CORAK KETERSAMPAIAN LUAR BANDAR DALAM ERA GLOBALISASI: BEBERAPA PETUNJUK DARI KAWASAN DENGKIL DAN TRIANG Mohd. Azlan Abdullah
PENGENALAN Aspek ketersampaian seringkali dikaitkan dengan kebolehsampaian ke suatu destinasi, kebolehdapatan
atau
keupayaan
untuk
mencapai
sesuatu.
Pada
asasnya
ketersampaian dipengaruhi oleh faktor jarak di mana semakin jauh sesuatu jarak maka semakin kurang atau sukar ketersampaiannya, sebaliknya semakin dekat sesuatu jarak maka semakin tinggi ketersampaiannya. Selain faktor jarak, kemudahan sistem pengangkutan, keadaan sosio ekonomi dan kemajuan dalam teknologi maklumat dan komunikasi juga signifikan bagi menentukan aras ketersampaian di sesebuah tempat. Berdasarkan faktor-faktor di atas, kawasan luar bandar yang terletak berhampiaran bandar metropolitan seperti Dengkil dijangka mempunyai aras ketersampaian yang tinggi berbanding kawasan yang letakannya jauh terpencil di kawasan pedalaman seperti Triang, dijangka aras ketersampaian adalah rendah.
Dalam era globalisasi, sesetangah faktor ini tidak relevan lagi kerana kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi telah mengurangkan kesan jarak dan masa. Dalam perkembangan ini sudah tentu darjah ketersampaian khasnya maklumat adalah tinggi sama ada di kawasan bandar atau di luar bandar. Setakat mana faktor lokasi dan globalisasi mempengaruhi aspek ketersampaian akan cuba dibincangkan dalam kertas ini. PEMBANGUNAN DALAM ERA GLOBALISASI: IMPLIKASI TERHADAP LUAR BANDAR Dasar pembangunan yang diamalkan di Malaysia merupakan pembangunan yang dirancang oleh pihak kerajaan. Berdasarkan konsep ini, pembangunan yang dijalankan adalah berteraskan kepada keperluan, peruntukan perbelanjaan serta sektor-sektor keutamaan (priority sector). Dalam kebanyakan kes, peruntukan pembangunan bagi sektor luar bandar masih rendah berbanding peruntukan bagi sektor bandar atau sektor bukan pertanian. Dari segi pelaksanaan, momentum pembangunan ini boleh dianggap agak perlahan kerana terpaksa melalui beberapa peringkat perancangan, peruntukan dan keadaan kewangan dan juga akibat kerenah birokrasi. Walau bagaimanapaun, __________________________________________________ Seminar Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan IV: 27 & 28 Ogos 2001 UKM Bangi
Corak Ketersampaian Luar Bandar Dalam Era Globalisasi
sejak dasar ini dilaksanakan, beberapa kejayaan telah dicapai. Misalnya Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang pada tahun 1971 telah membawa bibit-bibit pembangunan ke kawasan terpencil. Kemudahan asas dan sosial yang turut disediakan telah meningkatkan ketersampaian terhadap beberapa faktor pembangunan. Selain dapat menikmati kemudahan sosial, khidmat nasihat dan sokongan, kemudahan pasaran yang lebih baik turut disediakan dengan bantuan beberapa agensi kerajaan seperti FAMA dan RISDA. Ini memberi peluang kepada masyarakat luar bandar untuk meninggikan taraf hidup dan pendapatan di samping dapat menikmati suasana kehidupan yang lebih selesa dan moden.
Dasar pembangunan luar bandar diperkukuhkan lagi dengan melancarkan "Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar" pada 10 April, 1984 bertujuan untuk meningkatkan mutu dan daya pengeluaran pertanian, meninggikan pendapatan petani dan pekerja di desa dan memudahkan penyampaian perkhidmatanperkhidmatan serta lain-lain prasarana. Matlamat dasar ini ialah untuk mengurangkan kemiskinan di kalangan penduduk di luar bandar dengan memupuk semangat berusaha, bekerjasama di samping menimbulkan sifat-sifat jaya diri ekonomi
dalam
usaha
yang menguntungkan.
Usaha ini diteruskan melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan tumpuan diberikan kepada perpaduan negara kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan mengekalkan pembangunan ekonomi
lagi kestabilan sosial dan politik dan
yang
berterusan.
DPN menetapkan
satu
langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi (JPM: Online 2001).
Menerusi Dasar Urbanisasi Negara pula kerajaan telah merangka strategi untuk mencapai matlamat pembangunan negara melalui
proses
pembandaran yang
dirancang dengan mengambilkira pembangunan bandar yang seimbang dan teratur, serta mempercepatlkan proses pembandaran di kawasan luar bandar. Misalnya di kawasan skim pembangunan tanah, kegiatan-kegiatan ekonomi bandar dipergiatkan melalui perkembangan perkhidmatan, perdagangan dan runcit serta industri-industri
-2-
Corak Ketersampaian Luar Bandar Dalam Era Globalisasi
kecil. Di dalam kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah pula, bandar sedia ada dibangunkan dengan cara mengkaji kemungkinan-kemungkinan
memperluaskan
liputan dan bidang penglibatan sektor swasta selaras dengan usaha menggalakkan pembangunan
kegiatan-kegiatan bandar terutamanya
pembinaan, pembuatan dan
perkhidmatan. Kampung-kampung kecil yang terletak berdekatan pula dikelompokkan untuk dijadikan bandar kecil atau pusat pembangunan desa di mana kegiatankegiatan perindustrian kecil, perniagaan dan pertanian secara komersial dapat diwujudkan (JPM: Online 2001). Dasar-dasar lain yang turut memberi kesan kepada pembangunan luar bandar di Malaysia termasuklah Pelan Induk Perindustrian Negara I dan II dan Dasar Perindustrian Negara. Dasar-dasar ini cuba memperkukuhkan asas ekonomi luar bandar dengan memajukan industri desa yang berpotensi serta menyerakkan industri utama ke kawasan tersebut.
Dalam era globalisasi pada masa kini, pembangunan yang dilaksanakan sedikit sebanyak turut terseret dalam proses tersebut. Di beberapa kawasan terutamanya di kawasan teras atau berhampiran, kesan globalisasi ternyata lebih ketara misalnya dengan wujudnya beberapa projek yang didominasi oleh pelabur-pelabur antara bangsa khasnya Syarikat Multi Nasional (TNC). Intensiti Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan perdagangan antara bangsa turut meningkat. Dalam hal ini pembangunan yang dilaksanakan memasuki dimensi baru di mana pihak kerajaan hanya berperanan sebagai rakan kongsi atau pihak yang memberi kelulusan. Keadaan ini memungkinkan kawasan yang menjadi tumpuan pelaburan membangun dalam skala yang lebih pesat berbanding kawasan lain. Di samping itu, globalisasi juga meningkatkan ketersampaian dengan meningkatnya kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam hal ini, penguncupan ruang akibat perkembangan ICT, bermakna ketersampaian kawasan luar bandar turut meningkat.
Dalam konteks pembangunan ruang, pembangunan terancang dan globalisasi memberi implikasi tersendiri terhadap kawasan luar bandar. Bagi kawasan Dengkil di Selangor, letakannya yang berhampiran kawasan teras menjadikan kawasan ini lebih terkait dengan arus perdana pembangunan serta proses globalisasi. Kawasan ini bukan sahaja mengalami limpahan pembangunan dari kawasan teras tetapi turut menjadi destinasi projek-projek mega seperti pembinaan Lapangan Terbang Antara bangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya serta projek-projek swasta. Pembinaan
-3-
Corak Ketersampaian Luar Bandar Dalam Era Globalisasi
infrastruktur yang lengkap di samping pengwujudan kawasan-kawasan industri penting di sekitarnya turut mengubah struktur ekonomi penduduk. Sebahagian besar penduduk tidak lagi berkecimpung dalam sektor primer tetapi beralih ke sektor sekunder dan tertiari yang mempunyai pendapatan yang lumayan.
Sebaliknya bagi kawasan Triang yang secara fizikalnya terletak jauh dari pusat utama, kemampuannya untuk bersaing dengan kawasan maju agak lemah walaupun mempunyai asas ekonomi atau
sumber jaya
yang
berpotensi. Keadaan
ini
meninggalkan kesan terhadap corak pembangunan yang disalurkan serta perubahan sosio ekonomi. Dalam erti kata yang lain bibit-bibit pembangunan yang progresif lambat menular ke kawasan ini. Walaupun berfungsi sebagai pusat perkhidmatan dan perdagangan daerah, pembangunan yang dilakukan di kawasan ini masih lagi terikat kepada pembangunan terancang, maka momentumnya agak perlahan. Masih ada ruang dan sektor lain perlu diterokai dan dimajukan bagi menggerakkan pembangunan ruang desa. Secara ironisnya jurang antara kawasan luar bandar dengan kawasan bandar akan terus wujud selagi kawasan luar bandar ini bergelar luar bandar. CORAK KETERSAMPAIAN DI SEKITAR DENGKIL DAN TRIANG
Perbezaan lokasi antara kawasan Dengkil dan Triang mempengaruhi aspek ketersampaiannya terhadap beberapa parameter pembangunan. Kedudukan Dengkil yang relatif kepada kawasan teras membolehkannya untuk menerima limpahan pembangunan daripada kawasan teras. Dalam aspek ruang, pembangunan yang berlaku di kawasan teras telah mewujudkan kesan rantaian ke belakang kerana peranannya sebagai kawasan tadahan. Dari aspek lain, intensiti pengaliran keluar faktor-faktor penggerak ekonomi seperti tenaga buruh, modal dan sumber agak rendah malahan berlaku pengaliran masuk. Infrastruktur, perkhidmatan dan kemudahan sosial yang disediakan atau terdapat di kawasan teras dapat meningkatkan ketersampaian penduduknya. Sebaliknya bagi kawasan terpencil seperti kawasan Triang, letakan geografi yang relatif jauh dari kawasan teras akan mempengaruhi corak kertersampaian penduduknya. Malahan limpahan pembangunan dan penyediaan prasarana yang mempengaruhi aras ketersampaian juga agak rendah. Kawasan ini juga banyak mengalami pengaliran keluar terutamanya tenaga buruh menyebabkan pembangunan
-4-
Corak Ketersampaian Luar Bandar Dalam Era Globalisasi
ekonominya agak lembab. Bagi mengesan perbezaan corak ketersampaian di keduadua kawasan luar bandar ini, beberapa petunjuk boleh menjelaskan keadaan ini. Faktor Jarak Jarak memberi kesan langsung terhadap aspek ketersampaian. Jarak yang dekat meningkatkan ketersampaian, sebaliknya jarak yang jauh menyukarkan ketersampaian. Model letakan kegiatan ekonomi yang dipelopori oleh Von Thunen (Model Letakan Pertanian) dan Weber (Teori Lokasi Industri) mengambil kira kesan jarak terhadap keputusan melakukan aktiviti berkenaan (Bradford & Kent 1977). Malah dalam teori-teori pembangunan ruang yang dianjurkan oleh Mydral (1957), Perroux (1955), Hirshman (1958) dan Friedmann (1966) turut menjelaskan bahawa pembangunan lazimnya bermula dari pusat utama kemudian barulah menular ke kawasan-kawasan pinggir atau luar bandar. Dalam konteks ini kawasan yang berhampiran kawasan teras lazimnya akan dibangunkan terlebih dahulu atau mengalami pembangunan yang lebih pesat berbanding kawasan yang jauh. Dalam kes Dengkil, lokasinya di tengah-tengah beberapa pusat utama seperti bandar metropolitan Lembah Kelang dan sub pusat seperti Bandar Baru Bangi, Kajang, Nilai dan Bandar Baru Salak Tinggi berupaya meningkatkan ketersampaian penduduknya (Jadual 1).
Jadual 1: Anggaran jarak Pekan Dengkil dari pusat-pusat utama di sekitarnya Pusat Jarak (km)* Metropolitan Lembah Kelang 40 Pelabuhan Kelang 60 KLIA 25 Putrajaya - Cyber Jaya 10 Bandar Baru Bangi-Kajang 19 Nilai 20 Bandar Baru Salak Tinggi 15 Banting 30 Lebuhraya Utara-Selatan 18 *Anggaran jarak berdasarkan perjalanan menggunakan kereta atau tempoh perjalanan.
Aspek ketersampaian kawasan Dengkil juga turut dipengaruhi oleh sistem pengangkutan yang baik dan maju. Jaringan jalan raya di kawasan ini terdiri daripada jalan negeri dan berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Kawasan ini juga mempunyai sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang agak cekap seperti bas awam dan teksi yang menghubungkannya dengan pusat-pusat utama seperti BangiKajang-Kuala Lumpur, Banting-Kelang dan kawasan lain di sekitarnya. Lokasi dan
-5-
Corak Ketersampaian Luar Bandar Dalam Era Globalisasi
sistem pengangkutan
yang
baik ini memungkinkan
sesetengah
barang
atau
perkhidmatan yang tidak disediakan di kawasan ini, boleh diperolehi dengan mudah dari pusat lain yang berhampiran, misalnya peralatan kereta, jentera, barang binaan dan beberapa perkhidmatan sosial penting. Bukti-bukti lain yang dapat menjelaskan keadaan ini termasuklah kadar pemilikan kenderaan bermotor di kalangan penduduknya, perubahan guna tenaga mengikut sektor dan perubahan pendapatan. Berdasarkan kajiselidik yang dilakukan terhadap responden di kawasan ini mendapati 59.6 peratus memiliki kereta sendiri, 11.4 peratus memiliki lori/van dan 76.3 peratus memiliki motosikal. Keadaan ini turut memberi kesan terhadap struktur ekonomi. Misalnya dari segi guna tenaga, kira-kira 67.0 peratus penduduknya terlibat dalam sektor sekunder dan tertiari terutamanya industri pembuatan dan perkhidmatan awam dan perniagaan berbanding 12.2 peratus dalam sektor primer. Keadaan turut membawa implikasi terhadap tingkat pendapatan penduduk di mana 54.7 peratus memperolehi pendapatan antara RM 1 500 hingga RM 5 000 sebulan.
Di kawasan Triang pula, letakannya yang agak jauh dari pusat-pusat utama serta sub pusat memberi kesan yang signifikan dalam proses pembangunan dan ketersampaian penduduknya. Misalnya jarak antara Triang dengan Kuantan kira-kira 200 kilometer manakala jaraknya dengan sub-pusat lain juga agak jauh misalnya dengan Temerloh, Kemayan, Bahau dan Muadzam Shah dalam lingkungan 20-60 kilometer menjadikan kawasan Triang agak terpinggir
malah tidak popular kepada
pelabur-pelabur. Sehubungan dengan itu, pergantungan dan perkaitan Triang dengan pusat lain mewujudkan dua keadaan utama. Dalam keadaan pertama, hubungan dan pergantungannya terhadap pusat lain agak tinggi terutamanya untuk mendapatkan beberapa barangan dan perkhidmatan yang tidak dapat ditawarkan di Triang seperti barangan mewah, jentera berat, kenderaan dan perkhidmatan sosial seperti hospital, klinik pakar, pendidikan tinggi, guaman dan sebagainya. Barangan dan perkhidmatan ini terpaksa diperolehi dari kawasan lain seperti Temerloh, Kuantan atau Bahau (Negeri Sembilan). Dalam keadaan kedua pula, hubungannya dengan kawasan lain agak rendah terutamanya dalam hal mendapatkan barangan dan perkhidmatan asas kerana kebanyakan perkhidmatan ini terpaksa dipusatkan di sini. Oleh itu kefungsian kedua-dua kawasan ini agak berbeza. Bagi kawasan Triang banyak perkhidmatan sosial (seperti perkhidmatan pendidikan, kesihatan, pusat utiliti, pejabat kerajaan dan agensi pembangunan) ditumpukan. Ini bermakna walaupun Triang terletak jauh dari pusat
-6-
Corak Ketersampaian Luar Bandar Dalam Era Globalisasi
pertumbuhan utama, namun kefungsiannya terpaksa dipertingkatkan bagi menampung keperluan sosio ekonomi penduduk agar tidak perlu pergi ke tempat lain yang lebih jauh. Projek-projek Pembangunan Swasta Ketersampaian projek-projek pembangunan di kedua-dua kawasan ini memberi petunjuk tentang status pembangunannya. Di kawasan Dengkil, projek-projek pembangunan yang dijalankan mula berkembang dengan pesat sebaik sahaja cadangan pembinaan beberapa projek mega di kawasan ini diumumkan awal 1990-an. Selepas itu berlaku banyak perpindahan hak milik tanah dan perubahan guna tanah di sekitar Dengkil. Perubahan gunatanah yang paling ketara adalah dari sektor pertanian kepada sektor perumahan, infrastruktur, perdagangan dan industri. Oleh kerana Dengkil lebih hampir dengan bandar-bandar utama di Lembah Kelang, maka proses pembandarannya lebih terkait dengan proses yang berlaku di sana. Kepesatan pembangunan di kawasan sekitarnya telah menyebabkan lebih banyak ruang diperlukan untuk memenuhi kesan limpahan dari pusat. Banyak aktiviti pembuatan terpaksa dipindahkan keluar dari kawasan teras bagi mendapatkan tapak yang lebih luas, tenaga buruh yang lebih murah dan membuka cawangan baru. Keperluan untuk memenuhi permintaan
pasaran
ekonomi global juga turut mendorong ruang kawasan di sekitar pusat pertumbuhan utama di susun semula. Keadaan ini mempengaruhi jumlah dan jenis projek yang dilakukan di kawasan Dengkil dan sekitarnya yang lebih mirip kepada pembangunan ekonomi bandar. Selain projek-projek pembangunan mega yang digerakkan oleh sektor awam atau kerajaan di sekitarnya, ketersampaian projek-projek swasta juga banyak dengan tumpuan kepada projek pembangunan hartanah (Jadual 2 dan 3). Jadual 2. Projek-projek swasta yang sedang berjalan
Projek-projek Swasta SJa Nama Projek 1. Eco-Mediacity 2. Palm Garden Golf Resort 3. Taman Emas, Puchong 4. Kenshine Corporation Sdn. Bhd 5. Taman Meranti Jaya 6. Taman Sri Bayu
Jenis Projek Pembangunan bercampur - golf Pembangunan bercampur - golf Pembangunan bercampur Pembangunan bercampur Pembangunan bercampur Pembangunan bercampur
Sumber: Pejabat Daerah Sepang 1999.
-7-
Status Golf – telah siap
Luas (ha) 636
Golf – telah siap
< 133
Dalam pembinaan
94
Dalam pembinaan
235
Dalam pembinaan
35
Telah siap
40
Corak Ketersampaian Luar Bandar Dalam Era Globalisasi
Jadual 3: Projek-projek utama swasta yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri dan belum dilaksanakan Nama & Lokasi Projek
Mukim Puchong/Dengkil Puchong/Dengkil
Keluasan (ekar) 1,250.27 854
Jenis Pembangunan Bercampur Bercampur
1. Kota Perdana – SAP Holding Bhd 2. Bukit Air Hitam 3. Wonderful Property & Development Sdn. Bhd. 4. Inai Perkasa Sdn. Bhd. 5. Yayasan FAS 6. Tentu Mewah Arriculture Sdn. Bhd. 7. Hijrah Murni 8. Lembaga Pertubuhan Peladang 9. Bute Estate 10. East Asiatic Company (M) Berhad 11. Gema Padu 12. Boon Siew Development 13. Kumpulan Sepang Utama
Puchong/Dengkil Puchong/Dengkil Puchong/Dengkil Jenderam/Dengkil Sungai Merab/Dengkil Jenderam/Dengkil Salak/Sepang Bagan Lalang/Sepang Ampar Temang/Dengkil Sg. Buah Jenderam/Dengkil
232.07 467.96 87.29 42.3 33.7 200 175.75 1,490.3 1,480 423.7 130
Bercampur Bercampur Bercampur Bercampur Bercampur Bercampur Bercampur Bercampur Bercampur Bercampur Bercampur
Sumber: Pejabat Daerah Sepang 1999.
Projek-projek di atas dijangka dimulakan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun ia tergendala kerana menantikan kelulusan Pelan Struktur Sepang/ Kuala Langat dan Pelan Struktur Putrajaya / kawasan sekitarnya dan pengumuman Koridor Raya Multimedia (MSC). Projek-projek ini menunjukkan bahawa kawasan Dengkil dan sekitarnya telah mengalami proses peralihan pembangunan yang lebih liberal. Dalam era globalisasi, penyertaan pihak swasta sama ada pelabur luar atau tempatan menunjukkan bahawa kawasan sekitar Dengkil semakin tercakup dalam dimensi persaingan global dan memberi kesan terhadap penduduknya.
Sementara di kawasan Triang pula, projek pembangunannya masih tertumpu kepada
pembangunan
pertanian,
projek
pembangunan
rakyat
termiskin
dan
mempertingkatkan penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur di samping sedikit pembangunan hartanah perumahan dan perdagangan. Projek-projek pembangunan ini dilaksanakan melalui agensi kerajaan seperti Unit Pembanguan Luar Bandar, agensi FELDA, FELCRA dan juga Lembaga Kemajuan DARA. Penyertaan pihak swasta dalam projek-projek pembangunan masih kurang berbanding kawasan Dengkil. Kebanyakan projek-projek swasta lebih tertumpu kepada projek perumahan dan pembinaan ruang perdagangan. Projek-projek perumahan dan perdagangan hanya berkembang sejak akhir-akhir ini terutamanya apabila Bera diberi status daerah pada 1 Februari 1992 di mana Triang-Kerayong dijadikan pusat perkhidmatan, perdagangan dan pentadbiran daerah. Di Mukim Triang penyertaan pihak swasta dalam projek perumahan melibatkan
-8-
Corak Ketersampaian Luar Bandar Dalam Era Globalisasi
keluasan 545.6 ekar atau merangkumi 3,237 unit yang terdiri dari unit kos rendah (50.2%), 2,989 unit teres (46.4%), 176 unit sesebuah (2.7) dan 44 unit berkembar (0.7. Walaupun pihak swasta lebih memberi perhatian
kepada pembangunan komersil
seperti perumahan, perniagaan dan industri tetapi secara relatif didapati skala pembangunan tersebut masih lagi kecil. Keluasan tanah yang telah ditetapkan jenis pembangunannya dalam kawasan bandar dan petempatan utama di daerah ini adalah berjumlah kira-kira 603 ekar di mana 54% berada di kawasan Bandar Triang. Selain itu projek perumahan mencatatkan keluasan terbesar iaitu kira-kira 493 ekar (81.7%) (Jadual 4). Di peringkat Daerah Bera, terdapat beberapa projek perumahan sedia ada yang melibatkan program perumahan awam kos rendah dan juga perumahan swasta. Daripada 473 unit rumah kos rendah di dalam daerah Bera, 273 unit telah diduduki semenjak tahun 1996, manakala 200 unit lagi sedang dalam pembinaan. Sementara itu, projek perumahan yang melibatkan PASDEC Corporation telah menyediakan lebih kurang 292 unit perumahan bagi daerah ini. Jadual 4: Agihan cadangan pembangunan mengikut jenis kegunaan tanah Jenis Kegunaan Tanah
Keluasan (ekar)
Peratus
56.5 9.1 Perniagaan 493.0 81.7 Perumahan 2.8 0.5 Industri 4.5 0.7 Infrastruktur/Utiliti 45.4 7.5 Institusi Awam/Jabatan Kerajaan 1.0 0.2 Rekreasi Jumlah 603.2 100.00 Sumber: Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur Daerah Bera, 1996.
Penglibatan pihak swasta dalam sektor pembuatan tidak begitu menggalakkan di kawasan Triang. Hanya terdapat sebuah kilang pembuatan yang menghasilkan perkakas elektronik iaitu Zillontech (M) Sdn. Bhd. yang terletak di Paya Lang, tidak jauh dari Triang. Kilang ini telah beroperasi sejak 1994 dan mempunyai hubungan dengan sebuah kilang vendor (IKS) di Mengkarak serta berperanan sebagai pembekal komponen cips komputer kepada kilang induknya (milik firma trans-nasional) di kawasan perindustrian Nilai. Walaupun kewujudan kilang ini menunjukkan kawasan Triang juga terkait dengan rangkaian ekonomi global tetapi kesannya terhadap penduduk sekitarnya amat terbatas. Oleh itu faktor jarak agak jauh telah mengurangkan ketersampaian pelabur-pelabur swasta atau trans-nasional ke kawasan ini walaupun mempunyai sumber serta tenaga buruh yang murah.
-9-
Corak Ketersampaian Luar Bandar Dalam Era Globalisasi
Ketersampaian Perkhidmatan Sosial Kebanyakan kawasan luar bandar di Malaysia masih lagi tidak mempunyai kemudahan perkhidmatan sosial yang lengkap seperti yang terdapat di kawasan bandar. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor misalnya penduduk yang kurang, letakan yang jauh terpencil dan faktor logistik. Walau bagaimanapun, untuk berhadapan dengan arus globalisasi persediaan prasarana fizikal mahupun mental amat perlu. Hubungan penyediaan perkhidmatan sosial dengan arus globalisasi sebenar berkait dengan bentuk-bentuk perkhidmatan yang lebih menyokong aktiviti-aktiviti globalisasi tersebut. Ini kerana terdapat sesetengah aktiviti bergantung sepenuhnya terhadap satu bentuk perkhidmatan yang disediakan. Dalam kes Dengkil dan Triang, intensiti penyediaan bentuk-bentuk perkhidmatan ini sudah tentu berbeza kerana faktor lokasinya. Di Dengkil, walaupun letakannya berhampiran dengan pusat pertumbuhan utama di Lembah Kelang, tetapi fungsi perkhidmatan sosial yang ditawarkan amat sedikit dan sangat asas iaitu tertumpu kepada perkhidmatan pendidikan, kesihatan, keselamatan dan pengangkutan sahaja. Pada tahun 1999, Dengkil hanya mempunyai empat sekolah kebangsaan dan 1 sekolah menengah dan 1 masing-masingnya bagi perkhidmatan kesihatan, balai polis, pejabat pos dan tempat beribadat.
Perkhidmatan sosial peringkat sederhana dan tinggi seperti perkhidmatan perbankan, penginapan dan pelancongan, hiburan, kecantikan dan pasaraya amat kurang atau tidak disediakan di kawasan ini. Ini disebabkan ketersampaian kepada bentuk-bentuk perkhidmatan ini masih tinggi kerana perkhidmatan ini boleh diperolehi dari kawasan atau bandar berhampiran. Misalnya perkhidmatan perbankan dan pasaraya ditawarkan dengan meluas di Bandar Baru Bangi dan Kajang, manakala perkhidmatan hiburan, rekreasi dan penginapan pula banyak ditawarkan di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Port Dickson. Begitu juga perkhidmatan pendidikan tinggi yang banyak ditawarkan oleh bandar-bandar utama di sekitarnya berhampiran dengan institusi-institusi latihan di Bangi serta beberapa Universiti awam dan swasta. Oleh itu berdasarkan
faktor
keterhampirannya
dengan
kawaan
teras
tidak
banyak
mempengaruhi aras ketersampaian perkhidmatan sosial di kawasan ini.
Sebaliknya di kawasan Triang, penyediaan perkhidmatan sosial ini amat tinggi terutamanya yang berkait dengan keperluan sosio ekonomi desa dan pembangunannya. Dari pemerhatian yang dilakukan, sebanyak 31 fungsi perkhidmatan sosial disediakan di
-10-
Corak Ketersampaian Luar Bandar Dalam Era Globalisasi
kawasan Triang (termasuk Kerayong) berbanding 15 di Dengkil. Selain itu dari segi fungsi perniagaan, kawasan Triang-Kerayong mempunyai 714 fungsi berbanding dengan 197 fungsi di Dengkil. (Rujuk Kertas Kerja Katiman, Junaidi, Mohd. Azlan 2001: Pengaruh letakan terhadap pembangunan dan pembandaran desa). Ini menunjukkan walaupun Triang terletak jauh dari koridor utama, namun dari segi penyediaan perkhidmatan sosialnya agak tinggi kerana berlaku pemusatan dan keperluan bagi mempertingkatkan fungsi bandar utama di kawasan pedalaman. Dengan itu penduduk tidak perlu pergi ke kawasan lain untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Dalam kes Triang, peningkatan beberapa fungsi perkhidmatan sosial sebenarnya berkait secara langsung dengan proses globalisasi. Antaranya ialah dengan pertumbuhan pesat dalam penawaran perkhidmatan perbankan. Kewujudan enam institusi perbankan dan kewangan di sini menunjukkan bahawa Triang sudah mula terjalin dalam pasaran mata wang dan aliran modal. Selain menyediakan perkhidmatan tabungan, perkhidmaan perbankan di sini juga menawarkan perkhidmatan pinjaman dan kemudahan kredit. Oleh itu aliran modal dalam bentuk tunai boleh diperolehi dengan mudah. Selain itu, wujudnya beberapa tempat penginapan seperti hotel dan rumah tumpangan sebagai menyokong perkembagan sektor pelancongan bercorak ecotorism di kawasan Tasik Bera. Dengan wujudnya tempat-tempat penginapan ini, secara tidak langsung, ia membawa masuk pendapatan dari luar. Malah mereka yang menginap di sini juga memerlukan bentuk-bentuk perkhidmatan lain seperti hiburan, baik pulih kenderaan, farmasi dan sebagainya. Di samping itu, kewujudan beberapa restoran makanan segera ala barat di kawasan ini menunjukkan kawasan Triang sudah terjalin dalam dalam budaya makan yang lebih bersifat global. Ketersampaian Maklumat Satu perkembangan mutakhir ialah perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Perkembangan ini sebenar mempunyai banyak implikasi terhadap ketersampaian kerana perkembangan ICT membolehkan maklumat disampai dan diterima dengan pantas dan mudah. Bagi melihat aras ketersampaian maklumat antara kedua-dua kawasan ini, terdapat beberapa petunjuk digunakan. Dari segi infrastruktur ICT itu sendiri ia sebenarnya berkait dengan alat-alat komunikasi dan media massa yang menyalurkan maklumat tersebut mislanya media eletronik, media cetak atau alat-alat komunikasi serta penggunaan dan keterdedahan kepada media dan alat-
-11-
Corak Ketersampaian Luar Bandar Dalam Era Globalisasi
alat tersebut. Jika diperhatikan di kawasan Dengkil, perkembangan ICT ini tidak begitu jelas. Kedai yang menjual peralatan komputer hanya satu sementara Cyber Cafe yang menjadi pusat perkembangan ini tidak wujud di kawasan ini. Malah egen yang menjual peralatan komunikasi khasnya telefon selular juga tidak wujud. Berbeza dengan Triang (termasuk Kerayong) perkembangan ICT agak menggalakkan di mana terdapat tujuh pusat Cybercafe dan tujuh kedai yang menjual peralatan komputer. Sementara itu terdapat dua egen perkhidmatan telefon selular yang beroperasi di kawasan ini.
Bagi meneliti lebih lanjut aras ketersampaian maklumat di kawasan-kawasan ini, satu analisis telah dibuat bagi menguji tahap pengetahuan am responden terhadap beberapa isu dan maklumat (Jadual 5). Secara purata, 73.9 peratus (Dengkil) dan 64.4 peratus (Triang) responden tahu mengenai maklumat yang dikemukakan, manakala 14.7 peratus (Dengkil) dan 24.2 peratus (Triang) tidak tahu. Ini menunjukkan ketersampaian maklumat lebih tinggi di Dengkil berbanding kawasan Triang. Ini mungkin disebabkan oleh faktor lokasi Dengkil yang lebih strategik dalam penyebaran maklumat berbanding Triang yang terletaknya jauh di pinggiran. Walau bagaimanapun, pada umumnya peratusan ketersampaian maklumat adalah tinggi bagi kedua-dua kawasan. Dari segi pemberat, kajian ini mendapati responden lebih peka kepada maklumat yang agak ekstrim, atau menakutkan misalnya penyakit Japanes Enchepalitis, kegawatan ekonomi dan politik tanah air dsi samping polisi pembangunan negara seperti wawasan 2020. Tetapi mereka kurang memberi perhatian kepada maklumat atau isu-isu sosial yang kurang kontroversi, tiada kaitan dan teknologi baru misalnya pengkorporatan universiti, kadar tukaran wang asing, penggunaan internet dan perubatan moden. Mereka yang tidak tahu tentang maklumat tersebut pula kemungkinan disebabkan sumber maklumat terhad, buta huruf atau tidak ambil kisah langsung.
-12-
Corak Ketersampaian Luar Bandar Dalam Era Globalisasi
Jadual 5: Petunjuk ketersampaian maklumat di Dengkil dan Triang Maklumat Wawasan 2020 MSC Japanese Enchepalitis Pengkorporatan Univ. Tukaran wang Internet Kegawatan ekonomi & politik Viagra Purata (%)
Dengkil (%) Tahu Tak Tahu 89.0 6.5 87.3 6.1 86.1 6.9 62.9 18.0 51.4 31.8 57.6 27.8 87.8 6.0 69.0 14.7 73.9 14.7
Triang (%) Tahu Tak Tahu 77.8 15.8 63.4 26.4 87.3 10.9 49.3 29.2 50.0 30.6 42.6 38.7 77.1 17.6 68.7 23.6 64.4 24.2
Sumber: Kajiselidik 1999.
Dari segi sumber maklumat pula, kedua-dua kawasan ini masih bergantung kepada media eletronik seperti radio dan television dan surat khabar sebagai sumber utama. Misalnya di kawasan Dengkil 62.8 peratus dan 11.5 peratus responden bergantung kepada radio/televiyen dan surat khabar. Manakala di Triang pula pergantungan responden kepada radio/televisyen adalah kira 53.9 dan 20.2 peratus. Pergantungan kepada internet masih terlalu rendah iaitu kurang dari 1.0 peratus di Dengkil dan 0.2 peratus di Triang. KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, ketersampaian luar bandar pada masa kini masih lagi dipengaruhi oleh faktor tempatan khasnya faktor lokasi dan polisi-polisi pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan. Bagi kawasan yang berhampiran dengan pusat pertumbuhan utama seperti Dengkil, ketersampaian kawasan ini sudah meningkat dalam banyak perkara khasnya yang melibatkan ketersampaian beberapa perkhidmatan sosial dan maklumat. Walaupun beberapa perkhidmatan ini tidak disediakan di kawasan ini, namun ia boleh diperolehi dengan mudah dari kawasan lain yang berhampiran. Sebaliknya bagi kawasan Triang yang secara geografinya terletak di pedalaman Pahang, ketersampaian di kawasan ini sedikit sebanyak di pengaruhi oleh kesan jarak. Oleh itu terdapat beberapa perkhidmatan tidak dapat diperolehi di sini, namun dari sudut yang lain, berlaku pertambahan fungsi di bandar ini bagi menampung keperluan sosio ekonomi penduduk di kawasan sekitarnya. Walaupun proses globalisasi dapat menembusi kawasan terpencil seperti Triang, namun skala dan skopnya masih kecil dan
-13-
Corak Ketersampaian Luar Bandar Dalam Era Globalisasi
terhad berbanding dengan kawasan yang lebih hampir dengan kawasan teras. Oleh itu projek-projek pembangunan di kawasan ini masih lagi didominasi oleh agensi kerajaan. Sebaliknya di kawasan seperti Dengkil, penyertaan pihak swasta semakin ketara dalam pembangunannya. Akhir sekali, proses globalisasi masa kini sebenarnya telah meningkatkan ketersampaian maklumat di kalangan penduduk luar bandar terutama segi penyebaran idea dan maklumat serta gaya hidup barat. Penghargaan Kertas ini adalah sebahagian daripada hasil kajian Projek Bandar 21 tentang Pembandaran dan Pembangunan Desa Dalam Era Globalisasi: Impak terhadap ruang dan pola sosio-ekonomi penduduk desa Semenanjung Malaysia. Kajian ini dibiayai oleh UKM melalui API/98. Penulis ingin mengucapkan terima kasih di atas pembiayaan tersebut.
RUJUKAN Bradford, M.G & Kent, W.A 1977. Geografi manusia: Teori-teori dan penggunaannya. Terj. Petaing Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Daerah Bera. 1997. Laporan Tahunan Pejabat Daerah dan Tanah Bera. Jabatan Perdana Menteri. 2001. Dasar-Dasar Malaysia (Online). 17 Ogos. http://www.smpke.jpm.my/RancanganWeb/Rancangan.nsf/DasarView/?OpenView&Ele ment) JPPD. 1996. Laporan pemeriksaan rancangan struktur daerah Bera. Kuala Lumpur: Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Mohd. Azlan Abdullah. 2001. Kesan penyediaan dan penggunaan kemudahan asas dalam pembandaran desa: Kajian di Triang -Kerayong. Kertas kerja dibentang dalam Seminar Kebangsaan. Geografi Dalam Pembanguan Negara. Universiti Malaya 15-17 Mei. Katiman Rostam, 2000. Pembandaran dalam era globalisasi: Beberapa kesan terhadap ruang ekonomi desa di bandar pinggiran metropolitan. Dlm Katiman Rostam & et.al (Pytg) Alam, Manusia dan Pembangunan di Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan. Bangi: Jabatan Geografi UKM. Pejabat Daerah Sepang. 1999. Taklimat Pembangunan Daerah Sepang.
-14-