CPF: Jaminan anda dalam Persaraan
1
Mencapai
55
Pada 55, ia adalah masa untuk mengambil langkah seterusnya KANDUNGAN
02 Pengenalan 03
Keputusan yang akan dibuat:
• Berapa banyak bayaran bulanan yang anda perlukan semasa persaraan? • Berapakah jumlah yang anda boleh keluarkan pada usia 55 tahun? Bagaimana untuk mengeluarkannya? • Patutkah anda terus menabung dengan CPF? • Patutkah anda menyertai CPF LIFE? • Pelan CPF LIFE yang mana anda perlu pilih?
12
enokok untuk penjimatan cukai dan meraih faedah yang M lebih tinggi
14
CPF selepas usia 55
16
Kesimpulan
17
Lampiran A - Kes Kajian
20
Lampiran B - Skim Pelaburan CPF dan Skim Pendidikan CPF
21
Glosari - Terma dan Angka Penting
23 Nota
Maklumat dalam penerbitan ini sesuai bagi anggota yang akan mencapai usia 55 dari 1 Julai 2015 hingga 31 Disember 2015. 1
Pengenalan
Ingat tiga perkara utama:
Dalam meniti usia persaraan anda, anda mungkin mempunyai soalan tentang bagaimana CPF anda akan menyara keperluan persaraan anda. Apabila anda mencapai usia bersejarah 55 tahun dalam perjalanan CPF anda, dua perkara akan berlaku: • Akaun Persaraan diadakan untuk mengetepikan sejumlah wang persaraan anda, yang akan menyediakan anda dengan pendapatan bulanan pada usia senja.
1
• Anda boleh memilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan CPF anda.
Membuat keputusan berpengetahuan mengenai pembayaran yang anda inginkan.
Walaupun anda boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan CPF anda, anda patut mempertimbangkan untuk memanfaatkan nilai simpanan CPF anda dengan menyimpannya dalam akaun anda supaya akan ada simpanan persaraan yang lebih dalam tahun-tahun keemasan anda. Selain daripada kadar faedah yang menarik yang diperolehi dalam akaun CPF anda, anda boleh membuat tokokan CPF secara kerap ke akaun anda untuk meningkatkan simpanan persaraan anda. Biarkan jumlah keseluruhan CPF anda jadi kiraan untuk sebahagian daripada peruntukan keseluruhan persaraan anda.
2 Sertai CPF LIFE untuk menikmati pembayaran bulanan sepanjang hayat.
3 MENOKOK simpanan persaraan anda dan orang yang anda sayangi.
2
Rakyat Singapura hidup lebih lama. Ini menjadi satu keprihatinan bahawa dana persaraan yang sedia ada mungkin tidak cukup untuk bertahan sepanjang usia persaraan. Kira-kira separuh daripada rakyat Singapura yang berumur 65 tahun hari ini dijangka akan hidup melebihi usia 85 dan satu pertiga daripada mereka akan hidup melebihi usia 90 tahun. Mempunyai pendapatan sepanjang usia tua adalah lebih penting berbanding sebelum ini. Untuk memastikan anda mempunyai pendapatan bulanan sepanjang hayat, anda boleh menggunakan simpanan Akaun Persaraan anda untuk menyertai skim Pendapatan Sepanjang Hayat CPF bagi Warga Tua (CPF LIFE).
Berapa banyak bayaran bulanan yang anda perlukan semasa persaraan? Apabila anda mencapai usia 55 tahun, kita akan mengadakan Akaun Persaraan dan memindahkan sebahagian daripada simpanan CPF anda daripada Akaun Khas dan/ atau Akaun Biasa ke dalam akaun ini untuk membentuk sejumlah wang persaraan anda. Anda boleh membeli anuiti CPF LIFE menggunakan wang persaraan anda untuk menerima pembayaran bulanan sepanjang hayat dari usia kelayakan pembayaran, iaitu 65 tahun buat masa ini. Bergantung kepada pembayaran bulanan CPF LIFE yang anda inginkan dan baki CPF anda, anda boleh memilih dari pelbagai pilihan pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan anda semasa persaraan.
Pembayaran bulanan anda1 sepanjang hayat dari 65
Simpanan Akaun Persaraan yang diperlukan pada 55
Jika anda memiliki hartanah dan memilih untuk mencagarkan hartanah anda.
$660 - $720
Jumlah Persaraan Asas (BRS) $80,500
Jika anda tidak memiliki hartanah atau memilih untuk tidak mencagarkan hartanah anda.
$1,220 - $1,320
Jumlah Persaraan Penuh (FRS) $161,000 FRS adalah 2 x BRS.
Jika anda ingin menyimpan lebih banyak dalam CPF LIFE.
$1,770 - $1,920
Jumlah Persaraan Dipertingkatkan (ERS)2 $241,500 ERS adalah 3 x BRS.
Untuk membantu anda merancang lebih awal untuk persaraan, Jumlah Persaraan Asas akan dimaklumkan kepada anda terlebih dahulu. Bagi setiap ahli kohort seterusnya yang mencapai 55 tahun, pembayaran lebih tinggi diperlukan untuk mengambil kira inflasi jangka panjang dan peningkatan taraf kehidupan. Sejajar dengan itu, Jumlah Persaraan Asas yang harus diketepikan juga perlu dipertingkat. UMUR 55 pada 2016
UMUR 55 pada 2017
UMUR 55 pada 2018
UMUR 55 pada 2019
UMUR 55 pada 2020
BAYARAN BULANAN1 ASAS SEPANJANG HAYAT DARI 65
$660 $720
$680 $740
$700 $760
$720 $780
$740 $800
Jumlah Persaraan Asas
$80,500
$83,000
$85,500
$88,000
$90,500
1
Pembayaran adalah anggaran berdasarkan parameter Pelan Biasa CPF LIFE pada 2016.
2
Boleh didapati dari Januari 2016.
3
OA + SA + MA
Berapakah jumlah yang anda boleh keluarkan pada usia 55 tahun? Untuk mengira berapa jumlah yang anda boleh keluarkan, anda perlu terlebih dahulu mengambil kira X dan Y seperti yang ditunjukkan di bawah.
X
Akaun Biasa + Akaun Khas + X = Akaun Medisave simpanan melebihi $43,500
Y
Simpanan Akaun Medisave Y = menepati Jumlah Medisave Minima $43,500
$43,500
Akaun Biasa
Akaun Khas
Akaun Medisave
X
Anda boleh keluarkan
Apa maksudnya?
X < 5,000
X
Anda boleh mengeluarkan semua X anda Y kekal di dalam Akaun Medisave anda.
$5,000 < X < $166,000
X > $166,000
$5,000 Jika anda mempunyai simpanan Akaun Persaraan melebihi Jumlah Persaraan Asas $80,500, anda boleh memilih untuk mengeluarkan jumlah ini dengan mencagarkan hartanah anda.
X - $161,000 - kekurangan Jumlah Minima Medisave Jika anda mempunyai simpanan Akaun Persaraan melebihi Jumlah Persaraan Asas $80,500, anda boleh memilih untuk mengeluarkan jumlah ini dengan mencagarkan hartanah anda.
4
Anda boleh mengeluarkan $5,000 dari Akaun Biasa dan Khas anda. Bakinya akan membentuk sejumlah wang persaraan di dalam Akaun Persaraan anda. Y kekal di dalam Akaun Medisave anda. Anda boleh mengeluarkan $5,000 dan lebihan simpanan CPF selepas mengetepikan Jumlah Persaraan Penuh $161,000 dan Jumlah Medisave Minima semasa $43,500. Y kekal di dalam Akaun Medisave anda.
Ini adalah contoh untuk mengetahui jumlah yang boleh dikeluarkan oleh seseorang ahli CPF. Cik Anita baru sahaja mencapai usia 55 tahun. Akaun Persaraan diadakan pada hari lahirnya yang ke-55. Bahagian X Cik Anita adalah antara $5,000 dan $166,000. X = $45,000 + $55,000 = $100,000 Cik Anita boleh memilih untuk mengeluarkan $5,000 daripada simpanan CPF beliau dari Akaun Biasa dan Khas. Baki jumlah $95,000 akan membentuk jumlah persaraan dalam Akaun Persaraannya. Jika dia memiliki hartanah, dia boleh memilih untuk mengetepikan Jumlah Persaraan Asas $80,500 di dalam Akaun Persaraan beliau untuk menerima bayaran asas bulanan antara $660 hingga $720 dari umur 65 tahun untuk sepanjang hayat. Beliau kemudian boleh mengeluarkan $5,000 dari Akaun Biasa dan Khas, dan tambahan $14,500 dari Akaun Persaraan beliau dengan mencagarkan hartanahnya.
5
Bagaimana untuk mengeluarkannya? Anda akan menerima surat daripada kami beberapa bulan sebelum hari lahir anda yang ke-55. Anda boleh memohon untuk mengeluarkan CPF anda sebaik sahaja anda menerima surat atau bila-bila masa kemudian.
Cara-cara untuk memohon pengeluaran CPF Pilihan 1: Aplikasi online Memohon secara online di www.cpf.gov.sg. Anda perlu SingPass anda dan akaun OCBC, POSB atau UOB. Pilihan 2: Borang permohonan Hantarkan permohonan anda dengan mengisi borang (RWD-55) yang dilampirkan bersama surat tersebut. Lengkapkan borang permohonan dan hantar kepada: CPF Board Retirement Withdrawals Department 79 Robinson Road Singapore 068897
6
Meraih Faedah
Menarik
Patutkah anda terus menabung dengan CPF? Mengeluarkan simpanan CPF anda sebaik sahaja anda mencecah usia 55 tahun adalah tidak wajib.
Tip 1 - Anda masih boleh membuat pengeluaran di kemudian hari! Jika anda tidak mengeluarkan simpanan CPF anda pada usia 55 tahun, anda masih boleh membuat pengeluaran pada masa akan datang. Bahkan, anda tidak perlu mengeluarkan jumlah penuh pada satu masa. Anda boleh mengeluarkan sebahagiannya dan menyimpan bakinya untuk pengeluaran seterusnya. Sebagai contoh, jika anda boleh mengeluarkan $5,000, anda boleh memilih untuk mengeluarkan $2,000 bermakna, anda meninggalkan baki jumlah $3,000 bagi pengeluaran seterusnya.
Tip 2 - Meraih faedah yang menarik! Simpanan CPF anda boleh terus berkembang dengan faedah yang menarik yang diperolehi dalam akaun anda, jika anda memilih untuk tidak membuat pengeluaran pada usia 55 tahun. Akaun CPF anda kini menjana faedah sehingga 5% setahun3. Ahli dengan baki CPF yang lebih rendah boleh mendapat faedah sehingga 6% setahun4. Umur 55 tahun ke atas (BARU)
Baki CPF
Kadar Faedah5
$30,000 pertama
6%
$30,000 seterusnya
5%
Jumlah melebihi $60,000
4%
Tip 3 -Anda masih boleh menggunakan simpanan Akaun Biasa anda untuk membayar pinjaman perumahan anda! Jika anda perlu terus menggunakan Akaun Biasa anda untuk pembayaran perumahan anda selepas umur 55 tahun, anda boleh memohon untuk mengetepikan sedikit simpanan Akaun Biasa untuk tujuan ini sebelum ia dipindahkan ke dalam Akaun Persaraan anda. Walau bagaimanapun, ini bermakna anda akan mengetepikan jumlah wang persaraan yang lebih rendah. 3
Pada masa ini, simpanan CPF anda dalam Akaun Biasa meraih kadar faedah yang terjamin sebanyak 2.5% setiap tahun, manakala simpanan dalam Akaun Khas, Medisave dan Persaraan meraih kadar faedah terjamin sebanyak 4% setahun. Gabungan jumlah $60,000 yang pertama termasuk jumlah sehingga $20,000 dari Akaun Biasa, meraih faedah tambahan sebanyak 1% setahun. Gabungan jumlah merujuk kepada jumlah baki dalam Akaun Biasa, Khas, Medisave dan Persaraan, termasuk premium anuiti untuk CPF LIFE tolak sebarang pembayaran yang telah dibuat.
4
Mulai Januari 2016, faedah tambahan sebanyak 1% setiap tahun akan diberikan ke atas jumlah $30,000 pertama baki gabungan CPF anda (bagi ahli yang berumur 55 dan ke atas). Ini adalah faedah tambahan di atas faedah tambahan semasa sebanyak 1% bagi baki pertama $60,000.
5
Berdasarkan kadar faedah semasa pada baki dalam Akaun Khas, Medisave dan Persaraan. Baki dalam Akaun Biasa boleh meraih sehingga 4.5% untuk ahli-ahli yang berumur 55 tahun ke atas.
7
Tahun Keemasan
Patutkah anda menyertai CPF LIFE? Dengan CPF LIFE, anda akan mempunyai jaminan menerima pembayaran bulanan dari masa usia kelayakan untuk menerima bayaran sepanjang hayat anda. Anda akan disenaraikan dalam CPF LIFE jika anda seorang warga Singapura atau Penduduk Tetap yang lahir pada tahun 1958 atau selepas itu, dan mempunyai sekurang-kurangnya: (i) $40,000 dalam Akaun Persaraan anda apabila anda mencapai usia 55 tahun; atau (ii) $60,000 dalam Akaun Persaraan anda apabila anda mencapai usia 65 tahun. Jika anda tidak disenaraikan dalam CPF LIFE, anda boleh memohon untuk menyertai CPF LIFE atau kekal di dalam Skim Jumlah Persaraan yang menyediakan anda dengan bayaran bulanan selama kira-kira 20 tahun.
Pilih pelan CPF LIFE anda Kami akan menjemput anda untuk memilih pelan CPF LIFE apabila anda menghampiri usia kelayakan untuk menerima bayaran. Anda boleh memilih antara: • Pelan Biasa CPF LIFE; atau • Pelan Asas CPF LIFE
Pelan Biasa LIFE
Pelan Asas LIFE Waris
Anda
$
$ Warisan
Pembayaran Bulanan
Pembayaran bulanan yang lebih tinggi/ Warisan yang rendah
Waris
Anda
$ Pembayaran Bulanan
$ Warisan
Pembayaran bulanan yang lebih rendah / Warisan yang tinggi
Pilih pelan yang terbaik untuk memenuhi keperluan persaraan anda. Setiap pelan CPF LIFE menyediakan kombinasi keseimbangan yang berbeza antara jumlah pembayaran bulanan yang anda akan terima dan jumlah warisan yang anda akan tinggalkan untuk waris anda. Jika anda tidak memilih pelan sebelum hari lahir anda yang ke-70, kami secara automatik akan meletakkan anda dalam Pelan Biasa CPF Life. Premium anuiti CPF LIFE akan ditolak dari Akaun Persaraan anda pada masa pengeluaran polisi.
8
Jika anda memilih Pelan Biasa CPF Life ... Kami akan menggunakan keseluruhan simpanan di dalam Akaun Persaraan anda sebagai premium anuiti pada masa pengeluaran polisi. Anda layak menerima pembayaran bulanan dari usia kelayakan pembayaran anda selama sepanjang hayat.
Jika anda memilih Pelan Asas CPF LIFE ... Kami akan menggunakan sebahagian daripada simpanan Akaun Persaraan anda untuk premium anuiti pada masa pengeluaran polisi. Jumlah sebenar yang digunakan bergantung kepada umur dan jantina anda. Kami akan memaklumkan kepada anda jumlah yang hendak digunakan apabila polisi anda dikeluarkan. Lebihan simpanan dalam Akaun Persaraan anda akan dikekalkan di dalam Akaun Persaraan anda. Anda akan menerima bayaran bulanan dari Akaun Persaraan anda sehingga satu bulan sebelum anda mencapai usia 90 tahun. Sebaik sahaja anda mencapai usia 90 tahun, anda akan terus menerima pembayaran bulanan dari dana anuiti selama sepanjang hayat.
K o t a k
M a k l u m a t
Mulai 1 Januari 2016, anda akan mempunyai lebih fleksibiliti untuk merancang persaraan anda. 1. Anda mempunyai pilihan untuk menunda penerimaan pembayaran anda, sehingga usia 70 tahun. Bagi setiap tahun tertunda, pembayaran bulanan anda meningkat sebanyak kira-kira 6% - 7% secara tetap.
contoh
Jumlah Persaraan Asas pada usia 55 tahun: $80,500. Ini tumbuh kepada kira-kira $125,0006 pada usia 65 tahun. Menyertai CPF LIFE dengan baki keseluruhan Akaun Persaraan.
Pilihan A
Pilihan B
Memulakan pembayaran CPF LIFE pada usia 65 tahun.
Menangguhkan umur pembayaran awal hingga 70 tahun.
Pembayaran bulanan sepanjang hayat lebih kurang $660 - $7207.
Pembayaran bulanan sepanjang hayat meningkat kepada lebih kurang $885 - $9657.
2. Jika anda berusia 55 tahun pada 2013, anda mempunyai pilihan untuk mengeluarkan sehingga 20% daripada simpanan Akaun Persaraan anda mulai usia 65 tahun (termasuk $5,000 pertama yang boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun).
6
Berdasarkan kadar faedah CPF sehingga 6% setahun untuk ahli berusia 55 tahun dan ke atas dari 2016.
7
Pembayaran adalah anggaran berdasarkan parameter Pelan Biasa CPF LIFE pada 2016.
9
Menerima pembayaran CPF LIFE anda Kami akan membuat pembayaran bulanan ke dalam akaun bank anda melalui GIRO antara bank (IBG) pada hari bekerja yang keempat setiap bulan. Jika IBG gagal kerana anda telah menutup akaun bank anda, kami akan membuat bayaran ke dalam Akaun Biasa anda.
Mendapat manfaat daripada CPF LIFE dengan Bonus LIFE Anda boleh menerima Bonus LIFE antara $1,450 dan $2,600 jika anda seorang warga Singapura yang mempunyai sekurang-kurangnya $20,000 dalam Akaun Persaraan anda dan telah: (i) Disenaraikan dalam CPF LIFE; atau (ii) Memaklumkan kepada kami sebelum hari lahir anda yang ke-56 tentang keputusan anda untuk menyertai CPF LIFE. Bonus LIFE akan dibayar ke dalam Akaun Persaraan anda untuk meningkatkan bayaran bulanan CPF LIFE anda. Jika anda mempunyai kurang daripada $20,000 dalam Akaun Persaraan anda sebelum hari lahir anda yang ke-56, Bonus LIFE anda akan dikurangkan sejajarnya. Jumlah Bonus LIFE yang boleh anda terima bergantung kepada Taksiran Pendapatan tahunan anda (AI) dan Nilai Tahunan (AV) hartanah anda.
Taksiran Pendapatan
Nilai Tahunan Hartanah
$9,600 atau kurang
Antara $9,600 dan $13,000
$27,000 atau kurang
$2,600
$2,100
Antara $27,000 dan $60,000
$2,100
$1,450
Angka Bonus LIFE di atas sesuai untuk ahli berusia 55 tahun dari 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2015.
Untuk maklumat lanjut mengenai Bonus LIFE, sila layari www.cpf.gov.sg.
K o t a k
M a k l u m a t
Bagaimana jika saya tidak mempunyai $20,000 dalam Akaun Persaraan saya? Anda atau orang yang anda sayangi boleh membuat tokokan dengan wang tunai atau melalui simpanan CPF mereka ke Akaun Persaraan anda untuk mencukupkan jumlah ini. (Lihat muka surat 12 untuk maklumat lanjut)
10
Meninggalkan CPF LIFE Pembayaran CPF LIFE akan berhenti apabila berlaku kematian dan waris anda akan menerima warisan (jika ada baki yang tinggal). Jika tidak, sebaik sahaja anda menyertai CPF LIFE, anda hanya boleh meninggalkan skim ini di atas sebab-sebab berikut: •
Anda mempunyai keadaan kesihatan yang menyebabkan anda: - Untuk menjadi tidak layak untuk apa jua pekerjaan sepanjang hayat; - Mempunyai jangka hayat yang amat singkat; atau - Menghidapi penyakit tenat.
• Anda akan/ telah meninggalkan Singapura dan Semenanjung Malaysia buat selamanya tanpa niat untuk kembali bekerja atau bermastautin. • Anda adalah seorang warganegara Malaysia dan telah meninggalkan Singapura selama-lamanya untuk tinggal di Semenanjung Malaysia. • Anda dikecualikan sepenuhnya untuk mengetepikan sejumlah wang persaraan di dalam Akaun Persaraan anda kerana anda menerima bayaran pencen/ anuiti bulanan. Kedua-dua Pelan Biasa CPF LIFE dan Pelan Asas CPF LIFE mempunyai ciri-ciri bayaran balik. Jika anda membuat keputusan untuk meninggalkan pelan anda, anda akan menerima bayaran balik simpanan yang digunakan untuk menyertai CPF LIFE tolak sebarang pembayaran bulanan yang telah diterima. Bayaran balik adalah premium anuiti yang tidak digunakan. Anda mungkin tidak menerima bayaran balik jika kami telah pun membayar kesemua simpanan anda yang telah digunakan untuk menyertai CPF LIFE.
11
Tokokan
Untuk Penjimatan Cukai
Menokok untuk penjimatan cukai dan meraih faedah yang lebih tinggi Jika boleh, amat berbaloi untuk menambah lebih banyak ke CPF anda. Menokok untuk meningkatkan simpanan Akaun Khas atau Akaun Persaraan anda atau orang yang anda sayangi. Menokok sehingga Jumlah Persaraan Dipertingkat (ditawarkan pada Januari 2016), jumlah yang ditetapkan sebanyak tiga kali Jumlah Persaraan Asas, memberikan anda peluang untuk menikmati pembayaran bulanan yang lebih tinggi. Di bawah Skim Tokokan Jumlah Persaraan ini, anda juga boleh mendapatkan pelepasan cukai8 dengan tokokan wang tunai. Pelepasan cukai adalah sehingga $7,000 setiap tahun jika anda menokok untuk diri sendiri dan tambahan $7,000 setiap tahun jika anda menokok untuk ahli keluarga anda.
Apakah kriteria untuk tokokan wang tunai dan CPF? Anda boleh melakukan tokokan wang tunai ke akaun CPF anda dan orang yang anda sayangi, sehingga menepati Jumlah Persaraan Penuh semasa. Anda juga boleh memindahkan simpanan Akaun Biasa anda ke akaun CPF orang yang anda sayangi. Anda boleh berbuat demikian selepas menepati Jumlah Persaraan Penuh yang anda perlu ketepikan apabila anda mencecah usia 55 tahun dengan baki bersih dalam Akaun Biasa, Khas dan Persaraan anda termasuk jumlah yang dikeluarkan untuk pelaburan.
Jumlah tokokan yang boleh diterima
12
Untuk penerima di bawah umur 55 tahun
Jumlah Persaraan Penuh terkini - Baki Bersih Akaun Khas - Jumlah yang dikeluarkan dari Akaun Khas di bawah Skim Pelaburan CPF (CPFIS-SA)
Untuk penerima berusia 55 tahun ke atas
Jumlah Persaraan Penuh terkini - Akaun Simpanan Persaraan9
8
Tertakluk pada terma dan syarat
9
Tidak termasuk faedah yang diperolehi sejak usia 55 tahun, mana-mana geran dari pemerintah dan wang yang dikeluarkan.
Dari 2016, anda akan mempunyai kelonggaran untuk memindahkan simpanan CPF anda yang melebihi Jumlah Persaraan Asas, ke akaun CPF pasangan anda. Dengan ini, anda dan pasangan anda boleh menikmati faedah yang lebih menarik yang dibayar berdasarkan jumlah gabungan CPF sebanyak $60,000 yang pertama. Sila rujuk contoh di bawah. Sebelum pemindahan oleh pasangan
Pada usia 55, Puan Tan mempunyai $35,000 dalam Akaun Persaraan beliau.
Pada usia 65, baki Akaun Persaraan beliau akan berkembang kepada kira-kira $59,000 yang akan menyediakan beliau dengan pembayaran bulanan selama kira-kira 20 tahun.
Pada usia 55 tahun, Encik Tan mempunyai $100,500 dalam Akaun Persaraan beliau.
Pada usia 65 tahun, Encik Tan akan disenaraikan dalam CPF LIFE dengan baki Akaun Persaraan kira-kira $156,000.
Selepas pemindahan oleh pasangan Puan Tan kini mempunyai $55,000 dalam Akaun Persaraan pada usia 55.
Pada usia 65, Puan Tan akan disenaraikan dalam CPF LIFE dengan baki Akaun Persaraan kira-kira $90,000.
Pemindahan $20,000 kepada akaun CPF Puan Tan Encik Tan kini mempunyai $80,500 dalam Akaun Persaraan pada usia 55.
Pada usia 65 tahun, Encik Tan akan disenaraikan dalam CPF LIFE dengan baki Akaun Persaraan kira-kira $127,000.
Selepas pemindahan oleh pasangan, Encik dan Puan Tan akan menikmati tambahan $2,000 dalam bentuk faedah yang akan membantu mereka menambahkan pembayaran persaraan mereka. Puan Tan kini akan menikmati bayaran bulanan yang lebih tinggi sepanjang hayat.
K o t a k
M a k l u m a t
Belajar bagaimana untuk menokok secara online Lawati http://mycpf.cpf.gov.sg/Members/online-demo
13
Selepas
55
CPF selepas usia 55 Jika anda membuat keputusan untuk terus bekerja, anda dan majikan anda masih akan menyumbang kepada CPF anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sumbangan kepada Akaun Biasa akan berkurangan, dan ini boleh menjejas pengurusan bayaran pinjaman perumahan anda. Dari itu, anda harus cuba melunaskan pinjaman perumahan anda pada usia 55 tahun! Jadual di bawah menunjukkan kadar sumbangan CPF bagi pekerja yang berumur 50 hingga 65.
Umur Pekerja (tahun)10
Kadar caruman Kadar caruman majikan pekerja (% daripada (% daripada gaji)11 gaji)11
Jumlah kadar caruman (% daripada gaji)11
Di atas 50 hingga 55
17 (16 + 1)
20 (19 + 1)
37 (35 + 2)
Di atas 55 hingga 60
13 (12 + 1)
13
26 (25 + 1)
Di atas 60 hingga 65
9 (8.5 + 0.5)
7.5
16.5 (16 + 0.5)
Jika anda terus bekerja dan menyumbang kepada CPF anda selepas usia 55 tahun, anda boleh menokok Akaun Persaraan anda dengan menggunakan sumbangan CPF yang baru untuk membantu membina simpanan persaraan anda12. Anda juga boleh mengeluarkan lebihan itu jika anda telah mengetepikan Jumlah Persaraan Penuh atau Jumlah Persaraan Asas dengan cagaran hartanah yang mencukupi.
Bayaran balik perumahan Jika anda terus bekerja selepas usia 55 tahun, sumbangan Akaun Biasa akan datang anda juga boleh digunakan untuk pinjaman perumahan anda. Anda boleh menggunakan simpanan Akaun Persaraan anda (tidak termasuk wang yang ditokok, faedah yang diraih, dan mana-mana geran pemerintah yang diterima) yang melebihi Jumlah Persaraan Asas bagi keperluan perumahan anda.
Seorang pekerja akan beralih kepada kumpulan umur yang seterusnya dalam bulan selepas hari lahirnya yang ke-35, 45,50,55,60 dan 65.
10
Peningkatan kadar sumbangan, digunakan dari Januari 2016, adalah seperti di yang ditekankan.
11
Ia kemudiannya boleh digunakan untuk membeli anuiti CPF LIFE tambahan apabila anda mencapai usia kelayakan pembayaran.
12
14
Premium insurans Anda masih boleh menggunakan simpanan Akaun Biasa bagi premium insurans di bawah Skim Perlindungan Perumahan (HPS)/ Skim Perlindungan Tanggungan (DPS), selepas mengetepikan sejumlah wang persaraan anda pada usia 55 tahun.
Penjualan hartanah Jika anda menjual hartanah anda, anda perlu pulangkan dana CPF yang digunakan untuk membelinya dan faedah yang tertunggak13. Jika anda juga telah mengeluarkan simpanan dari Akaun Persaraan anda dengan mencagarkan hartanah anda, anda perlu juga pulangkan jumlah yang dicagarkan. Jumlah yang dipulangkan akan digunakan untuk membina simpanan persaraan anda. Baki jumlah pulangan dari penjualan hartanah akan dibayar kepada anda, selepas mengetepikan Jumlah Minima Medisave yang terkini.
K o t a k
M a k l u m a t
Jika anda memiliki sebuah flat HDB, anda boleh menjana pendapatan dari flat anda bagi keperluan persaraan anda. Anda boleh: • Pindah ke Apartmen Studio atau flat yang lebih kecil dan mendaftar untuk Bonus Perumahan untuk Warga Emas untuk mendapatkan bonus wang tunai apabila anda menokok ke Akaun Persaraan anda • Daftar untuk Skim Beli Balik Pajakan yang Dipertingkatkan dan menokok Akaun Persaraan anda untuk mendapatkan bonus tunai • Menyewakan keseluruhan rumah atau bilik anda Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol HDB di 1800-555-6363, atau lawati www.hdb.gov.sg/retirement Maklumat di atas tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan di bawah polisi HDB yang terkini.
Ini adalah faedah yang anda akan raih sekiranya anda tidak mengeluarkan simpanan CPF anda untuk membeli hartanah.
13
15
Kesimpulan Sekarang anda mempunyai peluang untuk mempertimbangkan perancangan CPF anda, ingat tiga perkara:
Membuat keputusan berpengetahuan mengenai pembayaran yang anda inginkan. Menyertai CPF LIFE untuk menikmati pembayaran bulanan sepanjang hayat. Menokok simpanan persaraan anda dan juga orang yang anda sayangi.
16
Berapa banyak anda boleh keluarkan?
Lampiran A
Mari kita bertemu rakan-rakan Cik Anita: Encik Ahmad, Encik Ravi dan Puan Polly. Mereka mempunyai simpanan Xs dan Medisave yang berbeza dalam akaun CPF mereka pada usia 55 tahun. Memperkenalkan Cik Anita & rakan-rakan . .
Simpanan CPF Encik Ahmad
Akaun Medisave Encik Ahmad
Encik Ravi
Cik Anita
Mari kita mulakan dengan Encik Ahmad. Jumlah X Encik Ahmad adalah lebih daripada $166,000. Akaun Medisave beliau mempunyai $43,500.
Andaikan Encik Ahmad mempunyai: $200,000
$43,500 Puan Polly
Akaun Persaraan akan diadakan pada hari lahirnya yang ke-55 tahun
$100,000
$43,500
$5,000
$166,000
X Akaun Biasa
Akaun Khas
Akaun Medisave
Akaun Persaraan
Simpanan Akaun Persaraan
Berapakah jumlah yang Encik Ahmad boleh keluarkan?
X = $100,000 + $200,000 = $300,000 $161,000 akan dipindahkan ke Akaun Persaraan beliau terlebih dahulu. $161,000
Encik Ahmad boleh memilih untuk menyimpan Jumlah Persaraan Penuh $161,000 dalam Akaun Persaraan untuk menerima pembayaran bulanan antara $1,220 hingga $1,320 dari usia 65 tahun untuk sepanjang hayat. Beliau kemudian boleh mengeluarkan baki $139,000 daripada Akaun Biasa dan Khas beliau, kerana beliau telah memperuntukkan Jumlah Persaraan Penuh sebanyak $161,000 dan Jumlah Minima Medisave yang terkini sebanyak $43,500.
$100,000
$39,000
Akaun Biasa
Akaun Khas
Jika dia memiliki hartanah, dia juga boleh memilih untuk mengetepikan Jumlah Persaraan Asas sebanyak $80,500 dalam Akaun Persaraan dan menerima pembayaran bulanan yang lebih rendah.
$43,500
Akaun Medisave
Akaun Persaraan
Dalam kes ini, dia boleh mengeluarkan $139,000 daripada Akaun Biasa dan Khas, dan tambahan $80,500 dari Akaun Persaraan beliau dengan mencagarkan hartanahnya.
17
Berapa banyak anda boleh keluarkan?
Lampiran A
Bagaimana pula Puan Polly? Jumlah X Puan Polly adalah lebih daripada $166,000. Walau bagaimanapun, Akaun Medisave Puan Polly mempunyai kurang dari $43,500. Beliau kekurangan Jumlah Minima Medisave. Simpanan CPF Puan Polly
Simpanan Akaun Persaraan
Andaikan Puan Polly mempunyai:
X = $100,000 + $180,000 = $280,000 $161,000 akan dipindahkan ke Akaun Persaraan beliau dahulu.
$180,000
$161,000
$100,000 Akaun Persaraan akan diadakan pada hari lahirnya yang ke-55
$100,000
$20,000
Akaun Biasa
Akaun Khas
Akaun Medisave
Akaun Persaraan
$20,000
Akaun Khas
Akaun Medisave
Akaun Persaraan
Jumlah Minima Medisave Yang Kekurangan
Berapakah jumlah yang Puan Polly boleh keluarkan?
Akaun Medisave Puan Polly mempunyai $20,000. Ini adalah $23,500 kurang daripada Jumlah Minima Medisave sebanyak $43,500. Oleh itu, $23,500 dipindahkan ke Akaun Medisave beliau. $155,000
Puan Polly boleh memilih untuk menyimpan Jumlah Persaraan Penuh sebanyak $161,000 dalam Akaun Persaraan beliau untuk menerima pembayaran bulanan antara $1,220 hingga $1,320 dari usia 65 tahun untuk sepanjang hayat.
$23,500 dipindahkan ke Akaun Medisave
Beliau kemudian boleh mengeluarkan baki jumlah dari Akaun Biasa dan Khas selepas memindahkan $23,500 ke Akaun Medisave untuk membentuk Jumlah Minima Medisave sebanyak $43,500. Ini bermakna Puan Polly boleh mengeluarkan $95,500 dari Akaun Biasa dan Khas beliau.
$95,500
Jika dia memiliki hartanah, dia juga boleh memilih untuk mengetepikan Jumlah Persaraan Asas sebanyak $80,500 dalam Akaun Persaraan beliau dan menerima pembayaran bulanan yang lebih rendah.
$43,500 $0 Akaun Biasa
18
Akaun Biasa
$19,000
Akaun Khas
Akaun Medisave
Akaun Persaraan
Dalam kes ini, dia boleh mengeluarkan $95,500 dari Akaun Biasa, dan jumlah tambahan sebanyak $80,500 dari Akaun Persaraan beliau dengan mencagarkan hartanahnya.
Berapa banyak anda boleh keluarkan?
Lampiran A
Bagaimana pula Encik Ravi? Jumlah X Encik Ravi adalah antara $0 hingga $5,000. Dia boleh mengeluarkan kesemua jumlah X beliau.
Simpanan CPF Encik Ravi
Berapakah jumlah yang Encik Ravi boleh keluarkan?
Andaikan Encik Ravi mempunyai:
X = $3,000 + $1,000 = $4,000 Encik Ravi boleh mengeluarkan semua simpanan dalam Akaun Biasa dan Khas (iaitu $4,000) dan tiada apa yang akan dipindahkan ke Akaun Persaraan beliau.
Akaun Persaraan akan diadakan pada hari lahirnya yang ke-55
$3,000
$500 akan kekal di dalam Akaun Medisave beliau untuk keperluan penjagaan kesihatan beliau atau tanggungannya.
$4,000
$1,000 $500
Akaun Biasa
Akaun Khas
Akaun Medisave
$500
Akaun Persaraan
Akaun Biasa
Akaun Khas
Akaun Medisave
Akaun Persaraan
Akaun Bank
19
Panduan untuk keputusan dan tindakan yang anda perlu lakukan pada Skim Pelaburan CPF (CPFIS) dan Skim Pendidikan CPF apabila anda mencapai usia 55 tahun.
Lampiran B
Apabila anda ingin mengeluarkan CPFIS anda dan pelaburan Saham Berdiskaun Khas (SDS), atau memohon pengecualian bayaran balik pinjaman pendidikan Apa Jika anda telah mengetepikan Jumlah Persaraan Penuh atau Jumlah Persaraan Asas dengan cagaran hartanah yang mencukupi
Bagaimana Pelaburan
Pelaburan
Memohon secara online melalui 'My Request' dari laman web CPF atau menghantar borang INV-Transfer.
CPFIS Akaun Biasa (CPFIS-OA) Kami akan memaklumkan kepada ejen bank anda untuk menutup Akaun Pelaburan CPF anda. Anda boleh berjumpa dengan pihak bank untuk mengeluarkan pelaburan dan wang tunai anda setelah anda terima pemberitahuan daripada kami. Pelaburan anda akan dipindahkan kepada nama anda. Kemudian, anda boleh melupuskannya jika anda mahu dan wang yang diterima daripada penjualan ini dibayar kepada anda secara langsung.
Pendidikan Memohon secara online melalui 'My Request' dari laman web CPF atau menghantar borang AES W1.
Jika anda tidak mengetepikan Jumlah Persaraan Penuh atau Jumlah Persaraan Asas bersama cagaran hartanah yang mencukupi
Apabila permohonan diluluskan
Pelaburan Menokok Akaun Persaraan / Akaun Medisave untuk memenuhi Jumlah Persaraan Penuh dan/ atau Jumlah Minima Medisave yang terkini sebelum anda boleh mengeluarkan pelaburan CPFIS anda dan pelaburan SDS.
CPFIS-Special Akaun (CPFIS-SA) Kami akan memaklumkan kepada pembekal produk anda untuk memindahkan pelaburan anda kepada nama anda. Kemudian, anda boleh melupuskannya jika anda mahu dan wang yang diterima daripada penjualan ini dibayar kepada anda secara langsung. Saham Berdiskaun Khas (SDS) Kami akan memindahkan SDS anda ke dalam Akaun Sekuriti Depositori (CDP) anda. Taraf perkhidmatan: CPFIS-OA & SA • Permohonan melalui borang Kami akan memaklumkan ejen bank anda dan pembekal produk dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh kami menerima permohonan anda. Selepas itu, ejen-ejen bank dan pembekal produk akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi pelepasan itu. • Permohonan dalam talian Satu hari bekerja
Pendidikan Menokok Akaun Persaraan / Akaun Medisave untuk memenuhi Jumlah Persaraan Penuh dan/ atau Jumlah Minima Medisave yang terkini sebelum anda boleh memohon untuk pengecualian dari bayaran balik pinjaman pendidikan.
SDS • Permohonan melalui borang atau dalam talian Dalam masa 15 hari bekerja dari tarikh kami menerima permohonan anda dan pemindahan CDP percuma (ini termasuk masa pemprosesan CDP ini). Pendidikan • Permohonan melalui borang 14 hari bekerja • Permohonan dalam talian Sehingga dua hari bekerja
20
Sehingga lapan hari bekerja jika permohonan dihantar semasa tempoh potongan bulanan GIRO antara bank (IBG), yang biasanya berlaku dari 15 hingga 23 haribulan, setiap bulan. Ini adalah untuk mengambil kira masa pemprosesan bank untuk potongan bulanan daripada akaun IBG pelajar.
Glosari
Terma
Definisi
Jumlah Persaraan Jumlah Persaraan Asas (BRS)
Jumlah persaraan untuk diketepikan pada umur 55 tahun untuk menerima pembayaran CPF LIFE bulanan kira-kira $660 - $720 dari umur kelayakan pembayaran. Jumlah ini ditetapkan pada $80,500 bagi anggota yang berusia 55 tahun antara Julai 2015 dan Disember 2016. Ini diandaikan bahawa anggota tersebut memiliki hartanah dan tidak perlu membayar sewa.
Jumlah Persaraan Penuh (FRS)
Jumlah persaraan untuk diketepikan pada umur 55 tahun untuk menerima pembayaran CPF LIFE bulanan kira-kira $1,220 - $1,320 dari usia kelayakan pembayaran. Ia ditetapkan pada dua kali Jumlah Persaraan Asas (iaitu $161,000 bagi ahli yang berusia 55 tahun antara Julai 2015 dan Disember 2016). Ini diandaikan bahawa anggota tersebut tidak memiliki hartanah atau tidak ingin mencagarkan hartanah mereka.
Jumlah Persaraan yang Dipertingkatkan
Jumlah persaraan untuk diketepikan pada umur 55 tahun untuk menerima pembayaran CPF LIFE bulanan kira-kira $1,770 - $1,920 dari usia kelayakan pembayaran. Ia ditetapkan pada tiga kali Jumlah Persaraan Asas (iaitu $241,500 pada 2016). Anggota CPF yang ingin mendapatkan bayaran bulanan yang lebih tinggi boleh menokok Akaun Persaraan mereka untuk menepati jumlah ini.
(ERS) – bermula dari Januari 2016 Usia Pembayaran Usia Kelayakan Pembayaran (PEA)
Usia Bermula Pembayaran (PSA)
Dahulu dikenali sebagai usia untuk membuat pengeluaran. Ia telah dinamakan semula untuk membezakannya dengan usia bermulanya pembayaran (lihat di bawah). Ini adalah usia di mana anggota CPF layak untuk menerima bayaran CPF. Ia kini ditetapkan pada usia 65 tahun untuk anggota-anggota yang lahir pada tahun 1954 atau kemudian. Ini adalah usia di mana anggota CPF telah memilih untuk memulakan pembayaran mereka. Untuk ahli-ahli di bawah skim CPF LIFE, mereka boleh memilih untuk memulakan pembayaran mereka pada bila-bila masa di antara umur 65 hingga 70 tahun. Bagi anggota di bawah skim CPF Life, pembayaran bulanan akan meningkat secara tetap sebanyak 6-7 peratus bagi setiap tahun yang tertunda.
Syarat lain Anuiti
Anuiti adalah produk insurans yang menyediakan anda dengan pendapatan bulanan untuk sepanjang hayat.
Dana anuiti / Dana Pendapatan Sepanjang Hayat
Dana anuiti, juga dikenali sebagai Dana Pendapatan Sepanjang Hayat, terdiri daripada premium anuiti, faedah yang diperolehi dari premium anuiti dan faedah tambahan yang diperolehi oleh ahli melalui Pelan Biasa CPF Life.
Premium anuiti
Premium anuiti adalah jumlah simpanan Akaun Persaraan yang dikhaskan untuk CPF LIFE.
Taksiran Pendapatan (AI)
AI anda merujuk kepada jumlah pendapatan tahunan anda selepas ditolak potongan yang dibenarkan. Untuk mengira AI anda, kami akan menggunakan tahun taksiran sebelum tahun yang kami keluarkan pelan CPF LIFE anda, sebagaimana yang diperuntukkan oleh IRAS. Sebagai contoh, jika kami mengeluarkan pelan CPF LIFE anda pada tahun 2015, kami akan menggunakan AI anda untuk tahun taksiran 2014 (iaitu, pendapatan anda untuk tahun 2013).
21
Glosari
Terma
Definisi
Terma-terma lain Nilai Tahunan (AV)
AV hartanah anda merujuk kepada jumlah sewa yang kami anggarkan anda boleh raih setiap tahun jika anda menyewakannya. Untuk mengira nilai hartanah anda, kami akan menggunakan AV hartanah yang dinyatakan sebagai alamat dalam Kad Pengenalan anda pada 31 Disember sebelum tahun kami keluarkan pelan CPF LIFE anda, sebagaimana yang diperuntukkan oleh IRAS. Sebagai contoh, jika kami mengeluarkan pelan CPF LIFE anda pada tahun 2015, kami akan menggunakan AV 2014 bagi hartanah yang dinyatakan dalam kad pengenalan anda pada 31 Disember 2014.
Waris
Waris adalah orang-orang yang anda telah calonkan untuk menerima simpanan CPF anda selepas kematian anda. Jika pencalonan CPF tidak dibuat, apabila berlaku kematian, simpanan CPF anda akan dibahagikan oleh Pemegang Amanah Raya selaras dengan undang-undang kematian tanpa wasiat Singapura, yang memastikan bahawa kebajikan tanggungan-tanggungan anda disediakan.
Warisan
Warisan ialah wang yang anda tinggalkan kepada waris anda selepas kematian anda. Mungkin tidak ada warisan jika simpanan yang digunakan untuk menyertai CPF LIFE telah dibayar sepenuhnya dalam pembayaran bulanan.
Jumlah Minima Medisave (MMS)
Apabila anda membuat pengeluaran daripada CPF anda selepas usia 55, anda akan dikehendaki untuk mengetepikan Jumlah Minima Medisave $43,500 dalam Akaun Medisave anda untuk keperluan penjagaan kesihatan anda. Dari Januari 2016, MMS akan ditiadakan. Anda tidak lagi perlu menokok ke Akaun Medisave anda sebelum membuat pengeluaran CPF pada usia 55 tahun. Simpanan Akaun Medisave anda akan kekal di dalam Akaun Medisave anda dan boleh digunakan untuk membayar keperluan penjagaan kesihatan anda atau tanggungan anda. Memandangkan perubahan yang akan datang ini, mulai sekarang hingga 31 Disember 2015, anda mempunyai pilihan untuk tidak menokok ke Akaun Medisave anda apabila anda mengeluarkan wang CPF.
Jumlah Minima Medisave (MMS) Kekurangan
Caj Hartanah
Cagaran Hartanah
Anda akan mempunyai kekurangan Jumlah Minima Medisave jika baki Akaun Medisave anda berada di bawah Jumlah Minima Medisave $43,500. Anda akan perlu menokok kekurangan itu dengan menggunakan sebahagian daripada Akaun Khas dan/atau Akaun Biasa hanya selepas anda menepati Jumlah Persaraan Penuh.
Caj diadakan apabila ahli menggunakan simpanan CPF untuk membiayai pembelian hartanah dan membayar pinjaman perumahannya. Anggota CPF boleh mengeluarkan simpanan Akaun Persaraan mereka14 yang melebihi Jumlah Persaraan Asas, jika mereka mencagarkan hartanah mereka. Mencagarkan hartanah bermakna apabila seseorang menjual hartanahnya, jumlah yang dicagarkan akan dipulangkan ke Akaun Persaraan beliau. Ia tidak menjejaskan pemilikan hartanah seseorang itu.
Tidak termasuk wang tokokan, faedah yang diraih dan apa-apa geran pemerintah yang diterima
14
22
Nota
23
Nota
24
www.cpf.gov.sg
Maklumat adalah tepat pada 24 April 2015