1
Suarakan Pilihan Anda Pastikan hasrat anda dimaklumkan awal. Bantu mereka yang menyayangi anda memahami kemahuan dan keputusan rawatan yang anda inginkan dalam krisis perubatan. Seorang fasilitator ACP akan membantu membimbing anda melalui proses ACP untuk menyuarakan pilihan anda. Untuk mengetahui ACP dengan lebih lanjut atau untuk membuat temu janji dengan fasilitator ACP kami, sila hubungi:
PILIHAN ANDA PENTING, KERANA KEHIDUPAN ANDA AMAT BERMAKNA.
1
2
Perancangan Penjagaan Awal
APAKAH ITU? Ramai di antara kita tidak boleh membayangkan sesuatu masa kecemasan apabila kita tidak berupaya menyuarakan hasrat diri sendiri. Tetapi situasi ini mungkin berlaku. Keluarga anda mungkin terpaksa membuat keputusan yang amat sukar tentang penjagaan anda. Anda boleh mengurangkan bebanan mereka dengan menyuarakan pilihan hal-hal penjagaan kesihatan anda sekarang.
Perancangan Penjagaan Awal (ACP) adalah sesuatu perancangan untuk semua orang, tanpa mengira usia atau keadaan kesihatan. Ia merupakan satu siri perbincangan yang membantu anda memahami keadaan kesihatan anda dengan lebih baik. Pilihan anda akan dicatat dan digunakan untuk membimbing pasukan penjagaan kesihatan dan keluarga anda membuat keputusan tentang penjagaan kesihatan yang terbaik untuk anda, sekiranya anda tidak mampu untuk melakukannya sendiri. Para peserta dalam perbincangan ACP terdiri dari seorang fasilitator ACP yang terlatih, keluarga anda, fasilitator penjagaan kesihatan anda dan diri anda. Perbincangan-perbincangan ini akan dipandu mengikuti nilai-nilai budaya dan kepercayaan anda. Ia amat penting, kerana kehidupan anda amat bermakna.
3
4
Perancangan Penjagaan Awal
MENGAPA PILIHAN ANDA PENTING
Sudahkah kamu buat keputusan?
Saya tak tahu. Kami benar-benar tidak pasti sama ada ini keputusan yang paling baik untuk ayah saya.
Dalam masa krisis perubatan, keluarga anda mungkin mengalami tekanan yang hebat kerana terpaksa membuat keputusan penjagaan kesihatan yang sukar untuk anda. Maaf, Puan Ros. Keadaannya semakin teruk. Anda perlu membuat keputusan penjagaannya dengan segera.
Ibu, apakah yang ayah ingin kami lakukan? Saya tak tahu apa kita harus lakukan.
Selama ini, kesihatannya agak baik dan dia tak megalami banyak masalah kesihatan...
Kenapa dia tak pernah beritahu kita apa yang dia inginkan? Kita sepatutnya tanya dia... Ini sangat merisaukan!
Ayah kamu tidak pernah bercakap dengan ibu mengenai hal-hal ini. Ibu tak pasti. Apa yang harus kita lakukan?
Bantu Keluarga Anda Memahami Anda Bantu keluarga anda mengurangkan tekanan dan bebanan mereka dalam masa krisis perubatan. Dengan Perancangan Penjagaan Awal (ACP), anda boleh memaklumkan pilihan anda dengan lebih awal supaya keluarga anda boleh melakukan apa yang anda mahu dalam masa krisis. Mulakan perbincangan ACP anda hari ini.
5
6
Perancangan Penjagaan Awal
BAGAIMANA ACP BOLEH MEMBANTU Dengan Perancangan Penjagaan Awal (ACP), anda boleh berkongsi apa yang terpahat dalam fikiran anda dan juga apa yang anda inginkan mengenai pilihan penjagaan kesihatan anda. Ini memberikan keluarga anda jaminan dan ketenangan supaya mereka boleh memenuhi hasrat anda dalam waktu krisis. Contoh perbualan ACP: Encik Tan, sekarang Encik sudah pun tahu apakah mesin pernafasan. Bagaimanakah Encik Tan rasa mengenainya?
Saya… tak pasti tapi abang saya pernah menggunakannya. Saya rasa sedih melihat keadaanya. Kami tidak tahu jika itu yang diingininya pada masa itu.
Sekarang ayah tahu bagaimana perasaan kami apabila ayah dimasukkan ke hospital. Kami juga berasa sungguh bingung...
Cecilia, kamu telah beberapa kali membuat keputusan untuk ayah. Ayah mahu kamu terus menjadi pengganti ayah untuk pembuat keputusan, boleh?
Tapi ayah… Saya takut saya akan membuat keputusan yang salah.
Jangan bimbang, tiada keputusan yang betul atau salah. ACP dibincangkan supaya kemahuan bapa kamu boleh dipenuhi.
Enam bulan kemudian, Encik Tan jatuh sakit sekali lagi dan terpaksa dimasukkan ke Unit Penjagaan Rapi. Sudah dua minggu ayah anda tidak sedarkan diri. Anda tahu apa yang harus kita lakukan? Keadaanya amat membimbangkan...
Ya, ayah sudah memberitahu kami apa yang dia mahukan tentang hal-hal penjagaannya. Kami sudah membuat Rancangan Penjagaan Awal sejak awal lagi. Saya tahu apa yang Ayah mahukan.
Keadaan ayah merosot dengan tiba-tiba. Ayah pun tidak menjangkakannya.
ACP bermanfaat untuk anda dan orang-orang yang anda sayangi. Mulakan perbincangan ACP anda hari ini Kalau Encik Tan menyuarakan pilihan anda sekarang, ini boleh membantu keluarga anda nanti. Mereka hanya akan lebih pasti jika anda beritahu mereka.
Tonton video ACP sepenuhnya di
www.silverpages.sg/ACP
7
8
Perancangan Penjagaan Awal
ADAKAH ACP UNTUK SAYA? Ya, sudah pasti. Perancangan Penjagaan Awal adalah untuk semua orang, tanpa mengira usia atau keadaan kesihatan. ACP memberi anda peluang untuk mengawal kehidupan supaya anda tahu kemahuan anda akan dihormati pada masa anda tidak boleh menyuarakan hasrat anda sendiri. Perbualan mengenai ACP merupakan peluang untuk membincangkan, mencerminkan dan membuat keputusan mengenai pelbagai jenis rawatan penjagaan kesihatan yang anda mungkin mahu atau tidak mahu. Dengan menyuarakan apa yang anda mahukan sekarang, anda membantu keluarga anda dan pasukan perubatan memahami apa yang mereka perlu lakukan untuk anda pada waktu krisis perubatan. Adakah anda tahu bahawa anda tidak memerlukan peguam untuk ACP? Fasilitator ACP yang terlatih boleh membantu dan membimbing anda dalam proses ini.
APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN? Perancangan Penjagaan Awal mempunyai lima langkah mudah: 1. Bincang dengan fasilitator penjagaan kesihatan anda dan buat temu janji dengan fasilitator ACP yang bertauliah. 2. Bincangkan dengan cara terbuka bersama fasilitator ACP dan orang-orang yang disayangi tentang apakah yang membuat kehidupan anda lebih bermakna. 3. Pilih salah seorang daripada orang-orang yang anda sayangi untuk menjadi wakil kuasa menyuarakan keputusan anda untuk masa bila anda tidak berupaya menyuarakan hasrat anda. 4. Dokumenkan kemahuan anda dengan bantuan fasilitator ACP anda. 5. Kaji semula dokumen ACP anda apabila keadaan perubatan atau situasi kehidupan anda berubah.
Tahukan anda yang anda boleh mengubah fikiran selepas melakuan perbincangan ACP? Anda hanya perlu menghubungi fasilitator ACP anda.
9
10
Menyusunkan segala perancangan anda secara teratur Perbualan ACP merangkumi aspek AMD dan LPA, walaupun rekod ACP bukan dokumen yang sah di sisi undang-undang.
ACP
Perancangan Penjagaan Awal
APA LAGI? Perancangan Penjagaan Awal berbeza daripada Arahan Perubatan Awal dan Kuasa Wakil Berkekalan tetapi semuanya bertujuan memastikan hasrat anda akan dihormati. Perancangan Penjagaan Awal (ACP) merupakan satu siri perbualan mengenai kemahuan anda terhadap penjagaan dan rawatan anda sekiranya anda tidak berupaya untuk menyuarakannya. Arahan Perubatan Awal (AMD) ialah dokumen yang sah di sisi undang-undang yang menyatakan bahawa anda tidak mahu menerima rawatan pengekalan hayat yang luar biasa untuk memanjangkan hayat anda, sekiranya anda tidak sedarkan diri atau sakit tenat, di mana kematian akan terjadi tidak lama lagi. Kuasa Wakil Berkekalan (LPA) merupakan satu dokumen sah untuk melantik seorang pembuat keputusan proksi untuk membuat keputusan apabila anda tidak berupaya membuatnya sendiri.
• ACP memberi peluang untuk anda membincang dan mendokumentasi bersama orang-orang yang disayangi tentang kemahuan mengenai penjagaan anda. • Orang-orang yang anda sayangi akan mengetahui lebih jelas tentang kemahuan anda apabila dalam krisis perubatan apabila anda tidak berupaya menyuarakan hasrat anda. • Anda boleh meringankan bebanan mereka yang perlu membuat keputusan untuk anda.
AMD • AMD hanya boleh dikuatkuasakan apabila anda sakit tenat yang boleh membawa maut.
AMD
• Untuk mengaktifkan AMD anda dan memberhentikan rawatan pengekalan hayat, satu panel yang terdiri daripada tiga orang doktor mesti mengesahkan bahawa sakit tenat anda dan boleh membawa maut. • Keluarga anda tidak perlu melibatkan diri dalam pembikinan dokumen dan mungkin tidak akan memahami sepenuhnya sebab di sebalik keputusan anda.
LPA • Anda boleh melantik seorang penerima kuasa untuk membuat keputusan anda dalam hal-hal kebajikan diri dan harta benda, sekiranya anda kehilangan keupayaan mental di masa depan.
LPA
• LPA tidak memberikan keluarga anda kuasa untuk membuat keputusan rawatan pengekalan hayat untuk diri anda.
Anda boleh membaca dengan lebih lanjul mengenai: Perancangan Penjagaan Awal di www.silverpages.sg/ACP Arahan Perubatan Awal di www.moh.gov.sg/AMD Kuasa Wakil Berkekalan di www.publicguardian.gov.sg Semua watak yang muncul dalam pembuatan rencana ini adalah rekaan semata. Sebarang kesamaan kepada orang yang sebenar, hidup atau mati, adalah secara kebetulan sahaja.