelbagai kesan buruk. Seks bebas boleh diterjemahkan sebagai perhubungan seks tanpa ikatan yang sah.Ianya memberikan negatif yang boleh merosakkan masa depan juga keturunan manusia.Fenomena ini berlaku di mana-mana negara di seluruh dunia.
a.
Jenis-Jenis Hubungan Terlarang Dan Dalil
i.
Zina
Iaitu melakukan persetubuhan haram tanpa nikah antara lelaki dan perempuan. Allah SWT bukan sahaja melarang umatnya melakukan perbuatan tersebut malah mendekati zina juga adalah dilarang.
BKT
72
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesunggguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”. Surah al-Isra’ (17) : 32
ii.
Lesbian
Ia juga disebut musahaqah iaitu hubungan jenis antara perempuan dengan perempuan. Islam melarang umatnya melakukan perbuatan tersebut dan tidak terlepas dari hukum Allah SWT. Al-Iman Al-Alusi berkata : “Sihaq (lesbian) masuk dalam ketegori liwat yang juga terjadi pada kaum Nabi Luth a.s iaitu seorang wanita menyetubuhi wanita”.
iii.
Homoseksual
Ia juga disebut liwat iaitu hubungan jenis antara lelaki dengan lelaki. ini juga dilarang dan tidak terlepas dari hukum Allah SWT.
Perbuatan
Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. Surah al-‘Araaf (07) : 82
b.
Implikasi Perbuatan Zina
i.
Penguguran Janin
Kesan daripada seks bebas akan menularnya masalah pengguguran bayi yang mendedahkan kepada risiko tinggi kematian akibat pendarahan dan jangkitan pada rahim serta kecederaan semasa bersalin.
BKT
73
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
ii.
Sudut kesihatan
Kesan lain juga ialah jangkitan penyakit kelamin dan peningkatan kes jangkitan berjangkit seperti HIV/Aids, gonorea, siplis. Menurut anggaran WHO, setiap setahun seorang daripada 20 remaja di dunia dijangkiti penyakit kelamin iaitu daripada sejumlah 333 juta kes baru penyakit kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan mereka yang berusia di bawah 25 tahun.
iii.
Pengguguran Dan Pembuangan Bayi
Perlakuan seks bebas juga akan menyumbang kepada pengguguran dan pembuangan bayi. Mengikut laporan dari tahun 2005 hingga 2010 dianggarkan 400 kes pembuangan bayi berlaku di seluruh Malaysia. Bayi yang dibuang akan mengalami masalah mental dan bersikap ekstrim serta akan menambahkan lagi gejala sosial yang sedang dihadapi di dalam negara .
iv.
Kesan Emosi Dan Mental
Selain daripada masalah-masalah fizikal, pengguguran juga akan mengakibatkan pesalah mengalami gangguan emosi dan mental seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah, resah gelisah dan hilang keyakinan diri dan akhirnya membawa kepada perbuatan membunuh diri dan sebagainya. Jelasnya, di dalam Islam semua kategori perlakuan seks bebas adalah diharamkan. Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. Surah an-Nur (24) :02
vi.
SUMBANG MAHRAM
Mengikut pengertian Kamus Dewan perkataan ‘sumbang’ membawa erti
BKT
74
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
‘tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan dan lain -lain), melanggar adat, tidak sopan’. Perkataan ‘mahram’ pula adalah merupakan variasi kepada perkataan ‘muhrim’ yang membawa maksud lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut agama Islam. Dari segi istilah pula sumbang mahram adalah “pencabulan seks” (incest) yang berlaku di kalangan anggota keluarga di mana perkahwinan sesama sendiri ditegah atau dari segi konteks Islamnya muhrim atau mahram. Secara umumnya, gejala sumbang mahram adalah suatu penyakit yang amat buruk malah lebih buruk daripada gejala zina biasa. Mangsa kejadian sumbang mahram adalah merupakan gadis -gadis atau kanakkanak perempuan yang meningkat remaja. Sementara itu, pelaku sumbang mahram pula adalah seringkali merupakan lelaki-lelaki yang mempunyai perhubungan yang rapat dengan mangsa. Mereka adalah termasuk bapa kandung, bapa tiri, bapa saudara, abang ipar dan juga datuk. a.
Dalil Pengharaman
Firman Allah SWT :
Maksudnya: “Dan janganlah kamu kawini wanita-wanita yang telah dikawini oleh ayahmu, terkecuali pada masa yang telah lampau. Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh). Surah an-Nisa’(04) :22
b.
Kesan-Kesan Sumbang Mahram
Terdapat pelbagai kesan yang akan timbul akibat dari perbuatan sumbang mahram. i.
Kesan Terhadap Mangsa
Terdapat kesan-kesan fizikal yang seringkali juga menjadi petunjuk terhadap penderaan seksual yang berlaku pada kanak-kanak tersebut. Antaranya adalah kecederaan pada kemaluan dan dubur serta kecederaan tubuh badan akibat dikasari, Dari segi tingkah laku dan perwatakan seperti perubahan emosi atau perasaan yang keterlaluan, takut kepada seseorang atau sesuatu tempat atau
BKT
75
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
bersendirian, berkelakuan jauh lebih dewasa (kurang sesuai dengan umur mereka) atau kerap ponteng sekolah dan mutu pelajaran yang merosot, melahirkan perasaan sayang dengan cara yang kurang sesuai, tidak suka disentuh, mempunyai harga diri yang rendah, gemar asingkan diri, mengelak bertentang mata dan suka bersendirian, perasaan ingin tahu terhadap seks yang amat tinggi, menunjukkan tanda kematangan yang awal serta cenderung mengajar rakan sebayanya tentang seks. ii.
Kesan Terhadap Masyarakat
Hasil dari perbuatan sumbang mahram kadangkala akan menyebabkan kehamilan yang tidak diingini berlaku. Ini akan memberikan kesan yang amat mendalam kepada ibu dan anak tadi. Antara kesan-kesan yang mungkin terjadi kepada ibu dan bayi malang tadi adalah tekanan jiwa yang teruk akan menjejaskan kandungan dan berakhir dengan kelahiran bayi cacat, bayi sering kali akan mengalami kecacatan mental yang teruk, 86% kelahiran adalah tidak cukup bulan. Selain daripada itu, kesan-kesan psikologi jangka panjang yang tidak sihat seperti percubaan membunuh diri, pelacuran atau kehidupan yang dipengaruhi oleh seks, masalah personaliti termasuklah perasaan bersalah, cemas, ketakutan, murung dan kehilangan maruah diri. Keluarga juga mengalami kesan dari kejadian sumbang mahram. Antaranya ialah nama baik dan maruah keturunan yang tercemar, hina dan dicela oleh masyarakat, hilangnya perasaan sayang, hormat dan mesra sesama ahli keluarga, tidak sah taraf untuk anak yang lahir daripada hubungan sumbang mahram dan lemah mental, kemungkinan nikah sesama mahram, kebajikan generasi yang dilahirkan terabai, anak yang mewarisi sifat keji ibu bapa (pelaku sumbang mahram), disisih masyarakat, menyumbang kepada masalah sosial masyarakat dan berlakunya pengabaian tanggungjawab.
6.1.2 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KERUNTUHAN AKHLAK a.
Aspek Individu dan Keluarga i. ii. iii. iv. v.
BKT
Ibu bapa yang sering bergaduh boleh meninggalkan kesan buruk pada anak-anak. Ibu bapa yang bercerai tidak mampu memberi perhatian yang lebih kepada anak-anak menyebabkan anak-anak terabai. Ingin mencuba sesuatu yang baru. Kurangnya jati diri dan didikan agama. Berlakunya perkembangan seksual dalam diri. Peringkat remaja merupakan suatu peringkat di mana mereka akan mula tertarik terhadap jantina yang berbeza. Tarikan dan rangsangan ini sekiranya tidak dikawal akan mendorong mereka untuk bertindak di luar batasan.
76
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
vi. vii. viii.
b.
Kejahilan masyarakat terhadap cara hidup dan pengamalan Islam . Hilangnya rasa taqwa dan keyakinan mendalam terhadap kewujudan Allah. Tiada sifat malu akan menyebabkan kehancuran dalam masyarakat.
Aspek Persekitaran i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.
Pengaruh rakan sebaya. Pengaruh media massa seperti paparan hiburan yang terlalu meluas Lambakan VCD lucah dipasaran-pasaran secara terbuka Laman web pornografi yang mudah dicapai Penjualan kondom secara terbuka tanpa ada kawalan Pembangunan kehidupan masyarakat yang lebih menekankan kemajuan fizikal dan kebendaan Kediaman sempit dan tidak mempunyai bilik mencukupi untuk memisahkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan. Rangsangan nafsu yang diakibatkan oleh siaran berunsur lucah di media massa.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu itu amat mengajak kepada kejahatan” Yusuf (12): 53
6.1.3 CARA MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN AKHLAK a.
Peranan Individu i. ii. iii.
BKT
Remaja sendiri seharusnya taat dan mengamalkan agama masing-masing agar setiap perlakuan ada garis panduannya terutama yang berkait dengan dosa dan pahala. Kesedaran perlu ada dalam menjaga maruah bukan sahaja maruah diri bahkan maruah ibu bapa. Remaja seharusnya bertanggungjawab ke atas diri sendiri dengan mencegah diri daripada terlibat dengan aktiviti tidak sihat.
77
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
b.
Peranan keluarga i. ii. iii. iv. v. vi.
Sikap dan amalan ibu bapa yang perlu lebih bertanggungjawab memelihara hubungan kekeluargaan. Memupuk serta mewujudkan perasaan kasih sayang di kalangan ahli keluarga. Peranan ibu-bapa mengenali siapakah kawan dan rakan anakanak mereka. Remaja perlu di beri kesedaran kesan buruk dari gejala-gejala sosial yang wujud pada masa sekarang ini. Menunjukkan cara hidup Islam yang sebenarnya kepada anakanak dan masyarakat di sekeliling. Mengamalkan perintah dan saranan Islam dalam tata cara dan batas pergaulan dalam keluarga sebagai langkah pencegahan kepada jenayah seksual. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang menyertakan keghairahan atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukannya, ia akan menjadi keburukan, dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan ia akan menjadi indah “ (Riwayat at-Tirmidzi)
c.
Peranan Masyarakat i. ii.
d.
Peranan Kerajaan i.
ii. iii.
BKT
Kepelbagaian aktiviti haruslah dilakukan untuk membolehkan remaja menyertai aktiviti-aktiviti masyarakat bagi membolehkan interaksi mereka dengan golongan dewasa terus wujud. Masyarakat sekeliling perlu bekerjasama dengan pihak-pihak terbabit dalam mencegah masalah keruntuhan akhlak ini berlaku.
Saranan kerajaan agar mata pelajaran Pendidikan Seks perlu diajar di sekolah merupakan peluang yang baik untuk memberikan kesedaran kepada mereka mengenai bahayanya melakukan seks bebas di usia muda. Memperbaiki kaedah dan pendekatan pengajaran Islam di peringkat sekolah mahupun dalam masyarakat seperti di surau dan masjid. Penguatkuasaan undang-undang. Mengikut tindakan undangundang di dalam qanun jinayah syar’iyah, bersetubuh dengan mahram (perempuan yang haram berkahwin dengannya) diistilahkan oleh syara’ berzina dengan mahram wajib dikenakan hukuman bunuh ke atas lelaki itu. Hukuman tersebut
78
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud: “Mereka (lelaki) yang melakukan persetubuhan dengan perempuan yang menadi mahramnya, hendaklah kamu bunuh dia"
KESIMPULAN Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan,” Al-Baqarah (1): 195
Kesimpulannya ayat di atas menggambarkan bagaimana Allah SWT memberi ingatan kepada manusia supaya tidak terjebak dengan masalah sosial. Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh untuk membentuk akhlak sekalian manusia.
6.2
SAINS, TEKNOLOGI DAN ICT
6.2.1 ETIKA ISLAM Etika menurut Kamus Dewan bermaksud prinsip-prinsip moral atau nilai akhlak. Sains pula bermaksud ilmu memahami teknologi dan kemahiran teknikal, iaitu pengetahuan untuk melakukan sesuatu. Ahmad Fauzi Hj. Morad mendefinisikan sains sebagai satu cabang ilmu yang mengkaji sekumpulan pernyataan yang terbukti atau melalui fakta-fakta yang ditinjau serta dicerapi dan disusun secara sistematik, dan dikumpul dalam bentuk hokum-hukum umum.
Pembahagian Sains Dalam Falsafah Islam Sains adalah ilmu. Dalam falsafah Islam, sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
BKT
79
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
(i)
Ulum Naqliyyah (Diniyyah) – Sains Keagamaan Sains keagamaan ialah ilmu yang berkaitan dengan kefahaman agama seperti ilmu fekah, usuluddin, tasawwur, faraid sebagainya.
dan
(ii)
Ulum Insaniyyah – Sains Kemanusiaan Sains kemanusiaan ialah ilmu yang berkaitan dengan kajian kemanusiaan seperti sejarah, sosiologi, psikologi, pendidikan, ekonomi, falsafah, moral, kemahiran, dan lain-lain lagi.
(iii)
Ulum Tabi’iyyah – Sains Tabi’i
Allah Sumber Segala Ilmu Allah merupakan sumber segala ilmu dan dengan rahmat Allah, dianugerahkan kepada manusia sebahagian daripada ilmuNya untuk membolehkan manusia memakmurkan alam ini. Sebahagian daripada ilmu dianugerahkan kepada manusia untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukan) Surah al-Baqarah : (02) :269 Sains Islam adalah ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah. Ia memberi penekanan kepada sesuatu usaha dan kreativiti yang menghasilkan sesuatu sebagai sumbangan kepada manusia dan kemanusiaan. Dalam Islam, segala ilmu hendaklah tunduk kepada syariat Allah dan berpaksikan Iman kepada Allah SWT. Ilmu haruslah memberi kemudahan kepada manusia dan menolong manusia. Ia merupakan satu sumbangan kepada kemajuan manusia untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan ganjaranNya. Ilmu yang digunakan untuk menghancurkan manusia dan kemanusiaan adalah jenis ilmu yang tidak tunduk kepada syariat Allah SWT dan tidak layak dikategorikan sebagai ilmu sains Islam.
b.
Etika Sains Dalam Islam
Ilmu adalah milik Allah SWT. Sebagai seorang ahli sains Islam, mereka haruslah tunduk dan merendah diri kepadaNya yang mencipta segala sesuatu. Sebagai seorang ahli sains, mereka perlu memahami tanggungjawab sebagai khalifah Allah dengan memenuhi panduan syariat Islam seperti memelihara
BKT
80
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
keindahan dan keaslian dan kerosakkan alam semulajadi. Ahli sains Islam hendaklah memakmurkan bumi dengan hasil kajian yang berlandaskan syarak. Antara perkara-perkara yang perlu diperhati dan dititikberatkan oleh ahli sains ialah: (1)
(2)
(3) (4)
c.
Ahli sains Islam haruslah tunduk dan merendah diri kepada Allah SWT Mereka harus sedar bahawa semua yang ada ini adalah hak Allah dan hasil ciptaan Allah SWT. Tanpa sifat ini, ahli sains akan terlalu bangga dan sombong dengan ilmu dan penemuan barunya. Orang yang sombong dianggap tidak berakhlak namanya kerana menafikan anugerah Allah SWT. Ahli sains mestilah menjaga nilai-nilai akhlak dalam setiap tindakan untuk melaksana dan menguruskan ujikaji serta hasilnya. Penghasilan baru seperti bioteknologi dan pengklonan manusia adalah antara perkara yang perlu ditimbang mengikut neraca Islam supaya tidak terjerumus ke dalam sesuatu yang merosakkan. Ahli sains perlu menjaga alam sekitar. Ahli sains tidak boleh merosakkan alam ciptaan tuhan yang indah dan asli kerana kewujudan alam ini ada hikmah disebaliknya. Ahli sains Islam haruslah memikirkan kepentingan seluruh masyarakat termasuk hidupan di air, darat, dan udara. Adalah menjadi satu kesalahan apabila mengaplikasikan hasilnya sehingga merosakkkan sesuatu dan memusnahkannya.
Sifat Dan Peribadi Ahli Sains
Antara sifat dan ciri-ciri keperibadian yang perlu ada pada seorang ahli sains muslim ialah: (1) (2)
(3)
d.
Ahli sains sentiasa bersyukur di atas kejayaannya kerana ini merupakan kurniaan Allah SWT. Ahli sains hendaklah menyebarkan ilmunya kepada orang lain sebagai tanda kesyukuran kepada pencipta. Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis baginda telah bersabda yang bermaksud “Orang yang diberi oleh Allah SWT ilmu pengetahuan, hikmat maka diajarkan kepada semua orang.” Ahli sains mestilah mempunyai sifat rasa bersalah apabila menyalahgunakan ilmunya. Ini adalah kerana ilmu itu adalah hak milik Allah SWT dan hendaklah digunakan untuk keredhaan Allah SWT.
Pandangan Islam Terhadap Sains Dan Teknologi
Sebagai satu sistem hidup komprehensif yang sentiasa sesuai dengan peredaran masa dan zaman, Islam mempunyai pandangan tersendiri terhadap sains dan teknologi iaitu:
BKT
81
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
1.
2.
3.
4. 5.
Islam tidak menolak ilmu sains teknologi dan sains sosial kerana ia menyumbang kearah memahami manusia, masyarakat dan kehidupan. Faktor keihsanan sentiasa memandu manusia manusia dengan jiwa keinsanan yang tinggi yang menghubungkan teknologi dan sains sebagai alat dan bukannya matlamat. Sains dan teknologi sentiasa dinamik dan berubah. Islam tidak menolak perubahan daripada bentuk kepada alat selagi mana ianya memaparkan kebaikan dan manfaat kepada manusia. Islam tidak menolak kewujudan alat komunikasi dan telekomunikasi bagi memudahkan kehidupan manusia. Faktor keinsanan memandu manusia supaya maklumat yang diterima dan komunikasi yang dilakukan berguna dan merapatkan hubungan baik sesama manusia. Islam menolak kecanggihan teknologi dan alat yang tidak menyumbang ke arah membangunkan adab dan tamadun. Sains dalam Islam mengambil pertimbangan akal untuk mengembangkan ilmu dan memahami maksud perisyaratan bagi membolehkan manusia melakukan kajian dan penyelidikkan mengenai tanda kebesaran Allah SWT. Kajian dan penemuan ini akan mendekatkan lagi manusia kepada Pencipta dengan menginsafi bahawa rahsia Pencipta adalah amat hebat dan luas.
6.2.2 PENYALAHGUNAAN DAN PENYELEWENGAN Kemajuan yang dicapai oleh umat Islam dalam kemahiran, ilmu dan teknologi maklumat merupakan salah satu daripada tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dan memanfaatkannya untuk pengabdian diri kepada Allah SWT, agama dan untuk kesejahteraan masyarakat manusia seluruhnya. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada Kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amatlah keras”. Surah Ibrahim (14): 7
BKT
82
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
a.
Penyelewengan Dan Penyalahgunaan Dalam Bidang Perubatan
Penyelewengan dalam bidang perubatan sering berlaku dewasa ini terutamanya yang melibatkan hukum halal dan haram. Semua ini boleh memudaratkan umat Islam. Perkara-perkara berikut adalah diharamkan dalam Islam menurut Muzakarah Fatwa Kebangsaan:
b.
i.
Pengklonan manusia.
ii.
Penyalahgunaan ubat-ubatan seperti dadah.
iii.
Bayi tabung uji dimana mencampurkan pasangan suami isteri yang sah.
iv.
Ibu tumpang sebagai penyelesaian yang tidak mempunyai anak.
v.
Pembedahan plastik untuk tujuan yang salah.
vi.
Penggunanan ubat-ubatan dari bukan kerana keperluan darurat.
vii.
Pengguguran janin.
viii.
Kepercayaan penyakit.
ix.
Memandulkan lelaki dan perempuan.
x.
Mencegah kehamilan atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang perseorangan.
xi.
Mengawet mayat atas sebab-sebab yang tidak mendesak.
xii.
Vaksin pelalian meningococcal mengandungi unsur daripada babi.
kepada
Penyelewengan Dan Teknologi Maklumat
tangkal
kepada
barang
dan
Penyalahgunaan
sperma
yang
azimat
Miningitis
Dalam
bukan
dari
masalah
ibu
bapa
haram
dan
najis
dalam
penyembuhan
Monumune
Bidang
yang
Bidang
Teknologi maklumat telah banyak memberi faedah dan kebaikan kepada umat Islam. Antaranya ialah : i. ii. iii. iv.
BKT
Dalam arena pembelajaran dan pendidikan Ia telah membuka kesempatan orang ramai untuk belajar melalui universiti siber yang telah berkembang melalui internet di beberapa buah negara. Melalui saluran internet sesiapa sahaja boleh membaca akhbar online dari seluruh dunia. Menyelesaikan masalah faraid menerusi laman web seperti untuk mendapatkan jawapan dengan cepat. Umat Islam boleh menempah dan membeli pelbagai judul buku dari dalam dan luar negara tanpa perlu pergi ke kedai buku contohnya kedai buku Dar al-Kitab al-Arabi
83
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
v. vi.
Perbualan secara langsung dengan tokoh ulama terkenal seperti Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dengan menghubungi homepage beliau dan lain-lain tokoh ulama. Maklumat-maklumat tentang Islam yang meliputi organisasiorganisasi Islam, lembaran peribadi muslim, sumber-sumber alQuran dan Hadis, sumber bahasa arab dan masjid-masjid, majalah-majalah Islam dan lembaran berbentuk komersial tentang Islam dapat dicapai melalui pelbagai URL.
Pendek kata teknologi maklumat telah membawa suatu revolusi yang besar dalam ilmu dan maklumat. Kebaikan yang lahir darinya memang banyak asalkan manusia dapat memanfaatkannya dengan baik. Namun begitu apabila manusia dipengaruhi nafsu dan syaitan mereka menyalahgunakan nikmat tuhan sepertimana nikmat-nikmat yang lain. Antara contoh penyalahgunaan dan penyelewengan dalam teknologi maklumat adalah seperti berikut: i.
ii. iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii. ix.
BKT
Terdapat berpuluh-puluh laman web yang menyebarkan berbagai jenis kesesatan seperti aqidah, cara berfikir, seks, gambar lucah dan jenayah. Ajaran Gerbang Syurga atau Heaven’s Gate yang menyebarkan elemen-elemen ajaran sesat melalui internet yang menyebabkan peristiwa bunuh diri beramai-ramai di Rancho Santa Fe. Terdapat lebih 290 dokumen mengenai ajaran sesat Qadiani dalam paparan pencari Alta Vista. Begitu juga terdapat ratusan bahkan ribuan rujukan mengenai ajaran Yahudi, Kristian dan sebagainya. Iklan-iklan filem Hollywood lengkap dengan video klip, poster dan ulasan-ulasan mengenainya dapat ditemui dalam laman web mereka. Propaganda orang bukan Islam yang sangat keras dan zalim kepada umat Islam dengan mengutarakan pelbagai fakta yang penuh dengan kekeliruan dan kesesatan contohnya buku The Islamic Invasion oleh Robert Morey dalam URL Bahan-bahan seks dan lucah sama ada dalam bentuk imej tetap seperti gambar dan juga imej bergerak seperti video klip, filemfilem dan sebagainya dapat diakses dengan mudah dan setengah-setengahnya boleh dimuatturun (download) dengan percuma. Dalam jenayah komersial pula, terdapat pihak-pihak tertentu yang mengeksploitasi IT dimana mereka mengiklankan perdagangan porno di tapak-tapak web mereka seperti porno kanak-kanak dan produk-produk berunsur seks untuk mengaut keuntungan. Tapak-tapak web yang menggunakan transaksi kad kredit seperti skim cepat kaya dan produk komputer yang indah khabar dari rupa. Terdapat juga yang menjual produk dengan menggunakan nama syarikat besar dalam menjalankan perniagaannya di laman-laman web.
84
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
KESIMPULAN Agama tidak dapat dipertahan tanpa kekuatan kerohanian, kekuatan kebendaan dan kemajuan ilmu pengetahuan yang melindunginya. Walaubagaimanapun, kekuatan yang dicapai daripada pembangunan dan kemajuan bukanlah untuk bermegah-megah sehingga menjadikan manusia itu bongkak dan angkuh, seperti keangkuhan firaun. Sebaliknya kekuatan daripada kemajuan dan pembangunan itu ialah untuk menegakkan dan memberikan kesejahteraan kepada manusia. Dalam mengejar pembangunan teknologi maklumat umpamanya, umat Islam hendaklah berhati-hati kerana kesannya yang begitu menyeluruh. Monopoli perisian oleh syarikat gergasi mungkin mengakibatkan kerajaan terpaksa berbelanja berbilion-bilion ringgit untuk meneruskan operasi tersebut kerana terpaksa tunduk kepada kemahuan mereka. Ia juga terdedah kepada sabotaj korporat atau kerajaan asing. Mereka boleh menguasai sistem perisian kita dan merosakkannya. Penjajahan elektronik yang menyeluruh mungkin akhirnya boleh menyebabkan kita kehilangan kebebasan untuk menentukan hala tuju politik dan ekonomi. Aset kerajaan juga boleh hilang melalui transaksi elektronik.
LATIHAN PENGUKUHAN 1.
Senaraikan punca-punca permasalahan kepada keruntuhan akhlak yang berlaku pada hari ini?
2.
Terangkan beberapa bentuk keruntuhan akhlak yang berlaku?
3.
Pada pandangan anda, apakah cara yang terbaik dalam membendung gejala sosial masa kini?
4.
Nyatakan etika sains dalam Islam.
5.
Jelaskan
penyelewengan
dan
penyalahgunaan
sains
dan
teknologi
menurut Islam.
RUJUKAN 1.
Ghazali Darusalam (2003), Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah, (Cetakan Kedua), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
2.
Kamus Dewan (2002), Edisi 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
BKT
85
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
3.
Muhammad Uthman El Muhammady (1994), Akhlak Dalam Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
4.
Mustafa Haji Daud (2002), Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
5.
Ahmad Fauzi Hj.Murad (Hj) & Ahmad Tarmizi Talib (1997), Tamadun Islam, Serdang: Universiti Putra Malaysia.
6.
Kamus Dewan (2002), Edisi 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
7.
Kamus Pelajar (1979), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
8.
Mohd Yusuf Ahmad (2005), Pengajian Islam (Cetakan Kedua), Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
9.
Panduan Al-Quran Dan Hadis Bagi Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Awam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1996.
10.
Zainal Abidin, Ke Syurga Lewat Internet, Majalah Ummat, No:22 Tahun. II, April 1997, Jakarta.
11.
http://www.jakim.my
BIBLIOGRAFI 1.
Al-Quran
2.
Wahbah al-Zuhaili, Fiqh & Peundangan Islam, Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussein, Jilid 1, DBP: Kuala Lumpur, 1997, hal. 68.
3.
Ibadah di dalam Islam; Dr. Yusuf Qardhawi.
4.
Al-Ubudiyyah, Ibnu Taimiyah.
5.
Al-Ustaz H.Idris Ahmad S.H, Fiqh Syafii, Pustaka Antara : Kuala Lumpur, 1994, hal.121.
6.
Drs. H . Mohamad Rifai. (1994) Ilmu Fiqh Islam Lengkap, Singapore : Pustaka Nasional Pte. Ltd.Cetakan Keempat.
BKT
86
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
7.
Hj Abd Aziz Omar. (1984), Asas Pendidikan Islam – Untuk Tingkatan 1 dan 2
Bagi
Sekolah
Menengah Kebangsaan ( Ugama ) Kerajaan . Cetakan
Ketiga Kota Baharu Kelantan; Dian Darulnaim Sdn Bhd. 8.
Ustaz Haji Nahrawi Marzoki . (1990), Tuntutan Solat, Klang : Darul Saadah.
9.
Ustaz Mazlan Yahya. (1997), Siri Pertama Kuliah Fardhu ‘Ain- Aqidah . Kuala Lumpur : Al- Hidayah Publishers.
10.
Ustaz Sulaiman Endut. (1995), Asas-asas Fardhu ‘Ain, Kuala Lumpur.
11.
Wahbah al Zuhaili, Fiqh dan Perundangan Islam, Jilid 1, DBP, K.L., 2005.
12.
Al `Asqalani, Fath al Bari bi Syarh al Bukhari, Jilid 4.
13.
An Nawawi, Sahih Muslim bi Syarhi an Nawawi, Jilid 9.
14.
Abd Al Karim Zaidan ( Dr ), al Mufassal fi Ahkam al Mar`ah, Jilid 3.
15.
Abd ar Razaq al San`ani, al Musannaf, Jilis 2.
16.
Ibn Qudamah, al Mughni, Jilid 2.
17.
Al Kasani, Bada`I al Sana`I Jilid 1.
18.
Ibn Hazm, al Muhalla, Jilid 9.
19.
Al Ramli, Nihayah al Muhtaj, Jilid 6.
20.
Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizaratul Auqaf Wa al- Syu’un al-Islamiah,Cetakan Pertama, 1995, Kuwait.
21.
Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran, Syeikh Abdullah bin Mohamad Basmeih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
22.
Al-Halal wa al- Haram fi al-Islam, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, al-Maktab al-Islami, Cetakan ke-15, Beirut 1994.
23.
Kamus Dewan, Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991.
24.
Garis Panduan Muzik, Nyanyian dan Seni Menurut Pandangan Islam, Bahagian Penyelidikan, JAKIM.
25.
BKT
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
87
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Malaysia kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981. 26.
Garis Panduan Penyiaran, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
27.
Garis Panduan Hiburan Dalam Islam, Dato Seri (Dr) Hj Harussani Bin Hj Zakaria, Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan; 16 Jun 2008 / 12 Jamadil Akhir 1429H.
28.
Abu ‘Urwah (1988), Risalah Usrah (Jilid 1), Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
29.
Azhar Hj. Mad Aros et.al. (2001), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
30.
Esa Khalid (2001), Konsep Tamadun Islam Sains Dan Teknologi, Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
31.
Mustafa Hj. Daud (2000), Tamadun Islam (Edisi Maktab Perguruan) Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
32.
Yusuf al-Qardhawi (Dr) (1999), Tamadun Islam Alternatif Masa Depan, (Terjemahan oleh Ustaz Hj. Juanda Haji Jaya), Selangor: Maktabah al-Qardhawi.
33.
Ghazali Darusalam (2003), Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah, (Cetakan Kedua), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
34.
Kamus Dewan (2002), Edisi 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
35.
Muhammad Uthman El Muhammady (1994), Akhlak Dalam Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
36.
Mustafa Haji Daud (2002), Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
37.
Ahmad Fauzi Hj.Murad (Hj) & Ahmad Tarmizi Talib (1997), Tamadun Islam, Serdang: Universiti Putra Malaysia.
38.
Kamus Pelajar (1979), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
39.
Mohd Yusuf Ahmad (2005), Pengajian Islam (Cetakan Kedua), Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
BKT
88
EUS / TUS 2151
ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
40.
Panduan Al-Quran Dan Hadis Bagi Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan Awam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1996.
41.
Zainal Abidin, Ke Syurga Lewat Internet, Majalah Ummat, No:22 Tahun. II, April 1997, Jakarta.
42.
BKT
http://www.jakim.my
89
EUS / TUS 2151