CIRCLE OF CARE PROJECT PRESENTATION GATHERING 7 APRIL 2007
Project:
Flower Nursery
Pusat Pemulihan Psikososial (PSR) Pasir Mas telah ditubuhkan pada Jun 2005. Kini setelah lebih setahun bergerak, jumlah peserta untuk pemulihan adalah seramai 24 orang terdiri dari 6 orang perempuan dan selebihnya adalah peserta lelaki. Antara terapi yang dijalankan di Pusat Pemulihan Psikososial Pasir Mas adalah seperti Terapi Sosial, Terapi Rekreasi, Terapi Seni, Terapi Kerja, Terapi Domestik, Activity Daily Living dan aktiviti-aktiviti lain. Antara lain tujuan terapi-terapi ini adalah bagi mewujudkan kesedaran di kalangan peserta bahawa aktiviti-aktiviti sebegitu perlu dipraktikkan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Peserta dilatih agar dapat bergiat aktif seperti orang lain pada kadar yang optimum mengikut kemampuan mereka dari masa ke semasa. Selain aktiviti yang dinyatakan , Pusat Pemulihan Psikososial Pasir Mas juga memikirkan bahawa adalah perlu mewujudkan satu projek yang boleh dilaksanakan oleh para peserta
secara tidak langsung ianya
dapat menjana pendapatan kepada mereka sendiri. Perkara ini difikirkan perlu kerana sebahagian besar dari kalangan peserta pemulihan terdiri dari mereka yang rendah tahap sosio ekonominya. Setelah diadakan perbincangan bersama pegawaipegawai yang berkaitan, maka PSR Pasir Mas memutuskan untuk melaksanakan Projek Nurseri Bunga bersebelahan bangunan Pusat Pemulihan. Projek Nurseri Bunga PSR Pasir Mas telah mendapat peruntukan kewangan dari Malaysian Psychiatric Association (MPA) sebanyak RM 5000 yang telah disalurkan menerusi Kelab Minda Kelantan pada 24 Februari 2006. Namun begitu wang tersebut hanya dapat ditunaikan setelah Kelab Minda Kelantan diluluskan pertubuhannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada bulan Ogos 2006. Kami amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada “ MPA ” kerana telah memberi sokongan padu terhadap perjalanan kelas pemulihan di Pasir Mas. Dengan adanya bantuan ini, telah menyuntik semangat kepada kami untuk melaksanakan projek khusus untuk golongan yang tidak bernasib baik ini, apatah lagi sebelum ini kami amat sukar untuk menjalankan aktiviti berikutan keupayaan kewangan yang amat terhad. Kami amat berharap agar pihak MPA terus memberi bantuan kerana dengan
43
CIRCLE OF CARE PROJECT PRESENTATION GATHERING 7 APRIL 2007
bantuan tersebut ianya telah membuka ruang yang lebih luas kepada kami untuk melakukan aktiviti. Projek Nurseri Bunga PSR Pasir Mas telah siap beroperasi sepenuhnya pada bulan Disember 2006. Kos keseluruhan rumah untuk nurseri bunga adalah sebanyak RM 3600 di mana rangka rumah nurseri bernilai RM 2800 dan rak untuk meletak bunga adalah sebanyak RM 800. Harga ini difikirkan munasabah setelah tinjauan dilakukan di beberapa buah kedai membuat besi sekitar Pasir Mas. Sebanyak RM 900 lagi telah dibelanjakan untuk membeli benih bunga, pasu serta peralatan lain untuk nurseri bunga. Wang selebihnya sebanyak RM 500 digunakan sebagai modal pusingan projek. Berikut adalah jadual perjalanan wang Projek Nurseri Bunga PSR Pasir Mas ;
WANG TERIMA
WANG KELUAR
Terima peruntukan wang dari MPA RM Kos Rumah Nurseri
RM 2800
5000
RM 800
Kos Rak Bunga Kos Beli Benih + Peralatan Lain untuk Nurseri
RM 900
Baki utk. Modal Pusingan
RM 500 ________ RM 5000
Keuntungan Jualan ________
Sehingga Mac 2007 RM
5000
* Staff / Pesakit Luar
RM 40.00
*25/1/07 – Pelawat dari Kedah RM 80.00 * 31/1/07 – Pelawat HUSM
RM 30.00 RM 150.00
44
CIRCLE OF CARE PROJECT PRESENTATION GATHERING 7 APRIL 2007
* 25/1/07 – Keuntungan sebanyak RM5.00 seorang telah diberikan kepada peserta projek
Projek Nurseri Bunga PSR Pasir Mas mendapat sokongan padu daripada Pegawai Kesihatan Daerah Pasir Mas serta badan-badan sokongan yang lain seperti Kelab Sokongan Keluarga (Kelab Minda Kelantan ), ahli-ahli keluarga pesakit, Kelab Warga Mas Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas, Persatuan Wanita Pasir Mas, kakitangan kesihatan, jabatan-jabatan Kerajaan yang lain serta badanbadan NGO. PSR Pasir Mas sering menjadi tumpuan pelawat sama ada dari dalam mahupun dari Luar Negeri Kelantan. Bagi pelatih-pelatih Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia, PSR Pasir Mas dijadikan sebagai model dan tempat untuk mereka lakukan kajian serta aktiviti. Sepanjang tahun 2006, PSR Pasir Mas telah menerima kunjungan dari pelbagai pihak seperti Rombongan Kakitangan dari negeri Kedah dan Putra Jaya. Pengarah Pembangunan Kesihatan Keluarga ketika itu iaitu Dato’ Dr. Narimah bt. Awin juga telah meluangkan masa melawat serta merasmikan PSR Pasir Mas . Beliau melahirkan rasa kagum terhadap perjalanan kelas pemulihan serta pencapaian peserta PSR Pasir Mas yang begitu memuaskan hati beliau. Dengan adanya
Projek Nurseri ini, pengunjung-pengunjung pasti akan lebih
teruja disamping dapat memberi impak yang positif kepada pesakit. Pesakit juga semakin bertambah minat untuk menghadiri kelas pemulihan yang diadakan sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada setiap hari Rabu dan Khamis. Pada hari-hari selain Rabu dan Khamis, pesakit tetap hadir secara sukarela untuk melihat perkembangan projek nurseri mereka. Projek nurseri bunga ini melibatkan 12 orang peserta serta dibantu oleh 3 orang kakitangan yang bertanggungjawab secara langsung dalam proses pemulihan pesakit. Mereka terdiri dari seorang Pembantu Perubatan, seorang Penolong Jururawat serta seorang Atendan Kesihatan. Selain
45
CIRCLE OF CARE PROJECT PRESENTATION GATHERING 7 APRIL 2007
daripada 12 peserta yang terlibat untuk projek nurseri, peserta yang selebihnya bakal menjalankan satu lagi projek yang telahpun diluluskan peruntukan kewangan juga dari pihak MPA dan sedang dalam proses perlaksanaan iaitu projek penternakan
ikan
keli
dalam
kanvas.
Kami
juga
sedang
dalam
proses
memanjangkan projek tersebut untuk dilaksanakan oleh keluarga pesakit yang berminat di rumah mereka. Setakat ini sudah ada dua orang penjaga yang bersetuju untuk melaksanakan projek iaitu yang pertama ternakan ikan keli dalam kanvas dan yang kedua adalah perniagaan runcit secara kecil-kecilan di rumah . Diharapkan projek ini akan berjaya secara tidak langsung dapat membantu keluarga pesakit yang serba kekurangan. Berikut adalah senarai nama peserta yang terlibat dengan projek nurseri bunga ;
BIL
NAMA
1
Ismail b. Che Mat
2
NO KAD
DIAGNOSIS
RAWATAN
761218-03-5449
Schizophrenia
T. Risperidone 2mg ON, 1 mg OM
Nor Adilah bt. Mohd Nor
810418-03-5230
Schizophrenia
T. Risperidone 6 mg Dly
3
Mat bin Rejab
621101-03-5213
Schizophrenia
4
Mat Tajuddin b. Pa’ Su
Tiada
Schizophrenia
T. Clozapine 100 mg OM, 200 mg ON
5
Che Ya b. Ahmad
650417-03-5589
Schizophrenia
T. Pherphenazine 8 mg ON
6
Hasni bt. Hassan
740421-03-5652
Schizophrenia
T. Olanzapine 10 mg ON
7
Wan Izani b. Wan Jaafar
781204-03-5593
Schizophrenia
T. Olanzapine 20 mg ON
740315-12-5056
Schizophrenia
T. Clozapine 350 mg. ON T. Propanolol 40 mg ON
8
Nurul Amal bt. Abd. Rahman
PENGENALAN
T. CPZ 100 mg OM 200 mg ON
46
CIRCLE OF CARE PROJECT PRESENTATION GATHERING 7 APRIL 2007
9
Mohd Azaini b. Md. Noor
750921-03-5789
Schizophrenia
T. Epilim 200 mg ON T. Sulpiride 200 mg BD
10
Faten Humairah bt. Harun
760817-03-5526
Schizophrenia
T. Olanzapine 5 mg BD T. Epilim 400 mg BD
11
Mohd Zafari b. Che Yusof
801228-03-5157
Schizophrenia
T. Seroquel 400 mg ON
12
Rosliny bt. Ab. Rahman
810425-03-5220
Bipolar
T. Epilim 600 mg BD
Disorder
T. CPZ 100 mg Dly
Objektif utama Projek Nurseri Bunga adalah untuk meningkatkan penglibatan aktif para peserta terhadap proses pemulihan, memberi peluang pekerjaan dan pendapatan
sampingan
serta
membina
semangat
berdikari dan
berusaha
memajukan diri di kalangan mereka. Dengan adanya nurseri bunga ini, mereka akan diajar selok-belok berkaitan tanaman bunga, teknik-teknik penjagaan seterusnya bagaimana caranya untuk mendapat keuntungan dari projek yang dijalankan. Selain itu, pesakit akan merasa lebih berkeyakinan untuk melakukan apa-apa aktiviti yang seumpanya serta dapat mengenal kemampuan diri masing-masing. Projek sebegini adalah penting untuk mereka praktikkan apabila telah tamat program atau sewaktu mereka berada bersama keluarga di rumah. Dengan adanya projek sebegini, sudah pasti pesakit tidak akan berasa bosan dengan aktiviti dalaman sahaja. Ianya juga dapat menyihatkan tubuh badan kerana menanam dan menjaga bunga dapat menenangkan fikiran serta
aktiviti tersebut dapat mengeluarkan peluh. Suasana
tempat pemulihan juga lebih ceria dan indah dengan kehadiran nurseri tersebut. Pesakit juga dibawa melawat ke tempat-tempat nurseri yang telah berjaya di sekitar Pasir Mas untuk menambahkan lagi minat dan memberi motivasi kepada mereka dalam mempersiapkan projek agar lebih cemerlang lagi.
47
CIRCLE OF CARE PROJECT PRESENTATION GATHERING 7 APRIL 2007
Projek tersebut
dilihat secara tidak langsung dapat mempromosikan
Pusat
Pemulihan di kalangan orang ramai. Perkara ini berlaku hasil dari promosi yang dijalankan dengan cara menampal poster tentang jualan bunga oleh PSR di tempattempat yang strategik. Sasaran utama pembeli adalah dari kalangan pesakit luar yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Badan-badan lain seperti Persatuan Wanita dan orang perseorangan juga telah membuat tempahan bunga untuk diletakkan di premis mereka. Ini adalah satu pencapaian yang amat memberangsangkan. Pelawat-pelawat luar yang datang untuk melawat PSR Pasir Mas juga begitu tertarik dengan projek nurseri tersebut.Ramai dikalangan mereka memberi sokongan dengan membeli bunga yang telah disemai oleh pesakit. Hasil jualan bunga akan dinikmati oleh para peserta di mana 50 peratus hasil jualan akan diagihkan di antara peserta dan selebihnya 50 peratus lagi akan dijadikan sebagai modal pusingan dan disimpan di dalam tabung PSR. Promosi juga giat dijalankan agar lebih banyak lagi jabatan-jabatan lain yang sedar akan kewujudan nurseri bunga tersebut. Walaupun jumlah semaian adalah kecil dan tidak seberapa, namun orang ramai adalah digalakkan untuk menyokong usaha yang murni ini demi kebajikan pesakit mental. Dalam usaha agar projek nurseri terus berjaya, jadual penggiliran diwujudkan kepada pesakit untuk bergilir-gilir menyiram dan menjaga tanaman. Secara tidak langsung, ianya juga dapat membentuk satu disiplin kepada para peserta dan merupakan satu terapi yang berkesan dalam membentuk nilainilai yang baik dalam diri pesakit. Dengan adanya projek nurseri bunga ini, peserta PSR Pasir Mas telah menunjukkan perubahan yang agak ketara dari segi ketrampilan, keyakinan dan usaha untuk memajukan diri. Perkara ini terbukti setelah diakui sendiri oleh penjaga mereka dimana perubahan pesakit ke arah yang lebih baik telah dikesan oleh mereka. Ada di kalangan pesakit yang sudah mula menunjukkan kerajinan seperti menyiram bunga dan membersihkan persekitaran rumah . Peningkatan positif ini merupakan hasil terapi yang dijalankan di pusat pemulihan serta aktiviti – aktiviti seperti projek yang sedang dilaksanakan oleh mereka semasa di kelas pemulihan.
48
CIRCLE OF CARE PROJECT PRESENTATION GATHERING 7 APRIL 2007
Terdapat juga antara peserta PSR yang telah pun mendapat pekerjaan namun masih
tetap
memberi
sokongan
dengan
hadir
ke
PSR
untuk
mengikuti
perkembangan serta aktiviti projek ketika hari cuti rehat mereka. Rata-rata penjaga juga merasa terharu dan berterima kasih kepada kakitangan yang terlibat
serta
pihak Kementerian Kesihatan kerana telah mewujudkan satu pusat pemulihan untuk golongan yang kurang bernasib baik seperti anak mereka. Antara masalah yang dihadapi sepanjang menjalankan projek nurseri bunga adalah seperti kesukaran peserta untuk menghadiri kelas kerana masalah pengangkutan dan kewangan serta sokongan orang ramai terhadap projek terbabit. Namun begitu masalah tersebut sedikit sebanyak telah berjaya diatasi dengan mengadakan perbincangan antara PSR Pasir Mas dan Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan. Mereka bersetuju untuk memberi kadar tambang separuh harga kepada peserta PSR Pasir Mas yang menunjukkan Kad keahlian PSR setiap kali menaiki bas untuk ke kelas pemulihan. Kursus-kursus sokongan keluarga dan promosi juga diadakan untuk memperkenalkan lagi projek tersebut kepada orang ramai. Diharapkan dengan adanya projek sebegini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dan sumbangan kepada pesakit-pesakit mental khususnya serta keluargakeluarga pesakit yang begitu mengharapkan sesuatu input yang positif terhadap perkembangan anak-anak mereka. Justeru semua pihak wajar mengambil peranan agar
setiap
apa
yang
dijalankan
mendapat
sokongan
padu
seterusnya
meningkatkan lagi imej perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dilaporkan Oleh : Ku Mhd Zaki b. Ku Isa Pembantu Perubatan U29 Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas.
49