PILIHAN UNGGUL ANDA MENUJU HARI PERSARAAN YANG SELESA
BEBAS DARI KERISAUAN SEUMUR HIDUP
KEWANGAN
Corak kehidupan anda bertambah baik sepanjang masa – dengan mempunyai kereta yang baik kepada yang lebih bagus, berpindah dari rumah biasa ke rumah yang mewah dan mempunyai satu keluarga yang lengkap dari keluarga yang sederhana. Begitu juga dengan perlindungan kewangan anda – ia perlu ditingkatkan selaras dengan peningkatan dalam gaya hidup anda. Dengan perkembangan teknologi perubatan sepanjang masa, jangka hayat turut meningkat di mana berkemungkinan menyebabkan jumlah simpanan kita yang ada tidak mencukupi . Kos keperluan seharian seperti makanan, pakaian dan keperluan perubatan kian meningkat. Sekiranya anda masih belum memulakan sebarang pelan persaraan anda, Takaful
myGemilang adalah penyelesaiannya! Selain dari menggunakan Takaful myGemilang sebagai jawapan terhadap persaraan anda, ia juga boleh digunakan sebagai pelan simpanan biasa untuk memenuhi keperluan mengikut perubahan corak kehidupan anda. Perlindungan Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM) anda akan meningkat sekurang-kurangnya 10% setiap lima tahun sehingga 200% (untuk sijil bertempoh 30 tahun). Anda boleh mula menikmati hasil simpanan anda walaupun telah berhenti membuat Caruman*! Jangan tunggu lagi! Mulakan pelaburan untuk sekuriti kewangan seumur hidup HARI INI!
(*Berdasarkan opsyen pembayaran manfaat yang dipilih.)
MENGAPA SAYA MEMILIH Takaful myGemilang ?
1. Mencari tapak permulaan untuk pembinaan masa persaraan yang selesa? Lakukanlah dengan Takaful myGemilang ! 2. Dengan Takaful myGemilang, anda dapat memilih terma perlindungan yang paling sesuai bagi memenuhi keperluan mengikut perubahan corak hidup anda; 3. Jumlah perlindungan kewangan anda meningkat selaras peningkatan Jumlah Perlindungan dilindungi sekurang-kurangnya 10% setiap lima tahun sehingga 200 % (untuk sijil bertempoh 30 tahun). Ini dapat mengurangkan impak dari inflasi; 4. Melakukan pengeluaran separa atau pengeluaran tunai dari Sijil anda pada bila-bila masa*; 5. Memperkuatkan keperluan perlindungan anda sama ada dengan Rider Takaful Kemalangan Diri atau Rider Takaful Manfaat Tunai Hospital.
*Tertakluk kepada pengeluaran separa dan caj serahan
MENERIMA WANG DAN PERLINDUNGAN YANG MALAR WALAUPUN ANDA BERHENTI MEMBUAT Caruman! Berita baik! Anda boleh berhenti membuat Caruman mulai tahun ke-8 untuk Sijil anda yang tempohnya 10 tahun atau untuk 5 tahun terakhir Sijil anda bagi tempoh terma yang lainnya. Dengan kata lain, apabila anda berhenti membuat Caruman, anda masih mendapat perlindungan yang tidak terganggu dan dapat menikmati manfaat-manfaat yang lainnya. Manfaat ini termasuk penerimaan bayaran berperingkat secara tahunan sehingga tamat, atau amaun sepenuhnya apabila matang. Caj Tabarru’ dipotong dari Dana Simpanan sepanjang tempoh Sijil tersebut (termasuk tempoh pembayaran berperingkat). Jika Dana Simpanan tidak mencukupi untuk potongan Tabarru’, Sijil tersebut akan tamat dan perlindungan akan terganggu. Opsyen 1 Menerima bayaran tahunan selepas Tempoh Pembayaran Caruman. Setiap bayaran adalah 5% dari baki Dana Simpanan. 100% dari Dana Simpanan akan dibayar pada tarikh matang. Amaun bayaran tahunan adalah tidak dijamin. Ia bergantung kepada baki Dana Simpanan. Tempoh Penyertaan
Tempoh Pembayaran Caruman (Tahun)
10
7
15
10
20
15
25
20
30
25
Opsyen 2 Menerima 100% daripada baki Dana Simpanan pada tarikh matang.
SIAPAKAH YANG LAYAK MENYERTAI? Sesiapa sahaja yang berumur antara 18 hingga 65 tahun layak menyertai pelan Takaful myGemilang (bergantung kepada penilaian pengunderaitan). Anda boleh memilih tempoh perlindungan 10, 15, 20, 25 atau 30 tahun, bergantung kepada umur tamat maksima 80 tahun.
APAKAH MANFAAT YANG DIsediaKAN? Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih amaun Jumlah Perlindungan dijamin dan tempoh penyertaan. Sekiranya berlaku kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (KKM), Jumlah Perlindungan dan baki Dana Simpanan akan dibayar kepada penama untuk mengendalikan pembahagian kepada penerimapenerimanya. Sijil ini tidak akan membayar Jumlah Perlindungan pada tarikh serahan atau matang. Bagi memastikan perlindungan anda seimbang dengan peningkatan inflasi dan cara kehidupan peribadi anda, Jumlah Perlindungan meningkat setiap lima (5) tahun mengikut jadual berikut: Tahun Sijil
% daripada Jumlah Perlindungan Awal 10
15
20
25
30
1-5
100%
100%
100%
100%
100%
6 - 10
110%
110%
110%
110%
120%
120%
120%
120%
140%
130%
130%
160%
150%
180%
11 - 15 16 - 20 21 - 25 26 - 30
200%
Baki Dana Simpanan akan dibayar kepada Peserta secara berperingkat atau sepenuhnya apabila selesai Tempoh Pembayaran atau pelan sudah matang (bergantung kepada opsyen yang dipilih). Alternatifnya, bayaran juga akan dibuat pada masa penamatan Tempoh Sijil; selepas ditolak caj serahan, jika berkaitan. Baki Dana Simpanan tidak dijamin dan berdasarkan kepada prestasi sebenar dana tersebut. Dalam keadaan yang merugikan, Dana Simpanan ketika masa matang atau serahan berkemungkinan kurang daripada jumlah Caruman. Sila rujuk kepada Sijil bagi deskripsi terperinci manfaat-manfaat yang terkandung dalam pelan ini.
Berapakah Caruman anda? Caruman yang anda perlu bayar bergantung kepada umur anda, pekerjaan, status kesihatan dan amaun Jumlah Perlindungan dan tempoh yang dipilih. Contoh berikut mengilustrasikan cara pengiraan Caruman Tahunan: Umur Masuk : 38 Tempoh : 30 Jumlah Perlindungan : RM20,000 Kadar Caruman : RM48.50 setiap RM1,000 Jumlah Perlindungan (Berdasarkan jantina, umur masuk dan tempoh ke atas) Caruman Tahunan = 20,000/1,000 x RM48.50 = RM970*. Baki dari Caruman selepas potongan Yuran Wakalah akan dipindahkan dan dikumpulkan dalam Dana Simpanan. Tabarru’ atau derma akan didebitkan daripada Dana Simpanan ini untuk membantu peserta-peserta yang ditimpa musibah. Kadar Tabarru’ adalah tidak dijamin. (*Caruman minima adalah RM75 sebulan atau RM900 setahun)
CARA MEMBUAT Caruman Anda boleh memilih untuk membuat Caruman anda samada secara bulanan, suku tahunan , setengah tahunan atau tahunan melalui: • • • • • • • • •
Tunai Cek Kad Kredit ( Cawangan-cawangan STMB ) Arahan Tetap Kad Kredit Autodebit daripada Akaun Maybank Arahan Tetap Berdiri Bank di BIMB atau BSN http://www.bankislam.com.my/ http//www.maybank2u.com.my/ Potongan Gaji
YURAN DAN CAJ Takaful myGemilang menggunapakai kontrak Wakalah bagi tujuan mengurus dan melaburkan Caruman anda. Yuran dan caj berhubung pelan ini adalah seperti berikut: Yuran Wakalah Yuran Wakalah (% daripada Caruman) berbeza berdasarkan
pilihan Tempoh Penyertaan: Tahun Sijil
Tempoh Penyertaan 10
15
20
25
30
1
60%
65%
80%
90%
90%
2
30%
35%
40%
50%
50%
3
25%
25%
30%
35%
35%
4
20%
20%
25%
30%
30%
5
15%
15%
20%
20%
20%
6
15%
15%
20%
20%
20%
7 - 10
15%
15%
15%
15%
15%
13%
13%
13%
11 & ke atas
Baki Caruman selepas potongan Yuran Wakalah akan dimasukkan ke Dana Simpanan. Sewaktu ulang tahun bulanan, caj Tabarru’ ditolak dari Dana Simpanan dan dipindahkan ke dalam Dana Risiko untuk bayaran manfaat pada masa diperlukan. Caj Pengeluaran Separa Caj tetap sebanyak RM50 akan dipotong dari hutangan amaun pengeluaran separa dibayar dan pengeluaran separa tersebut mestilah dalam gandaan RM100. Dana Simpanan tersebut selepas pengeluaran separa harus mempunyai sekurang-kurangnya RM1,000. Caj Serahan Caj tetap sebanyak RM100 akan ditolak daripada amaun serahan. Segala yuran dan caj adalah tidak dijamin. Syarikat akan memaklumkan anda melalui surat sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum sebarang semakan semula dilakukan.
AGIHAN KEUNTUNGAN PELABURAN Keuntungan pelaburan dijana dari Dana Simpanan, sekiranya ada, akan diagihkankan setiap tahun antara anda dan Syarikat seperti berikut:
• •
Anda Syarikat
: :
90% dari keuntungan pelaburan 10% dari keuntungan pelaburan
Tiada pembahagian lebihan bagi Dana Risiko. Lebihan tersebut, sekiranya ada akan kekal dalam dana risiko bagi perlindungan pengalaman tuntutan luar jangka.
PENGECUALIAN & HAD Perlindungan Takaful myGemilang pengecualian dan had yang tertentu:
adalah
tertakluk
kepada
Kematian (sehingga umur 80 tahun) • Bunuh diri ketika waras atau tidak waras dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh penyertaan. Keilatan Kekal dan Menyeluruh (Sehingga umur 65 tahun) • Keilatan disebabkan oleh berlakunya perang atau operasi seakan perang; • Sebarang pelanggaran undang-undang oleh anda atau serangan disebabkan provokasi anda; dan • Penyertaan dalam latihan untuk sebarang sukan yang berbahaya atau berisiko atau pertandingan atau menunggang atau dalam apa-apa bentuk perlumbaan atau pertandingan. Pengecualian dan had di atas bukanlah menyeluruh. Informasi terperinci yang selebihnya boleh didapati di dalam Sijil.
LAMPIRAN RIDER Anda boleh menyertai satu atau lebih banyak rider seperti yang berikut bagi meningkatkan perlindungan di bawah pelan ini: • Rider Takaful Kemalangan Diri • Rider Takaful Manfaat Tunai Hospital
TERMA ISU YANG PENTING 1.
2.
3.
4. 5.
6.
Anda perlu memastikan pelan ini akan memenuhi keperluan anda dengan sebaiknya dan bayaran Caruman perlu dibayar di bawah Sijil ini adalah amaun yang anda mampu bayar. Adalah amat penting untuk memberikan informasi yang lengkap dan tepat bagi membolehkan Syarikat atau wakilnya memberikan nasihat mengenai kesesuaian produk mengikut keperluan dan situasi anda. Anda diberi tempoh “Pemerhatian Percuma” selama 15 hari untuk menilai samada sijil tersebut memenuhi jangkaan anda. Jikalau anda mendapati ianya tidak, anda berhak mengembalikan sijil tersebut dalam tempoh ini dan Caruman anda, selepas ditolak perbelanjaan pemeriksaan perubatan, akan dikembalikan. Jika anda tidak membuat Caruman secara berterusan dan masa yang tepat, perlindungan Takaful tersebut mungkin terganggu. Caj-caj Tabarru’ ditolak daripada Dana Simpanan semasa ulangtahun bulanan. Jika Dana Simpanan tersebut tidak mencukupi untuk tolakan Tabarru’, Sijil tersebut akan luput. Syarikat berhak untuk menolak tuntutan dalam keadaan di mana anda gagal membekalkan informasi relevan yang akan mempengaruhi keputusan Syarikat untuk menerima atau menolak risiko tersebut dan berkenaan terma yang akan dikenakan kepada anda.
7. HANYA Dana Simpanan sahaja (tolak caj serahan, jika berkaitan) dibayar pada masa serahan atau matang. Jumlah perlindungan dibayar sebagai TAMBAHAN kepada Dana Simpanan HANYA pada masa kematian atau berlakunya keilatan kekal dan menyeluruh. 8. Caruman yang dibayar untuk pelan ini, disamping sebarang pelan Takaful Keluarga atau insurans nyawa dimiliki, dan sebarang Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada tersedia bagi potongan cukai sehingga amaun maksima tertakluk kepada definisi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun cukai, di bawah elaun cukai bagi Caruman Takaful/Premium Insurans dan Caruman kepada skim persaraan yang diluluskan atau KWSP. Semua potongan adalah tertakluk kepada keputusan muktamad LHDN. 9. Brosur ini adalah sebagai informasi umum sahaja dan tidak mewakili Sijil takaful tersebut. 10. Sekiranya terdapat percanggahan atau ketidakselarian di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
Kehidupan
adalah
penuh
dengan
ketidakpastian.
Sebarang
kemalangan yang tidak diduga, samada kematian, keilatan kekal dan menyeluruh atau penyakit kritikal, mungkin menyebabkan kesulitan kewangan kepada anda dan keluarga anda. Di Takaful Malaysia, kami akan sentiasa berada disisi anda untuk menyediakan perlindungan kewangan kepada anda dan orang kesayangan anda walaupun pada masa berlakunya kemalangan yang tidak diduga… Jadilah seorang yang bijak dan mulakan sebuah kehidupan yang bebas dari kerisauan kewangan!
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K)
IBU PEJABAT
Tingkat 26, Blok Annex, Dataran Kewangan Darul Takaful, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur.
Peti Surat 11483, 50746 Kuala Lumpur.
603-2268 1984 Faks 603-2274 0237 Khidmat Pelanggan 1-300 8 TAKAFUL (825 2385) Laman web takaful-malaysia.com.my E-mel
[email protected] Tel
Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah sebuah syarikat berlesen di bawah Akta Takaful dan diregulasikan oleh Bank Negara Malaysia