STRATA LWN BERTANAH Apakah Pilihan Anda? Oleh : Dewi Abdul Rahman
Ibarat mencari jodoh, pemilihan rumah bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan kerana prosesnya melibatkan keputusan jangka masa panjang yang perlu dilakukan sebaiknya. Antara dilema yang sering merundung pelabur dan pembeli rumah ialah pilihan antara rumah strata ataupun bertanah. Bagaimana untuk membuat pilihan yang terbaik?
PHM Nov 2015.indd 26
11/9/2015 3:30:01 PM
PROSP EK KHAS
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
PHM Nov 2015.indd 27
NOVEMBER 2015
27 11/9/2015 3:30:03 PM
Rumah kediaman juga merupakan aset berharga dalam hidup dan sering dijadikan kayu pengukur kejayaan seseorang. Rumah yang cantik, selesa, dan tenang semestinya ialah impian setiap orang. Namun begitu, ada beberapa hal yang perlu diteliti sebelum impian memiliki kediaman sendiri dapat direalisasikan. Tidak kira kediaman bertingkat (strata) ataupun bertanah, kedua-duanya mempunyai nilai estetik tersendiri. Ada yang memilih rumah bertanah kerana ia lebih luas dan mempunyai tempat letak kereta khas di hadapan rumah. Ada juga yang sukakan rumah jenis strata kerana ia tinggi dan murah. Namun begitu, semuanya bergantung pada tahap kewangan dan pilihan lokasi. Oleh kerana itu, sebelum membeli sebuah rumah, lokasi, fasiliti, bantuan kewangan, reka bentuk, dan spesifikasi rumah yang diingini perlu diambil kira. Lebih baik anda kaji terlebih dahulu supaya rumah yang dibeli menjadi aset dan bukannya menjadi liabiliti. Seperti yang kita lihat sekarang, harga rumah yang kian melambung tinggi mengikut harga semasa amat membebankan bagi mereka yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM 10,000. Kebanyakan rumah bertanah di sekitar Lembah Klang berharga antara RM 500,000– 800,000. Tiada pilihan lain, generasi muda yang masih baru memulakan kerjaya atau baru berkeluarga perlu membeli rumah strata yang lebih murah dan dilengkapi dengan lebih banyak kemudahan tambahan. Jika ada yang masih belum faham tentang hak milik strata dan bertanah, dari segi perundangan, hartanah bertanah ialah hartanah yang dijual dengan hak milik individu dan didaftarkan dengan nama pembeli apabila transaksi pindah milik dibuat. Manakala, hartanah strata pula ialah hartanah yang perlu dibahagikan daripada hak milik induk kepada hak milik individu semasa pindah milik dilakukan apabila trnasaksi jual beli terjadi.
28 PHM Nov 2015.indd 28
NOVEMBER 2015
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
11/9/2015 3:30:05 PM
PROSP EK KHAS
Jika anda inginkan pulangan pelaburan yang lebih tinggi pada masa akan datang, hartanah bertanah ialah pilihan tepat kerana nilainya lebih mudah dan cepat meningkat dalam tempoh beberapa tahun selepas dibeli.
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
PHM Nov 2015.indd 29
NOVEMBER 2015
29 11/9/2015 3:30:08 PM
.Strata
Menjadi Pilihan
Menurut peguam hartanah, Khairul Anuar Shaharudin, Malaysia masih mempunyai banyak kawasan yang luas, dan faktor pemilihan hartanah bergantung pada beberapa perkara. Ada yang mengutamakan lokasi yang dekat dengan tempat berkerja, berdekatan sekolah, atau berdekatan kemudahan seperti bank, pasar raya, pejabat pos, dan kedai makan. Di Kuala Lumpur, kediaman jenis strata ialah pilihan popular kerana unitnya lebih banyak dibangunkan dengan harga lebih murah berbanding rumah bertanah. Lokasi kebanyakan unit strata yang lebih dekat dengan pusat bandar berbanding hartanah bertanah yang lebih murah namun jauh memendekkan masa perjalanan ke tempat kerja, selain menjimatkan wang. Semestinya bagi pasangan yang baru berkahwin, hartanah strata ialah pilihan pertama kerana ianya mudah diurus sebelum membuat keputusan untuk menaik taraf kepada rumah bertanah.
Pada masa akan datang, nilai hartanah strata dijangka akan bertambah di tengah bandar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kerana kawasan yang boleh dimajukan akan berkurangan.
Akan tetapi, jika anda inginkan pulangan pelaburan yang lebih tinggi pada masa akan datang, hartanah bertanah ialah pilihan tepat kerana nilainya lebih mudah dan cepat meningkat dalam tempoh beberapa tahun selepas dibeli.
30 PHM Nov 2015.indd 30
NOVEMBER 2015
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
11/9/2015 3:30:10 PM
PROSP EK KHAS
Mengikut pengalaman Khairul, antara kesulitan yang sering dihadapi pembeli termasuklah pindah milik yang tidak lengkap daripada pemaju perumahan sebelum dijual kepada pembeli seterusnya. Demi menjamin urusan jual beli hartanah berjalan lancar, anda dinasihatkan untuk memeriksa terlebih dahulu latar belakang pemaju dan rekod terdahulu syarikat berkenaan sebelum membuat bayaran pendahuluan sekiranya ingin membeli rumah yang belum siap dibina. Hal ini demikian kerana akan terdapat masalah dalam pemindahan hak milik hartanah apabila pemaju tersebut menjadi bankrap dan sukar dikesan. Bagi mereka yang mempunyai kediaman sendiri pula, pemilik kediaman perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum pengubahsuaian rumah dilakukan untuk mengelakkan sebarang tindakan undangundang diambil.
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
PHM Nov 2015.indd 31
NOVEMBER 2015
31 11/9/2015 3:30:12 PM
Di Kuala Lumpur, kediaman jenis strata ialah pilihan popular kerana unitnya lebih banyak dibangunkan dengan harga lebih murah berbanding rumah bertanah. 32 PHM Nov 2015.indd 32
NOVEMBER 2015
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
11/9/2015 3:30:15 PM
PROSP EK KHAS
Lokasi Berpotensi Nilai rumah mampu milik yang paling banyak terjual di Malaysia adalah antara RM 100,000–500,000. Golongan bumiputera pula lebih berminat dengan hartanah bertanah kerana kawasannya yang luas yang membolehkan banyak aktiviti dijalankan. Perlis merupakan antara negeri yang belum mempunyai urusan jual beli hartanah yang tinggi kerana keluasannya yang kecil dan lokasinya yang jauh dari ibu negara. Kelantan dan Terengganu juga sama kerana hak sekatan pembelian yang hanya terhad kepada anak kelahiran negeri tersebut. Begitu juga dengan negeri Sabah. Menurut Khairul lagi, pada masa akan datang nilai hartanah strata dijangka akan bertambah di tengah bandar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kerana kawasan yang boleh dimajukan akan berkurangan. Namun begitu, saiz hartanah strata akan menjadi lebih kecil kerana kini di Kuala Lumpur, hartanah bersaiz 500 kps juga sudah dijual pada harga hampir RM 400,000. Walaupun begitu, kedua-dua jenis hartanah, strata dan bertanah, akan terus relevan pada masa akan datang kerana permintaannya yang tidak pernah berkurangan. Kawasan yang dimajukan dijangka menjadi semakin luas sekiranya wujud infrastruktur seperti MRT di kawasan yang jauh seperti Klang atau Negeri Sembilan, yang sekali gus akan menaikkan nilai hartanah di lokasi tersebut.
Walaupun begitu, keduadua jenis hartanah, strata dan bertanah, akan terus relevan pada masa akan datang kerana permintaannya yang tidak pernah berkurangan.
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
PHM Nov 2015.indd 33
NOVEMBER 2015
33 11/9/2015 3:30:16 PM
Fahami Tujuan Membeli Rumah Bagi pemblog hartanah, Meor Zaidee Meor Ahmad Rasdi, yang terkenal dengan panggilan Abang Ensem, beliau berpendapat pembelian rumah adalah berdasarkan kemampuan dan keperluan individu itu sendiri. Rumah bertanah lebih popular dalam kalangan pasangan yang telah berkeluarga dan rumah strata pula lebih popular dalam kelompok mereka yang masih bujang. Menurutnya, pasangan yang telah berkahwin biasanya mempunyai struktur pendapatan keluarga yang lebih tinggi dan kukuh, di samping mempunyai keperluan membesarkan anak-anak di dalam kawasan yang lebih luas. Manakala, bagi yang bujang pula, harga rumah bertanah dilihat agak mahal dengan pendapatan individu yang terhad, yang membataskan kuasa membeli mereka. Oleh sebab itu, pembelian rumah jenis strata atau penyewaan ialah langkah terbaik bagi mengelakkan beban hutang yang tinggi. Selain itu, bagi Ahmad Firdaus Abllah Zahri, yang juga seorang pelabur hartanah, pilihan adalah berdasarkan tujuan membeli, sama ada untuk didiami atau dilaburkan. Firdaus lebih gemar membeli hartanah jenis strata kerana merasakan ia lebih murah dan mudah disewakan. Selain itu, rumah jenis strata seperti kondominium atau pangsapuri juga lebih selamat kerana dilengkapi pengawal keselamatan. Katanya lagi, rumah bertanah lebih susah untuk menghasilkan aliran tunai yang positif, namun nilainya akan lebih cepat meningkat berbanding rumah strata.
34 PHM Nov 2015.indd 34
NOVEMBER 2015
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
11/9/2015 3:30:17 PM
Rumah bertanah lebih popular dalam kalangan pasangan yang telah berkeluarga dan rumah strata pula lebih popular dalam kelompok mereka yang masih bujang.
PROSPEK HARTANAH MALAYSIA
PHM Nov 2015.indd 35
PROSP EK KHAS
NOVEMBER 2015
35 11/9/2015 3:30:20 PM